Saturday 31 May 2014

Cerpen : Si Amor Me Si Amor 2



Bik Hus dan Mak Cik Fauziah rancak berbual di dapur sambil memasak. Puas Darwisya memujuk ibu tiri Rifqi agar bermalam di sini sahaja. Nasib baiklah Mak Cik Fauziah bersetuju. Kalau tidak, pasti Darwisya tidak senang duduk. Rifqi pula sehingga ke malam tidak menunjukkan muka.
Pelik juga Darwisya. Selalunya, Rifqi akan pulang. Jarang lelaki itu bermalam di luar melainkan dia outstation. Ingin menelefon, Darwisya tiada nombor telefon lelaki itu. Malah, Bik Hus ada juga menghubungi Rifqi. Namun, panggilan itu tidak berjawab.
Darwisya yang menemani Athirah di ruang tamu kedua mencapai telefon bimbitnya di meja kopi. Dia mendail nombor telefon Datuk Adnan. Mungkin papanya tahu sesuatu.
Hello, pa. Papa busy ke?”
“Tak adalah. Papa ada kat rumah ni. Kenapa Awisy call papa?”
“Emmm, macam ni, papa. Dari semalam lagi, Rifqi tak balik. Papa tahu tak dia pergi mana? I mean, ada kerja luar ke?”
Sekarang ini, Rifqi memang sibuk dengan urusan kerjasama dengan syarikat Datuk Adnan. Jadi, Darwisya sekadar mencuba nasib. Mungkin, Datuk Adnan ada menghantar Rifqi kerja di luar kawasan.
“Eh, tak ada pulak papa hantar dia pergi urusan luar. Awisy dah call dia?” tanya Datuk Adnan.
“Bik Hus dah call banyak kali. Tapi, tak dijawab. Awisy ingat papa tahu,” Darwisya mula tidak sedap hati.
“Tak apa. Nanti papa call Awisy balik. Biar papa minta tolong pembantu papa. Awisy jangan risau sangat. Jangan bagitahu sesiapa dulu pasal ni,” Lega sedikit hati Darwisya dengan ujaran papanya.
“Baiklah, pa. Terima kasih, papa. Sampaikan salam Awisy pada mama,” Talian dimatikan.
Darwisya mengeluh kecil. Tidak sangka, dia akan risaukan Rifqi. Suami yang baginya hanya sekadar di atas kertas. Tambahan pula, lelaki itu tidak pernah melayannya dengan baik. Balik sahaja dari kerja, ada sahaja benda yang hendak diherdiknya.
Rumah bersepahlah. Tak masaklah. Macamlah Darwisya tak tahu. Semua itu sekadar mahu menyakiti hatinya sahaja. Jika Darwisya tidak tahan, pasti dia akan meminta cerai. Mudahlah kerja Rifqi ingin berhadapan dengan Datuk Adnan. Walaupun Datuk Adnan banyak membantunya dalam perniagaan, dia tidak akan menyerah sewenang-wenangnya.
Telefon rumah yang berdering mengganggu lamunannya. Pandangan Athirah turut menghala ke arah almari sederhana tinggi yang terletaknya telefon. Darwisya melangkah laju. Takut pula, orang yang menelefon menunggu lama.
Hello, assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Puan Amni?”
“Saya bercakap. Ada apa, encik?”
Athirah tersentak tatkala melihat tubuh langsing kakak iparnya sudah terbaring di sisi almari. Dia berlari memangku kepala Darwisya sambil menjerit memanggil Mak Cik Fauziah. Tangan kecil menepuk-nepuk lembut pipi mulus Darwisya.
*****
Darwisya terduduk di tepi tebing yang curam, ditambah pula dengan kegelapan malam. Suasana agak bising ketika ini. Air mata yang mengalir tiada tanda-tanda akan berhenti. Hatinya walang. Terasa kosong jiwanya saat menerima berita mengenai Rifqi.
“Saya harap puan bertenang. Kami temui kereta suami puan di bawah gaung. Kami percaya kereta terbabas dan terjatuh ke dalam gaung…”
Mak Cik Fauziah mengusap belakang menantunya. Dia sendiri sudah tersedu sedan. Niat ingin bertemu dengan Rifqi tidak kesampaian. Berita yang diterimanya terlalu sukar untuk dimamah. Kebenaran yang harus diberitahu kepada anak tirinya kini terkubur.
“Sabar, Amni. Banyakkan beristighfar,” Mak Cik Fauziah menenangkan Darwisya yang tenggelam dalam tangisannya.
“Mak, bukan ni yang Amni nak,” rintih Darwisya sambil tersedu.
“Iya, nak. Semua orang tak nak benda ni jadi. Kita kena redha,” Athirah di sisi Mak Cik Fauziah turut menangis.
Datin Emma menerpa ke arah anak perempuannya. Dipeluk Darwisya erat. Datuk Adnan pula menghampiri seorang polis yang berdiri tidak jauh dari tebing. Dia perlukan penjelasan lanjut dari pihak yang terlibat. Bukan main terkejut lagi tatkala menerima panggilan daripada pembantunya sebentar tadi.
*****
“Minum air ni, Awisy,” Datin Emma menghulurkan sebotol air mineral kepada Darwisya.
Wajah Darwisya lesu dan lemah. Berita sahih tentang Rifqi dan Yusra masih belum diketahui mereka.
“Dah lama akak sampai sini?” Dalam keadaan lesu, Darwisya masih mampu memperkenalkan Mak Cik Fauziah kepada kedua ibu bapanya.
“Tengah hari semalam. Niat akak naklah bertemu dengan Rifqi. Tapi…”
Mak Cik Fauziah menyapu air mata yang jatuh ke pipi. Walaupun dulu dia bencikan Rifqi, namun kini, kasih sayangnya pada Rifqi sama seperti kasihnya kepada Athirah. Kemalangan yang berlaku kepada Rifqi memberikan kesan hebat kepadanya.
“Kita banyaklah bersabar, kak. Insha Allah, Rifqi tak apa-apa. Kita sama-sama doakan kesejahteraan mereka,” Datin Emma berkata tenang.
Jauh di sudut hatinya memang tidak menyukai Rifqi. Tetapi, Rifqi masih menantunya yang sah. Suami kepada anak perempuan kesayangannya. Darwisya sendiri mampu menerima kehadiran Rifqi, apatah lagi dia.
“Awisy, papa nak Awisy tenang. Polis dah cuba sebaik mungkin, tapi mayat Rifqi dan kekasih dia masih tak dapat dijumpai. Hari pun dah jauh malam. Esok pagi, pencarian akan diteruskan lagi. Awisy dan lain-lain bolehlah balik dulu. Kita tunggu berita dari pihak polis,” Sedaya mungkin dia menyampaikan berita itu kepada Darwisya dan Mak Cik Fauziah.
Mak Cik Fauziah tertunduk. Berat sungguh berita itu untuknya.
“Awisy nak tunggu sini,” kata Darwisya sayu.
Datuk Adnan dan Datin Emma saling berpandangan. Sakit hati mereka melihat keadaan satu-satunya anak perempuan mereka ketika ini. Wajah itu sangat pucat, tidak bermaya. Timbul kepelikan di hati mereka. Setahu mereka, Darwisya dan Rifqi bukanlah pasangan yang bahagia.
Kenapa Darwisya terlalu emosi tentang berita buruk ini? Atau, ianya semata-mata kerana Rifqi adalah suaminya. Jadi, perasaan itu hadir secara automatik. Tuan punya badan sendiri sangsi akan kesedihannya. Darwisya sendiri tidak mengerti mengapa dia perlu bersedih begini.
*****
Setelah sebulan proses pencarian Rifqi dan Yusra, polis menyatakan jasad keduanya ‘missing in action’; MIA. Lokasi pencarian yang luas juga tidak membawa mereka kepada penemuan mangsa-mangsa yang hilang. Macam-macam spekulasi yang hadir dek kemalangan itu.
Tiada siapa yang mengetahui di manakah Rifqi dan Yusra. Hanya kereta Naza Italia sahaja yang ditinggalkan. Datuk Adnan sendiri mengerahkan orang-orangnya untuk mencari, namun keputusannya masih sama. Tidak jumpa!
“Amni, mak ingat mak nak balik kampung,” Darwisya memandang Mak Cik Fauziah yang duduk bersimpuh di tepi kolam renang di sayap kiri banglo milik Rifqi.
“Mak dah putus asa?”
“Mak tak pernah putus asa, Amni. Mak masih berharap Rifqi kembali. Cuma, mak tak mahu menyusahkan Amni. Lagipun, dah lama mak tinggalkan kampung,” jelas Mak Cik Fauziah.
“Tapi, Amni nak mak ada dengan Amni kat sini. Sekurang-kurangnya, mak dengan Athirah ada temankan Amni. Amni tak sanggup nak tinggalkan rumah ni,” tutur Darwisya penuh pengharapan.
Dia nekad untuk menanti kepulangan Rifqi walauapapun yang berlaku. Sama ada, kepulangan itu adalah jasad yang masih dengan rohnya. Atau, sebaliknya. Sudah acap kali, Datuk Adnan dan Datin Emma memintanya agar pulang ke rumah mereka. Namun, dia menolak baik. Selagi Rifqi masih belum ditemui, dia tetap akan berada di banglo ini.
“Dah seminggu Athirah tak pergi sekolah. Tadi, cikgu sekolah dia ada telefon mak. Mak dah janji minggu depan Athirah dah boleh masuk sekolah balik,” Darwisya melepaskan keluhan kecil.
Jika Mak Cik Fauziah dan Athirah pulang ke kampung, keseoranganlah dia di sini. Bik Hus hanya akan datang pada hujung minggu sahaja. Otaknya diperah memikirkan jalan keluar. Pasti ada jalan agar Mak Cik Fauziah dan Athirah terus menetap di sini. Paling tidak pun, sehingga Rifqi ditemui.
“Apa kata Amni tukarkan sekolah Athirah? Kebetulan, kat hujung taman sana ada sekolah rendah. Senanglah Athirah nak ke sekolah. Ada bas yang akan ambil. Tak pun, Amni sendiri yang pergi hantar,” Bersungguh-sungguh Darwisya memujuk ibu mertuanya.
“Mak, orang nak duduk sinilah. Rumah abang best. Ada kolam, boleh main. Orang nak tunggu abang,” sampuk Athirah sambil mengelap badannya dengan tuala.
Darwisya menghampiri Athirah. Dia membantu Athirah mengelap tubuh kecilnya basah dek berenang di kolam renang. Mak Cik Fauziah tak terkata apa-apa. Dia berfikir sejenak. Pasti orang-orang kampung tertanya-tanya akannya yang sudah lama berada di Kuala Lumpur. Rumahnya juga pasti sudah serabut. Tidak pula dia menitipkan pesan kepada jiran-jirannya untuk menjaga rumahnya.
“Hujung minggu ni, Amni bawa mak balik kampung. Boleh mak kemaskan rumah mak. Boleh ambil baju lebih sikit. Baju sekolah Athirah?”
“Baiklah. Mak harap mak dan Athirah tak susahkan Amni…”
“Mak jangan risaulah. Mak Rifqi, mak saya jugak,” Mak Cik Fauziah tersenyum.
Untung dia mendapat menantu seperti Darwisya. Namun, tidak pula dia tahu bagaimana Rifqi boleh mengahwini Darwisya. Tak pernah terlintas di benaknya ingin bertanyakan hal itu kepada Darwisya. Dia tidak mahu digelar penyibuk.
*****
Datuk Adnan memarkirkan kereta di sebuah premis sepuluh tingkat. Langkah di bawa ke tingkat empat. Sekali sekala, dia akan membuat lawatan ke syarikat milik Rifqi. Sekadar ingin membantu mengendalikan syarikat itu sepanjang ketiadaan usahawan muda.
“Selamat pagi, Datuk,” ucap setiausaha Rifqi.
“Selamat pagi. Kila, saya nak jumpa dengan pengurus operasi. Tolong panggilkan untuk saya,” suruh Datuk Adnan sebelum berlalu ke dalam bilik pejabat.
“Baiklah, Datuk,” Pantas dia menekan nombor yang disambung ke bilik pengurus operasi syarikat.
Beberapa minit kemudian, Ruslan, pengurus operasi tiba di pejabat yang Datuk Adnan berada.
“Ada apa Datuk nak jumpa saya?” tanya Ruslan.
“Saya dah baca laporan yang awak hantar. Overall, saya puas hati. Cuma, satu benda yang saya musykil. Kenapa bos awak tak masukkan nama-nama syarikat yang terlibat sama dalam projek pembinaan taman tu?”
“Kalau tentang tu, saya sendiri tak tahu. Tuan Rifqi langsung tak sentuh pasal tu. Ada jugak pelabur yang tanya, tapi itulah. Hanya Tuan Rifqi yang tahu kenapa dia buat macam tu,” Ruslan membalas sambil matanya memandang tepat Datuk Adnan.
Adakalanya, dia musykil dengan sikap ambil berat bapa mertuanya bosnya itu. Setahunya, Datuk Adnan dan Rifqi seteru. Sejak mereka ada projek bersama, kerap kali Rifqi bengang dengan cara kerja mereka yang berlainan. Datuk Adnan lebih menumpukan kepada projek-projek perumahan. Sedangkan, Rifqi pula banyak mengambil projek landskap taman, pusat rekreasi dan juga rumah-rumah kebajikan.
“Emmm, tak apalah. Tujuan sebenar saya panggil awak sebab saya nak serahkan fail ni. Awak boleh teliti dulu isinya dengan para pekerja lain. Projek besar yang memakan billion ringgit. Bukan senang nak dapat projek ni. Jadi, awak dan yang lain fikirlah sebaiknya,” ujar Datuk Adnan.
“Tapi, setiap projek kan memerlukan persetujuan pemilik syarikat, Datuk?”
“Itu awak jangan risau. Awak boleh minta persetujuan dari orang kanan Rifqi. Lebih tepat lagi, pemangku pengarah yang dilantik. Projek kali ni bukan projek perumahan yang selalu saya syorkan…”
“Maksud, Datuk?”
“Hotel Trendy. Tawaran daripada salah seorang ahli perniagaan terkenal di Brunei. Konsep hotel islamik yang Rifqi idamkan,” Ruslan tersentak.
Datuk Adnan tersenyum. Dia faham riak wajah Ruslan yang nyata terkejut itu. Secara kebetulan, dia ternampak model kayu yang dihasilkan oleh Rifqi. Hotel yang berkonsepkan islamik. Model kayu itu menarik perhatiannya untuk melihat sendiri pembangunan hotel itu secara realiti. Dia kagum dengan daya kreativiti menantunya itu.
*****
Hujan lebat yang turun sedikit banyak memberi peluang kepada Darwisya untuk meluahkan segala kesedihan hatinya. Segala kenangan bersama Rifqi terlayar dia mindanya. Bukanlah kenangan yang indah, namun cukup untuk Darwisya tahu bahawa hatinya mula terpaut pada perwatakan garang Rifqi.
“Ambil makanan ni. Hidangkan kejap lagi. Aku lapar,” Plastik berisi bungkusan makanan dihulurkan kepada Darwisya di ruang tamu.
“Dah lapar, makan sekaranglah. Kejap aje nak hidangkan ni,” balas Darwisya tanpa memandang Rifqi.
“Kau nak aku makan dengan badan aku yang melekit ni? Bukan setakat aku tak lalu nak makan, sekali dengan kau tak ada selera,” Tajam mata Rifqi merenung wajah lembut isterinya.
Darwisya buat muka bosan. Asyik-asyik, kena marah. Dia tak buat salah pun kena marah. Badan saja kurus kering, tapi mulut lancang. Ada saja yang tak kena. Waktu Bik Hus ada, tak pula Rifqi naik angin. Hanya jelling tajam gitu saja.
“Apa-apalah. Pergilah naik mandi, kang sejuk pulak makanan ni…”
“Macamlah tak ada dapur nak panaskan. Aku beli dapur tu bukan suruh buat perhiasan. Nak bakar muka orang pun boleh,” bebel Rifqi sambil menapak anak tangga.
“Tak padan dengan kurus kering, makan banyak. Tapi, tak naik jugak badan tu. Bukannya reti nak pergi gym ke. Biar tough sikit. Tak adalah melayang kalau angin sepak,” Kini, Darwisya pula yang membebel sambil berlalu ke dapur.
Rifqi menjengulkan kepala. Gym? Dia nak aku bina badan ke? Argh, lantaklah. Nak ikut cakap dia buat apa. Sekurus aku ni, tak pernah lagilah kena sepak angin. Ngok ngek punya bini.
Lima belas minit kemudian, Rifqi muncul di meja makan. Nasib baik dah terhidang makanan dan minuman. Kalau tak, dipiatnya telinga si Darwisya tu. Darwisya muncul dengan bekas nasi. Dia menyendukkan nasi ke dalam ke pinggan Rifqi. Tak pasal kena herdik pula jika lelaki itu sendiri yang mencedok nasi.
“Macam ni baru isteri solehah,” Rifqi siap duduk di kerusi. Dia mencuci tangan sebelum menadah tangan, membaca doa.
Darwisya melabuhkan punggung di sebelah kanan Rifqi. Tiada niat untuk makan bersama. Sekadar ingin menemani suaminya sahaja.
“Belum cukup solehah lagi. Sebelum terlupa, esok saya nak pergi pasaraya. Barang dapur dah habis,” maklum Darwisya.
“Ikut suka kaulah. Asalkan kau tak keluar dengan jantan-jantan, bekas kau dulu,” Darwisya sentap.
Dihela nafas lembut.
“Perkara lepas, tak payahlah ungkit. Saya tahu apa yang pernah saya buat. Esok saya pergi dengan Bik Hus. Saya naik dulu. Dah habis makan, tinggal aje. Nanti saya kemaskan,” Rifqi hanya mengangkat kening.
Sakit hati Darwisya, kisah lalu diungkit tanpa rasa bersalah. Dia sangat faham maksud sebenar kata-kata Rifqi. Jika ikutkan hatinya yang panas, ingin sahaja dia mengungkit hubungan suaminya dengan Yusra. Sosial dia pun tak pernah pula membawa lelaki masuk bilik.
Guruh berdentum menyedarkan Darwisya dari lamunannya. Air mata yang mengalir disekanya. Bingkai gambar Rifqi di meja sisi diambil. Rifqi segak dengan pakaian formal. Gambar itu dicurinya ketika mengemas bilik bacaan. Ketika itu, muka itu tak adalah serabut sangat. Namun, Darwisya tetap tidak boleh meneka jika wajah itu tiada jambang dan juga misai.
“Ya Allah, aku sangat merinduinya. Kau temukanlah suamiku. Aku masih belum puas hidup bersamanya. Aku gagal menjadi seorang isteri yang baik untuknya. Jika dia masih hidup, Kau bawalah dia ke jalan-Mu dan kembalikanlah dia kepada kami. Dan, jika sebaliknya, Kau ampunilah dia, Ya Allah,” Doa Darwisya, tulus.
*****
“Minum sikit, nak,” Gelas air putih disuakan ke mulut seorang gadis yang terlantar di katil.
Rakus sekali gadis itu meneguk. Sehingga kosong gelas itu. Tersenyum Puan Bariah dengan perubahan gadis yang dibawa pulang oleh suaminya, Encik Johar sebulan yang lalu. Hampir sahaja mereka suami isteri berputus asa kerana tiada tanda-tanda gadis itu akan sedar. Sehinggalah beberapa jam yang lepas, gadis itu mula mencelikkan mata.
“Saya kat… ma… mana?”
“Auni jangan risau. Ibu ada ni,” kata Puan Bariah sambil mengusap lembut kepala gadis itu.
“Tapi…”
“Syhhh, Auni tak sihat lagi ni. Rehat dulu. Nanti ibu ceritakan,” Gadis itu akur. Sekejap sahaja, dia sudah lena.
“Macam mana, Yah?” soal Encik Johar di pintu bilik.
“Alhamdulillah, bang. Dah boleh bercakap. Saya suruh dia rehat dulu. Naqib mana?”
“Naqib ada dengan along kat bawah,” beritahu Encik Johar.
“Jomlah kita. Biarlah dia rehat dulu. Yah nak masakkan bubur untuk dia sekejap…”
“Iyalah,” Encik Johar dan Puan Bariah beriringan ke dapur.
*****
Kasyfi membantu Naqib duduk di pangkin. Luka di kaki lelaki itu masih belum sembuh sepenuhnya. Jika tak dijaga dengan baik, boleh bernanah. Mahunya lambat Naqib boleh berjalan dengan sempurna.
“Along nak tanya Qib sikit boleh?”
“Tanyalah, along. No harm,” Kasyfi senyum sedikit.
“Qib dengan Auni, suami isteri ke?”
Naqib terkejut dengan soalan Kasyfi. Namun, cepat-cepat dia sembunyikan riak terkejutnya.
“Bukan. Kami kawan baik. Qib pernah cerita pasal kami kan? Itulah yang berlaku,” Kasyfi mengangguk sedikit.
“Along risau Auni tak boleh terima bila dia dapat tahu keadaan diri dia. Orang perempuan ni amat pentingkan penampilan diri dan wajah mereka. Qib dah sedia nak hadapi penerimaan Auni?”
“Insha Allah, along. Lambat laun, dia akan tahu jugak. Buat sementara ni, biarlah Auni betul-betul stabil dulu,” balas Naqib.
Bukan sesuatu yang mudah untuk menjelaskan perkara buruk. Namun, lebih baik bersikap jujur daripada terus menipu. Pasti segalanya akan menjadi mudah. Merahsiakan sesuatu perkara boleh menghilangkan kepercayaan seseorang. Naqib tidak mahu Auni salah faham akannnya.
*****
Datin Emma mengukir senyuman paling manis kepada Darwisya. Bagaikan baru semalam dia melahirkan puterinya ini. Kini, puterinya itu sudah besar panjang. Sepanjang dua puluh lima tahun membesarkan Darwisya, saat inilah yang paling membahagiakannya.
Melihat wajah ceria itu, mampu menghiburkan dirinya. Walaupun tanpa suami di sisi, anak perempuannya masih tersenyum manis saat menerima berita gembira mengenai dirinya yang sedang mengandungkan anak Rifqi. Sangkanya, Darwisya hanya demam biasa sahaja. Rupanya, demam nak dapat baby.
“Tengoklah menantu akak ni. Asyik senyum aje dari tadi,” kata Datin Emma.
“Orang tengah bahagia, Emma. Harapnya bayi ni boleh bawa tuah dalam keluarga kita ni. Allah jauhkan bapa, tapi Dia hadirkan anak untuk kita. Indah sungguh percaturan-Nya,” balas Mak Cik Fauziah.
Dia turut tumpang bahagia. Begitulah perasaannya ketika dia diberitahu tentang kehamilannya setelah berbelas tahun menunggu. Hadir Athirah sebagai peneman. Syukur pada Allah.
“Syukur, Alhamdulillah. Awisy kena dengar cakap mak, Bik Hus, mama dan papa. Kandungan Awisy masih baru,” Darwisya mengulas senyuman nipis.
Sebenarnya, jauh di sudut hatinya, dia mengharapkan kehadiran Rifqi. Tetapi, siapalah dia untuk melawan takdir Allah. Dia kena redha akan apa yang berlaku. Pasti ada hikmah disebalik kepahitan yang ditelannya. Walau apapun yang berlaku, dia akan membesarkan anak mereka sebaik mungkin.
“Terima kasih, mama, mak. Insha Allah,” Dipeluk keduanya erat.
Setiap kali selesai solat, dia tidak pernah bosan untuk berdoa kesejahteraan Rifqi dan juga Yusra. Semoga Allah memberi petunjuk kepadanya. Dia cuba mengawal rindunya dengan berdoa. Harapnya, hatinya akan sentiasa tenang dan bersabar. Insha Allah.
*****
Dua tahun kemudian
Kila mengetuk pintu bilik bosnya sebelum masuk ke dalam bilik sederhana besar itu. Senyuman manis diberikan.
“Puan, ni report kewangan. Puan Latifah dah siapkan sekali dengan bulan ni,” maklum Kila.
“Terima kasih, Kila,” Darwisya meneliti fail di tangannya.
“Lagi satu, puan. Bulan depan, annual dinner syarikat. Jadi, saya nak dapatkan persetujuan puan dan juga kehadiran puan. Ni, usul annual dinner,” Fail berwarna biru diberikan kepada Darwisya.
“Cepatnya. Komited sungguh kamu semua ni. Lagi dua hari saya confirmkan kehadiran saya. Jangan lupa inform saya balik. Takut terlupa,” Kila tergelak.
“Iyalah. Saya keluar dulu, puan,” Darwisya hanya mengangguk. Kila membawa langkah ke mejanya.
Darwisya membaca kertas kerja makan malam tahunan syarikat. Laporan kewangan tadi diletak ke tepi.
Annual dinner? Nice,” Dia tersenyum sendiri.
Matanya jatuh pada bingkai gambar yang tergantung elok di dinding. Seperti Rifqi memandangnya sambil tersenyum. Alangkah indahnya jika dia masih berpeluang melihat senyuman itu secara nyata. Seketika kemudian, Darwisya beristighfar panjang.
*****
“Awak, saya laparlah. Jom pergi makan,” Naqib mengangkat wajahnya.
Sepasang mata yang bersinar itu memandangnya. Hatinya berdetak laju. Oh, hati. Berapa kali kau nak jatuh? Untung sahaja bukan pada perempuan lain.
“Okey. Sekejap. Awak masuklah dulu,” Auni melangkah ke dalam bilik Naqib. Dilabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Naqib.
“Kena hantar bila ni?”
“Esok. Tapi, dah hampir siap. Nak touch up sikit aje lagi. Awak dah lapar sangat ke?” Naqib bersoal kembali sambil tangannya laju menekan keyboard.
“Taklah lapar sangat. Cuma, saja nak bermanja dengan awak,” Naqib ketawa kecil.
Auni tersenyum. Kacak sungguh apabila Naqib ketawa. Wajah putih itu bersih daripada noda. Pernah sekali, kanak-kanak di sebuah rumah kebajikan memanggil lelaki itu, ustaz. Tapi, Naqib cepat sahaja menghalang agar dirinya tidak digelar ustaz. Masih banyak kekurangan yang perlu dia betulkan.
“Kat pejabat pun nak bermanja?”
“Alah, awak ni. Bukannya orang tak tahu kita suami isteri. Tak kena tangkap basah punya,” seloroh Auni.
“Iyalah. Ikut suka awaklah. Asalkan awak bahagia,” Naqib mengalah. Orang nak berkasih sayang, bukannya boleh dihalang.
“Tadi ibu call. Dia tanya bila nak balik sana? Ayah pun dah rindu,” beritahu Auni.
Sejak mereka mendirikan rumah tangga setahun lepas, Naqib lebih selesa tinggal berasingan dengan keluarga angkat mereka. Tambahan pula, kini mereka sedang bekerja di sebuah syarikat milik sahabat baik Encik Johar di bandar. Agak jauh juga jika mereka masih menetap di rumah Encik Johar dan Puan Bariah.
“Insha Allah, hujung minggu ni saya free. Awak bagitahu ibu nanti kita balik. Masak banyak-banyak sikit,” Auni mencebik.
Demand nampak. Awak tak suruh pun, ibu mesti masak banyak punyalah. Anak kesayangan dia nak balik kan. Along lagilah, mahunya penuh satu peti ais tu dia isi,” Mereka ketawa serentak.
Kasyfi memang sangat baik. Terlalu baik. Sehinggakan Naqib dan Auni merasakan seperti mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh. Adakalanya, Kasyfi akan bertandang ke rumah mereka. Alasannya, dia rindukan adik-adiknya. Dia yang merupakan anak tunggal sudah pasti seronok tatkala hadir dua orang adik tersayangnya. Boleh juga dia menumpang kasih.
“Awak cakap pasal along, rindu pulak kat dia…”
Auni mengangguk mengiakan. Dia turut merindui abangnya yang baik itu.
*****
Datuk Adnan dan Datin Emma bersantai di halaman banglo Rifqi. Selalunya, petang begini, mereka akan singgah di banglo itu. Walaupun Darwisya tidak keseorangan di situ, namun ada jiwa yang membawa mereka ke situ. Muhammad Adib Rafki!
“Adib, meh sini kat atuk,” Datuk Adnan menggamit cucu lelakinya.
Lambat-lambat anak kecil itu berjalan. Bersimpang siur langkahnya. Sesekali dia ketawa sendiri. Seronok agaknya diagah atuk dan tok manya.
“Lambat jugak dia nak bercakap ya, bang. Dah setahun tiga bulan pun. Cepat sungguh masa berlalu,” kata Datin Emma bersahaja.
“Itulah. Masa sekarang ni memang cepat. Pejam celik, pejam celik… dah dua tahun tak ada berita pasal Rifqi. Entahkan hidup lagi ke tidak,” keluh Datuk Adnan sambil mengangkat tubuh kecil Adib.
“Kita doakan yang baik-baik sahaja…”
Darwisya menatang dulang, minum petang. Diletakkan dulang di atas meja batu.
“Mak dengan Athirah mana, Awisy?”
“Mak ada kat atas, solat asar. Athirah, tengok tv. Cerita favourite dia ada, apa lagi. Tercongok ajelah depan tv,” balas Darwisya sambil menuangkan air ke dalam cawan.
“Tahun ni dia ada UPSR kan? Slumber aje dia,” celah Datuk Adnan. Adib masih di dalam dukungannya.
“Ha’ah, papa. Tapi, mak kata Athirah ni turun perangai Rifqi. Dia cepat tangkap apa yang cikgu ajar. Even, tak study banyak, still boleh jawab…”
“Baguslah macam tu. Tapi, Awisy kena pantau jugak. Takut dia terlepas pandang. Lepas habis UPSR, dia nak sambung mana pulak?”
“Athirah ada tanya pendapat Awisy, papa, mama. Dia ingat nak masuk sekolah Tahfiz. Teringin nak menghafal al-Quran,” Darwisya berkata dengan senyuman manis.
Dia amat sokong permintaan Athirah. Syukur kerana adik iparnya berminat nak mendalami agama Islam. Mak Cik Fauziah lagilah bersetuju. Asalkan Athirah bersungguh-sungguh, dia tidak akan menghalang. Arwah suaminya pernah mengusulkan perkara itu ketika Athirah masih kecil. Cuma, dia sahaja yang tidak mengendahkan.
“Alhamdulillah, untung Fauziah ada anak yang bercita-cita tinggi seperti Athirah…”
Darwisya mengerling mamanya.
“Oh, mama tak untunglah sebab Awisy tak masuk sekolah tahfiz?” Darwisya serkap jarang.
“Tengok anak abang ni. Boleh dia pusing cakap kita,” adu Datin Emma manja. Datuk Adnan ketawa kecil. Adib yang tidak tahu apa-apa itu juga gelak. Comel!
“Adib pun gelakkan mama. Kan sayang, kan?”
Pantas sahaja Adib menghulurkan tangan untuk didukung uminya itu. Anak manjalah katakan.
Annual dinner tu macam mana, Awisy? Papa dan mama confirm pergi. Alang-alang boleh papa jumpa kenalan baru…”
“Insha Allah, Awisy pergi. Tapi, Awisy kena bawa Adib sekalilah. Mak dengan Athirah nak balik kampung kejap hari tu, ada kenduri kahwin anak kawan mak,” Darwisya duduk di kerusi batu yang kosong.
“Balik naik apa?”
“Awisy mintak Pak Long Nan hantar. Lagipun, malam tu nanti Arif dengan Nasya jemput. Tapi kan, papa, mama… macam nervouslah pulak,” Datuk Adnan dan Datin Emma ketawa.
Buang tebiat si Darwisya ni. Sejak bila reti gementar bagai ni entah. Sebelum ini, main rempuh saja segala jenis majlis keramaian atau majlis formal. Dia kisah hapa.
“Dah kenapa nervous pulak?”
“Iyalah. Awisy kan attend dinner sebab wakilkan Rifqi. So, Awisy tak naklah dia orang rasa lain sebab sebelum ni kan Rifqi yang handle semua tu,” jelas Darwisya. Tangannya menyuap biskut cicah ke mulut comel anak lelakinya.
“Insha Allah, Allah permudahkan urusan. Papa dengar dia orang nak rasmikan sekali rumah anak yatim Nadim kan?”
“Ha’ah, sekalilah tu…”
Darwisya pandang Adib di ribanya. Menurut Mak Cik Fauziah, Adib agak mirip Rifqi ketika kecil dulu. Kenapa dia berdebar-debar ya untuk menghadiri majlis makan malam syarikat Rifqi itu?

to be continued...

e-novel :Pearl Special Entry 1

**

Assalamualaikum... Hye!

CIA post part by part untuk Pearl Special Entry eh. hehe. here goes PSE part 1. SELAMAT MEMBACA! :D. tak surelah okey ka tak? :)

***********************
SPECIAL ENTRY
Daddy, Chiya want milk, please,” minta Chiya sambil berdiri di sisi kaunter dapur dengan muka innocent sangat. Bukannya Adelin tidak menyediakan susu untuknya. Cuma, sengaja ingin mendera daddynya kerana sibuk seharian, tidak melayan kerenahnnya.

What?”
Milk. Don’t you hear that?” Chiya angkat keningnya, ala-ala Ziana Zain.
Fariz mencari kelibat isterinya. Tiada pula di ruang tamu atau dapur. Pasti di bilik. Melihatkan muka cemberut Chiya, dia pantas mencapai tin milo di almari bahagian atas. Botol susu besar Chiya yang tersusun di rak khas untuk peralatan makan anak itu diambil. Nasib baiklah dia pandai membancuh air juga. Tidaklah Chiya mentertawakannya.
Daddy buat apa?” tanya Adelin sambil menyanggul rambutnya. Mukanya juga masih basah dengan air wudhuk.
“Susu,” jawab Fariz sepatah.
Chiya sengih. Adelin menggeleng kepala perlahan sambil senyum pada Chiya. Kasihan Fariz dibuli anak sendiri malam ini. Sebelum bersolat isya’ tadi, dia sudah pun menyediakan susu untuk Chiya. Kembung perut budak ni nanti minum banyak sangat susu. Tetapi, Fariz bukannya membancuh susu. Tetapi, milo?
“Susu?”
Fariz memberikan isyarat agar Adelin tidak menyebut milo. Ingat dia buta ke? Bekas air kepunyaan Chiya masih di sinki. Itu tandanya anaknya sudah minum susu dan ternyata bau mulut Chiya juga adalah susu. Kurang asam punya anak. Balik-balik kerja sudah dibuli. Tak sempat pun hendak menghilangkan penat bekerja seharian. Nasib baik, dia tidaklah penat sangat kerana hari ini dia tidak ke mana-mana lokasi.
Mummy, dukung,” pinta Chiya masih menarik sengihannya.
“Ohoi, sudah gedek mahu didukung lagi? Aduh, pengsan,” seloroh Adelin dalam loghat Indonesia. Gara-gara menonton cerita Indonesia petang tadi, lidahnya pula tersasul.
Namun, diangkat juga tubuh Chiya.
“Milo? Daddy cheat me,” Kantoi! Mata Chiya sudah menangkap milo yang dibancuh Fariz.
Fariz picit hidung penyet Chiya. Geram!
“Habiskan milo ni. Esok pulak minum susu. Kembung perut nanti, daddy tak nak tolong,” kata Fariz, sekadar mengusik.
Nak tak nak, Chiya ambil juga botol susu gedabaknya itu.
Daddy pergilah mandi dulu. Busuk dah ni,” Adelin kerut hidung. Chiya bersorak kerana dia ada geng untuk mengenakan daddynya.
“Nakal eh. Yelah, kita ni busuk. Manalah ada orang nak dekat. Tapi, ada orang tu pernah cakap dulu. Setiap kali daddy balik kerja, nak hug daddy,” Fariz mengetuk meja.
“Alah, daddylah pulak hug,” Tanpa lengah, Fariz mendepangkan tangannya dan memeluk Adelin dan Chiya serentak.
Chiya ketawa kegelian kerana Fariz menggeselkan kumis nipisnya ke pipi anak itu. Kesibukan menguruskan kes terbarunya membuatkan dia sering sahaja kelam kabut meninggalkan rumah dan terus ke IPD. Sebaik sahaja doktor mengesahkan dia sudah boleh bekerja seperti biasa, tak menyempat dia menghubungi Lukman untuk mengetahui kes selanjutnya. Workaholic juga si Fariz ni pun. Tidak reti hendak duduk diam, ada sahaja perkara yang dia hendak lakukan.


*****
Adelin menepuk tubuh Chiya yang berbaring di pangkuannya. Diselak rambut panjang Chiya yang menutup wajahnya. Pertama kali dia melihat Chiya dipangkuan Soffi dulu, hatinya sudah memberikan isyarat agar menerima sahaja tawaran Soffi dan Ren. Syukur Alhamdulillah, Chiya kini sudah berada di sampingnya. Mungkin firasat seorang isterinya agaknya, seperti ada magnet yang menarik untuk memujuk Fariz mengambil Chiya sebagai anak angkat.
“Ehem, jauh menung. Dah balik kampung ke?”
“Tak adalah. Tersesat lagi di sini,” Adelin menalakan matanya pada Chiya yang sudah lena itu. Seperti biasalah habit Chiya itu, di mana dia berbaring di situlah dia akan tidur.
Fariz melabuhkan punggung di sebelah Adelin. Tangannya mengusap kepala Chiya lembut. Tiba-tiba, rindu pula ingin berborak panjang dengan Chiya. Sejak dia kembali bekerja, susah sungguh untuk menghabiskan masa dengan anak kesayangannya itu. Ketika dia keluar bekerja, Chiya masih belum bangun. Selepas pulang pula, pasti Chiya sudah lena. Huh!
Sorry mummy for troubling you these days. I can’t stop doing my work…”
Workaholic. Tapi, janganlah sibuk sangat. Chiya asyik tanya pasal daddy aje. Alasan apa lagi yang mummy nak bagi? Bukannya daddy tak tahu perangai Chiya. She will keep asking until she get what she want. Kes apa yang daddy sibukkan tu?”
Fariz menyandarkan badannya yang keletihan ke sofa. Dipandang syiling kosong.
“Kes Sofea,” Adelin tenung Fariz tajam. Sofea? Perempuan itu lagi.
Sudah dijemput ke majlis resepsi mereka pun masih mahu mengganggu suaminya lagi? Melampau betul.
“Sofea? Kes apa pulak, kena tipu dengan sugar daddy dia atau saja nak menggatal dengan daddy?”
“Hey, janganlah cemburu, sayang. Kes keluarga dialah. Bekas kekasih dia hantar surat ugut kat family dia. Itu yang dia cari daddy, cuma nak mintak tolong aje. Mummy jangan fikir bukan-bukan eh,”  Adelin cebik. Boleh percaya ke?
Of courselah mummy jealous, dah dia sibuk-sibuk kacau suami mummy tu kenapa? Macamlah daddy seorang aje polis kat dunia ni,” bidas Adelin.
Fariz pandang isterinya sekilas. Bibirnya mengulas senyuman. Bukan main serius lagi wajah Adelin ketika ini. Macamlah si Sofea tu bawa lari suami dia.
“Polis yang dia kenal daddy seorang aje. Alah, small matter ajelah. Daddy dekat dengan dia dulu pun sebab nak settlekan kes aje, bukannya ada niat lain. Mummy cool aje,” Hai, hilang sudah sikap sweet dia tu?
Selalunya, pantang Adelin merajuk… pasti tidak senang duduk lelaki itu. Siap menempah suite lagi sebagai tanda meminta maaf. Uhuh!
“Malaslah cakap dengan daddy,” Adelin mengangkat tubuh Chiya untuk dibawa ke bilik. Hilang sudah mood mahu berbual dengan suaminya.
Padahal tadi dia sendiri yang menyoal tentang kes Fariz. Alih-alih, dia yang makan hati. Haih, payah juga mempunyai suami yang hotstuff ni. Semua perempuan nak dekat. Benci!
“Dah, biar daddy angkat,” Fariz mengambil Chiya dari dukungan isterinya sebelum berlalu ke bilik.

to be continued...

e-novel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 11



Assalamualaikum... Hye!

BCP datang lagi. hehe. kali ni CIA letakkan sekali dia orang punya character. okey tak? atau, tak sesuai. huhu. sebab dua orang ni masuk dengan watak Amar dan Nur Dini. :D. SELAMAT MEMBACA! :D. malam ni lambat sikit entry ya. family gathering. minggu ni sampailah minggu depan, CIA fully book. cuti sekolah kan so semua sedara balik. memang kalut nak terkejar sana sini. CIA cuba post entry eh.

*****************

Mata yang silau dek terkena cahaya lampu, ditenyeh. Dalam mamai, dia mencari seseorang. Masih lena.
“Amar, bangunlah. Dah subuh ni,” Bahu Amar digoncang perlahan.
Nur Dini bergerak ke penyidai, diambil tualanya yang tersidai dan diletak ke bahu. Tangannya pula sibuk mengemaskan rambut yang sudah seperti dilanggar todak itu. Sekali lagi mata terarah pada susuk tubuh yang tidur meniarap itu. Aduh, mamat ni. Susah yang amat nak bangun pagi. Jirus air satu baldi, baru dia ketahuan.
“Amar, awak tak bangun dalam masa sesaat… saya peluk awak,” Berani mati dia memprovokasi si suami muda itu.
“Silakan…” Kedengaran suara garau Amar di sebalik selimut tebal.
Nur Dini berdecit. Pepagi nak menggatal. Ngek!
“Selepas saya habis mandi, awak tak bangun-bangun jugak… alternatif seterusnya saya lancarkan ya,” ugut Nur Dini sebelum menghilangkan diri ke dalam bilir air yang besar dan luas itu.
Percaya atau tidak, kini dia sudah berada di kamar milik Amar di rumah banglo yang sebesar alam ni. Nak tak nak, Nur Dini perlu juga mengikut arahan Amar yang mahukan dia membiasakan diri di kalangan ahli keluarga encik suami. Ketika makan malam bersama semalam, terkelu jugalah lidah Nur Dini.
Mana tidaknya, mereka makan tanpa bersuara. Hanya bunyi kipas plus tingtung sudu berlaga dengan pinggan. Sungguh menduga kesabaran si banyak mulut aka Nur Dini tu. Pertama kali, dia hidup bersama sebuah keluarga yang seolah-olah mengikut protokol. Segala-galanya perlu mengikut aturan. Sepatah Tan Sri Riduan bersuara, sepatah jugalah jawapannya. Haih, senak ulu hati.
Amar bingkas duduk. Dipandang pintu bilik air yang sudah tertutup rapat itu. Terbit sebuah keluhan berat. Nur Dini langsung tidak merungut segala ketidakpuasan hatinya ketika berada di banglo tiga tingkat ini. Malah, puan isteri hanya berlagak seperti biasa. Seperti berada di rumah ahli keluarganya sahaja.
Opah Yam pula, minggu depan barulah dia akan pulang ke sini. Jika tidak, tak adalah Nur Dini berasa janggal. Mati kutu juga si Amar ni pun. Dia sendiri kelihatan kaku dengan ahli keluarganya, inikan Nur Dini yang baru sahaja ingin membiasakan dirinya. Senang-senang, mereka tinggal sajalah di rumah sendiri. Barulah ada thrill, plus romantik gitu. Amar menyekeh kepalanya sendiri, bukan main melalut lagi angan-angannya pagi ni. Semput!
*****
Nur Dini melangkah ke dapur. Puan Sri Syifa sedang membuka pintu peti ais dan mengambil kotak susu sebelum dituangkan ke dalam gelas putih tinggi.
Morning, mummy,” sapa Nur Dini ceria. Puan Sri Syifa pandang Nur Dini sekilas. Muka beku ditayangkan. Nur Dini senyum nipis. “Mummy, boleh Dini tanya sesuatu?” Dilabuhkan punggung di kerusi island table. Mata merenung wajah Puan Sri Syifa yang masih kelihatan muda itu.
“Tanyalah cepat…”
Dingin sekali suara itu.
“Petang ni mummy ada kerja tak? Dini ingat nak ajak mummy teman Dini pergi shopping. Mummy tahulah anak mummy tu, bukannya suka pergi mall. Boleh eh, mummy,” Selembut mungkin Nur Dini bersuara.
Hati ibu mertuanya yang dingin itu harus dilenturkan dengan kelembutan. Barulah dia akan mula bersikap mesra.
“Dah tak ada orang lain nak ajak? Buat apa aku nak ikut kau,” Nur Dini menayang sengih, comel.
“Bukannya tak boleh ajak orang lain, tapi benda yang Dini nak beli ni mummy aje yang tahu. Mummy kan dah lama kahwin dengan daddy. So,mesti mummy tahukan bab-bab ni,” Puan Sri Syifa pandang Nur Dini tajam.
“Kau tak payah nak tunjuk baik. Untuk pengetahuan kau, dah lama aku tak tidur dengan daddy Amar tu. Tahu?” Nur Dini gigit bibir. Alamak, tersasullah pula.
Puan Sri Syifa meletakkan gelas ke sinki dan terus berlalu naik ke bilik. Namun, jauh di sudut hatinya dia mula berasa senang dengan approach menantunya itu. Kayla, anak perempuan sulungnya juga tidak sedaring itu untuk menegurnya baik-baik. Yang si Kayla tahu, bercakap macam dia ni bukannya mak kandung dia.
“Amacam, sakit hati tak?” Nur Dini menoleh ke belakang. Amar berlalu ke peti sejuk, dikeluarkan minuman coklat sejuk. Kotak coco crunch di rak makanan juga diambil. Dua mangkuk sederhana dan sudu turut dikeluarkan dari almari.
“Tak sakit pun. Mummy tu comel bila dia marah-marah macam tu. Telinga pun merah, macam awak. Like mother, like son, huh,” Pergerakan Amar terhenti.
She said what? Like mother, like son? Oh no!
“Merepeklah kau ni. Nah, ni aje yang boleh dibuat breakfast. Kalau tak ada opah, memang sarapan sendirian berhad. Masing-masing. Get used to that, Nur Dini,” Wah, Amar sediakan sarapan untuk Nur Dinilah. Super best ni. Super lovely hubby, huh, Amar?
“Alah, betul apa. Cuma, awak jarang bercakap dengan mummy… sebab tu benda kecil macam ni awak tak tahu. Kan, kan, kan?”
Selamba tangan Amar naik ke kepala Nur Dini.
Teasing me one more time, you’ll deadly in my hand, Nur Dini. Today will be our honeymoon. Truly mean it,” Gulp, Nur Dini sengih sambil menggeleng. Gilalah, Amar ni.
That is your mummy perangai too. Eyes killer,” usik Nur Dini lagi. Tak makan saman sungguh si kenit ni.
“Nur Dini,” sebut Amar tegas.
“Okey, okey. I’m zipping my mouth, Sir Amar,” Jari dilarikan ke bibir menandakan dia sudah mengunci mulutnya.
“Makan,” kata Amar sepatah, tegas.
Tanpa suara, mereka menjamah sarapan pagi mereka pada pagi itu. Sesekali bersarapan berdua begini, timbul juga aura suami isteri itu. Tetapi, itulah. Dua-dua pun sama degil. Sudahnya, ke bulan kedua-duanya. Dengan dunia masing-masing. Seorang pandang coco crunch yang sudah selamat dibasahi susu coklat, seorang lagi pula sibuk bersarapan sambil membalas mesej-mesej teman sekutu.
*****
Keyra dan Pija tenung wajah Nur Dini yang sedang menjamu selera itu. Memandangkan para lecturer ada mesyuarat, kelas mereka di hari pertama kuliah untuk semester dibatalkan. Apa lagi, haruslah mereka mengambil peluang ini untuk berborak di café. Sebulan jugalah mereka tidak bertanya khabar masing-masing.
“Weh, aku nak makan kot. Yang pandang aku macam tu dah kenapa?” Keluar sudah ayat selamba dari bibir itu.
Selalunya, pe’el ayu yang ditunjukkan kepada sahabat-sahabatnya itu. Kini, keakraban mereka mula mengubah dirinya agar lebih mesra. Barulah selesa mereka berbual dan bersenda.
“Tak, apesal kami tengok muka lain macam, hah. Shining like a diamond. Kan, Keyra?” Keyra angguk laju.
“Lorh, Bukan selama ni aku memang shining ke?”
Keyra dan Pija gelak kecil. Adoilah, perangai si Nur Dini ni boleh tahan gila-gila juga rupanya. Tak adalah control ayu gitu.
“Perasanlah kau. Ni hah, alang-alang kelas semua cancel… jom kita pergi mall nak. Boleh juga cuci-cuci mata,” Pija pandang si pemberi pendapat, Keyra.
“Ohoi, suami terchenta kau tu nak letak mana? Itu hah, dah sampai pun. Pantang berpisah sikit. Tapi, Amar and the geng pun adalah. Wah, trending ni,” Sempat lagi mulut becok Pija berkata.
Nur Dini dan Keyra serentak berpaling pintu masuk café. Ceh, control handsome nampak mamat-mamat tak cukup umur ni. Penuh bergayanya mereka melangkah.
“Hadoi, macam tak ada tempat lain nak lepak aje,” desis Nur Dini perlahan. Dia kembali menjamu selera. Woh, sudah lama dia mengidam mee soto café ni. Sodap bak hang, hingga menjilat sudu kot. Eheh.
Keyra dan Pija tampar tangan Nur Dini.
Hye, sweetheart,” tegur Azman. Mula nak menggeletis dengan puan isteri kepunyaan dialah tu. Ditarik kerusi di meja belakang dan menyertai kaum-kaum perempuan itu.
Amar pula sudah tercongok di sebelah Nur Dini. Daniel dan Kaer terus membelok ke kaunter.
Sweetheartlah sangat,” perli Pija sambil menjeling pasangan ala-ala sweet gitu. Menyampah! “Dini, nampak gayanya kita shopping dualah macam ni,” Nur Dini sengih. Diletakkan sudu dan garfu, dicapai pula air milo aisnya.
Great, no more mommy talker,” Keyra membulatkan matanya. Kantoi! Azman berpura-pura membelek beg sandang Amar.
“Oih, koyaklah beg aku, ngok,” Amar menarik beg sandangnya yang tersangkut di bahu kirinya dan dipindahkan ke bahu kanan. Beg mahal beb. Limited edition. Hampeh!
“Ala, mommy talker pun best hapa. At least, korang ada mommy kat kolej ni,” Pija pandang Nur Dini dengan pandangan mengejek.
“Ish, gelilah. Tak payah nak mommy sangatlah. Let’s drop the subject, guys,” Sesungguhnya Pija mula meremang bulu roma. Huwaa, Keyra dah nak jadi mak, dia bila pula?
“Dini, kalau boleh kau selalulah bawak mom-to-be ni jumpa adik-adik kau. Mana tau terkenan anak mat saleh,” Keyra mencubit lengan Azman kuat. Mengaduh lelaki itu menahan pedih.
“Weh, nak anak mat saleh sangat, baik kau pergi tambah cawangan kahwin dengan minah saleh. Baru cun,” sampuk Amar selamba. Nur Dini di sebelah sudah menarik muka meluat. Sebijik perangai lanunlah, encik suami ni. Huh!
Keyra kasi jelingan maut pada Amar yang sudah tersengih itu.
“Eh, hello. Daripada dia tambah cawangan dengan minah saleh, setuju lagi aku dengan minah arab. At least, atas bawah kiri kanan tutup,” ujaran Keyra membuatkan semua di situ ketawa di hengat dunia.
“Amboi, green light nampak. Boleh, boleh…”
No way, man. I’ll punish you with my buku lima, okay?” Azman tarik muka bersalah. Huih, bahaya kalau cik kak sorang ni dah keluar buku lima dia. Mahu tidur luar dia malam ni.
“Okey, okey. Repent,” Takut bini juga si Azman ni pun.
So, korang nak pergi shopping apa?” soal Amar. Dia ingin menyoal Nur Dini secara peribadi, timbul tanda tanya pula di setiap dahi sahabat-sahabatnya itu.
Pija sudah menarik senyuman manis. Bab membeli belah ni kasi dialah, memang kalau boleh dia nak angkut sekali mall tu balik rumah. Shopaholic!
As usual, women thing,” jawab Nur Dini selamba.
Women thing?” Amar angkat kening. Specific please, Nur Dini also known as puan isteri. Nur Dini toleh ke kiri. Wajah tanda tanya Amar dipandang sekilas.
Hadoi, mana boleh tenung lama-lama. Memang kena lukulah dia dengan mommies di hadapan dia ni.
Azman know it, better you ask him,” Amar toleh ke kirinya pula. Azman yang menopang dagu di meja pandangnya dengan senyuman.
Their needy, Amar. Kau kena ada women lesson dengan aku ni. Mana tahu, habis diploma kita… terus kahwin ke,” seloroh Azman, sekadar bergurau senda.
“Choy,” Hanya itu sahaja yang terbit dari bibir Amar. Dah selamat akad nikah dah pun. Sebelum diploma habis, engkau. Hebat sungguh!
“Amar, mana pergi kau punya rambut pacak tu?” tanya Pija sambil mata ralit tenung rambut depan Amar yang disikat ala-ala kpop star gitu.
Nur Dini turut menghalakan pandangan pada rambut Amar. Ha’ahlah, rambut dia yang pacak-pacak tu dah tiada. Semalam, elok lagi terpacak. Ini dah macam sarang tebuan saja. Kenapalah dia tak perasan pagi tadi?
Amar usap rambutnya.
“Tukar angin. No market disorder,” Hah? Apa disorder? Merapu merepek juga si Amar ni pun.
“Apa?”
“Man, jaga saham. Semester akhir, tak boleh main-main dah,” Ceh, sedar diri pula. Nur Dini cebik. Sebab semester akhir ke, sebab dia tu dah berstatus suami? Hot issue ni. Boleh jadi topik perbincangan malam ni. Ahah.
*****
“Dini, buatkan milo susu, please,” pinta Amar kepada Nur Dini yang baru sahaja keluar dari bilik air. Rambutnya yang masih basah dilap dengan tuala kecil.
“Kejap,” Nur Dini mencapai sikat dan disikat rambut panjangnya itu. Dibiarkan lepas kerana masih lagi basah. Selendang yang tersidai di penyidai juga diambil, sebagai langkah berjaga-jaga. Manalah tahu jika ada tukang kebun Tan Sri Riduan masih belum pulang.
Langkah di bawa ke tingkat bawah. Suram pula banglo ini walaupun malam masih muda. Malam ini, masing-masing makan malam sendiri sahaja memandangkan semua penghuni banglo ini sibuk dengan hal sendiri. Mug di rak dia capai, lalu terus mengambil balang milo. Sebelum sempat dia membuka penutup balang milo, dia terdengar suara orang menangis.
Erk? Malam ni malam apa ya? Malam rabu, tetapi kenapa ada bunyi sotsetsotset tu. Aduh, ni yang lemah ni. Kaki Nur Dini masih kaku di sisi cabinet dapur. Namun, setelah pasti dari mana datangnya bunyi, dia melangkah ke kolam renang yang pintunya bersebelahan dengan pintu dapur.
Mata dibuka luas-luas agar jelas akan apa yang bakal dilihatnya nanti. Gulp! Seorang wanita yang rambutnya mengerbang sedang membakar sesuatu. Sambil itu, wanita itu juga menangis teresak. Nur Dini memberanikan diri mendekati wanita itu.
Mummy?”
Puan Sri Syifa menoleh ke belakang.

to be continued...