Assalamualaikum... Hye!
MLS untuk semua. sorry sangat-sangat sebab pendek ja. ni ja yang CIA dok mengadap dari petang tadi. stress sangat sampai tak boleh nak menulis langsung. sorry tau. macam nak menangis rasanya ni sebab ada idea tapi gangguan emosi tengah menggila. but, i'm still trying. geram pulak pada 'nyamuk-nyamuk' yang banyak mulut ni. huhuhu. apapun, SELAMAT MEMBACA! :D. (ketaqtangantahanmarah)
Helaian rambut yang menutup wajah Adra
diselak lembut. Nyenyak sungguh isterinya tidur. Mungkin penat dek mengikutnya
ke gathering stafnya itu tadi. Sakan
Adra berbual dengan para isteri staf-stafnya yang hadir. Altaf perlu akui hatinya
sememangnya untuk Qutnina Khadra meskipun sebab utama mereka disatukan adalah
kerana aturan keluarga masing-masing.
Tangan Altaf dijatuhkan pada perut Adra
yang sudah boyot itu. Tidak lama lagi, Adra akan melahirkan cahaya mata mereka.
Dia tidak pernah putus mendoakan kesejahteraan isteri dan bayinya. Namun,
tatkala mindanya kerap kali teringat akan kelemahannya itu dia terpaksa
mengakui bahawa dia adalah seorang suami yang gagal. Gagal dalam menangani kelemahan
dirinya sendiri.
“Abang,” Adra bergerak kecil. Ditenyeh
matanya perlahan. Rasanya sekarang ini masih malam lagi, kenapa Altaf masih
belum tidur?
“Iya. Abang kacau Adra ya? Sorry. Tidurlah
balik,” kata Altaf perlahan. Adra mencebik. Disebabkan terkejut dek keluhan
berat suaminya itu, dia terjaga.
“Abang ni yang tak tidur lagi kenapa?
Abang ada masalah ke? Kongsilah dengan Adra. Manalah tahu ringan sikit bahu
abang tu,” balas Adra. Mata dia sudah membulat. Maknanya, dia memang sudah
terjaga dan payah untuk lelap balik.
Altaf senyum.
“Mana ada masalah. Abang okey, cuma
abang suka tengok Adra tidur. Macam baby,” Erk? Perli ke betul?
“Merepeklah abang ni. Adra ni dah
besarlah, udah gedek. Ni hah, dah jadi mak boyot. Abang sharelah dengan Adra,
insha Allah Adra cuba tolong...”
“Boleh ke?” Adra angguk. Ditarik Altaf
yang sedang sila itu agar berbaring di sebelahnya. Kuat juga ummi boyot ni,
sekali tarik melayang Altaf dibuatnya.
“Cerita aje,” Altaf berdehem kecil. Seketika
kemudian, keluhan pula terbit.
“Tak lama aje lagi, Adra dah nak
bersalin. Abang takut abang still tak berani nak dukung baby. Time dia dalam
perut, boleh pulak abang ulit-ulit dia. Bila dah keluar, abang tak boleh pulak
nak hold dia,” Oh, itu. Adra menyelit lebih rapat ke dada Altaf.
“Abang percaya miracle tak? Naluri bapa
ni ajaib tahu. Insha Allah, abang nampak aje baby kita nanti… mesti abang akan
kuat. Automatik abang mampu pegang dia, dodoikan dia. It’s natural gestures,
abang. Mama ada cakap pada Adra yang abang lebih rapat dengan baby berbanding
Adra. Itu sebabnya abang bakal baba yang baik. Janganlah risau sangat,” Lembut
Adra berbicara.
Dia terima Altaf seadanya, sudah tentu
dia juga terima kelemahan suaminya itu. Tiada benda yang mustahil melainkan
diri kita sendiri yang memustahilkannya. Doa adalah senjata mukmin. Adra yakin,
Altaf mampu untuk menjaganya dan anak-anak mereka. Cuma, suaminya itu
memerlukan dorongan yang kuat.
“Betullah Adra dah tak kisah kalau
abang masih tak boleh nak belai baby kita nanti?”
“Insha Allah, abang. Selagi kita boleh
ikhtiar, kita cubalah. Abang, practice make perfect. Apa kata kita dua pergi
kursus untuk penjagaan bayi. Manalah tahu di situ nanti kita boleh cure weakness
abang tu. Nak tak?” Altaf kembungkan pipi.
“Hmmm, macam seronok aje. Bila nak
pergi? Kat mana?” Adra ketawa. Bersemangat kemain Mister Aqhar Altaf dia ni.
Sudahlah unik nama encik suami kesayangan dia ni. Lagilah dia jatuh hati.
“Esok-esok kita pergi. Nak kiss abang
sikit,” Altaf menjarakkan dirinya. Adra tarik muka. “Kedekutlah abang ni,” cebik
Adra manja.
“Tak tahu lagi ke. Nak kiss abang kena bagi
upah dulu,” Altaf buat muka pandai, kening diangkat berulang kali.
“Eh, upah pulak. Okey, list it. Asalkan
Adra dapat kiss abang puas-puas. Rindu ni,” Adra buat muka geram, tanda dia
rindu sangat-sangat dengan suaminya yang super tampan itu.
Altaf menjegilkan matanya. Berani meluahkan
perasaan sungguhlah puan isteri bucuk dia ni. Dek lemah dia melihat wajah comel
itu, tidak jadi mahu mengusik Adra. Dirapatkan kembali tubuh mereka. Tak
menyempat, Adra terus terpa pipi Altaf. Jenuh Altaf menahan kegelian dek
wajahnya dikucup Adra. Aduh, hyperactive gila si Adra ni. Tak cukup muka, lengan
Altaf pula yang menjadi mangsa.
“Adra, jangan cabar abanglah. Abang tak
boleh control nanti,” Altaf memberi amaran. Barulah Adra berhenti mengucupnya.
“Geram sangatlah, abang. Siapa suruh
handsome plus smart sangat, kan Adra yang tak boleh nak control,” Hek, Altaf
juga yang kena.
“Iyalah. Dah… dah. Jom tidur, lewat dah
ni,” Dibawa Adra ke dalam pelukannya. Memang melebarlah senyuman Adra.
“Sayang abang ketat-ketat…” Dikucup
lagi pipi Altaf. Adra akui dia terlalu sayangkan Altaf, lelaki yang pernah
dilanggarnya. Tidak pula dia terasa mahu menceritakan kembali kisah itu kepada
Altaf.
Biarlah iya menjadi rahsianya buat masa
ini. Entahkan Altaf ingat atau tidak lagi pasal kejadian itu. Sah-sahlah lelaki
tidak kenalnya, bukan main menunduk lagi dia waktu. Hanya wangian Altaf sahaja membuatkan
dia tahu suaminya itulah yang dilanggarkan secara tidak sengaja.
to be continued...
xpa kak cia... best juga walaupun pendek.. :D..
ReplyDeletesmbng lagi ;)
ReplyDeleteSabar yer.... xmau marah2 nnt xda cite best....hehehe....senyum slalu..:)..xpa pendek ke panjg janji ada,janji bestttt....
ReplyDeletependeknya nak lagi.
ReplyDeleteBest!!update byk 2 tau.:D
ReplyDelete