Sunday 29 December 2013

e-novel : Pearl Episode 1 - Part 3

Lima belas tahun yang lalu…

“ Tolong aku, Fauzi. Konco-konco Bobby dah warning aku tadi. Kalau aku tak serahkan barang-barang dia orang esok malam, anak bini aku yang jadi mangsa,” Fauzi mengeluh kuat.

“ Itulah kau, Lutfi. Aku dah ingatkan kau dulu. Jangan buat kerja-kerja haram ni. Bahaya,” bebel Fauzi.

“ Aku terpaksa, Fauzi. Kalau aku tak buat semua tu, anak bini aku nak makan apa? Sekarang ni kerja bukannya senang nak dapat. Kau tahu kan, aku bukan dari keluarga yang kaya macam kau. Tujuh keturunan pun belum tentu habis,” balas Lutfi panjang.

“ Kau nak aku tolong kau buat apa?”

“ Hah, macam nilah kawan. Aku nak kau tolong sediakan van untuk aku…”

“ Van? Kau nak buat apa?”

“ Untuk bawa orang-orang akulah. Aku takkan hantar sendiri semua barang tu. Mati aku kalau terserempak dengan Bobby. Lagipun, barang-barang tu yang lagi penting,” Fauzi hanya mengangguk.

*****

Seperti permintaan Lutfi, Fauzi menyediakan sebuah van untuk membawa orang-orang suruhan Lutfi.

“ Terima kasih, Fauzi. Aku takkan lupa jasa kau ni,” ucap Lutfi sambil memeluk sahabat baiknya itu.

“ Ini last aku tolong kau, Lutfi. Lepas ni, aku tak nak dah terjebak dengan kerja-kerja haram kau ni,” kata Fauzi.

Dia pernah meminta Lutfi bekerja dengannya. Namun, sahabatnya itu lebih senang mencari rezeki sendiri. Dia tidak mahu bergantung kepada orang, katanya. Fauzi memang langsung tidak menyokong apa yang dilakukan oleh Lutfi itu. Menjadi orang tengah sebuah syarikat untuk menghantar barang-barang yang diseludup.

“ Aku tahulah. Kau tolong tengok-tengokkan anak-anak dan isteri aku ya. Mungkin aku kena bersembunyi beberapa hari…”

“ Insya Allah. Tapi jangan lama sangat. Kesian Zana. Asyik dok menunggu laki dia,” Lutfi ketawa kecil.

“ Iyalah. Aku pergi dulu,” Lutfi terus masuk ke dalam van.

Sempat dia melambai sahabat baiknya itu. Fauzi tersenyum. Bilalah sahabatnya itu ingin berubah? Lebih baik melakukan kerja ala kadar sahaja daripada buat kerja haram begitu. Fauzi mengeluh. Matanya hanya menghantar van yang disewa daripada kedai sewa kenalannya itu sehingga hilang dari pandangan.

*****

“ Bang Fauzi, tolong saya. Abang Lutfi tak balik rumah dah seminggu. Saya tak tahu nak cari kat mana lagi. Risau saya dibuatnya,” Fauzi menggaru belakang kepalanya. Argh! Lutfi sengaja cari masalah!

“ Sabar, Zana. Nanti dia baliklah tu. Abang Fauzi pun tak tahu nak cari kat mana. Dia tak ada bagitahu Zana ke nak pergi mana?”

“ Tak,” Zana menggeleng laju. Saat itu matanya terpandang seorang kanak-kanak dalam lingkungan lapan tahun sedang bersembunyi di belakang Fauzi.

“ Macam nilah. Zana balik dulu. Nanti apa-apa hal, abang Fauzi call. Jangan risau sangat. Ingat anak-anak kat rumah,” Fauzi memandang isteri sahabat baiknya yang kelihatan sugul itu. Pasti sangat risau kerana Lutfi masih belum pulang.

“ Terima kasih, abang Fauzi. Saya tunggu panggilan abang Fauzi. Kalau abang Lutfi ada hubungi abang Fauzi, tolong bagitahu dia yang Zana dan anak-anak tunggu kat rumah,” Zana berpesan kepada Fauzi.

“ Baiklah. Pergilah balik…”

Zana yang datang seorang diri itu terus masuk ke perut teksi yang membawanya ke rumah banglo milik keluarga Fauzi tadi. Hatinya rasa sedikit lapang setelah berjumpa dengan Fauzi. Harap-harap sahabat suaminya itu akan membantunya.

Fauzi memandang anak perempuannya yang sedang memeluk kakinya. Dia tersenyum sendiri. Tangannya mengusap lembut kepala kanak-kanak itu.

“ Jom masuk, sayang,” Budak kecil itu mengangguk. Ditangannya sedang memegang teddybear sebesar badannya. Mereka beriringan masuk ke banglo tiga tingkat yang tersergam indah di belakang.

*****

Sekejap bangun, sekejap duduk. Fauzi kelihatan gelisah di tepi kolam renang. Telefon bimbit di tangan di tenung. Orang yang dihubungi tidak mengangkat panggilannya itu. Semakin risau di dibuatnya.

“ Papa,” Fauzi menoleh ke pintu. Anak perempuannya sedang berdiri di tepi pintu.

“ Mutia buat apa tak tidur lagi ni, sayang?”

“ Mutia tak boleh tidurlah, papa,” adu anak kecil itu. Fauzi mendukung tubuh kecil anaknya.  Punggung dilabuhkan di kerusi kayu berdekatan pintu.

“ Papa dodoikan Mutia ya,” Mutia mengangguk kecil.

Sejak ibunya meninggal dunia dua tahun lepas, Fauzilah menjadi Mutia untuk berkasih sayang. Dia sangat sayangkan papanya itu. Pernah juga neneknya memujuk papanya berkahwin lain. Namun, Mutia pasti akan mogok makan setiap kali neneknya membawa wanita yang akan menggantikan ibunya.

“ Ji, buat apa kat luar ni? Dah nak dekat dua belas malam. Bawak Mutia masuk,” Terjengul wajah tua ibu kepada Fauzi, Datin Hasmah.

“ Iyalah,” Fauzi bangkit dan mendukung anak tunggalnya naik ke tingkat atas. Datin Hasmah hanya menggeleng melihat anak dan cucunya. Apalah nasib mereka. Terkeluar keluhan kecil Datin Hasmah.

*****

Lutfi menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan setelah pasti tiada orang yang melihatnya, dia berjengket keluar dari sarang persembunyiannya. Jika ada yang nampak, pasti habis hidupnya dikerjakan. Tangannya laju mendail nombor telefon Fauzi. Lama menunggu, barulah panggilannya diangkat.

Hello, Fauzi. Aku ni, Lutfi,” Lutfi berkata perlahan.

Hah, muncul pun kau. Mana kau pergi? Zana dah risaukan kau,” balas Fauzi. Dia keluar dari bilik Mutia perlahan. Takut terjaga pula kanak-kanak yang baru tidur itu.

“ Aku masih kat pengkalan. Bos minta kami bersembunyi dulu. Ada rondaan pulak dua tiga hari ni,” beritahu Lutfi bagi membuang kerisauan Fauzi.

“ Lama lagi ke kau kat sana?” tanya Fauzi.

“ Aku pun tak tahu. Tapi, lepas semua selesai…aku baliklah. Aku pun dah rindu anak-anak dan isteri aku kat rumah,” Lutfi melilaukan matanya ke sekeliling. Takut polis yang buat rondaan lalu di kawasan terpencil itu.

“ Kalau aku, okey saja. Tapi, anak bini kau yang risaukan kau tu macam mana? Petang tadi, Zana datang rumah aku tanya pasal kau,” Lutfi mengeluh kecil. Dia sendiri yang cari masalah.

Pada mulanya, hanya orang-orang bawahannya sahaja yang perlu menghantar barang-barang yang diseludup. Tapi, entah macam mana pun dia tak tahu. Bobby memaksa dia untuk mengikut bagi menghantar barang-barang itu. Takut mereka bawa lari semua barang itu pula.

Hmmm, kau bagitahu Zana…dua tiga hari lagi aku balik. Cakap kat dia, aku kerja luar ke kena stay sebab ada masalah ke. Kau pandai-pandailah,” Fauzi mengurut dahinya. Bab menipu ini yang dia tak suka.

“ Tengoklah macam mana. Apa-apa hal, kau call saja aku,” pesan Fauzi. Dia memang terlalu risaukan keselamatan sahabatnya itu.

“ Okeylah. Aku kena pergi. Kau tolong jaga keluarga aku ya,” Lutfi menitipkan pesan kepada Fauzi.

Sebelum sempat Fauzi membalas, talian sudah diputuskan oleh Lutfi. Fauzi hanya mampu mengeluh. Apa yang harus diberitakan kepada Zana nanti? Lutfi…Lutfi. Suka bikin masalah.

*****

Fariz menoleh ke sebelah kanannya. Tan Sri Lutfi masih mengelamun. Sampaikan, mereka sudah tiba di tanah perkuburan pun lelaki separuh umur itu tidak perasan.

“ Pa…papa,” Fariz menggoncang bahu papanya. Masih tiada respons. Digawangkan pula tangan. Tiada juga respons. Kes berat dah ni.

“ Papa!” jerit Fariz di telinga Tan Sri Lutfi.

Tan Sri Lutfi seperti baru tersedar. Kelam kabut dia membetulkan duduk. Dipandangnya wajah sang anak.

“ Kenapa?”

“ Dah sampai. Papa tak nak turun ke? Tadi nak sangat datang sini,” kata Fariz sambil mengerutkan dahi.

Mata Tan Sri Lutfi meliar ke luar tingkap. Asyik sangat mengimbau kisah lama sehinggakan tidak perasan dia sekarang sudah tiba di tanah perkuburan Islam.

“ Jom, masuk. Ikut papa ziarah kubur kawan baik papa tu,” ajak Tan Sri Lutfi. Pemandu yang sedia berdiri di sisi pintu pantas membuka pintu untuk Tan Sri Lutfi.

Fariz turut keluar dari kereta Mercedes Benz milik papanya. Kemudian, mengikut langkah Tan Sri Lutfi masuk ke dalam kawasan tanah perkuburan. Cermin mata hitam yang tersangkut di T-shirt Polo diambil dan disangkutkan di batang hidungnya.

Tan Sri Lutfi berhenti di kubur yang tertulis nama ‘Mohd Fauzi Bin Hassan’ pada batu nisannya. Dia mencangkung di situ. Pusara itu sangat bersih. Langsung tiada rumput-rumput yang menjalar. Cuma, bunga-bunga kemboja sahaja yang kelihatan.

“ Fauzi, aku datang. Dah lama aku tak ziarah kau. Pusara kau bersih sangat, Ji. Aku datang sebab aku rindukan kau. Aku bawak anak aku, Fariz. Kau ingat tak lagi? Dulu, kau suka main dengan dia...kat rumah aku,” Tan Sri Lutfi berhenti berbicara. Dia mengelap air mata yang jatuh ke pipi tuanya.

“ Maafkan aku, Ji. Aku gagal jejak anak perempuan kau. Lepas kau meninggal, atuk dengan nenek dia bawa dia ke luar negara. Lepas tu, aku dah tak dapat cari dia lagi dah. Aku dapat berita Datuk Hassan dan Datin Hasmah meninggal kat Dubai dan pusara mereka juga di sana,” sambungnya lagi.

Fariz diam. Dia hanya mendengar luahan papanya sahaja. Sedikit sebanyak, hatinya tersentuh. Begitu rapatkah hubungan Tan Sri Lutfi dan sahabatnya?


To be continued…

Friday 27 December 2013

e-novel : Pearl Episode 1 - Part 2

Lima tahun yang lalu…

“ Berita terkini. Seorang ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Lutfi mendakwa dirinya sering diugut oleh individu yang hanya dikenali sebagai Pearl. Setelah tidah tahan dengan semua ugutan terhadapnya, pemilik Eclipes Holdings itu telah melaporkan kepada pihak polis mengenai ugutan yang diterimanya. Dan, pihak polis sedang menjalankan penyiasatan mereka. Ketua polis negara menyarankan sesiapa yang mengenali Tan Sri Lutfi memberi kerjasama. Kita beralih pula ke berita luar negara…”

Siaran televisyen yang sedang terpasang, ditutup.

“ Kau memang cari nahas, Lutfi. Kau memang tak sayangkan keluarga kau kan,” Pearl menumbuk meja dengan kuat. Sakit yang menular di tangannya tidak dihiraukan.

“ Bos, kita nak buat apa sekarang?” tanya Opie, orang kanan Pearl.

“ Nak buat lagi? Aku nak kau bawa Loni dan John pergi rumah jantan tak guna tu,” arah Pearl tegas.

“ Tapi, bos…”

“ Apa?!” jerkah Pearl. Bingit juga telinga Opie mendengar suara nyaring Pearl itu.

“ Bos, rumah jantan tu mesti penuh de…dengan polis punya. Bahaya, bos,” balas Opie, takut-takut.

“ Aku bukan nak kau pergi masuk rumah jantan tu, bodoh. Aku nak korang tengok, apa yang berlaku kat rumah tu. No more excuses. Go!” Opie terkocoh-kocoh mengeluarkan telefon bimbitnya.

Pearl berlalu ke dapur. Dia membuka peti sejuk dan mengambil satu tin Coke. Diminumnya air bergas itu dengan rakus. Hatinya panas kerana perbuatannya telah dibongkar. Semakin meluap-luap kemarahannya terhadap Tan Sri Lutfi. Tin Coke yang kosong digenggam kuat. Habis kemek tin air itu.

“ Kau belum kenal aku, Lutfi. Aku akan buat kau merana,” kata Pearl, geram.

*****

Sementara, di rumah Tan Sri Lutfi dikelilingi oleh polis yang mengawasi kawasan rumah banglo tiga tingkat itu. Dia sendiri yang meminta agar ada polis yang menjaga keselamatannya dan keluarga.

“ Papa kenal ke dengan Pearl ni?”

“ Daripada surat ugutan yang papa dapat, papa rasa dia macam kenal sangat dengan papa. Pearl tu memang bodoh, dia sendiri yang cari penyakit. Dia sendiri meletakkan gelarannya di setiap surat ugutan yang dia hantar,” ujar Tan Sri Lutfi.

“ Fariz tak rasa dia bodoh, pa. Pasti ada sebab dia letakkan gelaran tu kat surat-surat tu semua. Lagipun, hanya gelaran dia saja yang kita tahu. Memang susah pihak polis nak cari dia,” balas Fariz.

“ Kamu kan polis, Fariz. Takkan tak ada jalan nak cari siapa yang ugut papa kamu ni?”

“ Memanglah, mama. Tapi, Fariz tak dibenarkan ambil bahagian dalam kes ni sebab Fariz pun terlibat jugak dalam kes ni secara tak langsung. Dia orang tak nak nanti ada yang terbocor apa-apa. Mama tahukan setiap maklumat polis adalah sulit,” Puan Sri Zana hanya mengangguk.

“ Tak apalah. Buat masa ni, papa nak Fariz tinggal aje kat sini. Buat sementara waktu, jangan balik apartment kamu tu…”

“ Baiklah, pa. Ketua Fariz pun suruh Fariz stay kat sini. Takut kalau Pearl ambil tindakan selanjutnya. Daripada gaya ugutan dia, nampak macam dia langsung tak takut dengan pihak polis,” Tan Sri Lutfi mengeluh. Siapalah yang nak porak perandakan hidupnya ini?

Memanglah dia ada ramai musuh dalam perniagaannya. Tetapi, dia langsung tak sangka sampai menjadi kes polis. Semakin hari, semakin kasar cara Pearl mengugutnya. Dia paling risaukan ahli keluarganya. Anak perempuan sulung dan keduanya telah dihantar ke luar negara. Hanya Fariz sahaja yang berdegil untuk terus di sini.

Opie, Loni dan John berpura-pura melalui kawasan perumahan Tan Sri Lutfi. Toyota Vios yang dipandu John bergerak perlahan sebelum berhenti tidak jauh dari banglo tiga tingkat itu.

“ Orang kaya memang penakut!” bentak Opie. John dan Loni tersentak.

“ Kenapa Opie?” tanya John.

“ Iyalah. Cuba korang tengok. Bos baru gertak sikit aje, keliling rumah penuh dengan polis. Memang dasar pengecut,” tukas Opie.

“ Alah, bukan kau tak tahu. Dia orang takut rumah yang gah macam tu kena rompak, habislah harta yang dia orang kumpul tu. Dasar tamak haloba, macam tulah,” tambah Loni. John mengangguk setuju.

“ Bos pun anak orang kaya jugak dulu kalau korang nak tahu. Bapak dia bukan sembarangan orang tau…”

“ Eh, Opie. Kau ceritalah sikit pasal bos kita tu. Kita orang pun nak tahu jugak,” John mula menunjukkan minat untuk mengetahui kisah hidup bos mereka yng digelar Pearl itu.

“ Bos yang aku kenal memang sangat baik. Lemah lembut aje orangnya. Nak tengok dia marah pun susah. Bapak dia memang sayang gila kat dia. Semua yang bos nak, mesti dapat punya. Kereta sport, pakaian berjenama, barang kemas dan banyak lagilah. Tapi, lepas bapak dia mati, semua kawan-kawan bapak dia dengki. Habis harta bos dia orang kikis. Bos pulak masa tu, naïf lagi,” cerita Opie.

“ Maksudnya, dia nak balas dendam dekat kawan-kawan bapak dialah ni. Sebab tu, dia upah kita buat kerja untuk dia?”

Of course. Kadang-kadang kan, aku rindu bos aku yang dulu. Bukan bos yang penuh dengan dendam kesumat macam sekarang. Aku macam dah tak kenal dia lagi,” keluh Opie.

“ Alah, kau ni. Bajet kau ni rapat sangat dengan bos,” John dan Loni ketawa serentak.

“ Aku ni bodyguard boslah dulu,” beritahu Opie. John dan Loni terpempan. Mereka ingat Opie macam mereka juga, diupah untuk buat kerja ugut mengugut ni.

“ Kau biar betul, Opie…”

“ Betullah, John. Kita tiga orang aje pekerja upahan bos. Bos tak nak upah ramai-ramai. Tak mahu ambil risiko katanya,” kata Opie.

Fariz mundar mandir di balkoni biliknya. Saat itu matanya terpandang kereta Toyota Vios yang berada tidak jauh dari situ. Kereta siapa pula yang berhenti kat situ malam-malam ni? Namun, Fariz hanya membiarkan sahaja. Mungkin hanya pasangan kekasih yang sedang memadu kasih ke. Otak sewel betul si Fariz ni.

*****

Opie menolak daun pintu apartment Pearl. Dia mencari kelibat bosnya itu. Pintu kamar Pearl dibuka sedikit. Telinganya menangkap bunyi air dari dalam bilik air. Pasti bosnya itu sedang mandi. Opie terus beredar dari bilik Pearl dan menghalakan langkahnya ke ruang tamu. Tangannya mencapai remote control dan menekan punat ‘ON’.

“ Macam mana?” Tersentak Opie dibuatnya. Entah bila Pearl selesai membersihkan diri pun dia tak tahu.

“ Setiap penjuru rumah, ada polis yang mengawal,” maklum Opie ringkas. Dia pasti Pearl tidak suka mukadimah panjang.

Just expecting that. Dasar jantan pengecut!” bentak Pearl. Tangan mengepal penumbuk. Opie terdiam. Biarlah Pearl melunaskan kemarahannya dulu.

“ Ada orang nampak korang tak?”

“ Ada, bos. Inspector Fariz, anak lelaki jantan tu,” Bukan dia tak nampak si Fariz tu di balkoni. Dan, dia tahu Fariz perasan kereta mereka yang terparkir berdekatan dengan rumah orang tuanya itu.

“ Bagus. Tapi, aku tahu anak dia tak akan expect yang korang adalah orang-orang aku,” kata Pearl sambil tersenyum sinis.

“ Sampai bila kau nak berdendam dengan Tan Sri Lutfi, Pearl?”

“ Sampai dia menyesal dengan perbuatan dia, Opie. Aku akan pastikan hari tu tiba. Dan aku nak dia bersihkan nama papa aku,” balas Pearl. Dia duduk di sofa.

“ Tapi, bukan ini caranya. Aku tahu kau tak akan biarkan orang yang terlibat dalam pembunuhan papa kau terlepas. Satu aje yang aku tak faham. Kenapa mesti Tan Sri Lutfi aje yang kau berdendam? Sedangkan bekas partner papa kau yang lain bersenang lenang,” Pearl memandang Opie tajam.

Opie seorang gadis yang berperwatakan seperti lelaki. Dia sudah biasa dengan keganasan sejak diupah menjadi bodyguard Pearl dulu. Pearl sudah menganggap Opie sebagai kawan baiknya. Cuma, kadang-kadang Pearl selalu memarahi Opie ikut suka hati dia saja.
“ Kalau kau tak suka terlibat dengan dendam aku ni, kau boleh belahlah. Aku boleh buat kerja ni seorang,” Pearl bersuara keras.

“ Aku sayang kau, beb. Aku dah janji dengan papa kau nak jaga kau. Macam mana sekalipun sikap kau kat aku, marah kau kat aku…aku terima. Tapi, tolong. Jangan halau aku,” ujar Opie.

“ Tahu pun kau. Aku nak hidup Tan Sri Lutfi hancur. Aku nak dia rasa macam mana papa aku sengsara sebab nak selamatkan dia. Kalau bukan sebab jantan tu, papa aku takkan mati!”

“ Kau tahukan, orang yang kau ugut tu kawan baik papa kau. Takkan kau nak musnahkan satu-satunya kawan baik papa kau tu?”

Huh, kawan baiklah sangat. Kenapa dia tinggalkan papa aku macam tu aje masa papa aku susah? Papa aku bukan main tolong dia lagi. Sanggup tidur dalam penjara daripada tengok kawan baik dia tu dituduh membunuh…”

Opie terdiam. Ada benarnya juga kata-kata Pearl tu. Kawan yang baik takkan tinggalkan kawannya yang dalam kesusahan. Tambahan pula, kesusahan itu kerana ingin melindungi sahabat baiknya.

*****

Beberapa hari selepas itu…

Tan Sri Lutfi diiringi beberapa orang polis ketika menghadiri mesyuarat di Eclipes Holdings. Fariz turut menemani papanya. Takut pula Pearl mengambil tindakan seterusnya ketika Tan Sri Lutfi menghadirkan diri ke syarikat. Lebih baik mereka berjaga-jaga. Para pekerja Eclipes Holdings juga disarankan agar bersikap tenang sahaja.

Mereka dinasihatkan supaya tidak mengambil serius mengenai kes Tan Sri Lutfi. Tambahan pula, Tan Sri Lutfi tidak mahu sesiapapun dari syarikatnya itu terlibat dalam kesnya. Tak pasal-pasal kecoh pula nanti.

Setelah selesai bermesyuarat, Tan Sri Lutfi mengarahkan pemandunya agar membawanya ke tanah perkuburan Islam yang berada tidak jauh dari situ.

“ Papa nak pergi ziarah kubur siapa?” tanya Fariz bingung.


“ Arwah kawan baik papa,” jawab Tan Sri Lutfi senada. Dia membuang pandang ke luar tingkap. Dia masih ingat lagi kejadian malam itu. 

To be continued...

Cerpen : Dia...Mr All Right 3

Irine bersiap ala kadar sahaja apabila Haji Radhi dan Hajah Syakirah memintanya menemani mereka ke majlis perkahwinan anak kawan mereka dan juga merangkap sahabatnya ketika dia menjadi model dulu. Cukup hanya baju kurung jenis kain kapas berona biru muda tersarung di badan. Untuk tidak menampakkan terlalu simple, Irine turut mengenakan rantai labuh. Rambutnya dibiarkan lepas dan turut memakai hair  band. Nampak comel sahaja.

Sebaik tiba di rumah kenduri, keluarga Haji Radhi bersua muka dengan tuan rumah dahulu sebelum ke meja makan.

“ Sampai pun kau, Radhi. Ingat tak datang dah tadi,” kata Datuk Sulaiman, sahabat Haji Radhi.

“ Haih, mana boleh tak datang. Sibuk mana pun, sahabat kena utamakan jugak. Tak gitu?”

“ Iya…iya. Eh, jemputlah makan dulu. Nanti kita berborak panjang lagi,” jemput Datuk Sulaiman.

Haji Radhi, Hajah Syakirah dan Irine bergerak ke meja yang masih kosong lagi tiga kerusi itu. Memang rezeki merekalah kerana meja lain sudah penuh.

“ Maafkan saya. Ada orang ke duduk kat sini?”

“ Tak ada. Duduklah,” balas tetamu yang agak sebaya dengan Haji Radhi itu. Haji Radhi, Hajah Syakirah dan Irine menarik kerusi dan melabuhkan punggung mereka di situ.

“ Irine?” Irine mengangkat wajahnya yang sedari tadi asyik sangat membalas mesej dari Sofea.
Boss?”

“ Eh, kamu berdua kenal ke?” soal Haji Radhi.

“ Nilah boss baru Lea, abah, ammi,” maklum Irine.

“ Lah, ye ke? Kecil jugak dunia ni ya,” kata Haji Radhi.

“ Ha’ah. Saya, Albar. Ini isteri saya, Wahida. Dan dua orang buah hati pengarang jantung kami, Faris dan juga Farisya,” Tengku Albar memperkenalkan ahli keluarganya kepada Haji Radhi sekeluarga.

“ Saya, Radhi. Syakirah, isteri saya dan puteri bongsu kami, Irine Azalea,” Irine tersenyum nipis. Nama penuh dia, si abah beritahu.

“ Kenalan Datuk Sulaiman ke?” tanya Tengku Albar ramah.

Izale pula asyik memerhatikan Irine yang sangat berseri dengan penampilan barunya. Nampak comel dalam persalinan baju kurung itu. Farisya yang menyedari abangnya yang asyik dok usha anak dara orang itu, menyenggol pinggang Izale.

“ Kawan masa sama-sama buat haji beberapa tahun lepas. Lepas balik sini, selalu juga berjumpa,” jelas Haji Radhi.

“ Oh, maknanya kita ni pernah buat haji sekalilah ya? Sebabnya, saya pun kenal Datuk Sulaiman masa pergi buat haji beberapa tahun lepas jugak…”

“ Iya? Tak perasan pulak saya. Mungkin masa tu ramai orang agaknya,” balas Haji Radhi.

“ Jadi, Irine ni kerja kat TFI Holdings lah ya?”

“ Ha’ah, dah dua tahun pun,” jawab Irine sambil tersenyum. Hajah Syakirah dan Tengku Wahida hanya berbalas senyuman.

“ Tak perasan pulak, saya ada staff secantik ni,” Tengku Wahida mengerling suaminya. Ini macam nak menggatal saja.

“ Itu maksudnya ramai lagilah orang yang cantik-cantik kat dalam company tu. Sebab tu tak perasan,” Irine berkata dalam nada bersahaja.

“ Alah, humblelah pulak,” sampuk Izale. Tengah nak cari pasallah tu.

“ Memang pun. Tak tahu lagi ke?” balas Irine sambil buat muka.

“ Tak tahu pulak. Bekas model, Irine ni, pa. Tapi, Ris tak pernah jumpa pulak kat mana-mana fashion show,” Irine menjegilkan matanya kepada Izale.

“ Oh, bekas model. Kenapa Irine berhenti jadi model?” tanya Tengku Wahida. Nadanya macam kurang suka dengan pekerjaan Irine dahulu. Hajah Syakirah seakan mengerti nada kurang senang Tengku Wahida.

“ Dah sampai masa untuk saya resign. Lagipun, jadi model ni perlukan banyak commitment. Irine dah puas dengan kerja tu,” Irine menjawab soalan Tengku Wahida tenang.

“ Baguslah. Lepas ni bolehlah Irine nasihatkan sikit Arisy ni. Tak larat nak berleter dah,” Semua di situ ketawa. Cuma, Farisya sahaja dengan muka cemberut. Tidak puas hati dengan guarauan kasar mamanya.

“ Kenapa, Wahida? Awak tak suka dia jadi model ke?”

“ Memang tak suka, Syakirah. Susah sangat nak lekat kat rumah. Kita ni sebagai ibu, mestilah risau kan. Entah makan ke tidak, cukup ke tidur. Sampaikan nak habiskan masa bersama pun tak sempat,” luah Tengku Wahida. Begitu rupanya.

“ Aduh, mama ni. Dah Arisy suka job ni. Cuba Arisy tak suka, memang taklah nak jadi model segala ni,” celah Farisya.

“ Kalau dah suka ni, memang susah sikitlah nak stopkan dia. Tak apa, Albar, Wahida…lama-lama nanti Farisya dah bosan, berhentilah tu,” Haji Radhi memberi pandangan.

“ Harapnya begitulah. Setiap kali ada show, si abang ni yang jadi mangsa kena tolong tengokkan dia. Kita kat rumah ni tentulah risau,” Tengku Albar mengerling puteri bongsunya.

“ Irine minat ke jadi model ni? Auntie teringinlah jugak nak tahu…”

“ Hmmm…suka sangat. Maybe masa kecil dulu Irine selalu ikut ammi pergi fashion show kot,” Hajah Syakirah tergelak kecil. Memang dia yang mendedahkan Irine ke dunia modeling kerana ketika itu dia merupakan salah seorang fashion designer.

“ Syakirah pun model jugak ke?” soal Tengku Wahida dalam nada terkejut.

“ Hesy, taklah. Saya dulu, fashion designer. Tapi sekarang ni dah pencen. Duduk rumah jaga cuculah. Jadi fashion designer untuk cucu-cucu pulak,” ujar Hajah Syakirah.

“ Patutlah Irine minat dengan modeling ni. Rupanya ada pendorong. Baguslah sekarang ni dah berhenti. Ada juga ruang untuk keluarga,” kata Tengku Albar yang tadinya hanya mendengar sahaja.

“ Alhamdulillah, Albar. Kebetulan dia berhenti masa kami berdua balik dari buat haji, memang bersyukur sangatlah,” Haji Radhi meluahkan rasa gembiranya.

Irine melebarkan senyuman. Seketika kemudian, seorang lelaki menghampiri meja mereka sambil menatang dulang berisi makanan. Sengaja Datuk Sulaiman menerapkan majlis perkahwinan anak perempuannya lebih kepada gotong-royong. Barulah ada perasaan seperti berada di kampung.

Selesai sahaja Irine makan, dia meminta diri untuk berjumpa dengan pengantin. Izale dan Farisya juga turut bangun dan berlalu ke khemah pengantin.

“ Kak Irine, dulu kak Irine under agency mana?” soal Farisya.

Judy’s Agency. Tahu?”

“ Gilalah. Famous kot agency tu. Arisy pun kalau boleh teringin sangat nak masuk agency tu,” Izale membesarkan matanya.

“ Jangan nak merepek. Tak larat abang nak ikut kau pergi semua show tu, dik,” Izale menggelengkan kepalanya tanda tidak sanggup. Farisya mencebik.

“ Apa kata Arisy try ElCee’s Top Model?”

“ Tak pernah dengar pun sebelum ni, kak,” Farisya buat muka blur.

“ Mestilah tak pernah dengar. ElCee’s Top Model ni untuk model yang lebih suka dengan gaya muslimah. Salah seorang model dia orang, pengantin kita hari nilah,” Irine menalakan tangan kanannya kepada pengantin perempuan. Mahu tak terperanjat si pengantin kerana tiba-tiba jadi topik bualan si Irine ni.

“ Apanya ni, Cik Irine?”

“ Ni hah. Aku famouskan butik kau, Elia,” jawab Irine sambil tersenyum.

“ Ye ke? You pun ada, Izale? Farisya pun. You all datang sekali ke?” soal Elia. Wajahnya berseri-seri. Seri pengantinlah katakan. Tambahan pula, Elia juga merupakan model di butik miliknya sendiri.

“ Taklah. Family aku datang dulu. Barulah family cik ni,” Izale menjawab terlebih dahulu.

“ Oh, gitu. Dah makan?” Ketiga-tiga mereka mengangguk serentak.

“ Husband you mana? Tak nampak pun,” Izale melilaukan matanya mencari pengantin lelaki.

“ Ada kat depan sana. Kawan-kawan dia baru sampai,” beritahu Elia.

“ Arisy tak tahu pun kak Elia ada butik? Baru buka ke?”

“ Taklah. Dah dua tahun lebih. Arisy sibuk sangat ni sampai tak sempat nak usha mana-mana butik. Masa perasmian butik tu, kak Elia tak kenal Arisy lagi kot.”

“ Tengku Izale pun ada?” Irine tergelak apabila melihat Izale hanya berdiri statik di tempatnya. Mungkin terkejut dengan sapaan itu. Hanya staf TFI Holdings sahaja yang memanggilnya, Tengku Izale.

“ Kau pun ada, Rinrin. Sibuk aje,” Kecil besar aje aku tengok kau, gumam Irine di dalam hati.

Korang kenal ke?” soal Elia pelik. Dia memang tahu sepupunya, Diana bekerja dengan syarikat Tengku Albar. Tapi, tidak pula dia tahu Izale dan Irine turut mengenali Diana.

“ Uishh, apa tak kenalnya minah kepoh ni. Paling bising kat office, dialah,” balas Irine selamba.

“ Eleh, kau jealous sebab aku famous kat office tu kan. Ni aku pelik. Macam manalah kau boleh datang dengan Tengku Izale ni,” Nak bergosiplah tu. Tengoklah esok, pasti riuh satu office pasal Izale dan Irine pergi majlis perkahwinan sepupunya sekali.

Famous dengan mulut kau yang tempayan tu buat apa. Buang masa aje,” Irine masih belum mengalah. Sudah lama dia geram dengan Diana ni. Dasar mulut laser.

“ Haih, sudah-sudahlah bergaduh tu. Tak puas lagi bergaduh kat office. Kat majlis macam ni pun korang nak bising jugak,” Izale pantas cuba meleraikan pergaduhan di antara Irine dan Diana. Kalau dibiarkan nanti, habis musnah majlis si Elia ni.

“ Entah dia ni. Tengku janganlah marah. Biasalah, kita orang ni bergaduh manja aje. Kan, Rinrin?”

“ Tak ada masa nak gaduh manja dengan kaulah,” Hilang terus mood Irine melihat wajah Diana yang suka mengada-ngada tu.

“ Irine, kau free tak bulan depan?”

“ Bulan depan? Tak surelah. Kenapa?”

“ Bulan depan aku nak rasmikan cawangan ElCee’s Top Model kat Melaka. Tapi, aku tak jumpa lagi model yang sesuai untuk gaun special aku tu. Dah alang-alang jumpa kau kat sini, boleh aku tempah kau awal-awal,” Mahu terbeliak mata Diana. Sepupunya tidak tahukah? Dia juga layaklah!

“ Eheh, apa kata kau ambil aje Arisy. Lebih kurang sama aje kita orang ni,” Irine cuba menolak cara baik. Dia belum berminat lagi untuk berkecimpung kembali dalam dunia modeling.

“ Kenapa kau tak bagi aku aje, Elia?”

“ Kau tak sesuailah, Diana. Kalau kau kurus sikit lagi, aku bagi kau jadi model butik aku…”

“ Menyampahlah kau. Panas pulak, lama-lama kat sini. Aku masuk dululah. Jumpa esok ya, Tengku,” Izale hanya tersenyum.

“ Kau dengan Diana memang selalu bergaduh ke kat office?”

“ Selalu sangat, Elia. Ada sekali tu, dia sabotaj aku punya paperwork. Mahu tak angin satu badan aku ni. Tak habis-habis nak cari pasal,” Elia hampir tergelak kuat. Tapi dia masih ingat di mana dia berada. Nanti apalah kata tetamu, melihat pengantin perempuan ketawa macam mak lampir.

“ Dia dengki kat kak Irinelah tu. Entah-entah nanti jadi bestfriend forever. Mana tahu,” sampuk Farisya.

“ Lebih baik macam tu daripada dok dengar suara dua orang ni bergaduh. Sakit telinga. Kalau suara tu perlahan tak apa, ini satu office dengar. Nasib baik department lain tak boleh dengar suara yang tak berapa nak merdu tu. Malu Tengku Faris Izale ni sebagai boss,” tempelak Izale perlahan.

“ Amboi, boss. Mengadu nampak. Tuan punya badan ada kat depan boss ni,” Irine mengerdipkan matanya.

“ Eh, maaf. Terlupa pulak,” Farisya dan Elia tergelak kecil. Comel pula tengok Izale dan Irine bergaduh kecil.

“ Dahlah, malas nak layan. Aku balik dululah, Elia. Abah dengan ammi aku dah tunggu tu. Malam ni nak pergi rumah abang aku pulak,” Irine menarik tangan Elia.

“ Iyalah. Nanti kalau si Tengku Faris aka boss kau ni bagi cuti, datanglah butik aku. Boleh sembang lama,” pesan Elia.

“ Tahun ni tak ada cuti. Harap maklum,” Izale menjeling Irine.

“ Tak nak bagi cuti pun tak apa, boss. Cuti tahun kita banyak lagi,” Farisya ketawa lepas.

“ Bukan kak Diana aje yang suka cari gaduh. Abang Ris pun sama rupanya,” Izale meluku kepala Farisya perlahan.

“ Tahu tak apa. Balik dulu,” Irine memeluk Elia dan turut bersalam dengan Farisya sebelum beransur pulang.


Izale menghempas punggungnya ke kerusi kuat. Mahu naik tekanan darahnya kalau hari-hari begini. Masuk saja office, semua stafnya asyik bergosip pasal dia dan Irine. Tak guna punya si mulut tempayan ni. Izale melonggarkan sedikit tali lehernya supaya udara boleh masuk.

Boss,” panggil Irine dalam nada berhati-hati. Takut dia pula kena sembur dengan Izale.

“ Ada apa?”

“ Maaf. Tadi saya ketuk pintu boss banyak kali, tapi boss tak jawab. Sebab tu, saya masuk terus. Cik Puan Linda minta boss jumpa dia lunch nanti,” Izale melepaskan keluhan berat.

“ Sejak bila pulak kau jadi secretary aku ni?” soal Izale dalam nada tegas.

Since boss ajak saya pergi jumpa that annoying women last week. Dia call boss, tak berangkat. So, dia hubungi saya,” jelas Irine.

Okay. Kejap lagi aku call dia balik. Anything else?”

No. Tapi, boss okay ke?” tanya Irine perlahan.

Okay aje,” jawab Izale malas. Matanya ralit memandang gambar keluarganya di atas meja.

“ Erm, okay. Saya keluar dulu. Make sure boss call Cik Puan Linda tu ya,” Sebelum keluar. Irine mengingatkan Izale sekali lagi.


“ Macam mana? Tengku marah tak?” tanya Azyan sebaik Irine kembali ke mejanya.

“ Macam okay. Tapi, muka dia nampak tegang. Cik mulut tempayan tu dah pergi mana? Irine tak nampak pun dia,” Irine menarik helaian kertas dari dalam laci mejanya.

“ Pergi mana lagi. Pantrylah. Siapa suruh mengata boss lagi? Bila kena marah teruk, reti pulak menangis bagai. Itulah namanya, bergosip tak hengat dunia,” balas Azyan. Walaupun mulutnya berbual dengan Irine, tumpuannya masih pada kerja. Meja mereka hanya bersebelahan sahaja.

“ Kesian jugak Irine tengok dia kena marah teruk tadi. Maybe boss pun tak ada mood kot pagi ni. Dengar pulak gosip pasal dia, mahu tak bengang. Kalau Irine pun bengang jugak, tapi Irine ni kan cool. So, tak adalah sampai nak touché si Diana tu,” kata Irine panjang.

“ Kalau Irine yang touché dia, memang dia berani balas balik. Kak Yan sure sangat. Memang Irine dengan tengku pergi kenduri tu sekali ke?”

“ Taklah, kak Yan. Irine pergi dengan family Irine. Boss pulak pergi dengan family dia. Kita orang terserempak kat meja makan. Itu pun boss yang tegur dulu. Lepas tu baru family kami kenal-kenal. Kebetulan pulak, parents kita orang pergi buat haji sekali. Masa Diana ternampak kami tu, kami tengah berbual dengan sepupu dia,” jelas Irine dengan jelasnya. Takut timbul salah faham pula nanti.

“ Patutlah. Itulah orang kata, nak bergosip apa pun pastikan gosip yang disampaikan tu benar. Boleh timbul fitnah kalau cerita yang disampaikan tu tak betul,” hujah Azyan pendek.

“ Betul tu, kak Yan,” sokong Irine.

“ Irine,” Irine mendongak. Terkejut melihat jejaka kacak di depannya kini.

Boss? Ada apa?”

“ Nanti teman aku jumpa Linda. Tunggu aku kat bawah pukul dua belas setengah. Aku keluar jumpa client dulu. Make sure jangan lambat,” Irine hanya mengangguk. Hendak menolak takut si Izale ni berangin lagi. Tak sanggup lagi nak tengok muka singa Izale lagi.

Izale terus berlalu keluar dari office setelah meninggalkan pesan kepada Irine.

“ Kenapa Tengku tak ajak Kamalia aje? Irine bukan secretary Tengku pun,” Azyan bingung seketika.

“ Memanglah bukan, kak Yan. Boss tak suka client kita yang ni. Irine perasan client ni suka dok menggoda boss,” Kau pula yang bergosip ya, Irine.

“ Patutlah. Tengku kan alergik sikit dengan perempuan yang suka menggoda ni…”


“ Iya ke, kak Yan? Wah, isu best ni,” Irine ketawa kecil. Seronok apabila mengetahui kelemahan Izale. Patutlah Izale meminta bantuan Irine ketika menghadiri fashion show minggu lepas.