Sunday 15 September 2013

novel : secret that nobody knows 4


“ Hoi, hidup lagi kau,” terdengar suara seorang perempuan yang sedang menghampiri Arianna sambil mendukung baby comel. Tak ada insurans betul mulut perempuan ni. Detik hati kecil Fariq.

“ Ada jugak orang makan dengan tiub karang,” balas Arianna sambil mengambil bayi comel itu yang sudah menghulurkan tangannya untuk disambut Arianna.

“ Gurau ajelah. Aku sayang kau. Tak nak sebut lagi benda ni, okay,” kata gadis itu.

Matanya memandang Fariq. Sepanjang dia berkawan dengan Arianna belum pernah dia kenal lelaki kacak ini. Memang tak dinafikan lelaki itu sememangnya kacak. Macam model pun ada. Untunglah siapa yang dapat mamat ni. Jangan cakap Rianna punya. Desis gadis itu di dalam hati.

“ Baby Zarra rindu mama, eh. I'm here, sayang,” kata Arianna lembut sambil memandang bayi comel itu dengan penuh sayang.

“ Babe, lelaki handsome ni siapa? Tak pernah tengok pun,” soal gadis itu memuji Fariq terang-terangan.

“ Oh, lupa pulak. Awak, ni kawan saya, Amani. Ni Rayyan, kawan baru aku,” Arianna memperkenalkan kedua-duanya. Masing-masing menganggukkan kepala.

“ Saya nak pergi surau, nak solat zohor. Then nak pergi kantin. Nak pesan apa-apa tak?” soal Fariq kepada Arianna.

“ Kejap. Mak cik, anak aku dah makan ke belum?” soal Arianna kepada Amani. Amani menggeleng. Dah agak dah. “ Awak tolong belikan bubur kosong boleh tak?” Arianna memandang Fariq yang sudah berada di pintu. Dia hanya mengangguk sebelum menghilangkan diri.

“ Eh, nenek. Macam mana kau boleh kenal mamat handsome tu, huh?” soal Amani apabila pasti Fariq sudah jauh.

“ Kau ni kan. Tak habis-habis nak bergosip. Tak adanya kenal-kenal bagai. Aku pun baru jumpa dia hari ni,” jawab Arianna jujur. Dari A sampai Z, dia ceritakan kepada Amani. Tak tinggal sedikit pun.

“ Untunglah kau. Boleh dapat suami handsome macam tu. Ada hikmah jugak la bakal isteri dia meninggal,” ujar Amani selamba.
       
“ Mulut tu aku sumbat baby Zarra ni baru kau tahu. Tak baik tahu tak. Mungkin aku tak kahwin pun dengan dia lepas dia tahu aku bukan penyebab bakal isteri dia kemalangan,” balas Arianna.

Dia tahu Fariq akan menarik balik lamarannya pagi tadi. Masakan lelaki itu sanggup berkahwin dengan perempuan yang langsung tak ada kena mengena dengan dia. Tambahan pula, gadis kesayangan dia baru sahaja meninggal dunia.

“ Yelah. Aku nak balik dah ni. Kau rehatlah. Nak aku bawak Zarra balik ke?” Amani membetulkan tudungnya.

“ Tak payahlah. Nanti aku suruh orang datang ambil dia. Tak puas lagi lah main dengan dia. Lagipun dia tak makan lagi,” Arianna menjeling sahabatnya itu. Macam manalah agaknya anak-anak Amani nanti kalau asyik terlupa sahaja nak bagi makan.

“ Okay,” balas Amani pendek.

“ Kau dah buat apa yang aku suruh tu?” tanya Arianna serius.

“ Dah. Polis dah tangkap lelaki tu. Sekarang ni dia tengah kena soal siasat. Kalau ada apa-apa hal, pihak polis akan call aku,” beritahu Amani.

“ Thanks, Amani. Akhirnya dia tertangkap jugak,” kata Arianna. “ Kalau ada apa-apa hal, kau bagitahu aku, ya,” pnta Arianna. Amani mengangguk.

“ Okaylah. Aku balik dulu, eh. Nanti bila-bila aku datang lagi. Ni beg Zarra aku letak kat kerusi,” kata Amani sebelum memeluk sahabatnya itu. Amani sudah keluar dari bilik wad Arianna. Tinggallah Arianna berdua dengan Zarra.

       
Dicium-ciumnya anak kecil itu. Sejak Zarra lahir, Arianna tidak pernah meninggalkan bayi itu lama-lama. Diagahnya bayi itu. Mengekek ketawa Zarra diusik begitu. Comel. Sedang bermain-main dengan Zarra, muncul Fariq di muka pintu. Tangannya memegang satu bungkusan. Bubur pesanan Arianna agaknya. Fariq menghulurkan bekas itu kepada Arianna. Arianna mengambilnya dan meletakkan bekas itu di atas almari kecil di sebelah katil. Dia membaringkan sedikit Zarra agar senang untuk menyuap bubur.

“ Awak, tolong tuangkan air suam kat dalam cawan tu, “ pinta Arianna. Fariq hanya mengikut tanpa merungut apa-apa. Mana pergi belangnya pun tak tahu. Tak sampai dua puluh empat jam pun, Arianna dapat melihat bermacam-macam watak dalam diri Fariq. Disebabkan kaki Arianna tak dapat digerakkan, dia perlukan bantuan untuk membantunya.

“ Siapa baby ni? Anak awak ke?” soal Fariq ingin tahu. Arianna yang sedang menyuap bubur ke mulut Zarra memandang Fariq sepintas.

“ A'ah. Anak saya, Zarra Adya,” jawab Arianna.

“ Awak dah kahwin?” soal Fariq lagi. Tergelak Ariana dibuatnya. Kalau den sudah kahwin, macam mana den boleh setuju nak kahwin dengan awak tadi, Encik Fariq Rayyan oi.

“ Belum. Ni anak saudara saya. Anak arwah abang saya,” beritahu Arianna. Dia meneruskan suapan. Berselera sekali Zarra makan. Lapar barangkali.

“ Owh, comel. Muka dia macam awak je,” kata Fariq ramah.

“ Orang tua-tua cakap budak-budak akan ikut muka pengasuh dia. Maybe sebab itulah kot. Tapi dah nama pun anak arwah abang saya, mungkin ada iras-iras la kot,” jawab Arianna.

“ Mana ibu dia? Satu lagi, kenapa awak namakan baby tadi dengan Syafa Akira?” akhirnya terkeluar juga benda yang berlegar di mindanya.

“ Entahlah. Dah agak dah awak nak tanya. Arwah bakal isteri awak yang namakan. Saya cuma sampaikan,” balas Arianna sambil tangannya sibuk menyuap Zarra.

“ Tadi awak cakap awak tak ingat pasal kejadian tu,” Fariq sudah melabuhkan punggungnya di kerusi di sebelah kanan Arianna.

“ Saya malas nak bercerita lebih. Saya takut kalau awak tahu, awak berdendam dengan Encik Murad pulak. Dia masih ada tanggungjawab,” jawab Arianna. Dia takut untuk bertentang mata dengan Fariq.

“ Habis, kau tak ada tanggungjawab? Ni baby Zarra siapa nak jaga?” tegas Fariq berkata-kata.

Geram kerana gadis itu sanggup menipunya. Dia bukannya kejam sangat. Sejak mengetahui hal sebenar sebentar tadi, segala kemarahan dan dendam telah hilang. Dia tidak sepatutnya terburu-buru menyalahkan sesiapa. Mungkin sudah tiba masanya Airis pergi meninggalkan mereka.

“ Baby Zarra ni ada mak dia lagi. Atuk and nenek pun dia ada. Saya yang salah sebab tak nampak ada motorsikal yang melintas,” jawab Arianna perlahan. Mereka diam seketika. Masing-masing melayan perasaan.

“ Saya ada pesanan untuk awak,” Arianna memandang Fariq yang ralit merenung Zarra.

“ What?” soal Fariq pendek tanpa memandang Arianna.

“ Saya sempat dengar arwah suruh saya cari Fariq and orang itu adalah awak kan? Dia cakap dia... dia sayang awak sangat-sangat,” akhirnya selesai sudah tanggungjawabnya kepada arwah Airis. Dia tidak perlu mencari lelaki itu kerana lelaki itu sendiri yang datang kepadanya.

“ She said that?” Fariq memandang Arianna dengan perasaan yang terkejut. Arianna mengangguk.

“ Dia tak cakap pun saya tahu dia sayang saya. Tapi kenapa dia pergi dulu?” lirih suara Fariq. Timbul rasa simpati terhadap Fariq.

“ Awak ni. Tak baiklah cakap macam tu. Dah takdir dia pergi hari tu. Awak kenalah redha,” Arianna cuba menenangkan Fariq. Sudahlah baru kenal, pandai-pandai pula dia nasihatkan lelaki itu. Masa arwah abangnya meninggal dulu pun makan masa berbulan juga dia bersedih.

“ Terlalu pantas benda ni jadi. Kami dah berjanji untuk membesarkan anak-anak kami. Nak melancong bersama,” rintih Fariq lagi. Entah kenapa dia berasa selesa menceritakan perasaannya kepada Arianna.

Akhirnya menitis juga air mata yang ditahannya sejak hari arwah Airis meninggal. Dia menangis? Whooaa! Arianna membiarkan sahaja Fariq menangis. Biarlah dia meluahkan segala yang terbuku supaya lega hati lelaki itu. Fariq menunduk sedikit. Malu kerana menangis di hadapan Arianna yang baru sahaja dikenalinya.

Zarra menolak apabila Arianna ingin menyuapkan bubur nasi. Mungkin sudah kenyang. Arianna meletakkan bekas bubur dan mencapai cawan yang berisi air suam dan disuapkan ke mulut Zarra. Kemudian, Arianna mendudukkan Zarra dan menggosok lembut belakang Zarra. Errrgggkkk! Zarra bersendawa. Arianna cuba menahan ketawa. Kelakar pula apabila Zarra sendawa kuat.

Fariq menyembunyikan senyumannya. Dia turut terkesan mendengar sendawa si kecil comel itu. Dia mengangkat mukanya setelah pasti air matanya sudah disapu. Zarra tersenyum comel memandangnya. Sebentar tadi sempat tangan comel Zarra mencapai rambut Fariq. Keletah si kecil juga yang menenangkannya.

“ Boleh saya dukung?” tangan Fariq sudah bersedia untuk mengambil Zarra. Zarra turut berbuat demikian. Arianna meyerahkan Zarra kepada Fariq. Dia membetulkan duduknya. Berbaring sedikit. Lenguh sangat. Bilalah agaknya kakinya itu akan sembuh. Mahunya makan masa berbulan. Kena selalu buat fisioterapi lagi. Malasnya.

“ Nasib baik awak pakai perfume favourite dia. Kalau tak memang dia takkan bagi awak pegang dia punyalah,” kata Arianna. Si comel ini memang agak memilih orangnya. Tak padan dengan kecil. Sesiapa yang ingin berkahwin dengan Arianna sudah diletakkan syarat iaitu Zarra mestilah suka akan lelaki itu. Fariq? Lulus? Tak boleh! Hati Arianna sudah mula gelisah.

“ Perfume saya? Boleh pulak macam tu. Kenapa cute sangat ni? Geramlah,” Fariq mencubit lembut pipi tembam milik Zarra.

       
“Assalamulaikum. Boleh kami masuk?” Terkejut Fariq dan Arianna dibuatnya. Siapakah gerangan pemberi salam itu. Arianna terjenguk sedikit. Fariq sudah macam cacing kepanasan. Tak senang duduk. Apa tidaknya. Mereka adalah ibu bapanya dan ibu bapa arwah Airis.

“ Waalaikumsalam. Masuklah," jemput Arianna. Dia menoleh ke arah Fariq.

“ Parent saya and arwah,” beritahu Fariq perlahan. Datuk Rasyid, Datin Katrina, Encik Halim dan Puan Sarimah sudah masuk dan berada di hujung katil Arianna. Fariq masih mendukung Zarra memandangkan Arianna kelihatan penat. Dia bangun dan bersalaman dengan keempat insan kesayangannya itu.

“ Papa, mama, ibu and babah buat apa kat sini?” soal Fariq.

“ Tak nak kenalkan orang yang bertanggungjawab dalam kemalangan Airis kat kami ke?” Datuk Rasyid sudah berang dengan anak lelakinya. Orang lain sibuk berkabung tapi dia di sini menggatal dengan perempuan lain.

“ Ni Arianna. Dia bukan penyebab kematian Airis,” Fariq cuba membela Arianna. Arianna hanya diam tidak berkutik. Dia tidak mahu bergaduh dengan empat orang penting Fariq.

“ Amboi, dia bela pulak perempuan ni. Habis tu siapa yang sebabkan Airis tinggalkan kita semua?” Datin Katrina bersuara. Geram pula apabila anaknya beria-ia membela Arianna. Encik Halim dan Puan Sarimah hanya diam. Mereka sangat bersedih dengan pemergian satu-satunya anak perempuan mereka.

“ Mama, Arianna bukan penyebab kematian Airis. Siapa penyebabnya? Papa, Mama, Babah, Ibu kena tanya Allah. Dia yang tentukan hidup, mati dan jodoh setiap manusia di muka bumi ini,” Fariq menyerahkan Zarra kepada Arianna yang sudah duduk bersandar kembali. Tertidur rupanya. Berhati-hati Arianna memangku Zarra dengan kedua tangannya. Dia tak boleh meriba bayi itu. Memang lenguhlah nanti.

“ Jomlah kita balik. Betul juga cakap Fariq tu. Tak ada gunanya kita salahkan budak perempuan ni. Dah takdir Airis pergi dulu,” kata Puan Sarimah. Dia sudah redha sebaik mendengar kata-kata Fariq sebentar tadi. Betapa jahilnya mereka bertanya akan penyebab kematian Airis. Macam orang tidak mempunyai ilmu agama.

“ Tapi...,” Datin Katrina memandang Puan Sarimah.

“ Betul tu, Ina, Syid. Mungkin sudah takdir anak kami pergi dulu. Cukuplah. Saya malas nak membesarkan perkara ni,” ujar Encik Halim senada. Dia sudah penat.

“ Apa yang babah and ibu cakap tu betul, mama, papa. Riq juga bersalah sebab tuduh Arianna. Riq datang sini sebab Riq nak balas dendam. Tapi Riq tak sangka Arianna bukanlah penyebabnya. Riq redha. Kuasa Allah lebih hebat,” ujar Fariq sayu. Mereka yang berada di situ agak terkejut dengan kata-kata Fariq. Mereka tidak menyangka Fariq akan turut berdendam terhadap Arianna.

Encik Halim dan Puan Sarimah meminta diri untuk pulang dahulu. Fariq merapati mama dan papanya. Dia memandang orang kesayangannya. “ Riq minta maaf sebab buat keputusan melulu. Riq dah melamar Arianna di depan orang tua dia. Riq cuma tahu nak balas dendam saja tapi lepas tahu kebenaran, Riq tak tahu nak buat apa,” luah Fariq perlahan. Namun Arianna masih mendengarnya. Dia menanti keputusan seterusnya daripada Fariq dan ibu bapanya.

“ Apa yang Fariq dah buat ni. Airis baru saja meninggal, kamu dah nak berkahwin dengan orang lain pula,” ujar Datin Katrina sayu.

Sungguh dia tidak faham sikap anaknya sekarang. Sudahlah dilamarnya perempuan itu di hadapan ibu bapanya. Takkan mahu membatalkan pula. Haru betul. Datin Katrina memandang suaminya. Mungkin suaminya ada jalan keluar. Nasib baik ibu bapa arwah Airis sudah pulang. Kalau tidak memang nahas. Mereka akan menganggap Fariq tidak serius akan hubungannya dengan arwah Airis.

“ Kamu setuju Arianna?” Datuk Rasyid merenung ke arah Arianna. Arianna memandang insan-insan yang tiba-tiba muncul di dalam hidupnya dalam masa sehari.

“ Hmmm, tadi saya dah bersetuju,” jawab Arianna perlahan. Dia membetulkan duduknya.

 “ Macam ni lah. Papa nak Fariq balik dan fikir semula keputusan Fariq untuk kahwin dengan Arianna. Papa tak mahu kamu menyesal pulak. Airis baru sahaja pergi. Tak adil untuk Arianna. Arianna pun cuba berbincang semula dengan ibu bapa kamu,” ujar Datuk Rasyid. Ini yang terbaik buat masa sekarang. Dia tidak mahu anak tunggalnya itu tersilap langkah. Kalau tersungkur, sakit rasanya.

“ Mama and papa balik dulu. Biarlah mereka berdua berbincang, bang. Kita tak payah masuk campur. Kami ikut aje apa pun keputusan kamu,” kata Datin Katrina. Datuk Rasyid mengangguk. Bersetuju dengan cadangan isterinya.

“ Bincang elok-elok. Baby ni anak kamu ke, Arianna?” tanya Datuk Rasyid ingin tahu.

“ Hah? Anak saudara saya,” jawab Arianna. Dia agak takut juga walaupun Datuk Rasyid dan Datin Katrina sudah tidak marah-marah.

“ Owh, comel. Kami balik dulu. Fariq, papa tunggu kat rumah,” kata Datuk Rasyid. Sempat lagi dia memuji kecomelan Zarra.


Fariq masih diam sambil memandang ke luar jendela hospital. Sudah sejam sejak Datuk Rasyid dan Datin Katrina pulang, Fariq dan Arianna diam. Tidak langsung membincangkan hal perkahwinan yang tergesa-gesa itu. Zarra sudah terjaga dari tidurnya. Arianna pantas mencapai beg dan mengambil botol susu lalu disuakan ke mulut Zarra. Diusap rambut Zarra.

“ Encik Rayyan,” panggil Arianna. Fariq berpaling ke arah suara lembut yang memanggilnya itu. Dilihatnya Arianna sedang menyusukan Zarra. Comel sungguh baby itu. Tembam. Fariq mengangkat keningnya. “ Tolong panggilkan nurse kat luar tu boleh tak? Saya nak pergi toilet,” pinta Arianna. Tanpa kata, Fariq berlalu keluar dan menuju ke kaunter yang tidak jauh dari bilik Arianna. Fariq kembali dengan seorang jururawat perempuan.

“ Cik nak pergi toilet?” soal jururawat itu sopan. Arianna mengangguk. Dia menyerahkan Zarra kepada Fariq. Fariq menyambut Zarra dan berlalu ke sofa yang terletak di dalam bilik itu. Dia membaringkan sedikit Zarra dan menyambung susukan baby comel itu. Arianna sudah berlalu ke tandas bersama jururawat muda itu. Agak susah juga Arianna ingin bangun untuk duduk di kerusi roda itu namun digagahkan juga.


       

1 comment: