Hujung minggu itu, Altaf dan Adra ke
rumah Haji Akasyah. Beriya-iya Hajah Maryam memasak. Anak perempuan dia sudah
pulanglah katakan. Jika tidak dihalang oleh Haji Akasyah, mahunya menjadi majlis
kenduri… jamuan makan mereka sekeluarga hari itu. Adra membantu Hajah Maryam dia
dapur sementara Aqhar dan Haji Akasyah telah ke lapangan terbang untuk
menyambut puteri itu.
“Ibu, Aisar punya pe’el macam abang Aq
tak? Manalah tahu jenis yang cool but unexpected person,” Tergelak Hajah Maryam
yang sibuk mengacau kari kepala ikan di atas dapur.
“Jauh beza sangat, Adra. Aisar ni jenis
yang lembut dan caring. Jiwa dia cepat tersentuh. Ibu ingat lagi dulu, waktu
Aisar terjumpa bayi terbuang di tepi tong sampah. Ya Allah, dia punya menangis
tu mengalahkan bayi tu dia yang punya. Nasib baiklah dia cepat bertindak masa
tu, kalau tak… hmmm… ibu tak tahulah apa akan jadi,” cerita Hajah Maryam.
“Habis tu, macam mana dengan bayi tu? Selamat?”
“Alhamdulillah, selamat. Aisar yang
hantar ke hospital, lepas tu pihak hospital ambil alih kes bayi tu. Itulah
sebabnya Aisar apply course psikologi, dia nak bantu manusia berfikiran seperti
manusia,” Adra mengangguk faham.
“Baguslah, ibu. Sekurang-kurangnya niat
Aisar murni, nak bantu sesama kita. Ibu, bawang putih ni cukup tak?”
Hajah Maryam menghampiri meja di
tengah-tengah dapur.
“Cukup dah ni. Adra tak payah buat
dahlah. Tak pasal Aq bebel kat ibu, buli isteri kesayangan dia ni. Uish, Aq
punya bebel… ibu boleh pengsan,” Adra gelak.
“Apalah ibu ni. Takkanlah Adra nak
duduk goyang kaki aje. Lagipun, Adra tolong ibu potong-potong bahan aje. Tadi,
Adra dah bagitahu abang Aq nak tolong ibu. Kalau bebel dengan ibu, Adra yang bebel
kat dia balik…”
“Iyalah. Asalkan Adra puas, ibu okey
aje. Cucu nenek ni nanti rajin macam ummi jugak tahu, bolehlah jaga adik-adik
pulak nanti,” ujar Hajah Maryam sambil wajahnya didekatkan pada perut boyot
Adra.
“Amboi, ibu. Adra dengar hint tu. Nanti
ibu cakap benda ni kat Aisar pulak, kita kongsi ilmu,” seloroh Adra sambil mengupas
bawang merah pula.
“Hmmm, nak harapkan Aisar tu. Entah
bilalah ibu nak tengok dia kahwin, Adra. Telinga ibu ni dah tak larat mendengar
dia dok mengutuk kaum lelaki. Entah lelaki manalah dapat si Aisar tu, malang
sungguh…” Selamba sahaja Hajah Maryam mengutuk anak daranya itu.
“Ibu punya doa tu mujarab tahu, buatnya
makbul. Habislah Aisar,” Hajah Maryam menjegilkan matanya. Lantas menekup
mulutnya. Hek, tersilap kata. Kan, sudah terkena dengan ummi boyot ni.
“Tak apalah, Adra. Ibu haraplah bakal
suami Aisar nanti mampu nak kawal anti-lelaki dia tu. Ini tidak, lelaki dalam
list hidup dia cuma ahli keluarga terdekat aje. Lelaki lain? Out of mind,” Adra
gelak lagi.
Hajah Maryam kembali menyambung
kerjanya. Periuk sederhan besar yang digunakan untuk memasak kari, bertukar dengan
kuali. Ikan siakap masak tiga rasa pula untuk resepi seterusnya. Tiba-tiba, Adra
terjatuhkan mangkuk kosong yang diletak Hajah Maryam di atas meja ketika dia
hendak bangun ke sinki. Hajah Maryam terpaku pada mangkuk yang jatuh itu.
Suasana sunyi seketika.
“Eh, Adra. Biar ibu yang angkat. Perut kamu
dah besar, mana nak sampai,” Adra sengih. Entah kenapa, dadanya berombak laju. Namun,
disedapkan hatinya. Semoga tiada perkara buruk yang berlaku.
Hajah Maryam juga turut merasakan hal
yang sama. Diusap dadanya lembut dan perlahan. Mangkuk yang terjatuh, dia
ambil. Mujur mangkuk plastik, bukannya kaca. Mahunya dia melarang terus Adra
masuk ke dapur. Hati tuanya seperti dapat menghidu sesuatu yang tidak baik
sedang berlaku. Hajah Maryam tergeleng kecil, menghalang mindanya berfikir yang
tidak-tidak.
*****
Puan Najihah memeluk tubuh Adra erat.
Sedari tadi Adra hanya diam dan menekur ke lantai. Encik Farhan memandang
isteri dan anak perempuannya itu sayu. Dia bangkit berdiri.
“Jia, abang nak pergi surau sekejap.
Jia temankan Adra dulu. Adra, istighfar banyak-banyak. Let go of bad thinking,
okay, sayang?” Diusap kepala Adra yang bersalut tudung itu.
Lambat-lambat Adra mengangguk. Biarpun dia
terasa bagai diawang-awangan, telinganya masih mampu mendengar bicara orang
sekelilingnya.
“Abang pergi jenguk Mar dan Kasyah
sekalilah. Sekejap lagi Jia dengan Adra menyusul,” Encik Farhan angguk. Kemudiannya,
dia berlalu ke surau untuk menunaikan fardhu Asar.
“Ma, Adra sayang abang. Tadi, abang
okey aje. Tapi, abang asyik-asyik suruh Adra jaga diri. Lepas tu, selalu
bagitahu Adra yang dia sayang Adra sangat-sangat. Kenapa abang buat Adra macam
ni, mama?” Puan Najihah terkedu.
“Sayang, dengar cakap mama ya. Ini
takdir Allah, sudah termaktub perkara ini akan jadi. Adra kena kuat demi anak
Adra dan Altaf. Berdoa banyak-banyak, minta Allah panjangkan umur Altaf. Insha
Allah, kalau bukan ajal suami Adra… dia akan kembali pada anak mama ni. Percaya
dengan janji Allah, sayang mama,” tutur Puan Najihah tenang. Diusap bahu Adra
penuh kasih.
“Kak,” sapa Aisar. Pipi kirinya yang
tercalar ditampal kain kasa. Dia melutut di hadapan Adra di ruang menunggu unit
kecemasan.
“Aisar dah okey?” tanya Puan Najihah.
Aisar mengangguk perlahan. Lukanya hanya kecil jika dibandingkan dengan ayah
dan abangnya.
“Okey, auntie,” Aisar capai tangan
kakak iparnya dan menggenggam jemari itu erat. “Aisar minta maaf. Semuanya jadi
sebab ayah dan abang nak jemput Aisar. Kalau Aisar balik dengan teksi, semua ni
takkan jadi. Aisar minta maaf, kak,” Menangis Aisar di hadapan Adra.
Adra peluk Aisar.
“Aisar tak salah. Akak tak pernah
salahkan Aisar. Semua ni berlaku sebab Allah yang mengkehendakinya, bukan salah
sesiapa. Aisar pun terluka, kan. Akak yakin, abang Aq akan pulih. Aisar sabar,
ya,” Melihatkan Aisar yang galak menangis, membuatkan Adra kembali kuat.
Betullah kata Hajah Maryam, hati Aisar
cepat tersentuh. Biarpun Aisar lebih tua darinya, gadis itu tetap adik iparnya.
Aisar memiliki seraut wajah yang comel, baby face.
“Sudahlah, benda dah jadi. Rasanya
Altaf sudah dipindahkan ke wad, jomlah kita ke sana dulu. Bawa bersabar, Adra,
Aisar,” Puan Najihah dan Aisar membantu Adra bangun.
Perut Adra yang memboyot itu,
menyukarkan pergerakannya. Selalunya, Altaf yang akan membantu Adra. Kini? Adra
sedih sendiri. Kejadian ini berlaku secara tiba-tiba. Betullah telahannya tadi,
pasti ada perkara buruk yang bakal berlaku. Dan sekarang perkara itu sudahpun
terjadi.
Sejam selepas Hajah Maryam selesai
menghidangkan makanan, Haji Akasyah dan Altaf serta Aisar masih belum tiba. Kerisauan
mereka terjawab apabila pihak hospital menelefon Adra mengatakan kereta Altaf
terlibat dalam kemalangan. Nasib tidak menyebelahi Altaf dan Haji Aksayah
apabila bahagian hadapan kereta yang dinaiki mereka terlanggar sebuah lori. Hanya
Aisar sahaja yang cedera ringan.
*****
Adra merenung tubuh sasa suaminya yang
terdedah itu terbaring di katil. Terasa lemah lututnya tatkala matanya terlihat
tubuh itu berselirat dengan wayar-wayar. Nafas Altaf kedengaran lancar walaupun
cedera parah di bahagian kepala dan kaki. Doktor telah memaklumkan Altaf berada
di dalam keadaan koma dek kepalanya terhentak kuat.
Jemari kanan Altaf dicapai Adra dan dibawa
ke bibirnya. Ternyata kerinduannya pada Altaf sejak akhir-akhir ni lain macam.
Walaupun suaminya itu berada di hadapan matanya, dia masih rindu. Tidak puas
rasanya mahu memeluk cium Altaf. Air mata yang mengalir sejak berita itu
diterimanya, sudah pun berhenti. Demi Altaf dan bayi mereka, dia perlu kuat dan
tabah. Ini adalah ujian dari Allah untuk mengujinya.
“I love you so much, abang. Adra janji,
Adra akan tunggu abang sampai bila-bila. Hati Adra hanya untuk abang dan Adra
nak abang pun berjuang demi Adra dan baby. We need you,” ujar Adra sambil
tangannya mengusap wajah tampan Altaf.
Hati Adra digeletek melihat wajah itu.
“Dah sakit-sakit macam ni pun, abang
still handsome. Pandai abang jaga muka abang, kan. Abang kena ingat, Adra nak
wajah abang ni yang Adra pandang hari-hari. Jangan nak tinggalkan Adra. Abang
berani tinggalkan Adra, Adra kahwin lain,” Adra memberi amaran.
Aisar yang terdengar perbualan tanpa
balasan di sebalik pintu tersenyum. Orang yang koma selalunya akan mendengar
setiap kata-kata yang diucap padanya. Aisar pasti Altaf juga mendengar apa yang
Adra cakapkan itu. Tentunya, abang kesayangannya tercabar. Doanya, Altaf akan
sedar. Tidak kiralah lambat atau cepat, Altaf kena bangkit juga. Dan, dia tahu
abangnya itu seorang cekal.
*****
Hari berganti hari, Adra masih setia
menunggu di sisi Altaf. Hospital sudah menjadi rumah keduanya. Begitu juga
Hajah Maryam. Namun, wanita itu sudah boleh berasa lega sedikit kerana Haji
Akasyah sudah sedar, cuma suaminya masih perlu dipantau. Kecederaan di dada
Haji Akasyah teruk juga.
Hajah Maryam menghampiri Adra yang kusyuk
membaca Yassin di sofa yang terdapat di dalam bilik wad Altaf. Dilabuhkan punggung
di sisi menantunya itu. Tenang hatinya mendengar alunan merdu ayat al-Quran itu
dilantunkan oleh Adra. Penuh perasaan dan bersungguh-sungguh.
Beberapa minit kemudian, Adra menutup
buku Yassin. Dilemparkan senyum pada ibu mertuanya.
“Ibu, tak lama lagi Adra dah nak
bersalin. Tapi, abang Aq tak sedar lagi. Boleh Adra minta ibu yang temankan
Adra nanti?”
“Apa pulak kata mama Adra nanti. Ibu
bukannya tak nak temankan Adra, tapi mama Adra masih ada…”
“Adra dah bagitahu mama. Mama faham
kehendak Adra. Adra cuma nak ibu temankan Adra sebagai ganti abang Aq. Sebab
Adra tahu, abang Aq dekat dengan ibu,” Hajah Maryam peluk Adra erat, hatinya
beristighfar.
Sungguh, menantunya terlalu rindukan
anak lelakinya. Jasad beku yang terbaring di katil itu semakin membangkitkan
kemarahannya. Bukanlah mahu menolak takdir, tetapi dia geram tatkala melihat
Adra menangis di sisi Altaf setiap malam. Betapa Adra menantikan kehadiran
Altaf di sisinya di saat-saat genting ini. Menantunya itu hanya menunggu masa
sahaja untuk melahirkan zuriatnya.
“Kalau macam tu, ibu ikutkan ajelah.
Adra banyak bersabar. Insha Allah, ibu yakin Aq akan sedar. Dia akan kembali
pada Adra. Meskipun payah, Adra perlu juga telan pahitnya. Tidak semua benda
akan manis sahaja. Kepahitan yang Allah hadirkan itu untuk mengajar kita. Jadi,
Adra kena tabah,” Adra mengangguk perlahan.
Ya. Dia perlu kuat dan tabah demi semua
orang. Dia tidak mahu dipandang sebagai wanita yang lemah. Altaf juga sering
mengatakan dia seorang yang kuat. Jadi, dia akan buktikan pada semua orang yang
dia mampu telan kepahitan demi sebuah kemanisan.
“Terima kasih, ibu,” ucap Adra tulus. Dia
membalas pelukan Hajah Maryam erat.
Mata ditunak pada Altaf di katil.
Terbit senyuman nipis di bibir Adra. Dia yakin tubuh sasa yang semakin susut
itu akan kembali memeluknya. Tangan kaku itu akan membelainya seperti anak
kecil. Bibir yang terkatup itu akan membisik kata cinta dan mencium dahinya
seperti dulu. Jasad itu pasti kembali untuk mendidiknya dan anak mereka. Insha
Allah.
*****
Riuh sungguh ruang tamu rumah Haji
Akasyah. Di hari yang bahagia itu, semuanya berkumpul dan memeriahkan suasana. Suara
tangisan bayi sesekali kedengaran dek diusik dan diganggu. Tawa para dewasa
menambahkan keriuhan. Adra menuruni anak tangga perlahan. Senyuman manis di
bibir terukir. Semua mata memandangnya dengan senyuman di bibir mereka.
Betapa bahagianya dia saat ini. Ditoleh
ke kanan, suaminya mengukir senyum. Bahunya dipaut mesra. Keadaannya yang masih
dalam tempoh berpantang tidak menggalakkan dia bergerak sendiri. Saat matanya
terpandang seorang bayi lelaki di pangkuan Puan Najihah, hatinya bagai
terlonjak untuk mendekati.
Tetapi, bayi itu seakan menjauh.
Ditoleh pada bahunya, tangan kekar suaminya tiada. Terus mati senyumannya
tatkala pandangannya dihala ke ruang tamu. Tiada sesiapa. Suara riuh tadi juga
hilang. Air mata mula membasahi pipi Adra, semakin teresak dia menahan sedih.
Mana suaminya? Mana anaknya? Mana semua orang pergi?
Ya Allah, mana mereka?
Peluh merenik di dahi. Adra pejamkan
mata, mungkin itu hanya khayalannya. Saat matanya terbuka kembali, matanya
bagai tertusuk sesuatu. Dia berasa silau. Pandangannya berbalam. Di mana dia
berada? Seorang wanita bertopeng dipandangnya dengan penglihatan yang kabur. Perutnya
terasa sakit dan senak, seperti ditoreh sesuatu yang tajam. Adra terasa sesak.
Tika itu, dia dapat merasakan tangannya
digenggam erat. Telinganya menangkap satu suara. Suara itu seperti menyuruhnya
mengucap. Ya Allah, aku di mana? Siapakah mereka? Kenapa tubuhku ditoreh?
Persoalan demi persoalan yang menerpa minda mula melemahkan Adra. Dia penat. Wajahnya
dirasakan sudah tidak berdarah. Akhirnya, tenaga dia sudah lemah. Kala itu, Adra
kaku di pembaringannya.
Sabda
Rasulullah SAW :
Apabila
mati seorang manusia maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu
sedekah jariah atau ilmu yang berfaedah atau anak soleh mendoakannya.
(Riwayat
Abu Daud)
Suara teriakan bayi yang kuat kedengaran
di segenap penjuru dewan bersalin. Lahirlah seorang khalifah Allah ke dunia
yang penuh pancaroba ini. Alhamudlillah.
to be continued...
Alaaa siannya kt adra ...xmau altaf mati...xnak3.... Huhuhu... TQ cia...slalu update...;)mlm nnt ada lg x? Hehehe
ReplyDeletesian Adra... Nak lagi sis, Hehe
ReplyDeleteNak lagii!!!!
ReplyDelete