Adra mengemaskan katil yang berselerak.
Manakala Altaf pula seronok berpancuran di dalam bilik air. Adra memasukkan
kain batik yang telah digunakan ke dalam bakul. Bibirnya mengulas senyuman
nipis. Terasa berbahang pula mukanya tika ini.
“Kenapa tak pakai kain batik?”
“Abang!”
Altaf tersenyum sungging. Suka pakai
kain batik konon. Hampeh punya bini.
“Dah, pergi ambil wudhuk. Kita jemaah
subuh,” kata Altaf sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil.
Adra tersenyum senget. Disentuhnya
tubuh Altaf yang terdedah itu. Padan muka! Sakat orang lagi.
“Ya Allah, nakalnya budak ni,” Altaf
meluku kepala Adra perlahan.
“Usik orang lagi. Dah, pergi ambil
wudhuk. Kita jemaah subuh,” Adra mengulang kembali ayat Altaf tadi. Baru dia
tahu Qutnina Khadra ni memang nakal. Sangat nakal!
*****
“Awal kau bangun, dik,” tegur Nayli. Dia
membuka peti ais lalu mengambil sebotol air sejuk dan mencapai mug di rak.
“Tak bangun awal kang tak makan pula penghuni
teratak kita ni, kak oi,” balas Adra. Tangannya sibuk memotong sayur untuk
dibuat nasi goreng.
“Mama mana?”
“Pergi surau depan tu. Ada ceramah
rutin kan. Baru kahwin tiga hari… dah nyanyuk. Ish,” Nayli tersengih.
“Nak akak tolong tak?”
“Tolong panaskan kuali. Lepas tu
masukkan minyak dan tumis bawang,” Nayli mengambil kuali di dalam kabinet dapur
dan diletakkan di atas dapur gas.
“Sayang,” Muncul Zaid di pintu dapur. Adra
hanya buat tak tahu. Nak beromantik pula kat dapur ni. Kita panggil suami kita
join kang.
“Iya. Kejap lagi kita makan eh. Tunggu
mama abah balik surau sekali…”
“B nak makan sayang, boleh?” Choy! Oh,
kakak dan abang iparku… I’m here. Masuk
biliklah kalau nak bermanja pun. Kurang rempah ratus betullah. Kang aku goreng
juga dua-dua.
Nayli membuat isyarat kepada Zaid. Zaid
hanya mencebik. Alah, Altaf pun mesti buat benda yang sama juga. Entah-entah
lebih teruk.
“Adra punya hand…”
“Adra punya apa, abang?”
Altaf menghampiri isterinya yang sedang
memotong sayur itu. Sempat dia senyum pada Zaid dan Nayli.
“Handphone
bunyi…”
“Siapa?”
“Entah. No name,” Tangan Altaf laju mencapai pisau dan membantu Adra. Good husband.
“Silap numberlah tu…”
“Adra sambung masak eh. Akak nak naik
atas,” Nayli meletakkan mug di dalam sinki sebelum berlalu naik ke bilik
bersama Zaid. Zaid mengeyitkan matanya kepada Altaf.
“Kat dapur pun jadi,” gumam Adra
perlahan. Cukup hanya Altaf sahaja yang dengar.
“Biarlah. Baru kahwin kan…”
“Iya. Tolong Adra masak eh. Pembantu
tadi dah lari,” Adra menumis bawang cepat-cepat. Minyak dah terlajak panas. Ingatkan
boleh harapkan si kakak untuk menolong.
“Nak masak apa ni?” tanya Altaf. Dia
memasukkan sayur yang sudah siap dipotong ke dalam bekas dan di bawa ke sinki
untuk dicuci.
“Nasi goreng aje…”
“Kita balik rumah ibu nak hari ni?”cadang
Altaf.
“Patutlah gelisah semacam aje semalam.
Bukan main cemberut lagi muka abang. Rindu ibu rupanya,” Altaf tersengih sambil
menggaru dahinya. Adra menghampiri suaminya di sinki. “Boleh aje. Tapi, lepas
makan tengah harilah ye. Teman mama dengan abah dulu…”
“Thanks,”
ucap Altaf.
Adra sebenarnya ingin keluar dari rumah
ni juga. Geli dia tengok Zaid yang miang semacam itu. Goose bumps! Agak-agaklah nak bermesra pun. Nasib baik sebelum
kahwin tak macam ni. Kalau tak geli tekak Adra ni hah.
“Hey, apa yang dok termenung tu?”
“Tak ada apalah. Sayur?” Altaf
menyerahkan bekas berisi sayur yang sudah siap dicuci itu kepada Adra.
“Nak tanya sikit boleh?”
“Tanya apa?”
“Kenapa panggil Adra? Bukan Nina ke Khadra
ke?” Altaf bersandar di sinki.
“Entah. Dari kecil lagi semua sedara
panggil Adra. Senang nak sebut kot. Kawan-kawan sekolah and kolej lagi best. Dia orang
panggil Adra, Nara…”
“Nara? Pelakon Korea tu, Jang Na Ra,”
Adra ketawa kecil. Hamboi, tuan suami minat drama Korea nampak.
“Tak adanya. Jang Na Ra tu comel. Adra
ni apalah…”
“Qutnina Khadra pun comel jugak. Bulat
aje mata dia,” puji Altaf ikhlas.
“Terima kasih, encik hubby ye. Tak ada upahlah pula,” Adra berpusing
ke kanan dan kiri. Saja buat gaya mencari sesuatu.
“Sayang,” Altaf menunjukkan pipinya. Eceh,
kata orang romantik tak kena tempat. Sekali suami sendiri yang macam tu. Tapi
tak adalah sampai ajak masuk bilik pagi subuh macam ni. Oppss!
“Bukan kat sini eh. Dahlah, jangan
kacau. Tak sarapan pulak kita pagi ni,” Altaf mencebik. Tetapi sesaat kemudian
pipi Adra menjadi mangsa bibirnya. Mahu merah menyala pipi si Adra tu.
*****
“Akak pregnant dua bulan!” Bukan main gembira lagi Nayli khabarkan berita
kehamilannya kepada Adra.
“Yeah, Adra nak dapat anak saudaralah
ya. Tahniah, akak. Happy for both of you,”
ucap Adra ceria.
“Thanks.
Nanti Adra pulaklah ya…”
“Ish, amin. Ada rezeki adalah, kak. I’ll let you experience it first, okay,”
balas Adra.
“Iyalah. Got to go. Candle light dinner! Bye…”
Adra kembali ke ruang tamu. Altaf
sedang menonton cerekarama. Bukan main kusyuk lagi. Siap dipaksanya Adra tengok
sekali.
“Siapa?”
“My
lovely sislah…”
“Kenapa?”
“She’s
pregnant,” beritahu Adra sambil mengangkat keningnya berulang.
“Wah, express,” Adra mencubit lengan suaminya.
“Rezeki itu namanya,” kata Adra dalam
loghat Indonesia.
“Kita bila lagi?” Dikecilkan matanya
memandang si suami. Tapi… tak kecil mana pun mata bulat tu.
“Bila? Tahun depan nak? Sempatlah Adra
dapat my degree…”
“Sayang…”
Meleret sudah panggilan Altaf.
“Iya… iya. Bila nak? Sekarang?” Altaf
menarik hidung Adra lembut.
“Main-main eh,” Adra terkapai-kapai
mencari nafas.
“Alah, biarlah dia orang dulu. Kalau Adra
pregnant sekarang kan kena extent my degree. Bilanya nak habis
kalau macam tu?” Adra memeluk pinggang Altaf. Kepala disandar di dada bidang
Altaf. Suami kita ada otot okey. Four
pack aje. Bukan six pack. Isk.
“Abang terima alasan tu. Then, habis aje Adra punya degree boleh buat anak ramai-ramailah ya?”
“Boleh… belah. Tak adalah. Suka hati,” Tumpuan
pada cerekarama sudah hilang. Kini, Altaf lebih senang pula berbual dengan
isterinya.
“Kalaulah ditakdirkan Adra pregnant before habis study. What should we do?”
“Abang, jangan buat lawak boleh tak. Dah
pregnant… nak buat apa lagi.
Terpaksalah extent semester,” balas
Adra. Betullah tu kan. Takkan nak buang pula.
“Okey. Dah alang-alang sayang cakap
macam tu. Jomlah,” Altaf buat muka pandai. Eh, tak. Muka menggoda. Bukan senang
nak menggoda budak nakal seorang ni tau. Kena ada strategi.
“Nakal eh,” Altaf dan Adra ketawa
serentak.
*****
Enam bulan kemudian
Adra mengusap rambut tebal suaminya
yang sedang tidur menekup muka ke tilam itu. Siap berdengkur kecil lagi. Penat
agaknya. Altaf bergerak kecil. Namun, masih nyenyak tidur. Adra melihat tangan
kirinya yang di cucuk jarum. Dia mengeluh kecil. Takkan sebab kurang air lagi
kot. Kerap jugak dia masuk hospital kerana kekuarangan air dulu. Tapi selepas
kahwin tak pernah lagi.
“Dah bangun Adra?” Hajah Maryam
menghampiri Adra di katil.
“Baru aje, ibu?” Adra menyalami tangan
ibu mertuanya.
“Lama dah tidur?” Hajah Maryam merujuk
kepada Altaf yang sedang tidur secara duduk itu.
“Entah, ibu. Adra sedar aje, abang dah
tertidur. Penat kot,” jawab Adra. Adra melihat pakaian yang dipakainya. Hanya sehelai
baju hospital khas untuk wanita.
“Ni ibu ada bawakan nasi. Nanti makan
sekali dengan Aq. Makan roti aje dia pagi tadi tu. Dapat aje call kamu masuk hospital, terus terkejar
ke sini,” Adra melihat suaminya sayu.
“Ibu,” Altaf menggosok matanya yang
terasa silau. Dia menguap kecil. Ibu yang dia sebut? Anak mak betul.
“Hmmm. Dah, pergi basuh muka dulu,”
Altaf berlalu ke bilik air.
“Adra kenapa, ibu?” tanya Adra. Hajah
Maryam tersenyum. Sudah tentulah menantu dia ni tak tahu. Boleh pula tengah
belajar, pengsan dalam kelas.
“Adra mengandung. Tiga bulan,” beritahu
Hajah Maryam.
“Mengandung, bu?” Hajah Maryam
mengangguk.
“Iya. Suami Adra tu nakal sangat. Itu
yang Adra terlantar kat sini,” Hah? Tak faham.
“Kenapa, bu?”
“Tak ada apalah. Boleh pula tuan punya
badan tak tahu dia mengandung. Dah tiga bulan pulak tu,” Adra senyum nipis.
“Period
Adra serabutlah, bu. Itu yang Adra tak kisah bila tak period…”
“Dah lama ibu sampai?” Altaf bersalam
dengan ibunya.
“Baru kejap tadi. Nak hantar makanan
ni, hah. Petang sikit nanti mama datang bawa makan malam pulak…”
“Buat susah aje,” kata Adra.
“Ish, tak adalah. Tak sabar nak tengok
cucu sulung ibu ni…”
“Hmmm, Adra boleh solat tak ni?” Altaf
memandang Hajah Maryam. Ibunya senyum sedikit.
“You’re
still bleeding,” jawab Altaf senada. Hajah Maryam bagai perasan akan kelainan
nada suara Altaf.
“Ibu nak cari ayah kat cafĂ© kejap. Aq,
makan nasi ni dengan Adra. Kunci pintu sekali. Aurat Adra tu,” Sempat Hajah
Maryam menitipkan pesan sebelum keluar dari bilik itu. Altaf mengunci pintu
seperti yang dipesan ibunya.
Altaf melangkah lemah ke katil.
“Abang,” panggil Adra. Tangannya
mengisyaratkan Altaf duduk di sebelahnya. Altaf duduk berhadapan dengan Adra. “Hey,
kenapa ni?” Pelik sungguh dengan riak Altaf yang kelihatan sugul itu.
“Sorry,”
ucap Altaf dengan penuh rasa bersalah. Semakin pelik Adra dibuatnya. Kenapa nak
minta maaf? Takkan sebab dia pregnant
sebelum tamat belajar kot.
“Sebab?”
“You’re
bleeding because of me. My carelessness,” Altaf hanya menunduk. Tak mampu
nak pandang isteri di hadapannya.
“Can
you just straight to the point, abang? I
can’t get it…”
“Semalam kan abang ajak Adra pergi shopping seharian…”
“Okey… okey. Adra faham dah,” potong
Adra pantas sebelum Altaf melanjutkan penjelasan. Sakan gilos mereka berdua
membeli belah semalam. Altaf punya pasal, bosan tak tahu buat apa… mereka
keluar membeli belah.
“Emmm, sebab tulah,” Adoilah. Baby ni sengaja nak kacau parent dia kan. Parent nak jenjalan pun nak marah.
“Our
fault, okay. Not only you. Dah, hodohlah buat muka cemberut macam tu,” Adra
memeluk Altaf. Mengurangkan perasaan bersalah suaminya.
“Ibu kata abang tak makan lagi after breakfast pagi tadi. Adra suap
eh,” Altaf menggeleng.
“No.
Abang suap Adra. Adra kan dah ada baby.
Mesti lapar,” balas Altaf.
“Tak adanya. Before kelas pagi tadi, Aqish bawa Adra pergi makan besar abang
tahu tak…”
“Hmmm?”
“Kita orang pergi makan dekat restoran
yang selalu Adra makan tu. So,
alang-alang tu… Adra makan tengah hari teruslah. Manalah nak tahu terpengsan
dalam kelas pulak,” jelas Adra. Altaf terangguk-angguk.
“Pelik kan, abang. Both of us tak ada morning
sickness pun. Tahu-tahu aje dah tiga bulan,” Altaf tersengih dengan sebelah
bibir senget.
“Tengoklah siapa baba dia,” Adra
mengangkat keningnya.
“Oh, baba. Adra nak ummilah. Ala-ala
Arab gitu,” Altaf ketawa kecil. Sakit-sakit pun boleh buat lawak lagi. Ketukan
pintu kedengaran.
“Someone
has coming. And I was sexy…”
“Your
doc kot,” Altaf melangkah ke pintu. Dia melihat dulu siapa di luar.
“Puan Qutnina?” Altaf mengangguk. Dia
membenarkan doctor wanita itu masuk.
“Macam mana keadaan puan? Dah sihat
sikit?” tanya doktor wanita itu. Lebih kurang sebaya mamanya saja.
“Sihat banyak, doctor,” jawab Adra. Dia
tidak lupa menghadiahkan senyuman kepada doktor wanita itu.
“Ada rasa sakit-sakit kat bahagian
bawah perut?” Adra menggeleng. Doktor wanita itu menekan perlahan bahagian bawah
perut Adra. Altaf kaku. Nak buat apa ni? Aiyoyo.
“Errr… abang keluar dululah...”
“Malu ke? Jangan malulah. Ini biasa
aje. Lagi elok suami ada waktu ni,” Adra memandang suaminya sambil mengerutkan
hidung.
*****
Adra tidak menghentikan
pembelajarannya. Rugi rasanya jika ditangguh memandangkan dia sudah kuat.
Lagipun, cuma tinggal tiga bulan sahaja lagi sebelum menamatkan ijazahnya.
“Abang, buat apa tu?”
“Buat yang sayang sukalah…”
Ditirunya iklan TV dua orang ni.
“Here,
your diet. Milk, oat and your
macaroons,” Adra tersenyum. Janji ada macaroons dia. Itu pun cukup dah.
“Abang makan apa?”
“Makan yang abang sukalah. My coffee latte and baked bread,” Altaf
menghirup coffee lattenya perlahan.
Panas!
“Tak penat ke pergi kelas… balik kelas.
Naik lift… turun lift?”
“Abang, tak penat ke pergi kerja… balik
kerja. Naik lift… turun lift. Balik masak untuk isteri?” Altaf mengusap kepala
Adra yang sudah kemas bertudung itu. Kelas pagi pula hari ini. Punyalah liat
nak bangun. Sampaikan Altaf kena tarik masuk bilik air baru nak bangun.
“Suka tiru cakap abang ya sekarang ni. Kelas
habis pukul berapa?”
“Emmm, pukul dua belas. Kenapa?”
“Abang ambil. Hantar rumah mama ke
ibu?”
“Mama…”
Suaminya ini memang tak tahu erti penat
ke hah? Bangun pagi, sedia breakfast.
Masak makan malam. Adra langsung tak boleh masuk dapur. Nanti merungut
busuklah, bau macam kambinglah. Adra kesiankan Altaf tetapi dalam masa yang
sama dia tak boleh buat semua tu.
“Kenapa tak pergi rumah ibu aje?”
“Rumah mama dekat dengan kolej. Dekat
jugak dengan office abang kan. Kalau
Adra balik rumah ibu, abang yang penat nanti. Nak kena pusing balik,” Adra
memegang lengan Altaf.
“Baiknya budak nakal ni. Ummi around the corner kot,” Huk!
“Five
months to go. Then, we will see our baby. Macam lama lagi aje?” Altaf
ketawa kecil. Hailah, budak comel mata bulat ni. Harap-harap anak mereka ikut
wajah isterinya. Sejuk saja mata memandang.
“Kejap aje. Lagi tiga bulan Adra habis study. Next two months, d-day. Tadi Zaid call, your sis dah masuk labor room,” Adra membeliakkan matanya. Dia
pula yang nak berpeluh bagai. Nanti dia pula.
“Esok abang cuti kan. Esok ajelah pergi
kat akak. Boleh?”
“Boleh aje…”
“Abang,” panggil Adra.
“Hmmm…”
Chupp!
“Happy
birthday, abang,” Altaf menegakkan badannya. Hah? Serious? Adra pelik melihat si suami yang gaya macam patung lilin
kat muzium.
“Lah, jangan cakap abang lupa birthday sendiri…”
“Sayang, memang abang lupa pun.”
“Tak apa. Wife abang yang comel ni tolong ingatkan dah,” kata Adra sambil
meletakkan tangan di dada. Isteri mithali kononnya. Kerja rumah… suami yang
buat!
“Adra ni tak romantiklah. Ada patut kat
meja makan ni dia wish. Kenapa tak…”
Adra menyumbat macaroons ke dalam mulut
Altaf.
“Tak payah nak romantik sangatlah. Janji
Adra sayang abang. Acilah tu,” Pening dapat isteri macam Adra ni. Zero bab-bab
romantik. Tapi bila dah romantik, si Altaf yang expert bab-bab romantik tu pun kalah tau.
“Iyalah…”
“Abang, cepatlah. Dah lambat ni,”
Terkocoh-kocoh Adra bangun. Dia berjalan laju ke ruang tamu.
“Sayang! Relaks. Janganlah aktif
sangat,” Berdesup Altaf lari mendapatkan isterinya. Trauma.
“Ya Allah, abang ni. I’m okay. Haishhh, orang cakap kena
aktif. Nanti nak bersalin senang,” Adra menenangkan suaminya. Kesian pula
melihat Altaf kelam kabut begitu. Masih trauma kes dia pengsan hari tulah tu.
“Lain kali, jalan jangan laju sangat. Sopan
sikit,” pesan Altaf bersungguh-sungguh.
“Iya… iya. Jom. Kang dua-dua lambat,”
Adra membetulkan tali leher Altaf.
“Janji…”
“Janji. Risaulah Adra tengok abang ni,”
Altaf memegang kedua belah pipi Adra.
“Abang yang risau nak bagi sayang pergi
kolej sorang-sorang. Tahu? So, behave
okay?” Adra mengangguk. Ceh, ikut cakap ke budak nakal ni.
*****
“Akak, Adra nak pegang,” minta Adra. Bukan
main gembira lagi dapat tengok anak saudara sendiri.
“Nah. Pegang elok-elok,” Adra mengambil
bayi yang masih merah itu dari dukungan Nayli perlahan. Takut pula tersalah
pegang nanti, naya.
“Cutenya
dia. Muka macam abang Zaidlah. Abang, nak pegang tak?” Adra tersenyum melihat
telatah suaminya. Baru nak suruh pegang tapi Altaf dah menjauhkan diri.
“Kenapa dengan kau, Taf?” Zaid
bertanya.
“Dia takut tengok baby kecil macam ni…”
“Aku faillah bab-bab ni,” ujar Altaf. Adra mengusik bayi kecil itu. Buatnya
si Altaf takut nak pegang anak mereka nanti, tak ke haru.
“Cubalah pegang. Nanti nak pegang anak
kau macam mana? Nak azankan?” pujuk Nayli.
“Entah abang ni. Adra tak nak nanti
abang suruh orang lain pulak azankan anak kita. Mehla pegang. Adra tolong,” Altaf
menghampiri isterinya dengan perasaan yang masih takut. Dia sebenarnya geli nak
tengok bayi yang baru lahir. Macam-macam dalam fikirannya.
“Abang…”
“Okey… okey.”
Adra membantu suaminya. Namun, Altaf
keras di situ. Lagi paksa karang, mahunya lagi fobia mamat ni.
“Tak payahlah. Terbawa-bawa pulak fobia
abang tu nanti. Nah, akak,” Adra menyerahkan kembali bayi itu kepada mamanya.
Altaf mengeluh kecil.
Zaid menggeleng-gelengkan kepalanya.
Tidak menyangka birasnya yang berbadan sasa itu takut dan fobia dengan bayi
baru lahir. Setiap orang kan mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing.
*****
Setelah berhempas pulas selama tiga tahun,
Adra dapat juga menghabiskan ijazahnya. Malam itu, Altaf membawa Adra makan di
luar bagi meraikan isterinya sudah tamat ijazah. Terharu Adra dibuatnya.
“Terima kasih, abang…”
“Sama-sama kasih…”
Mereka makan tanpa sebutir bicara pun.
Masing-masing menghayati rezeki di hadapan mata. Yum… yum.
“Esok Adra ada check up kan?” Adra mengangguk sambil meletakkan sudu dan garfu ke
pinggan.
“Kenapa?”
“Tak ada apa. Just asking…”
“Just
asking? Okey. Esok, Adra ajak ibu temankan. Abang tak payah risaulah. Takut
sangat,” Altaf tersenyum nipis. Sepanjang tujuh bulan Adra mengandung,
sekalipun dia tidak pernah menemani isterinya berjumpa dengan doktor.
“Sorry.
Abang tak pernah teman Adra pergi check
up…”
“Do
I look like I care? Tapi, sila pastikan abang ada time Adra bersalin. No excuses,”
Altaf membulatkan matanya. Ini yang dia lemah.
“Sayang…”
“No!
You have to. Abang memang tak sayangkan Adra kan. Nak ajak teman pergi check up pun abang tolak. Suruh teman
Adra dalam labor room pun abang tak
nak. Fine,” Adra bangun dari
duduknya. Terasa hati pula dengan sikap suaminya itu.
Altaf cepat-cepat menarik tangan
isterinya agar duduk semula. Adra memasamkan mukanya. Biar suami dia tahu yang dia
tengah marah sekarang ni.
“Bukan abang tak nak teman. Tapi, Adra
tahu kan? Abang tak bolehlah…”
Adra diam. Malas dia nak buka mulut.
Panjang pula cerita nanti.
*****
Sampai di rumah, Adra pantas membawa
diri ke bilik. Altaf hanya memandang kosong. Kalau berterusan macam ni mahu
meletup jantungnya. Namun, dia turut melangkah ke bilik setelah memastikan
semua pintu dan tingkap rumah sudah dikunci.
“Adra,” panggil Altaf. Adra memekakkan
telinga. Dia terus berlalu ke bilik air selepas mengambil pakaiannya.
Altaf mengeluh perlahan. Buntu! Dia
duduk di birai katil. Menunggu Adra keluar dari bilik air. Tahulah dia
bagaimana mahu memujuk si isteri yang merajuk itu. Kacang saja. Ahah.
“Abang!” jerit Adra cemas. Altaf
tersentak mendengar isterinya menjerit cemas.
“Adra, kenapa ni?” Pantas Altaf masuk
ke dalam bilir yang tidak berkunci itu. Altaf melihat wajah berkerut Adra.
“I’m
bleeding,” jawab Adra pendek. Altaf termangu. Ya Allah, apa nak buat ni?
“Okey, relaks. Jom, pergi hospital,”
ujar Altaf tenang. Dia mencempung Adra yang masih lengkap berpakaian itu masuk
ke bilik. Adra mengambil tudung di penyangkut dan memakainya.
“Abang, my report card,” Altaf yang masih mencempung Adra mengambil beg
yang selalu digunakan Adra untuk membuat pemeriksaan.
*****
Altaf menunggu Adra diperiksa oleh
seorang doktor wanita. Dia gelisah sambil menunggu pemeriksaan terhadap
isterinya selesai. Tidak senang duduk dibuatnya. Matanya sekejap-sekejap
memandang ke arah tirai yang tertutup itu. Adakah salahnya juga kali ini? Dia
yang membiarkan Adra stress memikirkan kelemahannya menghadapi perempuan
mengandung.
“Sayang,” Altaf memimpin isterinya ke
kerusi.
“Macam mana, doktor?” tanya Altaf
tenang. Doktor wanita itu tersenyum, tanda tiada masalah yang serius.
“Encik dan puan jangan risau. Perkara
begini biasa berlaku. Tadi, saya dah lakukan pemeriksaan sonografi atau USG. Hasilnya,
jaringan placenta puan menutupi jalan lahir tapi jangan risau sebab posisi
letak placenta masih boleh bergeser. Puan masih ada peluang untuk melahirkan
secara normal,” jelas doktor wanita itu.
“Jadi, kami tak perlu risaulah ya, doktor?”
Doktor wanita itu mengangguk. Adra tersenyum nipis. Ingat si suami dah tak
risau. Buat pertama kalinya Altaf mendengar sendiri laporan kandungannya dari
doktor.
*****
“Adra okey?” Altaf bertanya sambil menoleh
ke sebelahnya sekilas.
“Okey,” jawab Adra sepatah. Dia membuang
pandang ke luar. Masih terasa hati sebenarnya.
“No.
You’re not okay. Abang minta maaf. Bukan niat abang nak buat Adra terasa.
Tapi, abang memang tak boleh semua tu,” Adra memandang Altaf lama. Semakin
kacak pula suaminya ini sejak dia mengandung. Seri ibu mengandung sudah
berpindahkah?
“Abang baru aje teman Adra tadi. Adra
tengok abang okey aje. Tak ada apa pun,” Altaf terpaku. Namun, dia masih
menumpukan pada pemanduannya.
“Err.. err...”
“Apa yang err… err? Tak kira, esok
abang teman Adra jugak. Kalau tak, Adra lari rumah mama. Biar abang tak jumpa
Adra,” kata Adra geram. Altaf memberhentikan keretanya di tepi.
Direnung Adra dengan pandangan tajam. Adra
menggigit bibirnya.
“Adra kenapa ni? Takkan hal kecil macam
ni nak lari. Seronoklah kalau mama tahu kita bergaduh. Kenapa tak biar satu
dunia tahu?” marah Altaf. Dadanya berombak.
Mata Adra sudah berair. Pertama kali
kena marah dengan Altaf. Dia langsung tak pandang Altaf. Pandangan hanya
dihalakan ke hadapan. Sengal betul. Budak nakal ni kena marah dengan suami
tersayang.
“Adra sendiri faham dengan fobia abang
kan. Beratus kali abang cakap, abang tak boleh. Tak ada beza kan siapa pun yang
teman. Result dia tetap sama,” nada
Altaf sudah mula mengendur.
“Okey…”
Adra menyapu air matanya yang jatuh
kasar. Tangannya menggenggam beg kuat. Mungkin disebabkan dia mengandung dia
jadi sensitif begitu.
*****
Sudah seminggu lebih Altaf dan Adra
dingin. Setiap kali bertembung, hanya kebisuan sahaja ditunjukkan. Langsung
tiada bualan mesra seperti selalu. Masing-masing keras hati.
“Assalamualaikum,” Adra terjenguk ke
pintu utama.
“Waalaikumsalam. Ibu, masuklah,” Adra
membuka pintu dan menjemput ibu mertuanya masuk.
“Ibu singgah kejap aje ni…”
“Ibu seorang aje ke?”
“Ha’ah. Ibu pergi rumah kawan ibu tadi.
Dah alang-alang dekat dengan rumah kamu ni, singgahlah kejap,” jawab Hajah
Maryam.
“Ibu duduk dulu. Adra buatkan air,” Adra
berlalu ke dapur. Hajah Maryam melabuhkan punggungnya di sofa.
“Air, bu,” Hajah Maryam menyambut
huluran mug itu.
“Terima kasih. Adra buat apa ni?”
“Tak ada buat apa, bu. Tengok TV. Lepas
tu berbual dengan cucu ibu ni,” Mata Hajah Maryam tertumpu di perut Adra yang
sudah memboyot itu. Tapi, kecil saja. Tubuh badan umminya pun kecil sahaja.
“Cucu nenek buat apa kat dalam tu? Pandai
sembang dengan ummi dia ya,” Hajah Maryam mengusap perut Adra perlahan. Adra
tersenyum.
“Jom ikut ibu balik. Tidur kat sana.
Tapi, bagitahu Aq dululah. Nanti dia cari pulak isteri kesayangan dia ni,” Adra
tersenyum nipis. Orang tengah dingin, bu. Mana main calling-calling. Best
juga kalau balik rumah ibu. Ada juga teman nak berbual.
“Boleh jugak, bu. Adra pun tengah bosan
ni. Kejap, Adra bersiap,” Hajah Maryam mengangguk.
*****
Adra berbual sakan dengan Hajah Maryam
sambil membantu ibu mertuanya itu mengemas taman bunga kecil di tepi pagar
rumah yang agak luas itu. Dia berjalan perlahan ke gazebo berdekatan apabila
terdengar deringan telefon bimbitnya. ‘Abang’!
“Assalamualaikum…”
“Waalaikumsalam. Adra kat mana ni? Kenapa
tak bagitahu abang nak pergi mana-mana? Jangan buat abang risau boleh tak? Lain
kali nak keluar bagitahu,” Macam peluru berpandu saja Altaf menyerbu. Adra
duduk di gazebo.
“Abang, Adra ada kat rumah ibu. Ibu
jemput tadi. Adra dah SMS abang kan,” Adra menjawab tenang. Malas dia cari
pasal lagi.
Terdengar keluhan berat di hujung
talian. Mata Adra berair lagi. Semakin sensitif pula dia sekarang ni.
“Okey, abang datang sekarang,” Altaf
terus mematikan talian.
“Siapa?” tanya Hajah Maryam. Dia duduk
di sebelah menantunya.
“Abang. Dia tanya, Adra kat mana? Dia tak
baca SMS yang Adra hantar tadi kot…”
“Ni mesti Aq marah kan? Kalau tak, muka
comel ni takkan cemberut macam ni,” Adra menjatuhkan kepalanya ke bahu Hajah
Maryam.
“Kena marah sikit aje,” Adra menyapu
air matanya.
“Dugaan rumah tangga, Adra. Biasalah
tu. Aq risau tu cari Adra tak jumpa. Dah, tak payah nangis. Cengeng pula cucu
ibu ni nanti,” Adra tergelak kecil. Terhibur sedikit dengan gurauan ibu
mertuanya.
to be continued...
Tq akak ♥
ReplyDeletesama-sama, balqiz. :D.
DeleteWaaa...romantiknya...sensitifnya si adra ni...pape pun tenkiu n xsabo nk tggu next n3... :)
ReplyDeletehehe. sensitif sangat. welcome. :D. inshaAllah akan diupdate soon. :)
Deletenext..next...hehehhe..terbaik
ReplyDeletewait...wait. hehe. makaseh. :D
Deletebest....smbung lagi sis...!gud luck.. fighting!!!!
ReplyDelete