TANGAN
KANAN menyapu muka
setelah salam diberi. Dua telapak tangannya ditadah, berdoa pada yang Esa. Air
mata yang jarang sekali terbit, kerap menemaninya setiap kali sunyi sejak
peristiwa menyedihkan dalam hidupnya itu berlaku. Entah kenapa, hatinya masih
belum kuat. Sesekali timbul ketidakpuasan hati dek hati lelakinya sudah berani
merintih kala sedih sedangkan air matanya itu sangat mahal untuk dititiskan
sebelum ini.
Usai berdoa, Rayqal melipat sejadah dan
dimasukkan kembali ke dalam almari yang sudah disediakan oleh pihak hospital di
surau itu. Nafas dihela perlahan, menghilangkan kegusaran hati. Dia tidak mahu
orang lain nampak kelemahannya biarpun ahli keluarganya sendiri. Dia perlu kuat
demi seorang khalifah Allah yang baru berpeluang melihat dunia ciptaan-Nya ini.
Langkah dihala ke wad di mana si
kecilnya berada. Belum sempat dia mendekati bilik kaca itu, matanya menangkap
sepasang tangan yang berinai dilekap pada cermin wad yang menempatkan bayi-bayi
yang baru lahir itu. Keluhan berat dilepaskan. Kenapa harus gadis itu berada di
sini? Tidak sedarkah dia, lelaki yang nikahinya kerana terpaksa itu masih belum
bersedia untuk bersemuka dengannya?
“Ray?”
Seraut wajah duka menjamah mata Rayqal.
Salam dihulur, menghormati si penegurnya.
“Bila ayah sampai?” soal Rayqal.
“Baru aje. Maafkan ayah, Ray. Aby yang
minta kebenaran ayah untuk menjenguk bayi kamu. Dia kata, esok petang dia sudah
mahu berangkat. Ray tahu kan, Aby nak sambung belajar di Australia?” Rayqal
angguk.
“Mama dah bagitahu Ray semalam. Ayah, Ray
nak minta maaf. Bukan niat Ray nak menduakan Ezza, tapi itu permintaan Ezza
sendiri,” Tuan Kamarul usap belakang menantunya itu.
“Ayah faham. Ezza pernah bincang pasal
benda ni dengan ayah dan mak. Ayah harap Ray redha dan terima Aby. Dia pun
terpaksa demi Ezza. Bila cucu ayah boleh discharge?”
“Insha Allah, esok pagi. Ayah datang
dengan siapa ni?” tanya Rayqal kembali.
“Ayah datang seorang. Mak sibuk di
rumah, kemaskan apa yang patut. Malam ni kan ada kenduri arwah. Ayah call Ray banyak kali, tapi tak
berangkat. Aby pun sama. Itu yang ayah datang sini, alang-alang boleh jenguk baby sekali…”
“Maaflah, ayah. Ray tak perasan. Bateri
handphone dah habis. Insha Allah,
malam nanti Ray balik rumah ayah,” Tuan Kamarul senyum.
Dia menarik Rayqal menghampiri Aafiya. Hampir
sahaja Rayqal mahu menepis tangan Tuan Kamarul. Kus, semangat. Tiba-tiba sahaja
dirinya ditarik begitu. Sudahlah dia malas mahu bersemuka dengan si Aafiya tika
ini. Huh!
“Aby,” sapa Tuan Kamarul.
“Uncle,
bila sampai?” Aafiya ukir senyum. Biarpun dia langsung tiada mood tatkala mata jatuh pada jemarinya
yang masih berinai itu, digagahkan juga bibir mengoles senyum. Ini adalah
permintaan arwah Ezza yang mahukan pernikahannya dan Rayqal kelihatan real.
“Baru aje. Aby bukan tak sihat ke? Uncle ingat Aby nak jenguk baby esok,” Tuan Kamarul menunakkan mata
pada wajah comel cucu sulongnya itu.
“Memang niatnya nak datang esok, tapi
takut Aby sibuk. Flight Aby kan
petang, sebelah pagi pulak baby dah
boleh discharge,” jelas Aafiya.
Dipandang lelaki di sebelah Tuan Kamarul, mulalah dia sebal.
Ugh! Tahulah dia ni cuma isteri di atas
kertas sahaja, bukannya keinginan lelaki itu. Dia pun tidak ingin mahu
berlakikan mamat muka ketat itu. Jika bukan hajat arwah Ezza, jangan harap dia
akan merelakan pernikahan itu berlaku. Tidak jika pengantin lelakinya adalah
Rayqal Azzam!
“Hmmm, iyalah. Elok saja arwah mahukan
seorang ibu di sisi puteri dia sebagai ganti, kamu pulak perlu berhijrah ke
negara orang. Jika di Malaysia, boleh juga Aby tolong tengok-tengokkan,” keluh
Tuan Kamarul.
Rayqal yang mendengar, tersentak.
Aafiya pula berdecit perlahan.
“Uncle,
memanglah arwah titipkan baby di
bawah penjagaan Ray dan Aby. Tapi, Aby tak expect
arwah pergi secepat ni. Uncle tahukan
dah lama Aby apply nak further
study?” Tuan Kamarul angguk lemah. “Cucu uncle ni kuat, jadi atuk dia pun kenalah kuat jugak. Papa dia kan ada
untuk jaga dia sementara Aby di sana,” Dikerling Rayqal sejenak.
Rayqal membulatkan matanya. Ditajamkan
mata memandang Aafiya. Berani-beraninya dia dikenakan di hadapan bapa mertuanya
itu. Tsk. Cari pasal sungguhlah minah ni. Rayqal menahan perasaan sendiri. Dia
kalihkan mata, direnung bayi yang masih merah itu. Timbul rasa kasih pada bayi
itu.
Biarlah orang mahu mengata yang bayi
itu bukan anak kandungnya. Dia nekad mahu menjaga anak itu. Arwah Ezza adalah
perempuan kesayangannya, sudah tentu anak itu juga adalah kesayangannya. Seribu
kali ditakdirkan berkahwin dengan wanita sebaik arwah Ezza juga dia sanggup.
“Hah, Ray. Mengelamun,” Aafiya ketawa
kecil. Lelaki juga reti berangan rupanya. Tentu sedang memikirkan cara mahu
menjaga bayi yang ditinggalkan oleh arwah Ezza itu.
Betullah kata arwah, Rayqal telah memberikan
hatinya pada wanita itu. Biarpun terpaksa menahan telinga dek cemuhan sanak
saudara dan orang sekeliling, Rayqal sanggup menerima arwah Ezza sebagai isteri
sedangkan lelaki itu tahu dia hanya adalah pak sanggup bagi menutup malu wanita
semulia arwah Ezza yang dirogol ketika pulang dari tempat kerjanya.
“Masih di sini, ayah,” Tuan Kamarul
menggeleng sedikit.
“Esok Aby pergi airport dengan siapa?” soal Tuan Kamarul kepada Aafiya.
“Siapa lagi, uncle kalau bukan abang Lan. Dia ajelah yang goyang kaki di rumah.
Nak harapkan suami, hmmm. Tahun depan pun belum tentu Aby sampai ke Australia, uncle,” Sempat lagi Aafiya menebak
Rayqal.
“Kamu berdua ni, tak sudah-sudah
gaduhnya. Patutlah arwah minta kamu berdua dikahwinkan. Serasi gitu,” Tersedak
Rayqal dan Aafiya serentak.
Begini dikatakan serasi. Huish, silap
besar.
“Ayah, Ray hanya sayangkan arwah Ezza,
anak ayah aje. Bukannya minah senget ni,” Lembut sungguh tutur kata Rayqal.
Bicara lembut itu mampu menyiat hati
Aafiya yang sudah mula membara. Tuan Kamarul gelak, suka melihat pergaduhan sesama
musuh itu. Kini dia mengerti tujuan sebenar arwah Ezza mahu Rayqal dan Aafiya
bersatu. Kedua-duanya mampu menjaga cucunya sebaik mungkin.
“Orang pun tak inginlah berlakikan
awak. Hish, senget. Uncle, Aby balik dululah. Kalau Aby ada masa, Aby datang
rumah malam ni. Sampaikan salam Aby pada auntie dan yang lain ya,” Aafiya
bersalam dengan Tuan Kamarul yang sudah dianggap seperti ayahnya itu.
“Aby,” Aafiya tidak jadi melangkah.
“Salam suami sama, berdosa tahu membelakangkan suami,” Aafiya buat muka. Tidak
suka diperintah begitu.
“Eh, tak apalah, ayah. Ray okey aje,”
Terus melebar sengihan Aafiya. Tuan Kamarul ketap bibir. Geram pula dia dengan
pasangan ini.
“Apanya yang tak apa. Aby, salam Ray,”
arah Tuan Kamarul tegas.
Dengan malasnya Aafiya mencapai tangan
kanan Rayqal dan disalaminya. Hah, boleh pun. Rayqal yang sedikit terkejut itu
senyum nipis, penuh kepuraan.
“Boleh macam ni, uncle?” Tuan Kamarul
senyum senang. Sengaja dia mahu mengenakan keduanya. Namun, memang itulah
tanggungjawab Aafiya pada Rayqal setelah mereka selamat bergelar suami isteri.
Situasi perkahwinan Rayqal dan arwah
Ezza juga Rayqal dan Aafiya memanglah berbeza. Rayqal sanggup berkahwin dengan
arwah Ezza kerana kasih. Tetapi, tidak dengan Aafiya. Mereka disatukan kerana menurut
permintaan terakhir arwah Ezza yang mahukan sahabat baik dan juga suaminya bersatu
demi bayinya.
Aafiya meninggalkan hospital dengan
penuh sumpah seranah. Begitu juga Rayqal yang masih berdiri teguh menemani bayinya
itu. Hati mereka jenuh mengumpat sesama sendiri. Entah bilalah tradisi
pergaduhan mereka yang berlangsung sejak di bangku sekolah itu akan berakhir? Aafiya
memang pantang jika ada yang mengenenkan Rayqal yang merupakan seniornya dengan
dirinya. Semuanya gara-gara si Rayqal tertendang tin mengenai lengan Aafiya.
Sejak itu, bermulalah pergaduhan di antara mereka setiap kali bertemu.
Empat
tahun kemudian
CERMIN
MATA hitam jenama Gucci yang tersangkut itu
ditanggalkan. Mata memandang sekeliling, mencari seseorang yang diarahkan untuk
mengambilnya di airport. Pusing kepala dia mencari kelibat manusia terhormat
itu. Datang ke tidak? Mama Marialah ni beria-ia hendak lelaki itu menjemputnya.
Semangat Mama Maria menelefonnya semalam, sekadar mahu memberitahu bahawa Rayqal
Azzam akan menjemputnya di airport tepat jam dua belas tengah hari. Sudahnya,
batang hidung mamat sengal itu belum menjengah ke anak matanya.
“Datang ke tak ni? Naik teksi pun boleh
cepat sampai rumah. Penat dah ni. Kaki pun dah tak boleh jejak tanah dah,”
Troli ditolak perlahan sambil mulut mencecet entah hapa-hapa.
Aafiya menolak troli sehingga ke pintu
utama airport. Manalah tahu suami senget dia itu menanti di luar. Jika dalam
lima belas minit dia tidak menjumpai lelaki itu, dia akan mengambil teksi
sahaja. Mindanya sudah menerawang ke biliknya yang sudah empat tahun
ditinggalkan itu. Argh, enaknya jika dapat tidur nyenyak. Tetapi, bilik itu tetap
di rumah mamat senget itu. Hush.
“Hoi!” sergah satu suara. Aafiya
mengetap bibir. Mengganggu sahaja orang mahu berangan. Grrr.
Jelingan tajam dihadiahkan pada si
pemilik suara. Panjang umur nampak, Mr Rayqal Azzam. Haish, yang tidak enaknya…
diangkutnya sekali mistress yang langsung tidak menepati citarasa untuk menjadi
madunya. Aafiya mengeluh kuat. Sengaja mahu membentak biarpun dia tahu lelaki
itu tidak akan mengendahkan kemarahannya pun.
“Boleh balik sekarang?” tanya Aafiya
dengan suara dilembutkan.
Tidak mahu merosakkan mood yang sedang
elok ini.
“Sila… sila,” Rayqal sudah bergerak ke
BMW 7 seriesnya. Dibuka bonet untuk memasukkan beg-beg yang besar gedabak milik
Aafiya itu.
Entah apa yang diangkutnya balik Malaysia
pun tidak tahu. Takkan disumbat mat saleh dalam salah satu bagasi besar ni kot.
“You duduk belakang,” arah Angie pada
Aafiya.
Aafiya senyum nipis. Hampir sahaja
tidak menampakkan dia sedang senyum. Dia menunggu Rayqal selesai memasukkan
beg-begnya ke dalam bonet. Mahu juga lelaki itu menjemputnya. Hatinya hampir
meloncat juga tadi tatkala mata menyapa raut Rayqal. Semakin matang plus kacak
plus tough plus…. Plusline. Eheh.
“Ray, can I have a sit in front? You
know that I can’t sit behind when I just touch down, right?” Sengaja Aafiya
melantunkan suara lunak, mahu mengenakan minah gedik plus sotong itu.
Rayqal pandang Angie dan Aafiya silih
berganti. Mana satu harus diutamakan? Angie sudah buat muka sememeh.
“Angie, only half an hour. After that, you
take your sit back,” Aafiya senyum menang. Wah, matang sudah suami bukan
pilihan dia ini. Five star!
Penuh sebal Angie memboloskan diri di
tempat duduk belakang kereta mewah itu. Nasib baiklah hanya setengah jam. Baru
sahaja dia ingin bermesraan dengan Rayqal di hadapan Aafiya. Biar berbulu mata
gadis itu. Rayqal menurunkan brek tangan, kakinya menekan pedal membelah jalan
raya.
Aafiya bersandar selesa di sit. Jet lagged.
Sudah dihamburkan muntah sebaik tiba dibalai berlepas tadi. Kosong terus perutnya
yang diisi spaghetti Bolognese kegemarannya tadi. Aafiya pandang sebelah,
Rayqal bukan main serius lagi memandu. Kemeja yang tersarung ditubuh lelaki itu
menjawab persoalan yang bermain di benaknya. Kiranya sekarang ini adalah waktu
rehat Rayqal.
“Miss, mineral water,” Angie
menghulurkan sebotol mineral water kepada Aafiya. Kini, Angie tampak caring.
Erk?
Teragak-agak Aafiya mahu menyambut
huluran itu.
“Just take it, Abyana Aafiya,” kata
Rayqal tegas, mata masih memandang ke hadapan. Aafiya menarik senyum, disambut
mineral water.
“I’m sorry, miss for the gediksness.
I’m just his secretary,” jelas Angie. Aafiya mencebik. Siapa punya idealah ni?
Hek, berjaya jugak dia kenakan aku.
“Oh, it’s okay…”
Itu semua idea Angie kerana dia mahu
menguji isteri bosnya itu. Nampak gayanya dia akan lebih selesa bekerja di
bawah Rayqal selepas ini memandangkan isteri Rayqal sangat sporting. Tegas
dalam menuntut haknya. Angie hormat keperibadian Aafiya walaupun ini adalah
pertemuan pertama mereka. Tetapi, sayangnya dia hanya akan bertugas di bawah
lelaki berkarisma itu seminggu sahaja lagi sebelum berpindah ke cawangan lain.
Hmmm.
“And...” Aafiya menoleh ke belakang.
Hampir sahaja kepalanya berlaga dengan bahu Rayqal.
Angie mendekatkan wajahnya.
“Call me, Aby or better Puan. Bukan
miss lagi dah,” Angie sengih, sedar akan kesilapannya.
Rayqal menyembunyikan senyum. Sempat
lagi Aafiya memprotes akan statusnya itu.
“I’m sorry, puan. Encik Rayqal, you can
drop me at the office first if you want,” Rayqal pandang Angie melalui cermin
pandang belakang.
“Emmm, okeylah…”
Rayqal menukar lorong. Nasib baik
simpang ke pejabat masih belum terlepas. Terasa pula mahu mengambil cuti
separuh hari. Boleh juga dia meluangkan sedikit masa untuk puteri kesayangannya
yang sedang menanti di rumah itu. Pasti meloncat riang kerana dia pulang awal
hari ini.
AAFIYA melangkah masuk ke banglo yang
tersergam indah di kawasan yang terpencil, jauh dari hiruk pikuk kota itu. Hampir
empat tahun, dia tidak menjengah ke sini. Semuanya masih sama seperti dulu,
ketika pertama kali kakinya melangkah ke banglo itu. Cuma, umur penghuni banglo
ini sahaja yang berubah.
“Papa,” Seorang kanak-kanak perempuan
menerpa ke arah Rayqal yang baru tiba di pintu utama banglo yang besar itu.
Rayqal mendukung kanak-kanak itu penuh
kasih. Dikucup kedua pipi tembam puterinya itu. Rindu! Padahal, baru setengah
hari berpisah. Drama sahaja lebih si Rayqal ini.
“Ma… ma?” Kanak-kanak perempuan yang
bertubuh comel itu beralih pada Aafiya. Dikerdip mata berkali-kali. Rambut
hadapanya yang tersisir kemas bergerak seiring dengan kerdipan matanya.
Aafiya mengoyak senyum lebar.
Didepangkan tangan. Pantas sahaja kanak-kanak itu menyuakan tangan dan mendakap
erat mama yang tidak pernah dia temui secara live itu. Hanya skype dan panggilan
video sahaja yang menjadi penghubung mereka. Terharu Aafiya dibuatnya kerana
puteri itu mengenali dirinya biarpun tidak pernah bersua secara nyata.
“Miss you, dear,” Pipi puteri tembam
itu dicium lembut.
“Apa yang dok buat jejak kasih di depan
pintu ni? Meh masuk dalam, Aby. Ray, angkat beg-beg Aby masuk,” Rayqal menjuih
bibir sebelum kembali ke kereta.
Dalam tidak mahu, dia masih mengikut
arahan mama kesayangannya itu.
“Mama, Chacha rindu mama sangat-sangat.
One big hug, please,” Aafiya ketawa. One big hug?
Matanya jatuh pada Rayqal yang
tercungap-cungap itu. Heh, papa dia punya perangai. Dipeluk Chacha seerat
mungkin. Mama Maria senyum lebar. Seronok melihat kemesraan cucu dan menantunya
itu. Sejak Tuan Kamarul dan Puan Raihan berpindah jauh ke utara Malaysia dua
tahun yang lalu, Chacha dititip penuh pada Rayqal.
“Ni mesti mulut becok kan?” Chacha
sengih lebar. Suka mamanya sudah kembali. Kini, dia boleh memeluk tubuh itu sesuka
hati. Tidak perlu dipeluk handphone atau iPad lagi.
“Papa, one big hug,” Manja suara Chacha
dengan mata disepetkan, minta simpati. Rayqal yang baru sahaja duduk di sofa,
mendepangkan tangan. Laju Chacha berlari mendapatkan papanya.
“Aby mula kerja bila ni?” soal Mama
Maria, ingin tahu. Setidaknya, dia mahu Aafiya berehat secukupnya sebelum
memulakan kerja.
“Insha Allah, minggu depan. Tapi, Aby
kena balik rumah kejap. Ma ada pesan suruh ambil dokumen abah, minggu depan
abah ada conference di KL. Abah malas dah nak singgah rumah,” Mama Maria
tergelak.
Mana tidaknya, besan dia berhijrah ke
luar negara sudah hampir sepuluh tahun. Ditinggalnya mereka Aafiya seorang diri
di sini. Untung sahaja, dia punya saudara rapat. Boleh juga tolong tengokkan
Aafiya yang ketika itu masih bersekolah. Sudah lama juga rumah keluarga Aafiya
itu ditinggal kosong.
“Nak balik rumah sendiri pun malas?” Aafiya
jongket bahu. “Jangan dilupakan anak tunggal dia orang ni sudah,” Mama Maria
usap kepala Aafiya.
“Haish, Aby sendiri pergi cari ma dan
abah kat sana,” Semangat Aafiya berkata. Tetapi, ma dan abahnya tidak pernah
melupakan dirinya.
Setiap kali raya, ma dan abahnya akan pastikan
mereka beraya bersama. Empat tahun Aafiya di bumi Australia, di situlah hari
raya disambut. Biarpun jauh dari sanak saudara, cukuplah keluarga kecil mereka
bersama menyambutnya. Cara itu boleh mengajar mereka erti rindu.
“Aby mesti penat, pergi naik rehat.
Esok-esok kita borak panjang lagi. Atau, Aby nak makan dulu?”
Serta merta bercahaya mata Aafiya.
Terhambur tawa Mama Maria. Sudah lapar sangatlah tu, jika sudah itu gayanya.
“Habis makanan Aby muntahkan tadi.
Sekarang ni, Aby memang sangat lapar, mama…” Adu Aafiya sambil tangan mengusap
perutnya yang sudah berkeroncong.
“Jomlah kita makan. Ray, angkut Chacha
pergi meja makan. Kita makan sama,” Rayqal menurut. Didukungnya tubuh kecil
molek Chacha ke meja makan.
BUKU surah Yassin ditutup setelah selesai
dibaca. Mata yang terlindung di sebalik cermin mata hitam memandang pusara sahabat
baiknya sudah bergenang air mata dan hanya menunggu untuk jatuh. Hidung yang
berair, disedut. Menahan kesedihan di hati. Bersih sungguh pusara itu, tanpa
rumput yang meliar melainkan bunga yang tumbuh subur di sekitarnya.
Lelaki yang duduk di sebelahnya,
dipandang sekilas. Kanak-kanak perempuan diribaan lelaki itu juga menatap sayu
pusara itu. Tentu kisah arwah uminya sudah diceritakan sedari dulu. Kisah kekuatan
wanita muslimah yang berjuang mahu mempertahankan anak tidak sah taraf yang
dikandungnya patut dibanggakan. Itulah erti pengorbanan. Biar nyawa sendiri
diambang bahaya, asalkan nyawa seorang khalifah Allah berjaya dijuangkan.
“Mama,” Chacha bergerak ke pangkuan
Aafiya yang sudah selesai mengaji itu. Aafiya melemparkan senyuman paling manis
kepada puteri itu. “Tokma bagitahu ni kubur umi. Tapi, umi dan mama tukan
maksud sama. Siapa umi, mama?” Petah sungguh Chacha berbicara.
Lantang seperti arwah uminya.
“Mana ada sama. Ejaan umi dan mama kan
tak sama. Cuma, umi ni orang yang lahirkan Chacha. Dia yang bawa Chacha ke
dunia ni. Mama pulak yang akan jaga Chacha sampai Chacha besar,” Chacha buat
gaya berfikirnya. Kerut habislah dahi dia itu. Cuba mencerna penjelasan
mamanya.
“Eh? Tapi, papa ada satu je,” Rayqal
pejam mata seketika. Untung sahaja dia mengenakan RayBan, boleh juga
sembunyikan matanya itu.
Ditahan ketawa agar tidak terhambur.
Bacaan diteruskan. Sedikit sahaja lagi untuk ditamatkan.
“Hmmm, nanti mama cerita. Chacha dah
baca al-Fatihah?” Chacha menggeleng laju. Tudung yang menutup kepalanya sudah
berserabai.
Aafiya membantu Chacha membaca surah
al-Fatihah untuk disedekahkan kepada wanita yang telah melahirkannya ke dunia
ini. Suatu hari nanti, Chacha pasti akan mengerti dengan apa yang telah berlaku
dulu. Seribu satu kisah disebalik kelahiran seorang Nur Arissa Khadijah
Abdullah.
USAI menziarah pusara arwah Ezza, Rayqal
membawa Aafiya pulang ke rumah keluarga isterinya itu sebelum mereka terus ke sebuah
restoran mewah. Chacha sudah merengek lapar. Mama Maria sudah berpesan agar
mereka makan diluar sahaja kerana dia ada urusan luar, tidak boleh menyediakan
makanan.
“Papa, nanak tu,” Chacha menghalakan
jari telunjuknya ke arah udang goreng tepung yang dibawa waiter ke meja
pelanggan lain.
“Mana boleh. Chacha kan tak boleh makan
udang, nanti gatal-gatal satu badan. Papa tak nak tolong,” Rayqal usap kepala
Chacha apabila bibir comel itu sudah memuncung. Merajuk!
“Mama,” Ditayang muka kasihan pada
mamanya. Aafiya jongket bahu. Pernah sekali Mama Maria menelefonnya memberitahu
Chacha ditahan di wad sehari semalam dek teruja sangat meratah udang goreng.
“Bo… leh. Tapi, dengan syarat,”
Sengihan jahat Aafiya lemparkan. Chacha yang berdiri di atas kerusi itu
mencekak pinggang. “Kalau syarat mama, Chacha tak berjaya selesaikan… no more
udang goreng selepas ni. Faham?” Laju Chacha mengangguk.
“Aby, please. Jangan cabar
budak-budaklah,” kata Rayqal keras. Tangannya sibuk mengeluarkan isi ketam
untuk Chacha.
“Sekali ni aje. Chacha kena jawab
soalan mama, tepat…” Nafas dihela. Siap untuk bertempur. “Apa nama penuh umi
Chacha?” Terlepas ketam di tangan Rayqal. Soalan apalah si Abyana Aafiya ini?
Chacha menggaru kepala.
“Ish, mama ni. Chacha tak ingatlah.
Nama umi panjang. Chacha tak tahu,” Aafiya gelak kecil.
“Jadinya, Chacha tak boleh makan udang
sampai bila-bila. Boleh gitu?” Sememeh terus raut comel Chacha itu.
“Okeylah. Papa, ada lagu kahwin,” Ditampar
bahu Rayqal berkali-kali. Teruja tatkala telinga mendengar lagu Selamat
Pengantin Baru nyanyian Anita Sarawak.
“Iya, lagu kahwin,” Rayqal mengiyakan
sahaja. Tahu sangat kerenah Chacha. Hampir terbuntang mata Aafiya melihat
Chacha sedang bertepuk tangan sakan sambil menari kecil.
“Errr, siapa punya kerja ni?”
“Mama,” jawab Rayqal sepatah. Aafiya
tergeleng. Semakin rancak Chacha bergelek. Entah siapalah yang mengadakan
majlis perkahwinan di restoran ini. Tak romantik langsung! Setidaknya, pilihlah
tempat yang menarik sedikit. Isk.
“Cha, makan dulu. Balik nanti, sambung
gelek,” Serentak itu lagu kahwin itu berhenti, terus sahaja tangan comel Chacha
menyudu nasi dan dimasukkan ke mulut. “Awak, minggu depan saya dah mula kerja.
Awak izinkan tak?” Rayqal angkat kening. Matanya sedikit merah dan hidung
berair.
Aafiya menghulurkan tisu. Tak pandai
makan pedas pun, masih menggatal mahu memesan masakan pedas. Tak makan saman
sungguh! Sudah dia makan nasi, Puan Abyana Aafiya oi. Manusia mana yang makan
saman?
“Ikut suka awaklah, tanya saya kenapa?”
Ler, dia suami kot. Sudah namanya isteri, perlulah keizinan dan restu suami.
Betul ke tidak?
“Ma, nak lagi,” Aafiya menyuap desert ke
mulut comel Chacha. Kuat juga puteri kesayangannya itu makan. Tak menang tangannya
dan Rayqal menyuap, tangan kanak-kanak itu sendiri turut menyuap dirinya.
Setahunya, arwah Ezza sangat sederhana
orangnya. Makan juga lemah lembut, tidaklah seganas Nur Arissa Khadijah di
sebelahnya itu. Ini mesti mengikut perangai papa dia yang gagah perkasa itu.
Rayqal pula yang disalahkan.
“Iyalah. Karang awak tak restu saya
keluar bekerja, naya aje saya kena tanggung dosa derhaka pada suami,” Aafiya
berkata selamba.
“Sejak bila awak dengar cakap saya?”
“Hmmm, tak payah buka hikayat kat sini.
Awak tak pernah keluarkan arahan, macam mana saya nak dengar,” Rayqal pandang
Aafiya tanpa riak. Pandai menjawab. Sepatutnya, dia sarankan isterinya itu
menuntut jauh ke bumi Mesir, biar beradab sikit. Balik Malaysia dengan stok
ustazah.
“Menjawab eh? Jadi, apa kerja awak dan
di mana?” Kening Aafiya terangkat. Hendak juga si Rayqal muka ketat ni menyoal
tentang itu.
“Do you expecting that I will answer
you? Sorry to say, no,” Padan muka! Hendak menguji dia sangatkan? Ambil kau.
Rayqal buat muka tidak kisah. Lambat
laun dia akan tahu juga. Mamanya itu pemberita terhebat tahu. Sekali petik,
confirm segala persoalannya terjawab.
MENUNTUT sehingga ke negeri orang, sudahnya dia
hanya bekerja sebagai setiausaha. Namun, itulah hasrat Aafiya sejak dulu lagi. Biarpun
dia bukanlah pelajar di bidang kesetiausahaan, dia mampu menggalas
tanggungjawab itu. Terlalu awal untuk dia terus bekerja mengikut sijil
ijazahnya itu. Mahu mengutip sedikit pengalaman.
“Betul ke keputusan awak ni, Abyana? Tugas
yang bakal awak pegang ni langsung tak masuk dengan ijazah awak. Sayang kalau
bakat awak as accountant dikuburkan,” ujar Datuk Payed. Anak matanya menyoroti
anak mata hazel milik Aafiya. Dasar jantan gatal! Sempat Aafiya kutuk bos
besarnya itu.
“Bukan dikuburkan, Datuk. Cuma, saya
mahu pengalaman. Tugas sebagai setiausaha bukan mudah. Jadi, saya mahu melatih
diri supaya peka akan setiap yang berlaku,” Ya, tugas setiausaha yang dianggap
lekeh oleh segelintir masyarakat bukanlah sesuatu tugas yang mudah.
Jika tiada setiausaha, sudah tentu
tiada juga bangunan-bangunan yang gah berdiri ini. Susunan jadual untuk majikan
haruslah dilakukan dengan tepat agar kualiti kerja nanti bermutu. Setiausaha
juga bertanggungjawab mengaturkan setiap pertemuan majikan dengan klien. Bayangkan
jika tiada setiausaha di sisi para peniaga dan lain-lain kerjaya, sudah tentu
segala kerja huru hara.
“Saya terima alasan awak. Tapi, awak
yakin mahu bekerja di bawah ketua unit operasi yang garang tu?” Datuk Payed
sekadar mahu menakutkan Aafiya. Manalah tahu jika gadis itu mahu bekerja di
bawah seliannya.
Dia sendiri sudah bosan dengan
setiausahanya sekarang. Uhuk!
“Lagi garang, lagilah saya suka,
Datuk,” Penuh kesopanan Aafiya menjawab. Datuk Payed merengus kecil.
Pancingannya ternyata gagal.
Pintu bilik Datuk Payed diketuk
beberapa kali. “Masuk!” laung Datuk Payed.
Wajah tampan ketua unit operasi menyapa
matanya. Sudahlah masih muda, lelaki itu juga punya asetnya sendiri. Sebenarnya,
pekerja kesayangan Datuk Payed itu mampu membuka firmanya sendiri tetapi di
atas sokongan arwah papanya, lelaki itu setia bekerja dengan Datuk Payed. Datuk
Payed adalah sahabat baik arwah papanya, oleh itu dia mahu berbakti pada penabur
jasa pada keluarganya itu.
“Masuk, Azzam. Saya nak kenalkan awak
dengan setiausah baru awak, menggantikan Angie,” Mendengarkan nama Angie,
Aafiya menoleh ke belakang.
Neng nong neng nong. Rayqal Azzam?
“Abyana, ini bos awak… Rayqal Azzam.
Awak jangan risau, dia pekerja saya yang paling mudah. Awak akan selesa bekerja
di bawah dia,” Rayqal senyum sinis. Dia duduk di kerusi bersebelahan dengan
Aafiya.
“Don’t worry, Datuk. I know her very
well. Abyana Aafiya, isteri saya,” Membulat mata Datuk Payed. Mata Aafiya juga terbuka
luas. Apa dia?
“She’s your wife?” Rayqal angguk. Datuk
Payed meneliti kembali resume Aafiya. Married! Hish, kenapalah dia tidak
perasan ketika menelitinya tadi? Kan, sudah malu. Mana mahu letak muka?
“Ada masalah ke, Datuk? Kalau tak ada,
saya minta diri dulu…”
“Eh, tak ada. Abyana, maafkan saya di
atas keterlanjuran kata saya tadi. Awak boleh ikut suami awak. Dia akan
tunjukkan meja dan akan menjelaskan scope kerja awak,” Aafiya terangguk faham.
“Terima kasih, Datuk,” ucap Aafiya
lantas membontoti langkah Rayqal yang sudah melangkah meninggalkan pejabat
Datuk Payed.
Rayqal membawa Aafiya ke ruang staf, di
mana kubikel staf berada. Mata Aafiya meneliti setiap genap ruang kerja staf
itu. Kubikel setiap staf agak besar dan setiap bahagian dipisahkan dengan kemas
dan teratur. Di tengah-tengah antara kubikel-kubikel itu terletaknya set sofa
dan juga meja kopi, tentu ruang rehat. Seperti pantry.
“Maaf, semua. Saya kenalkan setiausaha
baru saya, Abyana Aafiya. You may call her whatever you want, Abyana or Aafiya.
If anything that need my approvals or any kind of problem with our clients, you
all just meet her. Scope kerja dia sama sepertimana Angie dulu. One more thing,
men staffs should be aware. Abyana had married,” Tepukan gemuruh kedengaran, menerima
kehadiran orang baru di jabatan mereka.
Aafiya senyum nipis.
“Assalamualaikum,” Ramah para staf
syarikat milik Datuk Payed itu menjawab salamnya. Ada yang sudah menghulurkan
salam. Jadi, inilah suasana kerja di sini. Aafiya senyum lebar, tidak payah
untuk dia menyesuaikan diri.
Setelah selesai sesi perkenalan, Rayqal
membawa Aafiya ke pejabatnya. Banyak persoalan yang mahu disoal isterinya itu.
“Duduk,” arah Rayqal tegas. Aafiya
hanya menurut. Malas mahu membantah. Di sini, Rayqal adalah bosnya. Direnung
wajah tampan suaminya itu. Tampak kemas dengan kemeja rona kelabu disinting
hingga lengan; cliché lelaki bekerja pejabat. Vest hitam bersalut kemas di luar
kemeja.
“Kenapa setiausaha?” tanya Rayqal,
nadanya tetap keras. Raut kacak itu dibiarkan serius.
“Suka-suka. Jadi, apa tugas pertama
saya?” Rayqal mendengus. Sengajalah tu mahu menduganya.
Dikeluarkan sebuah buku diari dari
dalam laci mejanya. Itu adalah buku yang digunakan oleh Angie sebelum ini.
Kini, Aafiya yang bertanggungjawab memegang buku diari itu. Segala jenis
meeting, dinner dan juga attend course tercatat di situ. Diserahkan buku diari
itu kepada Aafiya.
“Dalam diari tu, Angie dah siapkan jadual
saya untuk tahun ni. Fully book. Tugas awak hanya menambah dan membatalkan temu
janji, dinner atau conference yang perlu saya hadir sepanjang tahun ni. Awak
sepatutnya tahu, Abyana Aafiya. Tugas seorang setiausaha adalah mengikut ke
mana sahaja saya pergi. Jadi, saya harap awak dapat sediakan mental dan fizikal
jika mahu terus kekal di bawah saya,” Aafiya telan liur kasar.
Ditelek setiap muka surat. Sungguh,
jadual lelaki itu penuh untuk sepanjang tahun ini. Padat! Kiranya, Rayqal
adalah orang penting syarikat juga. Ugh! Stress dia jika berterusan begini.
Sudahlah di rumah mereka akan bersua, kini di pejabat pula? Sungguhlah, Allah
telah menetapkan Rayqal adalah untuknya. Takdir telah membawa mereka serapat
ini.
“Kalau saya nak berhenti?”
“You may go now. I’m please to see you
go,” Aafiya ketap bibir kuat. Biarlah Rayqal dengar pun.
“I said, kalau. Untuk hari ni, awak ada
lunch meeting dengan klien dari Singapore. Selepas lunch, awak kena ke site…
penghantaran barang perlu dipantau. That’s all. So, we have… emmm… about two
hours before lunch. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya keluar dulu. Kat luar tu,
meja saya kan,” Rayqal tercengang mendengar bibir Aafiya menuturkan jadualnya
untuk hari ini.
“You may go. Awak boleh letakkan
barang-barang awak, kalau ada di meja tu. It’s yours,” Mata Rayqal dimatikan
pada susuk tubuh ramping yang berbaju kurung cotton itu. Nasib badan, isteri
merangkap setiausaha.
Mahu dia dikutuk; suami takutkan isteri
jika staf-staf di syarikat itu mengetahui status hubungan mereka berdua. Hish, Rayqal
menghalau anasir jahat yang cuba menjengah ke fikiran. Aafiya sudah lama
menghilang ke mejanya yang terletak di luar pejabat Rayqal. Dia tersenyum puas.
Tekad di hati mahu menjalankan tugasnya sebaik mungkin biarpun di bawah seliaan
bos yang kureng menarik hati itu.
MAMA
MARIA kerut dahi.
Keluarnya asing-asing, tetapi balik bersama. Ish, buang tebiat agaknya budak
berdua ni. Mustahillah Rayqal sanggup menjemput Aafiya pulang sedangkan seluruh
ahli keluarga mereka sedia maklum akan hubungan tidak ngam mereka itu. Pelik
tahap petala langit ke tujuh ni.
“Apa mama pandang Ray macam tu?” tanya
Rayqal. Dia juga pelik dengan pandangan mamanya itu.
Aafiya sedang melayan kerenah Chacha di
sofa berangkai tiga. Pulang sahaja, terus anak itu menerpanya. Tidak sempat
mahu membersihkan diri terlebih dahulu.
“Eh, tak. Kenapa kamu berdua balik
sekali? Ada keluar pergi mana-mana ke?” Mama Maria bersoal kembali.
“Hmmm, Aby ni setiausaha Ray yang baru.
Alang-alang, satu ofis… balik sekalilah. Bukannya pelik mana pun…”
Mama Maria buat muka.
“Iyalah. Aby punya parcel sampai tengah
hari tadi,” Aafiya yang tunduk membantu Chacha mewarnakan buku lukisan itu
mengangkat wajah.
“Parcel? Parcel apa, ma?”
“Lah, parcel sendiri pun tak tahu?”
Aafiya menggeleng, tanda dia memang tidak mengetahui apa-apa tentang parcel itu.
“Hmmm, Aby tengoklah sendiri. Mama dah letakkan di bilik, mana tahu ma atau
abah yang hantar ke,” Aafiya angguk.
Mama Maria pandang Rayqal di kerusi
urut, lena sudah anak lelakinya itu. Penat sangat agaknya seharian sibuk di
pejabat. Fikirannya mula menerawang memikirkan tentang takdir Rayqal dan
Aafiya. Jauh Aafiya merantau di negara orang selama empat setelah dua hari
berkahwin Rayqal, sudahnya menantunya kembali ke sisi anak tunggalnya itu.
Sudah jodoh mereka agaknya.
PENUH
KEMALASAN, Rayqal membuka
pintu biliknya. Tengah malam pun masih ada yang mengganggu. Tombol pintu
dipulas kasar. Tersembul wajah Aafiya di muka pintu. Ternaik sedikit keningnya.
Ditoleh ke belakang, jam sudah menginjak ke pukul dua pagi. Perempuan ni nak
apa mengetuk pintu bilik dia tengah-tengah pagi buta ni. Takkanlah… digelengkan
kepala. Mengusir fikiran kotor itu.
Aafiya kerut dahi. Lain macam sahaja
Rayqal merenungnya, biarpun dalam mamai. Hish, goose bumps.
“Sedar tak ni?” Diketip jari di hadapan
wajah Rayqal. Rambut berserabai nak mampus. Lipas masuk pun tidak sedar.
“Nak apa?” Rayqal menguap kecil. Orang
tengah nyenyak tidur, diganggu.
“Ikut saya kejap,” Tangan Rayqal sudah
ditarik. Mahu tak mahu, Rayqal menurut sahaja. Terbuntang matanya ketika sedar
dia kini berada di dalam bilik isterinya itu. Ditenyeh matanya kasar.
“Heh, awak nak apa ni? Jangan nak buat
kerja gilalah,” Aafiya tergelak. Kelakar sungguh suara garau itu menebaknya.
“Apa yang gilanya? Ni hah, parcel ni. Awak
cubalah tengok. Unknown person sent it to us, but just used my name,”
Diserahkan kotak yang sederhana besar itu kepada suaminya.
Rayqal menyambut. Matanya meneliti isi
kandungan bungkusan kotak itu. Aik, memang dihantar khas untuk mereka berdua.
“Ezzariatul Dya Azzahra Binti Kamarul.
Ezza?”
Dilabuhkan punggung di birai katil
queen Aafiya. Tangannya cuba membuka isi kotak itu. Setelah empat tahun arwah
Ezza meninggalkan dirinya, barulah muncul bungkusan ini?
Aafiya menanti dengan penuh debaran.
Bungkusan apakah yang dihantar kepada mereka itu? Takkanlah arwah Ezza yang
menghantarnya sebelum dia meninggal dunia? Pusing kepala dia. Dek tidak boleh
melelapkan mata, dia terpanggil untuk membuka parcel yang diletakkan Mama Maria
di atas meja kerjanya.
“Izzat Nazirul Bin Hakim?”
Keluhan berat dilepaskan Aafiya.
Mendengarkan nama itu, hatinya mula meluap api kemarahan. Sekian lama sebaris
nama itu terkubur, kini kembali lagi menjamah telinganya.
“Awak kenal ke siapa Izzat Nazirul ni?”
soal Rayqal. Jemarinya masih membuka bungkusan itu. Banyak sungguh lapisannya.
“Jantan tak guna tulah, siapa lagi?”
Berkerut dahi Rayqal. Jantan tak guna mana pula ni?
“Cuba jelaskan, Abyana Aafiya,” Aafiya
mendengus. Suka sangat menyebut nama penuhnya. Tahulah sedap pun.
“Ayah kandung puteri awak. Orang yang tak
ada hati dan perasaan, sanggup tinggalkan arwah Ezza… after all what happened
between them. Izzat Nazirul, the one who make my bestfriend suffered,” Terkedu
Rayqal mendengar penjelasan Aafiya.
Automatik dia mencampak bungkusan yang
tidak sempat dibuka penuh itu. Dadanya berombak sakan, menahan kemarahan.
“Awak aje yang buka. I’ve no mood to
open this anymore,” Pantas dibawa langkah kembali ke bilik. Hilang terus rasa
mengantuknya.
Aafiya menunduk, bungkusan itu diambil.
Keinginan hati mahu mengetahui isi kandungan kotak itu kuat. Perlahan-lahan
tangannya menarik persalinan gaun pengantin rona putih yang direka sesuai untuk
muslimah yang menjaga auratnya. Menitis air mata Aafiya. Ini adalah gaun yang
diimpikan oleh arwah Ezza sedari zaman sekolah. Simple but elegan.
Sepucuk surat yang terselit, dia ambil.
Sebaris namanya dan Rayqal tercatit di sampul surat itu. Teragak-agak dia mahu
membuka sampul. Sudahnya, dikuatkan hati agar membaca surat itu. Manalah tahu
ada isi penting yang mahu disampaikan kepada mereka berdua. Dia ingin juga tahu
apakah yang mahu Izzat Nazirul sampaikan.
“MORNING, mama,” sapa Aafiya mesra. Mama Maria
senyum. Dia menuangkan air milo ke dalam cawan.
“Morning, sayang. Duduk, sarapan dulu.
Ray pun tak turun lagi,” Aafiya menarik kerusi, lalu dilabuhkan punggungnya.
“Aby, kenapa mata sembab tu? eyes bag pun dah ada,” tegur Mama Maria.
Aafiya membulatkan sedikit matanya.
Dioles senyum. Seketika kemudian, muncul pula Rayqal. Dia duduk di kerusi di
hujung meja, berhadapan dengan Aafiya. Mama Maria menjegilkan matanya. Haih,
budak berdua ni. Dua-dua tak bermaya saja, sembab mata mereka ni.
“Mama, Ray nak makan roti aje,” kata
Rayqal lemah. Semalaman tidurnya tidak lena. Semuanya gara-gara bungkusan itu.
“Ray, Aby… did anything happened
between both of you?” Rayqal dan Aafiya saling berpandangan.
Barulah mereka perasan, mata mereka
sama-sama sembab.
“Bukan seperti apa yang mama fikir.
Parcel semalam yang Aby terima tu dari ayah kandung Chacha. Entah apa yang dia
cuba rancang pun Ray tak tahu…”
“Dia tenat, Ray. He wants us to take Chacha
to him. As soon as possible,” Rayqal tenung Aafiya tajam. What?
“Pissed me off. He wants what?” Mama
Maria tampar bahu Rayqal. Mujur Chacha tiada di ruang makan, tidak elok cucunya
itu mendengar ayat kasar Rayqal.
Aafiya jongket bahu.
“Saya terbaca surat yang terselit dalam
kotak tu, sekali dengan hadiah yang dia nak bagi pada arwah Ezza. The thing is…
we have to find him, no matter what. If not, we won’t know about something that
late Ezza hiding from us, Ray. He gave his address, so it’s depend on you,”
jelas Aafiya.
“Apa yang arwah sembunyikan, Aby?”
Aafiya menggeleng, tanda dia juga tidak mengetahui tentang rahsia itu.
“We’ll go there this weekend,” putus
Rayqal, dalam paksa. Hatinya membuak-buak mahu mengetahui rahsia yang disimpan
oleh arwah isterinya itu.
“Eloklah tu. Sekurang-kurangnya, kita
tahu di mana ayah kandung Chacha. Kamu sarapan dulu, mama naik tengok Chacha.
Entahkan sudah bangun ke belum,” kata Mama Maria sebelum menghilang ke tingkat
atas.
PEN
DITANGAN dipusing
perlahan. Otaknya sibuk mencerna isi surat yang dibaca semalam. Entahkan betul,
entahkan tidak. Tetapi, hatinya berkeras mahukan penjelasan penuh daripada
Izzat Nizarul. Lelaki itu lebih mengetahui apa yang berlaku pada malam hitam itu.
Arwah Ezza tidak mungkin menipunya. Sedari dulu, mereka sedar bahawa Izzat
Nizarul memang ada menyimpan perasaan pada keperibadian muslimah Ezzariatul Dya
Azzahra.
“Hello, miss,” sapa seorang perempuan
cantik di meja Aafiya. Diketuk perlahan meja untuk menyedarkan Aafiya yang
sedang mengelamun itu.
“Eh, sorry. Cik nak jumpa Encik Rayqal?”
Perempuan itu mengangguk. Jadi inilah setiausaha baru Rayqal. Cantik orangnya.
“Ya. Tell him that Rhiya want to meet
him,” Aafiya angguk. Intercom ditekan.
“Yes,” Rayqal menyahut.
“Errr… Encik Rayqal, Cik Rhiya nak
jumpa. Dia diluar,” beritahu Aafiya terus. Gagap juga dia mahu memanggil lelaki
itu encik.
“Let her in…” Tegas sungguh suara
Rayqal. Ugh!
“Okey,” Sekali lagi punat intercom
ditekan. “Silakan, Cik Rhiya,” Rhiya senyum nipis. Dia menolak pintu pejabat
Rayqal.
Rayqal mendongak tatkala pintu biliknya
ditolak dari luar. Dilemparkan senyuman pada tetamunya itu. Sudah lama rasanya
Rhiya tidak bertandang ke pejabatnya.
“Come in, Rhiya,” Sopan santun Rhiya
melangkah, dia duduk di kerusi di hadapan Rayqal. “So, what’s up?” Rhiya tergeleng.
“Who is your new secretary? Cantik, tak
terpikat ke?” Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Itulah Rhiya Arina, dikorek
sesuatu selagi mampu.
“Abyana Aafiya. She’s married, Rhiya. Kenapa
kau datang sini? Riri kau tu buat apa pulak?” Rhiya mendengus. Riri merujuk
kepada kekasih Rhiya, Khairi.
“As usual, Ray. Ingatkan dah lama tak
jumpa, dia berubah. Rupanya, sama aje. Tetap tak nak masuk line,” adu Rhiya.
Rayqal tergelak.
“Give him time, Rhiya. Dia tengah sibuk
kumpul aset, kau kena faham. Tak adalah kau merana bila korang dah kahwin nanti,”
Rhiya mencebik.
“Apa-apalah, Ray. Kebetulan aku ada
meeting area sini, itu yang singgah kejap. Chacha apa khabar? Lama tak jumpa
dia,” Rayqal bersandar di kerusi.
“Alhamdulillah, sihat. Semakin banyak mulut
adalah. Nak itu, nak ini…”
“Budak-budak, Ray. Aku dengar mama dia
dah balik. Chacha okey ke dengan mama dia?”
Rayqal melarikan pandang ke luar cermin
kaca, memandang puan setiausaha di luar biliknya. Mengelamun apa entah. Otak
jahatnya ligat merencanakan sesuatu. Intercom ditekan.
“Abyana, make us a cup of coffee,”
Arahan Rayqal menyedarkan lamunan Aafiya. “Now,” suara dikeraskan. Hampir
sahaja dia ketawa melihat Aafiya sudah kelam kabut.
“Bini orang pun kau nak kacau, Ray?”
Rhiya juga terasa lucu melihat Aafiya kelam kabut ke pantry.
“Memanglah bini orang, Rhiya. Orang tu
akulah, ngek. Aku sebut nama penuh dia pun tak boleh tangkap lagi,” Bulat mata
Rhiya ketika itu.
“Seriously?” Rayqal angguk. “Gilalah
kau ni, Ray. Habis kau angkut bini ke ofis. Kata tak sayang,” bidas Rhiya dalam
kelembutan.
“Manalah aku tahu. Datuk Payed yang
bawa dia kerja sini. Aku sendiri terkejut Aby ada dalam bilik Datuk. Course
lain yang diambil, lain pula job dia,” Rhiya tergelak kecil.
“Itu namanya sahut cabaran. Dia berani
mencuba even bukan dalam scope study course dia. Kau kena faham perempuan ni,
Ray. Lain difikiran, lain dibuatnya,” ujar Rhiya.
“Hah, contohnya kaulah. Hati nak, tapi
jual mahal. Sekarang ni, mana ada lagi dah timba cari perigi. Perigi dah diupgrade
zaman millennium ni, semuanya berebut pilih timba. Kau aje, tersesat zaman,”
Rhiya buat muka.
“Hello, I have my own reason okay. Kalau
timba tu tak mendekat, macam mana perigi nak pilih? Aku mendekat, dia pulak
menjauh. Sengal…” Rayqal ketawa lepas.
Sedang mereka bergelak ketawa, Aafiya
muncul sambil menatang dulang. Dua biji mug diletakkan di atas meja. Steady.
Suami beramah mesra dengan perempuan, dia buat biasa saja. Langsung tiada
cemburu yang timbul. Sudah seperti waitress dah sekali tengok. Wajah Aafiya
kelihatan kosong tanpa riak.
“Abyana,” Aafiya tidak jadi melangkah. Dia
pandang Rhiya dengan penuh tanda tanya. “You look so weak, are you sick?” soal
Rhiya, prihatin.
“I’m okay. Saya keluar dulu,” Rhiya
angkat kening. Pelik sungguh kerenah Aafiya. Sungguh tidak bermaya.
“Let her alone, Rhiya. Aku sepatutnya
suruh dia stay di rumah tadi. Semalam lagi dia macam tu,” Mug ditarik. Disisip
coffee panas itu perlahan.
“Korang dah berbaik ke? Seingat akulah,
korang punya gaduh ni mana pernah aman. Pantang berjumpa, ada aje benda nak
dijadikan bahan gaduh. Sampaikan arwah Ezza sanggup nak Abyana jadi madu dia
even sekejap,” Rayqal menggeleng.
“Time flies with our fight, Rhiya. Sama-sama
dah matang, pandailah fikir sendiri. Tapi, kadang-kadang tu adalah jugak gaduh.
Biasalah. Benda kecil, jadi besar. Chacha punya pasal, semua tu letak tepi. Tak
pasal aje, mama pelangkung kepala aku ni,” Rhiya ketawa.
Disebabkan tin sahaja, Rayqal dan
Aafiya menjadi musuh tradisi. Ketika itu, Aafiya di tingkatan tiga manakala
Rayqal pula di tingkatan enam bawah. Entah macam mana, mereka bersua lagi di universiti.
Rayqal ditakdirkan mengendalikan kumpulan Aafiya, muncul balik permusuhan
mereka itu. Kini? Suami isteri sudah mereka berdua.
SEORANG
LELAKI yang terlantar
lemah di katil, dipandang sepi. Sesekali kedengaran keluhan berat Rayqal.
Chacha di dalam dukungan Aafiya sudah merengek kecil. Rayqal menyuakan
tangannya untuk mengambil Chacha, pantas sahaja tubuh kecil itu bertukar
tangan.
“Kamu berdua duduklah dulu, auntie
siapkan minuman,” Puan Sri Rahima meminta agar tetamunya itu duduk di sofa
berdekatan dengan katil anak lelakinya. Dia kemudiannya berlalu ke dapur.
“Chacha?” tanya Izzat, matanya pandang
Chacha yang sedang tersembam wajahnya ke bahu Rayqal.
“Nur Arissa Khadijah maksud kau?” Izzat
menggerakkan kelopak matanya, mengiyakan soalan Rayqal.
Aafiya hanya diam di sisi suaminya.
Tiada apa yang mahu dia katakan apabila dia bagaikan tidak percaya lelaki yang
pernah arwah Ezza sanjung dulu terbaring lemah. Tubuh yang dulunya sihat sudah
susut. Cengkung sungguh wajah tampan itu. Izzat merupakan pelajar di sebuah
sekolah tahfiz. Dia dan arwah Ezza bersua ketika sama-sama menghadiri tazkirah
di surau sekolah. Entah bagaimana, mereka mula berutus surat. Dan, seterusnya berlakunya
tragedi di antara mereka.
“Fiya, awak kenal saya, kan?” Suara
lemah Izzat menyapa Aafiya.
“Ya. Tapi, orang yang saya kenal tu Izzat
Nazirul, pelajar sekolah tahfiz. Dia menjaga adab-adab pergaulan dan sopan
orangnya. Itu yang buat arwah sanjung, bukan sebaliknya. Any explaination?
Atau, awak mahu semua tu kekal rahsia?”
Izzat berdehem kecil.
“Sungguh, Fiya. Bukan saya yang buat
semua tu. Sebelum arwah meninggal dunia, saya sudah bersua dengan dia. Umi saya
ada sekali masa tu. Malam tu, kebetulan saya lalu di situ…”
“Jadi, siapa? Awak lari tanpa
penjelasan, Izzat. Sekurang-kurangnya, arwah takkan kecewa. Awak tahu betapa
dia menanti awak, tapi lelaki lain yang lebih dulu menghulurkan salam. Fitnah
yang arwah tanggung terlalu besar. Ke mana awak, Izzat Nazirul?” Bagai mahu
pecah dada Aafiya menahan amarah.
Dia masih waras. Jika tidak, mahu
sahaja dia menjerit terlolong menyalahkan lelaki yang tidak berdaya itu.
“Aby,” Aafiya merengus. Rayqal mengeluh
lagi. Payah untuk selami hati kedua-duanya. Dia tidak pernah mengenali Izzat,
jadi dia tidak mahu tersilap kata. “Izzat, atas tujuan apa kau hantar bungkusan
tu?” soal Rayqal tenang.
“Baju pengantin tu, impian arwah sejak
dulu. Aku tahu, sudah terlambat untuk aku hadiahkan pada dia. Tapi, aku nak
Chacha pakai gaun tu bila dia berkahwin kelak. Fiya, awak maafkanlah ayah kandung
Chacha. Dia dah tiada, hampir dua tahun dia pergi. Kemalangan jalan raya,” Aafiya
tersentak.
Rayqal hanya tenang mendengar berita
itu.
“Awak tahu kan, Ray?” Rayqal diam. Tuan
Kamarul yang minta dia rahsiakan dari pengetahuan Aafiya, tidak mahu mengganggu
pembelajaran isterinya itu.
“Kenapa awak nak berjumpa dengan
Chacha?”
“Saya nak minta maaf pada dia sebab
saya dah abaikan ibu dia dulu. Terima kasih, Rayqal. Kau sudi bernikah dengan
arwah demi menjaga maruah dia sedangkan aku lari macam pengecut. Aku tak boleh
terima perempuan yang aku sayang dah rosak. Sampailah umi aku sedarkan aku,
tapi dah terlambat. Kau terlebih dulu miliki dia,” Izzat menjawab setiap persoalan
mereka yang rapat dengan perempuan yang bertapak di hatinya dari dulu
sehinggalah sekarang.
Rayqal terfikir sejenak.
“Jadi, kaulah Nazir yang selalu arwah
sebut tu. I have nothing to say, Izzat. Aku yakin arwah pun dah relakan setiap
apa yang berlaku pada dia. Dia seorang perempuan yang layak bergandingan dengan
kau. Semoga kau dan dia berjodoh di syurga. Jom balik, Aby,” Rengekan Chacha
semakin menjadi-jadi.
Tidak betah dia berlama di sini.
“Awak, bagilah Chacha jumpa Izzat kejap,”
mohon Aafiya. “Sayang, turun kejap. Jumpa dengan kawan umi. Mama bagi hadiah
besar nanti, nak?” Chacha mula mengangkat wajahnya.
Rayqal menurunkan Chacha di katil yang
menempatkan Izzat. Kanak-kanak perempuan itu hanya memandang kosong lelaki yang
terbaring itu.
Mengalir air mata Izzat saat tangannya
disentuh Chacha lembut. Wajah anak kecil itu punya kelembutan sepertimana wajah
arwah Ezza yang sentiasa tenang itu.
“Maafkan uncle, Chacha,” ucap Izzat
lirih. Sungguh, dia rindukan senyuman manis arwah Ezza.
“Papa,” Chacha kembali memeluk pinggang
Rayqal yang berdiri di sisi katil. Izzat mengangguk, tanda dia sudah puas.
“Terima kasih, Rayqal, Fiya…”
Puan Sri Rahima muncul di muka pintu.
Dijemput tetamu-tetamunya ke ruang makan untuk menjamah sedikit minuman petang.
Tidak mahu menghampakan wanita itu, Rayqal dan Aafiya mengikutkan sahaja. Mereka
sudah jelas akan keadaan sebenar dan kini segala persoalan sudah terjawab.
RAYQAL
MEMANDU tenang.
Sesekali matanya menjenguk Chacha yang sudah terlena dipangkuan Aafiya. Isterinya
langsung tidak beriak sejak mereka bertolak pulang dari rumah Izzat di Melaka tadi.
Sehingga kini, Aafiya masih berdiam. Memanglah adakalanya tiada pun perbualan
yang berlaku di antara mereka, tetapi terasa janggal pula berdiam begini.
“Aby, I’m sleepy. Boleh tak tolong berbual
dengan saya?” Rayqal mula beralasan. Aafiya toleh ke kanan sekilas. Mukanya
tika ini memang tidak beriak langsung. Ditepuk perlahan tubuh Chacha.
“Nak berbual apa? Bukannya ada topik
pun,” balas Aafiya senada. Mood swing sungguhlah si Abyana Aafiya ni.
“Tak nak tahu ke, kenapa saya tak
maklumkan pada awak pasal ayah kandung Chacha?”
“Oh ya. Masa kita bersarapan tempoh
hari, awak sendiri yang cakap yang Izzat tu ayah kandung Chacha. Tapi, awak
tahu yang ayah kandung dah tiada. Explain,” Rayqal sembunyikan senyum.
“Awak yang bagitahu saya malam tu yang
Izzat tu ayah kandung Chacha, saya iyakan ajelah…” Aafiya merengus. Mudahnya
dia.
“Rayqal Azzam, ni bukan main-main tahu.
I accused someone who was never related to Chacha. Boleh jatuh fitnah kalau
saya terus berfikir macam tu. Hish,” Geramnya hati Aafiya dengan sikap selamba
mamat muka ketat itu.
“Chill, okay. At least, you already
know the truth right? Lambat atau cepat, kebenaran tu tetap sama. Tak ada
perubahan. Titik,” Aafiya menjeling tajam manusia di sebelahnya itu. Mujur ada
Chacha diribanya. Jika tidak, habis dia kerjakan Rayqal.
“Huh, masalahnya saya menyalahkan orang
yang salah. Tahulah saya ni bukan pilihan awak sekali pun, but tell me. Empat
tahun saya di Aussie macam sia-sia, saya tetap jugak bodoh. Bodoh menilai,”
tempelak Aafiya perlahan. Kuat karang, terjaga pula Chacha. Naya saja.
Rayqal menghela nafas kuat.
“No comment about bukan pilihan. Saya
tak pernah ungkit pun pasal tu. Jadi, tolong. Let bygone be bygone, Aby. We
have Chacha, amanah arwah kawan baik awak. Takkanlah sebab hal ni aje awak nak
meradang macam ni,” balas Rayqal. Ketika itu, dia memberhentikan kereta di hadapan
seven eleven.
Dahaga pula dek bertikam lidah dengan Aafiya.
Empat tahun berpuasa dari bergaduh dengan Aafiya, memenatkan juga apabila
sekali lagi mereka saling menghentam. Cuma, bezanya adalah pergaduhan sudah
matang seiring waktu. Tidak lagi isu tin, tong sampah segala tu sebagai punca.
“Mama,” rengek Chacha. Sedar agaknya
kereta sudah tidak bergerak. Rayqal usap ubun-ubun puterinya lembut. Tiada lagi
rengekan Chacha.
“Penat tak bergaduh? Nak air?” Tali
pinggang keledar ditanggalkan. Setelah tiada jawapan dari Aafiya, dia membuka
pintu kereta. “Lock the door, Aby. Ini arahan,” Langsung dikeraskan nada. Mahu
Aafiya mendengar arahannya itu.
Sejurus Rayqal bergerak ke dalam seven
eleven, Aafiya menekan punat lock. Matanya melihat sekeliling. Hari sudah malam,
mereka masih di jalan. Direnung wajah Chacha yang sedang lena itu. Serta merta
bibirnya mengulas senyum. Dengkuran halus kedengaran menyapa telinga Aafiya.
Mungkin tadi sibuk bertikam lidah dengan Rayqal sehingga tidak sedar akan
dengkuran itu.
DIARI
JADUAL Rayqal
diteliti. Banyak pula meeting yang perlu Rayqal hadiri, tentunya dia juga perlu
mengikut lelaki itu. Hish, runsing! Malas mahu bertembung dengan Rayqal sejak
peristiwa pergaduhan mereka tempoh hari. Di rumah boleh juga mengelak, bilik
asing-asing. Ini di pejabat, tidak ke pelik jika dia perlu mengelak. Apa pula
kata staf-staf lain? Sudah nama pun setiausaha, tentulah kena mengikut arahan
bos.
Disandarkan tubuh ke kerusi empuknya.
Mata merenung ke bilik Rayqal yang kosong itu. Sedari pagi sibuk bermesyuarat
di bilik Datuk Payed. Bermula tengah
hari nanti, lelaki itu akan bertemu klien-klien di luar. Tanpa sedar, keluhan
terbit dari bibirnya yang dioles lips bum.
“Ehem,” Suara deheman itu menyedarkan
Aafiya. Jauh dia mengelamun. Dia buat muka bosan apabila mata menyapa wajah
kacak Rayqal. Professional, Abyana Aafiya.
“Ada apa, Encik Rayqal? Jadual encik
hari ni penuh sampai ke petang. Malam ni pulak encik ada temu janji dengan
wakil Sakura Trading,” Rayqal pandang Aafiya lama.
“Cancel all the meeting, tak kiralah
penting atau tak,” ujar Rayqal tegas lantas kembali ke biliknya. Dihempas daun
pintu kuat. Terhenjot bahu Aafiya dibuatnya.
“Marahkan orang lain, aku yang kena. Apasal
tak hempas aje pintu tu sampai pecah. Biar tak ada pintu, dah jimat tenaga nak
hempas kuat-kuat. Sesuka hati pulak nak cancel semuanya. Hush,” bebel Aafiya,
geram. Satu kerja pula mahu menghubungi klien-klien lelaki itu.
“Fiya, kenapa tu?” Aafiya angkat wajah.
Kak Nurin cuba mengorek sesuatu, suka sungguh menjaga tepi kain orang.
“Entahlah, Kak Nurin. Angin monsoon
timur datang kot. Tak pun, datang bulan. Main redah aje,” Kak Nurin ketawa. Kelakar
melihat bibir Aafiya menceceh marahkan bosnya.
“Hish, sebelum ni tak pernah Ray
berkelakuan macam tu. Dia layan Angie baik-baik aje. Atau, dia minat kat Fiya
tak. Tapi, sayang. Fiya kan dah kahwin, tak bolehlah nak masuk jarum. Itu yang
angin tak tentu pasal,” Cucuk Kak Nurin. Aafiya senyum nipis.
Buat apalah Rayqal mahu masuk jarum,
sedangkan lelaki itu adalah suaminya. Minat? Itu mustahil.
“Biarlah, kak. Pandailah dia atur
jadual dia sendiri. Saya ni orang bawahan aje, tak boleh nak komen lebih-lebih.
Hah, ada apa kak Nurin datang sini?” Kak Nurin sengih macam kerang busuk.
“Kak Nurin kesiankan Fiya aje. Tak
apalah, kak Nurin buat kerja dulu,” Pantas diangkat kaki ke kubikelnya. Mulalah
tu mahu bergosip.
Aafiya kembali melakukan kerjanya. Cepat
kerjanya selesai, cepat juga dia pulang hari ini. Dia sudah berjanji dengan
Chacha mahu membuat kek kegemaran puterinya itu. Chacha jenis yang mengingati
setiap janji yang ditaburkan oleh sesiapa sahaja yang berjanji. Memang jiwa
kacau habislah jika orang itu tidak menunaikan janjinya.
ANGIN
PETANG yang
sepoi-sepoi bahasa ini menemani perkelahan keluarga kecil Mama Maria. Mereka
hanya berkelah di bawah pokok rendang di belakang banglo itu. Arwah papa Rayqal
sendiri yang mereka dan menghias indah seluruh kawasan banglonya. Dekorasi yang
sejuk mata memandang. Kawasan yang luas itu sangat bersih dan mampu menenangkan
si pengunjung.
Mama Maria menyuap nasi ke mulut
Chacha. Bukan main berselera lagi kanak-kanak perempuan itu makan. Mulutnya berceloteh
sendiri, tangannya sibuk membelek teddybear.
“Tak tahu pulak mama yang Aby minat
novel,” Aafiya yang kusyuk membaca novel sambil disandarkan tubuh ke pokok
besar itu mengangkat wajah.
“Aby baca bila ada masa aje, mama. Itu pun
ikut mood jugaklah. Kadang-kadang, beli pun sebab terminat. Sudahnya, terbiar
aje dalam almari,” balas Aafiya sambil senyum. Banyak pula ‘ter’ dia itu.
“Mama dulu pun suka jugak baca
novel-novel ni, tapi mama lebih suka novel cinta. Novel yang Aby baca ni, tak
masuk dengan jiwa mama,” Aafiya gelak. Memanglah, jarang ada orang membaca
cerita hantu.
“Patutlah arwah papa suka berpuisi
dengan mama. Sejiwa gitu,” sampuk Rayqal yang sibuk melukis sesuatu di buku
lukisannya.
“Pandailah kamu. Arwah papa tu memang
dari dulu suka berpuisi. Tapi, satu apa pun mama tak faham. Mama pasang telinga
ajelah. Tak mampu mama nak membalas,” Biarpun kisah lalu diungkit, Mama Maria
tetap bereaksi tenang.
“Iyalah tu, mama. Mama nak ikut tak
dinner nanti?” Mama Maria mengecilkan anak matanya, sedang berfikir.
“Emmm, Ray bawa Aby ajelah. Mama jaga Chacha
di rumah. Chacha bukannya biasa dengan majlis keramaian macam tu, rimas,”
Padahal, sengaja mahu anak menantunya itu berdua.
Mahu lakukan apa lagi? Di rumah, puas
sudah dia memujuk Rayqal dan Aafiya agar disatukan sahaja bilik mereka. Berbuih
mulut memujuk, satu habuk pun tak jadi. Tetap juga begitu. Mahukan pertolongan
Tuan Kamarul, jauh pula orang tua itu di utara. Memang Mama Maria sajalah
harapan untuk memulihkan hubungan Rayqal Azzam dan Abyana Aafiya itu.
“Erk? Tak pergi, tak boleh ke?” Jemari
Rayqal yang melakar sesuatu, terhenti. Matanya merenung anak mata isterinya.
“Siapa secretary saya? Awak, kan? So?”
Aafiya mengeluh perlahan. Nampak gayanya, kena jugalah dia mengikut.
Sudahlah dia sememangnya tidak menyukai
majlis keramaian golongan elit. Kebanyakan majlis sebegitu mementingkan protokol.
Topik yang dibincangkan para hadirin juga tidak masuk dengan jiwanya. Pernah
dia mengikut ma dan abahnya ke annual dinner sebuah syarikat rakan abah. Siap
ada slot fashion show lagi untuk bidaan. Masing-masing sibuk menggayakan
pakaian mereka, seolah-olah berbangga akan tahap kemahalan pakaian mereka itu.
Sigh!
WIDE
SHAWL yang terlilit
dikepala dibetulkan sedikit agar lebih kemas. Dihela nafas perlahan sebelum keluar
dari kereta. Rayqal sudah siap berdiri di sisi pintu, mahu beriringan dengan
Aafiya. Lelaki itu segak dengan pakaian formal, kemeja dan juga kot. Dua butang
kemeja paling atas dibiarkan terbuka.
“Sakit perutlah,” adu Aafiya manja.
Padahal dia malas mahu masuk ke dalam ball room, malas mahu bertemu dengan watak-watak
di dalam sana. Penat!
“Tandas kat dalam ada,” balas Rayqal
bersahaja. Mereka beriringan memasuki lobi. Terpegun juga Rayqal akan
penampilan formal Aafiya malam ini.
Gaun muslimah longgar rona biru muda
tersarung molek di tubuh ramping Aafiya. Selendang lebar pula mampu menutup
penuh dada dan belakang isterinya itu. Pandai juga Aafiya bergaya ke function
sebegini. Pasti sudah terbiasa memandangkan abah dan manya juga orang bisnes.
“Apa kata awak tempah aje mana-mana
bilik hotel, biar saya tunggu sampai function ni habis,” cadang Aafiya.
“Abyana Aafiya, majlis biasa aje pun.
Bukannya suruh awak tayang body bagai kat dalam tu. Kalau nak tempah bilik,
baik jangan datang. Membazir duit aje tempah bilik,” tukas Rayqal.
“Iya… iya. Orang tak nak ikut, paksa
jugak suruh datang. Ish,” omel Aafiya. Rayqal tergelak kecil.
“Sudahlah, dah sampai pun. Senyum
sikit, beruk pun lagi lawa dari awak,” Aafiya tampar lengan Rayqal kuat.
“Ada pulak beruk. Jomlah masuk,”
Selamba sahaja tangannya menarik lengan Rayqal. Tadi bukan main lagi menolak,
tidak mahu masuk ke dalam ball room itu.
Sampai sahaja mereka di sebalik para
tetamu yang hadir, sudah ada yang menegur. Semuanya kenalan Rayqal, tidak
kiralah muda ke tua. Kebanyakan menyapa Rayqal seakan mereka sudah kenal rapat.
Aafiya hanya setia berdiri di sisi Rayqal dengan senyuman lebar. Tidak mahulah
dia dicop sombong.
“Encik Rayqal. Eh, Fiya pun ada,” tegur
Kak Nurin. Kak Nani yang mulut becok itu juga turut hadir. Pelik juga Aafiya.
Mereka bukanlah setiausaha yang perlu menemani bos-bos mereka.
“Apa korang buat kat sini?” soal Rayqal
mesra. Kak Nurin dan Kak Nani lebih kurang sebaya sahaja dengan Rayqal, tiga
puluh tahun. Namun, masih membujang. Tsk.
“Encik Badrul ajak kita orang, itu yang
kami di sini. Tak sangka pulak Encik Rayqal bawa Fiya. Fiya, suami Fiya tak
marah ke?” Aafiya senyum nipis akan pertanyaan Kak Nurin itu.
Disebabkan suami dia yang paksalah, dia
di sini. Ugh!
“Saya datang atas urusan kerja, kak
Nurin. Buat apa nak marah?” Aafiya membalas penuh sopan.
“Rasanya kalau suami Fiya tu jumpa
Encik Rayqal ni, confirm dia suruh resign. Kan, Nani?” Kak Nani angguk.
“Ha’ah, Fiya. Encik Rayqal ni hot issue
dalam ofis kita, semua mata sekali pandang nak tenung pulak,” Kak Nurin dan Kak
Nani ketawa.
Rayqal senyum nipis. Heh, tuan punya
badan yang kau orang dok sebut-sebut masih di sini tahu. Aafiya pula yang
mendengarnya. Memang bernanahlah telinga ni dek diperli Aafiya nanti. Terima
kasihlah, Nani, Nurin oi di atas modal yang kau orang sumbangkan, omel Rayqal
di dalam hati.
“Eh, Nani. Saya ni biasa aje. Mana tahu
suami Fiya ni lagi kacak bergaya dari saya, melopong awak berdua,” sampuk
Rayqal. Aafiya senyum senget. Masuk bakul angkat sendiri nampak, Encik Rayqal.
“Ye ke? Fiya, bila nak kenalkan kita
orang dengan husband Fiya yang Encik Rayqal cakapkan tu? Mesti anak-anak pun
comel, kan?”
“Ish, kak Nurin ni. Suami saya taklah
handsome mana. Semua lengkap sempurna, punya mata, hidung, mulut... memang full
packagelah. Alah, kureng sikit dari Encik Rayqal hotstuff ofis ni,” Mahu sahaja
Aafiya tergelak akan kata-katanya sendiri. Rayqal buat muka, sudah diagak dia
akan disindir.
“Fiya dah ada anak ke? Kak Nani tengok pinggang
Fiya ni, macam tak pernah mengandung. Hmmm, masih berusaha ke?” Mak oi, soalan
apa ni?
Pipi Aafiya sudah membahang. Malunya!
Boleh pula dok tilik tubuh badan orang, Kak Nani ni. Kak Nurin sudah sengih
senget. Adalah tu benda dia mahu tambah perasa.
“Jangan ingat kami ni masih bujang, tak
pandai tilik tahu. Dah lulus plus terror dah bab-bab ni. Cuma, tulah. Jodoh tak
sampai-sampai lagi,” kata Kak Nurin pula.
“Senang aje, kakak-kakak saya ni nak
jemput jodoh. Bersihkan hati, cantikkan bahasa, nilai diri sendiri… insha Allah
jodoh tu sampai sepertimana yang kak Nurin dan kak Nani nak. Seiring dengan
jiwa. Encik Rayqal, Datuk Payed is calling you,” Puas hatinya setelah meluahkan
kata-kata itu.
Rayqal tersentak. Cepat-cepat dia
melangkah beriringan dengan Aafiya menghampiri Datuk Payed yang menggamit tidak
jauh dari mereka. Tidak perasan pula majikannya itu memanggil. Dia tergamam
dengan ayat yang disusun indah oleh isterinya itu. Menusuk kalbu sungguh. Padanlah
Kak Nurin dan Kak Nani terkedu dan mati senyuman mereka.
BUNYI
LOCENG pintu yang berlagu,
menyedarkan Aafiya. Ditenyeh kedua belah matanya menghilangkan sedikit rasa
kantuk. Pinggangnya yang sedikit lenguh menyusahkan untuk dia terus bangun.
Lambat-lambat dia mencelikkan matanya. Sejak bila pula loceng pintu boleh
dengar sampai ke biliknya. Ish, sudahlah mengantuk yang amat… diganggu pula
tidurnya.
Aafiya menenyeh kasar matanya apabila mata
hazelnya itu menangkap kelainan. Ini bukan bilik tidur dia. Biarpun kabur dek
masih mengantuk, Aafiya meliarkan pandangan ke sekeliling bilik. Cahaya lampu dari
bangunan tinggi itu menyapa matanya, KLCC? Hek, di mana dia berada ni?
Tubuhnya terasa dingin. O… oh.
“Rayqal Azzam!” jerit Aafiya separuh
kuat. Bunyi loceng pintu yang masih kedengaran dibiarkan. Dipandang tubuhnya
pula. Dang!
Apa yang mereka buat ini? Sejak bila
pula mereka boleh berada di sini? Persoalan demi persoalan menyesakkan fikiran Aafiya.
“Rayqal, bangunlah,” Digoyangkan tubuh
kekar Rayqal yang tidak berbaju sedang tidur meniarap itu. Malu pula Aafiya
mahu mengejutkan lelaki itu.
Loceng pintu pula tak habis-habis
berbunyi. Isk. Didekatkan bibir ke telinga suaminya.
“Rayqal Azzam! Bangunlah,” Mahu sahaja
Aafiya menangis. Rayqal bergerak kecil. Dicelikkan mata perlahan. Dia berpaling
ke kirinya. Mama, panjangnya rambut. Hantu jembalang mana ni?
Aafiya ketap bibir. “Ray, bangun kejap
boleh tak?” Rayqal yang mula sedar, bingkas duduk.
“Heh, what are you doing here?” Dengan
selambanya Aafiya meluku kepala Rayqal di sebelahnya.
“Saya yang patut tanya awak. Apa yang
kita buat kat sini? Baik awak cerita. Cepat,” Nafas disedut perlahan.
“Kenapa kita tak…” Mereka saling
bertatapan. “…pakai baju,” Terus Aafiya menangis. Rayqal keliru. Apa yang sudah
jadi sebenarnya?
“Mesti awak punya kerjakan? Kalau nak,
mintaklah baik-baik. Janganlah buat macam ni,” Teresak Aafiya menangis.
“Hoi, aku pun retilah bagi salam dulu. Ni
mesti kau yang goda aku dulu. Kan?” Mereka mula saling menuduh. Aduhlah,
perangai tak semenggah. “Tu siapa pulak yang dok buat bising? Kaulah ni,”
radang Rayqal.
Aafiya menarik selimut agar menutup
badannya yang sudah tiada seurat benang itu. Malunya dia pada Rayqal. Mengenangkan
seluruh tubuhnya berasa lenguh, tentunya mereka sudah melakukan itu. Huwaaa! Semakin
kuat dia tersendu. Rayqal melepaskan keluhan berat. Dia mencapai boxer di
hujung katil. Barulah dia perasan pakaian mereka bersepah di sekitar bilik. Tak
menyempat nampak, Ray! Kutuk Rayqal sendiri.
Usai mengenakan boxer, Rayqal bergerak
ke almari. Diambil bathrobe yang tersedia. Satu dia gunakan dan satu lagi dia
campak ke katil.
“Pakai ni. Masuk dalam bilik air
cepat,” arah Rayqal keras. Berangnya masih bersisa. Pantas Aafiya mengambil
bathrobe putih itu.
“Awak pusing sana,” suruh Aafiya serak
dek menangis. Alahai, menangis bagai dia terlanjur dengan sesiapa saja. Padahal,
terlanjur dengan suami sendiri.
“Jangan keluar selagi saya tak panggil.
Faham?” Aafiya mengangguk. Dia memboloskan diri ke dalam bilik air.
Rayqal bergerak ke pintu, terketar juga
tangan mahu membukanya. Sebaik pintu terbuka, beberapa orang sedang berdiri
dengan raut tegang. Dilepas keluhan tanpa sedar. Haish, siapa punya angkara ni?
Tidak pula dia tahu jika dia punya musuh melainkan chek mek molek kat dalam
bilik air tu.
“Ada apa ni, encik? Pagi-pagi dah
ganggu orang tidur?” Selamba sahaja Rayqal menyoal. Dia berpura-pura menguap.
“Saya Latiff dari pejabat agama. Awak
disyaki berdua-duaan dengan seorang perempuan. Kami menerima laporan mengenai
bilik bernombor ni. Rasanya tak perlu diterangkan lagi kedatangan kami ke sini.
Saudara sudah tentu boleh expect kenapa kami di sini. Boleh kami masuk?”
Rayqal menoleh ke dalam bilik. Pakaian
mereka masih bersepah di lantai. Takkanlah dia mahu membuka aib sendiri.
“Boleh beri saya masa sekejap? Berdosa
kalau aib saya didedahkan pada awak-awak semua,” Latiff mengangguk. Rayqal
menutup pintu kembali. Sepantas yang boleh dia mengemaskan pakaian yang
bersepah itu. Semua dimasukkan ke dalam almari.
SOROTAN
MATA Latiff meresahkan Rayqal. Apatah lagi,
Aafiya masih di dalam bilik air. Nafas dihela perlahan. Dia duduk di birai
katil sementara Latiff dan orang-orangnya di sofa berdekatan. Kelas juga orang
yang cuba memerangkapnya itu, hotel lima bintang dia orang tempah.
“Lama lagi ke ibu awak nak tiba?” soal
Latiff. Sudahlah bukan main lama lagi mereka berdiri di luar tadi. Demi agama,
mereka sanggup memperjuangkan ajaran Islam yang melarang keras akan perbuatan
maksiat.
“Kejap lagi sampailah, encik,” Hati
Rayqal mula mengutuk hebat. Jika tidak mengenangkan mereka adalah saudara
sesama Islam, sudah lama dia menyumpah seranah.
Cuai juga dia kerana tidak membawa dompetnya
semalam. Aci tinggal dalam kereta sahaja, tidak teringat mahu mengambil ketika
keluar dari kereta. Jika tidak, laju sahaja dia menunjukkan kad nikahnya. Pasti
mamanya sudah risau dek diminta membawa pakaiannya dan juga Aafiya pagi-pagi
ni. Subuh pun belum masuk lagi. Satu hal lagi, Chacha yang sedang nyenyak tidur
itu.
“Betul ke awak berdua suami isteri?
Mana isteri awak tu kalau betullah awak berdua sudah sah?” Seorang dari mereka
mula bermain kata.
“Sebab tulah kena tunggu mama saya
bawakan pakaian kami. Isteri saya tahu malu, encik. Takkan nak tayang badan
pada encik-encik semua,” tebak Rayqal. Sakit hatinya atas desakan itu.
Terdiam terus lelaki itu. Deringan
loceng pintu menghilang sedikit debar hati Rayqal. Dia melangkah ke pintu,
tersembul Mama Maria dan Chacha yang masih mamai itu. Kasihan dia pada
puterinya itu, terganggu tidurnya. Tanpa isyarat, Rayqal mengambil Chacha dari
dukungan mamanya.
“Mama, Aby ada dalam bilik air,” Mama
Maria mengangguk. Dia memandang sejenak akan empat orang lelaki di sofa.
Senyuman nipis sahaja mampu diukir pagi-pagi buta ni.
Panas hatinya ketika dihubungi oleh
Rayqal menyatakan kejadian yang menimpa anak menantunya itu. Akan dihancur
lumatkan pada yang punya angkara. Menyusahkan orang sahaja. Inilah manusia
durjana, penuh dengan hasad dengki. Tidak puas dengan apa yang dimiliki, terlalu
sombong dengan diri sendiri sehingga akal yang sepatutnya berada di otak diletakkan
ke lutut. Ceteknya fikiran manusia akhir zaman ini. Nauzubillah.
“Aby, mama datang ni. Buka pintu,
sayang,” Lembut Mama Maria mengetuk pintu bilik air.
Sejurus pintu dibuka, Mama Maria
memboloskan diri ke dalam bilik air. Aafiya yang sudah teresak itu memeluk mama
mertuanya erat. Mama Maria usap belakang menantunya, mengalirkan sedikit
kekuatan. Sekuat manapun Aafiya, dia tetap akan tersungkur dek difitnah
sebegini rupa. Memang biasa jika ditangkap basah di zaman ini, tetapi Aafiya
masih punya harga diri. Rayqal mengahwininya secara elok, bukannya disebabkan
mereka melakukan sesuatu yang tidak baik.
“Mama, Aby malu,” Mama Maria ketawa
kecil. Pelukan dilepaskan. Rambut Aafiya basah menandakan dia sudahpun
membersihkan diri.
“Sabar ya, Aby. Rayqal tengah uruskan wakil
pejabat agama tu. Dia orang cuma salah faham aje. Ray dan Aby bukannya buat
salah,” Aafiya menyapu lelehan air mata di pipi kasar.
“Aby malu dengan Rayqal, mama,” Aafiya
menangis kembali. Ketika dia menanggalkan bathrobe untuk membersihkan diri
tadi, sempat matanya menangkap tanda-tanda merah di sekitar leher dan dadanya.
Mahunya dia tidak malu. Mulalah minda
memikirkan yang merepek-repek. Andai dikenakan niqab, Rayqal masih berhak untuk
melihat wajahnya. Bukan setakat wajah, seluruh tubuhnya juga. Ugh! Sakit otak.
“Aby, Ray tu dah jadi suami Aby. Buat
apa nak dimalukan lagi? Memanglah ditangkap basah, tetapi Ray dan Aby dikurniakan
pahala tahu. Dengan izin Allah, Ray dan Aby bukannya ditemui dalam keadaan
terbuka. Masih di dalam keadaan tenang. Biarlah Allah aje yang menghukum si
pelaku tu. Kita doakan yang baik-baik aje,” pujuk Mama Maria.
Aafiya kembali tenang.
“Terima kasih, mama,” ucap Aafiya
tulus.
“Iya. Ni mama ada bawakan baju bersih,
Aby siaplah. Cepat kita selesaikan masalah, cepat kita boleh beredar,” Beg baju
dihulurkan pada Aafiya.
Usai Aafiya siap berpakaian, mereka
keluar dari bilik air. Kini, semua mata tertumpu pada Aafiya. Muka Aafiya yang
merah itu membangkitkan kelucuan di hati Rayqal. Menangis bagai nak rak
isterinya itu. Manja sungguh. Sudahlah dia tercakap kasar dengan Aafiya tadi.
Pasti Aafiya berasa serba salah.
“Mana kad nikah?” tanya Rayqal. Aafiya
mengeluarkan purse dari handbag yang dibawa Mama Maria tadi. Kad nikah yang
terselit kemas, diambil. Dia hulurkan kad itu kepada Rayqal.
“Jadi, betullah kamu berdua ni suami
isteri?” Rayqal serahkan kad nikah mereka pada Latiff. Biar mereka tengok sendiri
bukti itu.
“Kami tak tahulah sama ada encik-encik
ni tersilap bilik atau ada yang nak kenakan kami. Saya harap perkara ni dah
selesai. Dan, saya berharap sangat hal ni tak dibawa ke luar,” kata Rayqal.
Latiff dan rakan-rakannya terangguk-angguk.
“Maafkan kami, Encik Rayqal. Mungkin
kami yang salah atau ada yang mahu perangkap encik dan isteri. Kami minta diri
dulu,” Latiff kembalikan kad nikah kepada Rayqal.
Sebaik sahaja wakil-wakil pejabat agama
itu beredar, Rayqal kembali berang. Aafiya duduk di sisi Chacha yang Rayqal
baringkan di tilam. Lena biarpun bertukar tempat tidur tanpa sedar.
“Istighfar, Rayqal Azzam,” Mama Maria
merapati Rayqal di sofa. Dada anak lelakinya itu berombak kuat. Mahu dilepaskan
kemarahan, tetapi pada siapa? Rasanya dia sudah dapat meneka siapakah mereka.
“How could they trap us, mama? Wangi
sangat dah hati dia orang tu nak malukan kami macam ni? Patutlah beriya-iya nak
kami minum air tu, kononnya sedap. Ray pun bodoh, pergi ikut cakap dia orang.
Confirm satu ofis sakan dok bercerita,” Rayqal meluahkan amarahnya.
Aafiya kerut dahi. Kemudian, keluhan
terbit dari bibirnya. Salahkah dia menasihatkan orang yang lebih tua darinya?
Tambahan pula, Kak Nurin dan Kak Nani semakin melampau jika dibiarkan. Bukannya
dia tidak tahu akan perbuatan kedua mereka beberapa bulan lepas. Heboh dah
perangai buruk mereka yang suka mengacau bilaukan hidup orang lain itu.
“Sabar, Ray. They will pay what they
did to both of you. Tapi, Allah lebih layak menghukum mereka. Let them be,”
pujuk Mama Maria.
“Entahlah, mama. Kita layan baik,
dibalas buruk. Susahlah nak percaya orang sekarang. Semua punya motif. Lepas
kes dulu, ingatkan dah insaf. Rupanya sama aje,” Rayqal masih belum puas
menghamburkan kemarahannya.
“Saya yang cabar dia orang semalam. Salah
saya jugak,” Inilah yang dimaksudkan pepatah; sesal kemudian tidak berguna.
Entah kenapa, Rayqal tergelak. Menunduk
kemain Aafiya tu. Malu lagikah?
“Dah memang betul apa yang awak kata,
Aby. Kalau dah perangai tak semenggah, tapi bermimpi nak bersuamikan putera
raja… melampau,” Wah, dah pandai bela isterilah Encik Rayqal kita ni.
“Hmmm, nanti kamu masuk ofis… settlelah
baik-baik. Mama nasihatkan Ray maklumkan aje pada semua staf pasal hubungan
kamu berdua ni. Tak adalah difitnah lagi selepas ni. Mahunya selepas ni, mama
dapat call minta bawakan pakaian lagi…” Mama Maria mengerling anak dan
menantunya.
Ada hikmahnya juga perkara aib ini
terjadi. Manalah tahu membuahkan hasil, untung-untung boleh merapatkan hubungan
anak menantunya itu. Anak itu kan pengikat kasih. Semoga masinlah doa Mama
Maria, berisi si Aafiya itu. Rayqal berdehem kecil. Aafiya apa lagi, semakin
menunduklah dia. Malu, beb!
PUAS
DIPUJUK, barulah Aafiya
mahu mengikut Rayqal ke bahagian staf-staf Datuk Payed. Matanya mencari kelibat
Kak Nurin dan Kak Nani. Hah, menunduklah pula. Berani buat, tidak mahu mengaku.
Seminggu juga dia memerap di dalam bilik dek terlalu malu dengan Rayqal. Hari
ini dia kembali masuk bekerja pun, Mama Maria punya jasa.
“Assalamualaikum, semua,” Mahu
menyampaikan berita baik, perlulah dimulakan dengan Basmallah. Semoga diberkati
niat murninya itu.
Salam dijawab oleh staf-staf mesra.
Apatah lagi, sedang berdiri di stage kecil di satu sudut pejabat itu adalah dua
orang pekerja yang kacak dan lawa.
“Maafkan saya kerana mengganggu kerja
kalian. Semua mesti tahukan pasal kes saya dan Puan Abyana?” Semua staf
mengangguk. Ada juga yang menjawab, ya. “Di sini saya nak menjelaskan kedudukan
sebenar, saya harap tak adalah timbul perkara sebegini lagi. Pada yang cuba
membuat onar tu, insaf-insaflah. Sekarang ni, Allah bayar cash. Tapi, tak
apalah. Kami dah maafkan atas tanggungjawab sesama saudara Islam. Saya, Rayqal
Azzam dan Abyana Aafiya adalah suami isteri. Sudah empat tahun lebih, kami
berumah tangga… anak seorang dah pun…”
Mendengarkan penjelasan itu, staf-staf
mula berbisik sesama sendiri. Aafiya senyum nipis apabila Rayqal menyebut soal
anak. Kalau dia orang tahu umur Chacha, sah semua orang pertikaikan. Tapi,
biarlah. Chacha sememangnya anak mereka yang dititipkan oleh orang kesayangan
mereka.
“Siapa yang berasa diri dia yang
terlibat dalam kes Rayqal dan Abyana sila ke bilik saya. Selepas waktu pejabat,
saya tunggu di bilik saya. Mungkin sekarang ni mereka malu, saya faham,” sampuk
Datuk Payed. “Allah memang bayar cash ya, to those yang busuk hati tu,” sambung
Datuk Payed lagi.
Pengalaman mengajarnya erti hormat.
Setelah dia terkantoi kerana cuba mengayat Aafiya dulu, dia serik. Hampir
sahaja Rayqal meletak jawatan disebabkan sikap miangnya itu. Pada hari dia
mengadakan perbincangan dengan kliennya, dia tersilap langkah. Terlupa akan
Rayqal adalah suami Aafiya, selamba sahaja dia mengenenkan staf barunya itu
kepada seorang rakannya. Sudahnya, Rayqal mengamuk. Itu yang lelaki itu menghempas
habis pintu bilik dia bukan main kuat lagi.
“Terima kasih, Datuk,” ucap Rayqal,
ikhlas. Datuk Payed sanggup membersihkan nama baiknya dan Aafiya tempoh hari.
Dikeluarkan amaran; sesiapa yang cuba
bergosip tentang Rayqal dan Abyana, akan dikenakan tindakan. Perletakan jawatan
atau dibuang kerja dalam tempoh dua puluh empat jam. Datuk Payed mahu berterus
terang tentang hubungan Rayqal dan Aafiya, tetapi berasakan dirinya tidak
layak… dia meminta Rayqal sendiri yang menjelaskan hal tersebut.
“I do my best for our Muslim’s
brothers, Azzam. Tapi, lain kali jangan berahsia lagi. Benda baik tak elok
disembunyikan, apatah lagi hubungan kamu berdua ni,” kata Datuk Payed sebelum
berlalu ke biliknya.
“Tahniah, Encik Rayqal, Fiya,”
Staf-staf mula mendapatkan Rayqal dan Aafiya. Rata-ratanya menyukai pasangan
tersebut. Sama cantik, sama padan gitu. Bak pepatah; bagai pinang dibelah dua.
Hek.
Dua
bulan kemudian
“MAMA, Chacha nanak aiskrim,” rengek Chacha
manja. Deretan pelbagai jenis aiskrim menarik perhatiannya. Terloncat dia di
dalam troli dek teruja.
“Tanya papa awaklah, Cha. Mama okey
aje,” Aafiya cubit lembut pipi tembam Chacha.
Chacha menarik baju papanya yang sibuk
memilih susu segar. Rayqal berpaling, diangkat kening pada puterinya itu.
Chacha mengarahkan jari telunjuknya ke deretan aiskrim. Rayqal kerut hidung. Rasanya,
masih berlambak aiskrim di rumah. Bukannya ada sesiapapun yang makan.
“Bukan papa baru beli ke, Chacha
sayang?” Chacha menggeleng. Mana ada papanya membelikan dia aiskrim. “Adalah.
Papa tengok semalam, banyak lagi aiskrim dalam peti. Atau, tokma tak kasi makan
aiskrim… sebab gigi rosakkan,” Hidung penyet Chacha dicuit.
“Lama lagi ke, Rayqal. Nak baliklah,
penat,” Aafiya menguap sedikit. Semalaman dia menyiapkan kertas kerja untuk
bosnya itu.
“Alah, mama. Kita tak pergi makan lagi.
Kan, papa?” celah Chacha. Dipandang papa dan mamanya bersilih ganti.
“Okey… okey. Jom, kita pergi makan
dulu. Selepas tu, balik,” putus Rayqal. Aafiya senyum nipis. Terasa kering
bibirnya kini.
Namun, hatinya tercuit sedikit. Rayqal
tidak lagi cuba mencari pasal dengannya sejak kejadian dua bulan lepas. Mereka
masih begitu, tidur di bilik asing-asing. Semuanya kembali seperti dulu, cuma Rayqal
lebih banyak berlembut. Dua tiga hari ni saja, Aafiya terasa kelainan.
Dia malas mahu mengadu pada Mama Maria.
Tentunya, mama mertuanya akan mengandaikan apa yang ditakutinya itu. Dia bukan
menolak rezeki, cumanya dia masih belum bersedia sepenuhnya untuk menggalas
tanggungjawab itu. Tidak pernah terlintas di mindanya akan mengandungkan zuriat
Rayqal Azzam, suami yang bukan pilihannya itu. Namun, jika benar dia
mengandung… redha sajalah. Rezeki Allah. Seperti yang sering dikatakan oleh
Rayqal; Allah bayar cash. Haru dia jika Allah menarik balik nikmat yang satu
itu.
Rayqal memilih sebuah restoran yang
biasa dia singgah jika datang ke parasaya besar itu. Makanannya sedap-sedap
belaka. Tidak ramai orang pula hari ini, mungkin sebab weekdays. Selalunya,
hujung minggu memang sesaklah restoran itu sehinggakan ada yang sanggup
menunggu di luar. Sedap sangatlah tu.
“Nanak lagi,” Rayqal sudukan nasi ayam
ke mulut Chacha. Haih, makan banyak tapi badan macam tu jugak… kenit. Cuma,
pipi saja yang naik.
“Aby, kenapa tak makan?” Mushroom sup
yang diorder Aafiya masih tidak luak. Isterinya itu seperti sedang mengelamun
sahaja. “Tak sedap ke?” Aafiya menggeleng.
Agaknya betullah kot dia mengandung.
Hendak pandang makanan saja, dia sudah mual dan loya. Tekaknya saja tidak mahu
meluahkan isi perut.
“Mama, sedap… sedap… sedap,” Chacha
meniru cakap dalam UpinIpin. Addicted sangat dengan cerita kanak-kanak itu.
Penuh DVD UpinIpin dibeli oleh Rayqal untuk puterinya itu di rumah.
“Mama kenyanglah, sayang. Nak mama
suapkan sup ni tak?” Dia cuba mengangkat sudu dan menyudu mushroom yang masih
tidak luak itu, namun tangannya terhenti.
Rayqal sudah kerut dahi. Pelik.
“Aby…”
“Awak suapkanlah, saya nak pergi toilet
kejap. Kejap aje,” Laju kaki Aafiya melangkah ke tandas yang terdapat di
pasaraya itu.
Setiba sahaja di tandas, terus
dihamburkan segala isi perut. Kepalanya juga sudah pening. Penglihatannya pula
sudah menjadi double. Lagi lama dia di sini, mahu pitam terus. Lebih baik dia
mengajak Rayqal pulang secepat mungkin. Dia control mindanya agar ditetapkan
hati, dia sihat dan masih boleh bertahan. Go!
SEGAR
TUBUHNYA tatkala kepala
menyapa bantal yang lembut itu. Tangannya bermain di sekitar pinggang dan
perut. Pertama kali dia berpengalaman merasai sendiri keperitan yang ditanggung
arwah Ezza. Dulu, dia hanya mampu melihat arwah sahabat baiknya itu terbaring
lemah di katil. Salah satu sebabnya adalah morning sickness, lainnya kerana
arwah tertekan dek menerima nasib sebegitu.
Masih jelas diingatan Aafiya bagaimana
tulusnya kasih Rayqal menjaga dan merawat arwah Ezza. Saat arwah hampir
tersungkur, Rayqal hadir membawa cahaya. Seikhlas mungkin dia menjaga arwah
Ezza yang semakin hari semakin lemah sepanjang tiga bulan pertama. Setelah itu,
raut arwah berubah ceria. Dia sudah mampu ketawa dan bergurau senda. Namun,
ceria itu tidak lama di kala dia menghadapi komplikasi ketika melahirkan
Chacha.
“Zahra, aku rindu kau,” rintih Aafiya.
Air mata mengalir dari tubir mata. Zahra, hanya dia yang memanggil sahabatnya
begitu.
Ketukan pintu kedengaran, sayup-sayup
suara Mama Maria memanggil Aafiya. Beberapa saat kemudian, Mama Maria sudah
menolak daun pintu bilik. Ditatang dulang berisi bubur dan segelas air susu. Dengan
senyuman manis, Mama Maria menghampiri Aafiya yang sedang terbaring itu.
Aafiya bangkit, sandar di kepala katil.
“Ray bagitahu mama, Aby tak sihat. Aby
okey ke?” Dulang diletakkan di meja sisi. Dilabuhkan punggung di birai katil.
Telapak tangan ditekap ke dahi Aafiya. Tidaklah panas mana.
“Biasa ajelah, mama,” balas Aafiya,
sedikit lemah.
“Aby mengandung?” teka Mama Maria.
Aafiya senyum nipis. Mama Maria juga sudah boleh meneka rupanya.
“Entahlah, mama. Aby sendiri pun teka
sendiri aje. Tak check pun…”
Mama Maria senyum.
“Aby ada simpanan pregnancy test?”
Aafiya mengangguk. Sedari kes di hotel itu lagi, dia sudah menyediakan alatan
itu. Cuma, dia masih tidak kuat untuk melakukan pemeriksaan sendiri.
“Emmm, bila dah sihat sikit… Aby check
sendiri dulu. Manalah tahu, main-main aje. Tapi, syukur kalau betul Aby
mengandung. Boleh mama pegang perut Aby?” Erk? Aafiya sengih nipis. Apalah Mama
Maria ni, malulah dia.
Tanpa sempat Aafiya membantah, Mama
Maria terlebih dahulu menyelak bajunya. Berkerut jugalah dahi Mama Maria yang
masih cekang itu, tidak dimamah usia.
“Tak adalah buncit mana, mungkin sebab
baru dua bulan. Aby ada rasa sesuatu yang bergerak tak? Selalunya, dia akan
bergerak-gerak sikit. Macam ada rasa perut bergetar,” Seperti bidan, Mama Maria
mengeluarkan komen.
“Apalah mama ni. Entah-entah Aby tak
sihat ni sebab Aby nak demam kot,” Aafiya tergelik kecil.
“Ish, ke situ pulak dia. Aby bangunlah,
biar mama tolong Aby buat check up,” Hah? Aafiya tercengang.
“Apa dia, mama?”
“Mama tolong. Mana pregnancy test tu,
mama ambilkan,” Mama Maria bingkas berdiri. “Dalam bilik air?” Aafiya angguk.
Mahu tidak mahu, dia bangun juga. Mama
Maria memapah tubuh lemah Aafiya ke bilik air. Haish, malunya Aafiya ketika
ini. Mujur Rayqal tidak mengetahui tentang ini. Bertambah malulah dia. Yak yak
ow saja, buatnya Rayqal sudah tahu. Tunggang terbalik habis segala barang di
katil itu agaknya. Sudahlah lelaki itu punya pengalaman, lebih handal lagi dari
Aafiya yang perempuan itu.
Mama Maria menanti penuh sabar di luar
bilik air. Berdetak hebat jantungnya, penuh debaran. Doanya agar benarlah
menantunya itu berisi. Melihatkan kesihatan Aafiya yang tidak berapa sihat itu,
membuahkan senyum di bibir. Boleh tahan teruk juga morning sickness Aafiya,
bolehlah dikerah Rayqal yang menjaga. Amboi, bukan main lagi Mama Maria berangan.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik
air terkuak dari dalam. Wajah pucat Aafiya menyapa pandangan Mama Maria. Ditenung
Aafiya menantikan jawapan pasti. Lambat-lambat Aafiya menyerahkan pregnancy
test itu kepada mama mertuanya. Mama Maria masih merenung Aafiya biarpun alatan
itu sudah berpindah tangan. Kenapa muram sahaja raut menantu kesayangannya itu?
Negatifkah?
“Mama tengoklah. Ikut suka mamalah nak
bagitahu Rayqal atau tak. Aby nak baring kejap, pening,” Aafiya melangkah
perlahan menuju ke katil. Kepalanya pening sangat-sangat tika ini. Boleh rebah
jika masih berdiri.
Tawa Mama Maria meletus. Positif!
Alhamdulillah. Syukur, Ya Allah. Kau bukakan jalan untuk anak menantuku.
“Aby rehatlah, mama keluar dulu. Jangan
lupa makan bubur dan susu tu, Ray yang minta mama sediakan tadi. Makan tahu,”
Aafiya menganggukan sahaja.
Mama Maria pantas beredar. Dia mahu menunaikan
sujud syukur. Doanya terkabul. Sungguhlah doa seorang ibu itu mujarab. Subhanallah.
SENYUM
LEBAR Rayqal dikala
berita baik itu sampai ke halwa telinganya. Dia juga bersyukur. Namun, hubungan
mereka masih begitu. Dia sendiri tidak berusaha memujuk Aafiya. Malu kerana
isterinya itu sedia maklum tentang cintanya yang dulu pernah dihulur pada arwah
Ezza.
Bergolek-golek dia di atas tilam.
Seronok, woi! Sekali harung, sudah lekat. Hek! Sengal punya Rayqal Azzam. Apa
reaksi Aafiya pun dia tidak tahu. Mama Maria hanya maklumkan dia bakal menimang
cahaya mata sekali lagi. Kali ini, zuriatnya sendiri. Puan mama pula musuh
tradisinya. Mahu bertemu dengan Aafiya malam ini, dia segan.
Lagu Unintended dendangan Muse
kedengaran nyaring. Rayqal bangkit, dicapai Iphone 5 di meja kerja. Berkerut
habislah dahi dia itu. Sungguh pelik.
“Hello…”
“Rayqal, to… long,” Laju kaki Rayqal
melangkah ke bilik Aafiya, di sebelah biliknya. Ditolak pintu bilik isterinya
itu kasar. Telefon bimbit dicampak ke tilam sebelum ke bilik Aafiya.
“Aby, kenapa ni?” Berpeluh wajah Aafiya
menahan sakit. Bibirnya betul-betul kering. Rayqal mencempung tubuh Aafiya yang
terduduk di lantai dan diletakkan ke katil. “Jomlah, pergi klinik. Teruk ni,”
Peluh yang merenek di dahi Aafiya dilap dengan telapak tangannya.
Aafiya menggeleng. Kakinya tidak mampu
berdiri lagi. Habis tenaganya cuba menggapai telefon bimbit di atas meja kerja
tadi. Dia amat memerlukan pertolongan Rayqal saat ini. Mahu mengejutkan Mama
Maria, pasti Chacha sekali akan terbangun memandangkan mereka tidur bersama.
“Dah… dah. Awak dah pakai elok ni, tak
payah tukar dah,” Rayqal bergerak ke almari dan mengambil tudung segera milik
Aafiya. “Pakai ni,” Disarungkan tudung ke kepala Aafiya.
Rayqal kembali ke biliknya untuk mengambil
dompet dan kunci kereta serta telefon bimbit sebelum mencempung Aafiya ke
kereta. Terlupa dia mahu memaklumkan pada Mama Maria. Balik nantilah dia
beritahu mamanya itu. Dia kasihankan Aafiya yang kelihatan sudah tidak berdaya
itu. Asyik menangis saja. Lebih teruk morning sickness Aafiya jika dibandingkan
dengan arwah Ezza dulu.
Mujurlah ada klinik yang beroperasi dua
puluh empat jam. Jika tidak, dibawanya Aafiya ke hospital sahaja. Senang
cerita. Rayqal menanti di kerusi sementara Aafiya sedang diperiksa oleh doktor
di sebalik tirai hijau itu. Diambil kesempatan itu untuk menghantar sms pada
Mama Maria. Tidak mahu mamanya risau jika perasan mereka berdua tiada di rumah.
Pagi-pagi buta sudah hilang.
“Encik, papah isteri encik ya,” Suruh
Doktor Syakira sambil tangannya menyangkut stethoscope ke leher.
Rayqal pantas menghampiri Aafiya,
dipapah isterinya itu dan didudukkan ke kerusi… berhadapan dengan Doktor
Syakira.
“Macam mana, doktor?” tanya Rayqal. Doktor
Syakira senyum manis. Mata Aafiya yang semakin memberat itu menunggu masa saja
mahu ditutup. Penat sangat.
“Semuanya okey. Ibu dan bayi, sihat…”
Sihat? Rayqal pandang Aafiya di sebelahnya. Lemah macam ni doktor kata sihat.
Heh! “Cuma, morning sicknesss Puan Abyana ni teruk sikit. Encik jangan risau, ni
perkara biasa. Puan Abyana perlu jaga pemakanan, ambil makanan yang berzat dan
sihat. Banyakkan bersenam, mudah proses bersalin nanti. Paling penting, Puan
Abyana kena hadir ke klinik setiap bulan untuk check up,” terang Doktor
Syakira.
“Terima kasih, doktor. Tak ada ubat ke
doktor… lembik semacam aje isteri saya ni,” Doktor Syakira ketawa kecil.
“Ubatnya ada pada encik. Banyak
luangkan masa temankan Puan Abyana, ibu mengandung ni memang perlukan
perhatian. Lebih-lebih lagi, perhatian suami. Sebelum balik, encik boleh ambil
vitamin di kaunter. Puan Abyana perlu ambil vitamin, untuk kesihatan bayi encik
dan puan,” Aafiya senyum nipis.
Loya pula tekaknya mendengar celoteh
Doktor Syakira. Bukannya apa, tidak dapat dia membayangkan Rayqal menjaganya.
Hek, no way!
“Terima kasih, doktor. Kami minta diri
dulu,” Doktor Syakira angguk. Rayqal memapah Aafiya. Mereka beriringan ke lobi
klinik. Tidak lama selepas itu, nama Aafiya dipanggil. Selesai sahaja mengambil
ubat yang disediakan, mereka pulang ke rumah.
TEGANG
WAJAH Aafiya dek permintaan
Rayqal yang dirasakan tidak masuk akal itu. Dia masih sedar, okey. Gila ke hapa
si Rayqal Azzam ini. Muka toya yang ditayang Rayqal membuatkan Aafiya terasa
mahu mencarit-carit wajah tampan itu, biar hancur. Sudahlah dia dipaksa untuk
berpindah ke bilik lelaki itu sebaik pulang dari klinik semalam. Alasan Rayqal,
senang dia hendak tengok-tengokkan Aafiya.
“Aby,
saya bukannya suruh awak buka semua. Tapi, bahagian tu aje. Bolehlah,” rayu
Rayqal, tidak berputus asa biarpun Aafiya membantah keras.
“Ish, awak ni. Buang tabiat ke apa?
Saya ni bukannya anak patung, tak ada perasaan. Slumber aje awak nak saya selak,”
marah Aafiya, geram. Tidak berani dia melelapkan mata jika begini sikap Rayqal.
Buatnya, lelaki itu buat apa-apa ketika
dia tidur… siapa nak tanggung?
“Jangan lupa, saya ni suami tahu. Boleh
aje saya suruh awak buka pakaian awak tu. Tapi, saya yang tak nak. Sebelum saya
bertindak sendiri, lebih baik awak tuan punya badan yang buka sendiri,” Aafiya
menarik selimut sehingga ke dada.
“Bilik awak ni ‘bersalji’ tahu. Tak
naklah saya, sejuk. Tak boleh ke kalau tak buka, sama jugak feelingnya.
Bukannya ada apa-apa lagi pun, flat aje. Awak tengoklah perut awak sendiri,”
tukas Aafiya, tidak mahu mengalah.
Rayqal menajamkan matanya.
“Hello, Puan Abyana Aafiya. Dalam perut
saya yang berketak ni, mana ada isi macam awak. Saya tumbuk pun, tak jadi
apa-apa. Biarlah flat pun, nanti buncit jugak. Cepatlah buka,” Haish, otak
mereng dah Rayqal ni.
Aafiya merengus kecil. Gilalah suami
bukan pilihan dia ni. Slumber cekadak saja mahu dia menyelak baju agar lelaki
itu boleh melihat perut dia. Belum pernah lagi mana-mana lelaki yang melihat bahagian
tubuhnya terdedah. Memanglah malam itu mereka bersama, tetapi kedua-duanya bernafsu
kerana ubat perangsang yang dimasukkan ke dalam minuman mereka. Manalah perasan
keadaan mereka yang naked itu. Uhuk!
“Yang awak nak sangat tengok perut saya
tu kenapa? Macamlah tak ada kerja lain,” Rayqal mengeluh berat.
“Nak buat macam mana, sekarang ni saya
mengidam nak tengok perut awak. Naked belly, Aby. Please,” Aafiya angkat
penumbuk. Tersentak Rayqal dibuatnya. Comel pula raut geram yang ditayangkan
oleh Aafiya itu.
Rayqal ni tak tahu ke yang dia malu?
Malu tahap cipanzi. Sudahlah hubungan mereka bukannya baik sangat, selamba
sahaja lelaki itu memintanya menayangkan naked belly. Grrr. Aafiya berbaring
selesa. Digenggam erat selimut tebal yang menutup tubuhnya itu. Mindanya mula merangka
serangan psikologi.
Dilurut selimut tebal itu ke bawah,
terus sahaja mata Rayqal bercahaya. Teragak-agak Aafiya mahu menyelak baby T
yang dipakainya. Entah berapa tin cat merah yang tercurah di mukanya pun dia
sudah malas hendak mengambil tahu.
“Cepatlah. Tapi, sekejap aje,” Mata Aafiya
ditutup rapat-rapat, menahan malu. Rayqal meniarap. Didekatkan wajah ke perut
yang masih flat itu. Dia tersenyum puas.
Penuh selambanya Rayqal mengucup naked
belly Aafiya, membulat terus mata mama Chacha itu. Errr, ini pun mengidam juga
ke? Rasanya satu tong drum cat yang tersimbah ni. Dia boleh merasai kucupan
hangat itu, terasa nyaman. Erk? Kepala Aafiya tergeleng perlahan. Jauh dia
merepek. Kegelian juga perutnya dek dicucuk lembut rambut pacak Rayqal.
“Release you tummy, Aby. Saya bukannya
nak buat apa-apa pun. It’s just a usual ritual to feel the baby. Just a minute,
okay,” Serta merta Aafiya merelakskan perutnya. “That’s right. Good girl, Aby.
Barulah bernyawa sikit baby ni,” Tangannya menyentuh kulit perut Aafiya.
Sudahnya, Aafiya merelakan sahaja.
Malas dah dia mahu berfikir, biar sajalah. Mungkin keluar nanti terus jadi anak
bapak. Terbit senyuman di bibir Rayqal tatkala matanya terpandang Aafiya sudah
terlena. Penat agaknya melawan katanya. Diusap lembut perut Aafiya. Dia
bukannya main-main, sebetulnya dia teringin sangat mahu membelai bayi yang
masih tersimpan kemas di dalam perut Aafiya itu.
Ketika dengan arwah Ezza dulu, dia
tidak berperangai sebegini pun. Tahap malunya pada arwah isterinya itu menebal
sehinggakan arwah Ezza sendiri yang meminta dia mengurut tubuhnya yang lenguh.
Jika mengharapkan dia, tentu terseksa arwah Ezza menahan lenguh. Namun, dia
bersyukur kerana dia sudah cuba sebaik mungkin untuk menjadi suami yang baik
untuk arwah Ezza. Tidaklah dia terkilan kala arwah pergi meninggalkan dirinya
untuk selama-lamanya.
RENGEKAN
CHACHA di ruang tamu
membawa kakinya ke situ. Rayqal menghampiri puterinya itu di sisi Aafiya.
Isterinya itu kelihatan tegang.
“Kenapa ni?” tanya Rayqal lembut.
Chacha menyuakan tangan untuk didukung. Pantas sahaja Rayqal menurut.
“Chacha nanak mama. Mama tanak Chacha,”
Rayqal hela nafas. Ingatkan apalah tadi. Serius sekali raut Aafiya.
“Mama nak rehatlah, Chacha sayang. Jom
papa teman Chacha main. Nanak?” Chacha menggeleng laju. “Habis tu?” soal
Rayqal. Pening dia dengan kerenah Chacha dua tiga hari ini.
“Chacha nanak mama!” tegas Chacha. Dia
mula teresak mahukan Aafiya. Tetapi, sedari tadi lagi mamanya itu mengeraskan
badan… tidak mahu melayannya.
Mama Maria yang perasan, menghalakan
langkah ke ruang tamu. Kala itu barulah dia perasan Aafiya langsung tidak
beriak. Mata menantunya tajam memandang televisyen. Jika bengang dek bergaduh
dengan Rayqal, takkanlah sampai tidak mahu melayan Chacha. Sebelum ini, okey
sahaja dia memanjakan Chacha. Mulalah Mama Maria tidak sedap hati. Manalah tahu
Aafiya membenci Chacha kerana anak itu anak arwah Ezza, bekas isteri Rayqal.
Adakalanya, kerenah ibu mengandung ni
bukannya boleh ditebak dan diambil mudah. Boleh jadi dia meluahkan apa yang
tersimpan sejak dulu. Nauzubillah. Aafiya bukannya sebegitu.
“Aby, kenapa ni? Chacha want you, can’t
you just play with her. Yang buat muka ketat macam tu kenapa?” marah Rayqal.
Membara pula hatinya melihat Chacha menangis kerana mahukan Aafiya.
Aafiya mendengus kasar.
“Aby, pandang mama,” Mama Maria mendaratkan
tangannya ke tangan Aafiya yang dikepal itu. Aafiya menurut. “Jangan diikutkan
sangat perasaan tu. Kesian Chacha, sayang. Istighfar, minta Allah jauhkan
kebencian. Emosi ni sekejap aje, tapi Chacha cuma seorang,” Lembut Mama Maria
memujuk.
Emosi wanita mengandung memang kerap
berubah. Dia tahu Aafiya bukanlah tidak mahu melayan Chacha, cuma perasaan yang
membawa Aafiya bersikap begitu. Asakan jahat di minda wanita lemah seperti
Aafiya, tambah pula Aafiya sedang mengandung… mudah untuk dipesongkan.
“Mama,” Tubuh Mama Maria dipeluk
bersama tangisan. Aafiya memang tidak sedar akan perlakuannya itu. Sungguh.
“Sudahlah, sayang. Ray, setiap malam
sebelum tidur… bacakan apa-apa surah yang sesuai untuk Aafiya. Selalu
berjemaah. Jangan tinggalkan Aby seorang diri. Yassin jangan lupa amalkan,”
pesan Mama Maria pada Rayqal.
Rayqal hanya mengangguk. Chacha di
dalam dukungannya kembali tenang, tidak lagi menangis. Mungkin faham akan
situasi mamanya itu. Aafiya menyapu air matanya. Dia bangkit dari sofa. Bibirnya
mengucup pipi Chacha, tanda meminta maaf kerana mengabaikan anak itu buat
seketika waktu.
“Sorry, sayang,” Chacha memeluk leher
Aafiya, tetapi Rayqal masih mendukung kanak-kanak itu. Aafiya bukannya larat
sangat mahu mendukung tubuh Chacha yang semakin membesar itu.
KEPALA
DIGARU sambil muka
menayangkan keresahan. Puas dia berpusing ke kanan dan kiri, tetapi matanya
masih juga gagal dilelapkan. Tekaknya seperti meminta sesuatu dan dia mahukan
sesuatu itu sekarang juga. Bebola mata Aafiya jatuh pada manusia di sebelahnya,
lena sakan. Hendak kata penat bekerja, hari ini lelaki itu bercuti. Eh, lupa
pula… penat melayan kerenah dia juga.
Sekejap tangannya hendak mengejutkan
Rayqal, tetapi ditarik kembali. Buatnya disembur suaminya itu, naya saja. Tetapi…
dia nak juga benda tu. Rayqal beralih arah, dia menghadap Aafiya yang sedang
sila itu. Nyenyak sungguh tidurnya.
“Ray… qal,” Jari telunjuk Aafiya
menekan bahu Rayqal. “Bangunlah kejap,” Bebola mata Rayqal bergerak.
“Emmm… nak apa lagi?” tanya Rayqal
dalam mamai. Seharian dia melayan kerenah Aafiya dan Chacha, serentak. Seorang
menangis, seorang lagi pula merajuk. Di sini, KFC… di sana pula, McD. Huh!
“Saya terasa nak minum…” Aafiya telan
liur, membayangkan minuman itu. “…chocolate milk yang awak bancuh,” Terduduk
Rayqal. Ditenung Aafiya lama. Betul ke ni? Tengah-tengah malam ni?
“Seriously?” Aafiya angguk. “Wait here,”
Selimut ditolak ke tepi. Belum pun sempat dia turun dari katil, jemari Aafiya
menarik lengannya.
“Nak ikut,” kata Aafiya dengan sengihan
comel. Rayqal senyum nipis bersama kerutan di dahi. Ini mama ke baby punya pe’el?
Tapi, kalau mama… mustahillah nak tayang muka comel tu. Tsk.
Sehingga ke dapur jemari Aafiya di
lengan sasa Rayqal. Tadi di dalam bilik… gelap, tidak nampak bicep plus otot
Rayqal. Kini, semua itu jelas di mata Aafiya. Dia menelan air liur kasar. Baby,
janganlah buat mama macam ni. Bertahun papa baby kutuk mama tahu. Please, baby.
Behave. Aafiya berbicara sendiri.
Rayqal hulurkan mug chocolate milk
panas kepada Aafiya. Isterinya itu geleng. Apa pula ni? Jangan dia kata tak nak
sudah.
“Letak ais,” Rayqal membuka pintu peti
ais bahagian atas, diletakkan ais cube ke dalam mug. Sesekali mata pandang
lengannya, terbit senyum nipis. Baguslah baby papa ni. Buatlah selalu, papa
kasi hadiah. Hik.
“Lagi?” Kening Aafiya terangkat.
“Emmm…” Aafiya mula gelisah. Rayqal
menarik isterinya, duduk di sofa di ruang tamu. Faham kemahuan Aafiya, Rayqal
menyuakan bibir mug ke mulut isterinya itu.
Aafiya sisip air susu coklat berais itu
perlahan. Puas! Tekaknya kembali elok, tidak lagi terasa mahukan sesuatu. Setelah
sehari berehat, dia kembali cergas. Rasanya, boleh dah pergi kerja esok. Tidak
perlulah Rayqal meminta bantuan Atika lagi untuk membantunya selepas ini.
“Awak, hug?” Terkedu Rayqal dibuatnya. Selamba
sahaja Aafiya mendepangkan kedua belah tangannya. Lain macam ni, mahu memeluk
atau tidak? Buatnya Aafiya sekadar bergurau, malu dia.
“Errr… hantu miang mana yang rasuk awak
ni, Aby? Awak mimpi aje kan?” Aafiya buat muka.
Dia pun tidak mampu mengawal kemahuan
hatinya itu. Tubuh kekar Rayqal yang menggoda dia, perasaan malu diletak ke
tepi.
“Tak ada yang merasuk, mimpi pun tak.
Anak awak yang gatal, bukan saya,” Dicomelkan wajah agar Rayqal mahu
memeluknya.
“Sungguh ni? Jangan nanti awak cakap
saya yang sibuk nak peluk awak. Bukan saya yang nak menggatal dengan awak tahu,”
Anggukan Aafiya meyakinkan Rayqal. Diletakkan mug di atas meja kopi.
Dia menarik Aafiya ke dalam pelukan. Aafiya
senyum puas. Namun, hatinya tetap mengutuk hebat kemahuannya itu. Buang tabiat
sungguhlah. Harap-harap Rayqal tidak berfikir yang tidak-tidak. Selesa juga rupanya
berada dalam pelukan suaminya itu. Rayqal pula melayan sahaja kehendak hatinya
itu. Awal-awal menolak, sudahnya dilayan sahaja. Agaknya beginilah lelaki itu membelai
arwah Ezza.
ATIKA
MENOLAK daun pintu
bilik Rayqal, ada dokumen yang memerlukan pelepasan dari ketua unit operasi
itu. Senyum sinis ditarik tatkala ternampak kelibat Aafiya di kerusi berhadapan
dengan Rayqal. Hatinya mula merangka sesuatu, dia pasti… sangat yakin yang
Aafiya tidak akan betah bekerja dengan lelaki yang menjadi pujaan staf wanita
yang masih bujang di ofis mereka itu.
“Encik Rayqal, dokumen ni perlukan
signature you,” Atika terus sahaja berdiri di sisi Rayqal. Aafiya mengangkat
wajah sejenak sebelum kembali meneliti fail di tangannya.
“Kenapa you sendiri yang datang, tak
suruh Isham aje yang hantar?” tanya Rayqal tanpa nada.
“Encik Isham ada hal, itu yang dia
suruh I. Dokumen ni kena hantar kat Datuk sebelum lunch,” jawab Atika. Rayqal menjarakkan
sedikit tubuhnya yang semakin mendekat dengan Atika. Bukan dia yang bergerak
rasanya.
Atika, setiausaha Isham yang merupakan
ketua di unit kewangan agak seksi orangnya. Nama sahaja wanita muslim, tetapi
baju ketat kemain. Sudahlah ketat, dikenakan skirt pendek pula tu. Rayqal yang
bernafsu itu pun tidak sanggup memandang. Aafiya yang bertudung litup itu lebih
cantik daripada Atika.
“You baliklah tempat you, nanti I sendiri
yang hantar pada Datuk. Kebetulan, I ada lunch meeting sekali dengan Datuk. Nanti
explain pada Datuk,” tegas Rayqal bersuara.
Namun, Atika masih berdiri di sisi
Rayqal dengan gaya gediknya itu. Terliuk lentok macam sotong dah, hah. Bukannya
dia tidak tahu status Rayqal dan Aafiya, sengaja mahu mencari pasal. Dia tidak
tahu yang Rayqal dan Aafiya itu dari dulu lagi memang tidak kamcing, tetapi
hubungan mereka kukuh. Berkali-kali digoda perempuan seksi pun, belum tentu
Rayqal mengalah.
“Oh, I pun kena ikutlah lunch meeting
nanti… wakilkan Encik Isham. So, I gerak dengan you sekalilah…”
“Ye ke? Rasanya lunch lambat lagi ni,
you baliklah tempat you dulu. I still banyak kerja nak dibuat,” balas Rayqal
senada.
“Alah…”
“Boleh rasanya Cik Atika keluar secara
baik. Kalau ada hajat nak goda suami orang, lupakanlah. What goes around comes
around, Cik Atika. Jangan satu hari nanti, suami Cik Atika yang curang dengan
perempuan lain. Masa tu, jangan pulak Cik Atika salahkan sesiapa,” terang dan
nyata Aafiya melontar kata.
Hatinya sakit melihat kaum sejenisnya
terkinja-kinja menggoda seorang lelaki yang sudah bersuami biarpun lelaki boleh
beristeri empat. Sebagai perempuan, perlulah pandai menjaga maruah diri agar
tidak dipijak oleh orang lain. Hukum Allah itu tak mengenal siapa. Tidak salah
perigi mencari timba, tetapi biarlah kena caranya. Bukannya tergedik-gedik
seperti itu.
“Huh, kau cemburu aku goda laki kau? Nampak
sangat yang kau ni control suami, sampai ke ofis kau ikut dia kan. Eh, sebelum
kau datang sini Encik Rayqal baik-baik aje dengan kita orang. Kau datang aje,
terus lupakan kami,” tempelak Atika, berani. Rayqal ketap bibir.
“Buat apalah nak cemburu, Cik Atika.
Empat tahun saya lepaskan Encik Rayqal awak ni terbang sendiri, tanpa saya pantau.
Kalau dah awak cakap yang dia baik dengan awak-awak semua, kenapa nak goda dia
depan saya? Useless. I don’t feel that he will cheat me because of you guys,” bidas
Aafiya kembali dalam nada tenang.
Rayqal ukir senyum senget. Betullah
kata Angie sebelum dia berpindah dulu. Aafiya pandai bermain kata-kata. Tegas dalam
menegakkan apa yang menjadi haknya. Isterinya itu punya keperibadian tersendiri
di mana dia meletakkan kepercayaan pada seseorang di tempat tertinggi. Patutlah
Aafiya langsung tidak bertanya khabarnya sepanjang berada di Autralia dulu. Dari
situlah dia pupuk sikap percaya padanya.
“Apa tujuan you yang sebenarnya, Atika?
Kalau dalam kepala you nak musnahkan rumah tangga I, rasanya tak perlu. Dengan
izin Allah, empat tahun dulu I berkahwin dengan Abyana dan dengan izin-Nya juga
jika jodoh itu cuma sekejap. I harap you tak buat lagi seperti hari ni, jaga
maruah you sebagai seorang perempuan, Atika,” Atika terkedu.
Kantung matanya mula memberat. Jika tidak
diseka, tentu butiran permata itu akan luruh. Sungguh, dia malu. Malu kerana
dia sendiri yang memalukan dirinya sendiri. Nasib dirinya juga masih belum
diketahui, punya niat jahat mahu meruntuhkan rumah tangga orang.
“Maaf, Encik Rayqal, Fiya. I tahu I salah,
minta diri dulu,” Atika bergegas meninggalkan bilik pejabat Rayqal. Tidak betah
berlama di situ lagi.
Rayqal sandarkan tubuh ke kerusi
empuknya, dia tenung Aafiya. Aci tak kalau dia serbu Aafiya soal cemburu. Manalah
tahu Aafiya sudah terjatuh hati padanya. Eheh.
“Seriously, awak tak cemburu, Aby?”
“Hah? Betullah tak cemburu. Saya tegur
Atika sebab dia kaum sejenis dengan saya. Depan saya, dia cuba goda awak yang
sah-sah dia tahu awak tu husband saya. Lainlah kalau dia anggap kita ni loving
couple, memang berjayalah niat dia tu,” Rayqal mencebik.
“Oh, jadinya awak langsung tak kisahlah
kalau ada perempuan yang cuba goda saya lagi. Iyalah, kita bukannya loving
couple kan?” Reverse psikologi punya soalan Rayqal lontarkan.
Aafiya tenung Rayqal lama.
“Apa sebab saya di sini, dalam bilik
awak ni?” soal Aafiya kembali.
“Awak sendiri yang cakap awak tak boleh
kalau tak nampak saya, mulalah awak nak muntah bagai. Itu sebabnya awak di
sini,” Aafiya senyum lebar. Tahu pun.
“Saya tak cemburu bersebab, Encik
Rayqal. Only one reason, trust. Kalau betul awak nak curang, tak payah tunggu
saya balik sini. Empat tahun saya bagi awak masa, tapi awak masih jugak macam
ni. Tak guna saya rosakkan emosi nak cemburu bagai, buang masa,” Penjelasan
Aafiya berjaya menyenangkan hati Rayqal.
“Kenapa buang masa?” Aafiya mendecit. Dia
menutup fail yang sudah siap diteroka. Kini, masanya untuk menguncikan
pandangan pada raut tampan Rayqal. Baby punya permintaan. Ahaks.
“Buang masalah. Sekarang ni saya cuma
nak pandang awak aje. Tak ada masa untuk benda lain, faham?” Rayqal ketawa. Lembut
kemain suara Aafiya.
Penangan anak, Aafiya bertukar watak. Dari
dilayannya Rayqal tegas dan tidak ambil kisah, kini memang dua puluh empat dia
hendak menatap wajah Rayqal. Tidak dapat tidak, dia hanya mahukan Rayqal Azzam.
Begitu juga Rayqal, bila mood mengidam dia sampai… naked belly Aafiya jadi
mangsa. Masa tu, janganlah sesiapa kacau masa dia dan bayinya beramah mesra.
RAYQAL
RENUNG Aafiya di meja
solek. Semakin hari, semakin berseri pula ibu mengandung itu. Perut pun sudah
memboyot, hendak berjalan pun memerlukan bantuannya. Sebulan sahaja lagi, Aafiya
akan bersalin. Duka lama kembali menapak di hati. Kehilangan arwah Ezza ketika
melahirkan Chacha masih segar diingatannya. Dia sendiri yang menyaksikan pemergian
arwah isterinya itu.
“Awak,” panggil Aafiya buat kali
ketiga. Beberapa kali dia memanggil suaminya itu, Rayqal masih begitu.
Mengelamun.
Aafiya capai sikat, dibalingnya sikat
itu. Tepat mengena peha Rayqal. Barulah Rayqal tersedar dari lamunannya.
“Awak fikir apa, saya panggil tak
dengar?” tanya Aafiya dalam tawa. Kelakar wajah kacak Rayqal saat tersedar
tadi. Cemberut kemain.
“Tak ada apa-apalah. Kenapa?” Aafiya
angkat kening. Digerakkan jari telunjuk dan jari hantu, tanda dia sudah siap
mahu berjalan-jalan.
Rayqal yang bersandar di kepala katil
bingkas berdiri. Dia merapati Aafiya. Hendak mencempung, tubuh itu bukan ringan
lagi dah. Sudahnya, terpaksalah dia memimpin sahaja isterinya itu. Adakalanya,
kasihan juga dia pada Aafiya setiap kali wanita itu melepaskan lelah. Penat membawa
perut.
Mama Maria meneka anak mereka adalah
lelaki. Besar jugalah baby bump Aafiya itu. Menurut doktor, Aafiya bukan
mengandungkan dua orang. Setiap kali Doktor Syakira membuat imbasan mahu mengetahui
jantina, bayi mereka menutup sakan. Langsung tidak dapat menebak lelaki atau
perempuan.
“Kuat lagi Aby berjalan?” tanya abah.
Sehingga Aafiya bersalin, abah dan
manya akan menetap di Malaysia. Mereka mahu berada di sisi puteri kesayangan
mereka. Abang Lan, abang sepupu Aafiya dihantar ke Brunei menguruskan syarikat
abah di sana.
“Ada tongkat ni, laratlah,” Aafiya
merujuk pada Rayqal di sisinya. Rayqal menduduk Aafiya di kerusi kayu.
Mama Maria punya idea mahu berkelah di
belakang banglonya. Sudah lama mereka tidak menghabiskan masa bersama.
“Untunglah ada tongkat handsome,”
sampuk ma yang sedang melayan Chacha mewarna di atas tikar yang terhampar di
bawah pokok besar itu.
“Kan? Tongkat peribadi,” Rayqal
mencebik. Dia ikhlas melakukan tugasnya itu demi ibu dan anak.
Kira bertuahlah kerana Aafiya
membenarkan dia membelai baby bumpnya ikut suka hati dia. Isterinya itu sudah
tidak kisah seperti dulu. Aafiya terlalu berjasa kerana sanggup mengandungkan
zuriatnya meskipun mereka sering bergaduh. Namun, semua itu bagaikan hilang
sejak Aafiya berbadan dua. Aafiya sudah boleh berbaik dengannya.
“Ray cuti sampai bila?” Mahu juga abah
tahu. Dia perasan Rayqal hanya berada di rumah menemani anak perempuannya itu.
“Sampai Aby habis pantang, abah. Dah
sarat ni tak boleh pergi kerja,” Abah kerut dahi, pelik. Isteri yang sarat,
suami pula terjebak. Kenapa?
“Aby ni, Fadlan. Dia paling pantang
kalau Ray tak ada depan mata dia, mulalah nak bebal. Itulah pasal Ray mintak
cuti sekali harung,” jelas Mama Maria bagi pihak Rayqal.
Aafiya angkat dua jarinya, peace.
“Bertuah punya anak. Habis tu, kerja
macam mana? Datuk Payed benarkan pulak Ray cuti lama,” Giliran ma pula yang
mencantas.
“Ray minta cuti tanpa gaji, tapi Datuk
tak kasi. Semua kerja yang Ray handle, Datuk suruh bawak balik rumah. So, Ray
buat kerja di rumahlah…”
“Anak abah ni memang. Turunlah perangai
ma dia dulu. Tapi, ma behave sikit. Tak adalah sampai abah kena minta cuti,”
Pipi Aafiya dicuit abah.
“Alah, bukan selalu. Rayqal okey aje.
Kan kan kan?” Muka comel dia tayang pada Rayqal. Mahunya Rayqal tersembam.
Comel sangat.
“Iya… iya,” Semua di situ kecuali
Chacha yang kusyuk mewarna menggeleng.
Benci benci pun sayang. Syukur
Alhamdulillah. Cumanya, sayang itu tidak dijelaskan dengan kata-kata. Hanya
perbuatan yang menjelaskan segala. Rayqal pasti dengan hatinya, begitu juga
Aafiya. Bukan kita yang menentukan siapa yang menjadi pilihan hati kita, tetapi
Allah. Dia yang mengalihkan dan menggerakkan hati kita. Bukanlah hanya menanti
takdir, tetapi berusaha dengan hati dan perlakuan.
Mahukan seseorang seperti yang kita
ingini, ubahlah diri agar seiring dengan apa yang kita kehendaki. Janganlah
mengharapkan sahaja tanpa tekad. Mahukan suami atau isteri soleh, berubahlah. Semoga
jodoh yang Allah aturkan itu menepati pilihan hati kita. Insha Allah.
UBUN-UBUN Aafiya dikucup lembut. Dialirkan
sedikit kekuatan setelah isterinya itu berhempas pulas melahirkan seorang lagi
khalifah Allah ke dunia. Sebaik bayi mereka dilahirkan dan diazankan, Rayqal
pantas ke surau hospital. Sujud syukur ditunaikan penuh kusyuk. Air matanya
tumpah lagi, tetapi kerana terlalu gembira.
“Kisslah puas-puas, nanti tak boleh
kiss dah,” Rayqal menjauh sedikit. Dia tidak memahami maksud kata Aafiya.
Takkanlah…
“Mama dah cakap nak letak apa benda
entah dekat dahi ni. Kalau awak lalu nak kiss jugak, ikut sukalah,” Ceh, kasi
wa ketaq lutut ma.
“Alah, small matter. Tak dapat kat
dahi, tempat lain ada lagi. So, share with me… the feeling of giving birth on
your own baby,” Rayqal duduk di kerusi di tepi katil Aafiya.
“Great but… I need another two or three
years for the next baby,” kata Aafiya selamba. Rayqal mencapai tangan kiri
Aafiya dan dikucup lembut.
“It’s enough for me, Abyana Aafiya. Dua
kali berhadapan dengan situasi yang sama walaupun awak selamat, saya rasa dah
cukup dua orang ni. Pengalaman pertama dah buat saya hampir putus nafas,” luah
Rayqal akan yang terbuku di hati.
Tangan kanan Aafiya mengusap rambut
tebal Rayqal. Pada pandangan Aafiya, lelaki akan kelihatan paling kacak sejurus
isterinya melahirkan anak. Kenapa? Wajah para suami akan bercahaya kerana
terlalu gembira menimang cahaya mata dan isterinya juga selamat dan sihat.
“Don’t worry, Rayqal. Saya pun tak nak
lahirkan anak awak lagi,” Rayqal mengangkat wajahnya yang tersembam di tilam.
Aafiya gelak kecil. Gelak kuat karang, bentan pula dia.
“Aby, jangan main-main…”
“Alolo, merajuk pulak mamat muka ketat
ni. Gurau ajelah. Memanglah sakit… beranak ni, tapi nikmat tengok baby tu bukan
semua boleh rasa tahu. Bolehlah saya buli awak lagi,” Sempat lagi Aafiya bergurau.
“I’m serious,” Mati senyuman Aafiya.
Okey, Rayqal Azzam serius.
“Okey… okey. I’m serious too. Saya tak
kisahlah. Cuba awak fikir, kenapa arwah Ezza nak sangat kita kahwin dulu? Dia
sanggup nak bermadu dengan saya walaupun sekejap,” Rayqal menggeleng. Akalnya
sudah banyak kali memikirkan, tetapi dia tidak boleh menebak alasannya.
“You tell me…”
Aafiya berdehem kecil, menahan hiba.
“Dia nak awak berteman walaupun dia dah
tiada di sisi awak. Dan dia jugak tahu rahsia hati saya,” Rasanya sudah tiba
masa untuk Aafiya berterus terang.
“Rahsia hati?” Aafiya angguk perlahan.
Mentang-mentanglah bayi mereka masih
dibawah pengawasan doktor sebelum dibawa ke bilik wad Aafiya, boleh pula mereka
berbincang dari hati ke hati. Mama Maria awal lagi tarik abah dan ma ke wad cucu
barunya. Chacha pun beriya-iya nak tengok adik dia. Sengaja Mama Maria mahu
Rayqal dan Aafiya berduaan seketika, tahu sangat dilema anak tunggalnya itu.
“Arwah terjumpa surat-surat saya masa
awak tinggalkan dia kejap dengan saya sebab awak ada first interview dulu. Dia
mula serba salah dengan saya. Pasal tulah saya kena terima awak,” Rayqal buat
muka keliru. “Saya sayang awaklah, Rayqal Azzam. Abang senior yang tak sengaja sepak
tin kena saya also known as crush saya,” Nah, itu dia.
“What? Saya?” Aafiya memuncungkan
bibirnya menunjuk pada Rayqal sambil kening diangkat. “Oh, kira awak seronoklah
dipaksa kahwin dengan saya dulu. Habis, yang muka sememeh macam tertelan
belacan tu apa?” Lengan Rayqal ditampar Aafiya.
“Mana ada seronok. Saya lagilah serba
salah tahu. Arwah kawan baik saya, takkanlah saya nak bersuka ria selepas dah
ambil suami dia. Agak-agaklah. Bukan tertelan belacan lagi dah, sekali
cili-cili saya bedal,” tukas Aafiya.
Tiba-tiba dia terasa ngilu. Itulah,
bersemangat sangat meluahkan perasaan.
“Hah, kenapa ni? Sakit kat mana?” tanya
Rayqal kalut. Buatnya Aafiya bentan, haru dia.
“Sikit aje. Awak, mana baby ni? Tak nak
menyusu ke?” Mata Aafiya ditala ke pintu. Doktor kata bayinya sihat, kenapa tak
muncul-muncul lagi?
“On the way. Mama dah sms saya. Get back
into the topic. Kenapa tak bagitahu saya dari dulu lagi kalau dah sayang?
Selepas dah beranak sorang, baru nak bagitahu,” Riak Rayqal diseriuskan
kembali.
“Tak nak kacau hati awak. Saya ni saksi
kisah cinta awak tu tahu, tak naklah saya tersua-sua sedangkan saya tahu hati awak
pada arwah. Tapi, sekarang ni memang saya kena kenyit-kenyitlah mata saya kat
awak. Hari-hari nak kacau hati awak, biar awak asyik nakkan saya aje,” Aafiya
kenyitkan matanya.
Rayqal tergelak. Terus hilang
keseriusan dia melihat kenyitan Aafiya. Sungguhlah, menyeksa jiwa. Lain benar
Abyana Aafiya dulu dan sekarang. Sudah berani berterus terang. Malu tetap malu
tetapi mahu.
“Tak kenyit pun sayanglah, Aby. You have
your own place in my heart, special place. Awak kacau hati saya, saya kacau
balik hati awak. Biar kacau bilau, habis awak angkut meja masuk bilik ofis saya…”
“Oh, jadi memang saya kena kerja
jugaklah ni. Tak boleh nak berangan jadi fulltime housewife?”
“No. Sebabnya, hari-hari saya nak tengok
awak. Kat tempat kerja sekalipun. Kalau perlu saya buka ofis sendiri aje di
rumah. Lagi senang sebab ada anak-anak sekali. Bolehlah realisasikan impian
fulltime housewife awak tu,” ujar Rayqal.
Inilah dunia dia. Punya papa, mama dan
anak-anak. Banglo hasil titik peluk arwah papanya juga impiannya. Betapa dia
menginginkan sebuah keluarga bahagia yang boleh menghilangkan tekanan kerjanya.
Dia mahu menghabiskan masa bersama keluarganya di kawasan lapang di rumah
mereka. Banglo itulah tempat dia membesar, di situlah juga arwah papa meninggalkannya.
Dan, dia mahu di situ juga dia membina sebuah keluarga.
Rayqal bangkit berdiri, dia cium dahi
Aafiya lama. Kasihnya pada Aafiya bersifat abadi sama seperti kasihnya pada arwah
Ezza. Tetapi, hatinya sudah merelakan arwah pergi jauh meninggalkan dirinya dan
bertemu kekasih abadinya. Insha Allah.
“Amboi, romantiknya papa mama ni. Baby
dah ready nak menyusu, mama dah siap?” Muncul Mama Maria, abah dan ma serta
Chacha. Bayi yang masih merah itu diserahkan pada mamanya.
“Mama dah lama siap, papa aje yang tak
siap lagi,” Rayqal berkata selamba. Semua di situ ketawa.
Aafiya mencium dahi bayi lelakinya lembut.
Senyuman lebar dilirik. Rayqal turut menjatuhkan bibirnya ke dahi si kecil. Dia
berpusing ke jendela tatkala air mata mula menunjukkan wajah. Dia sebak. Kali
ini, Allah berikan dia peluang untuk meraikan kehadiran cahaya mata dengan
penuh kegembiraan.
“Papa, one big hug?” Chacha
mendepangkan tangannya. Rayqal menyapu air mata di pipi. Didakap tubuh kecil
Chacha.
Mama Maria dan ma turut sebak. Hanya
Aafiya dan abah sahaja tersenyum sedikit meskipun hati mereka tersentuh. Aafiya
sudah puas menangis kala terpaksa menerima kehilangan sahabat baiknya dulu.
Hari ini, biarlah senyumannya mengiringi kebahagiaannya ini. Bayi di
pangkuannya mula merengek kecil. Lapar agaknya.
Rayqal dan Aafiya harus mengakui bahawa
jodoh mereka sudah ditakdirkan. Tiada isu bukan pilihan memandangkan jodoh itu
kerja Allah. Sebagai manusia, tetapkan hati agar meredhai ketentuannya.
~TAMAT~
p/s : Cerpan Special. Lima hari lima malam, CIA cuba habiskan UC. sorry sebab semalam tak ada entry. CIA cuba siapkan UC sebab tengah ada mood UC. malas dah nak tangguh2 bila ada idea. sekali harung. Cerpan UC, 88mukasurat. fuhh, done. SELAMAT MEMBACA! :D. harap maaf kalau ada yang terkurang. hehe. CIA suka Rayqal. hihi. tetiba.
TQ....muahh2... bestttt...ada jugk story...suwettt2 gitu...papepun jgn lupa update selalu..;) ...hehehe...
ReplyDeletesama-sama. muah2. :D. insha Allah. hehe
DeleteHehehe.. Tq so much akak, ♥ you
ReplyDeleteBest and panjang gilo and suka gilo bacanya.. Hehe, tq sbb uat pnjng2 :)
most welcome. love you too. :D. thank you, balqiz. :D
Deletesuperb kak!! sy mang suka pnjang2 ni n bez gler ╮(╯▽╰)╭
ReplyDeleteBest best best giler ... Suka Sgt...love u so much...tqvm atas cerita yg amat menarik
ReplyDeleteHuhu.pnjg gilos.best!
ReplyDeletepanjang tapi giler best!!!!
ReplyDeleteMenarik
ReplyDeletewah menarik nya..terbaik la akk..tahniah..lps ni nk cri novel keluaran yg akk tulis la..mesti bestseller..
ReplyDeleteBescerpen ni...syabas
ReplyDeleteassalamualaikum.. saja nak bagitau, saya ada terbaca cerita ni di novelplus bertajuk bukan pilihan hati. ceritanya sama sebijik cuma nama penulisnya orang lelaki. sayang cerita yang bagus seperti ini jika ditiru orang lain. akhir sekali saya berharap cia terus berjaya dalam bidang penulisan ini kerana awak memang betul2 berbakat..
ReplyDelete~azean 78~
assalamualaikum.. saja nak bagitau, saya ada terbaca cerita ni di novelplus bertajuk bukan pilihan hati. ceritanya sama sebijik cuma nama penulisnya orang lelaki. sayang cerita yang bagus seperti ini jika ditiru orang lain. akhir sekali saya berharap cia terus berjaya dalam bidang penulisan ini kerana awak memang betul2 berbakat..
ReplyDelete~azean 78~
Best best best memang best..macam2 perasaan ada bila baca cerpen ni.
ReplyDeleteBest best best memang best..macam2 perasaan ada bila baca cerpen ni.
ReplyDeletebestnyee😘😘
ReplyDeletebestnyerrrr....tk dapat nk zahirkan dengan kata-kata...:)btw , thumbs up kak
ReplyDeleteSalam. Amat menarik cerpen UC ini. Tahniah kepada penulis. Syabas. Teruskan usaha anda. Tahniah :)
ReplyDeleteAssalamualaikum. Akak saya nak Tanya. Boleh tak kalau saya nak ambil sedikit ringkasan cerita ini untik dijadikan dlm bntuk novel di wattpad?
ReplyDeleteBestt la cerpen ni .. walaupun panjang hahah.. sweet lak tu
ReplyDelete