Assalamualaikum... hye!
new cerpen for the 1st of june. :D. dah lama sangat terperuk dalam lappy so malas fikir panjang-panjang, CIA post. hehe. macam tak habis ja cerpen ni. CIA pun dah hilang idea nak habiskan macam mana. so, ini jalah yang ada. :D. SELAMAT MEMBACA! :D.
Kanta bermaksud lensa atau kepingan lut sinar seperti kaca atau
plastik yang salah satu atau kedua-dua permukaannya melengkung, yang digunakan untuk menukar alur cahaya…
misalnya cermin mata untuk memulihkan penglihatan.
Cinta pula bererti jika kita benar-benar mencintai seseorang, kita
tidak akan pernah berhenti memikirkan tentang mereka walaupun sesaat dan
merasakan dialah segala-galanya. Cinta juga adalah perasaan yang tak dapat
dilihat dan dijelaskan tapi boleh dirasai dan jika benar-benar menyintainya,
kita sanggup mati untuk mereka.
*****
Hadfina mundar mandir di biliknya. Sekejap dia duduk, sekejap dia
berdiri. Segala benda yang dilakukan serba tak kena. Kusut… kusut… kusut.
Rambutnya kemas tersikat tadi, sudah seperti kena taufan Haiyan sahaja. Bibir
dia tak henti-henti berbicara sendiri. Sekali pandang, dah macam orang gila. Orang
tak siuman.
Kenapa dia yang mesti terpilih?
Tak ada orang lainkah yang boleh dijadikan galang ganti?
Dia masih tak bersedia untuk tamatkan zaman bujangnya. Diusia dua
puluh satu tahun, keluarganya sudah sibuk mencarikan dia pasangan. Dia buntu. Fikirannya
mula menerawang entah ke alam mana pun dia sendiri tak tahu. Kerutan di dahi
sudah umpama seorang nenek tua. Berkedut saja sejak diberitakan tentang hal
itu.
Hal apa?
Hadfina akan dikahwinkan dengan seorang lelaki yang dia langsung tidak
kenal. Dan dia sendiri tak ingin nak tahu siapakah lelaki itu. Kerap juga dia
membaca cerpen dan novel yang berkisarkan kisah yang yang bakal berlaku di dalam
hidupnya itu. Ada beberapa kategori yang dia boleh huraikan mengenai bakal
suaminya itu. Apa? Jom kita baca…
Kategori bakal suami Hadfina Husin.
Pertama- Garang! Si suami tak sukakan si
isteri. Perkahwinan hancur sebab suami masih cintakan bekas kekasih atau bekas
tunang. Si isteri hanya diamkan saja ketidakpuasan hati. Then, bahagia. Si
suami dah cintakan si isteri. The end!
Kedua- Sweet! Si suami redha dengan jodohnya
dengan si isteri. Pastilah, suami melayan isteri dengan baik. Alah, dugaan
kecil-kecil tu biasalah. Sama-sama tak kenal, mesti banyak dugaan tak terduga
terjadi. Isteri terpikat dengan kesweetan suami. So, jadilah loving couple till
the end. Titik.
Ketiga- Biasa-biasa saja! Dua-dua bersama
kerana keluarga. Cuba menerima each other even tak suka. Lepas kahwinkan boleh
kenal-kenal lagi. Sad ending? Happy ending? Either or.
Keempat- …
Penulisan Hadfina terhenti. Telefon bimbit yang berdering mengganggunya.
Iphone 4s putih dipandang. Private number? Siapa pula dah? Dia menekan
‘answer’.
“Hello, Assalamualaikum. Hadfina’s here,” Penuh tertibnya dia
menjawab. Dia kan seorang gadis yang sopan. Ceit! Sekali taufan melanda, habis
semua sifat keayuan.
“Waalaikumsalam. Are you Hadfina Husin?” Hadfina yang tadinya
meniarap, berbaring memandang syiling. Suara lelaki?
“Ya, saya Hadfina Husin. Ada apa ya?” Lelaki di hujung talian
berdehem. Hadfina menunggu penuh sabar. Padahal, dia sudah mula menyumpah
seranah si lelaki yang masih diam itu.
“Hello, encik. Are you still there?”
“Yes. Sorry for disturbing you, Cik Hadfina. Let me just straight to
the point. Saya, Isyraq. Bakal suami awak,” Dang! Hadfina bingkas duduk. Bakal
suami?!
“Err… kenapa ya? Malam-malam call saya…”
“Awak tahu kan, lagi dua minggu kita akan bernikah?” Hadfina
mengangguk. Bajetlah macam si Isyraq, bakal suami dia tu nampak.
“Ya. So?”
“I’ve asked my mother to meet you before the D-day. But, she doesn’t
allowed me. So, I call you tonight because I have many confession to tell you,”
Isyraq menghela nafasnya. Hadfina sudah tidak sedap hati. Confession apa pula
ni? Dia mengambil buku diarinya. Ditatap tulisan tangan yang dtulisnya tadi.
“Confession? Ada apa-apa yang perlu saya tahu ke sebelum kita bernikah?”
Perkataan ‘bernikah’ sudah menjerut leher Hadfina tanpa sedar. Dia anti
perkataan itu! Tolong faham. Tapi digagahkan juga lidahnya untuk menyebut.
“A lot. Can you give me your e-mail address? Facebook username pun
okay…”
“Naaa, I’ll give you my e-mail address. Fina_Husin@yahoo.com,” beritahu Hadfina senafas. Dia memang tidak
suka jika ada orang tak kenal minta account facebooknya.
“Alright, thanks. Saya akan draftkan semuanya mengenai diri saya.
Please, take note,” Terangkat kening Hadfina. Perlukah dia tahu pasal bakal
suaminya itu sebelum kahwin? Playboykah dia? Burukkah perangainya? Hodohkah
wajahnya? Atau dia ada kekurangan apa-apa?
Cepat-cepat Hadfina menggelengkan kepalanya. Menghalau anasir-anasir
jahat yang mula mengusai fikiran. Dia tidak patut bersangka buruk pada Isyraq
meskipun dia seratus peratus tidak sukakan perkahwinan itu. Umi dan ayahnya
sentiasa mengingatkannya agar selalu bersangka baik.
“You’re welcome. Anything else?”
“Nope. Thanks again for the chit chat. I appreciate your precise
minutes. Good night,” Manisnya mulut si Isyraq ni. Hadfina mula blushing. Dia
kan pantang kalau ada lelaki yang bersikap sweet ni.
“Okay then. Good night,” balas Hadfina. Tutt…
Hadfina kembali berfikir mengenai kategori bakal suaminya itu. Dek
terlalu asyik menulis, dia terus terlelap. Bersama dengan bayangan positif yang
dia cuba terapkan mengenai bakal suaminya. Heh.
*****
Isyraq menyisip espresso panas perlahan. Terasa tenang saat caffien
itu mengenai tekaknya. Menghilangkan sedikit rasa kantuknya. Sejak dia
kemalangan beberapa bulan yang lepas, dia berubah menjadi seorang penggemar minuman
bercaffien. Boleh dikatakan minuman itu sudah menjadi wajib diminum setiap
hari.
“Isy, buat apa kat luar ni?” Puan Norlia mendapatkan anak terunanya di
balkoni bilik. Isyraq tersenyum.
“Saja ambil angin, ma. Mama buat apa tak tidur lagi?”
Puan Norlia melabuhkan punggung di sisi anak lelakinya. Sengaja Isyraq
meletakkan kerusi kayu di balkoni biliknya. Dia suka bersantai di situ.
“Mama nak jenguk anak mama dulu sebelum tidur. Isy fikir apa?”
“Tak ada fikir apa-apa yang menarik pun, mama. Cuma, Isy terfikirkan Hadfina,”
Puan Norlia senyum.
“Kenapa dengan Hadfina?”
“Is she okay? I mean, about our wedding. Mama tahu kan dia muda lagi. Isy
rasa bersalah sebab Isy ni dah tua. Tak sesuai langsung untuk dia,” kata Isyraq
perlahan. Telefon bimbit di tangan, digenggam erat.
“Tua apanya. Isy baru tiga puluh tahun. Muda lagi tu. Isy tak payah
risaulah. Auntie Indah dah yakinkan Hadfina. Hadfina sendiri yang terima,” balas
Puan Norlia sambil mengusap belakang Isyraq.
Sejak suaminya meninggal dua tahun lepas, Isyraqlah tempat dia bergantung
harap. Kerana Isyraq jugalah, dia menjadi seorang wanita yang tabah dan
bersabar menempuh dugaan. Dugaan seperti sekarang ni.
“Memanglah dia setuju, ma. Tapi Isy tak naklah rosakkan masa depan
dia. Dapat ke dia terima kekurangan Isy ni?”
“Isyraq sayang, kekurangan Isy kan bukannya kekal. Inshaa Allah, Isy
akan dapat penderma. Mama tak sukalah tengok anak mama lemah macam ni. Mama
rindukan Muhammad Isyraq yang dulu. Dia kuat, selalu tersenyum walaupun ada
masalah. Bukannya Muhammad Isyraq yang sekarang,” cebik Puan Norlia.
Isyraq memeluk mamanya erat. Menitis air matanya mendengar suara hati
sang ibu yang rindukan anaknya yang dulu. Bukannya dia tak kuat. Cuma,
kadang-kadang hatinya yang sering memikirkan kelemahan diri… terasa lemah
semangat. Mungkin Muhammad Isyraq yang kuat, ceria dan ramah dulu telah mati
ketika dia kemalangan.
Disebabkan kemalangan itu juga, dia kehilangan gadis yang dicintainya
sepenuh hati. Dia yang bernama Nur Dhuha. Gadis yang telah berjaya menambat
hatinya sejak lima tahun yang lepas. Namun, semua itu hilang sekelip mata
apabila keluarga Nur Dhuha memutuskan tali pertunangan mereka disaat hari ijab kabul
hampir tiba.
Argh! Siapa sajalah yang dapat menerima dirinya yang sudah hilang
penglihatan itu? Perempuan mana yang sanggup hidup dengan lelaki buta
sepertinya. Sanggupkah Hadfina meneruskan rancangan keluarga mereka setelah
tahu dia sebenarnya buta penglihatan? Fikirannya semakin kusut memikirkan hal
itu sejak diberitahu oleh mamanya tentang perkahwinan yang tidak jadi itu akan
tetap dilangsungkan. Tetapi, dengan calon isteri lain.
“Isy tak boleh janjikan Muhammad Isyraq mama akan kembali. Mama
berdoalah dia kembali di sisi mama,” ujar Isyraq hambar.
“Mama sentiasa doakan anak mama ni. Isy pun jangan terus berhenti
berharap ya,” Puan Norlia menahan tangis. Tidak mahu Isyraq tahu hatinya sedang
menangis.
*****
Puan Indah memerhati anak perempuannya yang sedang bersarapan itu. Tak
sampai dua minggu sahaja lagi, Hadfina akan bergelar isteri orang. Sudahlah
masak pun tak reti, pakaian dia pun Puan Indah yang basuhkan. Puan Indah
tergeleng tanpa sedar. Macam manalah anak perempuannya itu ingin mengendalikan
rumah tangganya nanti?
“Umi, Fina pergi dulu eh. Takut lambat,” Hadfina menghulurkan tangan
untuk bersalam.
“Iyalah. Habis kelas, terus balik ya. Jangan melencong tempat lain
pulak,” pesan Puan Indah.
“Alright, umi. Tapi, Fina nak singgah mall kejap tau. Nak beli
something…”
“Okey. Tapi sekejap saja tau. Fina tu tengah darah manis. Tak elok
sangat keluar lama-lama,” Hadfina tersengih. Lupa pula dia bakal berkahwin.
“Okey, umi. Assalamualaikum,” Hadfina pantas menyarungkan kasutnya.
Puan Indah menghantar Hadfina sehingga ke pintu. “Waalaikumsalam. Bawa
kereta elok-elok,” Hadfina hanya mengangguk.
Dia terus menghidupkan Myvi putihnya. Hari ini kelasnya agak pack. Selepas
kelas pula, dia perlu ke mall. Dia ingin membeli sesuatu sebagai persediaan ke
alam rumah tangga. Ahaks! Apalah yang ingin dibelinya itu?
*****
Isyraq membetulkan cermin mata hitam di batang hidungnya. Lengannya
kejap dipegang oleh sahabat baiknya, Tariq. Dia memang tidak suka menggunakan
tongkat jika ke tempat awam. Dia masih malu untuk membiarkan dirinya digelar
buta. Walaupun pada hakikatnya, dia memang buta.
“Isy, aku nak pergi toilet kejap. Kau duduk dulu kat sini. Jangan
pergi mana-mana pulak. Aku dah masukkan duit dalam machine. Kau restlah dulu,” Isyraq
hanya mengangguk. Selepas mendudukkan Isyraq di kerusi urut yang terdapat di
mall itu, Tariq berlalu ke tandas berdekatan.
Isyraq hanya diam. Langsung tiada perasaan di wajah itu. Dah macam
patung pun ada. Tak pun model kerusi urut itu. Sebelum ke tandas, sempat Tariq
memasukkan not seringgit ke dalam mesin. Boleh juga lelaki itu merelakskan
badannya. Tariq yang memandang Isyraq dari jauh melepaskan keluhan.
“Encik, dah habis ke gunakan kerusi ni?” soal seorang perempuan dalam
lingkungan tiga puluhan. Isyraq langsung tidak menjawab.
“Hello, encik. Kerusi urut ni bukan encik yang punya. Boleh bangun tak
kalau dah habis guna? Ayah saya pulak nak gunakan,” kata perempuan itu kasar.
Dia geram apabila Isyraq langsung tidak memberi respons.
“Kenapa ni, kak?”
“Ni hah, encik ni. Akak suruh dia bangun kalau dah habis guna. Ayah
akak pulak yang nak guna. Kerusi urut lain, ada yang tengah guna,” adu
perempuan itu.
Hadfina memandang lelaki yang sedang enak bersandar di kerusi urut
itu. Kereknya lelaki ni, desis Hadfina.
“Encik,” panggil Hadfina perlahan. Huh, tidur ke mamat ni? “Encik,”
Kali ni Hadfina mencuit sedikit tangan lelaki itu dengan telefon bimbitnya.
Lelaki itu tersedar.
“Saya ke?”
“Ya, enciklah. Ada seorang pak cik nak gunakan kerusi urut ni. Encik
dah habis guna ke?” tanya Hadfina sopan.
“Ya… ya. Maaf. Saya tak perasan,” Hadfina mengerutkan dahi. Tak
perasan? Dia nampak lelaki itu memandang ke hadapan.
Terkial-kial Isyraq bangun dari duduknya. Nasib baiklah tiada yang
menganggu pergerakannya. Dia berdiri tegak. Pak cik yang ingin menggunakan alat
urutan itu mengambil tempat Isyraq.
“Terima kasih, cik,” ucap perempuan tadi. Hadfina hanya mengangguk
sambil tersenyum.
Hadfina pelik memikirkan lelaki di hadapannya itu. Lelaki itu langsung
tidak beriak. Nampak sombong sangat! Malas dia nak ambil tahu. Diteruskan langkah.
Sesekali dia menoleh ke belakang. Lelaki itu langsung tidak bergerak. Umpama
patung, tegak berdiri di sisi kerusi urut itu.
Langkah Hadfina terhenti. Kali ini, seluruh badannya memusing ke
belakang. Dia terpempan. Tiba-tiba, matanya berair. Kenapakah? Lelaki yang
memakai cermin mata hitam itu sudah meninggalkan kawasan rehat itu. Tetapi, ada
seorang lelaki lain yang memimpinnya. Hadfina terkedu di tempatnya berdiri.
Lelaki itu cacat penglihatankah?
Subhanallah.
*****
Hadfina merenung wajah kacak di hadapannya. Wajah tanpa riak itu
menarik perhatiannya. Mata bundar sedang memandang ke hadapan tanpa berkelip. Hidung
mancung dan bibir terletak. Dia terpikat dengan gaya rambut Isyraq. Potongan
rambut ala-ala Taylor Lautner. Dia senyum nipis. Lelaki inilah yang dia
terserempak di mall dua minggu lepas. Tidak sangka pula, itu adalah bakal
suaminya.
Isyraq pelik kerana dia langsung tidak mendengar suara isterinya. Dia
tahu Hadfina masih di situ. Haruman gadis itu menusuk ke hidungnya. Dia agak
canggung duduk di sofa tanpa melakukan apa-apa. Lebih dia segan, kini dia
berada di dalam bilik Hadfina. Hanya berdua dengan isteri yang baru dinikahinya
beberapa jam yang lepas.
“Hadfina, are you still here?” Ringan mulut Isyraq bertanya.
“Ada ni. Your hot chocolate,” Hadfina mencapai tangan kanan Isyraq dan
memberikan mug berisi hot chocolate yang dibancuhnya tadi.
“Terima kasih,” ucap Isyraq. Dia terfikir, sejak bila dia minum hot
chocolate?
Hadfina duduk bersimpuh di atas karpet tebal. Manakala Isyraq sedang
duduk elok atas sofa yang boleh memuatkan hanya seorang itu. Hadfina menunggu
suaminya minum air yang disediakan special itu. Khas untuk Isyraq. Tapi, lelaki
itu hanya memegang sahaja mug itu.
“You have had enough caffien. Tak eloklah minum caffien selalu,” Hadfina
bersuara. Isyraq mendengus. Mamanya yang sering berleter tentang itu pun, dia
tak endahkan. Inikan teguran seorang isteri yang baru sahaja masuk ke dalam
hidupnya.
“Saya tak suka hot chocolate,” Isyraq berterus terang. Hadfina
mengeluh kecil. Puan Norlia ada beritahunya tadi mengenai suaminya yang
addicted dengan minuman bercaffien. Oleh itu, dia sediakan hot chocolate.
“Tapi, untuk malam ni… abang kena minum air kat tangan abang tu eh. Please,”
Isyraq tergamam. Lembutnya suara Hadfina ketika itu.
“No. Saya tak minum apa-apa pun tak apa,” Macam budak-budak. Pandai
merajuk rupanya si Isyraq ni.
“Okay, I’ll make you another drink,” Hadfina mengambil kembali mug
dari tangan Isyraq. Dia bangkit berdiri. Tak guna dia berkeras dengan lelaki
itu.
Dia menghalakan langkah ke dapur. Balang yang berisi coffee latte
paket di buka. Dia mengambil sepaket coffee latte dan mula membancuh air itu.
Kadangkala, ada juga dia minum minuman bercaffien tapi tidak sekerap Isyraq.
Apabila teringatkan rajuk si suami, dia tersenyum. Macam sweet saja. Erk!
Beberapa hari selepas Isyraq menelefonnya, dia menerima sebuah e-mail
dari lelaki itu. Hadfina langsung jatuh hati dengan bakal suaminya ketika itu. Sebab
apa? Baginya, Isyraq terlalu jujur. Setiap kelebihan dan kekurangan dirinya
dituliskan untuk tatapan Hadfina sebelum mereka bergelar suami isteri.
*****
“Coffee latte, boleh?” Isyraq mengangguk. Dia menyisip coffee latte
itu. Sedap!
“Thanks. Sorry sebab susahkan awak,” Hadfina buat muka. Matanya
terhala pada mata hazel milik Isyraq. Seksi! Tapi nanti mesti mata itu sudah
bukan milik Isyraq.
Dia tak nak mata itu pergi. Tapi, takkanlah dia nak suaminya itu buta
seumur hidup. Lelaki itu sendiri yang menyatakan dia tetap akan melakukan
pemindahan mata jika ada penderma yang sesuai. Tanpa sedar, keluhan kecil
terbit dari bibir Hadfina.
“Kenapa?”
“Hah? Nothing. Fina masuk toilet kejap,” Hadfina terus berlalu ke
bilik air yang terletak di dalam
biliknya.
Isyraq senyum nipis. Dia sengaja tidak ingin bersikap mesra dengan
Hadfina. Manalah tahu gadis itu tidak suka akannya. Iyalah, gadis itu jauh
lebih muda darinya kot. Baru dua puluh satu tahun. Otak pun masih mentah lagi.
Tidak mahulah dia memaksa Hadfina melakukan sesuatu yang lebih jauh dalam
perhubungan mereka. Biarlah mereka serasi dahulu.
*****
“Amboi, cepatnya kau nak balik, Feen,” tegur Zana kepada Hadfina di
pintu keluar kelas.
“Aku kan dah jadi isteri orang. Kenalah balik cepat, temankan suami,” balas
Hadfina sambil senyum. Zana menampar dahinya perlahan.
“Lupa pulak aku. Sorrylah,” Zana memeluk bahu sahabat baiknya.
“It’s okay. Kau memang macam tu pun kan,” Mereka beriringan ke tempat
letak kereta.
“Alolo, kawan aku ni. Aku betul-betul sorry eh. Hah, bila suami kau
kena operate?” soal Zana.
“Tak silap aku bulan depan. Kenapa?”
“Sajalah aku tanya. Bulan depan kan kita dah final. Study kau macam
mana?”
Hadfina mengeluh. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin membahagikan
masanya nanti. Mana nak jaga suami, study lagi. Tapi, dia akan cuba seimbangkan
keduanya. Sejak dia hidup dengan Isyraq, lelaki itu tidak banyak kerenah. Cuma,
kena sediakan air minuman kegemaran lelaki itu ikut waktu sahaja.
“Tak tahu lagilah, Zana. Nantilah aku fikirkan. Eh, dah sampai kereta.
Jumpa esok,” Zana mengangguk.
Mereka masuk ke dalam kereta masing-masing. Hadfina memandu keretanya
tenang. Apabila terfikirkan dia pasti akan merindui mata hazel milik Isyraq
nanti, hatinya berat pula ingin membiarkan suaminya itu melakukan pembedahan
mata. Manalah tahu, mata yang didermakan itu tak memberikan sinar seperti mata
hazel itu. Hadfina memandu ke rumah Puan Norlia. Dua hari selepas kahwin,
Isyraq mengajak Hadfina tinggal di rumah keluarganya. Dia takut nak biarkan
Puan Norlia, mamanya tinggal sendiri.
*****
“Assalamualaikum,” Hadfina memberi salam. Dia berlalu ke ruang tamu
dan dilabuhkan punggung di sofa.
“Waalaikumsalam. Hah, Fina. Awalnya balik,” Puan Norlia mendekati
Hadfina di ruang tamu.
“Hari ni ada dua kelas aje, ma. Itu yang balik awal. Lagipun, Fina tak
ada nak ke mana,” balas Hadfina.
“Iyalah. Isy tak ada kat rumah tau. Dia ikut Tariq pergi gym,” maklum
Puan Norlia. Takut pula menantunya itu risau.
“Okey, ma. Mama, boleh tak mama ajar Fina masak?” Hadfina sengih
comel. Puan Norlia mengangkat keningnya.
“Boleh. Fina naik mandi dulu. Lepas tu, turun. Kita masak makan malam
sama-sama,” ujar Puan Norlia. Hadfina senyum lebar. Dia mengatur langkah ke
tingkat atas.
Selama ini, puas sudah Puan Indah mengajaknya masuk dapur. Langsung
dia buat tak endah. Lebih baik dia study di bilik. Dah kahwin ni, baru
terkedek-kedek nak belajar masak. Bak kata Hadfina, belajar masak dengan mak
mertua lagi thrill. Baru ada challenge sikit. Challenge kalau dapat mak mertua
garang. Ini? Bukan main baik lagi.
*****
Isyraq berlari perlahan di atas treadmill. Sudah menjadi kebiasaan,
dia akan berkunjung ke gym jika ada masa. Sejak dia berehat dari melakukan
kerjanya, kerap juga dia ke gym kegemarannya itu. Kerjaya dia sebagai
optometrist hancur kerana kekurangan dirinya. Pakar mata apa jika diri sendiri
sudah hilang penglihatan.
“Isy, sampai bila nak tipu?” soal Tariq. Dia berdiri di sebelah
treadmill. Isyraq senyum sinis.
“Sampai perempuan tu penat nak jaga aku,” jawab Isyraq senada. Tariq
terkeluh kecil.
“Benda tu kan dah lama. Kau pun dah pulih. Dia layan kau baik kan?”
Tariq masih tidak berpuas hati dengan tindakan sahabat karibnya itu.
“Entahlah, Riq. Sebab dia, aku hilang Dhuha. Kau tahu kan macam mana
aku sayangkan Dhuha. Aku kecewa sangat-sangat. Hati aku dah mati untuk
perempuan…”
“Takkan kau nak jadi gay. Huishh, dosa besar tu, Isy,” Isyraq
menjeling Tariq yang sudah tersengih macam kerang busuk itu.
“Mulut kau. Ada juga aku sumbat dengan towel ni,” Tuala kecil
dibahunya ditarik dan melibas Tariq perlahan. Tariq tergelak.
Isyraq menekan punat ‘STOP’. Dia turun dari treadmill dan membawa
langkah ke meja yang disediakan di tepi tingkap gym itu. Tariq mengikut langkah
Isyraq.
“Bagi aku, kau tak patutlah buat macam tu. Dia tak tahu apa-apa. Lagipun,
dia muda lagi. Dan, yang penting… dia sendiri tak tahu apa yang dia dah buat,” Sudah
menjadi tanggungjawab Tariq sebagai kawan untuk menegur kesilapan Isyraq.
“Aku akan buat dia tahu, Riq. Aku akan pastikan dia tahu apa yang dia
dah buat. Kau tak pernah faham perasaan aku yang selalu takut nak tidur. Tipu
mama aku. Kau ingat aku sanggup nak tengok mama aku menangis setiap malam?”
Sebuah kenyataan yang hanya Isyraq dan Tariq sahaja tahu. Apakah? Isyraq
tak buta! Yes, he just fine. Sengaja dia berpura-pura buta untuk memberi
pengajaran kepada Hadfina. Apa yang dah Hadfina lakukan? Hmmph! Tariq
melepaskan keluhan berat. Dia sudah penat menasihati rakannya itu. Sudahnya,
lelaki itu masih menyimpan dendam.
*****
Throwback…
Isyraq tersenyum riang. Mana tak riang kalau hati dia tengah berbunga.
Setiap kali tunangnya menghubunginya, pasti dia akan bereaksi begitu. Mungkin
sebab terlalu angau tak. Angaulah tu jika setiap masa si Isyraq tu teringatkan
Nur Dhuha, tunang kesayangannya. Dhuhalah yang sentiasa dihatinya sejak
perkenalan mereka beberapa tahun yang lepas.
“Awak, esok saya nak balik kampung tau. Rindu dengan mak sayalah,” Dhuha
berkata lembut.
“Iya. Tahu sangat awak tu. Anak manja. Nanti dah kahwin dengan saya,
tak dapatlah selalu balik kampung eh,” ujar Isyraq . Ketika itu dia sedang
memandu pulang setelah seharian di klinik. Hari pun dah jauh malam.
“Ala, kenapa pulak?”
“Mestilah awak akan sentiasa nak berkepit dengan saya aje lepas kita
kahwin. Kan… kan?”
Pipi Dhuha di hujung talian sudah merah dek diusik begitu.
“Eee, gatalnya awak ni. Siapa nak kahwin dengan awak?” Isyraq mengukir
senyuman. Terasa bahagia hatinya.
“Alah, saya tahu awak memang tak sabar nak jadi wife saya kan? Bagitahu
ajelah. Saya faham,” Dhuha ketawa. Isyraq memang suka mengusik. Sejak dari
mereka mula kenal dulu lagi. Selagi pipi si Dhuha tu tak merah, jangan haraplah
Isyraq nak berhenti mengusik.
“Hesy, awak ni. Dah-dahlah tu usik saya. Saya tak nak kahwin dengan
awak baru tahu,” Dhuha sekadar bergurau.
“Janganlah, awak. Awak buat macam tu, saya cepatkan majlis baru awak
tahu,” Eh, Dhuha pula yang kena ugut.
“Nampak sangat kegatalan awak itu, Muhammad Isyraq. Tahulah awak sweet
pun, tapi janganlah sampai terlebih gula. Saya kat sini dah macam duduk kat
ladang gula dah,” Isyraq ketawa besar. Pandai Dhuha buat lawak.
“Alolo, saya kan. Kalau bercakap dengan awak aje… mesti kena
sweet-sweet. Tak lengkap hidup saya kalau sehari tak bersweet dengan awak tau,”
Dhuha tergelak kecil. Macam manalah kehidupan dia selepas mendirikan rumah
tangga dengan lelaki kesayangannya itu nanti. Mahu terkena kencing manis. Hek!
Terlebih gula pulak.
“Iyalah awak tu. Awak kat mana ni?”
“On the way nak balik rumah. Tengah drive…”
“What? Dan, awak asyik dok berbual dengan saya? Okeylah, awak sampai
rumah nanti… kita bergayut lagi eh. Bahayalah awak,” Isyraq menarik muka masam.
Dia guna handsfree apa. Bukannya dia pegang telefon bimbitnya itu.
“Saya guna handsfreelah awak. Janganlah risau,” kata Isyraq. Kalau
boleh, setiap masa dia nak berbual dengan tunangnya itu.
“No! Bahaya. Okeylah, saya letak dulu eh. Bye,” Dhuha terus mematikan
talian. Dia lebih sayangkan nyawa Isyraq daripada perbualan mereka itu.
Isyraq mendengus. Tidak berpuas hati. Ingin sahaja dia merajuk dengan
Dhuha. Tapi, nanti dia juga yang rindu. Sudahlah tadi dia tak sempat nak jumpa
Dhuha dek jadual tugasnya hari ni agak padat. Ramai pula pesakit mata yang
membuat temu janji hari ni. Dicabutnya handsfree di telinga kasar. Dia membebel
kecil.
Entah di mana silapnya, muncul sebuah kereta yang memotong keretanya. Tiba-tiba
pula tu. Isyraq gagal mengawal keretanya kerana terkejut dengan kehadiran
kereta tersebut. Kakinya tanpa sengaja tertekan pedal minyak bukannya brek. Kelam
kabut dia menggunakan brek tangan. Tapi, sudah terlewat apabila kereta BMW X6
meluncur laju ke sebatang pokok besar.
Keadaan Isyraq parah! Dahinya terhantuk kuat di stereng. Keretanya
remuk di bahagian hadapan. Air bag juga
tak dapat membantu dia dari tercedera. Kereta yang memotong tadi terus berlalu
tanpa menghulurkan bantuan langsung. Sepuluh minit kemudian, barulah ada kereta
yang mula berhenti memberikan bantuan. Telefon bimbit Isyraq pula tak
berhenti-henti berdering. Dhuha! Puan Norlia!
*****
“Ariq, singgahlah dulu. Kita makan malam sekali,” jemput Puan Norlia
ramah.
“Tak bolehlah, auntie. Ariq masih ada kerja lepas ni. Lain kalilah eh.
Ariq janji nanti Ariq singgah,” Puan Norlia senyum manis. Dia sudah menganggap
sahabat karib anak lelakinya itu seperti anaknya sendiri.
“Yalah. Lain kali datang singgah lama sikit,” Tariq menarik senyum.
Dia berlalu ke pintu. Puan Norlia menghantar Tariq ke pintu.
Hadfina menghampiri Isyraq di sofa. Dia menghulurkan mug berisi
espresso sejuk kepada suaminya itu. Disuanya air panas kang, mahu kena sembur.
Tapi, setakat ni Hadfina belum pernah lagi kena marah dengan Isyraq. Cuma, dia
tak faham dengan sikap suaminya. Sekejap okey, sekejap dingin. Dia sendiri pun
sudah confius.
*****
Throwback…
“Macam mana dengan keadaan anak saya, doctor?” tanya Puan Norlia yang
kerisauan. Dhuha di sebelahnya pula cuba menenangkan dirinya yang sudah seperti
cacing kepanasan.
“Alhamdulillah, puan. Kami berjaya selamatkan anak puan. Tapi…”
“Tapi apa, doctor?” Giliran Dhuha pula bertanya. Doktor lelaki muda
itu menghela nafasnya. Pakaian rasmi ketika melakukan pembedahan masih di
tubuh.
“Mata pesakit cedera teruk. Saya tak pasti sama ada dia akan buta atau
tidak. Puan dan cik banyakkanlah berdoa,” Luluh hati Puan Norlia. Tubuhnya
hampir terjelopok ke lantai. Namun, Dhuha sempat memapah bakal mertuanya itu. Dia
mendudukkan Puan Norlia di kerusi.
“Maksud doctor, Isyraq akan buta?”
“Kita masih tak dapat pastikan lagi. Kena tunggu pesakit sedar dulu.
Selepas itu, barulah kami akan memeriksa sekali lagi…”
“Macam mana dengan anggota badan yang lain?” Dhuha masih mahu
mengetahuinya dengan lebih lanjut lagi.
“Alhamdulillah, anggota badan yang lain cuma cedera biasa. Tiada
serious injury selain dari mata,” Doktor muda itu tersenyum. Dhuha senyum
nipis.
“Terima kasih, doctor,” ucap Dhuha perlahan. Doctor itu hanya
mengangguk. Dia terus berlalu dari situ.
Dhuha menghenyakkan punggungnya di sebelah Puan Norlia yang sudah
lencun dengan air mata itu. Diusapnya bahu wanita separuh umur itu untuk
menyalurkan sedikit kekuatan.
“Sabar, umi. Insya Allah, Isyraq tak akan apa-apa,” Dhuha berkata
lembut.
“Umi bukannya apa, Dhuha. Kenapa mesti mata dia yang cedera teruk?
Dhuha tahukan pancaindera yang satu itu amat dijaganya. Macam mana dengan
kerjaya dia? Umi takut Isy tak dapat terima,” Sendu Puan Norlia sudah berkurang
sedikit.
Dhuha tidak dapat berkata apa-apa apabila Puan Norlia sudah berbicara
begitu. Isyraq memang mementingkan keadaan matanya. Lelaki itu seringkali
berpesan agar kita menghargai mata kita. Dia terlalu sayangkan matanya
sehinggakan sanggup menjadi doktor pakar mata.
‘Doktor mata mestilah kena jaga mata dia dulu. Barulah pesakit yakin
nak berubat dengan saya. Dhuha, awak mesti janji dengan saya. Awak kena selalu
jaga mata awak tau. Tak kiralah dari sudut apa pun, Islam atau hanya fizikal.’
Menitis air mata Dhuha. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana jika
lelaki itu benar-benar mengalami cacat penglihatan. Seorang optometrist
mengalami sendiri kecacatan penglihatan yang sering menghantui
pesakit-pesakitnya. Pasti Isyraq akan hilang semangat dan kecewa dengan diri sendiri.
*****
Hadfina mengeluh entah ke berapa kali. Hot chocolate di atas meja
belajar, sesekali disisipnya. Namun, itu belum mampu menghilangkan resah di
hatinya. Ditangan kanannya sedang memutarkan pen biru. Manakala, matanya
menatap buku diarinya. Jadual harian yang disusun mula menampakkan serabut.
Mana nak study untuk final exam. Jaga Isyraq lagi. Habis satu muka
surat dia conteng. Namun, satu pun tak boleh mengemaskan jadual hariannya yang
mulai sibuk bulan hadapan. Tiba-tiba, dia tersenyum. Idea mula menunjukkan
rupa. Pantas diselak ke muka surat baru. Tangannya laju mencatat apa yang difikirkan.
“Ehem,” Kepala didongakkan. Terus terangkat keningnya. Isyraq sedang
berdiri di tepi pintu bilik kerjanya yang kini turut menjadi bilik belajar Hadfina.
“Emm… abang ada nak apa-apa ke?”
“No. Can I ask you something?” Hadfina menggaru keningnya. Dahlah nak
tanya. Lepas tu, boleh pula buat suara tegas, gumam Hadfina.
“Boleh. Tapi, nak tanya kat sini ke?” Hadfina berharap janganlah
suaminya mengangguk. Dia sudahlah pantang jika berbincang sesuatu di dalam
bilik belajar. No privation! Grrr.
“Kat bawah. Tolong buatkan coffee untuk saya sekali. Coffee biasa…”
Isyraq berpura-pura menggagau tiang tangga untuk ke tingkat bawah.
Lakonan mesti kena mantap! Sebaik dia
hilang dari pandangan Hadfina, dia pantas berjalan seperti biasa. Hadfina pula
mengemas buku-bukunya.
*****
Isyraq menanti isterinya di kerusi rotan di ruang santai rumah banglo
semi-d itu. Dikelipkan mata berkali-kali. Nanti Hadfina dah ada depan mata, dah
tak boleh nak kelipkan mata kerap sangat. Dia senyum nipis. Apabila teringatkan
si isteri yang selalu menatap wajahnya secara rahsia itu.
Bukan dia tak nampak, mata Hadfina yang sering menatap mata hazelnya
apabila mereka berbual. Malu juga dibuatnya. Tapi, memandangkan dia ‘buta’…
buat-buat tak tahulah.
“Your coffee. Tak tahulah rasa macam mana. Fina tak pernah bancuh
coffee biasa,” Hadfina meletakkan mug berisi coffee di atas meja tengah. Dia
duduk berhadapan dengan suaminya.
“Boleh saya tanya sekarang?”
“Sure…”
“Do you have another car other than that Myvi?” Soalan apa tu? Hadfina
menggigit bibirnya.
“Err… ya. Kenapa abang tanya?” Isyraq diam seketika.
“Banyak jugak duit Fina ya. Boleh pakai sampai dua kereta dalam usia
muda. Belajar lagi pulak tu,” balas Isyraq sambil senyum sinis. Hadfina sudah
pelik. Dah kenapa dengan orang tua ni?
“Myvi tu hadiah dari ayah sebab Fina cemerlang spm…”
“The other car?”
“Hmmm, my favourite and sweet baby. Dah tak ada dengan Fina pun.
Crashed,” Jatuh rahang Isyraq. Crashed? Tak ada?
“Sebab?” Hadfina mengeluh. Mengeluh lagi! Chevrolet merah
kesayangannya. Dibeli menggunakan namanya sendiri. Dia jugalah yang membayar ansuran
bulanan. Sejak dia membeli Chevrolet, Myvinya jarang digunakan.
“Entah malaun mana pergi curi kereta kesayangan Fina tu pun tak tahu. Fina
ingat lagi time tu Fina ada study group dekat rumah sewa kawan Fina. Esoknya
Fina nak balik, my car was gone. Abang boleh faham tak apa perasaan Fina masa
tu. Macam nak tembak orang yang curi tu aje,” Penuh bersemangatnya gadis itu
bercerita.
Isyraq terus terdiam. Jadi, bukan Hadfina yang menyebabkan dia
kemalangan? Nafas… nafas! Disedut udara malam dan dilepaskan perlahan. Dia
perlu bertenang. Dicapainya coffee di atas meja. Membulat mata Hadfina. Dia
memandang Isyraq tak berkelip. Macam mana Inche Suami tahu mug ada kat situ?
“Kenapa abang nak tahu pasal kereta Fina? Ada apa-apa ke?” Isyraq yang
sedang meneguk air, terbatuk.
“No. Just wanna know. Saya ingat nak belikan awak kereta baru,” Gila
punya alasan. Kereta baru? Buatnya Hadfina tuntut macam mana?
“Hah? Serius?”
Dan sekali lagi Hadfina terpana. Dengan selambanya Isyraq meletakkan
kembali mug di atas meja. Tanpa sedar, dia mengetap bibir. Dia tidak mahu
memikirkan perkara yang tak elok. Mungkin Isyraq sudah biasa. Kan dah lama
lelaki itu hilang penglihatan.
“Taklah. Dah jumpa ke kereta yang hilang tu? What do you mean by…
crashed?”
“Seminggu lepas tu, polis call ayah bagitahu kereta tu accident. Dia
orang jugak dapat tangkap pencuri tu. Lega
rasanya hati Fina. Tapi, my car dah kena crushed sebab teruk sangat,” Isyraq
menggaru belakang kepalanya yang tak gatal. Rasa macam nak menangis pun ada. Dia
dah buat silap besar!
“Kereta jenis apa?”
“Chevrolet merah…” Grrr, that was the car! Isyraq melepaskan keluhan
berat.
*****
Tawa Tariq kedengaran kuat. Hampir-hampir dia terjatuh kerusi dek
terlalu bersemangat dia mentertawakan si Isyraq. Isyraq merengus. Sewel punya
kawan. Ingatkan dapatlah kurangkan beban dihatinya kini. Hujan lebat kat luar,
tapi dia kat sini… panas gila! Panas dengan Tariq.
“Woi, agak-agaklah nak gelak pun. Tak payahlah over sangat,” Isyraq
sudah melenting. Macam nak lenyek buat sambal sahaja si Tariq tu.
“Aku bukan apa, bro. Cuma, kesian dekat kau aje. Itulah, aku dah cakap
dulu. Jangan main tuduh-tuduh ni. Tak baik. Sekali, betul-betul terkena batang
hidung sendiri. Kau fikirlah macam mana nak bagitahu mama dan Fina,” kata Tariq.
Tawanya masih bersisa.
“Macam mana aku nak bagitahu? Nak kena hempuk dengan mama. Aku tak
gila lagi, bro. Kalau Fina tu, aku okey lagi nak terus terang. Aku fikir mama
yang selalu menangis sebab aku. Hancur hati dia, bro,” balas Isyraq. Matanya tajam
memandang Blackberrynya.
“Just be frank, Isy. Tak pasal aje bulan depan mata kau kena bedah
betul-betul. Even, doctor Ravi sanggup tolong kau menipu… that’s no good,
friend. Jangan sampai rahsia kau tu nanti, dia orang tahu dari orang lain. Kau
sanggup nak facing semua tu?”
Isyraq menggeleng. Tak sanggup dia nak tengok mama menangis lagi. Dek
terhantuk di bucu meja secara tak sengaja ketika ingin mengambil handphonenya
yang terjatuh, terpancar satu cahaya di ruang matanya. Dipejamkan mata
sebentar. Apabila terbuka sahaja matanya itu, dia bagai ingin meloncat gembira.
Dia dah boleh nampak walaupun masih kabur.
Esoknya, dia berjumpa dengan kawan yang juga seorang optometrist,
Doktor Ravi. Doctor Ravi yang mengesahkan dia sudah kembali pulih. Doktor yang
merawatnya ketika dia kemalangan juga sahkan kecacatan penglihatannya bukanlah
kekal. Maknanya, peluang untuk pulih amat cerah. Cuma, dia tidak jujur dengan
Puan Norlia kerana ketika itu hatinya tekad ingin mencari Hadfina, pemilik
Chevrolet merah yang menyebabkan dia kemalangan.
*****
Hadfina mampir ke katil setelah membersihkan mukanya. Rutinnya sebelum
tidur. Dicapai Iphone 4s di atas meja sisi sebelum berbaring di katil. Isyraq
pula sedang kusyuk mendengar lagu di Ipodnya. Sedap sahaja dia bersandar di
kepala katil. Sesekali matanya memandang isterinya. Mungkin gadis itu sedang
bersosial di laman Facebook.
“Fina, saya ada benda nak cakap…”
“Apa dia?”
“Tapi, janji dengan saya. Jangan bagitahu mama pasal benda ni,”
Hadfina bangun bersandar. Kini, tumpuan diberikan kepada suaminya.
“Macam penting aje. Insya Allah, Fina tak bagitahu mama,” Isyraq
menghembuskan nafas perlahan.
“Jangan terkejut ya. Cuba Fina pandang saya. Ada nampak something
different tak?”
Isyraq menggerakkan bebola matanya. Dan, kemudian dimatikan pandangan.
Sepasang matanya tajam berbalas pandang dengan Hadfina. Hadfina menatap mata
hazel yang sedang merenungnya itu. Dia dapat rasakan jantungnya sudah berdegup
laju. Mata itu ada perasaan. Tak kaku seperti selalu. Dia macam terasa malu
tika menatap mata itu.
“Ada. Nak Fina butakan sekali lagi?” Isyraq tersentak. Apa maksud
Hadfina?
“Maksud Fina? Butakan sekali lagi?” Hadfina mengangguk. Dia bersila
menghadap Isyraq. Dimatikan matanya pada bebola hazel milik suaminya. Mereka
saling bertatapan. Jantung masing-masing sudah memainkan lagu. Lagu apa? Cuba
teka! Hihi.
“Ya. Pertama, abang kan buta sekarang ni. So, Fina cucukkan sekali
lagi. Semakin butalah mata abang tu. Kedua, abang pernah buta dan sembuh. Fina
butakan sekali lagi. Biar jadi buta kekal,” kata Hadfina tanpa perasaan.
“Apa Fina merepek ni?”
“Abang nak bagitahu Fina apa tadi?” Hadfina membalas dengan soalan
juga.
“I’m not blind. I can see you. You look cute in that bunny shirt. Your
pony tail too,” Hadfina mengerdipkan matanya berkali-kali. Nafas dia dah turun
naik.
Dipegang cuping telinga kanan yang bertindik subang. Terasa darah mula
menyerbu di segenap wajahnya. Isyraq menyembunyikan senyum. Comelnya muka
innocent Hadfina. Wajah itu nampak keliru dengan kenyataan yang diberikan. Macam
nak menangis pun ada. Dia menanti Hadfina berkata-kata. Tapi, gadis itu
kelihatan bingung.
Isyraq mencapai tangan kiri Hadfina. Namun, ditepis perlahan oleh
gadis itu. Hadfina bingkas bangun. Dia melangkah meninggalkan bilik. Si suami
sudah terpinga-pinga dengan tindakan si isteri.
“Dia nak pergi mana pulak tu,” Isyraq turut membawa langkah ke luar
bilik. Dia mengekori langkah isterinya.
Hadfina melabuhkan punggung di kerusi rotan. Dia perlukan pernafasan
yang baik ketika ini. Mungkin udara malam akan kembalikan kesegaran otaknya. Isyraq
memerhatikan isterinya yang sedang menenangkan fikiran di ruang rehat luar
rumah.
“Abang, come here… please,” Gamit Hadfina. Isyraq melangkah malas.
Pasti Hadfina ingin memarahinya.
Dihenyakkan punggung di kerusi rotan berhadapan dengan Hadfina.
“Kenapa bagitahu Fina?”
“Hah?”
“About your eyes. Why would you tell me? I want to listen the reason,”
Hadfina berwajah serius. Dia langsung tidak memandang wajah Isyraq. Mata dihala
ke meja kopi.
“Because you have the right to know it. I want you to know that I can
see you. I always watch you…”
“Kenapa abang pura-pura buta?”
“Sebab nak balas dendam pada pemilik Chevrolet merah yang dah sebabkan
saya buta sementara. Dan saya juga hilang gadis yang saya sayang…”
Mata Hadfina sudah berair.
“Jadi, abang tahu pasal Fina dari awal lagi?” Isyraq hanya mengangguk,
mengiyakan soalan isterinya.
“I’m sorry. Saya tak tahu yang sebabkan saya accident bukan Fina.
Tapi, orang lain. Pencuri kereta Fina,” Umi! Fina nak balik! Jerit hati
Hadfina. Kenapa dia yang jadi mangsa?
Tiba-tiba Hadfina rasa dumb. Dia macam orang bodoh saja. Ikut saja apa
yang orang suruh. Akhirnya, menjerat diri sendiri. Hadfina menampar bibirnya
perlahan. Tak mahu terlanjur dalam berkata-kata. Tak elok mempersoalkan benda
yang dah jadi.
“Bagi Fina masa. Abang nak sambung hubungan abang dengan bekas tunang
abang balik ke?” Isyraq terkedu. Jauhnya Hadfina berfikir. Dia sendiri tidak
terfikir untuk kembali kepada Dhuha.
“No. Maybe she’s not my destiny. She has her own life with another
guy. Better than me, a cheater,” Hadfina tergelak sinis. Macam kelakar pula
mendengar ayat pasrah Isyraq.
“Jadi, abang tahu Fina selalu pandang mata abang?” Isyraq mengangguk.
Hadfina menutup mukanya dengan kedua belah tangan. I want to be an invisible
women please, jerit hati Hadfina. Isyraq tersenyum.
“Stress… stress… stress,” Hadfina bangun dan melangkah masuk ke dalam
rumah. Sekali lagi Isyraq terpinga. Dia langsung tak boleh menduga perilaku
isterinya itu.
*****
Sejak Hadfina tahu suaminya tak buta, dia lebih banyak diam. Kalau
dulu, memang bersemangat dia bercerita pasal kuliahnya. Walaupun Isyraq macam
tak kisah, dia tetap akan bercerita. Habis semua dia luahkan. Sampaikan si
Isyraq tu pakai headphone. Malas mendengar isterinya berceloteh. Balik-balik,
hal yang sama. Tapi, comellah Hadfina begitu.
“Dua tiga hari ni, Fina senyap aje. Bergaduh dengan Isy ke?” soal Puan
Norlia. Dia sendiri pelik. Selalunya Hadfina ceria saja.
“Tak adalah, ma. Fina cuma stress pasal assignment yang melambak tu.
Mama janganlah risau. Anak mama ni behave aje,” Hadfina menjeling Isyraq yang
sedang enak menyuap nasi ke mulut. Mereka duduk berhadapan. Tak kuasa Hadfina
nak duduk sebelah Isyraq.
“Ke pasal mata Isy?”
“Mama dah tahu ke?”
“Anak bertuah ni dah cerita kat mama semalam. Bengkak jugaklah mata
mama ni…”
Isyraq hanya diam. Dia tahu dia dah buat salah. Tak mahulah ditambah
pula api ke bara lagi. Erk? Entahlah betul ke tidak perumpamaan tu. Dia yang
cari masalah.
“Ma, bulan depan Fina kena stay kat rumah umi tau. Fina nak study
untuk final exam. Subject yang Fina ambil tu kena banyak discuss dengan ayah. Fina
ada tertinggal dua topic sebab tak masuk kelas hari tu,” maklum Hadfina.
Isyraq mengerling isterinya. Sepatutnya gadis itu perlu minta izin
dengannya. Bukannya dengan mama. Tahulah berangin dengan dia pun. Tapi, jangan
sampai membelakangkan suami.
“Emmm…”
“Mama, Isy pergi kerja dulu. Isy balik lambat sikit hari ni,” Tanpa
sempat Puan Norlia membalas, Isyraq terlebih dahulu memotong bicara mamanya.
Dah kenapa dengan suami isteri ni? Dingin semacam. Isyraq terus
berlalu keluar tanpa memandang Hadfina langsung. Apalagi, sentaplah si isteri
muda tu. Dia bukannya tak nak minta izin dengan Isyraq. Cuma, dia mahu ibu
mertuanya tahu dulu. Nanti, tak adalah Puan Norlia terasa.
“Fina, Fina marahkan Isy ke?”
“Marah tu memanglah marah, ma. Tapi, dah okey pun. Fina cuma nak
maklumkan pada mama aje. Takut mama terasa hati sebab Fina balik rumah sana
lama,” adu Hadfina. Puan Norlia mengusap lembut kepala Hadfina yang bertudung
kemas itu.
“Isy memang macam tu, Fina. Kalau Fina nak tahu, suami Fina tu manja
tau. Sikit-sikit merajuk. Pandai-pandailah Fina pujuk dia. Tapi, tunggulah Isy
cool down,” Hadfina senyum nipis. Tips diterima dengan tangan terbuka.
*****
“Abang!” sergah Hadfina ketika suaminya itu sedang ralit dengan
Blackberrynya di pangkin di halaman rumah.
No responses! Hadfina bersila di hadapan Isyraq. Betul-betul mengadap
tubuh itu. Dia membuat muka comel dengan harapan si suami akan lembut hati.
Bukan niat dia ingin membelakangkan lelaki itu. Cuma, dia tak tahu pula Isyraq
akan merajuk. Hal kecil saja pun.
“Abang…”
Isyraq buat tak tahu. Dibeleknya handphone itu. Membiarkan saja si
isteri terus memujuk. Buat pertama kalinya, sejak berkahwin tiga bulan yang
lepas… dia merajuk dengan Hadfina. Merajuk mengalahkan budak-budak.
“Tak nak cakap dengan Fina eh. Okey, Fina sedarlah Fina ni siapa.
Pengganti Nur Dhuha abang tu aje. Lagipun, Fina kan tak matang macam bekas
tunang abang tu. I realize it. But, please. Forgive me,” Hadfina menarik tangan
kiri Isyraq selamba.
“Abang… Muhammad Isyraq…”
Hadfina tergamam. Bibirnya terkunci. Selamba sahaja bibir Isyraq itu mengunci
bibirnya. Jantungnya berdebar laju. Gaya seorang pelari pecut. Terus lemah
segala sendinya.
“Annoyinglah. Tak boleh ke pujuk abang dengan cara yang romantik
sikit. Ni tak. Membebel aje,” kata Isyraq perlahan di tepi telinga Hadfina.
“Fina… Fina…”
“Fina apa?”
“Sorry,” ucap Hadfina sepatah. Hanya perkataan itu sahaja yang dia
inginkan ucapkan sejak kejadian Isyraq merajuk dengannya.
“Maaf diterima tapi bersyarat…”
Hadfina membulatkan mata. Tanda tidak memahami maksud kenyitan mata
Isyraq. Tanpa menunggu lama, Isyraq pantas mencempung tubuh kecil isterinya. Dicempungnya
sehingga ke bilik. Diletakkan gadis itu di atas tilam. Hadfina terkebil-kebil.
Apakah? Di dalam hatinya sudah bergurindam.
“Allow me,” Isyraq berkata penuh romantik. Hadfina tersenyum tanda dia
mengizinkan Isyraq mengambil haknya sebagai suami di tubuhnya. Laju sahaja
bibir Isyraq mendarat kembali bertaut di bibir isterinya.
*****
Lapan bulan kemudian…
“Feen, lepas ni jangan lupa aku tau,” Sebak Zana ingin berpisah dengan
sahabatnya itu. Hadfina senyum manis.
“Kau pun sama. Jangan lupa aku jugak. Selalulah call aku,” Mereka
saling berpelukan.
Siapa tak sedih jika ingin berpisah dengan kawan baik? Sudah tiga
tahun mereka berkawan. Akhirnya, keduanya sudah berjaya. Zana yang terpaksa
pulang ke kampungnya jauh nun di utara, takut hubungan baik dia dan Hadfina
akan terputus. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tambahan pula, Hadfina
sudah berkahwin. Lagilah dia sunyi.
“Aku janji, ada masa aje… terus aku call kau eh. Tapi, jangan pulak
kau tak angkat. Iyalah, orang dah bersuami. Manalah nak layan kita dah,” Hadfina
mencebik.
“Eh, hello. Kau pun sama. Dua bulan lagi dah nak kahwin pun. Jangan
kau yang lupa aku sudah. Asyik sangat nak berkepit dengan suami kau,” Zana tersengih.
Macam mana dia boleh lupa, dia pun akan berkahwin juga.
“Eceh. Kau jangan risau. Nanti mesti aku kena ikut bakal husband aku
tu tinggal kat sini. Dia kan kerja kat area campus kita jugak,” Hadfina
mengerutkan hidung.
“Iyalah. Eh, aku balik dululah. Takut suami aku sampai rumah dulu.
Kang satu hal pulak aku kena pujuk,” Zana tergelak. Dia sering memuji pasangan
dua sejoli itu. Walaupun jarak umur antara mereka sembilan tahun, masing-masing
pandai memainkan peranan.
“Okeylah. Ada rezeki, kita jumpa lagi eh. Jangan lupa datang wedding
aku tau. Tak dapat kat rumah aku, majlis kat sini pun okey. Janji aku dapat
jumpa kau,” pesan Zana ceria. Mereka berpelukan seketika.
“Insya Allah. Aku balik dulu,” Hadfina pantas masuk ke dalam perut
Myvinya sebelum bergerak meninggalkan perkarangan kampus. Zana menghantar sahabatnya
itu dengan pandangan. Dia berharap persahabatan mereka akan kekal.
*****
Hadfina melabuhkan punggungnya di sofa di ruang tamu. Dia menunggu
Isyraq pulang dari kerja. Selalunya sebelum pukul enam petang, suaminya itu
sudah pulang. Hari ni, terlambat pula. Dah nak masuk waktu Isya’ pun.
“Isy balik lambat ke hari ni, Fina?” soal Puan Norlia ketika melalui
ruang tamu dari dapur.
“Iyalah kot, ma. Tak ada pulak abang Isy bagitahu Fina dia balik
lambat,” jawab Hadfina.
“Fina nak air? Mama buatkan…”
“Tak apa, ma. Tadi Fina dah minum,” Hadfina membalas lembut.
“Iyalah. Kalau lambat sangat Isy balik, Fina naik tidur dulu,” Hadfina
mengangguk perlahan. Puan Norlia membawa diri ke biliknya. Wanita separuh umur
itu memang mementingkan tidur yang cukup. Selalunya, selepas sahaja solat Isya’,
dia akan terus melelapkan mata.
Hadfina merenung kaca televisyen yang sedang bersiaran kosong. Entah
cerita apa yang ditayangkan pun dia tak tahu. Hatinya risau tika ini. Kerap
kali matanya dibawa ke jam dinding. Isyraq tak pula maklumkan kelewatannya
tadi. Dalam hati dia berdoa agar tiada perkara buruk yang menimpa Isyraq.
Beberapa minit kemudian, Hadfina mengorak senyuman. Lexus IS 250 sudah
terparking elok di garaj. Dibawa langkah ke pintu utama untuk menyambut
kepulangan suaminya. Isteri mithali kononnya.
“Assalamualaikum,” Isyraq memberi salam lemah. Hadfina mencapai beg
bimbit suaminya.
“Waalaikumsalam,” jawab Hadfina dengan senyuman terukir di bibir.
Dipautnya lengan Isyraq. “Abang duduk dulu. Fina buatkan coffee,” Isyraq
melangkah ke sofa. Dirinya yang sudah kepenatan bersandar di sofa.
Sesekali Isyraq memicit kepalanya. Tiba-tiba terasa berat pula
kepalanya tika ini. Sudahlah seharian dia tak menjamah makanan. Walaupun hanya
tiga operation sahaja hari ni, tapi semuanya memakan masa yang lama.
Sehinggakan dia terlupa untuk makan. Tadi, sebelum pulang… dia termuntah kerana
perut sudah masuk angin. Memandu kereta pun perlahan sahaja.
“Coffee abang,” Hadfina duduk di sebelah Isyraq.
“Emmm, sayang. Can I have hot chocolate for tonight?”
“Okey. You look so pale. Abang tak makan lagi?” Hadfina bersoal
lembut. Isyraq menggeleng lemah. “Actually, Fina buatkan hot chocolate… bukan
coffee. Abang minum eh,” Disuakan mug ke bibir suaminya.
Terasa lega sedikit tekaknya yang perit. Dijatuhkan kepalanya ke riba
Hadfina. Matanya berat sangat buat masa ni. Hadfina hanya membiarkan sahaja.
Dia mengusap ubun-ubun suaminya lembut. Abang penat eh. Kesian abang, desis
Hadfina.
“Give me five minutes,” kata Isyraq lantas memejamkan kepalanya. Rasa selesa
kerana berbaring diribaan isterinya. Dia melelapkan mata sambil memeluk
tubuhnya.
*****
Isyraq terjaga. Matanya yang berat, digagahkan juga dicelikkan. Bilik?
Bila masa pula dia masuk bilik? Tadi, rasanya dia baring di ruang tamu. Isyraq
terpandang susuk tubuh isterinya sedang berdoa di tikar sejadah. Takkan Hadfina
yang angkat dia masuk bilik? Mustahil! Isterinya manalah larat angkat dia yang
berbadan sasa itu.
“Abang dah bangun?”
Hadfina menghampiri suaminya dan duduk di birai katil. Tangannya laju
ditekapkan ke dahi Isyraq. Apalagi, semakin peliklah si Isyraq dengan kelakuan
isterinya itu.
“Kenapa ni? Fina ke yang bawak abang masuk bilik?”
“Taklah. Abang Ariq yang papah abang masuk bilik. Tadi abang pengsan
kat bawah,” jawab Hadfina perlahan. Isyraq terkaku. Pengsan?
“Abang pengsan? Kenapa?”
“Doktor cakap badan abang lemah. Seharian tak makan. Tekanan darah
abang pulak rendah,” beritahu Hadfina. Kerisauannya disembunyikan. Tak mahu Isyraq
perasan.
Isyraq melihat tubuhnya yang sudah berganti pakaian. Pasti isterinya
yang menukarkan pakaiannya. Tak pun, si Tariq yang tukarkan.
“Tariq dah balik ke?”
“Tak. Mama suruh abang Tariq tidur sini. Takut ada apa-apa jadi kat
abang. Abang rehat dulu. Fina ambilkan bubur untuk abang. Lepas tu, kena makan
ubat,” Hadfina bingkas bangun. Dia menanggalkan telekungnya.
“Fina,” panggil Isyraq perlahan.
“Ya. Abang nak apa-apa ke?”
“Are you okay?” Hadfina mengerutkan dahinya. Sepatutnya dia yang
risaukan keadaan suaminya, bukan dia yang dirisaukan Isyraq.
“Fina okey. Abang yang tak okey. Fina turun dulu…”
Isyraq dapat rasakan Hadfina macam tak okey. Wajah itu tampak suram.
Mungkin isterinya terlalu risaukan dirinya. Salah dia juga kerana tak makan
tengah hari tadi. Nasib baik sempat ambil sarapan walaupun sedikit. Kalau tak,
lagi teruklah jadinya.
*****
Keadaan Isyraq masih tidak pulih. Sudah tiga hari dia begitu. Kerap
kali muntah. Badannya yang sasa itu juga semakin susut. Makan kurang, ditambah
pula dengan memuntahkan kembali semua makanan yang dimakan. Memang susutlah. Hadfina
bersyukur kerana suaminya sudah berhenti mengambil minuman bercaffien.
Sekarang ni, asyik nak hot chocolate saja. Paling tidak pun, milo susu
panas. Nasib baiklah si Hadfina tu tak bekerja lagi. Boleh juga dia meluangkan
masa untuk menjaga Isyraq. Hampir setiap hari dia menitiskan air mata tanpa
pengetahuan suaminya. Hati isteri mana yang tak risaukan suaminya. Kesihatan
Isyraq bukan semakin pulih, semakin teruk lagi adalah.
“Abang buat apa kat luar malam-malam ni? Nanti teruk lagi sakit abang
tu,” Hadfina menyapa suaminya di kerusi rotan. Puas dia mencari suaminya,
alih-alih kat sini rupanya.
“Saja. Ambil angin malam. Bosanlah asyik terperap dalam rumah. Mama
mana?”
“Mama ada kat atas. Dah tidur kot,” balas Hadfina sambil melabuhkan
punggung di sebelah suaminya.
“Biarlah mama rehat. Mesti penat jaga abang seharian,” kata Isyraq
sambil senyum.
Hadfina diam. Dua tiga hari ni, dia langsung tak dapat lelapkan mata. Sebaik
sahaja Isyraq tidur, dia akan bangun bersolat sunat. Hatinya tidak tenang selagi
suaminya masih belum pulih sepenuhnya. Dia takut Isyraq akan meninggalkannya. Bukan
main takut lagi ketika Isyraq pengsan tempoh hari.
Pada mulanya, dia ingin mengejutkan Isyraq kerana suaminya sudah
tertidur lebih dari lima minit. Lama jugak dikejutnya Isyraq, tapi masih belum
bangun. Di kepalanya sudah fikir bukan-bukan. Sudahnya, dia menjerit memanggil
Puan Norlia. Isyraq masih tidak sedar apabila Puan Norlia mengejutkannya. Puan
Norlia pantas menghubungi Tariq dan lelaki itu membawa doktor bersama. Lega
hati semuanya apabila doktor memberitahu Isyraq hanya pengsan.
“Sayang, kenapa diam ni? Abang kat sebelah pun dok mengelamun lagi,”
Tersentak Hadfina dibuatnya.
“Abang janji dengan Fina. Jangan buat macam ni lagi tau. Kalau abang
pengsan lagi lepas ni, Fina tak nak kawan dengan abang dah,” Isyraq senyum.
Dipeluknya Hadfina erat.
“Hesy, abang manalah tahu apa akan jadi ke depan. Fina janganlah fikir
yang bukan-bukan. Abang pengsan pun sebab tak makan aje kan…”
“Memanglah. Tapi, dah tiga hari abang tak sihat. Badan abang pun tak tough
lagi dah,” cebik Hadfina.
“Alolo, abang kuat lagilah. Fina janganlah risau. Kalau Fina risau,
mama pun risau jugak nanti. Abang tak nak mama dengan Fina pulak yang sakit
sebab terlalu risaukan abang,” balas Isyraq sambil mengelus rambut panjang
Hadfina.
~TAMAT~
p/s : buat masa ni CIA tamatkan dulu cerpen ni. nanti dah ada idea baru CIA sambung lagi eh. hehe. lama sangat dah tersimpan tanpa sentuh apa-apa lepas tulis. (created : 13 januari 2014). :D
Tq sis... jngan lupa smbng tau ;)
ReplyDelete:D. inshaAllah.
DeleteAlooo...cam xabis je....sambungla lagi eh....suka sangat...semua story dlm blog ni semu besttt...setiap hari update je....:)
ReplyDeleteha'ah, tak habis. heee. t CIA sambung eh. :). Alhamdulillah. :D. cuba update setiap ahri, nanti bersawang tak best. hehe
Deleteni mesti isy kna alahan...isteri yg mngandung suami yg kna morng sickness..cpt2 smbung
ReplyDelete:D. mungkin. hehehe. inshaAllah
Deletegeramnya.... cerita ni tergantung tapi memang best gila.
ReplyDeletetudia sampai gila. haha. inshaAllah akan disambung if idea menerjah ke minda. :D
Deleteas far as i know, optometrist is the one yang kerja kat kedai specs and the one yang fit lenses and all that, i think you meant OPHTHALMOLOGIST kot. that's the one yg works in hospital and does surgeries.
ReplyDeleteSmbunglah lagi...
ReplyDeleteπ☺️π☺️
holla...ader smbungan x?????
ReplyDeleteDah ada sambungan ke?
ReplyDeleteBelum ada smbngan lagi ka
ReplyDeleteBelum ada smbngan lagi ka
ReplyDeleteDah sambung ke belum cerpen ni? Lama dh tunggu..
ReplyDeleteWaaaahhhh!!! Bestnyeee cerita nii! Tapi kenape x de lagi sambungannya... dh bertahun dh menunggu nii... please luangkn masa sikit buat ending cerita cik writer yg baiiikkkk hatiii ;)
ReplyDeleteBest sgt cepat la sambung πππ
ReplyDeleteBila nk ade sambungan ?
ReplyDeleteTunggu sambungan
ReplyDeleteBest cerpen ni sis, bila nak sambung lagi?π₯Ίπ₯Ί
ReplyDeleteSis kata nk smbng? π
ReplyDeleteHi, Saya dari masa depan, cuma nak inform masih belum ada sambungan. Kalau ada lagi yang dari masa depan lepas saya, sambungla lagi inform sama ada dah sambung ka belum. Wakakaka
ReplyDeleteSide note:- moga penulis sihat2 saja dalam musim pandemik yang tak berkesudahan ni.