Monday 16 September 2013

novel : secret that nobody knows 5


Dua hari sudah berlalu, namun Fariq dan Arianna masih belum memberi kata putus. Masing-masing tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan hal itu. Sehinggalah, Arianna membuat keputusan untuk tidak meneruskan perkahwinan itu. Dia tidak mahu menyusahkan Fariq dengan keadaannya yang tidak boleh berjalan. Pasti lelaki itu masih bersedih dengan pemergian kekasih hati tersayang.

Namun tidak bagi Fariq. Dia harus bertanggungjawab akan percakapannya. Dia sudah berjanji dengan ibu bapa Arianna. Fariq bukanlah seorang yang kejam untuk melepaskan tangan begitu sahaja. Mungkin Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina akan memikirkan yang bukan-bukan terhadapnya dan keluarga. Itulah orang kata terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Diri sendirilah yang menanggung.

Setelah kedua belah pihak bersetuju, majlis akad nikah yang hanya dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat berlangsung di wad Arianna. Tak pernah dibuat orang. Arianna masih belum dibenarkan pulang memandangkan keadaannya masih perlu dipantau.

Walaupun sederhana sahaja, masing-masing meluahkan rasa bersyukur.  Pada mulanya, Encik Halim dan Puan Sarimah agak terkilan. Namun, setelah Fariq menceritakan hal yang sebenar, mereka berserah. Mungkin itu yang terbaik. Mereka turut hadir ke majlis serba sederhana itu kerana mereka sudah menganggap Fariq sebagai anak mereka sendiri.

Arianna agak gementar kerana tiba-tiba akan bergelar seorang isteri kepada seorang lelaki yang mahu membalas dendam padanya. Dia redha. Arianna manis dengan mengenakan busana pengantin berwarna putih yang agak ringkas. Main tangkap muat saja.

Itu adalah baju yang sengaja ditempah untuk menghadiri majlis makan malam syarikat daddynya yang bertemakan ala-ala raja sehari. Apa yang penting lafaz akad daripada Fariq. Fariq juga kelihatan segak dengan baju melayu warna senada. Namun, hanya Allah yang tahu apa yang berada di minda Fariq dan Arianna.
      
Dengan sekali lafaz, Nur Risya Arianna Bt Kasyfi sah bergelar isteri kepada Muhammad Fariq Rayyan Bin Rasyid. Fariq bangun lalu menuju ke arah katil yang menempatkan Arianna dan menyempurnakan majlis batal air sembahyang. Sejuk tangan kedua-duanya. Masing-masing bersalaman pula dengan ibu bapa dan mertua. Tiada kata-kata yang terungkap memandangkan masing-masing tidak mengetahui ke mana arah tuju hubungan itu. Tanpa kasih sayang. Cuma yang wujud antara Fariq dan Arianna adalah rasa bertanggungjawab dan saling menghormati.
      
Setelah selesai semuanya, saudara mara dan rakan-rakan yang hadir beransur pulang. Majlis menyambut menantu serta kenduri akan ditetapkan apabila Arianna sihat sepenuhnya.

“ Babe, tak sangka kau dah kahwin. Sayangnya Shiha kena tukar. Kalau tak mesti dia paling happy sekali, kan,” becok suara Amani berbicara. Macam tak percaya pun ada. Arianna hanya tersenyum. Dia sendiri tidak menyangka dia akan bergelar isteri pada hari ini. Tiba-tiba dia berasa rendah diri dengan keadaannya yang belum pasti bila akan sembuh. Fariq hanya duduk di sofa selepas menghantar tetamu-tetamu pulang.

“ Shiha kena tukar dekat mana?” soal Arianna. Ketika itu Fariq memohon diri untuk pulang menukar pakaian.

“ Tak silap aku dekat Sarawak,” jawab Amani. Dia merenung tajam ke anak mata Arianna. Seperti ada benda yang tak kena saja.

“ Amani, aku rasa tak sedap hatilah,” Arianna bermain dengan carinya. Dia membelek cincin yang tersarung dijarinya. Cantik. Macam yang dia impikan. Cincin emas yang bercampur dengan emas putih. Simple saja. Tapi membawa banyak maksud kepadanya. Juga persoalan yang masih belum terungkai.

“ Eh, kau ni kenapa pulak? Dahlah, jom aku bawak kau pergi tukar dekat bilik rehat sana. Selesa sikit,” Amani sudah bersedia dengan kerusi roda untuk Arianna.


Enam bulan sudah berlalu, namun Fariq masih tercari-cari. Dia sudah buntu. Khilafnya juga kerana tidak mengambil nombor telefon Arianna. Sekarang dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjejaki isterinya. Dia cuma pulang kerumah sekejap sahaja. Sekembalinya dia ke wad itu, dia diberitahu Arianna sudah dibawa ke hospital lain. Pihak hospital tidak mengetahui di mana Arianna dimasukkan. Kawan Arianna yang pernah merawat Arianna dan merangkap kawan baik isterinya itu juga sudah berpindah.

Dia tidak percaya kalau Arianna ingin menipunya. Walaupun dia baru sahaja mengenali Arianna, dia tahu Arianna tidak macam itu. Arianna yang dia kenal adalah seorang yang baik hati dan tak pandai menipu. Andai gadis itu menipu, cepat sahaja terbongkarnya. Arrrgggghhhh! Boleh pengsan kalau setiap hari memikirkan masalah ini. Keluarga Fariq juga turut menyesal kerana tidak meminta alamat dan nombor telefon besan mereka.

“ Hoi!” sergah Khairil, sahabat baik Fariq. Mahu terbalik kerusi dibuatnya. Bertuah punya kawan.

“ Assalamualaikum,” perli Fariq. Tersengih macam kerang busuk dah hah si Khairil.

“ Waalaikumsalam, ya pak ustaz,” gurau Khairil lalu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Fariq.

“ Anak sapa la ni? Baguihnya,” kata Fariq dalam loghat Kedah.

“ Of course la anak...mak bapak aku, bro. Apa kes CEO dok termenung. Ingat kat buah hati la tu,” balas Khairil sambil tersenyum mengusik.

“ Hah! Hang tau tak pa. Aku risau je. Kalau apa-apa jadi kat dia macam mana. Aku ni suami dia, bro. Tapi...,” kata Fariq separuh mengeluh. Dia penat memikirkan cara apa lagi dia mahu mencari Arianna.

“ Haih. Takkan jatuh hati kot. Dah tak tertulis nama Airis kah kat hati kau tu. Sudah bertukar, Arianna, huh,” ujar Khairil selamba. Pelik juga kawan dia yang seorang ni. Cepat benar bertukar hati.

“ Aku risau aje. Yang kau melalut tu kenapa. Lalok la,” kata Fariq sambil membuka sebuah fail di atas mejanya.

“ Lalok, lalok jangan main okay. Aku backhand kang baru hang tau. Apa pun tadak,” balas Khairil sambil menunjukkan gaya ingin backhand Fariq. Kelakar. Khairil berasal dari Kedah. Mereka merupakan sahabat sejak dari kecil lagi. Maklumlah rumah arwah nenek dan atuk Fariq tidak jauh dari rumah Khairil.

“ Okay. Ni hang mai buat apa. Nak cari pasal ka apa?” pelik juga dia apabila Khairil muncul diofficenya tiba-tiba.

“ Aku nak bincang sikit dengan kau. Pasal tanah pusaka aku dekat kampung. Kot-kot la company kau berminat nak berjasa pada tanah tu,” jelas Khairil.

“ Apa ke halnya dengan tanah pusaka kau tu?” tanya Fariq.

“ Mak and ayah aku dah tak tau nak buat apa dengan tanah tu. Kami sendiri pun dah ada tanah sendiri. So, aku cadangkan nak promote kat kau la. Cuba nasib,” jelas Khairil lagi. Fariq mengetuk-ngetuk dagunya. Berfikir.

“ Macam ni lah, Ril. Aku bincang dengan papa aku dulu. Nanti apa-apa aku bagitau, okay,” balas Fariq.

“ Alright. Jom makan. Lunch time kan?” ajak Khairil sambil menjeling jam besar di dinding pejabat Fariq.

“ Ha'ah. Jomlah. Lama tak makan dengan kau. Busy sangat. Orang tu nak kahwinlah katakan,” setuju Fariq. Sempat dia mengusik sahabat baiknya itu. Fariq bangun dari kerusinya. Khairil juga begitu.

“ Ada-ada je lah kau ni. Malu cek tau dak,” tersipu-sipu Khairil dibuatnya. Tergelak Fariq dengan lawak cicak Khairil. Hilang sebentar masalahnya tadi.



Meriah sekali majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat Datuk Rasyid. Setiap tahun pasti syarikat itu akan mengadakan majlis makan malam untuk meraikan pekerja-pekerja yang sudah bekerja keras untuk syarikatnya. Setelah habis ucapan daripada Datuk Rasyid dan Fariq yang merangkap CEO syarikat itu, pengacara menjemput mereka sekali  lagi untuk menyampaikan hadiah kepada staf-staf yang dinaikkan pangkat dan juga bonus untuk pekerja-pekerja yang lain.

Selepas selesai acara penyampaian hadiah dan bonus, tiba acara persembahan daripada pekerja-pekerja yang mempunyai bakat-bakat terpendam. Selain itu, pihak hotel itu sendiri sudah menyediakan sekumpulan penyanyi untuk meraikan majlis makan malam itu. Apabila tiba sahaja persembahan penyanyi yang ditaja oleh hotel, masing-masing terpegun dengan keunikan suara mereka. Fantastic! Bombastic! Vavavoom...

“ Okay, mari kita berhibur pula dengan lagu yang bertajuk dengan sekali lafaz. Macam lagu kahwin aje. Lagu ini istimewa untuk saudara Raffi iaitu rakan kita yang baru sahaja diijabkabulkan minggu lepas,” umum pengacara majlis.

Penyanyi lelaki mula memainkan peranannya. Pemilik suara itu muncul dari belakang pentas.

        Jika hati jujur menyayangi
        Terima daku seadanya nanti

Kemudian muncul penyanyi perempuan. Suara lunak itu datang dari pintu masuk dewan.

        Aku pun juga berharap demikian
        Diri serba kekurangan

Penyanyi lelaki perlahan berjalan menuju ke bawah pentas dan berdiri di sebelah kiri pentas kecil yang berbentuk bulat di sisi pentas utama.

        Hanya dengan satu nafas
        Dengan sekali lafaz
        Jelas cintaku ikhlas

Penyanyi perempuan turut menuju ke pentas kecil sebelah kanan dewan.

        Dan dengan debar ini
        Ku redha bergelar isteri

        Seandainya datang ribut dan taufan
        Genggam erat tanganku jangan kau lepaskan oooh sayang
        Andai malam gelap gelita panduku mencari arah
        Tabahlah bersama

Penyanyi asal lagu ini iaitu pasangan artis Khai dan Rosma patut berbangga kerana bukan sebarang suara yang menyampaikan lagu syahdu yang dituju khas untuk pasangan suami isteri.

“ Encik Fariq, are you okay?” tanya Dayana, setiausaha Fariq. Sedari tadi, Dayana perasan Fariq asyik sangat merenung ke arah penyanyi perempuan itu. Cantik. Hidung mancung. Muka putih merah. Tampak simple dengan gaun labuh yang berwarna hitam yang bertutup berserta tudung bunga sesuai dengan imejnya sebagai seorang muslimah.

Tersentak Fariq ditegur begitu. “ I'm okay. Don't worry,” jawab Fariq. Mahu saja dia berlari ke arah penyanyi perempuan dan menariknya keluar. Tapi kenapa?

“ Sayang, apa Arianna buat kat sini?” soal Datin Katrina. Dia perasan akan kelibat menantunya itu. Walaupun agak kurus sedikit namun dia cukup kenal sekali dengan satu-satunya menantunya itu.

“ Mama pun perasan? Riq pun tak tahu, ma,” keluh Fariq. Dia hanya menunggu isterinya itu habis kerjanya dan dia akan mencari gadis itu. Mereka perlu berjumpa dan berbincang.

“ Make sure after this event end, you'll get her. I want she's in our house tonight. No objection anymore,” tegas Datin Katrina. Dia tidak mahu Arianna lari lagi. Dia ingin mendengar apa alasan gadis itu. Fariq hanya mengangguk.

Lemah lutut Arianna apabila dia perasan akan susuk tubuh Fariq yang sedang memandang ke arahnya. Adakah takdir yang membawa dia ke sini? Arrrggghhh! Dia sendiri tak pasti. Sebaik lagu yang dibawakan olehnya dan Daniel, abang susuannya itu berakhir, dia cepat memaut lengan Daniel.

Arianna sudah tidak mampu untuk berdiri lagi. Nasib baik Daniel tidak menepisnya. Kalau tak memang malulah. Perlahan mereka berjalan menuju ke meja yang tidak jauh dari situ. Amani sudah mengangkat ibu jarinya. Mungkin memberi semangat kerana telah berjaya menghiburkan penonton pada malam ini.

“ Amani,” lemah Arianna bersuara. Daniel mendudukkan Arianna dikerusi di sebelah Amani.

“ Eh, babe. Kenapa ni?” cemas Amani apabila perasan dengan keadaan Arianna. Pucat sangat.

“ A...aku nampak Rayyan,” jelas Arianna lambat-lambat. Dia sudah tidak mampu bersuara. Jantungnya seperti mahu terkeluar sahaja.

“ Weh, mana? Aku tak nampak pun,” kepala Amani sudah berpusing-pusing mencari Fariq.

“ Aku tak tahu. Abang Daniel, Rianna nak balik sekarang, please,” Arianna sudah menarik lengan Daniel.

“ Sekarang? Kejap la. Majlis dah nak habis ni. Kejap lagi kita balik okay?” pujuk Daniel. Tujuan sebenarnya adalah untuk menunggu buah hatinya, Dayana. Setiausaha Fariq? Yes. Oh no. Impossible to believe. Rupanya jarak antara Fariq dan Arianna dekat sahaja.

“ Abang,” rengek Arianna. Dia sudah tidak betah mahu menunggu lagi. Dia harus cepat beredar. Walaupun hatinya gembira kerana dapat berjumpa semula dengan suaminya, namun dia masih belum bersedia. Fikirannya bercelaru. Mungkin Fariq akan menuduhnya melarikan diri. Atau Arianna akan dituduh menipu Fariq sekeluarga.

“ Hai. Boleh duduk?” sapa satu suara. Arianna, Daniel dan Amani serentak memandang ke arah suara itu. Fariq! Arianna sudah menggelabah. Tak nak!

“ Sure. My pleasure,” jawab Daniel. Arianna memandang Daniel tajam. Tak puas hati. Tanpa disuruh Daniel memberi ruang kepada Fariq untuk duduk disebelah Arianna. Oh no! Terasa ingin menjadi halimunan saja.

“ Thanks,” ucap Fariq. Dia sudah melabuhkan punggungnya dikerusi itu. Amani hanya tersengih. Apa lagi yang nak dihalang. Seorang suami datang mencari isterinya. Tak salah rasanya.

“ Makin handsomelah Abang Rayyan,” Amani sempat memuji suami sahabat baiknya itu. Ikhlas.

“ Thanks. Terima kasihlah dekat kawan awak ni. Kalau bukan sebab dia, berserabai agaknya abang ni,” balas Fariq selamba sambil tersenyum. Arianna seperti sudah hilang dari dunia nyata. Keras saja disitu.

“ Apa kaitan pulak dengan mek ni?” soal Amani pelik.

“ Ye la. Takut kawan awak ni tak kenal abang kalau terjumpa. Kalau dah berserabai aje, mana nak perasan, kan,” perli Fariq. Amani tersengih. Memahami maksud yang ingin disampaikan.

“ Owh. Abang Daniel, jom teman Amani pergi toilet. Takutlah pergi sorang-sorang,” Amani cuba untuk memberi pasangan yang baru bertemu itu ruang. Daniel dan Amani bangun serentak. Lalu mereka beriringan menuju ke luar dewan.

Fariq dan Arianna menghantar mereka dengan pandangan sehinggalah kelibat mereka hilang. Fariq memandang Arianna tajam. Arianna sudah menunduk. Tidak mampu untuk membalas pandangan tajam suaminya. Ya Allah.

“ How are you? Long time no see,” lembut Fariq bersuara. Arianna gelisah.

“ I'm fine. You too. Errr, long time no see,” terketar Arianna menjawabnya.

“ Good. Tak rindu kat saya ke, Puan Arianna?” soal Fariq. Dia masih belum melepaskan pandangannya daripada Arianna yang sudah gelisah itu. Sengaja ditekankan Puan Arianna. Biar isterinya sedar bahawa dia adalah isteri kepada Fariq Rayyan. Nobody can't change the status. Melainkan mereka bercerai.

“ Errr, saya...no...bukan...can you just back to your sit. I...I feel uncomfortable,” tergagap Arianna dibuatnya. Dia masih menunduk. Takut.

“ No. I want you. I will make sure that you'll be in my parent house tonight. Mama want to talk to you. Tak ada alasan,” tegas Fariq. Dia tidak akan benarkan Arianna lari lagi. Tidak akan. Arianna memandang Fariq sayu. Berani pula. Redah sajalah.

“ Tak boleh. Lain kali, eh,” tolak Arianna.

“ Sorry to say, no. I won't let you go for this time. Never. Please, Arianna. Kita perlu berbincang,” balas Fariq. Dia cuba bertenang untuk memujuk Arianna.

“ Encik Rayyan, please. Saya tak bersedia lagi untuk jelaskan semuanya,” kata Arianna. Masih berkeras untuk tidak mengikut Fariq pulang.

“ No. Sampai bila baru awak bersedia? Sooner or later, awak still kena jelaskan jugak. Maybe inilah peluang untuk awak beritahu kami mana awak pergi selama enam bulan ni, Arianna. Kalau awak tak jelaskan, mungkin my family will give a negative view to you,” pujuk Fariq. Dia sudah nekad untuk tidak melepaskan Arianna. Mereka sekeluarga perlu tahu apa yang terjadi sehinggakan Arianna sanggup melarikan diri tanpa sebarang jejak.

“ Ikutlah suami Ria balik. Ria kena jelaskan apa yang berlaku. Abang akan bagitahu mummy and daddy. They will understand it,” muncul Daniel memujuk Arianna untuk mengikut Fariq pulang.

“ Tapi...abang. Ria tak ready,” Arianna masih berkeras.

“ Nur Risya Arianna! You should obey to your husband. Sepatutnya dari dulu lagi,” tegas Daniel. Namun suara masih dikawal. Mereka masih berada di dalam dewan. Tidak mahu menganggu tetamu yang hadir.

“ Bukan salah Ria,” keluh Arianna perlahan.

“ Kalau awak tak salah, awak kena jelaskan pada mama dan papa. Saya tak nak dia orang salah faham, Arianna. Please, ikut saya balik,” pujuk Fariq lagi. Arianna mengangkat mukanya dan memandang Fariq disebelahnya. Akhirnya Arianna mengangguk.

“ Macam ni baru adik abang,” Daniel menggosok lembut kepala Arianna yang berlapik dengan tudung.

“  Selama ni bukan adik ke, Encik Daniel?” Arianna berpura-pura merajuk.

“ Choylah. Dah jadi bini orang pun nak merajuk lagi. You'll be my younger sister forever, dear. You the only one sister that I have,” kata Daniel jujur.

“ Yelah. Jangan lupa bagitau mummy and daddy,” pesan Arianna.

“ Holah, don't worry, darling,” balas Daniel. “ Uit, adik ipar. Jauh menungnya. Bini dah ada kat sebelah pun,” Daniel melambai-lambai tangannya untuk menyedarkan Fariq yang sedang mengelamun.

“ Hah, sorry. Saya pelik aje. Apa yang saya tahu abang Arianna dah meninggal dan Arianna cuma ada dua beradik aje,” jelas Fariq. Dia sudah pening memikirkannya.

“ Lah, patutlah berkerut kening tu. I'm Daniel. Abang susuan Arianna. Ummi saya kakak kepada bapa mertua Rayyan,” ujar Dainel sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Arianna ditengah-tengah tidak beriak. Macam mimpi dia dapat bertemu semula dengan Fariq.

“ Oh, I see. Kat sini orang panggil saya Fariq. Tapi dengan Arianna, Rayyan,” kata Fariq.

“ Erm, patutlah. Kita orang pun tak perasan tadi. Time Rayyan bagi ucapan, kita orang tak masuk dewan lagi,” ujar Dainel.

“ Amani mana, abang?” soal Arianna. Hanya Daniel yang kembali ke meja ini.

“ Ada dengan Dayana and parent Rayyan kat meja sana,” jawab Daniel. “ Dahlah, abang pun nak pergi sana. Take time, yo,” Daniel bangun dari kerusinya lalu menuju ke meja Datuk Rasyid dan Datin Katrina.

Masing-masing mendiamkan diri. Kadangkala, Arianna mengikut rentak lagu yang dimainkan. Pengacara masih belum membubarkan majlis ini.

“ So, where do you go?” soal Fariq tiba-tiba. Arianna tersentak.

“ Tak pergi mana. Ada aje kat sini. Mungkin baru sekarang kita berpeluang untuk jumpa balik,” jawab Arianna.

“ Setiap hari saya tunggu kat hospital tu dengan harapan awak muncul,” beritahu Fariq.

“ Sampai sekarang?” Arianna cuba menduga suaminya.

“ Huh? Saya pun ada kerja lain, Arianna. Saya cuma minta pihak hospital hubungi saya kalau awak muncul kat situ,” jelas Fariq. Sedikit sebanyak Arianna tersentuh. Lelaki itu sangat bertanggungjawab.

“ Hmmm, terima kasih. Saya jugak nak minta maaf. Daddy dah suruh orang cari awak tapi mungkin belum ditakdirkan kita bertemu lagi. Seorang pun tak berjaya cari awak. Saya berserah. And now, awak dah ada di depan saya pun,” kata Arianna. Fariq menarik tangan Arianna.

“ Masih di jari awak. Cincin ni,” kata Fariq sambil jarinya mengelus cincin dijari manis Arianna.

“ Saya sedar saya sudah bersuami. Walaupun single sekejap,” Arianna cuba bergurau. Dia sebenarnya gementar kerana Fariq memegang tangannya. Malu pun ada.

“ Hmmm, nasib saya tak kahwin lain. Kalau tak, bermadulah awak,” kata Fariq sambil tersenyum. Dia gembira kerana dapat berjumpa semula dengan isterinya. Namun, otaknya galak merencanakan sesuatu. Habislah Arianna dikenakan Fariq nanti.

“ Tak salah pun. Lelaki kan boleh berkahwin empat,” balas Arianna. Dia turut tersenyum. Matanya kadangkala dihalakan ke arah mertuanya di meja sebelah sana. Macam tak manis pula kerana tidak berjumpa dengan mereka terlebih dahulu.

“ Yupp. But, for me one is enough. Itupun, dah terseksa,” ujar Fariq selamba. Arianna tersenyum.

“ Ada-ada ajelah awak. Saya nak pergi jumpa ibu bapa awak, boleh tak? Tak eloklah kalau duduk sini saja,” kata Arianna.

“ Ala, balik kejap lagi jumpalah. Kat rumah nanti jumpa lagi,” balas Fariq selamba. Sebenarnya dia takut Arianna lari. Arianna memandang Fariq lama. Ditiliknya wajah kacak itu tanpa rasa malu. Tak tentu arah pula Fariq dibuatnya.

“ Saya tahulah saya handsome. Tak payah la tengok sampai macam tu,” usik Fariq. Arianna mengalih pandangan ke arah pentas.

“ Awak takut saya lari, kan. Sebab tu awak tak bagi saya bergerak,” duga Arianna sambil tersenyun. Kelakar pula.

“ Eh, mana ada,” dalih Fariq. Mampus aku.

“ Habis tu kenapa tak nak lepas tangan saya ni, Encik Fariq Rayyan?” Arianna memandang tangan kirinya yang dipegang Fariq.

Fariq tersengih. Dia melepaskan tangan Arianna. Naik kebas tangan Arianna dipegang Fariq. Arianna menggeleng perlahan.

“ Ehem, sempat lagi Encik Fariq kita ni dok mengurat awek ni. Cantik. Patutlah Encik Fariq tertarik. Kan, girls,” usik salah seorang stafnya. Usikan disambut oleh tiga orang staf perempuan yang ikut dibelakang lelaki itu. Terkejut Fariq dan Arianna dek disapa begitu.

“ Tak adanya nak ngurat bagai. Nak pergi mana? Majlis tak habis lagi kan?” balas Fariq.

“ Saja bawak dia orang ni jalan-jalan. Katanya nak berkenalan dan nak bergambar dengan Encik Fariq,” jelas lelaki itu.

“ Owh, boleh je. Tapi sebelum tu saya nak kenalkan isteri saya,” Fariq bangun dan menghulurkan tangannya kepada Arianna. Terkejut Arianna kerana suaminya ingin memperkenalkannya kepada staf-stafnya. Lambat-lambat menyambut huluran itu.

“ Isteri? Melepaslah korang. Encik Fariq kita dah kahwinlah,” usik staf lelaki itu. Staf-staf perempuan mencebik dengan usikan itu.

“ Ini wife saya, Arianna,” Fariq memperkenalkan Arianna kepada empat orang stafnya itu. Arianna bersalaman dengan tiga orang staf perempuan itu dan hanya mengangguk sahaja kepada staf lelaki itu.

“ Cantiklah Puan Arianna ni. Suara pun sedap. Untung Encik Fariq,” puji salah seorang staf perempuan itu.


Mereka turut mengambil peluang itu untuk bergambar kenangan bersama Fariq dan Arianna. Pada mulanya, Arianna agak janggal kerana dia tidak pernah dilayan begitu. Peramah sekali staf-staf suaminya. Hampir semua staf yang berada di dalam dewan tahu akan statusnya sebagai isteri bos mereka. Datuk Rasyid dan Datin Katrinalah paling gembira kerana anak mereka sudah bersatu kembali dengan isterinya.

No comments:

Post a Comment