When you say you love me
Know I love you more
When you say you need me
Know I need you more
Baby, I adore you, I adore you
“Baby, I’ll always adore you,”
bisik Imran di telinga Ayyana. Ayyana hanya senyum nipis sambil menjarakkan
dirinya dari Imran.
Apalah
sangat bicara itu padanya. Melainkan, mereka adalah kekasih halal yang dia
boleh turut berkongsi rasa. Namun, Imran hanyalah lelaki biasa yang cuba
mengumpannya. Sedaya mungkin, cinta lelaki itu akan ditolaknya. Tidak mungkin
dia memilih Imran, si buaya darat untuk menjadi suaminya.
“Know that you need someone else to adore you,”
Terus mati senyuman di bibir Imran. Hilang sudah bayangan indah yang terlayar
di mindanya sebentar tadi.
“Why don’t you?”
“I already have someone that I adored. And, just to
let you know, I’m really adoring him,” kata
Ayyana bersahaja. Imran senyum sinis.
Di
dalam diri dan hati seseorang, sudah pasti akan wujud seseorang yang dia admire. Termasuklah, Mya Ayyana. Sebenarnya, ramai
jugalah orang dia respect
seperti abah, umi dan ahli keluarganya yang telah berjaya menempa kejayaan.
Namun, seseorang yang dimaksudkan Ayyana itu adalah seorang lelaki yang berjaya
membuatkannya kagum.
“Hope… not your boyfriend,”
Ayyana hanya menggeleng.
“Of course, not,” Imran
terangguk-angguk.
“Since, you’re not interested of me. I think, I
should go to someone else,” Uhuh, sangatlah dialukan, desis Ayyana.
Elok
jugalah lelaki itu beredar. Berbual dengan Imran umpama dia bukan berada di
bumi Malaysia. Mual juga jika asyik menggunakan bahasa orang putih. Ketika dia
menjawab persoalan lelaki itu tadi, sempat Imran berpesan agar menggunakan bahasa
Inggeris memandangkan dia sudah lama tidak pulang ke Malaysia. Jadi, agak kekok
untuk berbual di dalam bahasa ibunda.
“I’m please to see you go, Mr.
Imran,” Imran mendengus. Keinginan hatinya ditolak bulat-bulat, siapa yang
tidak marah? Dia juga punya perasaan.
Imran
melangkah ke meja lain. Bukannya Ayyana seorang perempuan sahaja di majlis hari
lahir klien syarikatnya ini. Masih ramai yang menarik hatinya. Lebih seksi dari
Ayyana yang bertudung litup itu pun ada. Jual minyak sikit, pasti akan melekat
juga seorang malam ini. Tetapi, hatinya tetap mahukan Ayyana yang kelihatan
ekslusif itu.
*****
Instrumental music; And the I kissed you by Pearl Harbor mula kedengaran
di segenap dewan. Pasangan yang hadir mula mengambil tempat untuk menari. Ayyana
sesak sendiri. Jika bukan Datuk Dani menjemputnya ke majlis ini, jangan harap
dia ingin ke sini.
Pekerja
bawahan sepertinya hanya menurut arahan pihak atasan sahaja. Tambahan pula, Datuk
Dani banyak membantunya. Daripada dia tidak tahu apa-apa tentang dunia
perniagaan, Datuk Dani banyak memberi tunjuk ajar sehinggakan dia mampu
menggalas tugasan besar syarikat ternama itu.
“Ayyana,
seorang aje ke?” tegur Datuk Dani. Panjang umur ahli korporat itu. Pantang
disebut, pasti muncul. Dilabuhkan punggung di sebelah Ayyana. Seronok juga
berbual dengan stafnya itu.
“Seorang
ajelah, Datuk. Mana Datin?”
“Datin
dengan kawan-kawan dialah. Kalau bawa teman, boleh juga Ayyana menari,” Ayyana
tergelak kecil.
“Bawa
adik saya yang baru tingkatan tiga tu, Datuk? Dia bukan pandai menari. Lainlah,
kalau saya ada suami. Boleh jugalah tunjuk skill,” Datuk Dani gelak senang.
Ayyana
memang mesra alam. Gadis itu jarang sekali dilihatnya bermasam muka. Terubat
rindunya pada anak daranya yang kini sedang melanjutkan pelajaran ni luar
negara. Keletah Ayyana yang bersahaja itu, mampu membuatnya tenang. Isterinya,
Datin Vee turut menyenangi stafnya itu.
“Itulah
kamu. Saya dah pesan dulu, kerja tu kerja juga… pasangan hidup kena cari juga. Hidup
seorang ni bukannya seronok sangat,” ujar Datuk Dani.
“Tak
sampai jodoh saya lagi, Datuk. Lagipun, saya bukannya tua lagi. Macam muda aje
nak kahwin sekarang,” Ayyana sekadar berseloroh. Boleh dikatakan mudalah Ayyana
ni. Minggu depan genap usianya dua puluh lima tahun.
“Kamu
tu yang memilih sangat. Kalau ikutkan usia kamu sekarang ni, saya dan Datin dah
ada anak dua orang tahu…”
“Kira
jodoh Datuk sampai awallah tu. Datuk doakanlah yang terbaik untuk saya. Inshaa Allah,
mana tahu tahun ni jugak saya jemput Datuk makan nasi minyak,” Datuk Dani
ketawa besar. Faham sangat gadis itu sudah malas melayan apabila soal jodoh
dibangkitkan. Ayyana hanya tersenyum.
*****
“Sayang,
I nak pergi tandas sekejap eh,” beritahu Emma.
“Iyalah,
jangan lama sangat,” pesan Lutfil kepada kekasihnya.
Emma
meninggalkan dewan dan berlalu ke tandas yang terletak berdekatan dengan pintu
keluar dewan. Lutfil kembali ke mejanya setelah puas menari bersama Emma.
“Emma
mana, Fi?”
“Pergi
tandas, ma. Papa mana? Tak nampak pun,” Lutfil menyoal mamanya.
“Ada
kat meja hujung sana. Nak berbual dengan Ayyana katanya,” jawab Datin Vee
sambil membetulkan lengan baju kebayanya.
“Bukan
main rancak lagi dia orang berbual. Mama tak join dia orang ke?”
“Tadi
mama dah jumpa Ayyana. Papa tu yang sibuk sampai aje sini tadi. Mama risau juga
biar Ayyana seorang kat situ tanpa teman. Itu yang papa pergi temankan dulu,”
Lutfil mencapai gelas air orangenya
sebelum di bawa ke mulut. Lega sungguh tekaknya yang haus.
“Kat
sini ramai oranglah. Tak adanya orang nak culik Ayyana kesayangan papa mama
tu,” Datin Vee ketawa kecil.
“Tak
payah nak cemburu sangatlah, Fi. Kami risaulah sebab tadi Imran ada tegur
Ayyana. Buatnya Imran bawa lari Ayyana, kamu nak tanggung?” Lutfil menjuihkan
bibirnya.
Papa
dan mamanya kalau tak mengambil berat tentang Ayyana, boleh seharian tak senang
duduk. Ayyana inilah, Ayyana itulah. Hari-hari, nama Ayyana yang disebut orang
tuanya itu. Sehinggakan, ketika berhubung dengan adik kesayangannya itu pun,
perihal Ayyana juga diungkit.
“Bukannya
cemburu, ma. Cuma, meluahkan pendapat,” Datin Vee menjeling anak lelakinya. Ada
sahaja Lutfil ingin menjawab.
*****
Ayyana
bangun dari kerusinya, dia bergerak menuju ke luar dewan. Bosan pula
ditinggalkan berseorangan apabila Datuk Dani terpaksa meminta diri untuk
bertemu rakan kongsinya. Alang-alang, boleh juga dia tandas. Mengemaskan sedikit
tudung yang sudah mula merimaskan ini. Sudah dinasihatkan oleh teman serumahnya
agar dipotongkan sahaja rambut mayang mengurainya itu, namun dia sayang.
“Nak
pergi mana?” soal Lutfil. Ayyana pandang Lutfil yang bersandar di tepi pintu
dewan. Dilemparkan senyum senget.
“Ladies. Why?”
“I follow…”
“Hah?
Nak buat apa? Tandas perempuan kot. Agak-agaklah. Senget,” bebel Ayyana
selamba.
“Woi,
aku masuk toilet
lelakilah. Apa ingat aku senget sangat ke?” Ayyana mencebik. Sekejap
beraku-kau. Sekejap saya-awak. Haih, pening dah bos dia ni. Suka hati dia saja.
“Whatever,”
Lutfil mengekori langkah Ayyana.
Sebenarnya,
dia risaukan Emma. Hampir setengah jam teman wanitanya itu ke tandas, tapi
sampai sekarang masih belum keluar. Mahu memanggil Emma, dia segan jika ada
staf yang ternampak. Rosaklah reputasi dia sebagai bos. Dia bukannya lelaki
yang sebegitu. Untung sahaja Ayyana mahu ke tandas, boleh juga dia bertanya
pada gadis itu.
Sebaik
sahaja tiba di tandas, Ayyana terus memboloskan diri ke dalam tandas tanpa
memandang Lutfil di belakangnya. Lutfil mengangkat bahu. Disandarkan tubuh ke
dinding. Niatnya bukanlah untuk ke tandas pun. Lebih baik dia menunggu di luar.
Jam di pergelangan tangan dipandang sekilas. Lama pula Ayyana di dalam. Hmmmph!
*****
“Cik
Mya Ayyana, ada lagi yang awak sembunyikan?”
Ayyana
tersedar. Dia menggeleng laju.
“Okey,
sekarang awak terangkan bagaimana awak terjumpa mayat mangsa? Mustahil awak tak
perasan ketika masuk ke tandas. Awak tak ada saksi untuk membuktikan awak tidak
terlibat dalam kes ni,” tegas Inspektor Hafiy berkata.
“Betul,
inspektor. Saya tak tahu apa-apa. Saya tak bersalah. Memanglah saya yang jumpa
mayat dia. Tapi, saya tak membunuh,” sendu Ayyana.
Tuduhan
yang diberikan kepadanya tersangatlah berat untuk dia tanggung. Membunuh! Dia
bukan pembunuh!
“Awak
mungkin membunuh mangsa sebab cemburu, Cik Mya Ayyana. Ada motif yang kuat
untuk awak membunuh,” Ayyana tergeleng-gelengkan kepala tanda tidak mengakui
tuduhan melulu Inspektor Hafiy.
Motif
apa pula dia mahu membunuh gadis itu. Kenal pun hanya gitu-gitu saja.
“Saya
sumpah. Bukan saya yang bunuh,” Inspektor Hafiy menumbuk meja kuat. Tersentak
Ayyana dibuatnya.
“Jangan
main sumpah, Cik Mya Ayyana. Tiada saksi yang boleh membuktikan awak tidak
bersalah. Sehingga kes diselesaikan, awak akan kami tahan. Waran tangkap akan
diproses jika didapati awak adalah pembunuh Emaliyana Hamzi,” ujar Inspektor
Hafiy tegas sebelum menghilang dari bilik khas untuk mengambil keterangan
pesalah itu.
Ayyana
tersandar ke belakang kerusi. Matanya memandang seorang polis wanita yang
sedang berdiri tegak di penjuru bilik, berdekatan dengan pintu.
“Puan,
dah masuk waktu subuh. Saya nak solat,” maklum Ayyana berani.
“Sekejap,”
Polis wanita itu keluar dari bilik keterangan.
Mungkin
dia ingin meminta keizinan ketuanya. Ayyana bingung sendiri. Mindanya beku
memikirkan ‘pembunuhan’ yang mendakwanya membunuh. Ingin membunuh semut yang menghurung
bekas minumannya sahaja, dia kasihan. Inikan, manusia!
*****
“Ya
Allah, hamba-Mu yang semakin lemah ini memohon agar Engkau menunjukkan
kebenarannya. Hanya Engkau lebih mengetahui apa yang berlaku. Aku meminta agar
Engkau tunjukkan kepada mereka bahawa bukan aku pembunuh itu. Ya Allah,
ampunilah dosa hamba jika ada yang hamba terlepas pandang ketika memberikan
keterangan. Engkau kuatkanlah hatiku agar tidak terpesong dari jalan-Mu.
Terlalu banyak fitnah dunia yang perlu aku harungi, Ya Allah. Kuatkanlah aku…”
Ayyana
menarik nafas panjang dan dihembus perlahan.
“Ya
Allah, Kau tabahkan hati ahli keluargaku di saat ni. Pasti mereka sedang
bersedih memikirkan tentang aku. Kau kuatkanlah hati mereka untuk menerima apa
jua keadaanku. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah, Maha Mendengar, Maha Melihat,
Maha Mengetahui. Bantulah aku, Ya Allah,” rintih Ayyana. Air mata tidak kering
dari mengalir di pipi gebunya.
Dugaan
ini terlalu berat untuk dia pikul seorang diri. Dia perlukan sokongan untuk
mengharungi semua ini. Tidak dipinta untuk dianggap pembunuh. Tidak pernah
menyangka hal seberat ini berlaku kepadanya. Namun, jauh di sudut hati Ayyana,
dia mengharapkan ujian ini akan memberinya pengajaran dan mengukuhkan lagi imannya.
InshaaAllah.
*****
Lutfil
pandang Ayyana tajam. Ayyana hanya berlagak biasa. Dia kenal Lutfil, renungan
tajam itu tidak mampu menakutkan dia.
“Luth,
bukan saya yang bunuh Emma. Awak nampak kan, saya sendiri pun terkejut masa tu.
Tolonglah saya,” Lutfil melepaskan keluhan berat.
“Sebelum
tu, papa dan mama kirim salam. Jadi, siapa yang bunuh Emma?”
Ayyana
menggeleng. Kiriman salam dari Datuk Dani dan Datin Vee dijawab di dalam hati.
“Sumpah,
bukan saya,” Ayyana sudah mengangkat sumpah. Dia mahu Lutfil percaya akannya.
“No need to do that, Mya
Ayyana. I trust you,” kata
Lutfil tenang. Disandarkan tubuh ke kerusi.
“Awak
tahu ke siapa pembunuh Emma?” Lutfil geleng.
Jika
dia tahu, sudah tentu dia akan membebaskan Ayyana daripada tuduhan yang berat
ini. Dia sendiri masih samar akan kejadian itu. Masuk sahaja ke dalam tandas
untuk memanggil Ayyana dan Emma, dia melihat Emma sudah terbaring di lantai
tandas. Dan, Ayyana berdiri di sisi teman wanitanya itu dengan riak terkejut.
Bibir
gadis itu juga terketar. Tangan Ayyana dilihatnya cuba memeriksa nadi Emma.
Saat itu juga gadis itu menangis ketakutan. Sebelum sempat mereka berbuat
apa-apa, muncul seorang wanita yang menjerit. Suasana dewan mula kecoh.
Disebabkan itulah, Ayyana dituduh membunuh Emma.
“Teruskan
berdoa. Kebenaran pasti terbongkar. Tapi, awak kena sabar. Polis masih
menyiasat semua tetamu yang hadir malam tu,” Ayyana mengangguk lemah.
“Keluarga
saya macam mana? Mesti dia orang malu kan, anak perempuan dia orang masuk
penjara? Nanti dah keluar, semua orang gelar saya banduan,” Lutfil pandang
wajah Ayyana yang semakin pucat itu.
Mata
yang dulunya bersinar, sudah hilang serinya. Muka Ayyana yang ceria, mampu
membahagiakan papa dan mamanya juga semakin suram. Entah kenapa, dia seakan
mahu menggantikan tempat Ayyana. Pasti gadis itu terseksa tinggal di dalam
lokap, tanpa sesiapa. Tambahan pula, Ayyana hanya seorang gadis yang lemah.
“Papa
dah uruskan keluarga awak. Insha Allah, esok dia orang datang sini. Keluarga
awak pun percayakan awak. Jadi, awak tak payahlah risau. Staf-staf Delia
Holding pun tak pernah bersangka buruk tentang awak. Tapi, dua tiga orang yang
mulut busuk tu biasalah,” Ayyana tergelak kecil.
Lutfil
Hadi, seorang lelaki yang memainkan pelbagai watak di dalam hidupnya. Dialah
kawan, dialah abang dan dia jugalah yang mampu membuatkan Delia Holding haru
biru dikerjakan mereka. Sebab apa lagi jika bukan lelaki itu mencari pasal
dengan Ayyana.
“You’re comforting me too much, boss. I’m okay right here.
But, you’re the one who suffering a lot. She’s your girl, Luth.
Saya yang dituduh membunuh girlfriend awak,
tapi masih nak comfortkan
hati saya…”
“Because of that, I’m here. I know you’re not her murderer. Tapi,
tak ada bukti yang boleh bantu awak buat masa ni. Be patient for a little while. I’m trying to help
you, no matter what,” Senyuman Ayyana itu mampu melegakan hati Lutfil
sedikit.
Bukan
dia sahaja yang merisaukan gadis itu, tetapi semua yang rapat dengan Ayyana
turut bersusah hati.
“Thank you, Luth.
You’re always on my side even… jahat
sikit…”
“Mya
Ayyana, you’re talking bad about me. Behave,” kata Lutfil tegas. Ayyana mencebik. Seperti
biasalah, dia mana takut akan amaran Lutfil.
“I’m behaving what. Just cheer up myself by teasing
you, boss. Tak ada shortlist ke siapa
yang bermusuh dengan Emma? I mean, maybe
someone who want to get revenge on her. Awak
kan boy dia,
takkanlah awak tak tahu?”
Lutfil
geleng perlahan.
“We’re not in serious relationship,” Terjatuh
rahang Ayyana ketika itu.
“What? Whoa, bos. Great. I thought both
of you are in love,” Lutfil gelak kecil. Ayyana… Ayyana.
“No. We just have fun together. We both know that our
relationships will not long lasting. Tapi,
saya tak sangka dia akan pergi dengan cara begini,” Ayyana sengih senget.
“O…
key. Awak tu dah masuk three series, tapi still tak ada isteri. Lelaki memang suka eh kahwin
lambat?”
“Kenapa?
Kau teringin nak kahwin awal ke?”
“If I have that chance, why not. Tapi,
tulah. Entah sampai bila saya kena tahan kat sini,” Ayyana kembali muram. Sedih
memikirkan nasib dirinya yang masih terperangkap di sini.
“Doakan
senjata para mukmin. Insha Allah, what goes around
come around. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya…”
“Akan
jatuh ke tanah juga,” potong Ayyana.
Lutfil kerut
hidung. Memang patutlah Datuk Dani dan Datin Vee menyukai Ayyana. Adakalanya,
gadis itu berperangai gila-gila. Tiba waktu serius, sehabis mungkin Ayyana cuba
meletakkan hal itu serius. Gadis itu mampu menceriakan hati orang-orang di
sekelilingnya. Kebanyakan staf Delia Holding menyenangi sikap Ayyana yang happy go lucky itu.
*****
Datuk Dani
memandang Lutfil dengan pandangan redup. Dia mahukan jawapan dari Lutfil malam ini
juga. Datin Vee usap bahu Lutfil agar anak lelakinya berfikiran tenang. Cadangan
Datuk Dani bukannya ringan seperti kapas. Berat sekali hati Lutfil untuk
menyetujui permintaan papanya itu. Ugh!
“Kita
perlu berbuat sesuatu, Fi. Papa dah berbincang dengan keluarga Ayyana. Dia orang
pun sudah bersetuju. Lagipun, Fi dan Ayyana kan sudah rapat. Rasanya, tak susah
untuk biasakan diri,” Lutfil gigit bibir.
Masalahnya,
dia dan Ayyana sudah biasa sebagai kawan. Dia tidak mahu Ayyana tidak selesa
jika mereka disatukan hanya kerana kes ini. Lutfil yakin, Ayyana tidak
bersalah. Suatu hari nanti, pasti kebenaran akan terbongkar. Huh, beratnya
keputusan yang perlu diberikan kepada kedua orang tuanya ini. Datuk Dani dan
Datin Vee seperti mengharapkan berita baik.
“Papa,
mama, give me a time. I need to refresh my mind since I just met her this
afternoon. I’ll tell both of you when I make my decision. Solid decision,”
Datuk Dani dan Datin Vee saling berpandangan.
“Okey. Fi
pergi naik dulu. Papa bagi masa tiga hari. Fikirlah habis-habis,” Lutfil
mengangguk. Dia ulas senyum pada mamanya sebelum membawa diri ke bilik.
Datuk Dani
mengeluh kecil.
“Abang,
bagi dia masa. Sementara polis masih siasat kes Emma, biarlah dulu. Keluarga
Ayyana pun belum beritahu Ayyana lagi pasal ni. Vee yakin, Ayyana pun sama
macam Fi. Kita tak tahu apa yang dia orang rasa,” ujar Datin Vee.
“Iyalah.
Esok Vee ikut abang jumpa keluarga Ayyana,” Datin Vee angguk.
Semoga jawapan
yang dimahukan mereka yang diterima. Datuk Dani tahu, syaratnya untuk
membebaskan Ayyana akan membebankan keluarga Ayyana. Namun, itu sajalah caranya
untuk menyatukan Lutfil dan Ayyana. Niatnya murni dan di sebalik permintaan
itu, Datuk Dani sudah pun menemui pembunuh Emma yang sebenar. Segala bukti yang
dia temui sudah diberikan kepada Inspektor Hafiy.
*****
Tuala
dicampakkan ke tilam. Lutfil duduk di birai katil. Setiap patah perkataan yang
terbit dari mulut Datuk Dani seakan berlari di mindanya. Dicapai telefon bimbit
di atas meja sisi. Dia mendail nombor sahabat baiknya.
“Assalamualaikum,
bro,” sapa
Lutfil terlebih dahulu setelah panggilannya dijawab.
“Waalaikumsalam.
Apehal malam-malam cari den?”
“Ian, I need your help. Staf
aku dituduh membunuh Emma. Tapi, aku tahu… bukan dia yang bunuh,” Sekali nafas,
Lutfil memaklumkan pada sahabatnya itu.
“Siapa handle kes dia?” soal Ian di hujung talian.
“Inspektor
Hafiy,” beritahu Lutfil. Dia bergerak ke meja kerjanya. Dikeluarkan pen dan
kertas. Dilakarkan sesuatu pada permukaan putih itu.
“Hafiy.
Oh, okey. Esok kau jumpa aku kat office. Tapi kan,
Luth. Staf mana yang buat kau gelisah semacam aje ni? I thought, late Emma is your future wife,”
Lutfil tergelak.
“Siot. Mana
kau tahu staf aku tu lelaki ke perempuan? Memandai aje kau teka, kan?” Ian
gelak besar. Lutfil menggelengkan kepala apabila terdengar bunyi tangisan bayi.
Terkejut agaknya dek gelak besar si Ian itu.
“Weh,
aku ni bestfriend kau
dari jauh tahu. I know you very
well, Luth. So, wanna tell
me now or tomorrow?”
“I’ll tell you, right now. Papa
aku nak aku kahwin dengan staf aku tu. Semua tu sebagai jaminan dia akan
lepaskan Ayyana…”
“So, that girl is Ayyana?
Mya Ayyana, the girl that you’ve told us
before. Am I right?” Lutfil ketap bibir. Kantoi!
“Ya. Stop teasing me,” Tahu
sangat. Sudah tentu Ian akan mentertawakannya gila-gila punya.
“Okey.
Ayyana tahu tak lagi yang kau ni bekas pengintip polis?”
“Buat
apa pulak dia perlu tahu? Papa aku baru aje nak aku kahwin dengan dia, okey. Aku
ni bekas pengintip polis yang dah pencen. Lainlah kau dan Hadi, ada jawatan
besar,” Ian ketawa kecil.
“That is our dream, bro. Kau
pun sama kan, tapi uncle Dani halang
habis-habisan cita-cita kau tu. Nak jugak kau uruskan Delia Holding,” Lutfil
mengeluh kecil.
“Tak
apalah, Ian. Janji papa aku happy. Dah lama
dalam business field, buat
aku dah tawar hati dengan cita-cita aku. Aku tengok kawan-kawan aku berjaya,
aku tumpang bahagia,” Ceh, skema punya ayat.
“Iyalah,
Luth. I’ll talk to Hafiy. So, just
relax yourself before the big event comes around,” Nada
Ian kedengaran serius.
“I will. See you soon,”
Lutfil matikan talian.
Dia bersandar
di belakang kerusi empuknya. Big event comes
around? Ya, dia perlu akui kenyataan itu. Mya Ayyana, maafkan saya. Maaf kerana
dia bakal mengikut cadangan papanya.
*****
Ayyana gigit
bibir. Susuk tubuh yang sedang bersujud di tikar sejadah menggamit matanya
untuk memandang. Hatinya lega kerana berjaya melepaskan diri daripada terus
berada di penjara yang kosong itu. Jiwanya kembali hidup, nafasnya kembali
teratur. Alhamdulillah, Ya Allah.
Permintaan
dari abah dan umi, Ayyana turutkan. Entah kenapa, hatinya tidak mahu menolak. Sama
ada dia memang mengharapkan perkahwinan itu atau dia hanya mahu bebaskan diri
dari penjara. Keduanya masih samar di fikiran Ayyana. Timbul kepelikan apabila
Lutfil juga tidak menolak. Teringin pula dia mengetahui sebab musababnya dari
lelaki itu sendiri.
“Awak
boleh dah buka tudung awak tu,” Ayyana tersentak. Dipandang Lutfil yang sedang
melipat sejadah. Sudah habis solat? Lama juga dia mengelamun rupanya.
“Selepas
saya mandi, saya buka. Boleh kita bercakap sekejap? I need to confirm something from you,”
Bicara Ayyana lembut dan teratur.
Luftil duduk
di kerusi di meja kerjanya. Dihalakan pandang pada Ayyana.
“Talk,” balas Lutfil sepatah.
Ayyana
berdehem kecil.
“Apa
tujuan awak di sebalik perkahwinan ni? We’re clear enough about our relationship before
this. Just tell me the reason. I’ll take it easy,”
Lutfil melepaskan keluhan.
Sudah dijangkanya
akan persoalan itu. Dia sedia maklum akan pemikiran Ayyana. Isteri yang baru
dinikahi beberapa jam yang lepas, tidak akan menerima alasan bodoh semudah itu.
“Are you sure, you are in good mood to hear the
reason?” Ayyana angguk perlahan. “Because papa want us together. Papa and mama want
you as their daughter in law. Is that clear enough?”
Ayyana geleng.
“That’s not the only reason. I can’t simply free from
that accused right? Please, Luth. Be frank to me. I need the real reason behind
this,” Bersungguh-sungguh Ayyana mahu mengetahui tujuan sebenar perkahwinan
mereka ini.
“Imran want you badly, Ayyana. He hired someone to killed Emma. Semuanya
sebab arwah Emma menolak lamaran dia. Selain tu, dia memang tak sukakan saya. Pembunuhan
Emma dianggap sebagai dendam. Tapi, semua bukti yang papa beri pada polis tak sebelahkan
kita. Imran masih bebas,” jelas Lutfil.
Ayyana senyum
nipis.
“Jadi,
papa awak cadangkan awak untuk lindungi saya?” Lutfil mengangguk. “Perlukah
sampai ke tahap ni? Polis kan ada untuk jaga saya…”
“Memang.
Tapi, tugas suami lebih layak untuk melindungi isteri kan? That’s why, we are married. For that, you have to
accept our destiny just like me,” Ayyana kerut dahi.
Timbul
pula persoalan nakal di fikirannya ketika ini.
“Berapa
hari awak ambil masa untuk setuju?” Ditatap wajah kacak Lutfil dengan senyum
mengusik.
“Ehem, no need to know that,” elak
Lutfil. Dia berpaling ke meja kerja. Kertas putih yang penuh dengan contengan
direnyukkan. Ugh! Lupa pula dia ingin membuang kertas itu.
“Habit awak ke melukis untuk buat keputusan,” Erk! Luftil
ketap bibir perlahan.
Hancus!
Nampak gayanya dia perlu juga bermuka tebal di hadapan Ayyana. Dia kan suami,
mana boleh malu. Jatuh standard, beb!
“The one of my secret, drawing. Just let you know
that you’re the first person who success in tracing my habit. Tolong
rahsiakan,” Terhambur tawa Ayyana.
“Insha
Allah. Saya nak mandi dulu. Hmmm, abah dan umi nak jumpa awak kat bawah sebelum
balik,” maklum Ayyana seraya menghilangkan diri ke dalam bilik air.
Lutfil mengetuk
kepalanya perlahan. Lalai sungguh kau, Lutfil Hadi. Serve you right. Omel Lutfil
sendiri. Dia menukar pakaiannya sebelum turun ke tingkat bawah. Kenapa pula
abah dan umi mahu bertemunya?
*****
Ian pandang
Lutfil sekilas. Disedut air tembikainya perlahan. Hadi mengisyaratkan sesuatu
kepada Ian.
“Pengantin
baru fikir apa? Takkanlah teringatkan isteri di rumah? Katanya terpaksa, pelik
jugak kalau rindu,” usik Ian. Hadi menyambut dengan tawanya.
Lutfil menajamkan
pandangannya. Geram diusik oleh teman-teman baiknya itu. Dulu, bukan main lagi
dia mengusik kedua-duanya. Kini, gilirannya pula. Hampeh!
“Bukanlah.
Ayyana dah tahu pasal punca sebenar kita orang kahwin. Dia tu macam psikik,
boleh tahu… by instinct,” ujar
Lutfil.
“Kau
sendiri pernah beritahu, Ayyana tu cekap. Memang tak peliklah kalau dia boleh
teka. Lagipun, bini aku ada juga beritahu aku selepas majlis akad nikah kau
orang tempoh hari. Ayyana tu bijak, Luth. Sekali petik, semua rahsia kau, dia
boleh tahu,” balas Ian.
“Ha’ah,
aku setuju. By knowing her, she’s
not calang-calang perempuan, beb,”
sokong Hadi.
Lutfil menggaru
belakang tengkuknya.
“Itulah
masalahnya. Tak apalah, yang tu no hal. Aku
boleh settle. Sekarang
ni, macam mana dengan Imran? Korang dah boleh trace apa-apa pasal dia?”
Ian mengeluarkan
telefon bimbitnya. Dia menekan sesuatu di dada telefon.
“His wife, Selina. Mati-mati
kita orang ingat perempuan ni mistress dia. Selidik
punya selidik, rupanya isteri dia. Pandai sungguh dia simpan rahsia ni. Selain
isteri, dia ada dua orang anak. Hadi dengan aku dah fikir jalan, minggu depan
kita orang buat operasi. Kau nak ikut tak?”
Lutfil
sengih nipis.
“Kau
rasa?”
Hadi tepuk
bahu Lutfil.
“We are Hadi, so…”
“Of course, we in,” kata
Lutfil dan Hadi serentak. Ian ketawa kuat. Semua mata di restoran di tempat
biasa mereka melepak, memandang pelik. Apa ada hal pada mereka, ini dunia
mereka. We do what we want; their phrase.
*****
Lutfil
menolak pintu rumahnya. Setelah selesai segalanya, dia membawa Ayyana tinggal
di rumahnya sendiri yang sudah lama ditinggalkan. Dia mahu Ayyana biasa dengan kehidupannya.
Bau tom yam menusuk ke hidung sebaik melangkah masuk ke dalam rumah. Lutfil
membawa langkah ke dapur.
“Masak?”
Ayyana
menoleh ke pintu dapur. Diulas senyuman.
“Ha’ah.
Mama cakap awak suka tom yam. That’s why, saya
masak tom yam hari ni. Awak pergilah mandi dulu, lepas tu turun makan,” Lutfil
senyum nipis.
Jadi,
inilah kehidupan yang dibangga-banggakan oleh Ian dan Hadi itu. Seronok juga
rupanya. Balik sahaja, sudah ada yang menunggu. Meja makan juga penuh dengan
makanan yang sedap-sedap.
*****
Setelah
selesai makan malam dan mengemaskan dapur, Ayyana melepak di ruang tamu. Dia mula
menyibukkan diri dengan kerja-kerjanya yang tertunggak. Setelah bercuti beberapa
hari, dia perlu kembali bekerja. Walaupun suaminya adalah bos, tanggungjawab
sebagai pekerja haruslah dijalankan.
“Ayyana,
minggu depan awak ambil cuti,” Ayyana mendongak. Lutfil duduk di sofa, tangannya
mencapai remote control.
“Kenapa
nak ambil cuti?”
“Kita
pergi honeymoon?”
Ayyana membulatkan matanya. Lutfil sengih. “It’s okay if you don’t want that happen,” That? Sekali lagi Ayyana bingung.
“It’s you who have to approve my leave, Luth. You do
what you want. Isn’t your word whenever we’re arguing about something? Just make
the decision by yourself,” Lutfil pandang Ayyana yang sedang bersila di
permaidani dengan jari jemari runcing isterinya itu di keyboard laptop.
“Are you teasing me, Mya
Ayyana?”
“No. It’s fact, right? Awak
kan suami, saya sebagai isteri ikut aje apa yang awak suruh. Lagipun, awak
jugak bos saya. Dah tentu-tentunya saya kena minta permission awak,”
Lutfil mengangguk faham. Bendul juga dia ni pun.
“Okey. Maksudnya,
apa yang saya nak awak akan turutkan?” Ayyana angguk tanpa memandang Lutfil.
Dia lebih
berminat untuk menyiapkan kerja-kerjanya itu. Lutfil turun ke permaidani. Dia menarik
tangan Ayyana.
Ayyana
pandang tangannya yang dipegang Lutfil. Senyuman nipis terukir. Ini sudah
kenapa? Pegang-pegang pula. Grrr, seram Ayyana dibuatnya.
“What do you want?”
“I want you…”
“Besides that?”
Lutfil ketawa
kecil. Ayyana memang bijak, sangat bijak.
“We need to live our life like others,
Ayyana. I know, it hard for us to adapt
our situation. Awak sanggup terima saya sebagai suami awak?”
“Saya
memang terima awak sebagai suami saya. Tapi, sekarang ni… awak bukan nak talk pasal kita kan?”
“Ya. Boleh
saya minta awak berhenti kerja? Projek yang awak uruskan ni melibatkan Imran. Saya
tak mahu dia ambil kesempatan ke atas awak. Saya tahu, awak sangat komited
dengan kerja awak. Tapi, ini arahan saya sebagai suami,” tegas Lutfil.
“Okey. Ambil
cuti tu semuanya alasan?”
“Yupp. Tapi,
kalau awak nak kerja jugak, saya boleh aturkan tugas lain untuk awak. Mungkin setiausaha
saya?” Ayyana gelak kecil.
“Setiausaha
awak? Di pejabat atau di rumah?” Lutfil melepaskan tangan Ayyana, dia kembali
naik ke sofa. Pening kepala dia berbicara dengan orang bijak ni. Sakit otak!
Ayyana senyum.
Merajuklah tu. Ayyana bingkas bangun dan dilabuhkan punggung disebelah Lutfil. Dicapai
tangan suaminya.
“I’m asking you because I want your exactly decision, Luth.
Awak berterus terang aje dengan saya apa yang awak nak saya buat. Saya tahu
awak cuba consider pasal
saya, tapi awak tu suami. Arahan awak, saya kena turutkan walau apapun. We are married, right? Just tell me very peacely,” Lutfil
mengeluh perlahan.
Kenyataan
mereka sudah berkahwin menyedarkannya. Iya, dia yang perlu membuat keputusan yang
tepat dalam perkahwinan mereka.
“I’m too afraid that Imran will hurt you, Ayyana. Just
like what had happened to late Emma. He will do anything to get you. Even, my
friends always keep their eyes on us, I’m still worried…”
“Hmmm, I’m okay. Saya
akan hantar notis berhenti kerja dua puluh empat jam. Sempatlah saya siapkan
kerja saya yang tertunggak ni sebelum resign. Jadi, rumah ni sentiasa dipantaulah kan?”
“Hmmm…”
“At least, saya
tak perlu takut masa awak tak ada. Dahlah, awak jangan kacau saya. Saya nak
siapkan kerja saya,” Ayyana kembali menyambung kerja-kerjanya.
Lutfil senyum
lega. Tidak disangka Ayyana seorang yang memahami. Tiba-tiba, dia berasakan
hubungan mereka agak serius. Lain sangat jika hendak dibandingkan sebelum
kahwin dulu. Seperti ada sesuatu yang membuatkan komunikasi mereka kaku. Atau,
ini hanya perasaannya sahaja. Ayyana tidak berkata apa-apa pun.
to be continued...
p/s : ABP could be in two part. cerpen ni too long. CIA akan update part 2 by tomorrow. masa, CIA tak janji. dah siap, CIA post terus. couldn't make it full version tonight. tangan ni tamau berhenti menulis. hehe. SELAMAT MEMBACA! :D. surprise character in this cerpen, CIA pun tak jangka. the idea throw up very smoothly. :D.
TQ....waaa. besttt ni...suka2... menarik....update selalu tau...hehehe...;)
ReplyDeletesama-sama. tq, mona. inshaAllah. rajin online pepagi buta noooo. :D
DeleteHehehe... Best2, wau suka sungguh watak polis ni ek? hehehe... smart gitu ♥
ReplyDeletemlm ni ada new n3 x akak? ;)
makaseh, balqiz. hihi. suka sangat. akak suka polis handsome. hahaha. inshaAllah ada kot. mcm biasalah. :D
DeleteBest!! keep it up writer..
ReplyDeletethank you, edlinna. :D
Delete