Nyamannya
udara. Erk? Padahal memang begini pun cuaca di banglo dua tingkat milik Azaril
ini. Udara pagi di beranda tingkat bawah disedut perlahan. Perumahan ini memang
mengikut citarasa Trisha di mana ia terletak jauh dari bandar dan berdekatan
dengan kawasan pergunungan. Sengaja Azaril membawa Trisha ke banglonya yang baru
sahaja dia beli setahun yang lepas, tetapi baru sekarang dirasmikan mereka.
“Macam
mana, okey?” Azaril peluk pinggang Trisha dari belakang.
“Nice. Trish suka view kat sini. Udara pun nyaman aje, sejuk mata memandang. Kenapa beli
rumah ni? Abang memang tak nak stay
kat rumah sana ke?”
“Taklah.
Abang beli rumah kat sini sebab abang nak hadiahkan pada wife abang. Dan, sayang bertuah sebab sayanglah pemilik rumah ni…
sampai bila-bila. Abang dah siap tukar nama dah. Jadi, ikut suka sayanglah bila
nak pindah sini…”
Azaril
meletakkan dagu di atas kepala Trisha.
“Hmmm,
tapi Trish nak pindah sini dengan abang. Apa kata, kita pindah bila abang dah
balik sini. Masa tu bolehlah buat housewarming.
Jiran-jiran pun dah ramai,” Azaril menganggukkan sahaja, mengiyakan sahaja buat
masa ini.
“Kalau
Trish nak pindah sendiri pun boleh. Tapi, Trish kena pastikan Trish tak pindah
sorang-sorang. Mungkin ibu ke mama boleh temankan. Abang pesan siap-siap eh, abang
tak ada nanti… Trish jangan duduk rumah kita sorang. Ikut suka Trishlah nak stay rumah ibu ke mama ke, yang
pentingnya bukan seorang diri. Faham?”
Okey,
Doktor Raffiqi sudah tegas.
“Okey.
Abang ni tak sejuk ke pakai singlet
aje. Cuaca tengah sejuk ni, demam nanti…” Trisha bergerak masuk ke dalam dengan
Azaril masih memeluknya.
Sudah
macam robot dia berjalan ke ruang tamu.
“Dah
biasa, sayang. Hmmm, kita nak buat apa ni? Breakfast
sudah, mandi pun sudah… makan sayang pun sudah. Hmmm,” Erk?
Trisha
menampar lengan Azaril di pinggangnya. Mereka duduk dia sofa. Sekarang ini,
Azaril asyik hendak berkepit sahaja dengan Trisha. Tangan dia sentiasa hendak
memeluk isterinya itu, tak nak lepas. Dia senang begitu. Payah pula jika dia
rindu Trisha nanti. Haru pula hendak terbang balik ke Malaysia.
“Abang,
kita tengok cerita UP nak? Cerita pasal suami ni sayang isteri dia gila-gila.
Hidup berdua aje sampai ke tua sebab isteri dia tak boleh mengandung. Bila usia
lanjut, isteri dia pergi dulu tinggalkan suami dia seorang diri. Seronok,” Azaril
kerling Trisha di sebelahnya.
“Masalahnya
ada ke cerita tu dalam rumah kita ni, sayang? Kalau rumah sana, memanglah ada. Koleksi
cerita-cerita you berlambak. Kat sini, abang mana sempat beli apa-apa selain
perabot. Nasib baik abang hired designer nak
hias rumah ni, kalau tak, kosong ajelah,” Panjang pula doktor kita mengomel. Trisha
senyum nipis.
“Sebab
adalah Trish offer…” Trisha capai beg
laptop di tepi meja kopi. Semalam terus
masuk bilik dek penat berjalan-jalan pusing KL, dia main letak saja beg-beg
kerjanya itu.
“Wah,
great…”
Trisha
cucuk USB ke TV LCD. Azaril pula mencapai remote
control, ditekan punat ‘ON’ dan
mencari cerita yang dimaksudkan oleh Trisha tadi.
“Jumpa
tak?” tanya Trisha sambil cekak pinggang di sisi TV. Azaril pandang Trisha
dengan senyuman. Hek.
“Sayang,
abang jumpa sayang aje,” Trisha buat muka, bagi penumbuk juga suami ni. Loyar
buruk pula.
“Oh,
so sweet. Carilah cepat, Trish nak
pergi buat air…”
“Sayang,
buat satu mug aje… kita kongsi. Lagi sweet,” laung Azaril ketika Trisha sudah
pun ke dapur.
Seteleh
menjumpai cerita UP, dia mengeluh kecil. Dia juga mahukan seperti itu. Tua
bersama. Ya Allah, kuatkan hati hamba-Mu yang kian lemah ini. Trisha pula
mengelamun di dapur sambil membancuh milo susu. Dia mencuri pandang Azaril di
ruang tamu. Rindu mula menggamit biarpun baru sekejap tidak menatap wajah
Azaril.
*****
“Sayang,
banyak dah ni. Cukuplah. Beli banyak-banyak, baby bukannya sempat pakai. Elok sebulan, dah besar badan dia,”
rungut Azaril yang sudah penat menemani Trisha membeli belah barangan bayi
mereka.
Padahal
kandungan Trisha itu masih baru lagi. Cumanya, Trisha mahu merasai perasaan
membeli belah barangan bayi bersama Azaril, suaminya. Masa hadapan, bukannya
kita tahu. Sekurang-kurangnya tidak dia kempunan mahu seorang suami menemaninya
membeli barang-barang keperluan bayi mereka.
“Alah,
Trish beli ikut umurlah, abang. Pakaian baby
dah selesai, kelengkapan mandi pun dah… hah, abang. Jom kita pergi bahagian
makanan pulak,” Jatuh rahang Azaril. Aduh, ini dah masuk troli kedua.
Makanan
lagi?
“Trisha
sayang, you lambat lagilah nak bersalin. Beli awal-awal ni untuk barang-barang
kelengkapan dahlah. Makanan tu nanti you beli dua bulan ke sebulan sebelum
bersalin,” Trisha senyum nipis.
Kerisauannya
melebihi segala. Buatnya Azaril pulang selepas dia bersalin macam mana? Atau,
tidak pulang langsung? Ish. Trisha mengusap dadanya, cuba berfikiran positif.
Takdir penentu segalanya. Sebagai umat-Nya, kita perlu berdoa dan bertawakal
pada-Nya.
“Iyalah.
Jom bayar. Selepas ni, pergi beli baju untuk Trish pulak,” Azaril mengangguk.
Dia
faham perasaan Trisha, tetapi dia tidak mahu isterinya itu terlalu mengikut
perasaan. Azaril juga risau jika dia tidak akan kembali. Namun, dia berdoa agar
Allah masih memberi dia peluang untuk bersama Trisha dan anak mereka. Lagipun,
program kemanusiaan itu hanya untuk lima bulan sahaja. Bergilir-gilir tugasan
sementara housemanship mahu matang.
Setelah
selesai membeli apa yang patut untuk umi-to-be
tu, Azaril membawa Trisha ke sebuah restoran yang belum pernah dia pergi dengan
mana-mana perempuan selain mamanya. Semalam lagi Trisha teringin makan udang
galah bakar. Di restoran inilah terbaik udangnya. Tidaklah semewah yang Trisha
selalu pergi tetapi mampu membuatkan orang mahu bertandang lagi ke restoran
itu.
“Abang,
selalu ke lepak sini? Tak pernah bawa Trish pun,” Trisha melilaukan pandangan
ke sekeliling.
Pelanggan
yang datang memang ramai. Bising kemain, sibuk bercerita itu ini. Trisha
mengulas senyum.
“Abang
selalu datang dengan mama, ayah dan abang Mizal aje. Tak pernah lagilah abang
datang dengan kawan-kawan atau mana-mana girlfriend,”
Ditekankan perkataan girlfriend itu.
“Okey.
Apa yang best kat sini?”
“Semalam
kemain lagi pujuk abang kan. Malam ni kita pekena udang galah bakar spesial
untuk Trish. Sedap,” Terus bersinar mata Trisha.
Digenggam
lengan Azaril erat. Suka benarlah tu.
“Wah,
baby makan besar malam ni. Terima
kasih, abang…”
“Sama-sama
kasih. Tapi, kat sini bukan tempat private
tahu. Tak boleh mesra-mesra, orang geli tengok,” Trisha mencebik.
Macamlah
dia tidak tahu suami dia tu. Mana suka mesra-mesra di hadapan umum. Tetapi, di
awal perkahwinan dulu kemain dia kelek Trisha ke hulu ke hilir. Sakan. Semua itu
dulu sebelum adanya kesedaran.
“Nak
udang galah aje, benda lain?”
“Emmm,
Trish nak ikan siakap bakarlah. Dah cukup,” Tertelan air liur sendiri dek
terbayang keenakan makanan-makanan itu. Nyum nyum.
Setelah
memesan makanan, Azaril merenung Trisha lama. Trisha yang perasan, membulatkan
mata sambil mengerutkan dahi.
“Abang,
kenapa ni? Nak tenung lama-lama pun, balik rumah nantilah. Malulah orang
pandang,” Azaril gelak.
“Dapat
pahala apa tenung isteri sendiri. Trish cantik sangat malam ni, abang tak boleh
nak elak pandangan abang ni. Asyik nak pandang sayang aje,” ujar Azaril lembut.
Sungguh,
itulah yang dia rasa.
“Abang,
lagi dua hari aje lagi. Dah balik nanti, Trish nak dakap abang puas-puas. Nanti
dah rindu, tak boleh nak peluk abang lagi dah. Wilbear ajelah peneman setia
Trish,” Azaril cuit pipi Trisha, geram.
“Nasib
baik Wilbear ada. Walaupun hodoh, sayang tetap jugak kelek dia malam-malam.
Mujur sayang masih peluk abang…”
“Haish,
mana boleh tak peluk abang. Dan, Wilbear tu handsome,
okey. Wilbear tu klon abang tahu. Puas Trish fikir nak bagi nama apa kat dia. Dengan
nama Azaril, tak masuk pulak nak panggil dia Rilbear ke Zarilbear ke. Raffiqi
lagilah, tak ngam langsung. Nasib ada Wilson di belakang, jadilah Wilbear.
Wilbear tercinta, peneman setia Trisha Dania iatu isteri Azaril Raffiqi Wilson,”
Hah, sekali Trisha berceloteh.
Ternganga
Azaril dibuatnya. Dalam dok nganga tu, sempat jugalah dia merakam kata-kata
Trisha itu. Pengubat rindu.
“Ni…
bibir ni. Pastikan lepas ni bibir merah ni, kalau nak merepek ke apa, Trish
tolong rakam tahu. Balik nanti, abang nak dengar celoteh Trish ni. Tak kiralah
baik ke buruk, janji abang boleh tahu apa Trish buat sepanjang abang tak ada,”
Trisha senyum.
“Janji…”
Mahu
memeluk, di hadapan umum pula. Sudahnya, bersabar sehingga pulang ke rumahlah.
Lebih dari tu pun boleh, tiada yang mengganggu. Di sebalik keceriaan wajah
keduanya, terselit seribu satu perasaan. Masih di hadapan mata, sudah pandai
menanam rindu. Jika berjauhan nanti, mahu melepaskan rindu… hmmm. Dugaan hidup.
Langit tidak selalunya cerah, tidak pula selalu mendung. Semuanya berbalik pada
takdir ilahi.
*****
Puan
Sri Kamalia dan Datin Seri Laila saling berpandangan. Tan Sri Amzan dan Datuk Seri
Johan pula tidak terkata apa. Pasangan suami isteri yang berdiri tidak jauh
dari mereka itu menggamit pilu. Sehinggakan ahli keluarga yang turut hadir ke
KLIA untuk menghantar Azaril tidak mampu menahan dan turut sebak.
“Doakan
abang. Insha Allah, abang akan balik. Don’t
be sad, He always with us. Jangan lupa amalkan baca surah-surah untuk baby. Jadual diet yang abang tulis tu,
ikut. Kalau ada masa atau kesempatan, abang call
sayang. Sayang jangan fikir bukan-bukan pula kalau abang tak call eh. Think positively. Abang akan balik,” bisik Azaril di telinga
Trisha.
“Trish
janji, Trish akan tunggu abang balik. Abang jaga diri. Abang ke sana untuk membantu
saudara kita, jangan leka. Doa Trish sentiasa iringi abang. Abang bawa hati
Trish ke sana dan Trish nak, abang bawa juga hati tu balik. Tak kiralah retak
sekalipun, asalkan Trish tahu hati Trish masih berbekas,” balas Trisha.
Dia
sudah berjanji tidak akan menangis ketika menghantar Azaril. Matanya dapat
menangkap rakan-rakan setugas Azaril yang turut dihantar ahli keluarga mereka. Suasana
di situ juga hening dan pilu seperti keadaan dirinya dan ahli keluarga yang
lain. Demi saudara seagama, dia rela melepaskan Azaril pergi. Tidak kiralah
untuk sebentar cuma atau selamanya. Janji Allah pasti.
Selagi
kita berpegang pada perintah-Nya, hati kita akan tenang. Cinta manusia hanya
seketika, tetapi cinta Allah bersifat abadi.
“Fiqqi,
masa dah tiba,” Datuk Seri Johan memegang bahu anak lelakinya. Azaril
melepaskan pelukannya pada Trisha.
Kini,
ayahnya pula yang mengambil alih. Trisha mendapatkan Puan Sri Kamalia. Entah
bila mereka mendekat pun, dia tidak perasan.
“Fiqqi
akan balik, ayah, mama, baba, ibu,” Datin Seri Laila mengangguk sambil
tersenyum. Dia tidak rela tetapi cuba merelakan Azaril pergi.
“Insha
Allah. Kami di sini akan tunggu Aril,” sampuk Tan Sri Amzan. Tubuh tua itu pula
menjadi sasaran Azaril.
Usai
giliran bapa-bapa, ibu-ibu pula mahu mengucapkan selamat tinggal. Sudah namanya
kaum wanita, tidak sahlah jika air mata tidak terbit. Cuma, Trisha sahaja
kelihatan tenang biarpun hati sudah menggelegak. Jika dia lemah, bayinya turut
lemah. Jadi, dia harus kuat dan berfikiran positif. Selagi nyawa dikandung
badan, selagi itulah cintanya pada Azaril akan bertapak di hatinya.
“Aril
jangan risaukan Trish. Kami semua ada untuk jaga dia. Kembali dengan bermaruah.
Sepertimana ibu percaya Aril mampu menjaga Trish, seperti itu juga ibu percaya…
Aril mampu lakukan yang terbaik. Jadi bapa yang boleh anak jadikan idola. Ibu bangga
ada Aril sebagai menantu,” Azaril angguk.
Kata-kata
semangat akan tersemat dihatinya.
“Mama
tak ada apa nak cakap dah. Fiqqi dah besar panjang, boleh fikir sendiri kan. Cuma,
mama doakan Fiqqi kuat. Mama jugak bangga punya Fiqqi sebagai anak mama. Walaupun
pernah tersasar, Fiqqi masih mampu didik seorang isteri dengan baik. I love you, sayang,” Azaril dakap tubuh
mamanya erat. Inilah idolanya, seorang wanita cekal yang telah membesarkannya.
Tubuh
Datin Seri Laila dilepaskan. Azaril pandang orang-orang kesayangannya sebelum
berangkat. Semuanya menghadiahkan senyuman padanya. Alhamdulillah. Mereka
seperti mengerti perasaannya ketika ini yang mahukan perpisahan aman. Trishalah
paling tenang.
“Trish
tunggu abang,” kata Trisha dengan senyuman manis. Dia bergerak merapati tubuh
sasa Azaril. Dipeluk seketika tubuh itu.
“Abang
sayangkan Trish. Sampaikan salam rindu abi pada baby, hari-hari. Titipkan doa pada abang kalau rindu. Tatap wajah
abang senyum kalau sayang sedih. I love
you, sayang,” Dikucup dahi Trisha lama.
Hanya
senyuman yang menghantar pemergian Azaril. Entahkan dia pulang atau tidak. Trisha
memeluk erat Puan Sri Kamalia tatkala lututnya sudah tidak mampu berdiri ketika
Azaril sudahpun masuk ke balai berlepas. Allahuakbar. Sebaik sahaja Azaril
hilang dari pandangan, terus dihambur tangis di bahu ibunya. Sungguh, dia
lemah.
Selamat
kembali, Azaril Raffiqi Wilson.
to be continued...
p/s : Azaril terbang dah. huhu. next chapter kembalinya watak Lewis Lee. yeah. our hero from LA. goose bump tetiba nak bangkitkan balik watak Lewis Lee. super kacak tapi takleh Doktor Raffiqi CIA. hihi. SELAMAT MEMBACA! :D.
Huwaaaaa....sedihnyaaa....sambung lagii....plzzzzz....tq selalu update dgn story2 yg bestttt....;)
ReplyDeleteSambung lh harini juga akak :) haha
ReplyDeleteSo sad... smbg lagi tau
ReplyDelete