Penuh debaran Darwisya melangkah ke dalam dewan.
Suasana yang hingar tidak mampu menghilangkan getaran di hatinya. Entah kenapa,
dia berasa luar biasa. Ini bukanlah kali pertama dia menghadiri majlis
sebegini. Ah, stress. Ya Allah, Kau
redakanlah perasaan gementar ini, doa Darwisya di dalam hati.
Senyuman dilirik agar tiada yang perasan akan rasa
hatinya ketika ini. Dilabuhkan punggung bersebelahan Datin Emma. Nasya dan Arif
juga turut mengambil tempat mereka. Adib di dalam dukungan Nasya meliarkan
pandangan, barangkali tidak biasa dengan keadaan yang hingar bingar ini.
“Adib okey ke tu, Awisy?” tanya Datin Emma, mata
memandang cucu lelakinya.
“Macam tak okey, tapi mama tengoklah. Mata bulat tu
kalau tak pandang orang macam nak makan, memang tak sah. Tajam,” Datuk Adnan
yang mendengar tergelak.
Sama seperti pandangan tajam Rifqi. Ingatan pada
Rifqi kerap kali mengganggu fikiran Datuk Adnan kebelakangan ini. Projek Hotel Trendy
juga semakin ke kemuncak, menambah duka di hati tuanya. Sungguhpun dia seorang
yang agak tegas, tidak pernah pula dia menyimpan dendam atau rasa tidak senang
hati terhadap menantunya itu.
“Iyalah, dia pun nak kenal-kenal orang. Nasya tak
bawa Irfan?”
“Tak, auntie.
Ada dengan mak Arif,” jawab Nasya sambil tersenyum. Anak sendiri ditinggalkan,
anak orang juga dia kelek. Ahah.
“Ada orang menjaga tak apa, Nasya. Tapi, elok
jugaklah tak bawa Irfan, kecil lagi budak tu…”
“Ha’ah, auntie.
Itu yang mak nak mengasuh kejap. Kalau boleh, nak aje bawa datang sini,” celah
Arif di sisi Nasya.
“Aceh, orang matang dah sekarang ni. Semuanya nak include anak, kan,” usik Darwisya. Nasya
dan Arif cebik serentak. Suami isteri, perangai sebijik.
“Of course,
kita ada anak kan,” Darwisya kerut hidung.
Saat itu, muncul pasangan suami isteri menyertai
meja mereka. Datuk Zali, sahabat baik Datuk Adnan mengalu-alukan pasangan itu.
“Nan, aku kenalkan, Naqib dan Auni. Dia orang ni orang
kepercayaan aku. Kerja-kerja dia orang pun tip
top, superb,” Naqib dan Auni
saling berpandangan sebelum menunduk, tanda hormat.
Semua mata di meja VIP itu memandang Naqib dan
Auni. Naik segan pasangan itu dek direnung begitu. Maklumlah, ini merupakan
kali pertama Datuk Zali menjemput mereka ke annual
dinner yang diadakan oleh sebuah syarikat yang turut bekerjasama dengan
syarikat Datuk Zali. Sebelum ini, Datuk Zali hanya menghadiri majlis seperti
ini bersama isteri dan anak-anaknya.
“Untunglah kau, Li. So, macam mana kerja dengan Datuk Zali? Okey?” Datuk Adnan sekadar
bertanya.
“Alhamdulillah,” balas Naqib, seraya tersenyum.
Auni turut senyum, namun bukannya orang boleh nampak pun memandangkan dia
mengenakan niqab.
“Naqib, Auni, inilah Datuk Adnan. Dia peneraju
utama Hotel Trendy yang berkonsepkan islamik tu. Yang di sebelah tu, Datin
Emma. Dan wanita cantik di sebelah Datin Emma tu pulak, Darwisya, anak
perempuan mereka. Darwisya ni pengarah urusan NR Holding,” Ketiga-tiga mereka
menghadiahkan senyuman, salam perkenalan.
Belum sempat mereka berkenalan secara peribadi, emcee sudah memulakan majlis. Kini,
sepenuh tumpuan diberikan pada dua orang emcee
yang telah dilantik yang elok berdiri di tengah-tengah pentas. Bacaan doa dialun
lembut oleh seorang kakitangan NR Holding, penuh kusyuk para hadirin
mengaminkan doa bagi memberkati majlis makan malam tahunan syarikat pada malam ini.
*****
Darwisya mengusik Adib di pangkuan Nasya, mengekek dia
ketawa. Riuh meja itu dengan tawa Adib yang comel itu.
Naqib dan Auni saling berbalas pandangan. Resah di
hati kian membukit. Auni mendekatkan dirinya dengan Naqib, senang mahu bercakap.
“She doesn’t
recognize you,” kata Auni perlahan. Naqib senyum nipis.
“I’ve changed.
Tentulah dia dah tak boleh nak ingat saya. Awak tak payah risaulah…”
“Masalahnya, dia masih isteri awak,” bidas Auni
dalam kelembutan. Tidak sopan pula mahu berbicara kuat di majlis ini.
“We talk
about this later, okay? More privation,” Auni mengeluh kecil. Dia
menyambung menjamu selera.
Naqib melarikan pandangannya, tepat pada Darwisya
yang sibuk mengusik Adib. Terlalu banyak perubahan isterinya itu berbanding
dulu. Darwisya kelihatan berseri-seri. Penampilan muslimah moden yang dibawakan
oleh Darwisya sedikit sebanyak melegakan hati Naqib. Sekurang-kurangnya, isterinya
itu telah kembali ke jalan yang diredhai Allah. Biarpun tidak sepenuhnya
seperti Auni, Darwisya tetap melabuhkan pakaiannya.
Ah, hati. Kedua-dua isterinya begitu sempurna untuk
dia yang terlalu banyak dosa. Apakah reaksi keluarga mertuanya jika mereka tahu
dialah Rifqi? Kehadirannya ke annual
dinner ini seumpama mencuba menjerat dirinya, manalah tahu jika ada staf
atau sesiapa yang mengenalinya. Namun, dia sudah bersiap sedia jika sesuatu
berlaku.
*****
Siaran televisyen yang terpasang, dibiarkan. Remote control digenggam erat. Auni
memandang almari kaca yang boleh membiaskan imej. Tangan kanannya naik ke pipi.
Matanya mula berkaca, keadaan biasa tatkala matanya menyapa parut yang
tertinggal kerana kemalangan dulu.
“Auni, I’ve
said much time. Don’t ever look at
your face like that,” Naqib berdiri betul-betul di hadapan Auni.
Auni menyapu matanya yang berlinang dengan air
mata.
“She’s better
than me, Rifqi. She’s beautiful and she is your type. Right?”
“Hey, tengok saya. Pernah tak saya bezakan awak
dengan dia?” Auni menggeleng. “Setiap orang ada kelebihan dan ada kelemahannya,
Auni. Saya pun tak sempurna. Awak sendiri nampak kan, dia orang tak perasankan
saya. So, you don’t have to worry,” Naqib
menarik Auni ke dalam dakapannya.
Kepala isterinya itu diusap lembut.
“I love you. I
can’t lose you, Riqi. Promise me,”kata Auni dengan suara sedikit serak,
menahan tangis.
“Remember
this, honey. Everyday, I do love you. I won’t leave you…”
Auni senyum. Terasa lega mendengar kata-kata itu.
Dia percayakan Naqib, dulu dan sekarang juga begitu. Tiada insan lain yang
boleh menerima kelemahannya. Dia cukup bersyukur, Naqib sanggup mengahwininya
walaupun dia sudah tidak secantik dulu. Kisah silamnya juga tidaklah mengagumkan.
Naqib sendiri sedia maklum tentang itu.
Untung sahaja, Encik Johar sekeluarga menerima baik
buruk mereka seadanya. Segala kisah mereka sebelum kemalangan diceritakan tanpa
ragu. Sokongan daripada keluarga itu membuatkan mereka yakin, insan berdosa
seperti mereka juga punya masa hadapan. Dan, peluang kedua yang diberikan Allah
tidak akan pernah mereka sia-siakan. Perubahan yang berlaku di dalam kehidupan
mereka memberikan seribu satu perasaan yang tidak mampu untuk digambarkan.
Sudah tentu, perasaan tenang mula menghuni hati mereka
yang dulunya hitam. Setiap insan yang melakukan dosa, wajib bertaubat kepada
Allah. Taubat, pembersih hati paling mujarab. Insha Allah.
*****
Fail projek terbaru NR Holding disemak. Nasib
baiklah, Darwisya mempunyai asas tentang dunia perniagaan. Tidaklah kekok
sangat mahu berurusan dengan rakan kongsi syarikat milik Rifqi itu. Namun, perniagaan
tetap bukan jiwanya. Hampir setahun mengambil alih syarikat Rifqi, langsung
membuatkan dia bosan. Bosan akan urusan yang sama setiap kali tender berjaya diraih.
Ketukan pintu membuatkan tumpuan Darwisya
terganggu.
“Masuk!” laung Darwisya, kuat.
Kila terjengul di muka pintu.
“Puan, wakil Datuk Zali datang. Boleh dia masuk?”
Darwisya berfikir seketika, kemudian dia mengangguk.
Kila berlalu dari bilik Darwisya. Beberapa minit
kemudian, muncul seorang lelaki yang segak di dalam sut rasmi kakitangan pejabat;
kemeja biru muda dan slack hitam. Mampu menggoyahkan hati dan jiwa Darwisya. Tsk.
“Jemput masuk, Encik Naqib,” Darwisya bangkit dari
kerusinya.
Tetamu yang hadir dijemput dengan senyuman mesra.
Dia turut menjemput tetamunya duduk. Pelik juga Darwisya kerana lelaki itu
tiba-tiba muncul di pejabatnya. Setahu dia, tiada pula temu janji yang
sepatutnya dia uruskan yang berkaitan dengan syarikat Datuk Zali. Lebih-lebih
lagi, kehadiran Naqib di sini. Sungguh pelik.
“Maafkan saya, Puan Darwisya sebab mengganggu masa
puan,” Darwisya senyum nipis. Haish, nasib baik laki orang. Dan, untung saja
aku ni bini orang, desis Darwisya. Sempat lagi dia mengelamun, huh.
“It’s okay.
Jadi, apa tujuan Encik Naqib ke sini?” Skema punya soalan Darwisya. Hah, apa
dia kisah.
Naqib cuba pandang mata Darwisya. Aura isterinya seakan
menariknya untuk terus menatap wajah itu. Ada sinar bahagia di situ. Erk?
“Just call
me, Naqib or you may call me as usual,” As
usual? Darwisya kerutkan dahi. Macam biasa? Apa yang biasanya?
“Tak faham…”
“Rifqi,” Darwisya yang sedang elok bersandar di
kerusi empuk itu, menegakkan badan. Dia tak salah dengar, kan? Memang Naqib
sebut Rifqi, kan? Ya, Amni Darwisya.
“Wha… what
are you talking about? Rifqi?”
Naqib angguk.
“Yes, I am…”
Okey, Darwisya tarik nafas dan dilepaskan perlahan.
Oh no, dia masih gagal menerima kenyataan
itu.
“Look, Mr
Naqib. Awak… emmm. I mean, what are you
trying to tell me?”
Naqib renung Darwisya dengan pandangan tajamnya.
Hanya itu yang mampu dia lakukan bagi meyakinkan Darwisya. Renungannya tidak
pernah berubah.
“Don’t you
remember me, Wisya?” Gulp!
Darwisya menenangkan dirinya seketika. Perkara ini
berlaku terlalu mendadak. Tetapi, renungan Naqib sebentar memang sama dengan renungan
tajam milik Rifqi. Dia tidak pernah lupakan renungan itu.
“A… awak, Rifqi?” Naqib angguk perlahan. Darwisya
bersandar ke kerusi kembali. “Kenapa awak bagitahu saya? Kenapa sekarang awak
muncul?”
Banyak lagi persoalan yang ingin Darwisya soalkan,
tetapi memandangkan mereka masih di pejabat, niat itu dibatalkan.
“Are you
sure, we will discuss about this in here?”
Darwisya mengemaskan barang-barangnya. Beberapa
fail yang perlu dia semak diambil dan dimasukkan ke dalam beg besarnya. Ah,
fikirannya kusut. Jika boleh, mahu sahaja dia kerutkan terus dahinya itu.
Biarlah orang hendak cakap apa pun, dia tidak kisah. Lelaki yang kini muncul
dan mengaku dirinya sebagai Rifqi memeningkan kepalanya tika ini.
*****
“Soalan saya masih sama,” kata Darwisya tanpa nada.
Matanya memandang gelas carrot juice
yang dipesannya tadi.
“Sudah tiba masanya untuk awak tahu. Bukan niat
saya nak bersembunyi, tapi saya ada sebab kenapa kehilangan saya dirahsiakan,”
Tak berkelip Darwisya pandang Naqib. Ommo,
betulkah Rifqi di hadapannya ini? Cara percakapan mereka sangat berbeza.
“Okey. Dua tahun awak hilang, dan sekarang awak muncul.
Isn’t too much? So, who is Auni?”
“Yusra, the
girl I used to hang out with before…”
“So, she was
your wife too, right?” Anggukan Naqib menyenakkan hati Darwisya. Kenapa?
Amni Darwisya sendiri gagal menebak hatinya sendiri.
“Awak sendiri tahu apa hubungan kami dulu,
sepatutnya awak juga tahu alasannya, kan?”
“Ya. Tapi, di mana awak dan Yusra dua tahun ni? Tak
ada langsung laporan pasal awak berdua. I
can’t just believing you without any evidence,” Naqib melepaskan keluhan
perlahan.
Susah juga rupanya mahu meyakinkan Darwisya. Degil!
Naqib mengeluarkan dompetnya, kad pengenalan yang terselit di salah satu poket
dikeluarkan.
“This is my
IC, you can see it. It’s more than enough to proving that I am your husband,
Amni Darwisya,” ujar Naqib setenang yang mungkin.
“So, the
reason you are telling me is…?”
“I want you
to know that your husband still alive,” Darwisya senyum sinis. Mudahnya lelaki
itu menuturkan kata.
“Ya, he’s
alive and he also has the second wife. What make you want me to know about you?”
“Because I know,
you do wish to know about me. If not, you won’t take over my company even you
don’t like that job, right?”
“Huh, isteri mana yang tak risaukan suami dia? You tell me, Mr Naqib. Dua tahun awak
hilang dan dua tahun juga operasi pencarian awak dan Yusra tak pernah
dihentikan. Dua tahun mungkin sekejap bagi orang lain, tapi bukan saya. It was such a long time for me to adapt the
situation. Now I know both of you were safe. You both were happy together when
I’m suffered,” Darwisya bangkit.
Berita gembira yang membawa duka. Sesungguhnya, dia
masih belum cukup kuat. Baginya, ini adalah mimpi yang tidak mungkin boleh
disedarkan kerana mimpi ini juga sebuah kenyataan.
“I need some
time,” Naqib hanya membiarkan Darwisya beredar.
Memang patut pun Darwisya bertindak sebegitu. Mana mungkin
seorang isteri mampu menerima kehadiran suaminya yang hilang dan tiba-tiba
muncul dalam keadaan tidak diduga. Lebih-lebih lagi, penantian yang disangkakan
sebuah berita gembira bertukar menjadi berita sedih apabila mengetahui yang
dirinya dimadukan.
to be continued...
p/s : sory sebab CIA lambat update. sibuk dengan family matter. :). nak buka lappy pun tak sempat. buka tapi tak ada idea nak menulis. huhu. inshaAllah kalau CIA free ja, laju-laju CIA update eh. sory sangat-sangat tau. :(. apa pun, enjoy reading SAMSA part 3. SELAMAT MEMBACA! :D
Best.
ReplyDeletethank you, baby mio. :)
DeleteAkhirnya....TQ....alaaahaiii siannya darwisya......xsuka...xsuka...pasni update laju2...terseksa rasa mggu lm......hehe...;)
ReplyDeletehihi. WELCOME. :). haha. kalau tak dak hal, laju ja update. :D
Deletewa kesian dkt Wisya... Next n3 please ;)
ReplyDeleteAuni pun kesian jugak. huhu. :)
DeleteKesiannya Darwisha...klu x suka let her go..
ReplyDelete:). let her go let her go. gitu? haha
Delete