“Lain kali call abang terus. Hantar SMS, mana sempat abang nak baca. Banyak
lagi kerja abang nak buat,” Adra menekur ke lantai. Sabar ajelah wahai hati,
desis Adra.
“Ahhh!” Adra terjerit kecil. Membulat
matanya. Altaf hanya buat tak tahu. Dia faham sangat perangai Adra yang suka
buat gempak itu.
“Abang, please stop it. Kalau hari-hari Adra kena marah macam ni, abang
jangan tanya kenapa Adra masuk labor room
sebelum masanya.”
Altaf memandang isterinya yang sedang
bersandar di kepala katil sambil berkerut seperti menahan kesakitan.
“What
do you mean? Kenapa muka berkerut macam tu? Abang dah penat nak melayan
kerenah Adra ni. So, please,” Adra
menjeling suaminya.
“Penat? Salah Adra jugak ke abang
penat? Adra tak kacau abang pun kan? Pergi klinik pun bukannya dengan abang pun.
Adra sakit… bukan kacau badan abang. Adra yang tanggung,” ujar Adra sambil
mengusap perutnya. Bukan main kuat lagi bayinya menendang. Ni mesti marahkan baba
dia sebab baba marahkan ummi. Kan?
“Jadi, sekarang Adra nak mengungkit?”
Adra menegakkan badannya sambil memejamkan
matanya rapat. Baby ni kan, tak
kesiankan ummi langsung.
“Abang, come here. Cepat!” Altaf menghampiri isterinya di katil. Dia
melabuhkan punggungnya di sebelah Adra.
Adra membawa tangan kanan suaminya ke
perutnya. Altaf dapat merasakan pergerakan kecil.
“Anak abang pun nak touché ummi dia. Adra
buat salah apa ni? Sakit tahu tak,” Tangan kiri Adra memukul tilam kuat.
“Sayang…”
“Tak payah sayang-sayang lagi dah,” Terus
mengalir mutiara yang sudah menjadi teman Adra itu. Altaf tergamam. Begitu
sekalikah apa yang ditanggung isterinya?
“I’m
sorry. Sayang,” Altaf memeluk Adra yang sudah tersendu itu. Haih,
cengenglah anak aku nanti kalau dah beginilah gaya ummi dia. Heh, sebab aku
jugak, desis Altaf.
“Janji, tak buat lagi,” Adra berkata
manja.
“Iya… iya. Abang janji. No more arguing after this. Okay?” Adra
mengangguk dalam dakapan suaminya.
Bibir digerak senget. Eheh, budak nakal
ni kan. Altaf termakan juga akan helah Adra. Adoilah, Adra memang terbaik.
Boleh masuk audition jadi pelakon ni.
Layak sangat dah.
*****
Adra mencedokkan nasi ke pinggan Altaf.
Gara-gara dia merajuk semalam, Altaf mengambil cuti. Hajah Maryam senyum,
senang hati melihat hubungan suami isteri itu sudah jernih. Haji Akasyah juga
senang. Teringat pula dia ketika Hajah Maryam mengandungkan Altaf, kerap kali
mereka bergaduh kerana dia sering meninggalkan isterinya seorang diri dek
terlalu sibuk bekerja.
Kes Altaf pula lain. Anak lelakinya itu
jarang menemani Adra ke klinik untuk pemeriksaan bulanan. Sejak kecil lagi,
Altaf sudah fobia jika ternampak bayi yang baru lahir. Semuanya kerana Altaf
hampir sahaja menyebabkan adik perempuannya terjatuh. Sejak itu, dia agak
trauma tatkala disuruh mendukung bayi.
“Adra nak berpantang di mana?” soal
Hajah Maryam.
Adra angkat kening. Kemudian, dia
senyum.
“Adra tak kisah, ibu. Kat mana pun sama
aje…”
“Ibu ingat biar Adra berpantang di
rumah mama Adra aje. Bukan ibu tak sudi nak jaga Adra tau. Tapi, duduk dengan
ibu sendiri dengan ibu mertua ni tak sama. Selalunya, anak perempuan lebih
harapkan ibu sendiri. Kalau Adra nak berpantang di sini pun ibu tak kisah.
Hari-hari ibu boleh jumpa cucu ibu,” ujar Hajah Maryam sambil tersenyum.
Dia faham sangat kerenah ibu berpantang
ini. Mereka lebih selesa tinggal bersama keluarga sendiri berbanding dengan
keluarga mertua.
“Ibu, biar Adra pantang kat rumah kami
ajelah. Fair and square. Okey tak,
sayang?”
“Tak kisah. Adra okey aje. Asalkan ada
orang nak jaga,” balas Adra lembut. Namun, hatinya sedikit risau.
Hajah Maryam sudah menjelaskan kepada
tentang kelemahan Altaf itu. Dia cuma takut suaminya itu tidak mampu
menguruskan bayi mereka sendiri. Tetapi, elok jugalah berpantang di rumah
sendiri. Lebih selesa dan tidak perlulah Altaf terkejar-kejar ke sana sini.
“Hmmm, boleh jugak tu. Boleh ibu dengan
mama bergilir-gilir jaganya…” Hajah Maryam senyum, berpuas hati.
“Awak ada pengalaman ke nak jaga ibu
berpantang ni?” soal Haji Akasyah bersahaja. Hajah Maryam mengerling suaminya.
“Apa pulak tak ada pengalaman? Dulu,
saya berpantang sendiri tau. Abang apa tahu?” Altaf dan Adra sengih.
Ada sahaja idea Haji Akasyah mengenakan
isterinya. Dari muda sehinggalah ke tua, dia masih belum puas mahu mengusik Hajah
Maryam. Jelingan si isteri itu yang membuatkan hatinya tercuit. Jeling-jeling
manja gitu. Tetap maintain. Eheh.
*****
Adra pandang Altaf di sisi almari baju.
Bosanlah harinya selepas ni, Altaf sudah kembali bekerja. Bukannya dia tidak
biasa, cuma menurut Altaf, dia akan mula sibuk dalam masa dua bulan ini. Macam
biasalah, projek baru masuk. Haruslah sepenuh tumpuan perlu diberikan kepada
projek itu. Haish, hendak ke rumah mama dia tiada mood.
“Abang, should I do something to keep me out of boring?”
Altaf angkat kening.
“Hmmm?”
“Yalah, abang kan sibuk. Takkanlah dua
puluh empat jam Adra nak lepak depan tv aje? At least, I should do something, right?” Buku senarai keperluan
bayi diletakkan ke tepi.
Altaf duduk di birai katil. Tangannya
ditekap ke perut Adra yang memboyot itu.
“Abang bukannya sibuk dua puluh empat
jam, sayang. Hujung minggu kan abang tetap cuti. Hmmm, apa kata hujung minggu
ni Adra ikut abang. Kebetulan, staf abang ada buat gathering kat rumah dia.
Bolehlah Adra kenal-kenal dengan isteri-isteri dia orang. Nak?”
Adra berfikir seketika.
“Boleh jugak. Gathering untuk raikan apa, abang? Kalau yang grand tu tak naklah.
Segan,” Altaf usap kepala Adra, habis serabai rambut si isteri.
“Dia nak buat majlis untuk isteri dia.
Abang pun tak pasti majlis apa…”
“Bolehlah daripada tak buat apa-apa,
kan? Jom turun. Adra dah buat breakfast,” Adra buat muka comel.
Altaf yang memahami riak comel itu, mencempung
tubuh Adra. Walaupun ada baby bump,
berat isterinya itu tetap sama. Tak ada beza pun. Ummi ke baby yang tak cukup khasiat ni? Uhuk!
“Baby
banyak makan macaroons pun, tak
besar-besar ke, sayang?”
“Hah?”
“Taklah. You ringan aje. Sama aje macam
tak ada baby bump dulu. Atau, Adra
tak makan ikut cadangan makanan yang abang dah siapkan tu?”
Altaf meletakkan Adra ke kerusi di meja
makan. Dibetulkan baju yang sudah senget benget.
“Eh, Adra sekarang ni kuat makan tau.
Satu balang macaroons tu pun tak cukup, kesian mama kena hantar selalu. Ringan
sangat ke, abang?” Disendukkan nasi goreng ke dalam pinggan Altaf.
“Tak ringan dan tak berat. Maintain. Pergi check up hari tu, doktor tegur tak Adra makan benda-benda manis?”
Adra angguk.
Seronok sebenarnya. Altaf kembali caring seperti dulu.
“Okey aje. Cuma, doktor minta Adra
kurangkanlah makan benda-benda manis ni. Tak baik untuk baby dan juga ummi yang comel ni,” Altaf cuit hidung Adra.
“Abang dah pesan, kan?” Adra buat muka.
Kemudian, dia sengih.
“Iya, abang. Hah, Adra dah siap listkan barang-barang baby. Abang kosongkan
satu hari tau untuk teman Adra beli barang-barang tu…”
“Bukan sayang ada beli online ke?” soal
Altaf sambil mengunyah nasi goreng. Sesekali dia menyisip coffe latte
kegemarannya.
“Memanglah. Tapi, ni barang keperluan baby untuk dua bulan pertama.
Barang-barang untuk Adra pantang nanti, ibu dan mama dah sediakan. Tunggu nak
angkut datang sini aje…”
Altaf terangguk-angguk. Hmmm, dia
tengok persediaan Zaid dan Nayli juga sudah memeningkan kepala. Zaid ada juga
mengadu padanya. Sejak Nayli bersalin ni, waktu tidur dan rehatnya sudah
terbatas. Mana nak jaga si ibu, baby
lagi. Untung sahaja ibu si Zaid tu seorang yang berpengalaman menjaga ibu
berpantang ni, tidaklah kelam kabut sangat. Puan Najihah juga sudah punya
sedikit pengalaman.
“Okey. I’ll set the date. Jadi, hari ni ummi nak makan apa?” Adra pandang
suaminya dengan kening sebelah terangkat.
Bukankah Altaf sibuk?
“Abang nak balik masak ke?”
“Taklah. Mama call masa sayang mandi tadi. Mama nak datang sini, itu yang mama
suruh abang tanya, Adra nak makan apa?”
“Oh, okey. Thought, you want to cook for me. Hampeh,” cebik Adra. Altaf
tergelak kecil. Bab-bab manja ni kasi dialah.
“Alolo, baby nak makan masakan baba ke? Atau, ummi yang nak?” Didekatkan
wajah ke perut Adra. Tangan mengusap perut Adra. Haish, tak puas dia ingin
berbual dengan bakal anaknya itu. Cepatlah keluar baby oi.
“Both
of uslah, abang. Abang bukan dah lewat ke ni?” Adra pandang jam yang
tergantung di dinding.
“Abang tunggu mama datang dulu. Mama sampai
nanti baru abang keluar,” jawab Altaf. Tumpuannya masih pada perut si isteri.
Entah apalah yang dijampinya.
“Sweetnya
suami Adra ni. Abang kenyang ke tengok si boyot ni?”
“Sayang, I want hold our baby steadily. Doakan abang boleh azankan dia macam
lelaki-lelaki lain,” sayu sahaja suara Altaf.
“Insha Allah. Be strong, abang. Adra tak kisah dah. Janji abang ada temankan
Adra. Manalah tahu, bila abang nampak baby kita nanti, abang dah tak takut. Who
knows, right?”
“Thank
you, sayang. Love you even more.
Dah matured, cute wife abang ni,” Adra senyum comel. Seronok dipuji. Makan puji
sunggulah si Adra ni. boleh kenyang kot dengan pujian-pujian Mister Aqhar Altaf
tu.
“Eh, mestilah. I am Madam Qutnina Khadra also known as Mrs Aqhar Altaf. Of course, I
have to match with my double lovely hubby. Ummi-to-be, right?”
“Meh sini, peluk sikit,” Ohoi, memang
sukalah si Adra tu. Pelukan Altaf sering dinantinya. Kenapa? Di situlah
ketenangan yang dia dapat.
Firman
Allah SWT dalam surah al-Rum ayat 21 :
Dan
di antara tanda-tanda Ia yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya
di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
to be continued...
p/s : sorry tau sebab pendek ja MLS part 3. actually, not get into the mood. hehe. utk malam ni, ni ja yang termampu. hope dapatlah ubat rindu. haha. poyo ja. SELAMAT MEMBACA! :D.
Waaaa.... Tq2 akak
ReplyDeleteLove ♥♥♥♥♥
sama-sama, balqiz. memanjang ja hang online noh. tak study eh. hihi. love love love. :D
DeleteSambung lg pzzzzz....hehe....enjoy wpun pendek....tenkiu....;)
ReplyDelete