Darwisya termenung di kerusi santai berdekatan
dengan kolam renang. Pertemuannya dengan Naqib petang tadi bermain di mindanya.
Kenapa suaminya kembali secara tiba-tiba? Apa yang paling Darwisya musykilkan
adalah bagaimana Naqib boleh mengetahui dia sedang menanti suaminya?
“Amni,” tegur Mak Cik Fauziah. Dia meletakkan mug
berisi air milo panas di atas meja.
“Mak, boleh Amni cakap dengan mak sekejap?”
Mak Cik Fauziah senyum. Dilabuhkan punggung di
kerusi santai bersebelahan dengan Darwisya.
“Boleh aje, Amni. Ada apa?” Darwisya pandang Mak
Cik Fauziah dengan senyuman nipis.
Dia mencapai tangan tua Mak Cik Fauziah.
“Mak percaya Rifqi masih hidup?” soal Darwisya.
“Amni, naluri seorang ibu tak pernah menipu.
Walaupun mak bukan ibu kandung Rifqi, mak tetap sayangkan dia macam anak mak
sendiri. Kenapa Amni tanya mak macam tu?”
“Rifqi datang jumpa Amni, mak…”
Mak Cik Fauziah membulatkan mata. Genggaman tangan
dieratkan.
“Betul ni? Amni tak tipu mak, kan?” Darwisya
menggeleng.
“Amni sendiri tak percaya masa dia bagitahu Amni
petang tadi. Tapi, Amni tengok sendiri IC dia, mak. Memang nama Rifqi,” Air
mata Mak Cik Fauziah mula mengalir ke pipi.
“Mak nak jumpa dia, Amni. Tolong mak,” Digoyangkan
tangan Darwisya. Hatinya teringin benar mahu bertemu dengan anak tirinya itu.
“Sabar, mak. Buat masa ni, Amni tak mampu nak
berdepan dengan dia. Bagi Amni masa ya, mak. Insha Allah, nanti Rifqi sendiri
yang datang jumpa mak. Tapi, mak jangan bagitahu sesiapa pun eh pasal ni. Amni
tak bersedia,” Mak Cik Fauziah usap bahu Darwisya.
“Banyakkan berdoa, sayang. Berkat doa Amni jugalah,
Rifqi kembali. Setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Satu hari nanti, Amni akan
jumpa hikmah itu. Insha Allah,” Darwisya memeluk Mak Cik Fauziah erat.
Sekian lama, dia tidak menitiskan air mata sedari
lahirnya Adib Rafki lagi. Anak itu kekuatannya sepanjang ketiadaan Rifqi di
sisi.
“Mak, anak mak dah berubah. Anak mak dah matang,”
beritahu Darwisya.
Mak Cik Fauziah mengucapkan syukur. Nah, inilah dia
hikmah di atas apa yang berlaku. Jika ditimbangkan, pasti ada lagi hikmah di
sebalik kehilangan Rifqi. Sekurang-kurangnya, sekarang ini mereka sudah tahu
mengenai Rifqi. Tidak perlulah mereka berteka teki lagi.
*****
Pintu pagar terbuka. Auni menyarungkan tudung
labuhnya dan membawa langkah ke pintu pagar. Seorang lelaki sedang berpeluk
tubuh menanti di keretanya.
“Assalamualaikum,” sapa Kasyfi sambil tersenyum.
“Waalaikumsalam, along. Apa khabar?” Ramah Auni membalas
sapaan alongnya itu.
“Alhamdulillah. Naqib mana?”
“Dia keluar sekejap, ada hal. Sorrylah, along. Tak boleh nak jemput masuk. Along buat apa kat
sini?”
Kasyfi senyum. Terlupalah tu.
“Auni adikku, kan along ada bagitahu. Along ada conference kat HUKM. Alang-alang, along
singgahlah sebelum balik kampung,” jawab Kasyfi.
Disebabkan dia seorang doktorlah, Encik Johar dan
Puan Bariah tidak membawa Naqib dan Auni ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Entah mengapa, mereka tidak mahu Naqib dan Auni diketahui ramai. Mungkin, Encik
Johar terlalu menyayangi kedua-duanya sehingga sanggup tidak melaporkan pada
polis tentang penemuannya dengan Naqib dan Auni.
“Oh, maaf. Auni terlupalah. Naqib ada ingatkan Auni
tadi. Jomlah, along. Kita berborak dekat meja sana. Buka pintu luas-luas,”
Kasyfi ketawa.
Kelakar pula mendengar nada suara Auni. Mereka
beriringan ke meja batu yang terletak di laman, sebelah pagar batu.
“Auni dengan Naqib, okey? Maksud along, tak ada bergaduh
kan?”
“Apalah along ni. Kita orang nak bergaduh buat apa.
Tak ada benda…”
“Naqib ada bagitahu along pasal Wisya, isteri
pertama dia. Auni tak kisah ke, Naqib balik semula pada Wisya?” Auni senyum
nipis.
“Wisya pun isteri dia juga, along. Auni sendiri dah
tahu pasal Wisya, takkanlah Auni nak halang hubungan dia orang. Lagipun, dah
dua tahun Naqib tak jenguk Wisya. Tak adil rasanya kalau Auni tak benarkan
Naqib berjumpa dengan Wisya,” jelas Auni tenang.
Kasyfi senyum senget.
“Eloklah kalau macam tu. Auni pun kenalah faham
keadaan Naqib. Bukan senang dia nak handle
dua orang isteri dalam satu masa. Bagi dia ruang,” ujar Kasyfi penuh makna.
Dia tidak mahu rumah tangga adik-adiknya hancur
hanya kerana hal kecil. Tanggungjawabnya untuk menegur jika ada kesilapan yang
berlaku.
“Insha Allah, along. Along doakanlah yang terbaik
untuk kami. Wisya bukannya perempuan sembarangan. Dalam kelembutan dia, ada
sesuatu yang terselit jauh di sudut hati dia. Bukan mudah untuk dia terima
Naqib balik,” sayu sahaja nada Auni.
Dia kasihankan Darwisya, namun dia tetap tidak
boleh berjauhan dengan Naqib. Walaupun luarannya nampak dia seorang wanita yang
tabah, tetapi sebenarnya tidak. Dia tidak sekuat yang disangka. Pada bila-bila
masa pun, dia boleh rebah. Apatah lagi dengan keadaannya yang tidak membenarkan
dia untuk melahirkan zuriat untuk Naqib.
Iya, memang Naqib tidak kisah. Tetapi, dia kisah. Seumpama
dirinya cacat jika tidak mampu mengandungkan zuriat untuk suaminya. Penyambung
kasih mereka tiada. Masa hadapan tidak boleh diramal, Naqib tentunya mahukan
anak untuk menumpahkan kasih sayang. Huh, serabutnya fikiran tika memikirkan
masalah ini. Atau, dia perlu membiarkan sahaja Naqib pergi?
*****
Kereta diberhentikan tidak jauh dari banglo mewah
yang sudah lama ditinggalkan Naqib. Diperhatikan di sekeliling kawasan banglo
mewah itu, hasil usahanya sendiri.
“Dia tak pernah tinggalkan rumah kau, Qi. Selalunya,
Datuk Adnan dan Datin Emma yang akan ke sini untuk bertemu Wisya,” maklum Ikmal,
sahabat merangkap orang kanan Naqib.
“Dia tinggal seorang?” Ikmal menggeleng perlahan.
“Ada seorang mak cik dan seorang budak perempuan
dalam lingkungan dua belas tahun tak silap aku, teman dia kat sini. Qi…”
Naqib pandang Ikmal di tempat duduk penumpang.
“Kenapa?”
“Darwisya ada anak lelaki, setahun lebih. I think the child is yours. Selepas dia
kahwin dengan kau, dia tak pernah keluar dengan lelaki lain. Kalau dia tiada di
rumah, dia pasti di pejabat,” beritahu Ikmal.
Tentunya Naqib terkejut akan perkhabaran itu. Jadi,
dia punya anak?
“Aku ada anak, Mal?” Ikmal mengangguk, lambat-lambat.
Naqib senyum lebar. Alhamdulillah.
“Apa kata, kau masuk aje?”
“Lain kalilah, Mal. Dia tak boleh terima aku lagi
buat masa ni. Aku tak nak keruhkan keadaan. Cukuplah aku tahu keadaan dia,”
Ikmal senyum senget.
“Aku tanya kau satu soalan boleh?” Naqib ketawa.
Sejak bila pula Ikmal pandai rempuh secara sopan. Kebiasaannya, macam dilanggar
ikan todak saja dia serbu.
“Tanyalah, Mal…”
“Do you love
her… emmm… Darwisya? How about Yusra?”
“Amboi, minta nak tanya satu soalan. Ni sampai dua
soalan, dah kenapa?”
“Alah, two in
one, der. Jawablah,” Naqib berdehem. Ikmal renung Naqib, tidak sabar mahu
mengetahui jawapan lelaki itu.
“I love both
of them. Too bad that I have to say, Auni Yusra is my unintended choice. Bukan
sebab kisah silam dia, Mal. Tapi, aku berkahwin dengan dia sebab aku tak nak
dia give up. Dia hampir bunuh diri.
Cuma cara tu aje aku boleh selamatkan dia. Keluarga angkat kami sendiri nak
kami kahwin,” jelas Naqib, jujur.
“Jadi, kau cuma sayangkan Yusra sebagai kawan?”
Naqib angguk laju.
“Yupp. Dah lama aku fikir benda ni. Aku terpaksa
buat pilihan, Mal. Aku takut aku tak boleh berlaku adil kalau aku kekalkan keadaan
ni. Istikharah aku tak pernah sebelahkan Yusra, Ikmal. Tapi, aku tak nak
lukakan hati dia,” Diraup rambut pendeknya ke belakang.
“Hmmm, macam nilah. Kau cuba terus terang dengan
Yusra dulu, baru kau pujuk Wisya. Kau kena cuba walaupun susah, Qi. Ini hidup
kau, kau yang kena tentukan. At least,
Wisya should know that you love her and Yusra too. She needs to know about your
feeling toward her, not less than friend,” Bahu Naqib ditepuk beberapa
kali, perlahan.
“Insha Allah. Aku cuba, Mal,” Sekali lagi matanya
cuba menceroboh ke banglonya.
Ingatannya kuat pada Darwisya. Tidak pernah sedetik
pun dia melupakan perempuan yang pernah dia herdik, dia tengking, yang dia
pandang dengan renungan jijik. Tidak pernah! Separuh jiwanya bersama Amni
Darwisya. Perpisahan mengajarnya erti
rindu; perindu setia.
*****
“Qib serius dengan apa yang Qib cakapkan ni?” Naqib
mengangguk perlahan. Encik Johar dan Puan Bariah saling berpandangan.
“Qib minta maaf, ayah, ibu. Tak adil untuk Auni
kalau Qib masih ikat dia dengan perkahwinan ni,” Auni yang duduk di sebelah
Puan Bariah, menahan tangis.
“Qib dah fikir masak-masak?”
“Insha Allah, ayah. Hidup Qib dah terikat dengan
Darwisya dari dulu lagi. Qib tak nafikan perubahan besar dalam hidup Qib adalah
dorongan dari Darwisya. Rungutan dia sentiasa di kepala Qib. Keputusan yang Qib
buat ni pun sebab Qib tak nak Auni terseksa,” Lega hati Naqib kini. Semuanya sudah
jelas.
Semoga mereka boleh menerima baik keputusannya ini.
“Ibu harap Qib tak buat keputusan terburu-buru. Qib
yakin Qib memang tak sayangkan Auni sepertimana suami sayangkan isteri dia?”
Naqib mengeluh kecil.
“Maafkan saya, Auni. Tapi, saya perlu jujur.
Setahun hidup sebagai suami isteri dengan awak, buat saya berasa serba salah. Setiap
masa, saya teringatkan Darwisya. Ayah dan ibu mungkin menganggap Qib tak berhati
perut, tapi inilah jalan keluar bagi hubungan Qib dan Auni. Kebahagiaan Auni
mungkin bukan dengan Qib,” Auni menyapu air matanya.
“Awak tak salah, Naqib. Saya tahu awak tak pernah
lupakan Wisya. Awak masih simpan hadiah yang Wisya bagi, kan?”
“Maksud awak?”
“Awak nekad nak kita terjun dari kereta. Masa
tulah, saya ternampak awak pegang jam tangan di pergelangan tangan awak. Itu hadiah
dari Darwisya kan?” Lambat-lambat, Naqib mengangguk.
Encik Johar dan Puan Bariah terkeluh. Nampak gayanya,
mereka perlu menyetujui tindakan Naqib. Mungkin, ini bukan jodoh Naqib dan
Auni. Apa jua yang terjadi, Naqib dan Auni tetap anak mereka.
“Qib buatlah apa yang Qib rasa betul. Kami redha. Tapi,
Qib jangan pernah sesekali lupakan kami. Qib tetap anak kami tahu,” kata Encik
Johar sambil mengusap bahu Naqib.
Puan Bariah menarik nafas dan dihembus perlahan. Apakah
dia perlu mengungkap rahsia yang tersimpan kemas sejak beberapa belas tahun
yang lalu? Ah, dia buntu. Dipandang Encik Johar di sebelah Naqib. Suaminya itu
mengangguk, memberi kebenaran. Encik Johar faham sangat reaksi isterinya itu.
Acap kali Puan Bariah mahu berterus terang, tetapi dia kurang berkeyakinan.
“Naqib, ibu ada benda nak beritahu. Tapi, ibu nak
Qib tenang. Qib kenal Fauziah?”
Naqib memandang Puan Bariah, penuh tanda tanya. Bagaimana
Puan Bariah mengenali mak tirinya?
“Mak Cik Fauziah? Kenapa, ibu?”
“Qib ingat?”
“Kenapa pulak Qib tak ingat, bu? Dia selalu pukul
Qib masa kecil dulu. Pantang silap, penuh lebam satu badan Qib ni. Tapi, macam
mana ibu kenal Mak Cik Fauziah?” Puan Bariah senyum nipis.
Susahnya dia mahu meluahkan kebenaran yang
tersimpan rapi itu.
“Qib ingat nama Sabariah Yunus?” Soalan itu
membuatkan Naqib menegakkan badannya. Masakan dia tidak mengingati sebaris nama
itu. Sampai bila-bila pun, dia tidak akan pernah melupai nama itu.
“Eh, mestilah ingat, bu. Itu nama ibu kandung Qib. Tapi,
macam mana ibu boleh…”
“Qib, itu nama penuh ibu. Pertama kali ibu nampak
nama penuh Qib, ibu dah tahu. Naqib Rifqi bin Waisar, kan? Waisar tu bekas
suami ibu,” Naqib menjegilkan matanya.
Tidak mungkin! Mak Cik Fauziah pernah
memberitahunya bahawa ibu kandungnya sudah meninggal dunia. Kenapa pula Puan
Bariah mengaku dia adalah ibu kandungnya?
“Ya, Qib. Disebabkan ayah ternampak IC Qiblah, ayah
nekad nak bawa balik Qib ke rumah. Mungkin sudah ditakdirkan ayah kebetulan
lalu di kawasan tu. Ibu memang ibu kandung Qib. Kami dah sahkan dengan mak tiri
Qib, Fauziah,” celah Encik Johar, menjelaskan kedudukan sebenar.
Auni memandang Naqib. Dia juga bingung akan
kebenaran ini. Sungguh, segalanya bagaikan mimpi. Mimpi yang panjang, namun
kisahnya berputar-putar bak filem lama.
Puan Bariah bangkit. Dia duduk di sebelah Naqib.
“Qib, ibu tak berniat nak tinggalkan Qib dengan
Fauziah. Tapi, ibu tak ada pilihan. Ibu tak mahu arwah ayah Qib serba salah,
jadi ibu nekad tinggalkan rumah tu. Walaupun Fauziah tak menghalau ibu, ibu
tetap akan pergi. Ibu minta maaf, Qib. Ibu minta maaf sebab benarkan Fauziah ‘sentuh’
anak ibu,” Naqib kehilangan kata-kata.
Sukar untuk ditebak hatinya kini. Dia perlukan
ketenangan.
“Qib minta diri sekejap, nak solat. Qib perlukan
masa. Kejap lagi Qib jumpa ibu,” Auni pandang Naqib yang berlalu ke bilik. Sebuah
keluhan lembut terbit di bibirnya.
*****
Darwisya menatap wajah kusut lelaki di hadapannya.
Tiba-tiba sahaja, Naqib muncul di pejabatnya. Wajah lelaki itu mula dipenuhi
dengan bulu-bulu nipis. Pasti sedang menghadapi masalah besar.
“Awak bukan datang sini sebab nak membisu macam ni,
kan? What is the matter?”
Naqib mengangkat wajahnya. Dia renung Darwisya yang
cantik dengan baju kurung cotton bercorak dan selendang kosong rona ungu muda
dililit kemas. Entah kenapa, jiwanya tenang. Senyuman diukir nipis.
“Siapa yang tinggal dengan awak di rumah kita?”
Darwisya menelan air liur kasar. Perlukah dia memberitahu Naqib tentang Mak Cik
Fauziah?
“Mak tiri awak dan adik awak, Athirah. Dia orang
datang cari awak, hari yang sama awak kemalangan. I let them live in your house, accompany me while waiting you,”
Senafas dia menjelaskan kepada Naqib.
Naqib mengangguk, tanda mengerti.
“Apa tujuan dia datang cari saya?”
“Mak nak awak tahu pasal ibu kandung awak. Dah
banyak kali dia datang ke rumah, tapi awak selalu tak ada. She wants your forgiveness. If you have time, meet her. She wants to
meet you badly,” ujar Darwisya, tanpa nada.
“I’ve met
ibu. I just know about it. Because of that, I’m here looking for you,”
Darwisya kerut dahi.
“Mr Naqib, I’m
not the only one of your wife. You have Yusra, right? Kenapa cari saya?”
Naqib senyum. Keras juga hati Darwisya. Dia menyangka
isterinya sudah mampu menerimanya kembali. Rupanya, dia silap menilai. Darwisya
juga kecewa. Ya Allah, Kau tabahkan hatiku, kuatkan hatiku untuk terus berjuang
demi kebahagiaanku.
“Kami dalam proses perceraian,” jelas Naqib sambil
tangannya mencapai bingkai gambar di atas meja Darwisya. “Nice edited,” puji Naqib.
“Why? I thought
you love her. Papa asked someone to edit that photo,” Matanya tertancap
pada bingkai gambar di dalam pegangan Naqib. Foto mereka bertiga; Naqib Rifqi,
Amni Darwisya, Adib Rafki yang telah di’superimpose’kan.
“We are not
meant together. So, what is his name?” Jari Naqib berlari di wajah Adib,
diusap lembut cermin bingkai itu.
“Adib Rafki,” jawab Darwisya. Tiada reaksi ceria di
wajahnya. Hatinya masih degil untuk memaafkan Naqib. Iyakah?
“Nice name. I’ve
to go. Meet me in this place. I’ve written the details, you just follow it,”
Naqib meletakkan sehelai kertas di atas meja. “Saya ambil gambar ni. Pergi
dulu. See you soon,” Pantas Naqib
membawa langkah, keluar dari bilik Darwisya.
Setitis air mata jatuh ke pipi, namun diseka laju. Malu
jika staf NR Holding nampak. Berbekas hatinya dengan layanan Darwisya yang
dingin itu. Semuanya disebabkan dia juga. Baik buruk Darwisya, harus dia
terima. Wanita itu jugalah yang berjaya mengubah hidupnya. Rungutan Darwisya
sepanjang mereka tinggal sebumbung, tidak dibiarkan.
Jambang di wajah, dicukur. Rambut yang panjang,
dipotong. Badan yang dulunya kurus kering, diusahakan sehingga dia berjaya mempunyai
tubuh berotot yang menjadi idaman setiap gadis. Kehidupan tidak terurus dek
kecewa dengan arwah ayahnya telah kembali bersinar. Dia sudah melupakan semua
perkara lama yang menyakitkan itu.
“Maafkan Amni, abang,” Darwisya menyapu air mata di
pipinya. Bukan niatnya untuk bersikap dingin, cuma dia belum bersedia
sepenuhnya.
*****
Naqib memandang Auni yang memeluk Puan Bariah erat.
Akhirnya, selesai juga proses perceraian mereka. Naqib dan Auni bukan lagi
pasangan suami isteri. Sudah ditakdirkan mereka hanya layak berteman sahaja. Auni
redha dengan apa yang berlaku. Pasti akan ada pelangi selepas hujan renyai,
kan?
“Good luck,
Qib. Insha Allah, Darwisya akan terima awak balik. Isteri mana yang sayangkan
suami dia, kan? Halalkan makan minum, kasih sayang yang awak curahkan pada saya
sepanjang setahun perkahwinan kita. Saya doakan awak bahagia,” tutur Auni
ikhlas.
Naqib senyum nipis.
“Insha Allah. Saya pun sama, Auni. Maafkan saya kalau
ada yang terkurang sepanjang setahun ni. Doa saya sentiasa iringi awak.
Lagipun, kita kan adik beradik angkat. Ayah dan ibu saya pun milik awak,
selamanya,” Puan Bariah cuit bahu Naqib.
“Sudah-sudahlah tu. Jom kita balik…”
Naqib melepaskan nafas lega. Tumpuannya kini hanya
pada Darwisya dan Adib. Segala persiapan untuk pertemuan semula dengan Darwisya,
sudah dirangka. Esok dia akan bertemu dengan Datuk Adnan dan Datin Emma. Semoga
mereka masih mahu menerimanya sebagai menantu. Amin.
to be continued...
p/s : panjang pulak SAMSA kita. haha. CIA dah mengantuk nak sambung part Naqib pujuk Darwisya. tak esok malam, lusalah CIA update eh. esok pagi CIA ada event, couldn't write the last part this night. huhu. part 5 would be the last part tau. tu pun part pujuk memujuk ja. hehe. keep on waiting. :). SELAMAT MEMBACA! :D.
TQ.... muahhhh2.... suka2.... update tau....xsabar nk tggu next episode darwisya n naqib....must suwettt2 gitu....hehehe;)
ReplyDeletesama-sama. :D. hehe. sweetlah kot. haha
Deletewaaaa.... Nak lagi akak ;)
ReplyDeleteBest2... wisya jngan senang sngat maaf naqib ye!
hehe. okey... okey. kan, biar padan muka Naqib. :)
Deletebest 3x.
ReplyDeletemakaseh. :D
Deletekak bila nak ng cerpen si amor me si amor n the dreaming princess,tak sabar nak tahu smbungannya kak pleasa....
ReplyDeleteomw, farah. :D. okey... okey. akn diupdate.
Delete