Dua bulan kemudian…
Qisya terkocoh-kocoh menuruni anak
tangga. Mentang-mentang doktor dah isytiharkan dia sudah pulih sepenuhnya,
bukan main aktif lagi. Dia menghampiri meja makan. Ditariknya kerusi
bersebelahan dengan abahnya, Encik Kamil. Laju sahaja tangannya mencapai
beberapa keping roti Gardenia dan diletakkan ke dalam piringnya.
“Pukul berapa appointment tu?” soal Encik Kamil.
“Sepuluh, bah. Tapi, Lia kena pergi
awal sikit. Kena confirmkan balik
dengan orang tu. Takut dia ada hal lain,” jawab Qisya sambil mengunyah roti.
“Kesian anak mama ni, tak pasal kena
jumpa doktor gila,” usik Puan Su. Dituang air susu segar ke dalam gelas dan
diletakkan di hadapan Qisya. Anak perempuan dia seorang ini mana boleh
dibiarkan makan minum dia, habis diet semua lingkup.
Memanglah doktor kata Qisya sudah
sembuh sepenuhnya, tetapi Puan Su tetap risau. Qisya pula jenis yang main
hentam saja apa yang dia hendak makan, tiada had. Puan Su bukannya apa, dia
tidak mahu disebabkan pemakanan tidak sihat anak daranya itu… lain pula yang
jadinya.
“Mama ni, cuba modenkan sikit doktor
gila tu. Doktor psikologilah. Alah, kalau tak jumpa doktor tu… trauma Lia tak
hilang. Kalau tak hilang, macam mana Lia nak gerak sana sini? Tapi, kalau abah
baik hati nak sponsor driver pun okey
jugak. Kan, abah?” Tersedak Encik Kamil dibuatnya.
Driver? Mereng dah anak dara aku ni. Hish.
Chek Nat yang dekat luar tu bukan pemandu ke.
“Eh, boleh sangat. Tapi, driver halal… nak?” Qisya angkat kening.
Driver halal? Puan Su senyum manis,
faham maksud suaminya itu.
“Ish, tak pernah pulaklah Lia dengar
pasal driver halal ni. Ada ke, mama?”
Puan Su usap kepala anak dara kesayangannya itu.
“Ada, sayang. Mama pun ada driver halal mama, special untuk mama dan anak-anak mama. Driver halal mama tu abahlah…”
Erk? Qisya buat muka, kerut hidung.
Ceh, bahasa bungalah pula.
“Hmmm… Baik abah dan mama cakap aje
suami, kan senang gitu. Berbelit pulak. Emmm, siapa calonnya?”
Faham sangat dah dia dengan perangkaan
abah dan mama tersayang dia ni. Memang patut pun dia menjadi penulis, dia pun
dari baka yang kemain lagi berbunga ayat-ayat romantika plus dramatik. Wajah selamba Encik Kamil dan Puan Su adakalanya sukar
diduga Qisya, semuanya punya makna. Eheh.
“Amboi. Abang tengok anak dara kita ni,
tak menyempat. Kita baru nak langkah ke B, dia sampai Z dah,” Encik Kamil
gelak.
“Kalau dah itu gayanya, eloklah kita
suruh Roslan hantar rombongan. Lagi cepat, lagi bagus,” Qisya melopong.
Sungguhlah ni, dia kena kahwin? Hmmm…
Macam tak serius saja.
“Roslan? Erk, tak moden langsung nama
bakal suami Lia. Abah, bagilah nama yang grand
sikit, baru thrill,” Selamba sahaja
Puan Su sekeh kepala Qisya.
Semenjak Qisya sembuh ni, demand kemain. Semua benda nak grand-grand. Otak Qisya bergegar kuat
sangat kot masa kemalangan tu, habis semua benda dia nak yang hot feat vogue. Atau, doktor psikologi
silap masukkan identiti? Manalah tahu, disuntiknya hormon puteri kayangan dalam
diri Qisya. Hek, jauh Puan Su menyimpang ya.
“Roslan tu ayah tiri dialah. Uncle
Roslan punya anak, nama dia hot and roll.
Confirm Lia suka punya. Abah dan mama
dah jumpa dia, handsome dia kalah
abah ni,” Qisya gelak besar.
“Masalahnya, abah Lia handsome ke?” Encik Kamil cebik. Antara
tiga orang anak dia, Qisya Aulia yang paling aktif. Sudahlah sulung, memang
habislah adik-adik dia kena buli.
“Hish, kalau abah tak handsome… takkanlah mama terpikat. Kan,
mama?” Puan Su senyum lebar. Dia bergerak menghampiri suaminya, penuh selamba
dilabuhkan punggung di riba Encik Kamil.
Bertambah sememehlah raut si Qisya.
Sabar sahajalah dengan romantika abah dan mama dia ni. Bolayan.
“Eeee… malaslah layan abah dan mama.
Lia keluar dulu, pinjam driver abah
eh. Nanti Lia dah ada driver halal,
Lia pulang balik Chek Nat abah tu,” Disalami tangan abah dan mamanya. Siap
peluk cium lagi. Anak manja sungguh, mengalahkan adik-adik dia.
“Pergi elok-elok, Lia,” pesan Puan Su.
Qisya angkat tangan dan berlalu ke kereta.
Sebelum Qisya turun tadi, puas jugalah
Puan Su berpesan pada Chek Nat, pemandu peribadi Encik Kamil agar memandu
dengan berhemah. Tahulah Qisya tu, naik sikit saja meter… kecut perut terus. Sudah
beberapa kali bertemu dengan doktor psikologi pun masih begitu juga trauma
Qisya.
*****
Qisya sedut udara perlahan. Err, bau minyak
keretalah pula. Rindu pula pada kampung Syira yang indah lagi segar itu. Kan
bagus jika dia masih berpeluang menghabiskan masa di situ, boleh juga merawat
hati yang semakin bosan ini. Bosan dengan sikap miang doktor psikologi dia yang
baru itu. Ugh!
“Qisya?” tegur seseorang yang melalui
kaki lima deretan kedai-kedai itu. Qisya menghentikan langkahnya. Diangkat
wajahnya.
“Eh, abang Edzril. Buat apa kat sini?”
balas Qisya, agak ramah.
“Abang Edzril hantar kereta servis.
Qisya pulak, buat apa kat sini?”
“Buat apa lagi, tu…” Qisya memuncungkan
bibir ke arah klinik psikologi di sebelah bengkel kereta.
“Oh, macam mana? Dah okey ke trauma
Qisya tu?” Qisya senyum nipis. Dipandang Qarif sekilas. Kacak, tapi sudah
namanya Qisya ni si anti-lelaki-kacak. Pandang pun sipi-sipi sajalah.
“Bolehlah. Tapi, Qisya nak minta abah stop hantar Qisya datang sini. Doktor tu
miang kemain, tak naklah Qisya teruskan. Buang duit aje,” Qarif tergelak.
Qisya sudah selesa dengannya seperti
kali pertama mereka bersua dulu. Langsung tiada kejanggalan di antara mereka. Qarif
juga berasa senang melayan celoteh Qisya. Qisya dan Syira sama sahaja keletah
mereka. Sama-sama ramah dan pandai mengambil hati orang.
“Eh? Kesiannya. Syira bagitahu Qisya
dah lama dapatkan treatment ni,
takkan baru sekarang doktor tu tunjuk miang…”
“Ini doktor lain, yang lama tu doktor
perempuan… dah tukar klinik. Itu yang Qisya sebal ni. Serik dah nak datang
sini. Lagipun, Qisya malas dah nak ambil treatment
ni… biarlah apa nak jadi pun,” Kemain lagi kau mengadu pada Qarif ya, Qisya.
Macam dia tu laki kau pula.
“Hmmm? Alah, lama-lama nanti Qisya
okeylah tu. Habis tu, Qisya datang sini dengan apa? Teksi?” Qisya geleng.
Dia perasan perempuan-perempuan yang
lalu lalang di kaki lima itu asyik tertoleh pada Qarif. Sekali pandang tak
puas, pandang lagi. Kan… dah cakap. Lelaki kacak ni selalu bikin panas.
Hujan-hujan pun masih terasa bahangnya. Hmmm… Qisya terkeluh sendiri. Mahunya
suami dia nanti tampan macam mamat di sebelah dia ni, haru dia. Hati asyik
mengadu cemburu, tidak kira masa. Isk.
“Qisya datang dengan Chek Nat…” Qarif
angkat kening. Chek Nat? “Driver abah
Qisya, pinjam kejap. Abang Edzril…”
“Hmmm…”
“Qisya dah ingat dah kat mana kita
pernah jumpa. Tapi, janji dengan Qisya dulu,” Qarif angkat tiga jari. Kononnya
berjanjilah tu. “Janji jangan gelak tau,” Qarif angguk.
“Cakap ajelah Qisya…”
“Dalam mimpi,” Terhambur ketawa Qarif. Qisya
tarik muka, geram. Tadi dah janji tak nak gelak. Orang betul-betul, dia
main-main pula. Ini yang nak merajuk ni. Erk?
“Jangan buat lawaklah, Qisya Aulia.
Abang Edzril ingatkan apalah tadi. Manalah tahu terserempak kat mana-mana
sebelum ni. Itu logiklah jugak,” Qisya pukul bahu Qarif dengan beg sandangnya.
Hish, menyesal dia bagitahu.
“Qisya serius ni, abang Edzril.
Betullah Qisya jumpa abang Edzril dalam mimpi. Qisya selalu catat apa yang
Qisya mimpi, kalau ingatlah dalam diari. Nanti boleh jugak buat modal menulis,”
ujar Qisya lebih terperinci.
“So,
what is the story? Qisya mimpi apa pasal abang Edzril?”
Heh, budak berdua ni. Boleh pula
berbual di kaki lima. Qarif pun satu, gentlemanlah
sikit. Ajak si Qisya ni pergi restoran ke apa. Tetapi, sudah namanya selesa. Di
mana-mana pun boleh.
“Hmmm… biarlah rahsia. Malas dah layan
abang Edzril. Baik Qisya belah dulu, dah janji dengan Syira nak singgah rumah
dia. Lama tak jenguk Auntie Leen…”
“Eh, pergi samalah. Abang Edzril pun
nak pergi sana jugak, nak jumpa papa Syira,” Qisya berfikir sejenak.
“Qisya pergi sendirilah. Kesian Chek
Nat dah tunggu Qisya lama. Qisya jumpa abang Edzril kat sanalah. Bye,” Dilemparkan senyum manis pada
Qarif.
Qarif tergeleng kecil. Happy go lucky rupanya Qisya Aulia ni. Dia
sengih sinis. Mindanya mula menerobos ke alam lain di mana cuma ada dia dan
insan teristimewanya. Dunia yang hanya mereka berdua sahaja di dalamnya dan
mewarnai setiap keindahan dunia mereka itu dengan kebahagian. Pergh, jiwang kau
Qarif. Tetiba teringatkan si dialah tu.
*****
“Masuk, Qarif,” jemput Auntie Leen,
mama Syira merangkap mak cik saudara Qariflah kiranya.
Wan Ced, tok wan Qarif dan Wan Syed
adalah adik beradik. Papa Syira, anak Wan Syed. Arwah ayah Qarif pula anak Wan
Ced. Tetapi, setelah ayah Qarif meninggal dunia, ibunya pula menikah dengan
anak lelaki Wan Syed, Syed Roslan. Berbelit sungguhlah salasilah keluarga
mereka ni. Tetapi, itulah keluarga mereka.
“Uncle
dan Syira mana, auntie?” Qarif terjenguk-jenguk
ke sekitar ruang tamu.
“Syira kat dapur tu, hah. Kembar dia
datang, mulalah nak merosakkan dapur auntie.
Qarif pergilah dapur. Suruh budak berdua tu layan, auntie nak naik solat kejap. Malam ni uncle baru balik outstation,
Qarif makan malam sinilah,” balas Auntie Leen sebelum berlalu ke bilik solat
yang terletak di tingkat bawah banglo tiga tingkat itu.
Qarif melangkah ke dapur. Patutlah
Auntie Leen panggil kembar, riuh kemain di dapur. Bersepah jugalah disebabkan
mereka.
“Assalamualaikum…”
Serentak Syira dan Qisya menoleh ke
pintu dapur. Sengihan terukir di bibir masing-masing tatkala mata menyapa
gerangan si pemberi salam.
“Waalaikumsalam,” jawab Qisya dan Syira
serentak. Kembar sangat!
“Auntie
mengadu dapur dia dah kotor, kerja koranglah ni. Heh, habislah laki-laki korang
nanti. Tak payah susah-susah hired maid
dah,” Qisya buat muka tak heran. Syira cebik.
“Alah, abang Ed ni. Kita orang punya
impian nak jadi fulltime housewife
tahu. So, memang beruntunglah pada
sesiapa yang nak jadi laki kami tu. Kan, Qisya?” Qisya mengiyakan sahajalah.
Memanglah dia juga mahu menjadi
surirumah tangga sepenuh masa, tetapi komitmen sebagai penulis pun fulltime juga. Lainlah Syira. Papa dia
punya kaya sampai tak benarkan Syira bekerja, duduk rumah tolong Auntie Leen.
Semuanya sebab Auntie Leen awal-awal lagi tak suka gunakan khidmat pembantu
rumah, lebih senang menguruskan sendiri segala kerja rumah.
“Oh, gitu. Bagus jugak tu. Tapi,
sekarang ni… I want a cup of instant
coffee latte. Anybody, treat me.
Auntie Leen minta abang gunakan khidmat korang. So, please,” Qarif duduk di kerusi tinggi meja island di dapur.
Syira menolak bahu Qisya di sisinya.
“Kau ajelah layan abang… Edzril kau tu,
Qisya. Dia punya demand bab-bab air
ni macam kau jugak even semua jenis
makanan kau melantak. Abang Ed, Qisya pandai tau buat air instant ni. Sedap,” Qisya buat muka malas melayan.
“Give
me three minutes, Sir Edzril. Syira, tak payah nak tabor gula ya. I know the meaning behind that, just throw
out,” Berdenting bunyi sudip jatuh ke lantai jubin.
Qisya senyum senget. Faham sangat
dengan ayat berbelit lagi rumit itu keluar dari mulut Syira. Adalah tu yang dia
mahukan atau sesuatu yang dia lakukan tanpa pengetahuan Qisya. Tangan Qisya
cekap menyediakan coffee latte untuk
Qarif. Nasib baik instant, buatnya handmade. Huish, berdarah jari dia nak
menoreh air kopi tu dengan susu.
“Errr… Actually, abang Ed… Qisya…” Terangkat kening Qarif. Ada juga nama
dia dalam list Syira. “… Ayah Lan dah
terjatuh suka kat Qisya. Then, Ayah
Lan dah janji nak jumpa Uncle Kamil selepas dia balik umrah,” Kali ni, bukan
sudip lagi dah. Piring lapik cawan Qisya terjatuhkan dek terlalu terkejut.
Rahang Qarif jatuh. Hampir ternganga
dibuatnya. Bila masa pula Ayah Lan bertemu dengan Qisya? Tiada pula Ayah Lan
berbincang soal itu dengannya. Jangan-jangan, Ayah Lan hendak menduakan ibu
tak. Ish.
“Apa Syira cakap ni?” soal Qarif. Qisya
sudah tidak boleh berkata apa, terbongkok dia mengutip kaca di lantai. Sudahlah
dia pecahkan piring Auntie Leen. Buatnya Auntie Leen mengamuk, habis dia nanti.
Syira terkaku. Tetapi, dia perlu juga
memaklumkan hal itu pada Qarif dan Qisya agar kedua-duanya bersedia.
Setidak-tidaknya, tak adalah Qisya terkejut jika ada orang datang mahu
meminangnya tiba-tiba.
“Syira cakap benda betullah. Ayah Lan
dan Ibu Naj yang bagitahu Syira nak pinangkan Qisya untuk abang Ed. Masa tu
Syira dok belek gambar-gambar Qisya, Ayah Lan ternampak then terus berkenan,” Takut juga Syira mahu memandang Qarif yang
sudah seperti singa itu.
“Padanlah Qarif dengan Qisya ni auntie tengok. Auntie rasa dua-dua dah serasi. Betul tak, Qarif?” sampuk Auntie
Leen. Qarif berdehem.
“Bukan tu masalahnya, auntie. Kami baru aje jumpa, setakat
berbual kosong tu biasalah. Ayah Lan tak pernah pun bincang pasal ni dengan
Qarif, ibu pun sama…”
“Syira bagitahu Qarif dan Qisya macam
pernah berjumpa kan sebelum ni. Tapi, tak tahu kat mana. Betul?”
“Errr, auntie. Memanglah macam jumpa, tapi dalam mimpilah,” celah Qisya setelah
selesai membersihkan lantai.
Dalam keadaan genting ini pun, Qisya
masih menghulurkan coffee latte pada
Qarif. Kempunan pula nanti.
“Betul ke dalam mimpi? Kamu pasti,
Qisya?” Qisya jongket bahu. Dia sendiri baru terjumpa tulisan tangannya di
dalam diarinya. Segala bayangan lelaki yang dia tulis berpihak pada Qarif.
“Mama macam tahu sesuatu aje…” teka
Syira. Auntie Leen labuhkan punggung di kerusi di sebelah Qarif.
“Qarif tak ingat Qisya Aulia? Betul tak
ingat? Atau, patient Qarif terlalu
ramai sampaikan langsung tak boleh nak cam Qisya. Tengok Qisya betul-betul.
Mungkin wajah Qisya pucat dulu, auntie
rasa Qarif tak perasan. Auntie tahu
pasal ni pun sebab kawan auntie yang
bagitahu. Kebetulan auntie kenal Qisya,” Qarif tenung wajah polos Qisya.
Berkerut habislah kening Qisya, mengingati sesuatu.
“Qarif tak faham, auntie…”
“Masa Qisya accident dulu, Qarif yang selamatkan dia. Doktor yang incharge terlambat lapor diri, jadi
Qarif yang take over kes kemalangan
Qisya. Sebab keadaan cemas sangat waktu tu, hospital tak jumpa jenis darah yang
sama dengan Qisya. Kebetulan, Qarif punya darah sama dengan jenis darah Qisya…”
Auntie Leen angkat bahu, pasti semuanya sudah faham ceritanya.
Ketiga-tiga mereka mengeluh kecil.
Jadi, itu kisahnya.
“Jadi, Qisya tak mimpi?” tanya Qisya.
Wajah mencerminkan segala, dia memang keliru. Tersepit di antara dunia realiti
dan mimpi.
“Kenapa Qarif tak ingat?” soal Qarif
pula. Terhambur tawa Auntie Leen dan Syira. Mahu sahaja mereka merakam detik
itu. Kedua-duanya penuh dengan tanda tanya.
“Patient
Qarif tu bukan Qisya seorang. Lagipun, Qarif memang bukan doktor yang incharge Qisya kan. Cuma, take over untuk hari tu aje. Ayah Lan
pun dah tahu pasal ni, itu yang nampak aje gambar Qisya terus nak masuk
meminang,” balas Auntie Leen.
“Wah, berjodohlah korang ni. Tetiba
pulak lapar nasi minyak,” Syira peluk bahu Qisya mesra. Qisya jeling Syira, menahan
rasa.
Qarif dan Qisya saling berpandangan,
hanya seketika. Namun, tiada rasa yang hadir melainkan perasaan saling
mengenali. Adakah kerana perkongsian darah di antara mereka? Mustahil. Bukan
selamanya darah Qarif mengalir dalam tubuh Qisya. Ah, sungguh merimaskan tika
memikirkan hasrat keluarga masing-masing. Qarif buntu. Dia hanya menganggap
Qisya seperti adiknya sendiri, sama seperti Syira.
*****
Beberapa hari selepas itu, Qarif
mengajak Qisya untuk bertemu. Dia perlu berterus terang pada gadis itu agar
Qisya tidak salah faham. Qisya juga sememangnya mahu menjelaskan sesuatu
mengenai niat keluarga masing-masing mahu menjodohkan mereka. Dia sendiri masih
belum bersedia untuk masuk ke alam rumah tangga. Masih banyak benda yang dia
perlu capai sebelum itu.
“Abang Edzril minta maaf sebab terpaksa
jugak ajak Qisya jumpa. Harap Qisya tak salah faham,” Suara Qarif memecah
kesunyian mereka setelah sepuluh minit mereka tiba di restoran yang dijanjikan.
“Tak apa, abang Edzril. Qisya pun
memang nak jumpa abang Edzril. Tapi, abang Edzrillah yang mula dulu. Nanti turn
Qisya pulak,” Riak kedua-duanya tenang sahaja. Seperti tiada apa-apa yang
berlaku.
“Sebenarnya, abang Edzril dah ada
pilihan hati sendiri. Cuma, tunggu masa aje nak bawa jumpa keluarga. Tapi,
rasanya terpaksalah abang Edzril tangguhkan dulu sampai masalah kita ni
selesai. Qisya nak ikut ke rancangan keluarga kita?”
Qisya berdehem kecil.
“Qisya pun tak ready lagi nak kahwin. At
least, Qisya tahu kita rasa macam kenal pun sebab sebelum ni pernah jumpa
tapi tak perasan aje. Yang pasti, Qisya memang ada mimpikan abang Edzrillah,”
Qarif tergelak kecil.
Hendak juga Qisya menyentuh soal mimpi
itu.
“Iya… iya. Pasal mimpi tu, mungkin
betullah. Tak ada yang mustahil. Abang Edzril harap Qisya jangan salah faham
pulak pasal kita ni. Tapi, kita masih kawan kan?”
“Hope
so. Qisya okey aje nak berkawan pun. Tak adalah adik-adik Qisya pertikai
Qisya tak ada abang. Bolehlah juga bangga sikit, abang Qisya ni doktor. Dia
orang mana ada, selain kakak penulis ni,” seloroh Qisya selamba.
Qarif tergeleng kepala. Sungguhlah,
sesiapa yang berkahwin dengan Qisya beruntung. Qisya hidup dengan dunianya
sendiri dan sentiasa berfikiran positif. Adakalanya, hairan juga Qarif kerana
wajah secantik Qisya tiada yang minatkah. Atau, Qisya sahaja yang jual mahal.
“Jadi, memang Qisya tak ada masalahlah
kalau abang Edzril tak jadi suami Qisya?” Qisya mengangguk.
Memang tiada masalah langsung. Hatinya
tidak pula terloncat-loncat tatkala memandang Qarif. Itu maknanya hatinya bukan
untuk Syed Qarif Edzril. Satu hari nanti, pasti prince charmingnya akan muncul. Dan, saat itu dia akan membuka
hatinya seluas-luasnya agar hati puteranya itu mampu menerobos masuk ke dalam
hatinya. Ehek.
“No
biggies deal. Qisya ni kan dreaming
princess. So, Qisya tak pandang
lelaki-lelaki handsome ni. Sebab
Princess Qisya Aulia ni kuat cemburu tahu,” kata Qisya penuh selambanya.
Sekali lagi, Qisya mampu membuatkan
Qarif ketawa besar. Mujur sahaja restoran itu agak lengang. Taklah malu sangat
gelak kuat-kuat.
“Baiklah, Princess Qisya Aulia. Asalkan
princess bahagia, abang princess pun bahagia jugak. Tapi, jangan
memilih sangat. Rupa paras tu sekejap aje. Yang kacak bergaya tu, tua nanti
berkedut jugak. Sama aje semuanya,” Qisya kerut hidung sambil senyum nipis.
“Taklah. Ish, abang Edzril ni. Biar dia
kacak dekat mata Qisya aje, bukan di mata orang lain. Abang Edzril memang handsome, tapi Qisya tak rasa abang handsome,” Erk, merepek dah Qisya ni.
“Haip, jangan bangkang cakap orang tua.
Jadi, macam mana rasa ada darah abang Edzril dalam badan Qisya. Seronok tak, ke
thrill?”
“Ler, mama Qisya bagi makan banyak
sayur dan buah. Tak tahulah ada ke tidak lagi darah abang Edzril tu. Kalau ada
pun, hmmm…” Qisya menjegilkan matanya. Tidak mahu bibirnya terlepas kata. Boleh
dapat malu.
“Apa? Dah selamat jadi darah kotor?”
“Nampak sangat ke?”
Qarif ketawa lagi. Qisya… Qisya.
Perlakuannya terlalu obvious
sehinggakan dia mampu meneka tindak tanduk gadis itu.
“Abang Edzril seronok dapat adik macam
Qisya. Dreaming princess yang cantik
ni abang Edzril punya tahu. Sesiapa yang nak masuk meminang, kena jumpa abang
Edzril dulu. Lulus ujian saringan, baru boleh dapat Qisya,” Qisya ketawa lepas.
“Kalau macam tu, abang princess yang super handsome ni Qisya punya tahu. Sila minta lover abang Edzril tu jumpa Qisya dulu. Selepas lulus, barulah
abang Edzril bawa jumpa family. Aci
gitu?”
Mereka ketawa serentak. Serasi tak
semestinya harus bersama. Tidak semua lelaki dan perempuan serasi sebelum
berkahwin dan seterusnya ke alam perkahwinan. Boleh juga keserasian itu hilang sebaik
sah sebagai suami isteri. Itulah yang dinamakan jodoh. Jika tiada jodoh, serasi
pun tiada gunanya.
~SEKIAN~
p/s : habis sudaaa TDP. hihi. inilah ending dia. dah lama sangat terperuk tanpa sambungan. mood hari ni CIA buat ending dia gini. :D. SELAMAT MEMBACA! :D. (kalau jumpa tajuk sambungan TDP kat dalam cerpen di atas sila maklum laju2. hihi)
Tq akak...
ReplyDeleteHope akak dpt smbng e novel yg lama dah ada dlm blog ni, tajuk apa tah.. saya pun lupa dah, Hehehe...
:D. yang mana satu idaman kalbu. hihi. InshaAllah. i'm trying. :)
DeleteHope akak dpat smbg STNK...
ReplyDeleteNak lg...selalu update yer hehehe....:)
ReplyDelete