Ayyana
menjemput tetamu yang datang masuk ke rumah. Melebar senyumnya kerana ada yang
sudi menemaninya ketika ini. Kehadiran wanita yang dikenalkan Lutfil ketika
majlis akad nikah mereka hari itu menyenangkan Ayyana. Dia tahu, wanita itu sangat
hebat. Tengoklah siapa suaminya. Pernah terdetik di hati Ayyana, suami wanita
itu sangat easy-going person.
“Jemputlah
duduk. Kenapa tak bawa anak-anak sekali?” soal Ayyana kepada tetamunya itu.
“Hmmm, Mya
tahulah Fariz tu. Risau sangat. Semalam lagi dia hantar anak-anak balik rumah
keluarga dia. Kebetulan, ibu dan baba kak Adel datang sini. Alang-alang, biar
ajelah dia orang tinggal di rumah keluarga Fariz sekejap,” jelas Adelin ramah.
“Elok
jugak tu. Kak Adel okey ke tinggal kat sini? Manalah tahu, tak selesa ke?”
Adelin senyum.
“Kak
Adel okey aje, Mya. Arahan suami, kita perlu ikut. Lagipun, kak Adel boleh
tolong tengokkan Mya. Tak adalah Luth risau, Mya seorang di rumah…”
“Mya
bukannya apa, kak Adel. Mya lebih risaukan Luth. Dia bukannya truly police, terlibat
pulak dengan kes Mya ni. Imran tu bukannya sembarangan orang, kak,” Ayyana
meluahkan kerisauannya.
“Mya, tahu
tak pasal three-friend forever?”
“Hah? Apa
tu, kak Adel?”
“Fariz,
Luth dan Hadi. Selepas dah bertahun kahwin dengan Fariz, barulah kak Adel tahu.
Itupun, Fariz yang buka cerita. Pasal Luth pun kak Adel tak tahu. Kak Adel
kenal Luth masa Luth datang melawat kak Adel di hospital, kak Adel admit ward untuk lahirkan
Raykal. Emmm, six months ago,” Ayyana
mula menunjukkan minat.
“Mya
pun kenal abang Ian dan abang Hadi masa hari kita orang akad nikah hari tu.
Luth tak pernah pun bercerita pasal three-friend forever dia
orang tu,” Adelin tergelak kecil.
“Mungkin
Luth masih nak sesuaikan diri dengan Mya kot. Kalau Mya nak tahu, perangai three-friend forever ni
sama. Mya tahu kan dia orang punya prinsip?” Ayyana angguk laju.
“We do what we want…”
“Exactly. Dia orang ni memanglah kita nampak macam kaku
atau mungkin tak ada perasaan. Tapi, Mya. Dalam hati ada taman. Sekali dia
orang keluar aura romantik, serius… Mya pun tak jangka. I’ve experienced that, Mya. It was so fun since I know that Fariz won’t cheat
behind me,” Bersemangat Adelin menceritakan pe’el ketiga-tiga mereka.
“Insha
Allah. Mya dah kenal Luth sebelum kahwin, boleh dikatakan rapat jugaklah. Mya
selesa dengan Luth, tapi tulah. Mya macam janggal sikit bila dah kahwin ni. Luth
pun macam jaga batas dia dengan Mya. Nak bergurau pun, Mya dah tak reti even Luth cuba nak talk informal dengan
Mya,” Adelin usap bahu isteri sahabat baik suaminya itu.
“Luth
pun tengah sesuaikan diri. Mya cubalah berterus terang dengan Luth apa yang Mya
rasa. Insha Allah, you both will
know each other deeply. Sebelum kahwin kan boleh aje mesra-mesra, selepas
kahwin kenalah lebih lagi,” Ayyana tersipu.
Tenang
sedikit hatinya setelah meluahkan pada Adelin. Wanita itu memang first class advisor.
Fikirannya terbuka. Mungkin itulah yang membuatkan Ian terpikat pada Adelin.
Teka Ayyana sendiri.
*****
Lena
Ayyana terganggu apabila terdengar bunyi engsel tingkap seperti sedang dibuka. Dia
bingkas duduk. Disapu matanya yang agak kelabu dek terjaga secara mengejut.
Dihalakan pandangan ke jendela. Hatinya mula berdebar. Telefon bimbit di meja
sisi dicapai. Dia menyalakan telefonnya. 15 missed call!
Luth!
Kak Adel! Ayyana mula menggelabah. Disorokkan diri ke dalam selimut.
“Ayyana,”
panggil satu suara di jendela yang sudah terbuka. Menggigil Ayyana di sebalik
selimut.
Dia
tidak berani mahu bersemuka dengan pemanggil namanya itu.
“Ayyana,”
seru suara itu lagi.
Tiba-tiba
ada tangan yang cuba menyentuh Ayyana. Ayyana menepis kasar.
“Okey…
okey. Saya ni, Luth,” Barulah Ayyana berani mengalihkan selimut dari tubuhnya.
Nampak sahaja Luth yang sedang duduk di sisinya, dia terus memeluk tubuh sasa
itu.
Lutfil senyum.
Diusap kepala Ayyana lembut. Ayyana yang difikirnya tenang itu juga punya
perasaan takut, huh. Manja juga rupanya.
“Kenapa
masuk ikut tingkap? Pintu kan ada,” Ayyana mengangkat wajahnya yang tersembam
di dada bidang Lutfil.
“Imran hired bodyguards to guard us. Dua
orang polis yang jaga di pagar rumah, dia orang dah tembak mati,” jelas Lutfil.
Suaranya seakan berbisik.
“Kak
Adel?” Ayyana mencengkam lengan Lutfil.
“Don’t worry. She’s with her husband, next room. Awak
pergi siap ala kadar, kita naik bilik atas,” suruh Lutfil. Ayyana tidak
berganjak. “Kenapa?” soal Lutfil, pelik.
“Sejak
bila rumah ni ada bilik atas?” Lutfil bagai mahu hamburkan tawa. Sempat lagi
Ayyana memikirkan hal itu dalam keadaan cemas. Mungkin masih mamai agaknya.
“My secret room.
Pergilah siap. We have to
rushing, dear,” Ayyana pantas turun dari katil. Dia bergerak ke wardrobe.
T-shirt
lengan panjang dan jeans blue black
disarungkan ke tubuh. Setelah itu, dicapai sehelai tudung bawal printed, senang untuk dipakai. Usai mempersiapkan diri,
Ayyana kembali ke katil. Lutfil sedang menantinya sambil menaip sesuatu di dada
telefon. Ayyana mengambil handphonenya.
“Dah?”
Ayyana mengangguk. “Jom,” Lutfil menghulurkan tangannya kepada Ayyana dan
hulurannya bersambut.
Mereka bergerak
perlahan ke pintu bilik. Lutfil memerhatikan keadaan sekeliling terlebih
dahulu. Pada masa yang sama, Ian dan Adelin sudah berada di luar bilik.
“Naik
ikut mana, Luth?” soal Ian. Adelin di belakang memegang tangannya erat. Ayyana
yang terpandang Adelin, senyum. Adelin mengenyitkan matanya.
Tips
pertama yang diajar Adelin; berpura-pura ketakutan walaupun okey saja kerana di
waktu cemas beginilah kita boleh menilai jika si suami itu risaukan isterinya
atau tidak.
“Ikut kiri.
Be careful, dia
orang maybe tengah
intip keadaan dalam rumah,” Lutfil menarik tangan Ayyana.
Dia
mengetuai langkah mereka untuk ke bilik rahsia yang sering menjadi tempat
kerjanya satu masa dulu. Ketika dia masih lagi pengintip polis. Sudah agak lama
dia tidak naik ke bilik rahsia itu. Entah bagaimanalah keadaan bilik itu. Harap-harap
bolehlah dijadikan tempat persembunyian mereka buat sementara waktu.
*****
Lutfil
membuka lampu meja, keadaan sebenar bilik rahsia mula kelihatan walaupun dalam
samar-samar. Ditarik langsir agar orang luar tidak boleh nampak lampu yang
bercahaya suram itu. Ian dan Adelin duduk di birai katil bujang yang terletak
di tengah-tengah bilik, antara ruang meja panjang yang dipisahkan oleh almari
tinggi dan juga sofa.
Ayyana
berdiri statik di sisi suaminya. Ke mana Lutfil melangkah, ke situlah dia
melangkah. Dia tidak mahu jauh dari Lutfil.
“Bilik
ni complete
semuanya. Aku tak tahu pun, Luth,” Mata Ian mula menerawang di segenap bilik.
“Dah
nama pun rahsia, mana boleh bagitahu,” Adelin tergelak kecil. Semua mata
pandang Adelin.
“Kenapa,
mummy?”
“Daddy dan abang Luth punya otak samalah. Cakap pun benda
yang sama. Ingat tak masa mummy tanya
apa rahsia daddy dengan
Chiya tu? Jawapan tulah yang daddy bagi,”
Ian tergelak. Tak perasan pula dia.
“Eh, of course. Three-friend forever, right? We have
the same thought…”
“Apa-apa
ajelah, daddy. Bilik
ni macam tempat eksklusiflah, abang Luth,” Lutfil angkat kening.
“Tengok
oranglah,” Ian mencebik.
“Mya, are you here?”
Ayyana sengih apabila semua mata kini terarah padanya. Dari hidung hinggalah
dahi, berkerut.
“Awak
okey ke ni?” soal Lutfil, risau.
“Okey. Cuma,
terfikir something,”
Sememangnya otaknya sedang mencerna sesuatu. Setiap perbualan ketiga-tiga
mereka dia dengar. Cuma, mindanya sahaja ke lain.
“Apa?”
“Abang
Ian, ACP. Kak Adel, ex police
officer… international. Luth, ex undercover. Why did we have to hide in this room? Is there something that police can’t face this case?”
Naaa, bijak
Mya Ayyana. Otak bergeliga. Lutfil, Ian dan Adelin saling berpandangan. Soalan
Ayyana bagaikan menjerut leher mereka. Ayyana seolah-olah cuba menpertikai
kredibiliti mereka.
Lutfil
tenung mata Ayyana.
“Ayyana,
situasi di luar bukan seperti yang awak bayangkan. Polis memang sedang
mengawasi kawasan rumah kita, tapi tindakan orang-orang Imran tak terjangkau
dek akal kita. Dua orang anggota polis dah tumpas. Takkan nak korbankan lebih
ramai nyawa lagi?”
Ayyana
tertunduk.
“Sorry,” ucap Ayyana, penuh rasa bersalah. Dia tidak
sepatutnya meragui ketiga-tiga mereka.
“You’re always with your brilliant thought, Ayyana. Please,
use your excellent brain to think about others,” ujar
Lutfil.
“Okey,”
Ayyana berpura-pura senyum. Padahal, hatinya sudah menangis.
Dia
juga punya kelemahan. Otaknya bukannya selalu berfikiran matang. Adakalanya,
dia tersangkut juga. Ayyana juga mahu dirinya dimanjai, dibelai, diberi
perhatian. Selepas kejadian dia dipenjara, dia berpura-pura kuat demi
keluarganya. Kebolehannya yang mampu menyembunyikan rasa hatinya digunakan
sebaik mungkin.
“Mya,
meh duduk dengan kak Adel,” panggil Adelin. Dia simpati dengan Ayyana. Dia juga
perempuan.
Kali
ini, dia sudah menjumpai perbezaan di antara Ian dan Lutfil. Ian akan
melindunginya biarpun tahu dia bekas polis. Sedangkan Lutfil seperti melepaskan
isterinya terkapai-kapai sendiri. Atau, itu cara Lutfil melindungi Ayyana? Adelin
terfikir seketika, dipandang Lutfil. Nah, Lutfil menggunakan serangan psikologi
untuk menenangkan Ayyana. Bibir Adelin mengukir senyum nipis.
“Your sis
panggil, Ayyana,” Ayyana mendongak memandang Lutfil. Dia menggeleng. Diukir
senyum pada Adelin, tanda dia selesa di sisi suaminya. Adelin mengangguk faham.
“Luth, toilet ni boleh guna ke?”
“Boleh
aje…”
“Mummy duduk sini kejap, daddy nak pergi toilet,” Adelin kerut hidung sambil buat muka. Ian ketawa
kecil sebelum berlalu ke tandas. Nasib ada makhluk dua orang itu. Jika tidak,
sudah lama dia ngap si Adelin tu. Tsk. Dirty mind lorh!
Lutfil
menarik sofa dengan tenaganya. Ditutup pintu bilik rahsia itu. Manalah tahu,
jika penyangak-penyangak itu berjaya menceroboh ke dalam rumahnya. Walaupun
bilik ini agak tersorok, tak mustahil mereka akan menjumpainya. Bak pepatah;
sediakan payung sebelum hujan.
*****
Hadi
menilik jam di tangannya, sudah hampir ke pukul tiga pagi. Pasukan yang
diarahkan Ian untuk bersiap sedia, masih lagi menunggu arahan seterusnya. Dia
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip mesej, kemudiannya dihantar kepada
dua sahabat baiknya itu. Lutfil dan Ian sudah mengingatkannya agar memaklumkan keadaan
di luar dari semasa ke semasa.
“Tuan
Hadi, dia orang masih di dalam. Dua orang awasi pintu depan. Enam orang di
seluruh kawasan rumah. Susah kita nak masuk, tuan,” maklum Luqman.
“Buat
masa ni, kita awasi dulu penyangak-penyangak tu. Kalau keadaan dah tenang,
pasukan jenayah berat yang lain pun sampai… kita bertindak. Luq, awak pastikan
semua ready dengan
arahan Tuan Fariz,” Luqman mengangguk, mengerti.
Dia
berlalu ke van, arahan Hadi disampaikan setegas yang mungkin. Luqman adalah ketua
mereka buat masa ini sementara Ian cuba memancing orang-orang upahan Imran di
dalam kawasan perumahan mewah itu. Untung sahaja mereka mahu mendengar arahan
daripada Luqman.
Hadi
mendail nombor seseorang.
“Datuk,
dia orang masih di dalam. Buat masa ni, Luth dan yang lain bersembunyi di bilik
rahsia Luth. Datuk dan Datin jangan risau. Kami akan cuba sedaya upaya,” beritahu
Hadi, terus.
“Iyalah,
Hadi. Apa-apa hal yang berlaku, awak hubungi saya. Macam yang dirancang, Imran
tak tahu plan kita. Dalam
pukul sepuluh pagi, dia ada meeting dengan
wakil Delia Holding. Awak siapkanlah satu pasukan untuk pagi nanti.
“Baiklah,
Datuk. Saya akan maklumkan pada pasukan jenayah. Sudah lewat ni, Datuk. Datuk
pergilah berehat. Hal di sini, Datuk jangan risau. Saya cuba apa yang
termampu…”
“I’m craving of good news, Hadi.
I want my Hadi safe too.
Assalamualaikum,” Talian dimatikan.
“Waalaikumsalam.
Insha Allah, Datuk. I’ll safe them,”
Janji Hadi sendiri sambil mata memandang ke banglo dua tingkat milik Lutfil.
I want my Hadi safe too.
Kata-kata itu mengganggu minda Hadi. Mendalam sekali ayat itu baginya. Datuk
Dani seakan mahu dia menyelamatkan anak lelaki kesayangannya itu. Beban
dibahunya sudah memberat. Datuk Dani mengharapkannya. Dan, dia akan cuba sedaya
upaya untuk menyelamatkan sahabat-sahabat baiknya.
*****
Skrin komputer-komputer
yang terpasang, Lutfil teliti satu per satu. Setiap satu komputer merakamkan keadaan
di tempat-tempat yang berbeza. Dari situ, dia boleh mengetahui pergerakan
orang-orang Imran. Ada gunanya juga dia memasang CCTV di segenap banglonya itu.
Dia sekadar suka-suka sahaja dan kamera yang terpasang juga tidak mampu untuk
dilihat secara kasar kerana perantinya disembunyikan sebaik-baiknya.
Ian
pula cuba berbual dengan Adelin, mengalihkan tumpuan Adelin agar tidak terlalu
memikirkan situasi mereka sekarang ini. Walaupun dia sedia maklum akan ketenangan
Adelin menghadapi situasi cemas, dia tetap risau. Adelin masih dalam tempoh ibu
berpantang, secara kasarnya. Kira masih baru lagilah, enam bulan.
Ayyana
yang bosan di sofa, menghampiri Lutfil yang kusyuk meneliti pergerakan penjenayah.
“I’m sleepy. Can we have a nap for minutes?” Lutfil
tersentak kecil.
“Awak
pergilah tidur…”
Ayyana buat
muka. Lutfil seakan tidak berminat untuk melayannya. Ditoleh ke belakang. Ruang
di mana Ian dan Adelin berada terpisah dengan ruang mereka berada tika ini.
Mujur ada almari tinggi yang memisahkan ruang-ruang. Bolehlah Ayyana bermanja
sedikit dengan Lutfil. Isk.
“Tak
apalah. Saya duduk sini, tengok muka penyangak-penyangak ni lagi bagus,” kata
Ayyana selamba.
Lutfil
pandang Ayyana lama.
“What?” Ayyana menjeling Lutfil di sisinya tajam.
“Nak
apa sebenarnya ni?” Selembut mungkin Lutfil menyoal. Hilang sudah perbualan
formal mereka sebelum ini.
“Hmmm?
Nak tengok penjahat-penjahat nilah,” balas Ayyana malas. Sebal hatinya tika
ini. Dia tengok Ian dan Adelin bukan main sweet lagi.
Pandang
sahaja muka Lutfil, hormon adrenalinnya seakan menghilang. Huh!
“Mya
Ayyana…”
Ayyana
ketap bibir perlahan. Tidak suka lelaki itu memanggil nama penuhnya. Jika disebut
dengan penuh romantiknya, tidak apalah juga. Ini? Ugh! Pusing kepala dia ni.
“Ya?”
“Where is my Ayyana?” Huh?
Ayyana lawan pandang Lutfil. Apa maksud suaminya itu? Siapa Ayyana dia?
“Saya
ada pergi mana-mana ke?” tanya Ayyana, polos. Lutfil beriak serius.
“Look, I’m in weirdo situation. Why are you behaving like this?”
Ayyana
senyum. Dilarikan jari telunjuk di wajah kacak Lutfil. Bukannya reaksi tenang
ditunjukkan pada Ayyana, tetapi tegang. Mata Ayyana jatuh pada kemeja hitam di
tubuh Lutfil. Kemeja itulah yang dipakai Lutfil ketika keluar dari rumah pagi
semalam. Masih kemas, lengan disinting hingga ke siku.
“Because I’m always like this, my dear hubby. Awak
aje yang tak perasan. Elok saya nak bermanja, awak tayang muka ignorant awak
tu. Saya nak bergurau, awak jeling saya. Manalah awak nak tahu perangai isteri
awak macam mana,” Lutfil kerut dahi.
“Eh,
itu awak punya reaction, okey.
Saya mula nak sweet-sweet dengan
awak, awak sibuk dengan kerja-kerja awak tu. Saya ajak awak pergi honeymoon, awak keluar
soalan lain. Soalan pandai awak,” Ayyana senyum, sedar akan kesilapannya.
Heh,
suami isteri… sama-sama keliru akan diri masing-masing.
“Okey,
sama-sama salah. Tapi, kan awak. Yang pasal honeymoon tu,
bukan saya setuju ke? Saya tak bantah pun. Awak sendiri yang cadangkan saya
boleh resign. Lagi
satu, soalan setiausaha tu. I asked you very
seriously, right?”
Lutfil
terpaksa angguk. Itulah kebenarannya. Dia sendiri yang tidak pandang serius
akan kata-kata Ayyana ketika itu.
“So, fair and square?”
Lutfil hulurkan salam. Ayyana menyambutnya dengan senang hati. Salah faham saja
pun.
“Luth,
jom,” sampuk Ian. Lutfil dan Ayyana berpaling serentak. Ian sedang membetulkan senjatanya.
Lutfil
dan Ayyana saling berpandangan.
“I have to go…”
“Be careful. Saya
tunggu awak,” Ayyana menyalami tangan Lutfil.
Kepala
Ayyana yang bersalut tudung itu, Lutfil usap lembut. Jantungnya berdebar saat
mata jatuh pada wajah isterinya itu. Hati sudah berbungakah? Dia tahu Ayyana
juga mempunyai rasa yang sama. Jika tidak, mustahil Ayyana sanggup menyerah
diri padanya kan. Tsk.
“Awak
duduk aje sini dengan Adel. Apa-apa pun jadi, awak kena stay kat sini sampai semuanya settle, faham. Behave,” Ayyana mengangguk.
Ayyana
dan Adelin menghantar suami-suami mereka dengan perasaan yang berbelah bahagi. Adelin
peluk Ayyana. Wanita itu masih belum biasa dengan keadaan seperti ini. Tambahan
pula, Lutfil hanya dikenali sebagai seorang businessman sebelum mereka
berkahwin. Sudah tentu Ayyana terlalu risaukan Lutfil.
*****
Lutfil
dan Ian menyelinap keluar melalui pintu belakang penuh hati-hati. Seperti yang
diperhatikan pergerakan yang berlaku berdasarkan rakaman CCTV, Lutfil sudah memahami
corak permainan mereka. Satu mesej sudah berjaya dihantar kepada Hadi. Semoga
misi mereka malam ini berjaya.
“Luth,
hujung sana ada dua orang. Ambil ni,” Ian menyerahkan pistol yang sudah diisi
peluru kepada Lutfil.
“Good luck, friend,” ucap
Lutfil sebelum menghilang di sebalik semak di bahagian tepi rumah.
Ian
pula bergerak ke sudut belakang rumah. Mujur kawasan itu terlindung oleh garaj pertukangan
Lutfil. Peranti handsfree
diaktifkan untuk berhubung dengan pasukannya. Ian tertunduk sedikit apabila
seorang lelaki berbadan besar membuat rondaan. Hatinya mula menyumpah seranah
pada Imran.
Pengecut
punya orang, hanya mampu hantar konco-konco sahaja. Lain benar dengan Mutia
yang begitu berani berhadapan dengan musuhnya. Namun, Ian terfikir seketika.
Lutfil yang dikenalinya bukanlah seorang yang mudah mengaku kalah. Jika konco-konco
Imran tidak tumpas, dirinya sendiri akan tertumpas. Ugh!
“Hadi, move,” arah Ian tegas.
Dia
mula bergerak ke bahagian yang lebih terbuka. Jika masih bersembunyi di sini,
sampai bila pun perkara tidak selesai.
*****
Hadi
meraup rambutnya. Entah kali ke berapa dia harus menempuhi saat seperti ini. Dia
tergelak kecil. Ian menghampiri Hadi di ruang menunggu hospital. Dihulurkan
sebotol air mineral kepada sahabat baiknya itu.
“Remember, Hadi?
Kau pernah hadapi keadaan ni masa aku ditembak dulu,” Hadi angguk.
“Ya. It hurt so much, Ian,”
Ian menepuk bahu Hadi perlahan.
“Kau
jugak kena ingat, Hadi. Ini jugaklah keadaan kami, perasaan kami bila kau koma
hampir setahun dulu. Aku cukup bertuah sebab aku punya injured tak seteruk kau. Apa yang kau rasa ni, kami dah
lalui. Kau tahu apa yang Luth cakap pada aku masa tu?”
“Apa?”
Tika
itu, Adelin menghampiri keduanya. Dia melabuhkan punggung di sisi Ian.
“Masa
nilah waktu paling berharga untuk kita. Kau tahu kenapa? Sebab dari sinilah
kita boleh tahu, insan kesayangan kita akan berjuang untuk kita atau tidak. Luth
orang pertama yang kau nampak sebaik sedar koma kan?”
“Ya. He was with me every time I need someone to
comforting me. But, his action is very sharp. Tak
ada sesiapa pun tahu bila dia datang dan pergi…”
“That’s what friend for. He come when you need him
and disappears for you to take care of him. Appreciate him, guys,” Ian
peluk bahu Adelin di atas kata-kata itu. Hadi senyum nipis.
Ayyana
mampir. Hatinya tersentuh akan semangat setia kawan yang ditunjukkan oleh
sahabat-sahabat suaminya itu. Walaupun dia dan Lutfil baru sahaja mendirikan
rumah tangga, sudah cukup untuk dia mendalami kehidupan seorang Lutfil Hadi,
taufiq Allah yang memimpin.
“Macam
mana, Mya?” soal Adelin.
Ayyana
menggeleng.
“Doktor
tak pasti bila Luth akan sedar. Tapi, kecederaan Luth dikira hampir menempah
maut. So, we have to wait and see. Sekejap
lagi family Luth
sampai, tapi Mya kena ke balai kejap. Boleh tak tolong jelaskan pada dia orang
pasal Luth?”
Serentak
itu, dua orang polis wanita mendekati ruang menunggu. Ian, Adelin dan Hadi
berdiri. Mereka agak keliru akan keadaan sebenar.
“Mya?”
Ayyana
ukir senyum. Setitis air mata jatuh di pipi. Perasaan bersalah menebal di dalam
hatinya kini. Salahnya kerana cuba masuk campur dalam pergelutan di antara
Lutfil dan Imran. Dia yang sebabkan Lutfil jadi begini. Dia segan untuk
bersemuka dengan keluarga mertuanya. Lutfil sanggup berkorban untuknya.
“We have to pay to what we’ve done too, kak
Adel. Minta diri…”
“Wait. Saya, ACP Fariz. Explain,” Ian menunjukkan kadnya. Dua orang polis wanita
itu mengangkat tabik.
“Maaf,
tuan. Kami hanya mengikut arahan. Puan Mya Ayyana terpaksa kami tahan semula
untuk membantu siasatan,” jelas salah seorang polis wanita itu.
Sudahnya,
ketiga-tiga mereka hanya mampu melihat Ayyana dibawa pergi. Ayyana perlu
membayar untuk kesalahan apa?
*****
Datin
Vee berpaut pada lengan suaminya. Lemah sungguh hatinya melihat Lutfil yang
terbaring di atas katil. Wayar-wayar berselirat di badan anak lelakinya itu.
Datuk Dani cuba bertenang. Puas dipujuk hati; Lutfil Hadi adalah seorang anak
lelakinya yang kuat. Anaknya itu mampu menempuh apa jua keadaan.
“Datuk,”
sapa Hadi.
Datuk
Dani dan Datin Vee pandang Hadi serentak.
“Imran
macam mana?” soal Datuk Dani.
“Imran
masih di unit ICU, kritikal,” maklum Hadi. Datin Vee melepaskan keluhan berat.
Dihala pandangan ke dalam bilik wad. Bibirnya melirik senyum nipis.
“Semoga
dia cepat sembuh,” kata Datuk Dani tanpa perasaan. Padah akibatnya jika Imran meninggal
dunia begitu sahaja.
“Datuk
dan Datin jangan risau. Insha Allah, semuanya akan kembali normal. Pihak polis dah
buat keputusan untuk menjamin Ayyana. Lusa, Ayyana sudah boleh dibebaskan,”
Datuk Dani menghela nafas lega.
“Alhamdulillah.
Pengorbanan Ayyana untuk selamatkan Fi, takkan pernah kami lupakan. Tak
sia-sia, kami menjodohkan mereka berdua…”
“Jodoh
Allah, Datuk. Lagipun, tindakan Ayyana tu dikira mempertahankan diri. Disebabkan
dia jugalah pasukan kami dapat tumpaskan konco-konco Imran. Tapi, tak sangka
Ayyana terus tembak Imran,” Hadi dan Datuk Dani tergelak, lucu.
Ketika
salah seorang konco Imran menembak Lutfil di bahagian kepala, Ayyana turut
bertindak menggunakan pistol yang tercampak di tanah dek pergelutan Lutfil dan
Imran. Tidak disangka Ayyana terus sahaja menembak dada Imran tanpa berfikir.
Mungkin, fikirannya hanya pada Lutfil yang ketika itu sudah terbaring lemah.
Jika
Adelin yang menembak, mungkin polis takkan mengambil apa-apa tindakan kerana
wanita itu mempunyai lesen menembak. Sedangkan Ayyana? Huh! Agak-agak, apalah komen
Lutfil jika dia sedar nanti. Berbangga mempunyai seorang isteri yang berani
atau dia mengkritik hebat isterinya itu?
*****
Ayyana termenung
di pangkin. Mata memandang sawah yang menghijau. Abah dan umi sedang sibuk membetulkan
orang-orang terpacak di tengah-tengah sawah. Entah apa yang digaduhkan mereka
pun tak tahu. Ada sahaja perkara yang akan didebatkan. Menurut abah, sedari
dulu lagi umi suka nak membantah cakap abah. Tetapi, sudahnya diikutkan jua
semua arahan abah. Kata umi, itu sekadar mahu mengusik abah.
“Bergaduh
lagi?” Ayyana menoleh ke belakang. Senyuman lebar terukir. Dia bangkit dan
menghampiri lelaki yang sedang tersenyum kacak itu.
“Macam
biasalah,” Dibantu Lutfil duduk di pangkin.
“Tapi,
romantiklah abah dan umi tu. Gaduh-gaduh manja. Macam awaklah, sebijik perangai
umi. Membantah dalam tenang,” Ayyana cubit lengan sasa Lutfil.
“Itu
namanya meluahkan pendapat, abang. So, how’s your day in my kampung?”
Lutfil
angkat kening sebelah.
“So far so good. Nice view, nice people. Of course, I
found the new you. Village girl also intelligent, huh…”
“Women, I’m not a girl anymore. Malam
ni Pak Jenol datang urut lagi, abang okey ke?”
“Soalan
lagi,” Ayyana tergelak.
“Yalah.
Soalan perlukan jawapan. That’s how the
conversation goes on, right?”
Lutfil
menganggukkan sahaja.
“Abang
okey aje. Tapi, perlu ke teruskan urutan tu? Doktor kan dah cakap, kaki kiri
abang ni dah tak boleh nak sembuh. Kecederaan saraf tak ada penyembuhnya,
sayang,” ujar Lutfil, mengharapkan pengertian Ayyana.
“Abang,
we do what we want. That’s your
word. Now, I’m doing what I want. Saya nak suami saya sembuh. At least, we try our best.
Sembuh ke tak, itu kerja Allah. Kalau dah kaki abang tak boleh sembuh, terima
ajelah. Saya bukannya sayang kaki abang aje, tapi satu badan abang ni,” Lutfil
gelak besar.
Tangannya
yang memegang tongkat, hadiah dari Datin Vee meletakkan tongkat itu ke tepi. Dia
peluk bahu Ayyana.
“So sweet. Syukur,
abang masih berpeluang hidup as your husband, Mya
Ayyana. Because of your word, abang
cuba kuatkan semangat abang…”
Ayyana
kerut dahi.
“Saya
cakap apa?”
“Awak
teringin nak panggil abang, abang. Kan kan kan?” Ayyana melemparkan senyum
penuh kepura-puraannya itu.
“Derrr, of course. Abang
tua dari saya lapan tahun tahu? Plus, abang
tu husband saya. Teringinlah
jugak nak panggil manja gitu…”
“Oh, abang
terima alasan tu. Memandangkan awak cakap abang ni dah tua, sepatutnya abang
dah boleh sangat ada anaklah kan?”
“Boleh…”
“Errr,
sayang. Awak pasti ke boleh?” Bertambah berkerut dahi si Ayyana tu. Sudah
kenapa suami dia ni?
“Kenapa
abang ni?”
“Iyalah.
Anak tu bukan abang sorang yang usaha, awak pun kena jugak,” Lutfil sembunyikan
tawanya. Dia sekadar mahu menguji isterinya sahaja. Manalah tahu jika Ayyana
masih belum bersedia.
Ayyana
senyum sungging. Dia memandang ke tengah sawah, abah dan umi masih berdebat sambil
menolak orang-orang itu sehingga jatuh.
“Abang koma
berapa lama?”
“Emmm, dua
bulan. Then, I have my treatment for
half month. Why?” Tepat sekali kiraan Lutfil itu.
“Good, very good. Sepatutnya,
abang pun kena peka dengan kesihatan isteri abang ni jugak. Part panggil abang tu, dengar pulak. Part lain? Tak dengar?”
“Tell me,” Lutfil juga punya side yang mahu menguji isterinya. Takkanlah dia tidak
mengambil berat tentang Ayyana.
Cuma,
dia ingin mendengar penjelasan daripada Ayyana secara nyata dan jelas. Ketika
itu, manalah dia kuat mahu bangun dan memeluk Ayyana. Seluruh badannya seakan
mengeras. Kini, dia mahu merespons detik gembira itu.
“I’m pregnant,” Pantas
sahaja Lutfil peluk Ayyana erat. Hampir lemas isterinya itu.
Abah
dan umi yang sedang berdebat itu terus berhenti pergaduhan mereka. Bibir
masing-masing mengukir senyum. Abah mengeluarkan telefon bimbit canggihnya.
Terus dirakam saat bahagia anak perempuannya itu. Haish, main banyak sungguh
abah ni. Umi pula kelihatan teruja.
“Abang
ni, lemaslah,” adu Ayyana manja.
“Abang
sayang Mya Ayyana, sampai bila-bila,” ucap Lutfil separuh berbisik.
“Mya
Ayyana pun sayang abang, sangat-sangat. I’m your secret admirer, though…”
Pipi
Ayyana dikucup Lutfil lembut. Ayyana membantu suaminya berdiri. Mereka berjalan
perlahan masuk ke dalam rumah. Walaupun Lutfil hanya mampu berjalan perlahan
dan memerlukan bantuan tongkat, Ayyana masih tetap teguh dengan pendiriannya. Hajat
untuk berkahwin dengan Lutfil adalah doanya sejak dia mula jatuh hati pada kerenah-kerenah
Lutfil ketika mereka sama-sama menguruskan sebuah projek.
Lutfil
Hadi, lelaki tegas tetapi sifat tenangnya tetap… number one. Disebabkan
itulah Ayyana cuba berlagak tenang dalam apa jua keadaan. Tidak sangka pula, sifat
itu terus tertanam dalam dirinya. Terima kasih kepada Lutfil Hadi di atas contoh
yang ditunjukkan itu. Suaminya itulah orang yang dia adore selama ini. Sanggup menolak Imran dan
lelaki-lelaki lain yang cuba memancingnya. Ayyana… Ayyana. Pembunuh hati
manusia!
~THE END~
dah habis baca....best2!!! nak lagi... hehe
ReplyDeletehihi. makaseh. :D. nak lagi? emmmmmmmm
Deletesambung lg akak ! special punya yg pasti dh ade anak dh masa tu! hihihihihi maap la norh permintaan berat sangat :D
Deletehehe. inshaAllah if ada masa dan idea. :D. tak berat mana pun, hana. :)
Deletehehehe... smbng lagi akak, kalau nk bagi pasal Adelin pun xpa, Best lah... rindu dkt mreka :)
ReplyDeletehehe. rindu kat Pearllah ni habis keluar pasal Fariz & Adelin. haha.
DeleteBest 2 ..tulislah byk2 lagi... hehehehehe
ReplyDeleteMakaseh. :D. inshaAllah. :)
DeleteWaaa...dh abis...ni kira sambung dr cite Pearl....update lg tau..dgn story yg besttt..awal update mlm ni..ker ada lg new story awal pg nnt...;)
ReplyDeletedah habis. :D. rindu Pearl. huhu. inshaAllah. saja update awal. dah janji siap ja terus update. hihi.
DeleteBest best! Jatuh cinta dengan watak cerdik Ayyana dengan perangai senang jatuh cinta Lutfil. <3 Both of them are so sweet. Manis sangat, complement each other :')
ReplyDeleteBest sgt....
ReplyDeleteBest sgt....
ReplyDeleteWah, so sweet. Hebat jugak ayyana ni.:-D
ReplyDelete