Datuk Adnan dan Datin Emma saling berpandangan. Bagaikan
tidak percaya akan apa yang lelaki di hadapan mereka ini cakapkan sebentar
tadi. Namun, jauh di sudut hati mereka mengucapkan syukur jika benar Rifqi
telah kembali.
“Awisy dah tahu?” tanya Datuk Adnan. Naqib
mengangguk.
“Tapi, dia masih tak boleh terima saya balik. Maafkan
saya kalau permintaan saya ni melampau. Saya sayangkan Darwisya. Dua tahun saya
cuba cari diri saya, tak pernah sekali pun saya lupakan semua di sini. Cuma,
saya tak kuat nak kembali ke sini masa tu. Emmm, saya nak minta tolong papa dan
mama, bantu saya pujuk Darwisya…”
Datin Emma senyum.
“Awisy pun tak pernah lupakan kamu, Rifqi. Puas kami
pujuk dia kembali tinggal dengan kami, tapi ada saja alasan dia. Itu pun dah
cukup untuk buktikan Awisy pun sayangkan Rifqi. Cuma, itulah. Dia masih
terkejut rasanya. Rifqi muncul tiba-tiba, dengan kehadiran Auni pulak,” balas
Datin Emma.
“Kamu ikhtiarlah macam mana nak pujuk Awisy. Dia marah
bukannya lama, sekejap aje. Lagipun, papa yang paksa kamu berdua berkahwin
dulu. Insha Allah, papa dan mama akan cuba bantu apa yang patut,” Datuk Adnan seperti
menyokong Naqib kembali kepada anak perempuannya.
“Papa dan mama jangan risau. Bulan depan, hari
ulang tahun perkahwinan kami. Saya dah plan
sesuatu. Ini details untuk majlis tu
nanti. Tapi, papa dan mama jangan bagitahu Darwisya. This is our secret,” Datuk Adnan dan Datin Emma tergelak.
Bersungguh-sungguh Naqib mahu memujuk Darwisya. Biarpun
hubungan anak menantu mereka hanya dalam masa yang singkat, tidak disangka
rupanya wujud perasaan sayang dan kasih di hati masing-masing. Inilah yang
dikatakan jodoh. Jodoh yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Subhanallah.
“Sebelum tu, kamu baliklah rumah kamu. Biarlah Awisy
nak cakap apa pun, itu rumah kamu. Dia takkan boleh halang kepulangan kamu. Mak
kamu pun teringin sangat nak berjumpa dengan kamu. Athirah pun mesti suka,
abang dia dah balik,” suruh Datuk Adnan.
Naqib senyum nipis. Bagus juga cadangan bapa
mertuanya itu. Okay, set! Naqib
Rifqi, game on! Never off. Ehek.
*****
Mak Cik
Fauziah tersenyum senang. Matanya memandang lelaki yang mendukung Adib sambil
mengusik cucunya itu. Lega hatinya kini, tiada lagi resah yang sentiasa
mengganggu perasaannya. Kemaafan dari Naqib sudah cukup membuatkan hati tuanya berasa
tenang setenangnya. Lapang dadanya ketika ini.
“Darwisya
balik pukul berapa, mak?” tanya Naqib sambil melabuhkan punggungnya ke kerusi
kayu. Mereka bersantai di halaman rumah besar itu.
“Selalunya,
sebelum pukul enam dah sampai rumah. Adib ni, bukannya boleh berpisah lama-lama
dengan umi dia. Pantang sungguh petang-petang macam ni tak nampak batang hidung
Amni, merengek tak ingat dunia,” Naqib tergelak.
Begitulah perangainya
dulu. Tidak mahu langsung berpisah dengan ibunya. Dia sendiri tidak tahu menahu
tentang itu sehinggalah Puan Bariah sendiri yang menceritakannya.
“Mak, Qi
rasa tenang sangat sekarang ni. Tak macam dulu lagi dah,” kata Naqib. Mak Cik
Fauziah usap bahu Naqib.
“Mak pun
rasa benda yang sama, Qi. Mak pun dah tua, tak guna mak ingat perkara lama. Mak
sendiri yang biarkan hidup mak penuh dengan sifat hasad dengki, dendam semua
tu. Alhamudillah, Allah buka pintu hati mak untuk berubah. Allah bantu Qi
jugak. Inilah kebahagiaan yang hakiki, Qi. Mak doakan Qi berjaya pujuk Amni. Insha
Allah, hati dia akan lembut. Tambahan pula, Amni memang menunggu kepulangan Qi.
Banyakkan bersabar ya,” Mak Cik Fauziah tersentak apabila Naqib memeluknya.
Teragak-agak
dia mahu membalas pelukan itu. Bibirnya mengulas senyum, syukur Ya Allah.
“Qi
bersyukur dikurniakan tiga orang ibu yang terbaik untuk Qi. Ibu, mak dan mama
adalah wanita terhebat di mata Qi. Arwah ayah, ayah Har dan papa… semangat Qi. Mak,
Qi tak pernah bencikan mak dan arwah ayah. Cuma, Qi yang tak matang. Qi tak layan
mak dan arwah ayah sebaiknya, sebab tulah Qi sanggup tinggalkan rumah. Maafkan
Qi, mak,” Mak Cik Fauziah senyum dalam tangis.
Ya Allah,
Kau telah mengubah anak ini. Terima kasih, Ya Allah. Aku bersyukur ke
hadrat-Mu. Inilah hadiah yang paling berharga untukku. Allahuakbar.
*****
“Awak buat
apa kat sini?” Darwisya berdiri di pintu dapur. Patutlah Adib tidak
menjemputnya dia hari ni, rupa-rupanya sibuk melayan Naqib. Huh!
“Dah
balik? Adib mintak abang buatkan susu,” Abang? Darwisya buat muka. Nampaknya
Naqib semakin berani menunjukkan mukanya secara terang-terangan kini.
Darwisya
membuka pintu peti ais, dicapai botol susu yang sudah pun terisi dengan susu. Selalunya,
dia akan tinggalkan susu yang sudah dipam di dalam peti ais sebelum keluar
bekerja. Adib jarang minum susu tepung, muak.
“Meh sini
kat umi,” Darwisya menyuakan kedua tangannya. Namun, Adib membenamkan mukanya
ke bahu Naqib.
“Let me feed him. Awak pergilah naik
mandi,” Naqib mengambil botol susu di tangan Darwisya. Kekok pula keadaan
mereka sekarang.
“Amni,
pergi mandi dulu. Mak tolong Qi susukan Adib,” Mak Cik Fauziah memberikan
isyarat mata kepada Darwisya.
Lambat-lambat
Amni bergerak meninggalkan dapur lalu mendaki anak tangga, naik ke biliknya. Diukir
senyuman nipis. Dia gembira sebenarnya, namun hatinya masih belum puas mahu
mengenakan Naqib. Dia tidak akan senang-senang menyerah diri. Biar Naqib rasa
macam mana perasaannya dulu.
*****
Naqib melabuhkan
punggung di kerusi santai di kolam renang. Itulah tempat kegemarannya jika
mempunyai masalah. Jika ada kelapangan, dia akan menghabiskan masa berenang di
kolam renang ini. Adakalanya, dia dan Ikmal akan melepak di sini. Sungguh
gembira rasanya dapat kembali ke rumahnya ini.
Pandangan diliarkan
ke sekitar rumah, tiada perubahan. Hanya satu sahaja perubahan yang berlaku di
banglonya ini; kehadiran Darwisya, Mak Cik Fauziah, Athirah dan Adib. Dulu, Bik
Hus sahaja yang menjadi penemannya. Banglo ini tidak lagi sunyi, kini sudah
terhibur dengan kehadiran Adib. Suara gelak ketawa tatkala diusik sudah mampu
meriuhkan suasana. Apakah agaknya akan berlaku jika masih ada yang menyusul
selepas Adib? Uhuk!
Sempat lagi
fikirannya menerawang ke tempat lain. Pasti ada yang menyusul jika Darwisya
sanggup memaafkan dan menerimanya kembali. Haish, runsing pula otaknya. Susah juga
rupanya mahu melembutkan hati isterinya itu. Harap-harap, kejutannya untuk
Darwisya menjadi.
“Ehem,”
Suara deheman itu mengganggu Naqib. Tetapi, saat matanya memandang pemilik
suara itu, senyuman lebar terukir. Rindunya dia pada insan ini.
“Bik Hus,”
Bik Hus senyum.
“Apa
khabar, Rifqi?” Naqib menepuk kerusi di sebelahnya agar Bik Hus duduk di situ.
Bik Hus mengikut arahan majikan yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri
itu.
“Alhamdulillah.
Ingatkan Bik Hus dah tak kerja di sini. Manalah tahu Wisya dah berhentikan Bik
Hus…”
“Ish, tak
adalah. Bik Hus ke rumah anak sekejap. Amni dah ikat Bik Hus kat sini. Beria-ia
dia pujuk anak-anak Bik Hus, nak Bik Hus tinggal terus di rumah kamu ni. Rifqi,
Bik Hus rindukan kamu. Alhamdulillah, kamu terselamat,” ujar Bik Hus.
“Oh, dia
curi Bik Hus Rifqi eh. Memang nak kena ni,” seloroh Naqib.
Bik Hus ketawa.
Bahagianya kerana masih berpeluang mendengar usikan Naqib. Jika Naqib adalah
anaknya, sudah lama dipeluk tubuh itu. Rindu!
*****
Darwisya
menuruni anak tangga perlahan. Riuh sungguh keadaan di tingkat bawah. Ada apakah?
Terlewat pula dia bangun hari ini. Selepas sahaja solat subuh tadi, dia tidur
kembali. Sedar-sedar sahaja, sudah jam sembilan pagi. Dia tidak menjenguk Adib
awal pagi ini. Anak lelakinya itu bukan main meragam lagi mahu tidur bersama
Naqib di bilik tetamu.
“Lewatnya
anak mama bangun,” tegur Datin Emma tatkala terpandangkan Darwisya di tangga.
Darwisya hanya
senyum nipis. Patutlah riuh, semuanya ada di sini.
“Amni,
sini,” gamit Mak Cik Fauziah. Mereka ada tetamu rupanya. Nasib baik dia
mengenakan tudung sebelum turun tadi.
Langkah dibawa
ke ruang tamu. Adib yang berada di pangkuan Naqib dipandang sekilas. Tak boleh
pandang lama-lama. Nanti terjatuh hati pula pada abi Adib. Erk? Bukan memang
dah jatuh hati ke? Darwisya bersalam dengan tetamu wanita yang duduk bersebelahan
dengan Mak Cik Fauziah. Senyuman tidak lupa diulas.
“Ibu
kandung Rifqi, Sabariah,” maklum Mak Cik Fauziah tanpa tertangguh. Darwisya
angkat kening, tidak percaya.
“Amni apa
khabar?” tanya Puan Bariah. Cantik sungguh menantunya ini, manis bertudung.
Patutlah Naqib tersangkut pada wanita ini.
“Alhamdulillah,
sihat. Maaflah Amni turun lambat,” Sebenarnya, Darwisya agak kekok ketika ini. Iyalah,
ibu mertua dia kot. Sudahlah semua mata asyik dok pandang dia saja. Bikin wa
malu leh.
“Tak apa, ibu
dan ayah pun datang mengejut. Hah, yang di sebelah Naqib tu, ayah. Selepas ibu
bercerai dengan arwah ayah Naqib, ibu berkahwin dengan ayah,” Darwisya
menghadiahkan senyuman manis, tanda salam perkenalan.
“Hah, ini
pulak along, Kasyfi. Ibu kahwin dengan duda beranak satu tau. Alonglah tu,” Semua
di ruang tamu itu ketawa. Kasyfi memang mesra alam.
Senyuman
manis turut diberikan pada Kasyfi. Naqib senyum lebar. Keluarganya sudah
lengkap sekarang. Jika arwah ayahnya masih ada, pasti dialah orang yang paling
gembira. Ah, rindunya dia pada insan yang disayanginya itu.
“Umi,”
Adib turun dari pangkuan Naqib dan mendapatkan Darwisya. Tangan disuakan agar
Darwisya mendukungnya.
“Nak apa ni?”
soal Darwisya sambil mengangkat Adib.
“Susu,”
Erk? Sopan sungguh anak dia ni. Tengah ramai-ramai macam ni masih minta susu. Malu
pula Darwisya.
“Pergilah
susukan Adib dulu, Awisy. Bik Hus ada kat dapur, pergi sarapan sekali,” Datin
Emma bersuara.
“Iyalah.
Amni minta diri dulu,” Dibawa langkah ke dapur. Dia mencari kelibat Bik Hus.
*****
Buaian
dihayun perlahan. Naqib mengambil angin petang, sekadar mahu merehatkan otak.
“Rifqi,” Naqib
menoleh ke sisinya. Datuk Adnan menghampiri menantunya. Dilabuhkan punggung di
kerusi batu berdekatan.
“Papa buat
apa kat sini?”
“Emmm…
papa nak minta maaf. Papa selalu kongkong bisnes Rifqi. Tapi, sekarang papa dah
tak masuk campur dalam NR Holding. Semuanya papa serahkan pada Awisy. Dan,
pasal Hotel Trendy. Papa yang minta Ikmal luluskan projek tu. Papa rasa Rifqi
memang menantikan peluang tu kan?”
“Tak ada
apalah, papa. Perkara dah lepas. Memang saya tunggu peluang untuk bina hotel
berkonsepkan islamik tu pun, pa. Impian terbesar saya adalah hotel tu. Memang
saya hidup macam tiada agama dulu, tapi semua tu saya buat untuk arwah ayah
saya,” Datuk Adnan terangguk-angguk.
“Alhamdulillah.
Hotel Trendy pun dah hampir siap. Tapi, sekarang ni Rifqi kenalah ambil alih NR
Holding kembali. Awisy dah banyak kali minta papa uruskan balik syarikat kamu
tu. Isteri kamu tu bukannya minat berniaga. Syarikat papa pun awal-awal lagi
dia dah reject, waktu papa cadangkan
dia bekerja dengan papa selepas habis belajar,” ujar Datuk Adnan.
Naqib
ketawa.
“She is really something, papa. She does what she wants. She says whatever in
her mind. You raise such a great girl, Datuk Adnan,” Datuk Adnan ketawa
besar.
“For that, I have to sacrifice my career,
Rifqi. Papa tinggalkan dunia perkapalan yang papa suka. Tapi, sikap keras hati
papa dah korban nyawa kakak dia, Amna. Papa tak restu perkahwinan arwah Amna,
sanggup biarkan dia hidup melarat di jalanan. Hati papa terlalu degil untuk maafkan
arwah. Papa menyesal, Rifqi. Sebab tulah papa cuba masuk campur dalam urusan
Rifqi,” balas Datuk Adnan panjang.
“Semua
benda berlaku ada sebabnya, pa. Cuma, kita yang tak nampak. Sekarang kan papa
dah sedar. Arwah Amna pun mesti dah maafkan papa, insha Allah…”
Datuk Adnan
senyum nipis. Harapnya, arwah Amna sudah memaafkan segala kesalahannya. Insha Allah.
*****
Mug yang
tergantung, diambil. Dituangkan air kosong ke dalam mug. Dek terlupa mengisi bekas
airnya di dalam bilik, terpaksa dia turun ke dapur. Darwisya duduk di kerusi
meja island. Sempat lagi termenung. Bibir
mengulas senyuman, teringat keletah Adib dan Naqib petang tadi. Bukan main
manja lagi Adib dengan Naqib.
Selagi Naqib
tidak dodoikan, dia tidak mahu tidur. Naqib dulu dan sekarang sangat berbeza. Sepanjang
tiga bulan, mereka sebumbung… dia masih gagal menebak setiap pergerakan Naqib. Mungkin,
ketika itu hubungan mereka sememangnya dingin. Siapa yang suka jika dipaksa
kahwin? Tambahan pula, ketika itu Naqib tidak sesegak sekarang.
“Buat apa
tak tidur lagi?” Darwisya tersentak.
Selambanya
Naqib duduk di sebelah Darwisya. Pantang sungguh jika dia ternampak Darwisya
keseorangan, diambil peluang itu untuk memujuk si isteri.
“Lain
kali, bagi salam boleh tak?” marah Darwisya.
“Kalau
abang bagi salam, tentunya Wisya dah lari kan? Wisya kan tak suka dekat-dekat
dengan abang,” Darwisya mencebik. Sudah tahu, buat juga.
“Tahu tak apa,”
tukas Darwisya. Dia menghabiskan airnya dan berura-ura untuk beredar. Namun,
Naqib lebih pantas menahannya.
Dipandang pergelangan
tangan kirinya yang dipegang Naqib.
“Duduk
sekejap. Abang ada benda yang nak beritahu Wisya,” kata Naqib, serius. Darwisya
mendengus perlahan. Tidak jadi dia ingin melarikan diri dari Naqib.
“Make it fast…”
Naqib
berdehem kecil.
“I’m sorry for that night. I can’t control my jealousness. Abang cemburu
tengok Wisya bergelak tawa dengan lelaki lain. I know your old life, so I afraid you will leave me and go to another
guy. Abang tak berniat pun nak rendah-rendahkan maruah Wisya, cuma… Wisya
tahu kan perangai abang masa tu. I’m
sorry,” Dipandang Darwisya, menanti respons dari isterinya itu.
“Because of that, I have Adib as my peneman. You
are not leave alone. But, I can’t forgive you just like that, Mr Naqib. I’m
hurt. Give me a time. Buat saya percaya yang awak memang betul-betul
mahukan saya kembali. Saya naik dulu,” Direntap tangan yang dipegang Naqib.
Dia berlalu
ke biliknya.
Naqib mengeluh.
Nampaknya, Darwisya betul-betul terluka. Diraup rambut yang jatuh ke dahi. Dia perlu
bersabar. Mungkin kisah silamnya membuatkan Darwisya masih tidak yakin
dengannya. Tambahan pula, layanannya pada wanita itu dulu sangat teruk. Dia dikira
beruntung kerana Darwisya masih sanggup menunggunya biarpun tiada khabar
tentangnya selama dua tahun.
*****
Restoran mewah
yang tersergam indah di sebuah tempat peranginan menarik tumpuan Darwisya. Mengikut
kertas yang diberikan oleh Naqib, inilah tempatnya. Kenapa pula Naqib
mengajaknya ke tempat ini? Tiada pula pelanggan yang berkunjung di restoran
ini. Jam dipergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Malam masih muda, pelik
juga kerana tiada pengunjung yang berkeliaran di sekitar kawasan peranginan
ini.
Deruan ombak
kedengaran kuat. Angin sepoi-sepoi bahasa menyepak pipi gebu Darwisya. Entah apalah
yang membuatkan dia sudi datang ke mari. Mungkin sifat ingin tahu menebal di
hatinya. Adib ditinggalkan dengan Mak Cik Fauziah. Tiba-tiba, seseorang meletakkan
sehelai selendang tebal ke bahu Darwisya.
“The event is for you, for us. Happy anniversary, sayang,” Selamba
sahaja Naqib mengucup pipi Darwisya.
Darwisya
kaku. Anniversary?
“What is this, Mr Naqib?”
“Stop calling me Mr Naqib, Darwisya. I’m your
husband. Call me with the proper way, abang,” Darwisya mendengus.
Kakinya mula
mahu melangkah, meninggalkan tempat ini. Sudah tentulah Naqib tidak akan
membenarkan itu berlaku. Awal-awal lagi dia sudah memeluk pinggang Darwisya
agar isterinya tidak boleh bergerak. Kemaafan dari Darwisya amat penting
baginya. Dia sudah sedar akan kesilapannya. Naqib mahukan peluang kedua.
“Let me go,” kata Darwisya keras.
“No. Amni Darwisya, you are mine. I can’t let
you go. Once I fall in love, I can’t take the love back. Maafkan abang,
Wisya,” Naqib melepaskan pinggang Darwisya. Dia mengalihkan posisi Darwisya
agar berhadapan dengannya. Dicapai kedua belah tangan isterinya itu. “I need you answer, please,” Darwisya
mengeluh. Dia menunduk.
Lama mereka
berdiam.
“Apa
jaminan awak untuk saya terima awak balik?”
“I’ll do anything you want me. Just listing
it. Abang janji abang takkan tinggalkan Wisya lagi. Abang janji takkan
sayangkan perempuan lain selain Wisya. I’m
promise,” janji Naqib, semangat.
Darwisya
menyembunyikan senyumannya.
“Prove it. Sing to me one song… with a deep
meaning,” pinta Darwisya. Dulu dia pernah mendengar Naqib menyanyi sambil
bermain gitar.
Naqib
angkat kening. Menyanyi? Yo, puan
isteri. Whatsup, long time no sing maa.
Hancus!
“Errr… anything else except that. Please…”
“So, I think my forgiveness not in your
target. Let me go,” Darwisya cuba merungkaikan pegangan Naqib.
“Okey.
Jom, ikut abang masuk dalam,” Nak tak nak, dia perlu juga menunjukkan bakat
yang selama ini disembunyikan. Dia hanya akan menyanyi ketika dia keseorangan
saja.
Darwisya
di belakang Naqib, tersenyum senget. Umpan mengena. Padan muka awak, Naqib
Rifqi. Jangan main-main ya dengan Amni Darwisya. She does what she wants, right? I do what I want, right now. Hati
Darwisya berbisik sendiri.
Naqib menarik
kerusi di meja berdekatan pentas kecil di restoran yang sengaja ditempahnya. Tempat
peranginan ini merupakan cabang perniagaan Naqib yang lain, dia punya separuh
syer resort ini. Hasil perkongsian bersama seorang rakan kongsinya. Dibawa langkah
ke atas pentas. Gitar yang tersandar di sisi drum, dia ambil.
“Ehem… I sing this song for you, Amni Darwisya.
Just for you. Lagu baru tau,” kata
Naqib menggunakan mikrofon. Dia duduk di kerusi tinggi di tengah-tengah pentas.
Darwisya memandang
Naqib. Ya Allah, janganlah Kau sedarkan aku dari mimpi ini. Aku ingin hidup
dengannya. Janganlah Kau pisahkan kami andainya ini memang jodoh kami. Kau redhalah
hubungan kami, Ya Allah. Aku mahu dia sebagai suamiku, juga bapa kepada
anak-anakku. Aku mahu dia menjadi pembimbing hidupku, Ya Allah. Doa Darwisya di
dalam hati.
Petikan gitar
berbunyi. Nafas dihela perlahan.
I thought of this over a million
times
Who would have ever thought that it will be our time?
I just know it,
'cause you are the one!
It ain't a selfish love, when I'm with you
You remind me of Allah and so I know it's true
I just say it
You are the one
(chorus)
Won't you be my BFF and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it,
When we believe it… together
Dreams are meant to be
'Cause you are the one for me
I never thought that i would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I'll just say it
'Cause you are the one
And when the times are tough
And we’ve got the world to see
Standing right beside you is where i want to be
I just know it
You are the one
Who would have ever thought that it will be our time?
I just know it,
'cause you are the one!
It ain't a selfish love, when I'm with you
You remind me of Allah and so I know it's true
I just say it
You are the one
(chorus)
Won't you be my BFF and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it,
When we believe it… together
Dreams are meant to be
'Cause you are the one for me
I never thought that i would ever feel this way
I ask Allah to bless you every single day
I'll just say it
'Cause you are the one
And when the times are tough
And we’ve got the world to see
Standing right beside you is where i want to be
I just know it
You are the one
Won't you be my BFF and ever?
Won't you be my partner after this world?
We'll see it,
When we believe it… together
Dreams are meant to be
'Cause you are the one for me
I prayed about this just over a million times
Who would ever thought that I could call you mine
I just know it
'Cause you are the one
And when there's gray in our hair
And we have not much to do
I want to spend the rest of my days with you
Oh don't you know it?
You are the one
You are the one
Oh won't you be the one?
Naqib
turun ke bawah pentas. Tangan Darwisya yang sudah sejuk itu diraih. Dia melutut
di hadapan Darwisya.
“Won’t you be the one?” tanya Naqib,
serius.
Darwisya menyapu
air mata di pipi. Terlalu mendalam maksud nyanyian Naqib tadi. Sehinggakan dia terkelu.
Mahu sahaja dia berlari naik ke pentas dan memeluk Naqib.
“Doa saya,
Allah kabulkan. Saya mahu awak dalam hidup saya. You build yourself really hard. Siapa saya untuk menolak peluang
kedua yang Allah bagi pada kita? You are
back to me, handsomely. Can I hug you?”
“I’m yours,” Naqib mendepangkan
tangannya. Darwisya turut melutut.
Pantas dipeluk
insan yang dirinduinya, erat.
“I love you, forever,” ucap Naqib, seraya
mengucup kepala Darwisya yang bersalut selendang.
“I love you more,” balas Darwisya,
ikhlas.
Tanpa mereka
sedari, semua ahli keluarga mereka sedang menonton babak itu. Auni yang turut
hadir, tersenyum. Live your happy life,
friend, desis Auni. Kasyfi menjeling Auni pelik. Aik, ulat bulu sudah naik
daun ke? Sempat lagi tu. Aip, Doktor Kasyfi… Auni masih dalam idahlah. Eheh.
*****
Beberapa
bulan kemudian
“Sayang,
tolong,” Naqib berdiri di hadapan Darwisya yang sudah siap memakai tudung. Adib
telah pun selamat diusung oleh Athirah ke bawah.
Darwisya mengemaskan
butang baju melayu Naqib. Sedondon pakaian mereka di hari istimewa ini, ungu.
“Kita naik
pelamin dengan dia orang nak?” Darwisya kerut dahi.
“Jangan
merepeklah, abang. Berapa kali abang nak bersanding?”
“Iyalah. Dulu
kan kita bersanding dengan muka masam. Sekarang ni lainlah. Senyuman awak tu
melangit. Dulu mana boleh dapat,” kata Naqib sambil menekap tangan ke pipi
isterinya.
Darwisya menampar
dada Naqib.
“Mana ada.
Cuba abang tengok gambar tu, kita senyum apa. Biarlah tak ikhlas pun, asalkan
itu moment pertama kita. Dua tahun
abang tak ada, gambar tu ajelah yang saya kelek tahu,” Naqib tergelak kecil.
“Iya… iya.
Sayang dengar tak apa ibu cakap semalam?” Mata Naqib tepat memandang Darwisya. Darwisya
mengangkat wajahnya setelah selesai membutang baju melayu suaminya.
“Hmmm? Ibu
cakap apa?” tanya Darwisya, polos.
Naqib sengih.
“Auni kan
tak boleh pregnant, ikut ramalan
dunia. Jadi, ibu nak abang lahirkan ramai cucu untuk dia,” Darwisya mencebik.
“Abang
sendiri yang cakap, ramalan dunia. Rezeki Allah mana kita tahu. Termasuklah
kita ni, abang. Saya ditakdirkan tak pregnant
malam kita terperangkap, tapi Adib lahir secara sah, kan. Mungkin Allah
takdirkan Auni dapat lahirkan anak untuk along, bukannya untuk abang. Who know?”
“Bibir ni,
dari dulu sampailah sekarang. Bijak berfalsafah. I’m proud of you, my stronger wife. You always have your good word,”
Dicuit hidung mancung Darwisya.
“You too, my tough husband. Pernah dengar
tak, te amo?” Naqib mengangguk. Mestilah pernah, salah satu lagu kegemarannya
berjudul Te Amo. Soundtrack dalam
filem Dum Maaro Dum.
“My favourite song, darling…”
“I know. Saya buka cerita tu setiap kali
saya rindu abang. That guy have beard,
like the old you. Tapi, sekarang ni asyik shave aje. Dah hilang dah, Mr
Beard Amni Darwisya,” Apa?
“Ulang
balik,” Darwisya sengih comel. Dia peluk pinggang Naqib.
“I love you, mr beard. Memang saya tak
suka, tapi jambang abang unik. Saya tak boleh nak agak macam mana rupa abang
tanpa jambang. Sebab tulah, saya tak perasan abang. Auni pulak pakai niqab. Hmmm,
tapi abang yang baik hati ni datang menyerah diri. Pandangan tajam abang buat
saya yakin abanglah mr beard saya. Si
amor me si amor, abang,” Naqib senyum.
“I love you too, mrs beard. Tapi, abang
dah rimaslah bila muka serabut dengan jambang. Tak boleh nak simpan dah. Sorry,” Darwisya gelak.
“It’s okay. Your bearded image always in my
mind. Gambar-gambar abang as in ahli korporat ni melambak dalam rumah ni
plus pejabat abang. So, no need to worry…”
“Alright. Jomlah turun. Lama pulak dia
orang tunggu kita. Mahunya along pelangkung kita. Orang dah tak sabar nak
kahwin kan…”
Mereka
beriringan ke tingkat bawah. Riuh rendah ruang tamu dek sibuk mengusik Naqib
dan Darwisya. Adib didukungan Athirah, Naqib ambil. Merah muka anak
kesayangannya itu. Menangis mungkin.
“Jomlah
kita. Lama pula tok kadi tunggu,” Semuanya berarak keluar dan mendapat kereta
masing-masing.
Pintu utama
banglo milik Naqib ditutup rapat. Selamat pengantin baru, Kasyfi dan Auni!
~TAMAT~
p/s : dekat mana si amor pun tak tahu. hehe. yeay, tamat dah SAMSA. huish, sakit perut CIA nak habiskan SAMSA. seterusnya, MLS. cuba siapkan last part secepat mungkin. then, barulah cover sikit enovel. InshaAllah. ada lagi cerpen yang masih tertunggak. hihi. SELAMAT MEMBACA! :D. sorry post lewat malam. :)
Waaaaaa.....abisss daaaa.....tenkiu....;)...tp rasa cm xpuas je...hehe....nnt jgn lupa update yg tertunggak yer...;)
ReplyDeletewaaaaa... dah abis. hehe. tak puas? oh no. iya, nanti CIA update. :D
DeleteHehehe... ♥♥♥♥♥♥
ReplyDeleteBagi special edition pulak akak (Pleash)
Hehehe.. Tapi apa2 pun tq so much, love you sis :)
smbng yg lain pulak tau mlm ni ;)
hehe. special edition? waaa. haha. sama-sama, love you too. :D. insha Allah.
Deletebest 3x.
ReplyDeleteterbaik ....! harap ada special edition ...
ReplyDeletebest!