Wednesday 11 September 2013

cerpen : Baby's Breat with Roses Love 1


Bak kata filem Hindustan, Mohabbatien. Some love stories…live forever. Jadi, bagaimanakah pada kisah cinta yang separuh lagi? Kucar kacirkah kisah cinta mereka? Atau mereka hanya merasai percintaan buat sebentar cuma? Sudah kurangkah lelaki yang romantik atau perempuan yang tidak tahu menghargai?

Namun, masih wujud insan yang mementingkan percintaan dunia akhirat. Airisy Danielle, seorang gadis yang memiliki perwatakan tenang, open-minded dan nature lover. Tetapi, masih mencari cintanya.

“ Akak, bungkuskan Risy…blue prim rose and pink rose,” pemilik kedai bunga itu tersenyum dan terus mendapatkan pesanan dari pelanggan tetapnya.

“ Hari ni tak nak…daisy?” Airisy tersenyum nipis. Matanya meliar melihat bunga-bungaan segar yang lain. Gaya dah macam vampire yang tengah memburu mangsanya.

“ No daisy for today, kak. Bos Risy tak sukalah pulak bunga tu hari ni,” keluh Airisy.

“ Biasalah tu, Risy. Bos Risy tu mengada-ngada sebenarnya. Lain kali…Risy beli aje bunga kemboja. Letak dekat sekeliling bilik dia tu. Baru ketahuan,” kata Azie, pemilik kedai bunga itu.

“ Amboi…ganas kak Azie ni. Lepas tu, Risy terpaksa kerja kat sinilah pulak kan,” Airisy menghampiri kaunter kedai setelah puas melihat pelbagai jenis bunga-bungaan.

“ Disebabkan bos Risy tukar jenis bunga untuk office dia hari ni, akak tak nak bagi diskaun. So, Risy claim harga mahal sikitlah dari bos kesayangan Risy tu,” Azie menjongketkan keningnya. Airisy mengecilkan matanya.

“ That’s good. Tapikan, kak. Sejak bila pulak Risy kena bayar harga bunga yang Risy ambil dekat kedai akak ni. Lagipun…bos Risy tu kan…your husband, akak,” Uhuh! Azie tersengih macam kerang busuk di situ.

“ Eheh, terlupa pulak akak ye. Biasalah…umur pun dah meningkat,” Airisy ketawa perlahan. Ada saja modal Azie untuk membuatnya ketawa awal pagi macam ini.

“ So, this money…for my lovely prim rose ya. And, bos ada perempuan lain eh. Sebab tu tetiba dia nak order pink rose ni,” Terbeliak mata Azie dibuatnya. Airisy menayangkan sebaris giginya putih itu. Memang cari nahas!

“ Entahlah, Risy. Akak pun tak tahu,” Airisy menepuk tangan Azie perlahan.

“ Cinta tak pernah menipu, kak. Tapi, manusia yang selalu menipu dalam cinta. Selagi akak yakin dengan bos, pegang janji dia masa dia pegang tangan tok kadi untuk jadikan akak yang sah untuk dia. You can do it!!!” Sempat lagi Airisy memberikan sokongan kepada Azie yang sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.

“ Insya Allah. Akak pegang kata-kata Risy. Risy pun doakanlah kebahagiaan kami,” Azie memegang tangan Airisy erat.

“ Amin. Dah lewat ni. Nanti mengamuk pulak…pink rose dia tak sampai-sampai lagi,” kata Airisy. Azie mengangguk.

“ Pergilah. Kirim salam sayang akak dekat bos Risy tu,” pesan Azie.

“ Baik, kakakku sayang. Opppsss, lupa pulak. Risy nak minta tolong akak temankan Risy malam lusa boleh? Ada dinner apa entah. Risy kekoklah nak pergi sorang. Nanti Risy minta izin dengan bos. Boleh, kak?” Airisy memandang Azie dengan penuh pengharapan.

“ Iyalah, adikku yang comel. Kalau bos awak tu izinkan, akak temankan ya,” balas Azie. Dia tidak perlu memberikan alasan. Baginya, menemani Airisy ke makan malam rasmi adalah satu tugasnya untuknya.

Sejak pertama kali Azie masuk ke dalam hidup Airisy lagi. Dia nekad untuk membantu gadis itu walaupun dia dalam kesusahan pun ketika itu. Azie tidak akan membiarkan Airisy sendirian di bumi Malaysia ini. Dia benua mana sekali pun. Itu janjinya pada kedua ibu bapa Airisy.


“ Morning, bos,” sapa Airisy. Dia memasukkan pink rose ke dalam pasu yang berkaca putih dan mengemaskan susunannya. Kemudian, dia meletakkan pasu itu di atas meja bosnya.

“ Morning. Baru best dapat pink rose. Segar mata memandang…segar juga hidung yang menghidu,” balas bos Airisy.

“ Ceh, tak payah nak segar bagai. Kak Azie kirim salam sayang dekat bos,” Airisy dengan selambanya duduk di sofa empuk di bilik bosnya. Tangannya sibuk menaip sesuatu di telefon bimbitnya.

“ Sayang juga kak Azie kesayangan Risy tu dekat abang ni,” kata bos Airisy. Dia bersandar di kerusinya.

“ Siapa aje yang tak sayang suami? Cuba cakap dekat Risy. Abang jangan main-mainkan kak Azie tau. Risy hentak abang dengan pasu pink rose tu kalau abang ada niat nak curang pun,” Airisy memandang bosnya dengan pandangan ala singa kelaparan.

“ Ini Harislah. Haris tidak akan berpaling apabila sudah jatuh cinta,” madah Haris. Airisy menjeling Haris. Meluat pula mendengar madah yang tak berapa nak romantik itu.

“ Whatever. Hmmm…Risy nak minta izin abang. Risy nak bawa kak Azie pergi dinner rasmi tu nanti boleh? Kekoklah nak pergi sorang. Risy tak kenal sesiapa pun. Abang nak ikut sekali pun boleh. Lagi best,” tutur Airisy tenang. Haris merenung Airisy seketika dan kemudiannya tersenyum.

“ Boleh aje, sayang oi. Awak nakkan kapal terbang gergasi pun, abang akan dapatkan. Anything…for you,” Airisy berpura-pura terkejut.

“ Thank a lot, abang,” Haris mengangguk. Dia bangun dari kerusinya dan menghadap bangunan pencakar langit di belakangnya melalui tingkap kaca pejabatnya dengan tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Tampak segak Haris yang sememangnya kacak itu.

“ Nanti kita jemput kak Azie…after office hour. Kita pergi cari baju yang sesuai. You can’t simply wear baju kurung…when the dinner must be the grand one,” Airisy bangun menghampiri Haris di jendela.

“ I’m proud what…wearing baju kurung pergi dinner,” tukas Airisy. Haris menjeling ke sebelahnya.

“ Dinner kali ni lain tau. Airisy salah seorang dari VIP penting masa dinner tu nanti. Abang tak nak orang pandang rendah dengan penampilan Airisy. You must make people tak berkelip tengok you,” balas Haris.

“ Wow. Kalau macam tu, Risy kena tempah baju dekat Riezman Ruzainilah. Tak pun, Hatta Dolmat. Nak jugaklah merasa pakai Jimmy Choo,” Membulat mata Haris dibuatnya. Namun, hanya sebentar. Dia mengusap kepalanya Airisy yang dilitupi dengan selendang bercorak abstrak itu.

“ Kalau macam tu, kena tunggu Risy kahwin dululah. Baru abang siapkan yang grand-grand untuk Risy. Risy minta pereka Itali pun abang sanggup terbangkan ke sini,” Airisy menampar bahu Haris kuat. Mengaduh sakit Haris di situ.

“ Jauhnya menyimpang. Lambat lagilah. Tapi, kalau abang nak sponsor pun apa salahnya,” Haris ketawa kuat. Airisy hanya tersenyum. Mindanya mula memikirkan kedua ibu bapanya. Rasanya sudah dia tidak berhubung dengan mereka.

“ Tak jadi kerjalah layan Risy ni. Pergi kacau orang lain pulak. Mak Cik Dewi dah rindu nak sakat Risy tu. Pergilah main dengan dia,” Airisy mengetap bibirnya geramnya. Mak Cik Dewi adalah tukang cuci di bangunan ini. Selalu juga Airisy berbual dengan perempuan yang sudah menjangkau usia 40-an itu.

“ Yelah…yelah. Orang tak kacau dia dah. Jangan lupa call kak Azie pulak. Nanti risau pulak buah hati abang tu,” Airisy berlalu ke sofa untuk mengambil beg sandangnya.

“ Iyalah,” Haris duduk kembali di kerusinya sambil mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Airisy berhenti seketika di pintu.

“ Abang,” Haris memandang Airisy di pintu biliknya. “ Kalaulah abang tak kahwin lagi dengan kak Azie, abang terima Risy tak jadi wife abang?” Tercengang Haris soalan yang baru keluar dari mulut gadis berusia 25 tahun itu.. Matanya tak berkelip memandang Airisy.

“ Apa Risy merepek ni?” marah Haris dengan nada yang ditahannya.

“ You’re very caring person that I’ve never met before. But, don’t worry. Airisy tidak dilahirkan untuk jadi perampas hak milik orang,” Airisy tersenyum hambar. Haris masih ragu-ragu dengan bicara Airisy.

“ Can you make me understand what are you trying to say, Airisy Danielle,” tegas Haris. Aura kepimpinannya terserlah.

“ I love you, abang,” Airisy menunduk seketika. Haris bangun dari kerusinya.

“ Airisy,” Airisy mengangkat wajahnya.

“ I love you as my guardian, Encik Haris Asyraf. You always show me the cool you. Just for me…your little buddy. I want a guy who resembles you…to guide me…to comfort me,” Haris mengeluh perlahan.

Tanpa mereka sedari, Azie sedang berselindung di sebalik pintu bilik yang tertutup itu. Dia tidak dapat menahan tangisnya. Betapa Airisy sangat memerlukan insan yang mampu menenangkan ketika dia bersusah hati. Yang mampu memberikan perlindungan untuknya di kala dia kesusahan.

“ I’m always open my heart for you, my little buddy. Anytime…you just come and hug me, darling,” kata Haris telus. Dia benar-benar maksudkan apa yang dikatakannya. Airisy menyapu air mata di tubir matanya.

“ Thank you, my big brother. You’re the best guardian that I have…besides my families,” balas Airisy sambil tersenyum.

“ I know. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Dah…pergi cari your soul balik,” Airisy tersengih manja.

Baru usik sikit dah takut, getus Airisy. Dia sangat peka dengan batasnya dengan Haris. Mereka saudara susuan. Mana boleh kahwin. Lagipun, Airisy sudah menganggap Haris seperti abang kandungnya sendiri.

Airisy menghampiri Haris di meja. Dia menunduk sedikit. Haris mengerutkan dahinya.

“ Kak Azie ada kat depan pintu tu,” bisik Airisy kepada Haris.

“ Eh…kenapa pulak dia nak datang sini? Abang tak call lagi pun,” Pelik! Airisy mengetuk kepala Haris yang tiba-tiba blur itu.

“ Dia saja nak dengar Risy confess dekat abanglah tu. Tak adalah. Risy tertinggal sweater kat kedai. So, kak Azie SMS kat Risy nak datang sini,” jelas Airisy perlahan. Haris mengusap dadanya yang sudah berdebar.

“ Patutlah Risy confess benda entah apa-apa aje. Kenapa tak masuk lagi wife kesayangan abang tu? Takkan dah kaku dekat belakang pintu tu kot,” Haris mengambil fail di hujung mejanya. Masih ada kerja yang perlu diselesaikannya.

“ Relaxlah. Kejap lagi masuklah tu. Risy keluar dululah. Tiba-tiba terasa nak makan nasi lemak kat bawah tu pulak.”

 Airisy berjalan perlahan menuju ke pintu. Sengaja ingin membiarkan Azie membuka dahulu pintu bilik Haris. Seperti jangkaannya, Azie muncul dengan senyuman manis ketika membuka pintu bilik itu. Airisy membalas senyuman yang baginya ikhlas itu.

“ Masuk, kak. Risy nak turun bawah. Selamat berdating ya, abang dan kakak kesayanganku,” Airisy menutup pintu bilik Haris dan terus menuju ke lif untuk ke tingkat bawah.

“ Assalamualaikum, abang,” sapa Azie lembut. Haris mengangkat wajahnya.

“ Waalaikumsalam. Awak tutup kedai ke?” Azie menggeleng. Dia duduk di kerusi yang disediakan. Berhadapan dengan suaminya. Bukan selalu dia dapat bertandang di pejabat suaminya itu.

“ Ada Lily yang tolong tengokkan. Lagipun, saya tak senang hati pulak kalau tak hantar sweater kesayangan Risy tu. Tak senang duduk dibuatnya kalau tak ada sweater tu dengan dia,” balas Azie panjang. Haris kembali menatap fail ditangannya.

“ So, you dengar apa yang Risy cakap tadi? Pasal…she love me,” Azie mengangguk.

“ Bilalah Mr. Right dia tu nak muncul agaknya? Kalau tak, asyik aje dok mengadap cerita Mohabbatien tu. Dah macam orang sasau. Nak-nak pulak kalau sampai scene Karan-Kiran dia tu,” Haris tergelak.

“ Awak ni. Tak baik tau. Dah itu minat dia, nak buat macam mana. Abang suruh dia buat kerja kat dalam office ni, dia tak nak. Rimas katanya.”

“ Your little buddy kan. Macam abang dululah. Puas papa pujuk baru nak take over company ni. Kalau tak, papa lagilah yang duduk dekat kerusi empuk abang tu.” Kan dah kena sebijik dengan isteri sendiri. Nasib baik orang tersayang. Kalau tak, dah lama disumbatnya cili padi ke dalam mulut puaka yang mengutuknya itu.

“ Alah, itu time protes abang. Sekarang ni abang dah ada Nur Azisya Farhani. Dan…mungkin nanti muncul junior-junior abang. Tak bolehlah nak main-main lagi,” Azie tersenyum bangga. Pandai suaminya berkata-kata.

“ Hmmm…apa-apalah abang. Petang nanti abang pick me up or…saya balik sendiri?” soal Azie. Dia membelek pink rose di dalam pasu. Pandai Airisy menyusun kedudukan bunga-bunga itu.

“ Abang ambil. Kita shopping untuk dinner Airisy nanti. Abang nak Risy jadi puteri malam tu nanti. Awak tolong abang ya,” Haris meletakkan tangannya di atas tangan Azie.

“ Itu abang jangan risau. Manalah tahu kot-kot tersangkut si Airisy tu dengan anak orang ternama yang datang dinner tu nanti. Baru ada class, abang,” seloroh Azie.

“ Pandailah isteri abang ni,” Mereka sama-sama ketawa. Tidak sabar rasanya untuk ke majlis makan malam itu.

Seperti yang dijanjikan oleh Haris, Airisy dibawa ke butik yang terkenal di sekitar Kuala Lumpur. Hanya orang yang ternama selalu bertandang ke butik itu untuk menempah dress atau baju perkahwinan. Memandangkan mereka cuma ada sedikit masa sahaja sebelum majlis makan malam itu, Airisy hanya membeli baju yang sudah siap dijahit.

Airisy lebih senang memilih gaun labuh yang menutup aurat. Perinciannya juga tidak berat. Biarlah simple tetapi menarik. Setelah selesai memilih pakaian yang sesuai, mereka turut mengambil peluang ini untuk membeli belah barangan lain. Setelah puas, mereka bertiga pulang ke rumah.



“ Hari ni pun nak ikut abang pergi office, Risy?” soal Puan Sri Nisa. Airisy mengunyah bihun di dalam mulutnya perlahan.

“ Tak tahu lagi, ma. Kenapa?”

“ Mama ingat nak ajak Risy pergi spa. Dah lama mama tak jumpa kawan mama. Mama nak pergi seorang, macam tak best pulak,” jelas Puan Sri Nisa. Dia menuangkan air ke dalam cawan dan diberikan kepada Airisy.

“ Erm…boleh jugak tu, ma. Risy pun rasa macam nak diurut aje ni,” setuju Airisy. Penganggur sepertinya mana hendak kisah kalau keluar seharian. Barulah enjoy macam itu baginya.

“ Morning, ma,” serentak Haris dan Azie menyapa Puan Sri Nisa.

“ Morning, sayang-sayang mama,” jawab Puan Sri Nisa. Haris dan Azie mengambil tempat duduk mereka di meja makan. Airisy masih kusyuk dengan bihun gorengnya.

“ Tak nak ikut abang pergi office ke?” soal Haris sambil menyuakan pinggannya untuk diisi bihun goreng kepada isterinya. Azie mula menjalankan peranannya sebagai isteri di meja makan.

“ Tak. Risy ikut mama pergi spa,” jawab Airisy malas.

“ Biarlah hari ni Risy ikut mama pulak. Naik bosan dia mengikut kamu pergi office tu. Lagipun, papa tak ada kat rumah hari ni. Lepas balik dari jogging nanti, terus papa nak pergi jumpa kawan-kawan lama dia dekat kelab golf yang biasa papa pergi tu,” ujar Puan Sri Nisa.

“ Ris okay aje kalau Risy nak ikut mama. Nanti mama tahan ajelah telinga dengar dia berangan dekat spa tu,” kata Haris sebelum menyuapkan bihun ke mulutnya. Airisy hanya memekakkan telinganya.

“ Ha’ah, ma. Habis semua orang dekat dalam spa tu dikacaunya nanti,” tambah Azie.

“ Ala…orang kacau aje pun. Bukannya buat benda tak elok. Kan, ma,” Airisy melentokkan kepalanya dibahu Puan Sri Nisa seketika.

“ Iya, sayang. Mama tak pernah halang apa yang anak-anak mama nak buat. Janji tak menyusahkan hidup orang lain sudah,” balas Puan Sri Nisa sambil mengusap kepala Airisy.

Haris dan Azie mencebik. Faham sangat sikap manja Airisy jika bersama dengan Tan Sri Khalid dan Puan Sri Nisa. Tetapi Airisy lebih manja dengan Tan Sri Khalid kerana Tan Sri Khalid sangat sukakan anak perempuan.



Akhirnya malam yang ditakuti Airisy tiba jua. Puan Sri Nisa menghampiri Airisy di kerusi batu di luar rumah. Airisy sangat cantik dengan dress muslimah bercorak simple. Airisy memilih sea green dan light pink sebagai warna temanya malam itu. Selendang dililit kemas di kepalanya. Dia tampak anggun sekali.

“ Mummy beritahu mama…dia orang akan umumkan perasmian rumah anak-anak yatim tu di akhir majlis. So, you just be prepare. Tak ada orang yang kenal Airisy. Abang dengan kak Azie ada. Jangan risau ya,” Puan Sri Nisa cuba menenangkan Airisy yang sudah tidak keruan itu.

“ Insya Allah, ma. Risy harap sangat nanti Risy tak pengsan masa perasmian tu. Risy bukannya biasa sangat dengan dunia korporat tu semua. Kenapa mummy and daddy tak balik aje sini rasmikan apa yang patut? Risy juga yang jadi mangsanya. Tak pun, biar abang ajelah yang buat,” Airisy memandang Puan Sri Nisa.

“ Apalah anak dara mama ni. Cool okay. Risy dah pernah berhadapan dengan lebih beribu orang pun masa dekat Brooklyn Museum Art, New York tahun lepas. Boleh je,” Airisy mengeluh perlahan. Lambat pula Haris dan Azie bersiap. Mengalahkan menteri.

“ Itu depan entah siapa aje. Tapi malam ni, Risy kena berdepan dengan corporate life yang Risy tak suka. Risy tak suka expose dekat depan kawan-kawan mummy and daddy. Mama tahu kan,” Puan Sri Nisa memeluk bahu Airisy.

“ Hey, my girl. Mummy and daddy nak Risy tahu dunia korporat bukanlah satu beban untuk Risy. Mereka nak satu-satunya anak perempuan kebanggaan mereka ni bangga dengan pencapaian mereka. They need you to support them. Your brother can’t take over all the business. So, you’re the best choice they have. If your brother is here, then you don’t need to face all of this. Mama yakin dengan Airisy Danielle yang ada dekat sebelah mama ni. I’m proud of you…”

“ We proud of you,” potong Haris. Azie tersenyum penuh makna disebelah suaminya. Airisy terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya oleh keluarga ini.


“ I will do it. For mummy and daddy…for abang Ammar too. And…yang penting untuk insan-insan kesayangan Risy dekat sini,” Airisy memeluk Puan Sri Nisa erat. Dia cuba mencari kekuatan.


p/s : maaf kalau ada ayat BI yang berterabur...tengah belajar nak speaking...tapi xsure betul atau tak.

No comments:

Post a Comment