Arianna membetulkan dress longgar ditubuhnya. Dikenakan tudung
segera cotton. Hati resah tika ini, sangat
resah. Khairil sudah berani bertandang ke rumah keluarga Fariq. Mujur sahaja kesabaran
Arianna masih menebal dan masih menghormati lelaki itu adalah sahabat baik suaminya.
Jika mindanya mula mengsetkan bahawa Khairil
itu adalah pembunuh abangnya, tidak mahu dia menatap wajah tenang penuh muslihat
itu.
Kaki melangkah ke tingkat bawah setelah
pasti dia menutup auratnya dengan rapi. Awal-awal lagi Zarra sudah ditidurkan di
bilik bawah di mana Puan Sri Katrina berada, sedang membaca buku. Tidak akan sesekali
dia membenarkan Khairil bertemu dengan Zarra. Tidak.
“Abang,” Dilebarkan senyum dan duduk
di sisi Fariq di kerusi batu halaman rumah.
“Wah, ni first time kita bersua kan, Arianna? How are you?” Plastik sungguh senyuman itu di pandangan Arianna. Sungguh
jelik.
Arianna senyum lagi.
“I’m fine. Suami saya ada untuk jaga saya. Tak silap saya, awak satu
kampung dengan Fariq, kan?” Wah, sudah tahu, ditanya lagi. Fariq sedang mendengar,
lakonan kenalah mantap.
“Yupp. We are very close. Sejak kecil kita main sama,” jawab Khairil penuh
selamba.
“Amboi, sayang. Nak korek rahsia abang
ke ni?” Arianna jongket bahu. Terasa seperti mereka sedang membuat pengambaran filem
pula.
Fariq, hero. Arianna, heroin di mana
dia adalah seorang spy girl. Khairil,
antagonis punya watak. Jahat! Sesuai. Drama di dunia realiti.
“Mana ada. Pertama kali jumpa, kawan
abang ni dah kenal Rianna. Tapi, apa adahal. Mesti abang selalu story pasal Rianna kat dia, kan,” Khairil
tarik senyuman kelat.
“Ha’ah. Abang selalu cerita kat Ril
pasal Rianna. Alah, men’s talk…”
“Biasalah, Arianna. Suami awak ni dah
masuk kategori jejaka hot plus kaya. Ramai
perempuan nak dekat, tapi awak yang dia pilih. Itupun, tiba-tiba. Majlis sanding
apa pun tak ada. I thought, he love you so
much,” Fariq tampar lengan Khairil di atas meja.
Khairil ketawa.
“It’s okay. I trust him more than myself. Jodoh kan ditangan Allah. Ajal
jugak, bukan ditangan manusia. Abang, bukan sepatutnya abang ada janji dengan Airis
ke?” Fariq tepuk dahi. Terlupalah tu.
“Aduh. Hmmm, sayang sembang kejap dengan
Khairil. Abang nak naik tukar baju. Ril, kita gerak samalah eh,” Khairil mengangguk
laju.
Inilah masa dia untuk mengenakan Arianna
yang kononnya bijak pandai itu.
Fariq bergerak masuk ke dalam rumah.
Arianna berpura-pura senyum. Tetapi, bukanlah senyum manis atau nipis. Senyum sinis.
Penuh dengan rasa meluat, benci… jijik menjadi satu.
“How’s life? Fariq told me that
you both gonna have baby. Pasti ke you
all sempat nak timang anak pertama korang,” Sinis sekali nada Khairil.
Jika Khairil sinis, Arianna apa kurangnya.
Dia bukan jenis mudah mengalah.
“Very good. Takdir kami bukan ditangan kau. Allah yang berhak menentukan
arah hidup kami. Sepertimana kau bunuh abang aku dulu, seperti tu jugak kau akan
terima balasannya. Kau rasa apa Fariq akan buat kalau dia tahu yang sahabat baik
dia ni yang kononnya baik sangat dah culik bakal isteri dia dan menyebabkan Airis
disahkan meninggal dunia sedangkan dia masih hidup. Mungkin Shauqi salah sebab ikut
telunjuk kau, tapi people change. What goes around comes around. I won’t let you
hurt him. Never,” ujar Arianna panjang.
Lantaklah Khairil hendak mendengar atau
tidak. Janji dia puas. Puas kerana dia mampu bersemuka dengan pembunuh Zecky Ashraf.
Itu sudah cukup berbanding dia membalas dendam. Dia tidak mahu menjadi seperti Khairil.
Biarlah Allah sahaja yang membalas segala perbuatan jahat Khairil. Dia langsung
tiada hak untuk itu.
“Aku pun takkan sakitkan dia. Tapi,
kau yang akan sakitkan hati dia dengan rahsia kau, Arianna. Sampai bila kau nak
sembunyikan hal sebenar ni? Such a loser.
Aku culik Airis sebab kau, bukan sebab Fariq. Dan, Fariq takkan senang-senang maafkan
kau kalau dia tahu kaulah penyebab utama dia hilang kawan baik dia dunia akhirat,”
Arianna tergamam.
Dadanya berombak laju. Ya, hakikat.
Hakikat itu yang harus dia terima. Bukan setakat kes Airis sahaja, sebaliknya kisah
silam yang dirahsiakan Fariq. Ugh!
“Small matter. I’ll let him hold his own baby before I’m leaving. Tapi,
selagi aku berada dengan Fariq… kau takkan boleh apa-apakan aku. So, know where are you standing, Khairil,”
Amaran keras Arianna keluarkan.
Takdir yang membawa ke dalam hidup Fariq.
Dan… takdir jugalah yang akan menentukan hidup mereka seandainya rahsia terbesar
itu terbongkar. Bagaimana dan siapa? Kisah itu bakal diungkit, Arianna sudah sedia
maklum. Paling tidak, Khairil tidak akan menyakiti Fariq. Dia sudah cukup bersyukur
tentang itu.
“Jom, Ril. Sayang, jaga diri. Abang
tak pasti nak balik pukul berapa, jangan tunggu tahu. Love you,” Dahi Arianna dicium Fariq lembut.
Tangannya juga sempat singgah di perut
Arianna sebelum bergerak ke kereta. Khairil pandang Arianna, penuh sindiran.
Hilang sahaja kereta mewah Fariq dari
pandangan mata, Arianna melepaskan keluhan. Ah, dia kalah lagi dengan perasaannya
itu. Mudah sangat mengeluh. Hanya itu yang menjadi kelemahan manusia yang kalah.
Ya, dia sudah kalah tanpa bertanding.
*****
Renungan Airis kelihatan pelik di mata
Fariq. Entah kenapa, tiada lagi sinaran cinta yang pernah hadir di mata itu seperti
satu masa dulu. Adakah benar Airis sudah tidak menyayangi dirinya? Patutkah dia
gembira atau sedih? Patutkah dia memberitahu kepada Airis tentang Arianna? Persoalan-persoalan
itu membingungkan Fariq.
“Abang, boleh Sya tanya abang sesuatu?”
“Ya…”
“Abang masih sayangkan Sya macam dulu?
Lama Sya tinggalkan abang. Mustahil abang langsung tak jumpa sesiapa, kan. Jujur
aje, Sya tak kisah,” Lembut sekali bicara Airis.
Dia nekad untuk memberitahu Fariq tentang
Shauqi. Dan dia yakin Fariq juga akan berterus terang dengannya mengenai Arianna.
“Hmmm…” Fariq hela nafas perlahan. “…
Bohonglah kalau abang kata tak sayang. Tapi, maafkan abang, Sya. Abang sayang Sya
sepertimana seorang abang sayangkan adik dia. That’s all. Puas dah abang jaga hati abang, tapi abang tetap tak boleh
nak tipu,” Airis diam.
Memang sakit hatinya jika dia juga menyayangi
Fariq seperti dulu. Entah mengapa, hatinya lega. Lega sangat.
“Sya faham. Sebab tulah Sya ajak abang
jumpa. Sya… emmm… Sya dah jumpa orang lain. Dia yang selamatkan Sya dulu masa Sya
kena culik. Dia yang jaga Sya, rawat Sya. Sya faham kalau abang nak marahkan Sya.
Sya dah tak sanggup nak tipu abang lagi. Baik Sya jujur,” luah Airis.
Fariq pandang wajah lesu milik Airis.
“Kita seri. Abang pun menipu Sya jugak.
Actually, Arianna is my wife. Not my cousin.
Abang terpaksa tipu Sya sebab abang takut Sya tak boleh terima,” Akhirnya, lancar
juga penjelasannya itu. Tidak gagap langsung.
“Sya dah agak pun. Kalau Arianna hanya
sepupu abang, abang takkan risaukan Arianna masa dia admit hospital puasa hari tu, kan? You care about her very much. Cara Arianna merajuk pun, bukan seperti
seorang sepupu. Itu merajuk seorang isteri. Kan?” Fariq angguk. Mengaku akan kebenaran
itu.
“Terima kasih, Sya. Lega hati abang
sekarang ni. Jadi, siapa yang berjaya rampas Sya dari abang tu?” Airis tergelak.
Haih, adik abang punya perbualan dah
ni. Layankan sahajalah.
“Buat masa ni dia tak ada. Insha Allah,
nanti dia dah balik… Sya kenalkan,” balas Airis. Selesa sedikit hubungan mereka
kini. Tidak lagi kekok.
“Oh, okey. Asalkan dia jaga Sya baik-baik,
abang bersyukur. Abang doakan Sya bahagia... dunia dan akhirat,” kata Fariq sambil
senyum. Airis membalas senyuman.
Wajah itu masih kacak seperti dulu.
Raut tampan itulah yang mendebarkan hatinya suatu masa dulu. Kini, hanya Shauqi
yang berjaya membuatkan jantungnya berdegup penuh irama. Dia lebih selesa bersama
Shauqi berbanding lelaki sebaik Fariq.
“Sya pun nak berterima kasih pada abang.
Jadi, macam mana dengan kisah Amsterdam abang. Dah cerita dekat Arianna?” Fariq
menggeleng.
Tangannya mengacau air asam boi yang
sudah tinggal separuh.
“Entahlah, Sya. Abang tak tahu macam
mana nak mula. Abang takut abang akan sakitkan hati dia. She’s pregnant and her emotion must be very sensitive. Abang tak nak
dia lari tinggalkan abang,” Airis senyum nipis.
Kalaulah Fariq tahu kebenarannya, sudah
pasti sebaliknya yang berlaku. Fariq yang akan pergi meninggalkan Arianna. Rahsia
Arianna terlalu besar kesannya pada Fariq. Tidak sanggup pula Airis melihat Fariq
kecundang buat kali ketiga. Cukuplah kisahnya dulu dan juga kisah silam Fariq itu
meranapkan hati Fariq.
Sekarang ini, Arianna adalah penyembuh.
Tetapi, Arianna juga bakal menjadi pisau yang menoreh hati Fariq sepertimana yang
ditempuhi lelaki itu dahulu. Di bumi Amsterdam. Berat untuk dia akui Fariq akan
butakan mata dan hatinya jika perkara itu terbongkar. Ariannalah yang bakal menderita.
Airis lelah sendiri.
“Yang penting abang jujur. Abang, Sya
nak abang percayakan Arianna walauapapun yang jadi. She’s your wife. Atas keizinan Allah, mungkin hingga ke Jannah. She’s meant to you. Promise me,” Biarlah
dia yang tanam sifat percaya itu dalam diri Fariq.
Dia tidak sanggup melihat Arianna menderita
sedangkan wanita itu berusaha sehabis mungkin untuk berjuang demi rumah tangganya.
Arianna bukan wanita biasa tetapi luar biasa. Kasih dan sayangnya pada Fariq melebihi
segalanya. Semoaga Fariq nampak ketulusan hati Arianna biarpun wanita itu jugalah
penyebab kemusnahan Fariq dulu.
Manusia boleh berubah jika diberi peluang.
Dan, Arianna sudah pun menggapai peluang itu.
“Insha Allah,” jawab Fariq dengan senyuman
nipis.
Sepatutnya Arianna yang harus percayakan
dia andai satu hari nanti kisah silamnya di Amsterdam terbongkar. Waktu itu dia
hanya mahukan kepercayaan Arianna sahaja untuk memimpinnya berdiri semula seandai
dirinya rebah dan sudah tidak mampu berdiri lagi.
*****
Tergeleng kepala Fariq dan Arianna serentak.
Zarra bukan main seronok lagi berlari di sekeliling bilik Fariq yang besar dan luas
itu. Tidak reti duduk diam-diam. Jika anak kecil itu tidur, tiada masalah. Namun,
sebaik sahaja bangun dan mata comel dia itu sudah membulat… harulah papa dan mama
dia hendak melayan.
Memang tidak akan terlayan.
“Abang dah bagitahu Airis pasal kita,”
Arianna kalih ke sebelahnya.
Mereka bersandar di hujung katil atas
permaidani tebal sambil memasang mata pada Zarra.
“Then? Kenapa muka suami Rianna masam mencuka ni?”
“She have another guy. Abang happy
sebab dia pun happy jugak. Cumanya, abang
terfikir sesuatu,” balas Fariq. Matanya tidak lepas mengawasi Zarra.
“Apa itu?” soal Arianna sambil mendekatkan
bibirnya ke pipi Fariq. Chup! Fariq tidak jadi serius. Dia ketawa lepas.
Seronoklah tu Arianna tersayang dia
tu cium pipi dia.
“Nakal eh, sayang abang ni,” Dicuit
hidung isterinya lembut. Arianna sengih. “Abang terfikirlah. Sempat pulak Airis
fall in love dengan penyelamat dia. Tidak
ke pelik?” Giliran Arianna pula ketawa.
“Tak adanya peliklah, abang. Possibility untuk Airis jatuh cinta dengan
penyelamat dia tinggi. Sudah namanya penyelamat, hati perempuan mana tak tersangkut.
Sedangkan belum kenal pun boleh ajak nikah. Inikan dia orang dah kenal…”
Belum sempat Arianna menghabiskan kata-katanya,
Fariq sudah mencubit pipi Arianna yang sedikit tembam itu.
“Amboi, mulut dia. Abang kiss depan Zarra baru dia tahu. Sempat lagi
perli abang eh,” Arianna menghamburkan tawa.
“Terasa ke? Alolo, Rianna bagi contoh
aje. Tapi, benda betul apa. Memang abang ajak Rianna nikah kan?”
Fariq peluk bahu Arianna. Geram pula
dia melihat isteri dia yang semakin menawan ini. Kalau malam, habis Arianna dikerjakannya.
Eheh.
“Pa… papa…”
Serentak Fariq dan Arianna memandang
Zarra yang sudah berdiri di hadapan mereka dengan muka sememeh. Tidak lama lagi,
bisinglah bilik peraduan mereka ini.
Huwaaa!
“Alolo, sayang papa ni. Meh sini,” Pantas
Fariq menarik tubuh kecil comel Zarra dan dipeluknya. “Sayang panggil apa tadi?”
tanya Fariq kepada Zarra. Mahu mendengar dengan lebih jelas.
Arianna usap kepala Zarra yang sedang
lentok di bahu Fariq perlahan. Bibirnya mengulas senyum paling manis.
“Papa…”
Semakin eratlah Fariq memeluk Zarra.
Terharu, weh!
“Ni yang nak menangis ni,” Arianna ketawa.
Kelakar.
Sudah keluar pun air mata jantan Fariq
itu. Adoi, Zarra berjaya buat papa dia menangislah. Arianna kesat air mata di pipi
suaminya itu.
“Abang ni touching pulak. Macamlah Zarra tak pernah panggil papa…” Fariq geleng
kepala.
“Tak pernah. Dia panggil Rianna aje.
Betul harakat dan barisnya. Baru sekarang ni cukup untuk abang. Terharu,” Haish,
cengeng.
Arianna depangkan tangannya dan memeluk
kedua-duanya. Dia bahagia kini. Biarlah masa ini dia bersuka ria. Mengalirkan air
mata gembira. Sedikit masa lagi, keadaan akan berubah. Tangisan dia bukan lagi kerana
bahagia tetapi derita. Derita dek kisah lampu yang masih belum selesai. Tiba masanya,
dia hanya mampu mengharapkan kekuatan dari Allah untuk dia meneruskan hidup.
Dulu, dia pernah khilaf. Sekarang, dia
mahu membetulkan khilaf itu. What goes around
comes around. Sepertimana kata-kata itu ditujukan pada Khairil, iya kembali
semula padanya. Kejam jika dia masih membina kebahagiaan di atas penderitaan orang
lain. Terlalu kejam.
to be continued...
p/s : terrajin pulak nak post malam ni. hihi. termenaip pulak STNK. SELAMAT MEMBACA! :D.
TQ ..TQ....suka sgtttt...lepas rindu kt diorg....post lg tau...hehe....
ReplyDeleteThanks.. post lagi tau
ReplyDeleteNext chapter?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNext chapter please..
ReplyDeleteBest lah smbg lah lagi.....
ReplyDeleteBest la.... Smbg lg.... Suspend betul citer ni hehehe
ReplyDeleteBest sangat...sambunglah lagi ;)
ReplyDeleteBestlah..smbungla cpt😍
ReplyDeleteNext chapter please? Tak sabar ni.
ReplyDeleteNext chapter please? Tak sabar ni.
ReplyDeletecerita yang penuh dengan suspend! Love it!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAda sambungan x?
ReplyDeleteNext chapter?
ReplyDeleteYah...next chapter...nk tau kisah silam diorng...hekhek
ReplyDelete*xoxo*
Bila nk update..niii...nk thu sngat apa jdi lpas ni...
ReplyDeletesis pls update STNK... dh lame sy tunggu2..
ReplyDeleteupdate please. lama dah tak update STNK 😭
ReplyDeleteupdate please. lama dah tak update STNK 😭
ReplyDeletePlease update. Lama tunggu. Tak pun keluarkan ebook. Sanggup beli 😭
ReplyDeletePlease update. Lama tunggu. Tak pun keluarkan ebook. Sanggup beli 😭
ReplyDeleteada sambungan x
ReplyDeletePlease smbung
ReplyDeleteNext chapter please
ReplyDeletethen..where is the next chapter..im in love with all your story..please..update the others chapter..keep waiting..keep it up writer
ReplyDeletebila nak sambung lagi
ReplyDeleteSambungan plis. .
ReplyDeleteTkde smbungan lagi ke.... ermm sedih😢😢😢
ReplyDeleteTkde smbungan lagi ke.... ermm sedih😢😢😢
ReplyDeleteTakde sambungan 8 thn sy tggu 🥹🥹🥹
ReplyDelete