Monday 16 September 2013

cerpen : Baby's Breath with Roses Love 4


“ Tak puaslah berbual dengan Airisy. Ada masa datanglah sini. Selalunya hari minggu, walid dan ummi ada di rumah,” Hajah Zaharah agak keberatan untuk membiarkan Airisy pulang.

“ Hisy, awak ni. Dia masih ada keluarga lagi. Nanti risau pulak anak dara mereka tak balik-balik lagi. Dah pukul sepuluh lebih dah ni,” celah Haji Zainal.

“ Entah ummi ni. Kalau macam ni gayanya, akak kena tinggal teruslah kat sini,” sampuk Izara pula. Airisy menayangkan sengihannya kepada Adam. Dia membuat isyarat kepada Adam agar menghantarnya pulang dengan segera.

“ Okay. Buddiesku sekalian. Saya perlu menghantar tetamu kita pada hari ini pulang ya. Harap kalian memberi bantuan kepada saya dengan membenarkan gadis ini pulang,” Airisy cuba menahan tawanya. Dah macam filem melayu berbahasa baku pula.

“ Yelah. Takkan nak hantar Airisy pakai kain pelikat aje. Tak sopan sungguh anak teruna ummi ni,” tegur Hajah Zaharah.

“ Janji ada pakaian juga. Lagipun, dah malam ni. Bukan nak berhenti dekat mana-mana pun. Duduk dalam kereta aje. Airisy, cepat. Nanti tak pasal-pasal family awak buat report polis pulak,” Adam sengaja menyebut polis. Baru umminya nak lepaskan Airisy. Dia menekan alarm kereta BMW 5-series sedannya dan memanaskan enjin kereta.

“ Airisy balik dululah, ummi, walid, Zara. Lain kali Risy datang lagi. Insya Allah,” Airisy bersalaman dengan Hajah Zaharah dan Izara.

“ Ajak parent kamu sekali, Airisy. Boleh kenal lebih dekat lagi,” Mendalam betul maksud kata-kata Haji Zainal itu.

“ Insya Allah, walid,” balas Airisy lembut.

“ Bawak kereta tu elok-elok, Adam. Hujan lebat ni,” pesan Hajah Zaharah.

“ Baik, mem,” balas Adam sebelum masuk ke dalam kereta.

Mereka menghantar kereta Adam sehingga hilang dari pandangan. Selepas kereta Adam hilang dari pandangan mata mereka, barulah mereka masuk kembali ke dalam rumah.

“ Saya nak isi minyak kat depan tu sekejap. Tak pasal kereta mati tengah jalan pulak nanti. Naya aje kena tolak kereta dalam hujan,” kata Adam.

“ Awak tolak soranglah. Saya balik naik teksi. Boleh macam tu?” Airisy memandang Adam.

“  Tak kisah,” Airisy mencebik. Mereka tiba di stesyen minyak yang berdekatan. Adam mencapai dompetnya dan mematikan enjin kereta.

“ Nak apa-apa tak?” soal Adam.

“ Get me…cadbury,” pinta Airisy. Adam keluar ke kaunter pembayaran sebelum masuk ke dalam kedai untuk membeli coklat untuk Airisy.

Airisy ketawa kecil di dalam kereta. Rasa kelakar pula melihat Adam berbaju T purple dan kain pelikat kotak-kotak kecil berwarna coklat. Nampak santai sahaja. Otak Airisy sudah berangan macam-macam. Aduh…sakit otak kalau macam ni selalu.

“ Your cadbury,” Adam menyerahkan plastik berisi coklat kepada Airisy. Dia kemudiannya mengisi petrol. Airisy perasan akan mata-mata yang memandang Adam. Siapa suruh handsome sangat. Anugerah Allah, omel Airisy.

“ Thank for the cadbury,” ucap Airisy apabila Adam masuk kembali ke dalam kereta.

“ My treat,” potong Adam. Mereka meneruskan perjalanan ke rumah Airisy. Hujan pula semakin lebat.

“ Thank you,” ucap Airisy lagi. Dia baru ingin membayar kembali harga coklat itu.

“ Jangan amalkan sangat makan chocolate. Tak sihat,” pesan Adam. Tenang sahaja dia memandu.

“ Untuk Aniqlah. He love chocolate so much,” balas Airisy.

“ Budak-budak lagilah tak elok makan benda-benda manis macam ni,” bidas Adam.

“ His late mum love chcocolate. So, ini cara Aniq ingat pada ibu dia. Kadang-kadang, dia sampai tak boleh tidur kalau tak nampak chocolate dekat depan mata dia. Now, it become his habit…wajib makan chocolate sebelum tidur,” cerita Airisy.

“ Tak cuba asuh dia tinggalkan chocolate?”

“ Pernah. Dia masuk wad…seminggu,” jawab Airisy.

“ Sampai macam tu sekali?”

“ Budak-budak. Lagi kita halang, makin dia nak. So, just let it be. Dia dah boleh fikir sendiri nanti, pandai-pandailah dia,” kata Airisy.

“ I hope my child…dengar cakap,” balas Adam selamba.

“ Ahah…gaya macam awak dah anak aje. Anak kucing ye, Encik Adam,” usik Airisy.

“ Pandai kenakan saya ya. One daylah. Sekarang memang taklah. Calon pun tak ada,” Airisy tergelak kecil.

“ Rasa macam cepat aje masa berlalu. Saya rasa macam baru semalam aje saya masuk tadika. Tup tup, dah besar panjang. Kena fikir pasal kerja, kahwin, suami, anak and so on.”

“ Setuju. Inilah yang dinamakan…hidup. Dah lumrah kita sebagai manusia. Macam mana susah pun, kena juga hadapinya,” hujah Adam.

“ Betul tu. Sampai dekat bus stop depan tu nanti, awak belok kiri ya. Rumah saya dah tak jauh,” beritahu Airisy. Takut Adam tersilap jalan pula nanti.

“ Baik, Cik Elle,” balas Adam sambil mengangkat kirinya ke dahi. Tanda hormat.

“ Elle? Actually…dah lama tak dengar orang panggil saya macam tu. How I wish that person is here,” luah Airisy tanpa sedar.

“ That person? Someone special ke?” Adam membelokkan keretanya apabila tiba di bus stop yang dimaksudkan oleh Airisy tadi.

“ Abang sayalah. Dia orang pertama yang panggil saya, Elle. Tapi, bila dah masuk umur tahap boleh kahwin ni segan pula orang panggil, Elle,” jawab Airisy.

“ Saya rasa biasa aje. Lagipun, cute apa panggilan tu,” Adam cuba mengusik. Airisy memandang Adam sambil tersenyum.

“ Cute awak kata. Awak dengan Zara sama aje. Yelah, two cup of tea kan. Elle tu budak nakal yang suka kacau orang. Selagi dia tak penat, dia takkan berhenti. Sampailah satu hari, Elle dapat call…his brother accident dan coma. Then, she became more aggressive. Sebab tak ada orang yang nak kawal dia dah,” Airisy berhenti seketika.

“ One day, abang dia sedarkan diri dan nak jumpa dengan dia. You know…he said that…he hate Elle,” Adam tersentak. Dia memberhentikan kereta di tepi tasik berdekatan dengan kawasan perumahan elit. Dia ingin mendengar luahan hati Airisy. Sempat dia menyalakan lampu di dalam kereta. Takut pula dicekup oleh jabatan agama.

“ Airisy. It’s okay. Jangan teruskan kalau awak tak boleh,” Airisy menggeleng.

“ Hati saya dah kebal, Adam. Lepas aje abang Ammar cakap…dia bencikan Elle, saya nekad nak balik Malaysia. Saya dah tak kenalkan diri saya as Elle. And…now, I’m Airisy. Seorang perempuan yang simple. Saya lebih suka buat apa yang saya rasa saya nak buat. Bagi saya Elle dah mati…since abang Ammar cakap macam tu,” Airisy cuba melebarkan senyumannya agar Adam tahu bahawa dia sememangnya tidak kisah untuk bercerita tentang perkara yang menyakitkan itu.

“ I’m sorry. Sebab ungkit pasal Elle,” Adam berasa bersalah kerana memanggil Airisy, Elle tadi.

“ I’m okay. Jomlah. Rumah saya kat depan tu aje. Awak nampak kan?” Adam mengangguk. Dia menurunkan handbreak dan teruskan pemanduan.

“ Many hands make light work. Insya Allah, ia sangat membantu. Dan, always look on the bright side,” nasihat Adam.

“ Yeap. Thank you, my dearest…counselor,” Adam tergelak kecil. Senang dengan sikap Airisy yang cepat berubah emosi itu.

“ My pleasure. Dah sampai. Kejap saya ambilkan payung,” Adam mencapai payung yang berada di tempat duduk belakang.

“ Alah, saya redah ajelah. Boleh mandi hujan sekali,” tolak Airisy. Segan pula dia dengan sikap baik hati yang ditunjukkan oleh Adam. Semakin bertambah sayanglah dia pada Adam.

“ Tak apalah. Bukan selalu saya nak sweet macam ni,” Airisy tersenyum malu. Adam keluar dari kereta sambil membuka payung. Dia kemudiannya membuka pintu untuk Airisy. Adam menghantar Airisy sehingga ke hadapan rumah.

“ Tengok, awak dah basah. Nanti balik, kena mandi lain,” kata Airisy sambil matanya melihat baju Adam yang basah sedikit akibat terkena air hujan.

“ Small matterlah. Pergilah masuk. Sejuk dekat luar ni,” balas Adam. Belum sempat Adam beredar, Tan Sri Khalid keluar mendapatkan Airisy.

“ Papa,” panggil Airisy mesra. Adam menghadiahkan senyuman kepada Tan Sri Khalid sambil menyalami tangan lelaki tua itu.

“ Ini namanya, Adam. Risy pergi rumah dialah tadi. Adam, ini papa saya yang tersayang,” Airisy memperkenalkan keduanya.

“ Oh…terima kasih ya, Adam. Hantarkan anak uncle balik. Menyusahkan Adam pula,” kata Tan Sri Khalid mesra.

“ Tanggungjawab saya, uncle. Lagipun, saya yang ajak dia ke rumah saya,” balas Adam dengan penuh hormat.

“ Hujung minggu ni Adamlah pulak datang ke mari. Kebetulan uncle nak buat majlis doa selamat sikit,” jemput Tan Sri Khalid.

“ Doa selamat untuk apa, pa?” soal Airisy pelik. Dia tidak pula tahu mengenai majlis itu.

“ Baru aje bincang dengan atuk dan nenek tadi. Sempena nak sambut orang baru dalam keluarga kita ni,” Semakin pelik Airisy dibuatnya. Orang baru apa pulak ni, getus Airisy.

“ Apa-apalah. Janji benda baik.”

“ Kalau Adam tak sibuk, datanglah ya. Bawa family sekali,” Adam tersenyum.

“ Insya Allah, uncle.”

“ Awak, nanti jangan lupa ambil damask rose awak tu tau. Kang layu pulak kat dalam tu. Tak sempat nak letak dalam bilik awak,” pesan Airisy.

“ Nasib baik awak ingatkan. Terima kasih. Saya minta diri dululah,” Adam bersalaman dengan Tan Sri Khalid.

“ Bawak kereta elok-elok, Adam. Hujan lebat ni, jalan licin,” Tan Sri Khalid turut berpesan kepada Adam.

“ Baiklah. Balik dulu,” Adam bergerak ke keretanya dengan cepat. Payung pun tidak digunakannya. Airisy menghantar kepulangan Adam dengan perasaan yang memberat. Sudah jatuh hatilah katakan.

Tan Sri Khalid memeluk bahu Airisy dan mereka beriringan masuk ke dalam rumah.

“ I love him, papa,” Tan Sri Khalid memberhentikan langkahnya. Airisy turut memakukan kakinya.

“ Airisy,” Air mata Airisy jatuh ke pipi. Dia tidak tahu kenapa dia sebak.

“ For the first time…Risy rasa macam nak terkeluar jantung bila dekat dengan lelaki. Risy sendiri tak sedar macam mana perasaan ni wujud. I feel like…tak boleh nak lepaskan dia. What should I do, papa?” Tan Sri Khalid memeluk Airisy erat.

“ Tak salah untuk kita jatuh cinta, sayang. He should know that you love him. He must know it, Airisy. Dah, stop crying. Tak cantik dah anak papa ni,” Tan Sri Khalid mengusap air mata di pipi Airisy.

“ Thanks, pa. I need a time to tell him,” balas Airisy.

“ Take your time, darling. Kalau ada jodoh, tak ke mananya si Adam tu,” usik Tan Sri Khalid.

“ Ya Allah. Kenapa tak masuk lagi ni? Sejuk kat luar tu. Nanti demam pulak,” Puan Sri Nisa sudah bercekak pinggang di pintu masuk. Airisy menyapu lebihan air mata di pipinya.

“ Go…to your mum, sayang. Nisa, she need you,” Puan Sri Nisa seakan faham akan maksud suaminya lalu  menarik tangan Airisy dan membawa Airisy naik ke bilik.

Tan Sri Khalid tidak terus ke biliknya. Dia ke bilik bacaannya. Dia memikirkan bagaimana cara untuk membantu Airisy. Ini merupakan pertama kali Airisy begitu sayangkan seorang lelaki selain dari ahli keluarganya. Tan Sri Khalid tahu dia perlu berjumpa dengan Adam. Tetapi, dia sendiri tidak tahu nombor telefon jejaka yang berjaya curi hati anak gadisnya itu.




 Hujung minggu itu, riuh sekali rumah banglo Tan Sri Khalid dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai. Majlis doa selamat itu diadakan untuk meraikan Aniq yang berjaya khatam Al-Quran dan sempena Haris dan Azie akan menimang cahaya mata.

“ Airisy, papa panggil. Kat depan,” Suara garau Haris memanggil Airisy di dapur.

“ Papa panggil buat apa?” soal Airisy. Di tangannya penuh dengan bunga-bungaan segar untuk digubah dan akan diletakkan di bahagian dapur.

“ Entah. Pergilah cepat. Meh sini bunga-bunga tu. Biar abang yang buat,” Haris mengambil bunga-bunga di tangan Airisy. Airisy mencuci tangannya dahulu sebelum bergerak ke hadapan.

Airisy mula kaget apabila ternampak Haji Zainal yang sedang berbual dengan Tan Sri Khalid. Hajah Zaharah, Adam dan Izara turut berada di situ.

“ Relax Airisy,” Perlahan sahaja suaranya. Dia menyarung selipar dan menghampiri kumpulan itu.

“ Apa khabar ummi?” Airisy bersalam dengan Hajah Zaharah. Dia turut bersalam dengan Izara.

“ Kami semua sihat. Itu yang sampai jugak kat rumah Airisy ni,” balas Hajah Zaharah sambil tersenyum. Di dalam hati dia memuji kecantikkan semula jadi Airisy. Hari itu, Airisy hanya mengenakan jubah hitam yang simple dengan perincian pada bahagian dada dan tangan sahaja. Dia juga hanya memakai tudung bawal. Lebih senang untuk dipakai.

“ Alhamdulillah.”

“ Mama mana, Risy?” tanya Tan Sri Khalid.

“ Mama ada kat dalam. Jomlah masuk, ummi, Zara,” jemput Airisy. Sempat dia mengerling Adam di sisi Haji Zainal. Segak dengan kemeja biru laut dan slack.

“ Amboi, ajak ummi dengan Zara aje?” Haji Zainal tersenyum mengusik.

“ Eheh, walid dengan Adam sekalilah. Papa…tunggu kat sini ajelah,” Tan Sri Khalid pura-pura marah. Tapi kemudiannya tersenyum.

“ Jom…jom masuk. Rasanya dah boleh mulakan majlis ni.” Mereka masuk ke dalam menyertai tetamu yang sudah sedia ada. Bertambah gamat suasana di ruang tamu.

Airisy membawa Hajah Zaharah dan Zara ke ruang tamu kedua. Di situ menempatkan kaum hawa yang sedang sibuk menyediakan makanan dan minuman. Riuh dengan perbualan mereka. Airisy turut memperkenalkan Hajah Zaharah kepada sanak saudara. Kebetulan, mereka memang kenal dengan Hajah Zaharah kerana pakar motivasi itu seringkali memberi ceramah di rancangan televisyen.


“ Ucu Ayisy,” panggil Aniq. Airisy mendekati anak saudaranya.

“ Kenapa Aniq?” tanya Airisy lembut.

“ Aniq nak air milo sejuk. Tekak Aniq ni dah kering dah,” jawab Aniq dengan gayanya sekali. Airisy mengusap kepala Aniq lembut.

“ Jom. Kita pergi dapur…kita buat milo sejuk ye,” Airisy memimpin tangan kecil Aniq ke dapur. Tanpa Airisy sedar, Adam sedang memerhatinya. Bergetar jantung Adam melihat kelembutan Airisy melayan Aniq. Sebelum ini, dia cuma biasa-biasa sahaja apabila bersama Airisy.

“ Akak!” sergah Izara. Dia menghampiri Airisy yang sedang sibuk membancuh air milo sejuk untuk Aniq.

“ Zara ni. Terkejut akak tau,” Airisy mengurut dadanya. Izara tersengih.

“ Aniq pun terkejut. Apalah akak ni. Lain kali…bagilah salam dulu,” rungut Aniq. Airisy dan Izara ketawa serentak.

“ Kak Zara sorry, okay. Lain kali kak Zara bagi salam dulu ya. Janganlah marah,” Izara mengusap kepala Aniq. Airisy membuka pintu peti ais dan mengambil ais ketul.

“ Ucu masukkan sikit aje ketul ais, eh. Tak eloklah minum ais banyak-banyak,” kata Airisy.

“ Okay,” Aniq meloncat sedikit.

“ Nah…your milo sejuk. Minum sampai habis tau,” Airisy memberikan botol air yang direka khas untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Aniq menyambut botol air itu dan terus berlalu ke ruang tamu utama.

  “ Zara nak air?” tanya Airisy. Dia mengemas barang-barang di bersepah di dapur.

“ Tak apalah. Nanti Zara minum kat depan aje. Kak, Zara nak minta tolong boleh?” Izara memandang Airisy dengan mata yang sayu. Airisy menghentikan kerjanya. Dia menarik tangan Izara ke kerusi santai di belakang dapur.

“ Minta tolong apa?”

“ Zara minta maaflah kalau terpaksa susahkan akak. Zara sebenarnya tak tahu macam mana nak bagitahu walid and ummi pasal hal ni. Ni aje jalan yang Zara nampak untuk bantu Zara,” Izara menunduk sedikit.

“ Cuba cerita dekat akak. Zara ada masalah?” Izara mengeluh kecil.

No comments:

Post a Comment