“Aduh!”
Seorang gadis sudah terjelopok jatuh
dek satu perlanggaran.
“Miss,
are you okay?” tanya satu suara garau. Adra menekur ke lantai. Apalah
nasibnya hari ini? Tadi… gelas di cafeteria
kolej dia pecahkan. Kerusi kelas patah, gara-gara tendangannya yang disangka
lembut itu. Dan… sekarang terlanggar orang pula.
“I’m
okay,” Adra pantas berdiri. Segan pula berlama-lama di lantai.
“Are
you sure, miss?” Adra mengangguk perlahan. Wajahnya ditundukkan. Haruman
Hugo Boss menyapa hidungnya. Emmm, wangi. Oppsss!
“I’m
sorry. I’ll go first,” Adra terus berlalu tanpa menoleh.
Lelaki yang berlanggar dengan Adra
hanya menjongket bahu. Dia ada juga cuba
mencuri pandang wajah gadis itu. Namun, hampa. Gadis itu hanya menunduk sahaja.
*****
Altaf menyelak helaian akhbar sambil menikmati
minuman kegemarannya, coffee latte
buatan ibu tersayangnya. Dia segak dengan mengenakan kemeja kosong berona ungu dan
turut mengenakan tali leher yang sepadan berbelang ungu. Rambutnya kemas dengan
Elite Edgy EFX Spiky Web Fibre,
memang berkilau. Ambil kau! Memang smart
habislah.
“Petang ni Aq balik awal sikit ya,” Altaf
memandang Hajah Maryam dengan penuh tanda tanya.
“Uncle
Han dan auntie Jia nak datang rumah…”
“Buat apa?”
“Aq ingat tak… anak dia orang yang dulu
study kat Ireland tu? Alah, pernah
sekali dia datang sini… masa raya,” Altaf mengerutkan dahinya. Namun dia gagal
mengingati siapa yang dimaksudkan ibunya itu.
“Tak ingatlah, bu. Kenapa dengan dia?” Altaf
melipat surat khabar dan diletakkan di tepi meja.
“Dia dah jadi doktor sekarang ni. Jadi,
ayah rancang nak melantik dia sebagai doktor keluarga. Itu yang uncle Han dan auntie Jia nak datang tu. Ibu tak pastilah dia orang datang sebab
itu ke sebab lain,” Hah, lagilah Altaf pening. Apa yang ibunya cuba sampaikan?
Langsung tak dapat meneka.
“Insya Allah, Aq balik awal. Okeylah,
bu. Aq pergi kerja dulu,” Altaf menyalami dan mencium pipi Hajah Maryam. Dia
memang seorang anak yang manja. Tak padan dengan lelaki.
*****
“Adra!” panggil Puan Najihah dari meja
makan.
Adra kelam kabut bersiap. Dia sempat
menilik diri di cermin seketika. Kemudian, dia mengulas senyuman manis. Semoga
hari ini lebih baik dari semalam. Dicapainya beg sandang, buku teks, kunci
kereta, handphone… dan juga glassesnya. Dia menuruni anak tangga dengan
perasaan ceria.
“Morning,
ma,” Pipi Puan Najihah diciumnya mesra. Puan Najihah tersenyum manis melihat
keceriaan anak bongsunya.
“Morning,
sayang. Your breakfast. Macaroons,” Adra meletakkan
barang-barangnya dan duduk di kerusi meja makan. Rajin Puan Najihah menyediakan
macaroon kegemarannya pagi-pagi macam
ini.
“Abah dah pergi kerja, ma?”
“Dah. Hari ni kelas sampai pukul
berapa?” Adra melihat jam tangannya.
“Last
class, pukul dua. Then, sampai
rumah pukul dua setengah macam tulah. Kenapa, ma?” Adra menyuap macaroon kegemarannya ke mulut.
“Jom ikut abah dengan mama pergi rumah uncle Shah,” ajak Puan Najihah.
“Okay,”
setuju Adra tanpa berfikir panjang. Dia kalau bab mengekor abah dan mama dia,
memang nombor satu. Tidak diajak pun, dia akan mengikut juga.
*****
“Jemput masuk, Han, Jia,” jemput Haji Aqashah.
“Dah masuk pun, hah…”
Encik Farhan, Puan Najihah, Adra dan
juga Nayli duduk di sofa di ruang tamu. Satu family Encik Farhan bawa ke rumah saudara jauhnya. Entah sepupu
kepada sepupu kepada… Entahlah.
“Anyone…
nak tolong auntie kat dapur?”
“Adralah, Mar. Nayli baru balik
makmal,” Adra bangun dan membontoti Hajah Maryam ke dapur.
*****
Di dapur…
“Adra
buat apa sekarang? Lama tak jumpa sejak dah besar, dah jadi anak dara dah hah…”
“Study
lagi, auntie. Degree,” balas Adra. Tangannya mengambil beberapa biji cawan yang
tersangkut di tempatnya dan diletakkan di atas dulang.
“Dah tahun ke berapa?”
“Tahun kedua. Lagi setahun habislah,” jawab
Adra sambil tersenyum. Kekok pula berada berdua dengan orang yang jarang berjumpa.
Macam tak ada topic saja nak berbual.
“Ibu, dia orang dah sampai?” Muncul
Altaf di dapur. Hajah Maryam dan Adra berpaling serentak ke pintu dapur.
“Dah, baru aje. Adra, ni sulung auntie… Aqhar Altaf,” Adra menunduk
sedikit, tanda hormat. Dia terkesima sebentar. Tapi pandai cover. Expert sangat dah
semua tu. Adra kan. Handsome pula
anak auntie Mar ni. Tsk.
“Oh, ibu dah ada pembantu,” Altaf meletakkan
plastic berisi beberapa jenis kuih tradisional yang dibelinya di atas meja.
“Eh, mestilah. Adra ambil piring kat
rak tu, letakkan kuih-kuih tu semua kat situ,” Adra berlalu ke rak yang
dimaksudkan Hajah Maryam. Saat melintas di hadapan Altaf, hidungnya menangkap
haruman Hugo Boss. Err…
“Lambat lagi ke, ibu?” tanya Altaf
sambil terjenguk-jenguk ke ruang tamu.
“Apanya?”
“Aq segan nak keluar sorang,” Adra
menyembunyikan senyumannya. Pemalu rupanya mamat ni. Muka handsome dah tapi… pemalu! Bukan main kau ketawakan orang ya, Adra.
Macamlah kau tu tak malu. Malu ke?
“Bertuah punya anak. Awak tu lelaki… segan
apanya. Bukan tak pakai baju. Ya idak, Adra?”
“Hah? Ha’ah,” Adra tersenyum nipis. Altaf
mengecilkan matanya memandang Adra. Nasib baik comel. Kalau tak, makan cili
kau.
“Aq bawak dulang ni. Jom…”
Hajah Maryam berserta dua orang
pembantunya, Altaf dan Adra bergerak ke ruang tamu.
“Amboi, Mar. Ramai pembantu awak,”
perli Haji Aqashah.
“Eh, jealous ke?” Encik Farhan dan Puan Najihah ketawa kecil.
“Jemput makan. Nanti kita makan nasi
pulalah ya. Bukan main banyak lagi Mar masak hari ni,” kata Haji Aqashah.
“Lah, dah siap masak ke? Baru ingat nak
tolong,” Puan Najihah mencuit Hajah Maryam di sebelahnya.
“Tolong apanya. Tolong makan bolehlah.
Alah, bukan selalu Jia dengan Han datang sini…”
“Kak, apa yang dok pandang handphone macam nak telan tu?” Nayli
tersentak. Dia mengerutkan hidungnya.
“Hah, makan Nayli. Dok tenung handphone tu bukan boleh makan pun,” sampuk
Hajah Maryam. Adra menghadiahkan senyuman lebar kepada kakaknya. Nayli
tersengih. Malu pula. Ingatkan tak ada yang perasan.
“On
call ke?” tanya Encik Farhan. Nayli menggeleng.
“Abah ni. Tunggu buah hati calllah… apa lagi,” Adra memang suka
mengusik Nayli. Pipi kakaknya pasti merah.
“Eh, tak adalah. Saja aje pandang phone ni,” sangkal Nayli. Padahal dah
berpeluh satu badan ni hah. Malu satu hal. Angin dengan kekasih hati satu hal.
“Nak air?” Nayli mengangguk. Adra
menghulurkan cawan berisi air milo panas kepada Nayli. Yang lain semua duduk
atas sofa, Adra seorang saja duduk di atas karpet. Tak selesa pula nak duduk di
sofa. Sudah terbiasa agaknya.
“Ramah rupanya. Ingatkan pemalu tadi,
si Adra ni,” celah Haji Aqashah.
“Orang tengah nak panas, uncle. Lagi dua tiga minit… mulut dia
mula dok potpetpotpetlah,” Adra berpaling ke belakang pantas. Ada orang nak
kena sakat lagi ni. Nayli buat gaya mengunci mulutnya. Haji Aqashah tergelak.
Terubat juga rindunya pada anak perempuannya yang sedang menyambung pelajaran
di luar negara.
“Mesti riuh rumah Han dan Jia kan. Dua-dua
ceria aje. Rapat pula tu…”
“Riuh jugaklah, Mar. Tapi bila tak ada
tu… memang sunyi sungguh. Tambah pula sekarang ni jarang nak ada kat rumah,” balas
Puan Najihah.
“Okeylah juga tu. Sekarang ni… saya musykillah.
Apa jadi dengan anak teruna kita sorang ni ya, Mar. Diam aje dari tadi,” Altaf
yang dari tadi hanya mendengar perbualan mereka tersentak. Bukan diam tapi… tak
boleh sampuk.
“Kena sampuk masa on the way balik tadi kot, bang,” Seisi ruang tamu ketawa. Wah, ini
bikin den malu.
“Pandai aje, ibu ni,” Keluar juga suara
garau dia yang mahal tu. Erk? Ada aku kesah.
“Ingat hilang dah suara tu,” usik Haji
Aqashah. Altaf melemparkan senyuman nipis. Memang seronok pun kena usik dengan
mak bapak sendiri kan. Sedap macam goreng pisang.
“Akak ni kenapa? Dari tadi gelisah
aje,” bisik Adra. Nayli menunduk sedikit.
“Akak ada date dengan abang Zaidlah…”
“Nak Adra tolong tak?” Laju saja Nayli
mengangguk.
“Ehem…”
Semua mata kini pada Adra yang seakan
ingin membuat pengumuman.
“Doktor Nayli kita ni… kena balik
sekarang. Takut pulak nanti tak dapat makan nasi minyak kita tahun ni,” Nayli
menjegilkan matanya. Nak sangat Adra yang nakal ni tolong kan.
“Lah, ada date ke?” Nayli mengangguk perlahan.
“Nak pergi macam mana? Zaid datang
ambil?” tanya Encik Farhan. Dia sudah sedia maklum akan hubungan Nayli dan
Zaid.
“Ha’ah. Boleh tak… Nayli balik dulu?”
“Sila… sila. Kang masin pulak mulut si
Adra ni,” kata Hajah Maryam. Puan Najihah tergelak kecil.
Selepas menyalami Hajah Maryam, Nayli
menarik tangan Adra untuk mengikut keluar.
“Teman akak kejap. Nanti masuk balik,”
pinta Nayli. Segan pula nak keluar seorang tadi.
“Abang Zaid dah on the way ke?”
“Nak sampai dah pun…”
Tiba-tiba alarm kereta BMW 520i yang terparking elok di hadapan rumah itu
berbunyi kuat. Terloncat Adra memeluk Nayli. Kurang asam punya kereta.
Terkocoh-kocoh Altaf keluar. Dia menekan alarm
di kunci kereta bagi menghentikan bunyi bising itu.
Miow! Miow! Loh, kucing rupanya.
Adra mengurut dadanya yang terkejut
gila tadi. Nasib baik bernafas lagi. Altaf mendukung kucing itu dan menghampiri
Adra dan Nayli.
“Tak sampai lagi ke?” tanya Altaf
kepada Nayli.
“Belum. Semakin pendiam kau sekarang.
Perempuan mana yang ajar?”
“Perempuan apanya? Tak ada point nak sampuklah,” balas Altaf. Adra
mengusap kepala kucing bermata bulat itu. Macam matanya juga. Bulat!
“Hah, elok sangat. Jumpa dah kawan
dia,” Adra menjeling kakaknya.
“Memang pun. Awak jadi kawan kita eh,” Adra
bercakap dengan kucing dalam dukungan Altaf.
“Eh, dik. Mata dia memang macam mata
kaulah,” Nayli ketawa.
“Kecil besar… kecil besar aje Adra
tengok kau, kak. Kang Adra provok si Zaid tu tak payah pinang akak baru tahu,” Nayli
menampar bahu adik kesayangannya. Altaf hanya melihat sahaja pergaduhan manja
di hadapannya.
“Okey… okey. Hergh, kesian laki kau
nanti, dik. Dapat bini nakal macam kau ni,” Ya Allah. Serentak itu Zaid tiba.
Dia keluar dari kereta dan menghampiri Nayli.
“Cari pasal eh. Hah, dah sampai pun
buah hati pengarang jantung Nayli Syakira ni. Abang Zaid…”
Nayli menekup mulut Adra dengan kedua
tangannya. Adra berdiri statik. Selepas tiada reaction dari Adra, Nayli melepaskan tangannya. Zaid hanya
memandang pelik kedua beradik itu.
“Akak tak nak kahwin dengan abang
Zaid,” kata Adra pantas. Cepat-cepat dia menyorok di belakang Altaf.
“Sabar ajelah ada adik macam ni. Jomlah,
you. Pergi dulu, Taf,” Altaf mengangguk dan bersalam dengan Zaid.
“Aik,” Altaf menoleh ke belakang. Kucingnya
sedang elok saja bermain dengan Adra. Bila masanya budak nakal ni ambil dari
tangan dia?
“Pinjam kejap,” Adra tersenyum lebar.
“Make
sure, sebelum masuk basuh tangan dulu. Kang kena bebel dengan Hajah
Maryam,” pesan Altaf.
“Okey,” balas Adra lembut.
*****
“Aq, ibu nak tanya sikit,” Altaf
meninggalkan kerjanya dan duduk di birai katil.
“Macam penting aje,” duga Altaf. Hajah
Maryam mengangguk perlahan.
“Apa pandangan Aq pada Adra?” Straight to the point terus hajah
seorang ni. Malas hendak berkiasan lama-lama. Lebih baik berterus terang, tak
adalah membazir air liurnya. Eheh.
“Adra? Cute girl, ramah, pandai bawa diri kat tempat asing… emmm yang ni
penting, hormat orang tua,” Hajah Maryam mengukirkan senyuman. Dia mengusap
rambut tebal anak lelaki sulungnya itu.
“Aq suka dia?”
“Maksud ibu?”
“Ibu berkenanlah dengan Adra tu. Ibu tak
tahu nak jelas macam mana. Tapi… ibu senang bila berbual dengan dia. Macam dah
rapat sangat,” jelas Hajah Maryam. Altaf berfikir seketika.
“Ibu nak pinangkan Adra untuk Aq?”
Sahlah untuk dia. Dia mana ada saudara lelaki lain lagi dah. Aduh!
“Kalau Aq setujulah. Ayah okey aje
dengan cadangan ibu ni. Lagipun umur Aq dah nak masuk dua puluh tujuh tahun
pun. Muda-muda nilah nak plan family,”
ujar Hajah Maryam lembut. Altaf memeluk bahu ibunya.
“Aq ikut aje apa yang ibu rasa terbaik
untuk Aq…”
“Ibu tak paksa tau. Kalau Aq ada
pilihan lain, beritahu ibu. Ibu faham…”
“Tak ada, ibu. Siapalah yang nak anak
mak macam Aq ni,” balas Altaf sambil tersenyum. Altaf boleh dikategorikan
sebagai ‘anak mak’, okey. Kalau boleh dah kahwin pun nak tinggal dengan ibu dia
juga.
“Ish, ke situ pulak. Ayah cadangkan pergi
merisik dulu. Lusa rasanya,” kata Hajah
Maryam. Altaf mengangguk faham.
*****
Adra pulang awal hari itu. Dia kan anak
yang mendengar kata. Sudah pastilah menurut pesanan mamanya yang inginkan dia
pulang awal. Kebetulan pula kelas sebelah petang dibatalkan.
“Adra tahu tak kenapa mama suruh balik
awal ni?” Adra menggeleng. Dia menutup novel yang sedang dibaca. Dia memberikan
sepenuh perhatian terhadap mamanya.
“Uncle
Shah dan auntie Mar nak datang merisik
Adra untuk Aqhar Altaf,” Adra menjegilkan matanya yang sedia bulat itu.
Merisik? Serius? Gawat ni.
“Merisik, ma?” Puan Najihah mengangguk.
Dia memegang tangan Adra yang sengaja diletakkan di atas meja batu.
“Kalau Adra setuju… mungkin bertunang
terus,” kata Puan Najihah jujur. Biar tuan punya badan sendiri maklum tentang
itu.
“Orang yang di sebelah sana setuju ke?”
“Auntie
Mar bagitahu Altaf okey aje. Jadi, mama nak tahulah anak gadis mama ni setuju
atau tak?”
“Emmm…”
Nak setuju tak ni? Mamat tu handsomelah, Adra. Untung kau dapat
kahwin dengan dia. Bukan selalu dapat peluang macam ni. Comel anak-anak kau
orang nanti. Anak? Grrr.
“Adra…”
“Tak ada sebab yang munasabah pun kan
Adra nak tolak,” Puan Najihah memeluk anak bongsunya erat. Alhamdulillah. Gatal
kau, Adra. Study pun tak habis lagi… nak
kahwin dah. Bukan main seronok kau kan.
*****
Kedua belah keluarga mencapai kata
sepakat, Altaf dan Adra hanya bertunang dua bulan sahaja. Kebetulan, Zaid juga
telah meminang Nayli. Dan, Adra bukan main meloncat lagi apabila semua setuju
nak mengadakan majlis akad nikah dan sanding serentak. Zaid-Nayli. Altaf-Adra. Senang
kerja mak bapak kau orang kan. Sekaligus saja.
“Dik, akak takutlah,” kata Nayli kepada
Adra. Ketika itu mereka sedang menunggu pasangan masing-masing untuk menghadiri
kursus perkahwinan.
“Takut apanya, kak?”
“Iyalah. Segan tahu tak pergi kursus
kahwin dengan bakal suami. Bukan Adra tak tahu… ustaz yang bagi talk tu mesti sentuh hal-hal sensitif kan,”
Lah, sebab itu ke?
“Adra pun segan jugak. Tapi, dah nama
pun bakal suami. Dah tentu-tentu orang yang nak hidup dengan kita, kan. Adra fikir
macam ni aje. Kalau tak pergi sekali… nanti susah, kak. Biar sama-sama tahu apa
yang penting dalam kehidupan rumah tangga ni…”
“Amboi, pakar motivasi bagi talk kat doktor pulak,” sampuk Altaf
yang baru tiba. Bayang Zaid tak nampak lagi.
Adra tersengih.
“Dah akak malu sangat. Kita cuba nak… positifkanlah.
Takut lagi, kak?” Nayli tersenyum nipis. Adiknya tak ada apa-apa. Dia pula yang
terlebih gelabah.
“Kau malu kat Zaid, Kira?”
“Seganlah. Bukan kau tak tahu. Aku ni
kan pemalu sikit,” Mereka lebih senang beraku-kau. Umur sebaya kan.
“Lambatnya bakal abang ipar ni,” rungut
Adra. Gila tak merungut. Nanti lambat masuk, lambatlah balik. Perutnya sudah
bergendang ni. Lapar! Tadi sempat makan roti saja.
“Kejaplah,” Adra menarik tangan Nayli
untuk melihat jam. Nak tarik tangan si Altaf, tak halal lagi.
“Sejuknya tangan kau, kak. Salji kat
Pergunungan Alps sana pun tak sejuk macam ni,” Nayli mencuit perut Adra.
“Kau ni, relakslah. Bukannya ada apa
pun. Kursus aje. Bukannya suruh practice,”
tukas Altaf. Dia tengok bakal isteri dia cool
saja. Si kakak yang terlebih. Padahal si adik baru nak masuk dua puluh tiga
tahun. Belajar pun tak habis lagi.
“Kau orang cakap senanglah. Aduh,
selalu tak macam ni pun,” Nayli melaga-lagakan tangannya. “Hah!” Adra dan Altaf
tersentak. “Patutlah kau tak segan, dik. Lupa pulak akak,” Nayli memeluk bahu
Adra.
“Apa?”
“Jangan kau tak tahu, Taf. Budak ni dah
ada sijil kursus kahwin dah, hah. Akak terlupa yang kau dah pergi time diploma dulu, kan…”
“Tahu tak apa…”
“Dah tu datang buat apa lagi?” tanya
Altaf.
“Mama punya pasal. Saja nak suruh kita
berkursus kahwin dengan bakal suami. Kononnya, nak sweet-sweet,” Adra buat muka.
“Pandai mama kita tu kan. Akal banyak,”
Mereka bertiga ketawa serentak.
“Sorry
lambat. Ada accident kat depan tu
tadi. Jalan jammed sikit,” Nayli
tersenyum paksa. Weh, malu! Merah dah rasanya muka dia tika ini. Mereka
beriringan masuk ke dalam bilik yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Islam
Negeri.
*****
Dua hari selepas itu, kedua-dua pasangan
ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan iaitu ujian saringan HIV. Memandangkan
Nayli merupakan doktor di hospital tersebut, jadi senang kerja mereka. Pada
hari yang sama juga, mereka membuat permohonan kebenaran berkahwin yang telah
ditetapkan oleh JAIN mengikut peraturan dan undang-undang keluarga Islam. Segala
jenis sijil yang telah ditetapkan perlu ditampilkan bersama borang permohonan
itu. Mereka juga perlu menentukan tempat perkahwinan kerana perkahwinan
hendaklah dilakukan di tempat pengantin wanita bermastautin.
Sepanjang tempoh pertunangan, Altaf dan
Adra hanya bertemu jika ada perkara yang perlu dibincangkan sahaja. Selain itu,
masing-masing menguruskan hal sendiri. Tiada panggilan telefon yang menemani
mereka sehingga majlis akad nikah. Pemilihan baju juga dibuat asing-asing. Altaf
sendiri sibuk dengan kerjanya memandangkan dia akan mengambil cuti kahwin tak
lama lagi. Adra pula sibuk dengan peperiksaan akhirnya.
*****
D-Day…
Adra berdiri di hadapan cermin
biliknya. Senyumannya dilebarkan. Mulutnya tak henti-henti bersenam. Dah lima
minit asyik; A-E-I-O-U. Gaya macam dia pula nak akad beberapa jam sahaja lagi. Semakin
berdebar-debar jantungnya ni, hah. Macam-macam lagu dah. Dia duduk di birai
katil dan membelek buku yang disediakan oleh JAIN ketika berkursus kahwin hari
itu.
“Adik,” Terjengul kepala Nayli di muka
pintu.
“Akak,” jawab Adra ceria. Macam
budak-budak dua orang ni. Sekejap lagi dah nak jadi isteri orang. Tak boleh
jadi kanak-kanak dah. Masa inilah pun nak bermanja bagai. Selepas ini, bermanja
dengan suamilah pula.
“Jantung akak ni macam nak pecah dah,
hah,” Nayli melabuhkan punggungnya di sebelah Adra.
“Samalah kita…”
“Buku apa ni? Eh, akak pun baca buku ni
tadi. Saja nak ingat balik,” kata Nayli sambil tangannya menyelak helaian buku
itu.
“Nak kahwin dah pun kita, kak. Sekali
pula tu. Nanti siapa nak teman mama dengan abah?” Keduanya mengeluh serentak.
“Dia orang punya kerja, kan. Biarlah. Entah-entah
dapat adik kita tahun depan kan, dik,” Adra menampar bahu Nayli kuat. Agak-agaklah.
“Akak ni tak senonohlah…”
“Gurau ajelah. Adra tak takut ke? Iyalah,
adik bukan kenal sangat dengan si Aqhar Altaf tu,” Adra mengembungkan pipinya.
“Takut jugak, kak. Tapi, bila jumpa
dengan dia, Adra rasa macam dah lama kenal. Segan tu segan tapi tak adalah
teruk macam akak ni,” Nayli tersengih nipis.
“Itu namanya jodoh, dik. Adra kira
untunglah sebab senang aje nak kahwin. Taf dah berduit. Mampu tanggung Adra. Tak
macam sesetengah orang yang nak kahwin tapi duit tak cukup lagi,” ujar Nayli.
“Macam tak percayalah Adra nak kahwin
dah. Nak jadi isteri orang, mak orang. Rasa macam baru semalam aje main teng
teng dengan akak,” Nayli tersenyum. Mereka saling berpelukan.
Mereka sangat rapat memandangkan mereka
hanya dua beradik sahaja. Pergi mana pun… balik jumpa orang yang sama juga.
*****
Altaf dan Zaid sama-sama segak dengan
sepersalinan baju melayu. Altaf selesa dengan baju melayu berona putih sedondon
dengan bakal isterilah. Zaid pula memilih baju melayu berona krim cair. Orang
kata, pada hari akad nikahlah pasangan mempelai kelihatan kacak bergaya, cantik
berseri. Aura nak masuk ke alam rumah tangga kan.
Tok kadi sudah bersiap sedia untuk
memulakan majlis. Nayli dan Adra akan diakadkan sendiri oleh abah mereka, Encik
Farhan. Zaid-Nayli akan di akad nikah dahulu. Altaf dan Adra pula sudah
berdebar menunggu giliran. Nayli dan Adra saling berpegangan tangan erat. Sejuk
tangan keduanya. Para ibu hanya menanti di sebelah. Menunggu anak-anak mereka
dikahwinkan.
“Aku terima nikahnya Nayli Syakira binti
Farhan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai…”
Alhamdulillah. Selesai sudah satu
pasangan. Mereka mengangkat tangan untuk mendoakan kesejahteraan rumah tanggan
Zaid-Nayli. Kini, giliran Altaf pula akan berjabat tangan dengan Encik Farhan.
“Sejuk tangan kamu,” kata Encik Farhan separuh
kuat. Altaf tersenyum nipis. Tersenyum-senyum saudara mara yang hadir. Pengantin
yang ni berdebar sakan. Adra mengerling bakal suaminya. Kacak!
“Aqhar Altaf bin Aqashah.”
“Saya…”
“Aku nikahkan dikau dengan anak
perempuanku, Qutnina Khadra binti Farhan dengan mas kahwinnya tiga ratus
ringgit tunai…”
“Aku terima nikahnya Qutnina Khadra
binti Farhan dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai,” Sah!
*****
“Nara!” jerit Balqish ceria. Dia
menghampiri sahabatnya.
“Aqish,” Adra memeluk sahabatnya itu.
“Sorry,
datang lambat. Aku punya cousin pun
kahwin hari ni…”
“Tak apa. Janji kau datang jugak kan,”
balas Adra. Berseri-seri wajahnya hari ini. Adra menarik tangan Balqish dan
mereka duduk di meja berhampiran.
“Laki kau mana? Eh, yang mana satu?”
“That
one… in black suit. White suit
tu, kakak aku punya,” Adra menunjukkan Altaf yang sedang rancak berbual dengan
rakan-rakannya di sebuah meja.
“Handsome
kot. Mana kau kutip, weh,” Adra menampar bahu Balqish.
“Elok sikit kau. Dia datang sendiri okey.
Family kita orang punya pasal. Kenapa
tak bawa Ririn sekali. Rindu pulak aku nak cubit-cubit pipi dia,” kata Adra. Balqish
sudah pun berkahwin. Sebelum masuk ke kolej lagi. Itu lagi awal.
“Ada dengan husband aku kat sana. Terjumpa sedara dia. So, baik aku cari kau dari dok tunggu dia berbual,” balas Balqish.
“Ingat tak bawa tadi…”
“Eh, beb. Kau dah…”
Balqish merapatkan jari telunjuk kanan
dan kirinya. Cepat-cepat Adra menjatuhkan tangan itu.
“Gatallah kau. Tahulah kau tu dah expert pasal ni semua kan. Kita kena
bersabar, okey,” Berhemah sekali jawapan kau, Adra.
“Betullah. Aku naklah bagi tips. Itu
pun kalau kau nak,” Laju saja Adra mengangguk. Sama-sama gatal!
“Macam yang kau kata, bersabar itu
penting. Dalam kes kau ni kena take time.
Faham maksud aku?”
“Faham, mem…”
“Aku nak pesanlah sikit. Kau kena
pandai sesuaikan diri since kau orang
bukan couple before this kan. Banyak
lagi benda yang kena tahu pasal diri masing-masing. Kau kena faham kerja dia. Ini
pun dalam kursus kahwin dah terangkan. Baca balik buku yang kita dapat dulu tu
ya…”
“Thanks,
beb…”
“Adra,” Altaf sudah tercongok di
belakang isterinya.
“Aqish, ni Aqhar Altaf… my sweet husband. And abang, this is my super duper bestfriend, Balqish,” Mereka
membalas senyuman. Melting jugak aku
kang, getus Balqish. Tadi jauh tak perasan sangat kehandsomeman suami si Adra ni.
“You
suits together,” puji Balqish ikhlas.
“Terima kasih. Abang tahu tak, Aqish ni
dah kahwin tau. Anak sorang dah pun…”
“Lah, ye ke? Awalnya kahwin…”
“Ha’ah. Jodoh sampai awal kan. Nak buat
macam mana,” balas Balqish sambil melemparkan senyuman.
“You kenapa tak kahwin awal?” Eh, eh.
“If
Adra kahwin awal, tak adalah majlis sanding ni kan,” Altaf tersengih. Ya tak ya
juga.
“Eh, kau dah makan ke belum?”
“Dah. Kau ingat aku nak tunggu habis
jumpa kau baru nak makan. Kesian anak aku ni lapar,” Adra sembunyikan senyumannya.
Tetapi, kemudian mata dia membulat.
“Hoi, berangan nak tambah anak lepas
habis study. Cakap kosonglah kau,” Balqish
menggaru keningnya. Kantoi!
“Alah, dah rezeki…”
“Iyalah. Apa pun boleh…”
“Kau ni kan. Eh, cepatlah sikit
mengandung. Mana tahu jadi kawan anak kita ni,” Adra buat muka selamba. Padahal
cat merah dah tersimbah, hah.
“Tak pelik ke pregnant time study?” tanya Altaf.
“Taklah. Sekarang ni ramai macam tu. Dalam
kelas kita orang pun ada dua tiga orang yang pregnant,” Altaf tersentak. Zaman
dia dulu mana nak ada macam ni.
“Adra pun nak join ke?”
“Apa, bang?”
“Tak ada apa,” Macam Adra tak dengar
wahai Encik Aqhar Altaf. Nasib baik depan public.
Kalau tak dah selamat agaknya suaminya ini di atas lantai. Ceh, berani kau ya.
“Eh, dahlah. Laki aku dah panggil tu. Next next next week jumpa lagi. Jangan
lupa bagitahu berita baik,” Grrr, aku makan jugak minah bunting ni kang, getus
Adra.
*****
Jeng jeng jeng. Macam biasalah. Dah
tunang, akad nikah, majlis sanding pun settle.
Kini, saat yang ditunggu oleh setiap pasangan pengantinlah. Tapi, si Adra ni
memang cool saja. Buat macam tak ada
apa-apa. Si Altaf pula memang dengan sikap slumber
dia. Dua-dua macam tak kisah saja. Si Zaid dengan Nayli dah selamat masuk bilik
pun. Uhuk!
“Abang buat apa kat bawah ni?” soal
Adra. Dia turun semula kerana haus. Seharian melayan tetamu, minum air pun tak
sempat.
“Minum,” jawab Altaf sepatah. Tadi
selepas berbual dengan bapa mertuanya terus dia ke dapur.
“Macam stress aje,” Adra melabuhkan punggungnya di kerusi, berhadapan
dengan Altaf.
“Taklah. Penat sikit aje,” balas Altaf
senada. Adra mengerutkan dahinya. Kenapa mendung saja muka suaminya itu?
“Hai, pengantin baru. Kenapa tak naik
lagi?”
“Hauslah, mama,” jawab Adra jujur. Altaf
hanya diam sahaja.
“Iyalah. Adra punya kain batik, mama
dah letak kat tepi almari tepi tangga. Nanti nak naik, ambil sekali…”
“Baiklah, mamaku sayang…”
Puan Najihah sudah menghilang ke
biliknya di tingkat bawah.
“Buat apa kain batik?” tanya Altaf
tiba-tiba.
“Hah? Kain batiklah. Adra memang selalu
pakai kain batik pun,” Mata Adra memanah ke anak mata Altaf yang sedang
memandangnya dengan pandangan menggoda. Gulp! Telan air liur sendiri.
“Oh…”
“Eee, otak kotor. Tak nak kawan dengan
abanglah. Naik dulu,” Adra bangun. Dia melangkah laju mengambil kain batik yang
terlipat elok di atas almari. Belum sempat kaki nak jejak anak tangga, ada
tangan yang melingkar di pinggangnya.
“Kotor tak kotor. Jom…”
Mama! Abah! It can’t be! Siapa saja yang dengar hati kau jerit, Qutnina Khadra
oi? Badannya sudah melayang dicempung Altaf.
to be continued...
Bestttt....sambung lg eh....update selalu tau....hehehe......muahhhhhh3....;)
ReplyDelete:D. inshaAllah. muaaahhhh3 balik. hahaha.
DeleteBestnya.... mlm ni nak lagi n3 ni ye ♥
ReplyDelete:D. inshaAllah. hehe
Delete