Azaril
pandang Doktor Aisyah yang merupakan seniornya di hospital tempat dia bertugas.
Berita yang diterimanya agak mengejutkannya. Kenapa dia yang harus terpilih?
Azaril bukanlah menolak untuk melakukan kebaikan, tetapi dia tidak sanggup mahu
meninggalkan Trisha memandangkan isterinya itu sedang mengandung. Mustahil buat
masa sekarang.
“Doktor
Aisyah, kita tak kekurangan kakitangan kan? Kenapa mesti saya?” tanya Azaril.
Doktor Aisyah bersandar tenang.
“Doktor
Raffiqi yang paling layak di antara doktor-doktor yang lain. You already pass your hard time, Doktor
Raffiqi. Bukan doktor seorang yang dihantar ke sana, tapi bersama dua tiga
orang lagi,” Doktor Aisyah tidak mahu mengalah.
Azaril
mengeluh kecil. Matanya tajam memandang plat nama Doktor Aisyah di atas meja. Senior Doctor. Tidak dapat tidak, dia
harus akur akan keputusan para doktor senior yang terlebih dahulu makan garam.
Memanglah dia sudahpun diiktiraf sebagai doktor senior kepada housemanship tetapi dia masih belum
bersedia buat masa ini.
“You know that I’m married, right? Susah
untuk saya tinggalkan isteri saya doktor. She’s
pregnant and she needs me more than anyone. Doktor sendiri mesti tahu apa
perasaannya ditinggalkan suami untuk satu tempoh yang panjang. Saya bukan nak
menolak dalam menjayakan misi bantuan kita ni, tapi saya perlu juga fikirkan
soal keluarga saya. Give me a time, I’ll
try to discuss this with my wife,” balas Azaril dengan perasaan yang
memberat.
“Take your time, Doktor Raffiqi. We still
have time. Saya faham perasaan isteri awak. Tapi, saya yakin dia mesti
faham tugas awak. Seorang doktor yang baik sanggup berkorban demi
pesakit-pesakitnya. You too. Am I right?”
Azaril
angguk, lambat-lambat.
Baginya,
kehendak pihak hospital yang mahu menghantarnya dan beberapa orang doktor lain
ke bumi Syria adalah sesuatu yang baik. Dia tidak sangkalkan itu. Cuma, masa
itu tiba diluar keinginannya. Dan, tugasnya di Syria bukan sahaja untuk
membantu dan merawat tetapi demi saudara sesama Islam juga.
Dia
yakin Trisha tidak akan melarang. Cuma, dia sahaja yang berat hati mahu
berpisah dengan isterinya itu. Fikirannya tidak senang memikirkan keselamatan
Trisha sepanjang ketiadaan dia. Memanglah keluarga mereka mampu menjaga Trisha,
tetapi hati dia tetapi risau. Bagaimana jika dia yang tidak akan pulang?
Segalanya mungkin berlaku. Mampukah Trisha hidup tanpa dia? Tegakah dia
membiarkan anak mereka lahir ke dunia tanpa bapa? Huh.
*****
Petang
itu, habis sahaja kerja… Azaril terus memandu pulang ke rumah mamanya. Datin
Seri Laila selalu punya kata-kata yang mampu menyedapkan hati Azaril. Wanita
mualaf itu sangat tertib orangnya dan selalu menjaga kata-kata dan juga adabnya.
Walaupun dulu dia hidup dalam masyarakat Cina, namun setelah berkahwin dengan
Datuk Seri Johan, ayah Azaril… dia mula menyesuaikan dirinya dalam kehidupan
seorang Melayu dan Islam.
“Mama,”
panggil Azaril apabila tidak nampak kelibat mamanya di taman mini yang menjadi
tempat santai mereka sekeluarga.
“Ada
ni,” Datin Seri Laila menatang dulang berisi minuman petang. Sedar sahaja
kereta Azaril masuk ke dalam perkarangan rumah, terus dia menyiapkan minum
petang.
Ada
masalahlah tu jika Azaril pulang sendiri tanpa Trisha. Sejak anak lelakinya itu
berkahwin, jarang sekali dia pulang seorang diri. Pasti dikeleknya Trisha
bersama, kononnya pasangan bahagia. Hari ini, Azaril pulang seorang diri pula dan
tentunya mempunyai masalah. Masalah itu sah-sahlah berkaitan dengan Trisha.
“Apa
khabar, ma?”
“Wo hen hau. Zuijin mang ma?” Dulang
diletakkan di atas meja batu di mana Azaril sudah pun duduk di salah satu
kerusi di sekeliling meja itu. Disalami tangan putih Datin Seri Laila.
“Hen mang…”
“Mang shenme?”
Terbit
keluhan berat dari bibir Azaril. Sudah ditahan agar tidak mengeluh, namun
terbit juga walau puas melarang.
“Sibuk
dengan kerja… Trisha lagi. Mama tahu kan, menantu mama tu mengandung? Selalu
nak Fiqqi teman dia,” Datin Seri Laila gelak.
“Ya.
Mama bakal timang cucu lagi. Fiqqi bakal jadi papa. How’s life?” Azaril tergelak kecil.
“Better until I got this news. Senior
Doktor nak Fiqqi ke Syria, bantuan kemanusiaan,” Terjegil mata Datin Seri
Laila.
Baru
sahaja Azaril mahu membina hidup baru bersama menantunya itu. Masakan mereka
perlu berpisah lagi, bukannya sekejap tetapi lama. Berpisah beberapa sahaja
kedua-duanya tidak betah. Mampukah Azaril dan Trisha berhubungan jarak jauh?
Belum tentu Azaril boleh menitipkan khabar setiap hari. Keadaan di sana
bukannya seperti di Malaysia, masih aman walaupun sudah banyak masalah.
“Fiqqi
bincanglah dengan Trish dulu, tanya pendapat dia. Perempuan mengandung ni
sensitif. Asking her very nicely,” Diusap
bahu Azaril lembut, menghilangkan sedikit kerisauan anak lelaki kesayangannya
itu.
“Itulah
sebabnya Fiqqi datang sini, mama. I need
your advice to settle this matter. Fiqqi memang berat nak tinggalkan Trish.
She becomes more aggressive, mama.
Everytime, she needs me. Kalau Fiqqi tak kerja, dia asyik nak berkepit
aje,” kata Azaril.
Datin
Seri Laila menggeleng. Bibirnya mengulas senyum.
“Biasalah
Fiqqi, pembawakan budak. Manja dia lebih sikit. Mama tahu, Trish faham kerjaya
Fiqqi. Niat Fiqqi ke sana bukannya untuk bersuka ria, tapi untuk membantu
saudara Islam kita. Fiqqi, buktikan pada zuriat kamu berdua yang papa dia ni
berjiwa kental. Mama bangga dengan anak mama ni…” Tulus sekali ujaran Datin
Seri Laila.
Azaril
capai jemari mamanya dan mengucup tangan yang membesarkannya sehingga menjadi
orang berguna walaupun tersasar sedikit ketika usianya masih remaja.
“I love you, mama. Tapi, anak Fiqqi nanti
panggil Fiqqi abi tahu,” Azaril sengih. Datin Seril Laila tarik hidung mancung
Azaril, geram.
Abi
pun abilah. Sama juga maksudnya.
“I love you too, sayang mama. Lakukan
yang terbaik, minta petunjuk Allah dalam setiap keputusan yang Fiqqi buat. Insha
Allah, kemanisannya tak terjangkau rasanya,” Dibawa kepala Azaril ke dada.
Azaril
Raffiqi Wilson bin Johan, anak lelaki kebanggaannya. Tidak mudah mengaku kalah
biarpun dugaan yang datang itu berat. Entahkan Azaril sudah melupakan Aimi atau
belum, Datin Seri Laila tidak tahu. Selagi tiada perpisahan kekal di antara
Azaril dan Trisha, dia percayakan kedua-duanya. Dia yakin Azaril mampu untuk memikul
tanggungjawab sebagai bapa dengan baik seperti suaminya yang berusaha menjadi
hero kepada anak-anak mereka.
*****
Uwekk!
Uwekk!
Entah
sudah kali ke berapa dia muntah pun tidak tahu. Apa yang dia tahu, jemari kasar
milik Azaril sentiasa mengurut belakang lehernya untuk melegakan sedikit
muntahnya itu. Selalunya, waktu pagi sahaja alahannya itu datang. Ini dah
tengah malam, masih lagi dia menengadah di permukaan sinki di bilik air.
“Sengaja
aje baby ni, tak bagi abi manja-manja
dengan umi… kan?” seloroh Azaril sambil mengusap belakang badan Trisha.
“Jangan
buat lawaklah, abi. Selalunya, malam-malam okey aje. Malam ni pulak sibuk nak
muntah,” kata Trisha masih menunduk.
“Nak
muntah lagi tak ni?” Dia pandang wajah Trisha di cermin. Basah habis dari
rambut sampai ke leher Trisha. Kasihan.
Trisha
kerutkan dahi. Dia rasa mahu berbaring sahaja sekarang ini. Mata ni asyik
nampak tilam empuk dan bantal saja ni.
“Nak
baring,” pinta Trisha lemah. Tanpa kata, Azaril mencempung tubuh lemah Trisha
dan dibaringkan ke tilam. Pucat dah wajah berseri bakal umi ni.
Azaril
ke almari dan mengambil baju lain untuk Trisha. Dicapai juga tuala kecil untuk
mengelap rambut isterinya yang sudah basah itu. Penuh kelembutan Azaril
menukarkan pakaian Trisha. Dilap rambut Trisha perlahan sambil mengusap wajah
pucat isterinya.
“Susah
ya mengandungkan zuriat Azaril? Abang ada ni, bolehlah jaga. Nanti abang dah
terbang ke sana, siapa pulak nak jaga Trish abang ni?” Trisha menolak tangan
Azaril di kepalanya.
“Trish
tak sukalah abang cakap macam tu. You
will come home, right? Trish tunggu abang walau apapun jadi. Pengorbanan
Trish ni tak besar mana, sekejap aje alahan ni. Allah berikan pahala untuk kaum
wanita yang mengandungkan anak, abang. Trish tak pernah rasa susah,” Azaril
koyak senyum lebar.
Trisha
Dania semakin membesar seiring dengan usia dan statusnya. Lega sedikit
mendengar ujaran itu.
“Terima
kasih, isteri abang. Dulu, abang tak pernah rasa bahagia macam ni. Sungguhlah
anak ni pengikat kasih. Abang tak berani janji abang akan balik, sebab kita tak
tahu apa akan jadi di kemudian hari. Tapi, abang tetap akan balik,” Terangkat
kening Trisha. Dia senyum nipis.
“Apa-apalah,
abang. Sekarang ni Trish pening sangat. Boleh tak abang tolong picitkan,” Azaril
tergeleng perlahan.
Orang
serius, dia main-main. Namun, jemarinya tetap memicit dahi Trisha. Sayang
isteri, oi!
“Abang
sayang pemilik dahi ni,” Dahi Trisha dicium lembut. “Abang sayang pemilik pipi
yang ada lesung pipit ni,” Kedua belah pipi Trisha pula menjadi sasaran bibir
Azaril. “Abang sayang pemilik tubuh ni, sampai bila-bila,” Dipeluk Trisha erat.
Trisha
kerut dahi. Pelik.
“Abang…”
Tubuh sasa Azaril ditolak lembut. Azaril menangis?
“I love you so much,” Bibir Trisha pula
dikucup lama. Dia sayang Trisha Dania selepas Allah dan kedua ibu bapanya.
Sangat-sangat.
“Abang,
are you okay? Hey, kenapa menangis
ni?” Trisha bingkas duduk. Biarpun jantungnya bergetar hebat dek sentuhan luar
biasa suaminya itu, dia cuba berlagak tenang.
Ditekap
kedua belah pipi Azaril yang sudah basah itu. Azaril semakin teresak. Entah
kenapa, hatinya semakin menipis. Dia mula terasa kehilangan. Kenapakah hatinya
kerap memikirkan keburukan? Allahuakbar.
“I miss you so much, Trisha Dania. Don’t ever
forget me even if I…” Trisha kucup bibir Azaril untuk mendiamkan bibir itu.
“Kenapa
lemah macam ni? Sepertimana Trish redha biarkan abang ke Syria, abang jugak
kena redha. Abang insan terpilih untuk membantu saudara kita di sana. Memang
ya, Trish mengaku Trish berat hati nak lepaskan abang pergi. Tapi, Trish tak
boleh pentingkan diri sendiri. They need
you more than me,” Azaril merenung ke anak mata isterinya.
Penuh
kejujuran. Penuh ketelusan. Penuh kasih sayang. Penuh cinta. Ya, andai diri ini
terkorban… dia rela. Andai Allah masih mahukan dia di sisi Trisha Dania… dia
bersyukur. Azaril mula mengukir senyum. Trisha menyapu air mata suaminya yang
masih bersisa di pipi. Malam ini, tumpah juga butiran berharga itu.
“Abang
bangga dengan Trish. Sebelum abang berangkat ke sana, benarkan abang habiskan
masa bersama Trish. Seminggu ni, abang nak kita luangkan masa bersama. Kita
pergi aje ke mana yang kita suka. At
least, I have tried my best to give you happiness. Baby abi dan umi, seminggu ni aje… baby behave eh. Abi nak manja-manja dengan umi,” Trisha ketawa
kecil mendengar kata-kata terakhir suaminya itu.
“Hek,
abang ni. Kesian baby. Abang, nak…
muntah,” Pantas Trisha menolak Azaril dan terus berlari ke bilik air.
Azaril
tergelak. Baby ni kan… sungguhlah
cemburukan abi dan umi. Dibawa langkah ke bilik air. Haih, bermanja di rumahlah
gamaknya jika Trisha berterusan dengan morning
sickness dia itu. Sabarlah hati. Semoga dia kembali dengan selamat dan
masih berpeluang menghabiskan sisa hidup bersama Trisha di sisi. Amin.
to be continued...
note : wo hen hau - khabar baik, zuijin mang ma? - kebelakangan ini sibuk ke?, hen mang - sibuk sangat, mang shenme - sibuk dengan apa?
Yeahhh!!! best buat smbgan lagi tau...heheehehe
ReplyDeletetq, edlinna. akan bersambung. hihihi
Deleteuhh sis jgn buat sad ending tau.. saye menciii.. menci sgt2 dgn sad ending walaupun saya tau x slalunya cite diakhiri dgn happy ending =( *buat muka terlampau cute*
ReplyDeletehuhu. acilah sad ending. tak ending lagi nih. hihi. :D. cute sangat. :)
DeleteAlaaa alaaa baru baca ni dah nangis. Nanti part Azaril mati kang caner nak nangis lagi huwaaaaaa T_T
ReplyDeletealaaaaa. yakin ja Azaril mati kan. haha(gelakjahat). CIa dah gela guling2 ni. :D.
DeleteXmau sad ending....nk suwett2 je...:)
ReplyDeletenoted. tapi, teringinlah nak buat sad ending. hihi. :D
DeleteBtw, pinyin dia wo hen hao, bukan hau... :)
ReplyDelete