Keriuhan
di rumah papan mewah Nek Salima menghiburkan hati wanita itu. Sedari pagi tadi,
senyuman lebar tidak mampu diusir pergi. Penuh satu dapurnya dek dipenuhi anak
menantu serta cucu cicitnya. Jika beberapa hari yang lepas, dia kecewa. Kini,
tidak lagi. Melihat hubungan rapat ahli keluarga adalah hadiah paling terindah
buatnya. Nek Salima terbatuk kecil. Anak menantunya sudah sedia maklum akan
penyakitnya itu.
“Nenek,”
sapa Trisha ceria. Dia duduk di samping neneknya yang sedang bertenggek di anak
tangga sambil merenung ke dapur.
“Aril
mana?” Trisha menarik muncung. Azaril juga yang dicari oleh nenek kesayangannya
itu. Huh!
“Dekat
luarlah. Sibuk tolong pasang khemah. Nenek okey ke ni?” Nek Salima angguk,
senyuman manis dilirik.
“Nenek
okey. Nia gembira hidup dengan Aril? Sudah boleh terima Aril sebagai suami?”
soal Nek Salima.
“Alhamdulillah,
nek. Semuanya okey. Lagipun, Nia dan Aril memang redha aje bila kena kahwin
dulu. Nenek jangan risaulah. Aril layan Nia baik sangat,” Dipeluk bahu Nek
Salima erat.
“Iyalah.
Nenek tumpang gembira, Nia. Sekurang-kurangnya nenek lega sebab ada yang
menjaga cucu kesayangan nenek ni. Nia tahu kan sakit tua nenek ni semakin
melarat. Nenek sudah hidup terlalu lama, jadi nenek harap sangat seluruh
keluarga nenek ni gembira,” sayu sahaja suara Nek Salima ketika ini.
“Nek,
takdir Allah yang bawa kita ke sini. Keluarga nenek bersatu macam ni, semuanya
atas usaha nenek sendiri. Nenek dan arwah atuk berjaya melahirkan generasi yang
hebat. Nia kagum dengan nenek dan Nia harap Nia jugak mampu punya generasi yang
super best macam ni,” Nek Salima
tergelak.
“Haish,
bunyi macam orang berisi dah ni. Nia mengandung ke?” Trisha menjuihkan bibir.
“Apalah
nenek ni. Nia cakap pasal masa depanlah. Nenek kan pakar bab-bab ni, jadi nenek
tengoklah sendiri. Nia mengandung ke tidak?”
Trisha
menjarakkan sedikit badannya dengan tubuh tua Nek Salima. Dicekak pinggang
memberi peluang nenek kesayangannya itu menilai. Tsk. Buatnya dia mengandung
betul, memang harulah. Dalam tidak suka, boleh mengandung, huh. Mahunya si
Azaril menambahkan lagi ‘kebesaran’ kenduri arwah ini.
Nek
Salima mengetuk bibir dengan jemarinya. Dikerutkan dahi. Telapak tangan
kanannya dilekap pada perut kempis Trisha. Kempis ke?
“Sah!”
Ternganga Trisha dibuatnya. Sah apa? “Tahniah, sayang. Nia mengandung,” Bukan
setakat ternganga lagi dah, mahu sahaja dia terbaring di situ jika tidak
disambut Azaril yang kebetulan lalu di situ.
“Apa,
nek?” tanya Trisha sekali lagi. Mahukan penerangan yang jelas. Azaril yang
memaut tubuh isterinya sudah kerutkan dahi.
Nek
Salima senyum.
“Nia
tanyalah suami Nia sendiri. Nenek rasa dia lebih tahu,” kata Nek Salima sebelum
berlalu meninggalkan pasangan suami isteri itu. Dia menyertai gotong royong yang
sedang sibuk diadakan di dapur.
“Trish,
jom naik bilik. You look so terrible,”
Azaril membantu Trisha memanjat anak tangga untuk naik ke bilik mereka.
Ahli
keluarga yang lain saling berbisik sambil tergelak. Sudah tentu sedang
berbicara tentang anak saudara mereka yang seorang itu. Untung-untung,
bertambah lagilah senarai cucu mereka. Puan Sri Kamalia menyenggol pinggang Nek
Salima yang bersila di sebelahnya. Nek Salima mengangguk perlahan, melebar
senyuman Puan Sri Kamalia. Dipanjatkan syukur jika itulah kebenarannya.
*****
Azaril
mendudukkan Trisha di birai katil. Tersentap sakan isterinya dek berita baik
yang disampaikan oleh Nek Salima sebentar tadi.
“You,
I cuma main-main aje tadi. Nenek pun bergurau aje kan?” Digoyang lengan sasa
Azaril.
Senyuman
Azaril mati.
“Entahlah.
Kalau you nak pastikan betul atau tidak, esok kita pergi klinik,” Senada Azaril
membalas.
“I
tahu nenek pandai dalam bab perbidanan ni sebab nenek pernah ada pengalaman.
Tapi, I tak sangka kalau betul I pregnant.
You sendiri tahu kan, lately I terlalu
aktif. Sakan I berjalan sana sini. If
anything happen, what should we do?” Azaril tergelak.
Dilepaskan
keluhan lega. Haish, isteri dia ni kan. Diusap lembut kepala Trisha yang
berbalut tudung itu. Sangkanya Trisha tidak bersedia untuk mengandung. Hal lain
pula yang dirisaukan isterinya itu. Dibawa Trisha ke dalam pelukan. Hati isterinya
itu harus disedapkan agar tiada fikiran yang bukan-bukan menerjah pula nanti.
“Insha
Allah, our baby will be fine. You
relaks aje, okey. Esok kita pergi check
up, manalah tahu ni sekadar mainan aje,” Trisha mengangguk perlahan.
Tangan
mengusap perutnya. Sudah berapa bulan ya jika benar dia mengandung? Mindanya
mula mengira sesuatu. Takkanlah tuan punya badan tidak mengetahui keadaan
dirinya. Tambahan pula, Azaril adalah seorang doktor walaupun bukanlah doktor
pakar sakit puan. Sekurang-kurangnya, suaminya itu ada juga sedikit kepakaran
di dalam bidang itu. Ini yang dia keliru.
“Tapi,
you. I sudah dua bulan tak period. So, it could be I’m pregnant. Tapi…”
Azaril
menekup mulut isterinya itu bagi menghentikan bicara yang sudah mula mahu
merepek.
“Hmmm,
you pergi mandi dan pakai baju proper
sikit. Kita pergi klinik sekarang jugak. Tak pasal aje malam ni you dan I sekali
tak boleh nak tidur. At least, we know the
right answer for this. I pergi bagitahu baba kejap,” ujar Azaril seraya mendapatkan
Tan Sri Amzan yang sedang sibuk menguruskan khemah di halaman rumah Nek Salima.
Trisha
termenung seketika sebelum kakinya menghampiri almari. Dikeluarkan T-shirt putih
lengan panjang dan juga skirt labuh rona krim. Lantas, dicapai tuala di
penyangkut dan terus ke bilik air yang terletak di bahagian dapur. Mujur di
rumah Nek Salima punya dua bilik air. Jika tidak, jenuh dia menunggu turn untuk membersihkan diri. Tambahan pula,
sekarang ini adalah peak hour di mana
semua orang mahu menggunakan bilik air.
*****
“Haih,
you tersenyum sorang-sorang ni dah kenapa?” tegur Trisha. Dihulurkan mug berisi
kopi panas kepada suami tercintanya itu.
Azaril
senyum nipis.
“Happy. You sendiri tahukan pasal kisah
silam I dulu,” Trisha mengangguk. Sememangnya dia sangat mengetahui kisah silam
seorang Azaril Raffiqi Wilson itu. Lelaki itu sendiri yang menceritakan kisah
dukanya itu pada Trisha sejurus mereka diijab kabulkan.
“Tahu.
Dan, I jugak tahu suami I kuat orangnya. You dah bersedia untuk tanggungjawab
yang besar ni? Kali ni bukan main-main tahu, you bakal menjadi seorang ayah. Jadi,
I nak you lupakan semua kisah silam you tak berapa nak gebu tu,” Terletus tawa
Azaril. Dia tergeleng seketika.
“I know, mom-to-be. Tipulah kalau I mampu
lupakan semua tu. But, I’ll my best as I can.
You and our baby is the most important dreaming in my life. I’m proud to be
your husband,” Trisha menjatuhkan kepalanya di bahu Azaril.
Baru
kini dia perasan dan menyedari, berada di sisi Azaril adalah saat terindah di
dalam hidupnya. Dia berasa selamat dan selesa. Fikirannya seakan menerawang
mengimpikan sesuatu yang indah setiap kali ingatannya mengimbau kembali
kenangan-kenangan mereka bersama sepanjang tiga bulan lebih mendirikan rumah
tangga.
“Sayang,
are you dreaming?” Trisha tersentak
dek Azaril mencuit hidungnya. Dilemparkan sengihan. “Sempat lagi tu. Mesti
tengan berangan our future kan?” teka Azaril.
“Nope. I throwback cerita lamalah. Tak sangka, kan kita boleh hidup mesra
macam ni sedangkan sebelum kahwin you dan I bukannya kamceng pun, jauh sekali
nak berborak secara aman. Dulu I meluat setiap kali you dok mengelek Yasmin…
oppsss,” Ditekup mulut dengan kedua belah telapak tangannya.
Azaril
tenung Trisha tajam.
“Trisha,
macam mana you boleh kenal Yasmin? I rasa, I cuma sebut nama dia aje dan tak
pernah pulak I kenalkan you dengan dia. Pandang I, Trish,” Pelukan yang kemas
tadi dilepaskan. Kedua belah tangannya kini di bahu Trisha.
“Hmmm.,
I… I…,” Keluhan berat terbit dari bibir Trisha membuatkan Azaril membulatkan
matanya agar isterinya itu berterus terang sahaja dengannya. “I pernah
terserempak dengan you dan Yasmin masa dekat hospital sebelum kita kahwin. I thought, she’s your girlfriend. The special
one, of course. But, I’m shocked when you’re willing to marry me,” Sekali
nafas Trisha menjelaskan kepada Azaril.
“Masa
tu, I keliru dengan hubungan I dan Yasmin. Dia macam main tarik tali dengan I. Jadi,
I terima ajelah cadangan mama nak I berkahwin dengan you. Selepas aje kita
berkahwin, I terbuka hati nak ceritakan kisah silam I pada you. I dah tahu I memang
selesa dengan you even kita selalu
gaduh. You pun boleh terima I macam I ni lelaki pilihan you. Layanan you pada I
buat I happy, I suka hidup dengan
you,” Panjang sungguh penjelasan Azaril.
Hampir
sahaja Trisha mengalirkan air liur. Eheh.
“Jadi,
betullah you memang pernah simpan perasaan pada Yasmin?” Azaril angguk,
mengakui kebenaran itu. Tetapi, itu adalah kisah lampaunya. Kini, hatinya sudah
penuh diisi oleh Trisha Dania.
“Yasmin
tak tahu pasal perkahwinan kita ni. Jadi, I harap you faham kalau you
terserempak dengan kita orang. Sekarang ni, I mahu you yakin dengan kasih
sayang I pada you. You boleh cemburu, tapi jangan berlebihan…”
“Iya,
encik abang sayang. Cepat habiskan kopi tu, I dah penatlah seharian kemas
rumah. Nasib baik, tak jadi apa-apa,” Haish, geram pula Azaril pada Trisha yang
super manja malam ni.
*****
“I
kecewa dengan you, Wilson! Kita putus!” tegas sekali suara itu menuturkan kata
penuh kebencian yang tersemat. Dia sudah tidak sanggup lagi mahu meneruskan
hubungan yang terlarang ini.
Dia
cuba menerima kehidupan sosial teman lelakinya itu, tetapi sikapnya yang
terbuka telah meranapkan segalanya. Dia benci kepada lelaki itu. Bencinya sudah
ke tahap tertinggi sehingga dia sanggup untuk terjun laut jika masih menatap
wajah kacak yang sedang berteleku duka di birai katilnya itu.
“Aimi,
I tahu I yang bersalah. You masih sayangkan I, kan? Kita boleh cuba lagi dan I janji
I akan menjaga you sebaik-baiknya. Sayang, I terlalu cintakan you. I sanggup
dibuang keluarga demi you,” Aimi mendengus.
Tangannya
yang dicucuk jarum, dipandang lesu.
“Sayang
I pada you dah lama mati, Wilson. Get off
from my sight! I hate you!”
Azaril terkejut apabila Aimi mula menjerit bagaikan orang gila.
Terkocoh-kocoh
Azaril menekan butang kecemasan. Beberapa saat kemudian, muncul seorang doktor
dan dua orang jururawat. Mereka cuba menenangkan Aimi yang sudah diserang sawan
itu. Pasti terlalu tertekan akan hidupnya yang semakin hura hara semenjak kecurangan
Azaril diketahuinya.
Iya.
Mereka bukanlah pasangan suami isteri, namun kehidupan mereka mengalahkan pasangan
yang telah berkahwin. Atas permintaan Azaril sendiri yang tidak mahu mereka
mengikat kasih secara sah kerana lelaki itu mahu menumpukan perhatian pada
pelajarannya. Tambahan pula, course studynya
bukan senang. Memerlukan dia memerah sedikit otaknya jika dia mahu berjaya di
dalam bidang kedoktoran.
“Please wait at the outside, sir. We have to
check her,” Salah seorang jururawat itu menolak sedikit tubuh Azaril. Dia
akur, kakinya melangkah longlai ke ruang menunggu.
Hidup
bersama Aimi di luar negara di mana tiada sesiapa yang boleh memantau
pergerakan mereka membuatkan mereka menyimpang terlalu jauh. Aimi rela
menyerahkan seluruh hidupnya pada Azaril dengan harapan mereka akan bahagia
hingga ke akhirnya. Sudahnya, hancur di tengah jalan apabila Aimi keguguran dek
kelalaian Azaril yang membiarkan Aimi sendirian di rumah.
Hampir
setengah jam kemudian, doktor yang merawat Aimi keluar dan menghampiri Azaril
yang masih setia menunggu di kerusi berdekatan.
“How’s my girlfriend, doc?”
Doktor
itu menepuk bahu Azaril perlahan.
“I’m sorry, young boy. She’s suffering a lot.
We’ve tried our best but…” Doktor itu menggeleng, tanda Aimi tidak dapat
mereka selamatkan.
Sejurus
itu, Azaril terjelopok ke lantai. Bahunya terhenjut dek menangis.
“Aimi,
kenapa you tinggalkan I? I’m sorry. Aimi!”
Azaril bingkas bangun dan masuk kembali ke bilik yang menempatkan Aimi.
Jururawat
sedang mencabut segala wayar yang berselirat di tubuh genit milik Aimi. Dengan
tangisan penyesalan yang menggila, Azaril memeluk tubuh kaku itu erat. Dia
menyesal! Sungguh, dia tidak mahu perkara seperti berlaku. Hati Azaril mula
menyalahkan takdir. Hidupnya seperti kosong bak kertas putih yang bersih dari
noda. Jiwanya kosong sekosongnya.
*****
“Aimi!”
Tersentak
Trisha dek jeritan suaminya. Dia bingkas duduk. Wajah berpeluh Azaril dipandang
penuh kehairanan. Tubuh suaminya gelisah, bibirnya meracau sesuatu.
“You,”
panggil Trisha sambil menggoyangkan tubuh Azaril. Namun, Azaril masih juga
begitu.
Sudahnya,
Trisha mendekatkan dirinya ke tubuh Azaril. Telapak tangan kiri ditekap pada
dada Azaril yang berombak kuat itu. Bibirnya didekatkan ke telinga suaminya.
“It’s okay. That’s not your fault. Itu
semua takdir Allah. Percayakan saya, Aimi sudah selamat. Semuanya dah okey,”
bisik Trisha cuba menenangkan Azaril di dunia mimpinya.
Keadaan
Azaril kembali tenang. Trisha mengemaskan pelukannya. Dia mengusap lembut
kepala Azaril seperti anak kecil. Nafas suaminya agak tercungap tadi kembali dihela
perlahan. Dioles senyuman lega. Azaril semakin kerap bermimpi tentang kisah
silamnya sejak Trisha disahkan mengandung dua bulan.
Sesekali,
timbul juga kerisauan di hati Trisha. Jika suaminya itu meracau di rumah,
mungkin dia boleh membantu menenangkan Azaril. Tetapi, jika keadaan seperti ini
berlaku di hospital? Tidak ke haru. Trisha ada juga menyoal Azaril jikalau
suaminya mempunyai buruk, namun Azaril menidakkan. Katanya, dia baik-baik sahaja.
Trisha buntu sendiri.
*****
Sekeping
roti dikunyah sambil meneliti fail di tangan. Sesekali dia menyisip nescafe di
cawan.
“Morning,
sayang,” sapa Trisha sebaik tiba di meja makan. Dia mampir ke sisi Azaril.
Rutin mereka setiap pagi sebelum bergerak ke tempat kerja masing-masing.
“Morning,
sweetheart. Selamat pagi, anak abi,”
Perut Trisha yang masih belum menampakkan kebuncitan itu dicium lembut.
Trisha
menggelengkan kepala tatkala teringatkan pesanan keras suaminya sejak dia
mengandung; I nak kiss anak I setiap
kali I keluar. Haru jugalah Trisha mahu menayangkan perutnya itu kepada Azaril
setiap kali lelaki itu mahu keluar ke mana-mana. Sebelah malam pula, Azaril
akan memastikan dirinya meluangkan masa untuk berbual dengan bakal bayi mereka.
Mulai semalam pula, Azaril telah menetapkan bahawa dia akan membaca surah
al-Quran sebelum tidur. Setiap hari, satu surah.
“Abang
hantar awak hari ni,” Trisha angkat kening. Seperti tidak percaya pula bahawa
Azaril Raffiqi Wilson yang berada di hadapannya kini.
“Hah?”
Azaril
mengisyaratkan agar isterinya duduk. Ditolak sedikit kerusi, ditarik lengan
Trisha. Tidak boleh tidak, Trisha duduk juga.
“Mulai
sekarang, abang nak kita berubah. Demi baby.
Bermula sekaranglah kita perlu berubah ke arah yang lebih baik, Trish. Abang
sudah tak sanggup nak alami perkara yang sama, awak faham kan?”
“Iya,
faham. I try my best, abang…” Euw,
kenapa dia terasa geli hati? Heh, abang pun abanglah.
“Good wife,” Azaril melirik senyum.
Trisha hanya senyum nipis. Kerutan di dahi dia ini sudah seperti nenek tua,
asyik berkerut sahaja kebelakangan ini. Semuanya gara-gara perubahan mendadak
Doktor Raffiqi itu.
“Kenapa
abang nampak lain? Bukannya Trish tak suka abang berubah, tapi Trish rasa
sesuatu yang lain. Entahlah, susah nak cakap. Trish harap Azaril Raffiqi
Wilson, suami Trish masih orang yang sama…”
“Abang
tetap abang, Trish. Cuma, abang nak anak kita nanti tak berperangai macam abang
dulu. Abang pernah tersalah simpang dan abang tak mahu keluarga mini abang ni
pun tak tersalah simpang macam abang. I’ll
try my best to change our life to a better life. I believe that you’ve also
changed, right?”
Lambat-lambat,
Trisha mengukir senyum. Entah kenapa, hatinya sedikit goyah. Bukan goyah kerana
kemungkinan Azaril mempunyai perempuan lain. Tetapi, dia tidak mahu memikirkan yang
Azaril seakan mahu meninggalkan mereka. Jantungnya berdetak laju tatkala ini.
“Abang…”
Trisha
menggenggam jemari suaminya.
“Hey, what happened? Kenapa menangis ni?”
Trisha
semakin galak menangis. Hatinya tidak tenteram ketika ini, seperti ada sesuatu
yang buruk bakal berlaku. Puas dipujuk hati agar tidak leka memikirkan akan
keburukan. Namun, air mata tetap laju mahu menitis. Azaril yang tercengang
hanya mampu memeluk erat isterinya. Timbul kepelikan di hati akan perubahan
emosi Trisha itu. Mungkin Trisha sedang mengandung dan kerana itulah emosi
Trisha terganggu.
“Please, I want back my Azaril. I can’t face
the new you, I need the old you. I miss my old husband. Please, I want him back,”
rayu Trisha dengan linangan air mata.
“Aduh,
ibu mengandung ni. Cepat pulak emosi dia berubah. I’m here, okay. Baru aje nak feeling
seorang suami dan bapa mithali, awak dah potong. Haish, sudahlah tu. Nampak
gayanya memang abang kena bawa awak pergi kerjalah ni,” Trisha mengangguk laju.
Asalkan
suaminya di sisi, itu sudah cukup untuk melegakan hatinya yang sedang rawan
ini. Hampir sahaja Azaril menghamburkan tawa melihat aksi manja Trisha yang
semakin melampau itu. Habis kemejanya basah dek air mata isteri tersayangnya
itu. Itulah, dulu bukan main benci lagi mahu menatap wajah kacak dia ini. Kini?
Hmmm, hendak ke tempat kerja pun tidak senang hati.
to be continued...
Pendek sgt...hehehe...tp bestttt...tq to u update selalu....;)
ReplyDeletehihi. makaseh. selalu update sebab ada yg setia. hehe. :D
DeleteHehehe... smbng lagi :)
ReplyDeleteTq akak :)
hihi. akak sambung. haha. sama-sama. :D
DeleteNtah ntah nanti Azaril mati lepastu dia kahwin dengan Lewis Lee. Wargh tanakkkkk T_T huwaaaaaa hahahaha
ReplyDeletehmmm, boleh jadi gitu. haha. nanak laaaa. :D. peace
DeleteBest!! lepas nie nk update ape pulak??
ReplyDelete