Assalamualaikum... Hye!
Pearl Special Entry part 2 in da house! late night present. :D. SELAMAT MEMBACA! :D. pendek ja tau. lately, busy sangat nak sambung. maybe esok and lusa CIA tak boleh nak post entry. ada family day. :(. lepas tu, CIA sambung update balik. trying hard to post something. :D.
*********************************
SPECIAL ENTRY
Setelah memastikan Chiya betul-betul
lena, Fariz kembali ke ruang tamu. Hampir terhambur tawanya melihat Adelin
bukan main kusyuk lagi pandang skrin televisyen. Patutlah isterinya itu
meminati drama-drama yang berunsurkan keadilan negara, rupanya Adelin juga
seorang polis. Tetapi, sekaran ini sudah berubah status; bekas polis.
“Apa yang seronoknya cerita ni?” Fariz
henyakkan punggung di sebelah Adelin. Ditarik tubuh Adelin yang bersandar di
sofa itu dan membiarkan kepala isterinya melentok di dadanya pula.
“Macam biasalah kalau cerita gini, story line pun hampir sama. Cuma,
kebanyakan drama-drama Korean ni kreatiflah. Dia orang blend semua benda dalam satu cerita, so it’s make the story became double triple best. It’s also getting
more complicated,” Fariz terangguk-angguk.
“Dia orang blend apa?” Naaa, blur pula suami Adelin Annisa malam ini. Adelin
membetulkan duduknya. Dilunjurkan kaki, kepala masih di dada bidang Fariz.
Waktu sebeginilah mahu bermanja dengan
encik suami memandangkan Chiya sudah tidur. Boleh berborak secara bebas. Tak perlu
menjaga tatasusila. Heh, tatasusila apalah gamaknya? Iyalah, Chiya mana boleh
mendengar perkara yang tidak baik. Tidak elok untuk kanak-kanak dalam
lingkungan umur Chiya, bahaya. Ketika umur sebeginilah, mereka selalu mengikut
perbuatan orang yang lebih tua. Jadi, sebagai ibu bapa, Fariz dan Adelin
haruslah berhati-hati dalam percakapan mereka.
“Aduh, awak ni. Blurlah. Itulah, jangan asyik tengok romance movie aje,” Adelin tolak dagu encik suami di kepalanya
lembut.
“Alah, romance movie best hapa. At least,
I noted something value,” Dengan bangganya dia tersengih.
“Something
value? Apanya? Better you do it
naturallylah, Mr Ian. I love the real
you, not the copy paste or you’re cloning someone,” Fariz senyum lebar.
“Oh,
wifey. Do you want me? Do you adore me? Do you like me? Do you love me?”
Adelin mendongak. Bibir diulas senyuman.
“I
love the way you are. I want you, only you. I adore you every time. I’ll always
love you. Are you?” Penuh kelembutan Adelin meluahkan rasa cintanya pada
Fariz Ian, si pemilik degupan jantungnya. Ahah.
Fariz menarik tubuh Adelin agar lebih
rapat dengannya. Dicium ubun-ubun Adelin lembut.
“I
love you more than you love me. Every second, I only thinking of you. Never
doubt me ya, Mrs Ian? I’ll always love you, forever,” Melebar senyum
Adelin.
“Alright,
daddy teddy,” Dihadiahkan ciuman di tangan Fariz yang berada di dalam
genggamannya.
Oh, hati. Sejak bila kau pandai
bergurindam lagu-lagu romantik ni? Maksudnya, Fariz Ian milik aku selamanya?
Yeah, sorak Adelin di dalam hati.
“So,
when our Chiya will have her partner? Mean that, our junior,” Adelin
tergamam seketika. Kemudiannya, dia senyum manis.
“Nah,
your junior,” Ditekapkan tapak tangan Fariz ke perutnya yang masih kempis
itu. Here is our junior, daddy.
“What?”
Fariz kerut dahi, pelik. Tak faham! Adoyai, daddy
ni. Blur sungguh dia malam ni.
“Our
baby. Two months,” Adelin angkat dua jari, peace.
“Serious?”
Ish, Fariz ni. Adelin bingkas duduk. Dia memegang kedua belah pipi Fariz. Wah,
bercahaya nampak. Sukalah tu, kan.
“Serious,
I’m pregnant. Chiya nak dapat adik. Daddy’s
junior on the way. Puas hati?” Ditelengkan kepala Fariz ke kanan dan ke
kiri.
Akhirnya Fariz senyum lebar. Dia membawa
Adelin ke dalam pelukan. Inilah berita paling gembira yang pernah dia dengar
sepanjang hidupnya. Bahkan, kewujudan Chiya juga sudah menggembirakan hatinya. Haih,
jiwa kebapaan semakin meresap ke dalam dirinya ketika ini.
“Congratulation
to us. Tapi, mummy dukung Chiya slumber aje tadi. Chiya beratlah, mummy,” kata Fariz sambil mengusap bahu
isterinya.
Adelin bermain dengan jemari Fariz.
“I
love her, daddy. Tak bolehlah nak biarkan aje permintaan dia tu. Chiya dah
macam soul mummy. Tak pernah sekali pun,
Chiya tanya pasal diri dia, pasal mama dia dalam keadaan sedar. Setiap kali
pandang Chiya, hati mummy ni automatik
tak boleh nak tegas,” luah Adelin, tulus.
Kasih sayangnya pada Chiya tidak pernah
berkurang. Setiap masa yang diluangkan bersama Chiya membuatkan dia mahu
kanak-kanak itu sentiasa berada di sisinya.
“I
love her too, mummy. Bagi daddy,
Chiya umpama mutiara. Susah untuk dijumpai, tapi… its worth when we have it,” Adelin mengangguk faham.
Pearl
junior, huh.
“Agak-agak Chiya suka tak bila tahu dia
nak dapat adik?” soal Adelin tiba-tiba.
Fariz tergelak kecil.
“Come
onlah, mummy. Oh, lupa pulak. Mummy kan tak tahu secret kami,” Hah? Rahsia?
Adelin menjarakkan sedikit tubuhnya
yang melekat di tubuh Fariz sejak tadi.
“Rahsia apa, daddy? Baik cerita. Kalau tak…”
“Kalau tak apa?” potong Fariz, dengan
riak mengusik.
Adelin cubit perut Fariz.
“Aloh, rahsialah. Nama pun rahsia kan,
mana boleh bagitahu,” Loyar buruk pula si daddy
Chiya ni. Adelin peluk tubuh, merajuk! Huh!
Fariz gelak lagi. Namun, tangannya
pantas memaut pinggang ramping Adelin. Hampir terjerit Adelin dek tindakan
pantas itu.
“Chiya pun nak adik jugak. Nampaknya daddy kenalah kabulkan request Chiya, she want her own bicycle,” Adelin senyum.
“Daddy
bet with her eh? Tak eloklah ajar anak benda macam tu,” Ditampar lengan
Fariz di pinggangnya.
“Bukanlah. Mummy, let’s move to… your house. Papa mama pun suggest suruh kita pindah,” cadang
Fariz.
“Boleh aje. Tapi, daddy okey ke? Rumah tu bukannya besar mana pun,” Fariz cuit hidung
Adelin lembut.
Rumah dua tingkat Adelin tu berkali
ganda besar daripada apartment dia ni
kot. Lagipun, dia sudah biasa tinggal di situ. Memang selesa kerana mempunyai
jiran tetangga yang meriuhkan kawasan. Tidaklah Chiya kebosanan. Kebetulan, di
kawasan berdekatan mempunyai sebuah taska. Boleh juga mereka mendaftarkan Chiya
ke situ nanti.
“Mana-mana rumah pun sama aje. Asalkan
sayang-sayang daddy ada dengan daddy, setiap hari…”
“Oh,
sweet. I love you even more. Bila nak pindah?”
“Esok?”
Adelin senyum senang. Sudah tentu
suaminya itu bercuti jika begitu gayanya. Chiya, your daddy gonna play with you tomorrow. Setiap kali Fariz ke
tempat kerja, Chiya akan meminta Adelin untuk menemaninya di jendela. Dia akan
merenung tasik sehingga puas, barulah dia boleh bermain dengan senang hati. Mungkin,
itu caranya Chiya melepaskan rindunya pada Fariz. Anak manjalah katakan.
to be continued...
Suwettttnyaaaa....thank u....muahh2.... tetap sabar tggu next n3..... swettt....swettttt...... :)
ReplyDelete:D. sweetla sangat. hahaha. muah2 balik. :). sabar ya. hehe
DeleteHahahahahaha sweetnya...nak part Fariz cemburu plak...hihi ..i'm waiting for the next part plak...
ReplyDeletehehe. tak boleh bayang Fariz cemburu. :D. haha. keep on waiting ya, besday girl.
DeleteNak lagi akak ♥
ReplyDeleteBagi lagi ptg ni or mlm ni.. Hagagaga, minta mcm2 sungguh kan Akak :)
Serius Best ;)
BEST.
ReplyDelete