Pakaian
yang tersangkut di dalam almari, Ayuna keluarkan. Jari mengetuk bibir, pakaian
apakah yang sesuai untuk dibawa bercuti? Ditala pula pandangan ke katil, Nadeem
masih nyenyak tidur. Maklumlah, cuti semester sudah bermula. Jika ada kuliah,
hendak tidur dengan nyenyak pun tidak boleh. Apa tidaknya, gaya hendak
melelapkan mata sahaja… pasti ada yang menghubungi Nadeem untuk bertanyakan itu
ini. Ketua pelajarlah katakan. Tsk.
Ketukan
pintu menyedarkan Ayuna yang bingung memilih pakaian itu. Dibawa langkah ke
pintu, tombol dipulas perlahan.
“Nadeem
mana, Nana?” Ayuna meluaskan bukaan pintu. “Haih, tidur lagi? Pukul berapa kamu
berdua nak bertolak?” soal Hajah Aliyah.
“Nadeem
bagitahu, lepas zohor. Kenapa, umi?” soal Ayuna kembali.
“Tak
adalah. Selalunya pukul tujuh lebih laki kamu tu dah terjengul di ruang tamu.
Hari ni, sudah pukul sembilan lebih pun masih berkubang lagi. Penat buat apalah
sampai tidur mati gitu?” Mata Hajah Aliyah melirik ke Ayuna yang elok bersandar
di pintu.
Ayuna
sengih.
“Umi,
normal thinking, please. Nothing happened yet,” Hajah Aliyah
tergelak kecil. Diusap kepala menantunya.
“Iyalah,
umi tahu. Hmmm, pergi pack barang.
Karang kena bebel dengan si mangkuk hayun tu, tak ke haru,” Amboi, sakan Hajah
Aliyah mengutuk anak lelakinya.
Hajah
Aliyah berlalu ke tingkat bawah. Ayuna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Did umi expecting something? Ugh, normal thought, Ayuna. Dia kembali ke
almari, bagpack yang tersimpan elok
di atas almari, diambil. Lebih baik dia berkemas sebelum encik suami bangun.
Mahu kena bebel satu hari. Uhuk!
*****
Nadeem
memasukkan beg-beg baju ke dalam bonet Caldina putih yang dihadiahkan oleh Haji
Azman ketika dia mula-mula mendapat lesen kereta dulu.
“Pergi
sana elok-elok, Nadeem. Jaga menantu umi baik-baik,” pesan Hajah Aliyah. Ayuna
mengulas senyum.
“Iya.
No one want harm her, umi,” Ceit,
sempat lagi dia loyar buruk. Ayuna mengerling Nadeem yang sibuk mengemaskan
tempat duduk belakang. Semak barangkali.
“Eh,
menantu umi ni comel plus cantik
tahu. Buatnya ada mat saleh nak mengurat Nana, berputih matalah Nadeem,” Ayuna
tergelak. Padan muka, encik suami! Kan dah kena bebel dengan Hajah Aliyah.
Ngek.
“Eleh,
berputih mata aje pun. Dia orang mengurat pun, bukannya boleh dapat,” Heh, ada
sahaja Nadeem mahu menjawab. Tetapi, betullah kan? Sah-sah si Ayuna itu hanya
menginginkan Nadeem sahaja. Ehek.
Hajah
Aliyah ketap bibir. Geram dengan kerenah anak lelaki dia yang seorang ini.
“Aduh,
nanti Nana daftarkan umi dengan Nadeem masuk gelanggang WWE eh? Macam seronok
aje, tengok sambil makan popcorn pulak.
Pergh, keren bangat,” seloroh Ayuna selamba. Kemudian, dia ketawa kecil.
“Amboi,
agak-agaklah daftar WWE. Masuk gelanggang raja lawak pun belum tentu lepas,” balas
Hajah Aliyah. Serentak Nadeem dan Ayuna gelak.
Ayuna
membunyikan alarm Myvi ungunya,
dibuka pintu di sebelah penumpang. Bantal berbentuk segi empat dia capai.
Maklumlah, tempat yang mereka ingin pergi agak jauh juga dari KL. Jauhlah
sangat Ayuna oi, empat puluh lima minit saja pun. Selesa sedikit jika ada
bantal yang boleh menemaninya… tidur. Eheh.
“Dah?”
Ayuna angguk. Dia mendekati Hajah Aliyah di garaj. Dipeluk wanita itu erat.
“Pergi
elok-elok. Kalau Nadeem buli Nana, bagitahu umi. Tahulah umi nak mengajar,”
Nadeem di sebelah uminya mencebik. Dia belum pekak okey.
“On the spot, I’ll tell you. Umi duduk
rumah baik-baik. Jangan rindu Nana tau,” Hajah Aliyah usap belakang Ayuna.
Menantu kesayangan kan.
“Nana
depan mata umi pun, umi rindulah. Nadeem, bawa kereta tu hati-hati. Biar
lambat…”
“Asalkan
selamat,” potong Nadeem. Dia memeluk tubuh uminya setelah Ayuna melepaskan
pelukan Hajah Aliyah.
Ayuna
sengih comel. Dasar anak manja! Nasib baik Haji Azman tiada kerana berkursus di
luar negara untuk dua hari. Jika tidak, tentu lebih dramatik lagi perpisahan
sementara ini. Bukannya jauh sangat sampai ke utara Malaysia pun. Poyo saja
lebih si Nadeem tu. Sempat lagi Ayuna mengutuk Nadeem di dalam hatinya. Isk!
*****
Kereta
diberhentikan di kawasan parkir Pantai Morib. Nadeem keluar dari kereta,
dibetulkan sedikit urat yang lenguh dek memandu tanpa berhenti. Jika mereka
berhenti di RnR, sudah tentu akan memakan masa yang lama untuk tiba ke destinasi
percutian mereka ini. Lengang pula keadaan Pantai Morib ketika ini.
“Kenapa
berhenti kat sini? Don’t we have to check
in first?” soal Ayuna dari dalam kereta. Puas juga dia tidur. Selepas
sahaja mereka memasuki lebuhraya, terus dia terlelap.
Nadeem
menjengulkan kepala ke dalam kereta.
“Keluarlah
dulu. Tengah berangin ni. Jalan-jalan dulu kat sini,” Ayuna menanggalkan tali
pinggang keledar. Tudung yang sudah senget benget itu dibetulkan sedikit
sebelum keluar dari kereta.
Alarm
kereta berbunyi tanda Nadeem menguncikan keretanya. Dengan selambanya Ayuna
menghulurkan tangannya kepada Nadeem agar lelaki itu menyambut. Tanpa kata,
Nadeem menarik tangan Ayuna. Kini, mereka berpegangan tangan menuju ke pantai.
Wah, beranginnya.
“Lamanya
tak datang pantai. Thank you,” Nadeem
senyum. Mereka berhenti di bawah pokok yang merendang di pesisir pantai.
“Most welcome. Tak ramai pulak orang hari
ni…” Pandangan dililau ke sekeliling pantai. Pantai itu nampak kosong sahaja.
“Sekarang
bukannya musim cuti sekolah, cik abang oi. Memanglah tak ada orang,” balas
Ayuna sambil matanya memandang laut yang luas terbentang. Segarnya mata.
“Ha’ah,
kan. Jaga kain awak tu, terselak pulak nanti. Angin kuat ni,” Ayuna tergelak. Didongak
sedikit kepalanya. Nadeem kan lebih tinggi darinya.
“Terselak
pun bukannya boleh nampak apa-apa. Saya pakai legging. Tapi, ada ke orang nak tengok melainkan…” Ayuna berjeda.
Nadeem
pandang Ayuna dengan ekor matanya.
“What?”
“Awaklah.
Gatal,” Dicuit pinggang Nadeem selamba. Nadeem memeluk bahu Ayuna.
“Biarlah.
Saya bukannya gatal dengan orang lain pun. Awak tu yang dok menggatal dengan
saya tahu. Siapa punya rancangan nak bercuti kat sini?” Ayuna menjuihkan
bibirnya.
“Eh,
okey apa. At least, we have time for each
other. Daripada kita duduk rumah tak buat apa-apa, lebih baik pergi
bercuti. Awak jugak yang setuju, kan?”
Nadeem
berdecit. Di kampus, bolehlah dia berdebat sakan dengan teman-temannya. Tetapi,
jika berdebat dengan si kenit ni… sah dia bukan tandingannya. Ada sahaja
jawapan dari bibir comel Ayuna itu.
“Iya…
iya. You’re right, dear…”
Ayuna
peluk pinggang Nadeem. Ah, seronoknya dapat peluk suami sendiri. Tidak rugi
mereka berkahwin awal. Tika sedih, ada yang memujuk. Tika gembira, ada yang
mahu berkongsi.
“Nur
Ayuna…” panggil Nadeem, tiba-tiba.
“Hmmm?”
“Do you wish to have a family with me? What I mean is… we should have… emmm…”
Ayuna kerut dahi.
Apakah
yang cuba Nadeem sampaikan?
“Patut
apa?”
“Kita
patut ada… anak? Kalau awak tak suka, tak apa. Saya cuma ingin tahu pendapat
awak aje. Lagipun, kita masih muda kan. Banyak lagi masa yang kita ada untuk plan semua tu. Kita pun masih belajar
lagi…”
Kucupan
Ayuna di pipi kanan Nadeem membuatkan lelaki itu terdiam. Bukan main laju lagi
Nadeem menyerang kata. Tak bernafas Ayuna tengok.
“What are you trying to say, Nadeem Aliff?
Just straight to the point. I’m okay with
that,” Nadeem terkelu. Tidakkah Ayuna memahami maksudnya?
“I’m heard what umi said this morning. Saya
rasa kita memang perlu ke tahap seterusnya. Itupun kalau awak rasa kita patut
melangkah ke situ…”
Ayuna
sengih senget. Rasanya, dia sudah memahami maksud sebenar Nadeem. Ah, tiba-tiba
pula mukanya terasa berbahang. Nafas… nafas. Pinggang Nadeem masih dipeluknya.
Tangan Nadeem juga masih di bahu Ayuna. Mereka bagaikan patung buat seketika.
Mungkin sedang memikirkan tentang hal itu.
“Are you ready for that?”
Nadeem
senyum nipis. Tangan kirinya membetulkan cermin mata yang sudah melurut ke
bawah.
“It’s about future. Walid bagi talk pasal hubungan suami isteri dua
hari lepas. He really mean it, Ayuna.
Masa tu saya tak tahu macam mana nak sampaikan pada awak…”
Ayuna
mengeluh perlahan.
“Okey,
saya andaikan aje eh. Kalaulah saya ni pregnant,
bermaksud kita kena hebahkan relationship
kita ni kan. Awak okey ke?” Nadeem terkaku.
“Hmmm…”
Entah
mengapa, Ayuna seperti mahu tergelak besar.
“Chilllah. Saya cuma andaikan aje. Rasanya,
semua orang dalam kelas kita dah tahu pasal saya ni dok minat kat awak. Jadi,
saya tak kisah pun nak hebohkan pasal kita ni. Lainlah awak tu, hotstuff. Satu kampus kenal awak. Dah
tu, peminat pun berduyun-duyun,” ujar Ayuna tenang.
“Ha’ah.
Lupa pulak saya ni ramai yang dok terkejar-kejar. Hmmm, rasanya tak sesuai
pulak nak hebohkan masa ni,” Ayuna menumbuk perut Nadeem, geram. Tetapi, tidak
kuat mana pun. Sayang kan.
“So, the answer is… I’m not ready yet,”
kata Ayuna keras, dilepaskan pinggang Nadeem. Dia melangkah kembali ke kereta.
Nadeem
gelak. Kakinya turut melangkah ke kereta. Seronok juga mengusik puan isteri
seorang ni. Sebelum mereka berkahwin lagi, Ayuna sudah mempunyai sifat cemburu
itu. Bukanlah cemburu terlampau, cuma Ayuna kelihatan comel jika berkelakuan
seperti itu. Gadis itu bersikap terbuka. Setiap tindakan yang dia lakukan
berdasarkan apa yang dia rasa.
Jika
suka, dikatakan suka. Jika sayang, mahunya dia peluk si Nadeem tu tak
lepas-lepas. Jika marah, memang jenuhlah Nadeem mahu memujuk. Cemburu? Jelingan
tajam Ayuna hadiahkan kepada Nadeem. Bercorak sungguh kehidupan Nadeem setelah memperisterikan
Ayuna.
Daripada Abu
Hurairah telah berkata : Rasulullah SAW telah bersabda : Sesungguhnya sifat
cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Dan adapun
cemburu yang disukai Allah ialah cemburu yang ada padanya keraguan manakala
cemburu yang dibenci Allah adalah perasaan cemburu terhadap perkara yang tidak
ada keraguan.
(Riwayat Ibn
Majah)
*****
Malam
itu, Nadeem membawa Ayuna berjalan-jalan di sekitar hotel yang sudah ditempah
Nadeem beberapa hari sebelum bertolak ke Morib. Beria-ia Ayuna mengabadikan
kenangan mereka di sini. Bukan selalu dapat bercuti seperti kali ini. Jika mereka
tidak memanfaatkan cuti semester mereka ini, tiada lagi masa yang sesuai untuk
bercuti.
Sekembali
sahaja kehidupan pelajar mereka, masing-masing sudah sibuk dengan dunia mereka.
Tambahan pula, semester hadapan lebih mencabar yang memerlukan komitmen penuh.
“Awak,
apa kata setiap kali cuti aje… kita pergi holiday?”
“Hah,
awak nak round satu Malaysia ke,
Nana?”
“Aduh,
apa salahnya? Daripada buang duit melawat negara orang, baik kita majukan
pelancongan negara kita ni. Alah, kita bukannya pergi bercuti lama pun. Dua tiga
hari sudahlah. Tapi, masa cuti panjanglah,” Ayuna menjelaskan dengan lebih
terperinci akan cadangannya itu.
“Ikut
suka awaklah. Jangan nanti awak sibuk dengan kawan-kawan awak sudah. Habis lupa
semua benda yang awak rancang,” tukas Nadeem sambil menyisip mocha panas.
Ayuna
sengih comel.
“Ai,
ai… Mr Nadeem Aliff,” Ayuna mengangkat tabik.
“Oh
ya, Puan Nur Ayuna. Seminggu sebelum kita mula kelas, awak jangan lupa ya. Saya
ni kena lapor diri awal. Jadi, jangan nak melencong ke tempat lain pulak,”
Nadeem mengingatkan Ayuna tentang tugasnya sebagai ketua pelajar yang akan
terlibat sama dalam hari menyambut pelajar baru kampus mereka.
“Mana
ajelah saya nak pergi? Paling jauh pun, rumah ibu. Itu pun, kalau awak
benarkanlah. Bulan depan kan ibu dan abah dah nak pergi buat umrah,” Kini,
giliran Ayuna pula mengingatkan Nadeem.
Nadeem
menepuk dahinya. Ayuna buat muka. Sah, lelaki itu terlupa. Dah agak dah.
“Mem,
saya lupa. So sorry. Nanti kita balik
rumah ibu samalah. Dah lama borak dengan abah,” Nadeem sedar akan khilafnya.
Anak
perempuan ibu dan abah, nak. Ibu dan abah pula ditolak ke tepi. Haish, menantu…
menantu.
“Hah,
itulah awak. Belum tua, dah nyanyuk. Nasib baik ada saya yang comel dan cantik
ni tolong ingatkan tahu. Ish, Nur Ayuna ni…”
“Memang
good-wife,” Nadeem menahan tangan
Ayuna yang menggawang-gawang penuh gayanya itu.
“Tahu
pun. Sayang awak, Nadeem Aliff,” ucap Ayuna bersahaja. Kerap kali dia meluahkan
rasa hatinya. Bagi Ayuna, tidak perlulah dia berahsia memandangkan Nadeem
sendiri sudah sedia maklum tentang itu.
Nadeem
hanya mengangguk. Ayuna menampar lembut tangan Nadeem sambil buat muka kerut
dahi dia tu. Marah!
“Oh,
saya pun sayang awak, Nur Ayuna,” Barulah Ayuna tersenyum lebar. Nadeem senyum
nipis. Ayuna ni kan, ‘comel sangat’. Tidak jadi dia mengutuk Ayuna. Uhuk!
Ayuna
sembunyikan senyuman jahatnya. Tahu sangat bahawasanya Nadeem Aliff bukanlah
seorang yang suka berterus terang akan perasaannya. Macamlah Ayuna tidak tahu. Setiap
malam sebelum tidur, pasti Nadeem akan mencium ubun-ubun sambil mendoakan
sesuatu yang baik. Mungkin, itulah cara Nadeem menyalurkan kasih sayangnya. Itu
tandanya kasih Ayuna berbalas. Insha Allah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’
ayat 19 :
Dan bergaullah kamu dengan mereka
(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik; Kemudian jika kamu (merasai)
benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru
menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuat, sedang Allah hendak
menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).
~SEKIAN~
p/s : Assalamualaikum... Hye! tiba-tiba muncul idea nak sambungkan Nadeem Ayuna macam ni. hope semua suka eh. Nadeem Ayuna akan muncul ikut suka hati CIA. haha. :D. bila ada, adalah. hihi. macam best pula watak Nadeem & Ayuna ni. feeling lebih sikit. tsk. so, cerpen siri ni ada di page baru tau. :). apa pun, malam ni Nadeem Ayuna untuk tatapan anda. SELAMAT MEMBACA! :D.
p/s 1 : sorry sangat-sangat to those yang memang tunggu HMLA & STNK. can't make it for a while. otak ni tak sampai nak masuk mood enovel buat sementara waktu. inshaAllah, CIA akan update bila otak ni kembali normal. hihi. kat tempat CIA cuaca tak tentu, kadang2 hujan, kadang2 panas sangat. so, bila buka nak sambung... idea tak sampai. huhu. sorry sangat-sangat tau.
Tq2 ♥
ReplyDeleteOk...tenkiu...xpa sabar mggu ...yg penting update selalu dgn cite2 besttt...;)...
ReplyDeleteSTNK mmg best.. harap tak tggu lame lagi.. miss STNK..
ReplyDelete