“Ayuna,
help me please,” pohon Nadeem, di
satu sudut bilik bacaan milik walidnya. Dia yang sedang berdiri di atas kerusi
cuba menggapai sebuah buku yang terletak di rak paling atas.
“Tolong
apa?” tanya Ayuna, tanpa memandang Nadeem. Kusyuk dengan novelnya, bab romantik
kot. Mana boleh berhenti membaca. Tsk.
“Pegang
kerusi saya ni…”
Tika
itu, Ayuna angkat mukanya.
“Awak
tinggi kot, takkan tak sampai?” Nadeem berdecit. Banyak soal pula minah seorang
ini. Aku sekeh karang baru dia tahu, bebel Nadeem, sakit hati.
“Tak
susah pun kan, cuma minta pegangkan kerusi,” Lambat-lambat Ayuna bergerak ke
arah Nadeem. Novel yang dibaca tadi diletakkan di atas meja. Sebal pula hati
kita. Huh!
*****
Cermin
mata yang terletak di atas meja solek, dicapai. Nadeem merenung Ayuna yang
masih bergolek di atas katil. Inilah padahnya jika berkahwin muda. Nasib badan
mendapat isteri yang masih berperangai kebudak-budakan. Ops! Terkutuk pula.
“Jom,”
Ayuna bangkit. Tudung yang senget dibetulkan.
“Ingatkan
nak pergi esok aje,” perli Ayuna selamba. Mana tidaknya, hampir setengah jam
dia menunggu lelaki itu bersiap. Mengalahkan perempuan!
“Mana
stoking?”
Mata
Nadeem tertancap pada kaki Ayuna yang masih ‘berbogel’. Haish!
“Alamak,
terlupa,” Ayuna menepuk dahinya. Macam mana boleh terlupa hendak memakai
stoking pula ni?
Sudahlah
encik abang seorang tu alim-alim sikit, memang panaslah telinga dia ni. Sah-sah
nanti kena bebel. Adoi, kau ni Ayuna, suka cari pasal dengan ustaz seorang ni.
“Benda
simple pun boleh lupa? Take note ya, Ayuna. Please alert of your aurah. Don’t make any
mistake, okay? Boleh bawa padah,” Ayuna terangguk-angguk sambil
menyarungkan stoking hitam ke kakinya. Kan dah kena bebel, hah.
“Iya…
iya. Janganlah bebel. Saya tahu dah,” tutur Ayuna perlahan.
Nampak
sahaja encik abang ni seorang yang pendiam, tetapi apabila berdua dengannya…
wuih, mulut tu asyik cotcetcotcet. Macam
orang tua! Alamak, terkutuk suami pula. Sorry,
Mr Hubby.
“Hah,
apa lagi dok tercegat kat situ? Karang lambat pulak masuk kelas, kena bebel
pulak dengan Prof. Yati,” Ayuna kerut hidung, geram.
Nadeem
tergelak kecil, kelakar. Ketika puan isteri menghampirinya di pintu bilik, dirangkul
bahu si kenet itu mesra. Memujuk oi! Tulang rusuk kiri dia kan. Eheh.
*****
Prof.
Yati semangat memberikan kuliahnya. Namun, masih ada pelajar yang tidur. Huh,
termasuklah si kenet Ayuna. Bukan tidur, tetapi hampir-hampir. Nadeem yang
berada di meja hadapan menjeling Ayuna yang duduk di barisan kedua, tepi
tingkap. Fahamlah tu apa yang Prof. Yati ajar sehingga terangguk-angguk Ayuna
dibuatnya.
Itulah
padahnya jika terlalu taksub membaca novel, tidak sedar waktu sudah ke tengah
malam hampir subuh. Hadoi, kaki novel sungguh. Lebih baik khatam Al-Quran
daripada khatam novel-novel cinta. Balik nanti, siaplah Ayuna dia kerjakan. Nadeem
nekad akan melakukan idea yang tiba-tiba muncul itu. Diukir senyum senget.
“Ayuna,
stand up,” Terkejut Ayuna dek suara
kuat Prof. Yati. Mahu tidak mahu, dia berdiri. Sesiapa yang terlena ketika itu,
kembali segar. “Awak ni kan, Ayuna. Setiap kali kelas saya, mesti nak tidur.
Awak buat apa semalam?”
Ayuna
sengih. Dijeling Nadeem, namun lelaki itu hanya buat biasa. Kayu dia tulah.
Senget!
“Tak
buat apa pun, prof…”
“Habis,
kenapa awak mengantuk? Sibuk berchatting
dengan boyfriend?” Ayuna telan air
liur kasar. Orang sibuk dating dengan
encik abanglah. Ugh! Halal lagi tu,
hah.
“Prof,
novel Warkah Cinta Berbau Syurga lebih menarik daripada chatting dengan boyfriendlah,”
Prof. Yati terus menarik wajah ceria.
“Awak
dah habis baca novel tu?” Semua pelajar di dalam kelas itu pandang Prof. Yati
pelik.
“Belum.
Baru nak khatam, ada yang kacau,” Diambil peluang itu untuk memerli Nadeem yang
tunduk memandang meja.
Aduh,
lelaki itu manalah pernah memandang ke arah lain selain pensyarah dan buku-bukunya.
Jaga pandangan, beb. Tenung isteri lama-lama, boleh. Sangat boleh.
“Alah,
awak bacalah sampai habis dulu. Nanti kita story
mory ya?” Prof. Yati, peminat tegar novel-novel cinta berkonsepkan cinta
islamik.
Kerap
dia dan Ayuna bertukar pendapat dan novel-novel yang dibeli mereka. Kerana
itulah, Ayuna agak rapat dengan Prof. Yati. BLF gitu; Bestlecturer Forever. Sengal!
Nadeem
terpana seketika. Jadi, novel yang dikelek Ayuna ke hulu ke hilir itu adalah
novel-novel cinta berteraskan islamik? Ngek.
*****
“Kenapa
Mr. Specs pandang saya macam tu?”
soal Ayuna di sebalik bukaan novelnya. Nadeem berdehem. Kan… dah kantoi!
“Warkah
Cinta Berbau Syurga? Kisah apa?”
“Suspicious, huh? Novel ni dah lama saya
beli, dah masuk dua kali baca pun. Siap ada drama dia lagi. Saya ada download drama tu, awak tengoklah. Ada
dalam lappy saya,” Faham sangat kerenah
Nadeem yang agak alergik dengan novel-novel cinta ni.
Jiwang
katanya.
“Jomlah
tengok sekali. Bosanlah layan drama seorang,” Ayuna mencebik. Bosan konon. Menonton
perlawanan bola sepak berjam-jam seorang diri, tak apa pula. Macam nilah
lelaki. Huh!
Bukannya
Nadeem tidak tahu, Ayuna tidak sukakan bola sepak. Pernah Nadeem mengajak untuk
menemaninya ke perlawanan futsal antara kolej, Ayuna menolak. Huih, sorry to say… no! Habis-habisan dia
menolak.
“Grrr,
iyalah,” Ayuna menutup novelnya. Dia menapak ke meja belajar, diambil komputer
riba Applenya dan dibawa ke katil.
Nadeem
sudah siap bersedia berbaring di katil. Semangat! Siapa menyangka ketua pelajar
yang tegas dan shy-shy cat itu sangat
berlainan sikapnya ketika di rumah? Hanya Ayuna sahaja yang mengetahui sikap
itu. Isk.
*****
Beberapa
bulan yang lalu
Assalamualaikum, Saudara Nadeem Aliff,
Apa khabar? Tentunya sihat kan. Maafkan
saya jika surat saya ini mengganggu saudara. Niat saya murni. Mungkin bagi
saudara, surat saya ini agak cliché, tapi hanya cara ni saja yang mampu saya
lakukan. Saya berterus terang saja ya. Pertama kali saya bersua dengan saudara,
di hari pertama saya masuk ke kelas kita, saya mula jatuh hati pada saudara.
Saudara Nadeem,
Kita teman sekelas, jadi saya tidak mahu
jika perasaan saya ni mengganggu pelajaran saya. Disebabkan itulah, saya
terpaksa memberitahu saudara tentang ini. Saya tak mahu saudara salah anggap
kalau saudara perasan saya asyik merenung saudara secara curi-curi. Oleh itu,
izinkan saya terus merenung saudara secara sah. Boleh?
Yang mengharap,
Nur Ayuna Razif.
Nadeem
mengeluh. Dicapai pen dan kertas, dia mencoretkan surat balas untuk Ayuna. Setelah
beberapa hari, barulah dia mempunyai jawapan bagi isi surat yang dikirimkan
Ayuna melalui salah seorang rakan sekelas mereka. Semester pertama melanjutkan ijazah,
pada pandangannya… Ayuna adalah sama sahaja dengan perempuan-perempuan lain. Mengenakan
pakaian mengikut fesyen semasa. Namun, masuk sahaja ke semester kedua… Ayuna
berubah 360 darjah sehinggakan rakan-rakan sekelas yang lain terkejut. Namun, mereka
panjatkan rasa syukur kerana Ayuna telah mendapat hidayah untuk berubah ke arah
yang lebih baik. Alhamdulillah.
Ayuna
bukanlah seorang gadis yang sosial. Cuma, pakaiannya sahaja tidak menepati
ciri-ciri perempuan muslimah; ketat, mengikut potongan badan dan tudung pula
agak singkat. Namun, Ayuna telah berubah. Pakaiannya sudah longgar, tudung juga
sudah dilabuhkan.
Assalamualaikum, Saudari Nur Ayuna,
Maafkan saya kerana lambat membalas
surat saudari. Coretan saya bukanlah sepanjang coretan saudari. Saya sudah
berfikir masak-masak dan saya sudah pun punya jawapan untuk luahan hati
saudari. Bulan hadapan saya akan menghantar walid dan umi saya untuk merisik
saudari. Jadi, saya harap saudari sudi menerima lamaran saya. Terima kasih,
saudari Ayuna.
Yang melamar,
Nadeem Aliff Hj. Azman.
*****
Kini
Kusyuk
benar Nadeem melayan drama Warkah Cinta lakonan Heliza Helmi dan Imam Muda
Nazrul sebagai watak utama. Ayuna yang sudah khatam beberapa kali drama itu
menguap entah berapa kali. Akhirnya, hanya Nadeem sahaja yang menonton manakala
Ayuna sudah enak memeluk lengan Nadeem. Bantal peluknya kini.
Nadeem
yang perasan puan isteri sudah berdengkur halus, melarikan pandangan pada wajah
lena Ayuna. Diusap ubun-ubun Ayuna lembut. Dia bukannya alim mana, cuma walid
dan umi telah mendidiknya dengan pegangan Islam sejak kecil lagi. Dan, dia juga
masih belajar tentang ilmu agama, sebagai bekalan masa hadapan.
Berkahwin
di usia yang masih mentah; dua puluh dua tahun, memang memerlukan hati yang
kuat untuk menampung dugaan yang mendatang. Namun, dia bersyukur kerana Ayuna
tidaklah susah untuk dibentuk. Sekurang-kurangnya, Ayuna bukannya berubah
kerananya semata-mata. Tetapi, Allah telah memberikan hidayah-Nya kepada Ayuna.
“Saya,
Nadeem Aliff sayangkan awak, Nur Ayuna,” Dikucup dahi Ayuna lembut, penuh
kasih.
Semoga
bahagia terus kekal milik mereka. Insha Allah.
Kekasih, kau
temani hidupku
Selalu ada
disisiku
Pertemuan indah
bila bersama
Selama-lamanya…
Kekasih, kau
terangi hidupku
Engkaulah yang
terakhir untukku
Hanya dirimu yang selalu
Ada di hatiku…
Ya Allah,
restuilah cinta ini
Dan mengharap
keredhaan dariMu
Agar senyumannya
hadir selalu
Ya Allah,
abadikan rasa ini
Naluri
kelikhlasan dari hati
Agar tangisannya
ku fahami
(song : Restu
Cinta by Taleeb Mizad)
Nas
Al-Quran mengatakan:
“Dan
kahwinlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang
yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,
Allah S.W.T akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya,
kerana Allah S.W.T Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha
Mengetahui.”
(Surah An-Nur; 24:32)
~SEKIAN~
p/s : cerpen special untuk semua. hehe. mood kahwin muda. ngeee. toink toink. kuat berangan CIA ni. haha. padah tengok orang kahwin. :D. esok petang atau malam, CIA update SAMSA last part eh. CIA cuba siapkan MLS jugak. :). sory tak boleh nak sambung semua serentak, pening plus keliru watak. huhu. CIA update slow slow tau. :). SELAMAT MEMBACA! :D.
TQ.... Pape pun besttt...ada gak santapan mata nk baca....hehe....xsabar nk tggu last SAMSA...;)
ReplyDeletetq, mona. :D. tak sabar nak post jugak. :)
Deletewau.... Great :)
ReplyDeleteHehe.. uat lagi Cerpen akak, Panjang banyak tau, Hehehehehehe :)
maseh, balqiz. panjangnya gelak sopan dia. faham dah. haha
Deletehuiii suwitttnye cite ni... sekarang ni pon ramai yg kawin awal x pelik tapi sunnah.. =)
ReplyDeletehehe. makaseh, yas. ha'ah. dah mcm zaman dulu2 balik kan. kahwin awal best jugak. hihi
DeleteNice kak cia..i love all ur stories
ReplyDeletePleassee nk smbungan smpai akhir...heheehhehe...mohon sgt
ReplyDelete