Assalamualaikum... Hye!
Salam Ramadhan, semua. hihi. AmarDini for the first of Ramadhan. Sorry sebab lama tak hapdet. huhu. Otak tingtong dua tiga hari ni. Idea menghilang begitu saja. haha. SELAMAT MEMBACA! :D. pendek ja nah.
Nur Dini menghulurkan segelas air kosong kepada
Puan Sri Syifa. Dilabuhkan punggung di sebelah ibu mertuanya itu. Wanita itu
kelihatan sugul.
“Mummy,
ceritalah dengan Dini. Apa yang berlaku?”
Puan Sri Syifa meneguk air perlahan.
“Entahlah. Daddy
dah tak macam dulu. Mummy tahu mummy bukan isteri yang baik, tapi mummy sayangkan daddy. Tak pernah terniat pun di hati mummy ni nak menduakan daddy.
Tapi, kenapa daddy sanggup curang
dengan mummy?” rintih Puan Sri Syifa.
“Oh, jadi sebab tulah mummy menangis?” Puan Sri Syifa angguk. “Mummy, janganlah menuduh dulu. Entah-entah mummy salah faham ke? Mummy
tanyalah daddy dulu pasal tu,”
Belakang Puan Sri Syifa diusap lembut.
“Terima kasih, Dini. Mummy bukanlah seorang mummy
yang baik. Betul cakap opah, mummy
lebih pentingkan orang luar berbanding keluarga sendiri. Mummy terlalu sibuk dengan persatuan sana sini. Kayla dan Amar pun
dah jarang-jarang tegur mummy…”
“Dini tak buat apa pun, mummy. Kadang-kadang, kesilapan tu yang mengajar kita. Cuba
bayangkan kalau hidup kita terlalu sempurna, kita takkan tahu apa salah kita.
Jadi, macam mana kita nak betulkan dan berubah ke arah lebih baik? Mummy beruntung sebab mummy masih diberi peluang untuk sedar
kesilapan mummy sebelum terlambat,”
hujah Nur Dini, sekadar mahu menyedapkan hati Puan Sri Syifa.
“Dini tahu tak, kenapa mummy tak setuju Amar berkahwin?” Nur Dini menggeleng laju. “Sebab mummy takut. Mummy takut anak-anak mummy
tinggalkan mummy seorang diri. Daddy dah tak sayangkan mummy macam dulu, mummy tak nak anak-anak mummy
pun tak sayangkan mummy,” jelas Puan
Sri Syifa.
Nur Dini senyum.
“Amar berkahwin dengan Dini bukan sebab sayang,
mummy. Kami berkahwin atas rasa
tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menutup aib masing-masing. Mummy patut berbangga sebab mummy dah lahirkan seorang anak lelaki
yang bertanggungjawab. Dia berani berjumpa dengan keluarga Dini sendiri…”
“Kenapa Dini sanggup terima Amar sedangkan Dini
tahu keluarga Amar tak setuju?”
“Hati manusia lembut, mummy. Setiap manusia ada kelemahannya. Janji kita tekad, kita akan
dapat apa yang kita nak. Dini cuma harapkan restu mummy dan daddy. Restu
orang tua itu penting, mummy. Kami
masih muda, perlukan tunjuk ajar. Lambat laun mesti mummy dan daddy boleh
terima Dini jugak, kan?”
Nur Dini tergamam tatkala Puan Sri Syifa
tiba-tiba memeluk tubuhnya. Teresak-esak dia menangis di bahu menantunya itu. Entah
mengapa, hatinya terasa lapang. Setiap ujaran Nur Dini matang. Gadis itu pandai
bermain dengan kata-kata. Dia sendiri lebur mendengar setiap kata-kata itu. Mungkin
inilah yang dikatakan sebagai hidayah Allah. Subhanallah.
*****
Pintu bilik ditutup perlahan. Mug berisi milo
panas diletakkan di atas meja belajar. Amar memandang Nur Dini sejenak. Dia
kembali menatap iPadnya. Bukan main lama lagi Nur Dini turun ke bawah. Takkanlah
berborak dengan jembalang kot. Ish, nak tanya ke tak nak? Tak tanya, fikir
bukan-bukan pula nanti.
“Ehem… apasal lama sangat dekat bawah? Susah
sangat ke nak buat air tu?”
Nur Dini tergelak kecil.
“Memang susah pun, Encik Amar oi…”
Sengaja Nur Dini mahu berloyar buruk. Amar buat
muka. Debik juga budak ni karang, omel Amar.
“Sejak bila kau pandai loyar buruk ni? Takkan
baru berkawan dengan Pija si mulut lancang tu, kau dah terikut?”
“Ish, ada pulak salahkan Pija. Dah memang saya
begini pun. Awak aje yang tak tahu. Lain kali, pastikan ya… selidik sikit perangai-perangai
isteri awak ni dekat adik-adik ipar awak tu. You’ll know, who am I?” Giat Nur Dini mengenakan Amar.
Namun, dia sememangnya begitu. Cuma orang luar
sahaja tidak mengetahui sifat degil dan main-main dia itu. Di rumah
keluarganya, bolehlah dia main sakat-sakat dengan Mikael dan Anabella. Dia tahu
adik-adiknya itu tidak akan mampu membalas selagi tidak mencapai usia yang
sepatutnya. Dewasalah. Elok hendak membalas, Nur Dini pasti akan menghalang
dengan kata-katanya.
Budak kecil tidak boleh melawan orang dewasa. Berdosa.
Itu sahajalah modalnya untuk mengelak daripada
dikenakan kembali. Sabrina dan Ikhwan tidak pula mempunyai sifat itu melainkan Nur
Dini yang pandai membawa mereka berdua untuk sama-sama meloyar buruk dan
mengusik. Sabrina, kakak yang baik dan penyayang. Ikhwan pula, abang yang tegas
dan jarang bersosial selain menghabiskan masa dengan kerja-kerjanya. Selagi
otak dia masih berguna, selagi itulah soal kerja yang menjadi kepentingan kecuali
masa bersama keluarga.
“Eleh, hebat sangatlah tu sampai aku kena korek
pe’el kau dengan dia orang. Ceh,” Nur Dini mencebik.
“At least,
awak boleh kenal saya. Sikit pun jadilah. Tak adalah nanti awak jadi jakun bila
segala kerenah saya yang luar alam tu awak nampak dengan mata awak sendiri.
Masa tu, awak jangan banyak soal pulak ya,” Amar membuat gerakan mulut, meniru
Nur Dini membebel.
“Patut ke aku tahu?”
“Ya, wajib. Untuk pengetahuan awak ya, Encik
Amar… eh… tak masuk pulak nak berencik-encik. Muhammad Amar, isteri awak ni
kuat cemburu tahu. Saya tahu saya nampak aje baik tapi tidak. Jahat jugaklah.
Gitar awak saya dah humban masuk stor,” Membulat mata Amar mendengarnya.
Amar bingkas berdiri. Dihampiri Nur Dini yang
sedang berdiri di sisi meja belajar.
“What did
you said just now, Nur Dini Datuk Mubin?” Kening Amar sudah terangkat.
Menahan marah di dada.
“Your
guitar. Disebabkan awak asyik sangat dengan gitar awak tu, saya dah
masukkan dalam stor. Kenapa?”
Berani pula Nur Dini menentang Amar yang dua
kali ganda besar darinya itu.
“Nur Dini, kau tahu tak apa valuenya gitar tu pada aku? Kalau kau
tahu value gitar tu, kau takkan
senang-senang… apa? Humban dalam stor? Kau takkan pernah nak sentuh pun benda
tu tahu…” Suara Amar sudah naik seoktaf.
Dadanya berombak dek terlalu marah.
“As I said,
I’m quite jealousy girl. Ya, gitar tu ada value bagi awak sebab bekas kakak angkat awak yang kasi kan? Betul
tak?”
Amar melepaskan nafas kasar. Sungguh, dia cuba menahan
dirinya agar tidak memukul Nur Dini. Itu dayus namanya.
“Jealous?
Who are you to put my beloved guitar in that store? Even my family also…
tak pernah tahu tak, nak ambil tahu pasal dunia aku. Tapi, kau? Sesedap sup
bunjut aje letakkan gitar aku dalam stor tu,” Nur Dini menahan tawa.
Sesedap sup bunjut?
“That’s
your family. But, I’m your wife… again… your wife. Patut ke awak simpan dan
biar saya nampak hadiah dari bekas kakak angkat awak tu… which is your ex-girlfriend?”
Kedua belah tangan Amar yang agak kekar itu
mengepung tubuh kecil molek Nur Dini. Gabra juga Nur Dini dibuatnya. Tadi bukan
main dia cuba mencari pasal, kini takut pula dengan tindakan luar alam si Amar
itu. Isk.
“Kau suka sangat kan korek cerita pasal aku? Patutlah
kau asyik berkepit aje dengan Pija. Rupanya kau sengaja nak korek rahsia aku
sebelum kau datang sini. Hebat, Nur Dini. Such
a brave girl, huh. Tadi apa? Kau mengaku yang aku ni suami kau kan?
Kononnya nak jadi isterilah, cemburu bagai ni. So, where is your respect towards your husband, Nur Dini? Mana? You have nothing. Tak guna bertudung
labuh, baju longgar kalau perangai kau macam ni,” Terkedu Nur Dini dibuatnya.
Birai matanya mula basah. Pertama kali dia
diasak sebegini. Salahkah untuk dia cemburu? Terang-terang Amar masih punya
perasaan pada perempuan lain. Patutkah dia hanya mendiamkan diri sedangkan dia
nampak sendiri Amar bersama dengan perempuan itu? Memanglah dia masih tidak
punya apa-apa perasaan pada Amar, tetapi naluri seorang isteri yang membuatkan
dia berasa cemburu apabila Amar tiba-tiba rapat dengan perempuan lain.
“I saw
you and your ex-girlfriend, Amar. Saya cuma nakkan kepastian. Pijalah
satu-satunya harapan saya. If yes, my
eyes saw the right thing… I need your explanation. If not, you don’t have to
worry. Buat apa kita teruskan semua ni sedangkan awak bukannya serius
dengan saya. Tak guna, kan…” Tebak Nur Dini.
Amar meraup rambutnya.
“So, you
saw it? Yes, I’m still berhubung dengan dia. Puas?”
“Siapa kata aku tak serius? Jangan pernah nilai
aku sebelum kau kenal aku sedalamnya. Don’t
make any judgement, Nur Dini. You’ll get hurt. Kau lupa? Kita kahwin sebab
aku dah cium kau tanpa hubungan yang sah walaupun sekadar pertolongan. Aku
boleh ingatkan kau selalu, honey. Setiap
kali aku pandang kau, aku terbayang yang bukan-bukan tentang kau…”
Jari telunjuk dilarikan pada wajah putih
berseri Nur Dini.
“Kau nak ke kalau satu hari nanti, aku tarik
kau masuk mana-mana bilik kuliah sebab aku teringinkan kau?” Nur Dini
menggeleng laju.
Sungguh, dia terlalu takut ketika ini. Entah mengapa
butiran permata yang mampu melemahkan kaum lelaki itu tidak mahu menitis.
“Tahu pun kau. Now, go! Pilihlah mana-mana bilik pun, aku nak kau keluar dari
bilik ni. I don’t want to see this innocent
face anymore. Go!” Terhenjut bahu Nur Dini dek jerkahan Amar.
Sepantas yang boleh Nur Dini meninggalkan kamar
Amar.
Sebaik sahaja pintu bilik tertutup, Amar
melepaskan keluhan berat. Langsung tiada rasa bersalah kepada Nur Dini ketika
ini. Hatinya bagai tersiat saat Nur Dini mengungkit tentang Aleeya, bekas kakak
angkat dan juga bekas kekasihnya. Aleeya yang mahu mereka berpisah apabila
tersedar mereka tidak sesuai bersama. Gadis itu lebih tua empat tahun daripada
Amar dan merasakan itu adalah penghalangnya. Tan Sri Riduan dan Puan Sri Syifa
sendiri tidak mahu hubungan itu berkekalan.
*****
Pintu bilik tetamu dibuka perlahan. Nur Dini menghempaskan
tubuh ke tilam sebaik sahaja kakinya tiba di kati bersaiz Queen itu. Pertama
kali dia melihat Amar naik angin sebegitu rupa sehingga menghalaunya. Keluhan
terbit. Salah dia juga kerana mengungkit soal itu.
“I’m
sorry, Amar. I didn’t mean to hurt you. Tapi, awak yang buat saya rasa
macam ni. Kenapa awak lamar saya sedangkan hati awak pada orang lain. Tak adil,”
Tumbukan dilepaskan ke tilam empuk itu.
Dalam sibuk memikirkan tentang kejadian tadi,
terlena pula Nur Dini di situ. Harapnya esok kemarahan Amar sudah berkurangan. Mahunya
dia mati kutu. Selalunya lelaki itu yang melayannya di banglo yang besar ini,
tidaklah sukar dia mahu membiasakan dirinya.
to be continued...
p/s : kesian dini kena marah dengan amar. huhu. dia jugak cari penyakit. tiba-tiba gi ungkit pasal Aleeya. haha. new character coming soon. :)
Waa....suda ada...tenkiu2.... suka2... best2.... pasni update selalu la yer...hehe;)... selamat berpuasa bt cik writer yg disayangi.....;)
ReplyDeletehhi. makaseh. InshaAllah if idea kembali. haha. :). selamat berpuasa jugak, mona kesayangan. :D
DeleteLepas ni mr La pla akak :) hehe
ReplyDeleteBile nak update e novel
ReplyDeletexsbar nak tggu ending novel tu..jln ceta nvel ni best sgat..trbaik la..
ReplyDeletecpat smbung smpai tamat akak..pleaseee...best sgt!
ReplyDeleteBile nak smbung crte ni ..aduii lme nye kena tggu .best i like
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteLme tunggu ni akk..x sbr nei
ReplyDeletesis bila nak update amardini..best sangat2
ReplyDeleteupdate lahhh please . update lahhhhhhhh 😢
ReplyDeleteupdate lahhh please . update lahhhhhhhh 😢
ReplyDeleteupdate lahhh please . update lahhhhhhhh 😢
ReplyDeletebest sangat cerita nie...tapi lagi best kalau dipanjangkan cerita biar nampak menarik gitu...haha...
ReplyDeleteapa-apa pun syabas saya ucapkan atas usaha anda..good job
Best sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...
ReplyDeleteBest sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...
ReplyDeleteBest sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...
ReplyDeleteBest sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...
ReplyDeleteBest sangat.... bila akak nak update cite ne... please update...
ReplyDeleteBest cerita ni....kak sambung lah.......
ReplyDeleteakk... bile nk sambung cite nie... akk sambung lahh akk...
ReplyDeleteLmenye xupdate please update rugi sgt story best mcm nie klu xde ending.... please please please.
ReplyDeleteBest crita ne.. Bila sis nk updte.. Daa lma sngat hambaa menanti... Haha
ReplyDeletesis, bila mau update, lama menanti hehe
ReplyDelete