Trisha berbaring sambil
memeluk bantal peluknya. Rasanya sudah lama dia tidak tidur di dalam bilik ini.
Dia jarang balik ke rumah ibu bapanya sejak berkahwin memandangkan dia sudah terbiasa
di rumahnya dan Azaril. Adakah tidur malamnya akan lena tanpa Azaril di
sebelah? Trisha bangun ke almari dan mengeluarkan teddybear yang besar. Lebih kurang sahaja saiznya dengan Trisha.
“Be my husband tonight and… for the next next next night too, Wilbear,”
gumam Trisha sambil meletakkan teddybear
besar itu di sebelahnya. Tangannya memeluk erat teddybear yang digelar Wilbear itu.
Tiba-tiba Trisha
teringat saat Wilbear datang dalam hidupnya.
“Kita datang sini buat
apa?” tanya Trisha dengan kerutan di dahi. Azaril menarik tangan Trisha masuk
ke dalam kedai teddybear. Pelbagai
jenis teddybear yang djual di kedai
itu.
“Sinilah. I nak you
tolong pilihkan teddybear untuk anak
kawan I. Tomorrow is her birthday. I don’t
know how to choose this millions bear,” minta Azaril sambil mendepangkan
tangannya.
“Hmmm… let me think. Berapa umur anak kawan you tu?”
“Seven years old…”
Trisha tawaf satu kedai
untuk mencari teddybear yang sesuai
untuk dijadikan hadiah. Dan akhirnya dia menjumpai patung… Totally Spies! Sebenarnya, kartun itu merupakan kegemarannya dulu. Tetapi
dia pasti kanak-kanak sekarang juga turut meminati tiga orang pengintip muda
itu.
“Totally Spies? Are you sure?”
“Yupp. Why not you just trying give her this? Maybe she’ll love it. Tak cuba, tak
tahu,” Trisha mengambil ketiga-tiga patung itu dan dibawa ke kaunter
pembayaran.
“Wrap this. And put it in the box. Birthday present,” Pekerja kedai
itu mengangguk dan melakukan kerjanya dengan pantas.
“Sayang, can I have this?” Azaril membulatkan
matanya. Pekerja-pekerja di kedai itu sudah tersenyum-senyum.
“You want this?” soal Azaril separuh tidak percaya.
“Yes…”
“For what? You dah dua puluh lima tahunlah. Tak payah main lagi dah teddybear bagai ni,” Trisha mencebik.
“Alright. Then… you jangan
marah I tahu kalau I peluk lelaki lain…”
“Apa?”
“Alah, you belikan
ajelah. Nanti tak adalah I sorang-sorang kat rumah bila you pergi kerja,” Trisha
mengangkat keningnya berulang kali.
“Yelah… yelah. Hergh,” Azaril
buat muka geram. Trisha tersenyum penuh gembira. Dia meletakkan teddybear yang hampir sama besar
dengannya itu di atas kaunter.
“Wrap ni sekali eh. Terima kasih,” Azaril menggelengkan kepalanya. Nasib
baik isteri. Kalau kekasih, tak adanya dia nak belikan.
“Jarang ada customer macam encik dan puan yang
datang kat kedai kami ni,” kata salah seorang pekerja kedai itu.
“Kenapa?” tanya Trisha
ingin tahu.
“Selalunya yang datang, parent yang nak belikan anak dia orang teddybear. Itupun lepas anak dia orang
paksa. Tak pun, couple yang selalu
keluar macam tu aje. Sebab si boyfriend
tak nak belikan teddybear ni,” jelas
pekerja ramah.
Azaril dan Trisha ketawa
serentak. Macam-macam ragam orang sekarang ni.
“Biasalah tu, dik. Bukan
semua orang yang sweet macam kita
orang ni,” Trisha buat mimik meluat. Beli beruang, angkat sendiri nampak. Tsk.
“Sweet sangat. Alah, you all
tulis aje kat depan pintu tu. Customer
yang ikhlas sahaja dibenarkan membeli di sini…”
“Amboi, bankruplah kedai
ni. You nak tanggung ke?” Azaril jelling Trisha.
“Suggestion aje, cik abang oi…”
“Betul jugak tu. Berapa
kerat aje sebenarnya orang yang betul-betul nak beli beruang-beruang ni. Kadang-kadang,
ada aje yang menjeling tengok teddybear
ni semua. Tapi, hampeh. Dia orang lebih sayangkan duit daripada nak melabur
untuk yang tersayang,” Pandai juga pekerja itu berhujah.
“Dia orang tengah
merancang tu. Survey,” gurau Azaril.
“Maybelah. Alright, dah
siap,” Trisha mengambil teddybear
yang besar itu sementara Azaril membayar semuanya.
*****
“Suka?” soal Azaril.
Trisha senyum lebar selebarnya. Seronok kerana Azaril sanggup membelikan beruang
besar ini untuknya. Sayang encik suami berlipat kali ganda. Ngeee.
“Suka sangat-sangat…”
“Lepas ni, I peluk
bantal ajelah ye,” Azaril yang sedang memandu itu mengerling si isteri di
sebelah.
“Eh, mana boleh. You
kena peluk both of us,” balas Trisha
sambil tangannya memeluk lengan Azaril.
“Alah, you peluk ajelah teddybear you tu,” Azaril berpura-pura
merajuk.
“Ceh, sensitiflah pulak,
Doktor Raffiqi ni. Tak nak kawanlah…”
“Tak nak kawan konon.
Tapi, peluk kita jugak,” Trisha tersengih comel. Terserlah lesung pipit di
kedua pipinya itu.
“Biarlah. Suami kita,” Tangan
kiri Azaril memeluk kepala Trisha dibahunya. Sementara tangan kanan masih
mengawal stereng.
“Nasib baik. Kalau tak, I
debush you keluar,” Trisha
mengecilkan matanya.
“Sampai hati you nak debush I. Malam ni tidur soranglah…”
“Okey… okey. I tak debush you. I sayang you aje,” Azaril
tidak malu mengaku akan kasih sayangnya pada Trisha. Dia bukannya seorang yang menyembunyikan
perasaannya. Jika sayang, katakan sayang. Cuma, sesekali dia mahulah juga
Trisha yang meluahkan rasa kasihnya.
“I know. Dahlah, I tak nak kacau you drive,” Trisha membetulkan duduknya. Dia memeluk teddybear itu.
*****
Trisha kembali ke dunia
nyata apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Dia bergerak malas untuk
membuka pintu. Dengan baju tidur kartunnya yang separas lutut dan rambut yang
berserabut dek bermain dengan Wilbear tadi. Tombol pintu dipulas kasar. Geram
tahu tak? Geram! Diganggu ketika sedang melayan perasaan.
“Ada apa?” tanya Trisha
malas.
“Miss you,” balas satu suara garau. Trisha pantas mengangkat
wajahnya. Azaril! Senyuman Azaril melebar. Tetapi, di dalam hati sudah mengutuk
si Trisha. Baru sahaja ditinggalkan, habis berserabut.
Jika tidak mengenali
Trisha, sudah tentu dia menganggap wanita itu adalah pontianak ke kuntilanak
ke. Tidak pun, Mak Lampir. Tsk.
“You!” Jerit Trisha
sambil memeluk leher Azaril, terus membongkok badan tegap si Azaril itu.
Trisha… Trisha. Bukan main teruja lagi dia menerima kehadiran suami yang
dirindui.
“Amboi… tadi tak adanya
nak peluk ibu macam tu,” rajuk Puan Sri Kamalia.
“Ha’ah. Trish tak pernah
peluk baba macam tu pun. Ini tidak adil,” Tan Sri Amzan juga bersekongkol
dengan isterinya. Padahal, mereka hanya sekadar bergurau sahaja. Memeriahkan
suasana.
“Alolo, meh sini,” Trisha
melepaskan pelukan di leher Azaril. Dia memeluk kedua orang tuanya dengan erat
sekali. Siap diciumnya sekali. Azaril tersenyum lebar.
“Dah… dah. Pergi tidur.
Esok Aril nak kerja, kan. Dan… suami kesayangan Trish dah makan kat bawah
tadi,” Trisha menoleh ke belakang. Azaril tersengih.
Rupa-rupanya Azaril
sudah lama tiba? Senget punya suami. Aku pelangkung karang, berdosa pulak.
Haish, Doktor Azaril. Bebel Trisha sendiri.
“Okay. Goodnight,” ucap Trisha kepada ibu dan babanya.
“Selamat malam, ibu,
baba,” ucap Azaril pula.
“Selamat malam…”
Azaril menarik Trisha
masuk ke dalam bilik dan dikunci pintu bilik. Dia sudah tidak sabar mahu menatap
wajah kesayangannya itu. Rindu! Sebenarnya, sebaik tiba di rumah mertuanya ini,
dia mahu terus bertemu Trisha. Sudahnya, Puan Sri Kamalia lebih pantas
menggodanya untuk menjamu selera terlebih dahulu. Apatah lagi, di sememangnya
sedang lapar. Tahap kebulur! Itu padahnya meninggalkan isteri dan cuba hidup
bersendiri.
“You datang sini
kenapa?”
“Kejap lagi you tanya,
eh. I nak mandi dulu,” Azaril mengambil tuala yang digunakan Trisha tadi dan
terus berlalu ke bilik air. Lebih baik, dibersihkan diri terlebih dahulu.
Selepas itu, bolehlah berlebih-lebihan. Neng!
Trisha termangu sendiri.
Dia membelek Wilbear kesayangannya.
“Does he love me, Wilbear? Why
did he come here? Just want to see me?”
Apa sahajalah si Wilbear yang tak bernyawa itu tahu? Trisha memandang pintu
bilik air dengan penuh tanda tanya. Tak tercapai dek akalnya kenapa sang suami
datang ke sini.
Trisha turun dari katil
dan duduk di lantai berlapikkan karpet berbulu gebu. Dia mendudukkan Wilbear di
sebelahnya. Perasaan apakah yang dia rasa ketika ini? Chill, Trisha. Jantungnya berdebar. Kenapa ni? Sebelum ni tak ada
pun nak berdebar bagai. Ini yang musykil. Trisha bangkit dan mengambil buku
kesukaannya di rak buku. Dia membaca kembali muka surat yang ditandanya dulu.
“Act like a lady… thinks like a man,” Sebaris tajuk buku itu dibaca
Azaril perlahan. Buku apakah?
“Hmmm…”
“What are you trying to know, Trisha?” Azaril duduk di sebelah
Wilbear.
“Nothing. Just throw back what I’ve read before,” jawab Trisha. Dia
meletakkan buku itu di lantai. Semakin laju jantungnya berdetak ketika. Ah,
hati. Tahulah pemilik engkau sudah kembali pun. Janganlah sekali dengan jantung
aku, kau nak terbitkan, omel Trisha.
“Who’s the writer?” soal Azaril. Tertarik pula dia pada buku itu.
Sempat dia perasan, buku itu khas untuk kamu wanita. Erk? Mengapa pula khas
untuk kaum wanita sahaja? Pelik… pelik.
“Steve Harvey…”
“Trisha,” Trisha
berpaling ke sebelahnya.
“Why are you here?” Azaril mengeluh kecil. Trisha menunggu jawapan
dari Azaril dengan sabar. Banyak persoalan di dalam mindanya sekarang. Cuma,
hanya ini yang dia ingin ketahui buat masa sekarang.
“My soul was gone with my beloved wife. So, I was here to get back my missing
soul,” Azaril menjawab tenang. Kala ini, hatinya hanya menyebut satu nama.
Dan nama itu adalah milik isterinya. Kekasih halalnya, Trisha Dania.
“Your soul? With me?”
Azaril mengangguk. Dia mengalihkan Wilbear dan diletakkan di atas katil. Dirapatkan
dirinya dengan Trisha dan membawa isterinya ke dalam pelukannya.
Ya Allah, tenangnya hati
aku tika ini. Adakah wanita ini ubat penenang untukku? Terima kasih, Ya Allah.
Kau denyutkan jantung aku untuk isteriku sendiri. Alhamdulillah.
“Yes, with you. Do you remember the song that I love to sang before?”
“Ahah, way back into love,” jawab Trisha, yakin. Mestilah dia
mengingati lagu kegemaran suaminya itu. Hampir setiap hari dia mendengar lagu
itu bermain di segenap bilik. Adakalanya, suaminya sendiri yang menyanyikan
lagu.
“Why not we sing the song? But
this time, I want we spread all our heart into the song. Get the feeling. Get
it?” Trisha mengangguk perlahan.
Azaril mencapai
Iphonenya di birai katil dan memainkan muzik Way Back Into Love nyanyian duet
Hugh Grant dan Drew Barrymore.
Trisha menarik nafasnya
dan dihembuskan perlahan.
I've been
living with a shadow overhead,
I've been sleeping with a cloud above my bed,
I've been lonely for so long,
Trapped in the past,
I just can't seem to move on!
I've been sleeping with a cloud above my bed,
I've been lonely for so long,
Trapped in the past,
I just can't seem to move on!
Giliran Azaril pula meluahkan perasaannya. Diikhlaskan hati agar
rasa itu sampai pada pemilik hatinya.
I've been hiding all my hopes and dreams away,
Just in case I ever need 'em again someday,
I've been setting aside time,
To clear a little space in the corners of my mind!
Azaril dan Trisha saling
berpandangan.
All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
Ooo hooow
Trisha memeluk suaminya dengan lebih erat lagi.
Azaril mendengar setiap bait lagu yang dinyanyikan isterinya. Sudah lama dia
ingin berduet lagu kegemarannya itu bersama Trisha. Namun, setiap kali dia
ingin menyuarakan hasratnya pasti hatinya melarang. Dia takut isterinya akan
menolak dan penolakan itu pasti menghampakan hatinya.
I've been
watching but the stars refuse to shine,
I've been searching but I just don't see the signs,
I know that it's out there,
There's gotta be something for my soul somewhere!
I've been searching but I just don't see the signs,
I know that it's out there,
There's gotta be something for my soul somewhere!
Trisha turut menghayati setiap bait umpama
mendengar luahan suaminya. Kemudian dia tersenyum manis. Ya Allah, aku jatuh
hati. Jatuh hati pada suamiku sendiri.
I've been
looking for someone to she'd some light,
Not somebody just to get me through the night,
I could use some direction,
And I'm open to your suggestions.
Not somebody just to get me through the night,
I could use some direction,
And I'm open to your suggestions.
Azaril menarik tangan Trisha untuk bangun.
Mereka menari sambil menyanyikan lagu kegemaran Azaril. Trisha memaut lembut
leher Azaril dan Azaril meletakkan tangannya di pinggang Trisha.
All I wanna do is find a way back into love.
I can't make it through without a way back into love.
And if I open my heart again,
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end!
I can't make it through without a way back into love.
And if I open my heart again,
I guess I'm hoping you'll be there for me in the end!
“This is my word to you,” bisik Trisha,
penuh romantik. Azaril melirik senyum, akan dikenang saat ini sehingga ke
hujung nyawa.
There are moments when I don't know if it's real
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation
Or if anybody feels the way I feel
I need inspiration
Not just another negotiation
Dan sekali lagi mereka menyanyikan bahagian
korus dengan penuh perasaan. Mata masing-masing sudah bercahaya. Cahaya apakah?
Yang pasti mereka mempunyai perasaan yang sama saat ini. Perasaan itu yang
dialirkan ke segenap ruang hati mereka. Paluan kompang di hari persandingan
mereka bagaikan masih terngiang di minda.
All I wanna do is find a way back into love,
I can't make it through without a way back into love,
And if I open my heart to you,
I'm hoping you'll show me what to do,
And if you help me to start again,
You know that I'll be there for you in the end!
I can't make it through without a way back into love,
And if I open my heart to you,
I'm hoping you'll show me what to do,
And if you help me to start again,
You know that I'll be there for you in the end!
Mereka saling bertatapan. Senyuman nakal Azaril
membuatkan Trisha tergelak kecil. Bukanlah kali pertama mereka melunaskan
tanggungjawab yang satu itu. Tetapi, malam ini terlalu istimewa. Semuanya
kerana kedua-duanya sudah yakin akan cinta masing-masing. Semoga hari ini dan
seterusnya juga milik mereka. Kurniaan Allah adalah yang terbaik. Mereka akan
menghargai setiap detik bersama selagi nyawa dikandung badan. Insha Allah.
*****
“Hey,” Azaril mencium
dahi Trisha lembut. Isterinya itu tampak polos. Azaril menggeliat kecil.
Malasnya hendak bangun, mahu sahaja dia terus melelapkan mata sehingga ke
tengah hari.
“Malasnya
nak bangun. Dahlah hujan…”
“No. You kerja, kan. Get up,” Trisha ingin bangun namun tangan Azaril pantas menarik
isterinya ke dalam pelukan. Tidak puas lagi dia bermanja dengan Trisha. Sudah
berada di hadapan mata pun, masih rindu. Isk. Itu bukannya rindu, tetapi gatal.
“Alah,
kerja tu bila-bila boleh masuk,” Azaril mengangkat keningnya, berlagak pandai.
“Tak
nak pergi kerja eh. O… key. Then, I
tak payah balik rumah kitalah kan?” ugut Trisha. Strategi kena bijak, beb. Cik
abang seorang ini bukannya makan saman. Slumber
badak dia sahaja mahu bercuti sedangkan cuti lelaki itu sudah pun habis. Naik
lemaklah jika seorang doktor meninggalkan pesakitnya lama-lama.
“No way! Okey, I mandi dulu,” Trisha
tersenyum menang. Dia kembali berbaring.
Tidak
disangka perpisahan selama beberapa jam itu mampu meresahkan mereka. Dan yang
paling mengejutkan Azaril turut menyayanginya. Dulu, bukan main suaminya itu
mengatakan susah untuk menyayanginya. Akhirnya, Azaril sendiri yang mencari
Trisha kembali. Lelaki dengan egonya takkan terpisah.
“Dah
lama buat kerja ni?” Azaril tersenyum nakal. Matanya ini tidak mahu lepas dari
seraut comel Trisha.
“Dah
lama dah. Sejak I ada isteri lagi…” Trisha ketap bibir. Dia ingatkan suaminya
itu sudah ke kamar mandi. Rupanya, masih di sini. Sibuk menilik wajah isteri
dia yang comel ini. Masuk bakul angkat sendiri nampak, Puan Trisha Dania.
“Oh
ya? Kenapa tak mandi lagi?”
“I
kalau bolehlah kan… naklah mandi dengan wife
I. Macam tak seronok pulak mandi sorang-sorang. Sejuk ni,” Trisha menampar belakang
badan Azaril yang sedang meniarap itu.
“Mengadanya.
Pergi ajelah mandi,” Azaril menggeleng laju. Muka menunjukkan mimik manja.
Sehabis mungkin ditayangkan wajah comel agar si isteri termakan helahnya itu.
“No!” Azaril bersuara tegas. Mata
ditajamkan pada Trisha penuh makna. Arahan suami tidak boleh diingkar. Trisha berdecit,
geram dengan kerenah suami yang mengada-ngada ini.
Hish,
sabar sajalah!
“Okey.
Jom,” Azaril tersenyum nakal. Sudah macam budak-budak biarpun dah masuk tiga
puluh tahun. Pantas sahaja lengan sasa Azaril mencempung tubuh Trisha ke bilik
air. Kedengaran Trisha menjerit kecil tatkala badannya dicelupkan terus ke
dalam tab mandi. Grrr.
*****
Tok!
Tok! Tok!
Trisha
membuka pintu sambil mengelap rambutnya yang basah. Puan Sri Kamalia elok
sahaja berdiri di muka pintu. Kening diangkat sedikit. Senyuman nipis
dihulurkan.
“Trish,
dah bangun?”
“Dah
siap mandi pun, bu…”
“Ibu
ingat tak bangun lagi. Gelap aje bilik Trish ni. Takut pulak nanti lambat
bangun… Aril nak pergi kerja tu,” Sayang sangat ibu dengan menantu dia seorang
ni.
“Dah,
bu. Kita orang nak solat subuh dulu. Kejap lagi Trish turun tolong ibu buat
sarapan eh,” Trisha ukir senyuman comel.
“Iyalah.
Ibu pun tak solat lagi ni,” Puan Sri Kamalia berlalu kembali ke biliknya.
Trisha menutup kembali daun pintu bilik.
“Kenapa
dengan ibu?” soal Azaril. Dia hanya bertuala sahaja.
“Ibu
ingat kita tak bangun lagi. Kang lambat pulak menantu tersayang dia ni pergi
kerja,” Trisha mencubit kedua pipi Azaril lembut.
“Sweetnya ibu…”
“Ibu
siapa? Mana kemeja dengan seluar you? I ironkan,”
Trisha menyidai tualanya dan berlalu ke meja solek.
“Ada
dalam keretalah. Kejap lagi I ambil. Kita solat dulu,” Trisha memandang Azaril
dari cermin dengan riak terkejut.
Azaril
menghampiri Trisha dan mencium ubun-ubun isterinya lembut.
“You make me grow up, Trisha Dania. Thank to
you and the only one… Allah,” Bibir Trisha mengulas senyuman yang paling
manis untuk suaminya.
“Dah
besar ye, cik abang Trisha ni,” Trisha mengusap rambut Azaril. Kemudian dia
berlalu ke almari dan mengeluarkan t-shirt dan juga kain pelikat untuk
suaminya. Pertama kali mereka akan berjemaah.
*****
Azaril
tidak terus masuk ke rumah setelah mengambil pakaiannya di kereta. Sebaliknya
dia melabuhkan punggungnya di buaian yang terletak di porch. Dingin hujan menyapa kulitnya. Sungguh, dia berasa sangat
tenang. Cuaca pagi itu yang redup amat memberikan keselesaan kepadanya. Selalunya
pukul tujuh pagi, matahari dah memancar. Namun hari ini, keadaan di luar masih
gelap.
“Ehem…”
“Baba,”
Tan Sri Amzan duduk di kerusi berhampiran.
“Buat
apa kat luar ni?”
“Saja
nak ambil angin. Tenang pulak rasanya pagi ni,” jawab Azaril. Tan Sri Amzan
menyedut udara pagi yang sedang menangis hari ini.
“Jarang
tempat kita ni nak hujan pagi-pagi macam ni. Kalau tak ingatkan kerja, sambung
tidur pun sedap ni,” ujar Tan Sri Amzan dalam nada bergurau.
“Itulah,
baba. Sedap tidur ni. Sejuk pulak tu,” balas Azaril sambil memeluk tubuh.
Tan
Sri Amzan dan Azaril diam seketika. Jarang mereka ada masa untuk berbual
seperti ini. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Tan Sri Amzan dengan
perniagaannya. Manakala, Azaril memang sentiasa sibuk di hospital. Kadang-kadang
sahaja mereka bersua muka, ketika majlis keramaian diadakan. Itupun, hanya
sekejap.
“Eh,
kat sini lagi?” Azaril dan Tan Sri Amzan menoleh ke muka pintu serentak. Trisha
sedang elok bersandar di tepi pintu.
“Amboi,
takkan tak boleh nak berenggang langsung, Trish…”
“Tak
adanyalah, baba. Orang nak ambil baju Aril. Nasib baik Trish turun. Kalau tak, pakailah
baju tak beriron tu pergi kerja,” Azaril
menyuakan pakaiannya kepada Trisha.
“Ingatkan
dah rindu. Trish, duduk kejap. Baba nak cakap sikit…”
“Hmmm?”
Trisha duduk di sebelah Tan Sri Amzan. Dia menanti bicara dari babanya. Macam
hal penting sahaja.
“Nenek
ada telefon Trish?”
“Ada.
Semalam… masa on the way nak balik
sini. Kenapa, baba?” Tan Sri Amzan mengeluh kecil.
“Trish
ada setuju nak pergi rumah nenek hujung minggu ni?” Trisha mengangguk laju. “Huh,
nasib baik,” Tan Sri Amzan mengusap dadanya. Terasa lega sedikit.
“Ini
yang pelik. Kenapa dengan baba ni? Lain macam aje…”
“Aril?”
Trisha mengecilkan matanya memandang Azaril. Azaril menjadi serba salah.
Kantoilah dia jika dia menipu lagi. Semalam dia mengelak sakan, tidak mahu
pulang ke kampung dek tidak mahu bersemuka dengan Trisha lagi.
“Aril
cakap ada kerja hujung minggu ni,” balas Azaril, gelabah. Trisha sudah menarik sengih
tajam. Haish!
“Macam
ni… baba, ibu dan saudara mara kita yang lain ingat nak surprisekan nenek. Jadi, ada yang cakap tak boleh nak join kenduri tu nanti. Tapi, sebenarnya memang
semua nak balik pun,” terang Tan Sri Amzan.
“Then?”
“Nanti
Trish balik rumah nenek dengan ibu dan Cik Ani aje. Malam kenduri tu baru yang
lain balik. Faham?”
“Okey,
faham. Nak surprise untuk apa, baba?”
tanya Trisha.
“Hari
yang nenek buat kenduri tu kebetulan hari lahir nenek. Kita orang dah setuju
nak buat kejutan. Memang dah lama pun nak buat kejutan ni tapi tak ada masa
kan. Alang-alang nenek nak buat kenduri tahlil untuk arwah atuk tu, surprisekanlah nenek sekali,” jelas Tan
Sri Amzan.
“Untung
nenek dapat anak menantu macam ni kan,” Tan Sri Amzan gelak akan kata-kata Azaril
itu. Nek Salima seorang yang baik, sudah tentu seluruh keturunan keluarga
menyenangi wanita tua itu.
“Alah,
small matter. Walaupun baba ni cuma
menantu aje, tapi nenek layan baba macam anak sendiri. Nenek tak pernah bezakan
anak menantu dia. Semuanya dilayan sama rata,” ujar Tan Sri Amzan.
“Iyalah.
Baba, minggu ni Trish tak masuk kerja tau,” maklum Trisha. Azaril sudah pelik. Rasanya
Trisha tiada berbincang apa-apa pun dengan dia.
“Kenapa
pulak? Tak cukup cuti dua minggu?”
“Mana
ada dua minggu. Seminggu lebih aje, eh. Trish malaslah nak masuk kerja lagi.
Minggu depan Trish kerjalah balik. Bolehlah,” pujuk Trisha. Dia bukanlah malas,
cuma dia mahu menumpukan sepenuh perhatian pada rumah tangganya sementelah
hubungan mereka semakin baik ini.
“Iyalah.
Nasib baik anak sendiri. Tapi, kali ni aje tahu. Nanti apa pulak kata staf-staf
lain…”
“Noted. Trish naik dulu. Baba jangan lama-lama
sangat kat luar ni. Nanti asthma baba
datang balik pulak. You pun sama,” pesan Trisha kepada dua orang kesayangannya
itu.
“Eh,
doktor kesayangan Trish di sebelah ni boleh ubatkan babalah,” Trisha mencebik.
Azaril
buat muka hebat. Mentang-mentang sudah berbaik, mulalah perangai budak-budak
dia orang itu kembali. Tan Sri Amzan mengulas senyuman lebar. Bahagia melihat
pasangan muda sudah menemui kebahagian mereka. Semoga kebahagiaan itu kekal
milik anak menantunya itu. Untung-untung, timang cucu baru dia tahun hadapan.
Eheh.
to be continued...
p/s : HMLA edited version for bab 9 & 10. hehe. ada part yang diedit. so, harap boleh ubat rindu. hihi. tengah cuba masuk mood HMLA balik. inshaAllah, CIA cuba masukkan entry baru untuk HMLA. and, maybe CIA stop sat untuk cerpen & enovel yg lain. nak fokus time tengah in HMLA mood ni. so sorry tau. :(. anyway, SELAMAT MEMBACA! :D. trying update new bab and new scene for HMLA. :)
Hehe... ok akak, jnji ada new n3 sudah ;)
ReplyDeleteTq ok sbb bagi new cerpen ♥
hihi. sama-sama. love. :D
DeleteHehe...awl update...papepun story u semua bestttt....suwet2 gitu...so mlm ni update lg tau....;)
ReplyDeleteawallah. hehe. thank you, mona. suuuuweeeet ke? hihi. dah update. :D
DeleteHello Mr La dh.. tapi STNK x de lagi.. hmm.. still waiting.. take your time to write it writer..
ReplyDelete:D. STNK sedang diupgrade. hehe. thank you sudi tunggu. :). love love love.
DeleteBiarlah jelah Lewis Lee tu duduk diam2 kat LA. Tamau kacau Azaril dengan Trisha. Can ah can ah? Hahahahahaha
ReplyDeletealaaaaa, acana nak jadi HMLA gitu. hehehe. canorcannot?
Delete