Assalamualaikum... Hye!
Selamat bersahur. CIA excited nak update HMLA! pagi ni. hihi. tak edit dah. bantai ja post ni. so, kalau ada kesalahan or apa2 just inform me eh. sorry kalau tak best ka hapa. mood menulis ke laut ja lately ni. asyik nak tidor ja asal nampak bantal. hehe. penangan bulan puasa. :D. apa pun... SELAMAT MEMBACA! :D.
Jam digital di dashboard dipandang
sekilas. Menara KLCC direnung seketika sebelum tangannya menanggalkan tali
pinggang keledar. Janji harus ditepati dan Trisha adalah seorang yang menepati
akan janji-janjinya. Langkah di bawa ke tengah-tengah kawasan rekreasi di mana
dia terserempak dengan jejaka dari Los Angeles itu.
Pandangan dililaukan ke sekitar
kawasan. Tiada pula bayang-bayang Lewis di situ. Trisha duduk di anak tangga
batu itu sambil melemparkan pandang ke kolam yang tenang itu. Setelah diberi
keizinan Azaril semalam, lega sedikit hatinya mahu membawa Lewis bersiar-siar
di sekitar Kuala Lumpur. Habis sahaja kerjanya, terus dia ke sini. Manalah tahu
jika Lewis sudah pun menunggunya.
“You are late…”
Trisha mendongak.
Lewis duduk di sebelah Trisha dengan
wajah yang monyok. Tangan kanannya menghulurkan bekas minuman yang dibeli di Chatime
sebentar tadi kepada Trisha.
“Sorry. Terlupa nak bagitahu you specific
time. And… thanks for this drink. So, where do you want to go?”
“Hmmm… Putrajaya? I’m heard about that
place from my friend. He suggest to me to go there if I have the chance,” jawab
Lewis.
“Oh… okay. Let’s go,” Trisha bangun
berdiri. Lewis tersenyum lebar melihat penampilan Trisha hari ini.
Simple but stylo. Kemeja berlengan
panjang kotak-kotak dan skirt labuh coklat serta selendang yang terlilit kemas.
Mereka beriringan menuju ke tempat
parkir. Trisha menekan alarm Caldina hitamnya. Dia perasan ada mata yang mencuri
pandang Lewis. Orang kacak, banyak mata yang mahu memandang. Sigh.
*****
“Trisha, may I ask you something?”
Trisha yang ralit merenung ke tasik
menoleh ke kirinya. Lewis sedang pandangnya, menunggu jawapan untuk soalannya.
“Sure… You just asking me, Lewis.”
Lewis ketawa. Pandai Trisha bergurau.
Itupun dalam riak agak serius.
“Are you still single? Tak apa if you
tidak mahu jawab. I cuma nak tahu,” Mata Lewis masih di wajah menawan Trisha.
Ada ketenangan di raut itu.
“I’m not single, Lewis. I’m married,” Ternyata
Lewis terkedu dan tergamam. Hatinya mula berbolak-balik. Dia lemah.
“So, you’re married…”
Trisha pelik dengan nada Lewis itu.
“Kenapa, Lewis? Just tell me,” Teringin
pula Trisha mahu mengetahui asbabnya Lewis bertanyakan soal status dirinya.
Jika dulu, sudah tentu dia akan menipu
Lewis mengatakan dia belum berkahwin. Tetapi, kini dia tidak mahu berahsia.
Hubungan dia dan Azaril murni, tiada apa yang perlu disorokkan. Walaupun
hatinya goyah juga ketika pertama kali bertemu dengan Lewis. Iyalah. Lewis
lebih tampan dan menawan daripada Azaril. Namun, itu tidak menjanjikan apa-apa.
Biarpun Lewis lebih kacak, Azaril tetap dihatinya.
Dua kali toleh jugalah sesiapa yang
memandang Azaril. Itu tandanya suami kesayangan dia itupun tiada kurangnya.
Eheh.
“Nothing to tell you, Trisha. I cuma
nak tahu saja. Husband you tak marahkah you teman I di sini?” Trisha senyum
nipis.
Cekap juga Lewis berbahasa Melayu
walaupun masih baru belajar.
“My husband off to Syria. Nothing to
worry because he know we’re here… together. I already told him last night…”
Lewis terangguk kecil.
Kecewa juga hatinya dek kebenaran itu.
Nyata dia sudah terlambat untuk memenangi hati Trisha.
“Lewis…”
“Yes?”
“Boleh I tahu, kenapa you belajar
bahasa Melayu?” Lewis berdehem kecil. Bagaimanakah dia harus menjawab soalan
itu sedangkan sebab utama dia nekad mahu belajar bahasa Melayu adalah kerana
wanita itu? “Itupun dalam masa yang singkat, you mampu bertutur dalam bahasa
Melayu…”
“I just… realize that Malay languange is
interesting to learn. It’s quite hard at first but then it turn to my hobby to speak
in Malay,” Ini juga adalah salah satu sebabnya dia mahu belajar Melayu.
Sangat mudah untuk difahami jika
benar-benar berusaha dan nekad.
“Oh. Congratulations. You sudah berjaya
bertutur dalam bahasa Melayu dalam masa yang singkat. You memang betul-betul ada
semangat untuk belajar. Sekarang you belajar apa pula?”
“Emmm… buat lagu. I mula menulis lirik
dalam bahasa Melayu. Menarik juga. You pandai menyanyi?” Trisha ketawa.
“No. I’ve never singing before except
in the bathroom. I tak ada bakat menyanyilah. Kenapa?” Lewis menunakkan pandangan
ke bangunan-bangunan di sekitar tasik.
“Just asking. Mungkin I boleh create
one song for you,” Bahu diangkat, bibir diulas senyum.
“Such a multi-tasking person you are,
Lewis. You do modeling… you’re the director and now you want to create a song
for me. Bravo,” Lewis ketawa besar.
“I’m a man. I dilahirkan dalam keluarga
begitu, Trisha. Already born with it. My dad is a director and my mum is a supermodel.
I hope my children also have the same interest like us,” ujar Lewis dalam nada
bersahaja.
Sukar untuk dia menerima hakikat yang
Trisha Dania sudah berpunya, isteri orang. Hakikat tetap hakikat. Sebagai
seorang yang bertimbang rasa, Lewis terpaksa meninggalkan segala perasaannya
terhadap Trisha ke tepi. Cukuplah mereka sekadar berteman. Dia nampak Trisha
lebih selesa berteman dengannya. Jika itu baik pada Trisha, maknanya baik untuk
dia juga.
“Brilliant idea, Lewis. If I was your
wife… I would reject your dream. Nonsense. I takkan biarkan anak-anak I
terlibat dalam dunia glamor…”
“Sebab?”
“Sebab… I tak nak anak-anak I punya
ramai peminat. I want them to be mine forever. Cuma I yang menjadi peminat
mereka,” Ujaran Trisha membuatkan Lewis ketawa. Lebih kuat dari tadi.
Maksudnya, Trisha tidak suka berkongsi
haknya dengan orang lain. Fahamlah dia kini. Setiap orang punya pendapat
masing-masing. Jika Trisha juga terlibat di dalam dunianya, sudah tentu impian
wanita itu akan terbalik. Seperti Lewis yang mengharapkan dia punya pewaris
untuk meneruskan legasinya. Biarpun hanya seorang, itu sudah cukup.
*****
Sayu hatinya melihat kanak-kanak yang
terlantar di katil. Tangan dan kakinya berbalut dek tercedera akibat serangan
demi serangan yang dilemparkan di bumi mereka. Jika di Malaysia, kanak-kanak
seumur dengannya sedang berlari dan bermain di taman. Penuh gelak tawa. Diusap
kepala kanak-kanak lelakit lembut, penuh kasih.
“Wilson, you already do your best,”
Azaril menoleh ke kanan.
Yasmin menghulurkan secawan kopi panas.
Disambut huluran itu dengan senyuman nipis.
“Yes… I do. Pesakit-pesakit yang dibawa
ke sini bukannya semakin berkurang tapi bertambah. I risau. Kalau pesakit
dewasa mungkin dia mampu nak tahan sakit. I tak boleh nak bayangkan kesakitan
kanak-kanak yang tercedera. Dia orang cuma tahu menangis aje, Yasmin,” luah
Azaril.
“Sabarlah, Wilson. I pun rasa benda
yang sama jugak. Tapi bila I tengok dia orang tidur nyenyak, hati I lega.
Sekurang-kurangnya I tahu dia orang takkan rasa sakit waktu tu. Memang tugas
kita nak berdepan dengan keadaan macam ni. Nak atau tak, kena juga terima,”
Azaril mengangguk setuju.
“You punya waktu round kan sekarang ni?”
Yasmin mengangguk. “I minta diri dululah. Thanks for this drink,” Yasmin
senyum.
Langsung tidak berasa susah jika
perkara itu melibatkan Azaril. Alangkah bagusnya jika dia punya kekuatan untuk
berterus terang pada lelaki itu. Manalah tahu Azaril masih menyimpan perasaan
padanya. Dulu dia melayan Azaril acuh tidak acuh sahaja. Bak kata pepatah, mahu
tetapi malu.
Azaril melabuhkan punggung di kerusi di
ruang rehat untuk para doktor yang bertugas di hospital ini. iPadnya dipandang
kosong. Entah apalah yang dilakukan isterinya itu ketika ini? Kerinduan mula
menerjah. Sungguh, dia rindukan Trisha. Mahu menghubungi, dia takut mengganggu.
“Haih, doc. Asyik pandang aje iPad tu.
Teringat orang tersayang ke?” usik Doktor Irfan yang baru masuk ke ruang rehat
bersama secawan maggi segera.
Azaril senyum nipis.
“Iyalah. Hampir seminggu kita sini. Few
weeks more to go. Kau tak rindu ke wife kau kat Malaysia, Irfan?”
Irfan gelak.
“Siapa yang tak rindukan isteri, Qi? Tapi,
kita datang sini ada tujuannya. Terpaksalah letak rindu tu ke tepi. Kalau rindu
sangat, bolehlah call ke apa ke. Lagipun, aku takut aku tak boleh nak tahan
rindu kalau aku call rumah. Mahunya aku balik waktu tu jugak,” Azaril
menyetujui kata-kata Irfan.
Lebih baik dia bertahan selagi mampu.
Sesekali berkirim khabar bolehlah. Jika selalu, waktu itu juga dia mahu terbang
kembali ke Malaysia. Sudahlah Trisha sedang mengandung, tahap kerisauan
bertambah-tambah dari hari ke hari. Makankah Trisha? Cukup rehat ke tidak? Bayi
mereka macam mana? Huh, kusut otak!
to be continued...
p/s: sorry sangat-sangat sebab jarang hapdet. huhu. selalu say sorry untuk kesalahan yg sama kan. that's me. huhu. :(. series mood nak menulis kadang-kadang tak masuk. harap maaf naaa. :D.
Besttt!! Update le bebanyak lagi... hehehehe....
ReplyDeleteMLS ramadhan?.... hehe....rerajinla update yer....;)
ReplyDeleteBestnya!!! Jangan lah tiba-tiba abang Azaril kita terkorban... huhu... Kak CIA fighting!
ReplyDeleteSambung lh lagi *^▁^*
ReplyDeletebaru habis marathon cite ni best sangat.... nak lagi...tq. semoga Cia rajin-rajinlah nak menulis.
ReplyDeleteBila nak post yg baru? Lama tunggu ni
ReplyDelete~menunggu~😍
ReplyDelete~menunggu~😍
ReplyDeletewaitaing ..
ReplyDeleteLame lgi ke nk kluar yg bru...x sabar ni...selamat berpuase...hukhukhuk
ReplyDelete*xoxo*