Nescafe panas disisip perlahan. Airis
meliarkan pandangannya ke sekitar restoran. Manalah tahu jika ada orang yang
sedang mengintip mereka, tidak ke haru. Arianna yang duduk berhadapan dengan
Airis senyum. Dia tahu Airis terlalu risaukan jika mereka diekori.
“Don’t worry, Airis. They
won’t hurt us in this situation,” kata Arianna, memecah kesunyian di antara
mereka.
Pertama kali mereka bersua secara
rasmi, agak kekok jugalah. Dulu, Arianna sibuk merajuk dengan Fariq… tidaklah
terasa apa-apa.
“I can’t let them know about us, Arianna. Awak sendiri tahu, dia
orang sedang mencari awak. Sepatutnya, awak minta Fariq hired bodyguard untuk ikut awak ke mana-mana. You’re in dangerous,” balas Airis.
“Airis, you just relax. Daddy
saya yang hired bodyguard, tak payah
tunggu Fariq. Dia tak tahu apa-apa pun pasal ni. Lagipun, kita sama-sama tahu
kan kita kena bertindak sebelum hukuman dijatuhkan pada Shauqi. Tapi, dalam
keadaan saya ni… saya tak boleh nak bertindak sendiri,” Mata Arianna ditala ke
perutnya.
Airis mengangguk faham.
“Saya faham. Saya berterus terang
ajelah ya, tujuan saya mahu bertemu dengan awak. Boleh saya tahu, siapa
pembunuh sebenar?” Arianna hela nafas perlahan.
Sekarangkah waktu yang sesuai untuk
dia beritahu Airis tentang pembunuh abangnya itu? Terlalu lama dia merahsiakan siapa
pembunuh sebenar. Hampir sahaja dia menyebabkan Airis merana dan terbunuh. Namun,
Arianna cepat-cepat berfikiran positif. Mungkin Airis adalah orang yang tepat untuk
memulakan langkah.
“Awak yakin, awak mampu terima walau
siapa pun orangnya?” Airis angguk. “Baiklah, saya percayakan awak. Pada pendapat
awaklah, siapa orang yang paling rapat dengan Fariq?” tanya Arianna dalam nada serius.
Airis terdiam sejenak. Mindanya mula
bergerak aktif. Sepanjang dia bersama Fariq, hanya seorang sahaja yang rapat dengan
bekas tunangnya selain ahli keluarga.
“Khairil?” Lambat-lambat Arianna mengangguk.
Wataknya terlalu kecil jika hendak dibandingkan perbuatannya yang besar itu. “Arianna,
Khairil tu kawan baik Fariq. Tak mungkin dia yang bunuh abang awak,” Arianna sudah
mengagak akan tingkah Airis itu.
Khairil adalah kawan baik Fariq yang
juga merupakan jiran suaminya itu. Mustahil Airis tidak mengenali lelaki itu. Rasanya,
Khairil kerap juga bertemu Fariq dan sudah tentu Airis lebih mengetahui tentang
Khairil. Huh, musuh dalam selimut. Apa yang peliknya, disebabkan duit manusia boleh
jadi butalah.
“Tiada benda yang mustahil di dunia
ni, Airis. Saya masih selamat ni pun sebab ada Fariq di sisi saya. Tapi, untuk terus
berada di samping Fariq agak kejam. Saya takut Khairil boleh lupakan nilai persahabatan
demi mendapatkan apa yang dia nak. Untuk itu, Fariq juga dalam bahaya,” Airis mengeluh
perlahan.
Tidak dapat tidak, itulah kenyataannya.
“Awak isteri Fariq, Arianna. Tempat
isteri adalah di sisi suaminya, so do you.
You have stay with him, no matter what. I knew him, he will do anything for his
beloved one. Percayakan saya, Fariq akan terima apa pun jua kebenarannya,” Arianna
geleng kepala.
“Masalahnya, saya tak mampu nak bagitahu
dia apa-apa. Saya takut dia kembali membenci saya, Airis sepertimana dia berdendam
dengan saya sebab awak,” Airis terkedu.
“Sebab saya?”
“At that time, he love you so much. Dia sanggup nak berkahwin dengan
saya demi nak membalas dendam, Airis. Semuanya kerana saya dah sebabkan awak ‘mati’.
Awak rasa dia masih boleh terima saya bila dia tahu awak diculik disebabkan saya?”
Sekali lagi, Airis terpaku.
Ya, dia mengaku Fariq memang terlalu
sayangkan dia ketika itu. Tetapi, masa telah mengubah segala. Hati Fariq tidak lagi
pada dia. Dia juga begitu, hati dia hanya pada Shauqi. Dan, dia akan pastikan hati
dia kekal untuk Shauqi sampai bila-bila kerana dia yakin… untuk kembali pada Fariq
semula adalah perkara paling mustahil untuk dia lakukan. Tidak demi menjaga hati
seorang wanita yang begitu menyayangi Fariq Rayyan iaitu Risya Arianna.
“Arianna, you have to trust Allah. He knew what is the best for us. Setidak-tidaknya,
Fariq perlu tahu pasal Khairil. Awak kena jugak pertimbangkan tentang Zarra. She need both of you,” Selembut mungkin Airis
cuba memujuk Arianna agar berterus terang kepada Fariq.
“Saya akan beritahu Fariq, tapi bukan
sekarang. Saya tak sanggup nak biarkan anak kami lahir tanpa papa dia. Kalau dia
sayangkan saya, dia akan lindungi saya walau jahat mana pun saya. Airis,” Arianna
capai tangan Airis di atas meja.
“Cakaplah, Arianna…”
“Awak bagitahulah Fariq, awak dah ada
orang lain. Dia tersepit di antara awak dan saya. Saya bukan perampas, tapi saya
minta awak lepaskan dia. Boleh?” mohon Arianna bersungguh-sungguh.
Tidak sanggup rasanya dia melihat Fariq
sering risau Airis mengetahui tentang status mereka sedangkan Airis sememangnya
sedia maklum. Dia tidak mahu suaminya terus terseksa hati dan perasaan yang berbelah
bagi di antara kepercayaan bekas tunang dan juga sayang kepada isteri.
“Insha Allah, Arianna. Pastikan awak
di sisi dia. Biarpun dia kelihatan kuat, sebenarnya tidak. Sometimes, he need someone to share his problem. Untuk pengetahuan awak,
Arianna… dia selalu kalah dengan perasaan sendiri,” Arianna angkat kening, tidak
faham.
“Apa maksud awak, Airis? Kalah dengan
perasaan sendiri?”
“Ya. Awak tanyalah dia tentang kisah
lampau dia dulu. If he love you, he will tell
you everything about his past life. At that time, you have to be strong. Kisah
hidup Fariq di bumi orang tak mudah seperti sangkaan awak, Arianna,” jelas Airis.
Dia mengetahui tentang kesusahan Fariq
pun secara tidak sengaja. Fariq terlepas kata, sudahnya lelaki itu bersikap jujur.
Diceritakan segala yang berlaku padanya ketika sedang menuntut di negara orang.
Keperitan yang dirasai Fariq terlalu payah jika hendak dibandingkan akan kebenaran
mengenai Khairil.
“Terima kasih, Airis. I owe you Shauqi’s freedom,” ucap Arianna
sambil tersenyum.
“So do I. Pengorbanan awak untuk membebaskan Shauqi tak mampu saya balas…”
Mereka bersalaman sebelum berpisah.
Arianna memberikan isyarat pada salah seorang bodyguard yang diupah oleh Tan Sri Kasyfi untuk mengikut Airis. Bahaya
boleh berada di mana-mana. Mereka hanya wanita biasa yang memerlukan perlindungan
dari kaum lelaki yang sudah diketahui kekuatan mereka.
Fariq bersandar di kepala katil. Hampir
sahaja dia terlelap ketika menidurkan Zarra tadi. Asyik sangat berzikir, sekali
dia yang terbuai. Beberapa hari ini, hatinya sedikit kacau. Memori lamanya kembali
menyuntik ke minda. Kisah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya dulu, terlalu
kuat kesannya sehingga sekarang.
Selama mana dia mampu berahsia dengan
isterinya itu. Dengan Airis juga dia tewas, inikan Arianna. Teman sebilik, sebantal
dan juga peneman hatinya. Dia tahu, Arianna berhak mengetahui tentang peristiwa
itu. Tetapi, biarlah masa yang membawa mereka ke situ.
“Abang, jauhnya mengelamun,” tegur Arianna.
Kusyuk kemain Fariq termenung sehinggakan dia masuk ke dalam bilik pun tidak sedar.
Arianna angkat kening apabila Fariq
masih di dalam dunianya. Ish, cari nahas ni.
“Assalamualaikum, abang,” bisik Arianna
di telinga Fariq. Bersilat sakan dia dek terkejut. Arianna ketawa.
“Sayang…”
Meleret-leret suara garau Fariq.
“Jawab salam dululah, abang,” Dia duduk
di birai katil. Gelas susu masih di dalam pegangannya.
“Waalaikumsalam. Bukan tadi dah minum
susu ke?” Pelik. Arianna ni anti-susu. Puas jugalah dia memujuk setiap kali tiba
waktu Arianna untuk mengambil susu.
“Ini untuk abang. Mummy kata, suami pun kena ambil jugak susu
ni. Rianna pun tak faham sebab yang mengandungnya isteri kan. Abang minumlah. Puan
Arianna baik hati nak bancuh sendiri untuk suami tersayang ni, Minum,” Disuakan
gelas susu kepada Fariq.
“Haih, balas dendam nampak,” Arianna
sengih comel. “Tapi, sebab sayang… abang turutkan. I’m so okay with milk,” Ceh, buat muka bangga minum susu.
Arianna buat muka hendak termuntah.
Tetapi, yang peliknya sekarang ini. Dia tatap saja muka encik suami dia ni, terus
rasa mual dan loya tu hilang. Hmmm… Baby
yang mengada ni. Sengaja nak dia rapat-rapat dengan papa dia ni. Hek, memang setuju
saja si Fariq itu.
“Abang, kita pergi bercuti nak tak?
Kita tak pernah pergi honeymoon pun kan,
semua abang punya pasal…”
“Eh, salah abang pulak. Rianna dok muntah-muntah
ni boleh ke travel jauh? Tak pasal aje
kita terperap dalam bilik. Hmmm, boleh sangat tu, sayang,” Fariq muka gatal.
Arianna tekap kedua belah telapak tangannya
ke pipi Fariq. Sungguh, inilah lelaki yang paling dia sayang. Setiap kali wajah
tampan ini dipandangnya, dia terasa melayang. Terbuai dengan senyuman manis Fariq.
Walaupun suaminya di hadapan mata, dia tetap rindu. Terlalu rindu.
“Grow old with you is the one of my mission, abang. I love you so much,”
Fariq tergamam.
Pelik sungguh kerenah Arianna malam
ini. Tidak segan silu mahu meluahkan perasaannya.
“Me too. I love you more and more, sayang. Kenapa romantik sangat ni?
Rianna jangan, awak tu baru lagi pregnant.
Abang tak tahan nanti, kesian baby,” Fariq
letakkan gelas yang sudah kosong di atas meja sisi. Dia peluk pinggang Arianna di
sisinya.
“Apalah abang ni. Gatal. Rianna cuma
luahkan apa yang Rianna rasa. Dah itu yang Rianna rasa, itulah yang keluar. Abang
janji dengan Rianna. Walau apapun yang jadi, Rianna nak abang tetap sayangkan Rianna.
Boleh?”
Fariq gelak kecil.
“Abang sentiasa sayangkan Rianna. Tak
payah tunggu sayang pesan, abang memang yakin. Segala yang terjadi tu ada sebabnya.
Itu namanya dugaan. Abang cuba terima apa pun dugaan yang datang, asalkan Rianna
jugak yakin dengan abang…”
Dah, luahan perasaan pula malam ni.
“Baring sini,” Arianna menurut arahan
suaminya itu. Fariq memberikan ruang pada Arianna, selesa sedikit.
Tanpa kata, Arianna meletakkan kepalanya
ke dada bidang Fariq.
“Abang, apa perasaan abang masa pertama
kali nampak Rianna?” Fariq sengih senget.
Perlukah dia buka hikayat lama? Isteri
punya pasal, bolehlah. Sempat lagi tangannya ditekapkan pada perut Arianna. Buncit
sedikit dah perut itu.
“Dendam, marah… tapi semua tu tak lama.
Abang feel something when I’m look at you.
Your snoring so soft, like baby. Pada masa yang sama, abang nampak sayang macam
gelisah dalam tidur. You suffered a lot,
itulah yang abang fikir…”
Fariq mengeluh kecil. Bukan penat, tetapi
kesal akan tindakan melulunya dulu. Marahnya mula mengawal hati dan perasaan yang
selama ini tidak pernah sesekali cuba menyakiti hati seorang wanita. Namun, dia
bersyukur kerana cepat tersedar. Mujur Arianna bukan seperti yang disangka.
“Oh, abang intip Rianna eh. Pandai berlakon
ya. Selepas Rianna sedar, terus kena serang. Bukannya reti bagi salam, terus aje
ajak kahwin. Gila Rianna tak terkejut. Jantung Rianna ni bergurindam tahu,” Fariq
tergelak. Lucu.
Bergurindam pula.
“Bergurindam lagu apa tu, sayang?”
Arianna mendongak. Jemarinya mencubit
dagu Fariq yang sudah dicemari janggut nipis itu. Sejak dia mengandung ni, Fariq
jarang nak shave muka dia dah. Kata Fariq,
baru ada feel nak sambut baby baru. Tsk.
“Lagu ni, ku sampaikan salam ucapan
mesra dan merisik khabar berita,” Merdu suara Arianna menyanyi biarpun hanya serangkap
sahaja.
“Nasyid? Not bad,” Fariq kenyit mata. Selamba tangan Arianna tampar dada Fariq,
biar sakit.
“Suara sayang bestlah. Abang suka sayang nyanyi lagu yang hari tu. Apa tajuk dia?”
“Oh, itu. Dengan sekali lafaz. Patutnya
Rianna nyanyi dengan abang, barulah ada feel
sikit. Ini Rianna duet dengan abang Daniel, tak romantik langsung,” cebik Arianna.
Fariq usap perut Arianna lembut. Masa
inilah mahu membelai isterinya itu. Waktu siang dia sibuk di pejabat. Balik pun
dah nak dekat maghrib.
“Lain kali kita nyanyi sama. Tapi, suara
abang taklah sesedap suara abang Daniel sayang tu. Pitching pun selalu lari,” Arianna gelak.
“Asalkan Rianna seorang yang dengar,
sudahlah. Janji suara tak sedap abang tu tak berbekas pun di hati Rianna. Tetap
sayang,” Ish, ke langit sudah feeling
Arianna ni.
“Iya. Pasal honeymoon tu, abang bawa sayang pergi Amsterdam nak?” Terangkat habislah
kening Arianna. Dia bingkas duduk, direnung Fariq yang masih bersandar di kepala
katil itu.
“Amsterdam? Kenapa jauh sangat, abang?
Dalam Malaysia tak boleh ke?” Fariq capai tangan isterinya.
“I have to visit someone. Abang nak bawa Rianna jumpa dia. It’s all about my past, Rianna. Abang nak
Rianna tahu baik buruk abang. Papa dan mama sekalipun tak pernah tahu pasal ni.
Cuma…” Fariq jeda.
“Airis tahu kan, abang?” Digoyangkan
tangannya di dalam genggaman erat Fariq. “Abang,
if that thing is so hard for you to reveal it… I understand. Kita bukannya kejar
masa,” kata Arianna lagi setelah Fariq diam.
“Arianna, hidup abang dulu tak macam
yang sayang fikir. Abang takut Rianna lari tinggalkan abang…”
Suara Fariq berubah nada. Sebak.
“Syhhh, we both have our own secret. At least, we trust each other, right?
Rianna tak kisahlah betapa teruknya abang dulu, asalkan Rianna tahu abang seorang
suami yang baik untuk Rianna. Papa yang baik untuk Zarra dan bakal baby ni. Sayang Rianna pada abang bukan setakat
kisah hidup abang sekarang tahu,” Arianna cuba meyakinkan Fariq bahawa suaminya
boleh berpegang teguh padanya.
“Thank you, Risya Arianna. Abang janji, abang takkan tinggalkan Rianna.
If I do that, you have to make me stay… no
matter what. Okey?”
Arianna mengangguk laju. Pantas dia
memeluk Fariq erat dan dihamburkan tangis ke dada Fariq. Dia mahu Fariq pegang akan
kata-katanya. Jika Fariq cuba membuangnya, dia akan berusaha sehabis mungkin untuk
mengekal hubungan mereka ini. Buat sementara ini, biarlah hal Khairil dirahsiakan
terlebih dahulu. Hari itu akan tiba juga.
to be continued...
p/s : ni ja yang mampu CIA siapkan malam ni. sorry sangat-sangat pendek ja. CIA tengah berusaha nak siapkan manuskrip STNK. so, CIA sibuk buat editing untuk bab-bab yang lama. apapun, SELAMAT MEMBACA! :D. (komentau. hihi)
TQ... akhirnya ada jugak wpun pendek...terubat rindu Ariana n farid...suka sgttt...;)
ReplyDeleteSukanya...walau pn pendek...best..
ReplyDeleteTq sis :)
ReplyDeleteBest.. dh lame tunggu... terubat rindu... hehehheeh...thanks kak... love you.. hihihi
ReplyDeleteterima kasih, semua. sorry tak boleh nak balas satu2, line gila. huhu.
ReplyDeletemona : sama-sama. terima kasih sangat-sangat. Arianna & Fariq pun rindu mona. haha
leonella : thank you. lama menanti STNK kan. :D
balqiz : sama-sama, dear.
edlinna : kan, lama sangat. hihi. most welcome. love you too, dik. :D
sitirahayu : thank you. nama belakang kita sama. hihi. :D
Nk smbungan2x lg..
ReplyDelete