Monday 16 September 2013

novel : secret that nobody knows 7

         


            “ Awalnya mama bangun,” tegur Arianna. Datin Katrina sedang mengacau air milo di dalam jug.

“ Kenalah bangun awal, Rianna. Buat sarapan. Mak Biah cuti seminggu,” balas Datin Katrina.

“ Owh, meh sini Rianna tolong. Nak buat apa lagi ni, mama?” Arianna memandang ibu mertuanya.

“ Rianna tolong letakkan cawan-cawan kat rak tu atas dulang. Lepas tu bawa ke meja makan,” suruh Datin Katrina. Arianna menurut.

“ Morning. Tasya tak turun lagi?” Fariq menegur Arianna.

“ Morning. Entah. Tak nampak pun,” jawab Arianna. Dia kembali ke dapur. Fariq berlari naik ke atas. Cari Natasya barangkali.

“ Fariq dah turun?” soal Datin Katrina.

“ Dah, ma. Tapi naik balik kot. Dia cari Tasya tadi,” jawab Arianna.

“ Ibu Tasya suruh baliklah tu,” kata Datin Katrina.

“ Tasya tak tinggal kat sini ke, mama?” soal Arianna.

“ Sebab tinggal kat sinilah, ibu dia panggil balik. Dah lama Tasya tak balik rumah ibu dia. Merajuk sebab kena paksa kahwin dengan Fariq,” jelas Datin Katrina teragak-agak.

“ Tasya memang macam tu, ma. Kuat merajuk,” Datin Katrina memandang Arianna dengan pandangan yang terkejut.

“ Rianna kenal Tasya?” soal Datin Katrina.

“ Bestfriend Rianna masa kat kolej dulu,” jawab Arianna. Datin Katrina tersentak kecil.

“ Patutlah. Mesti tak sangka kan bestfriend sendiri…jadi madu,” kata Datin Katrina sambil tersenyum. Mereka beriringan ke ruang makan.

“ Memang tak sangka pun, ma,” balas Arianna sambil tersenyum.

Fariq dan Natasya turun beriringan ke ruang makan. Mereka saling bergelak ketawa. Entah apa yang dibualkan pun tak tahu. Arianna duduk disebelah Datin Katrina. Datuk Rasyid pula sibuk membelek surat khabar.

“ Tasya sihat hari ni?” tanya Datin Katrina prihatin.

“ Sihat, ma. Cuma pagi tadi ajelah. Muntah-muntah sikit,” jawab Natasya jujur.

“ Baru lagi kandungan kamu tu. Ibu tak bising dah ke?” Datin Katrina menyuakan cawan kepada Fariq.

“ Ibu busy dengan persatuan dia tu. Sekejap aje kalau dia nak bising pun,” Natasya mencedok mee goreng ke pinggan Fariq.

Arianna sedang menganalisis keadaan yang sebenar. Sejak dia tahu Natasya adalah madunya, dia berasa sangsi. Ada sesuatu yang dirasakan tidak kena. Mustahil Natasya menjadi mangsa rogol. Sahabatnya itu tak mungkin membiarkan dirinya dirogol.

Lagi satu, dia masih ingat kata-kata suaminya semalam. ‘Hmmm, nasib saya tak kahwin lain. Kalau tak, bermadulah awak’. Ini yang buat dia musykil.

“ Alah, petang nanti sampailah tu. Mana boleh tinggal anak kesayangan dia ni,” kata Datuk Rasyid sambil melipat surat khabar.

“ Itulah. Kenal sangat dengan angah tu. Kalau bab anak-anak ni mana boleh main-main,” setuju Datin Katrina.

Tiba-tiba Arianna tersedak. Semua mata memandangnya. Serentak itu telefon bimbit Arianna berbunyi.

“ Maaf,” Arianna bangun. Dia menjawab panggilan jauh sedikit dari mereka.

“ Fariq dah bagitahu dengan Arianna? Papa tak mahu dia lari lagi. Tak elok tipu dia lama-lama,” kata Datuk Rasyid.

“ Biarlah, pa. Dia yang lari dulu kenapa. Kalau dia lari sebelum kami kahwin mungkin Riq boleh maafkan. Tapi, dia lari lepas kita orang akad nikah,” balas Fariq. Dia sebenarnya berpura-pura baik dengan Arianna.

Fariq juga tidak berkahwin pun dengan Natasya. Sejak Natasya tahu nama penuh Arianna, dia tahu itu adalah kawan baiknya dulu. Kebetulan Fariq meminta pertolongan Natasya untuk mengenakan Arianna. Dia turut memberitahu rancangan itu kepada Datuk Rasyid dan Datin Katrina.

“ Tak baik tau berdendam lama-lama. Maybe dia ada sebab kenapa dia lari. Cuba Riq tanya dulu apa yang terjadi,” pujuk Datin Katrina pula. Dia tidak sanggup untuk menipu Arianna.

“ Entah abang ni. Tak nak Tasya jadi wife palsu abang lama-lama. Kesian suami Tasya tau,” kata Natasya.

“ Okay-okay. Nanti Riq cuba tanya Arianna,” Fariq mengalah.


“ Awak, saya nak balik rumah saya boleh?” soal Arianna. Petang itu dia menemani Fariq mencuci keretanya.

“ Buat apa nak balik? Nak lari lagi?” soal Fariq kembali. Tangannya mencapai batang paip dan memancutkan air ke keretanya yang dipenuhi buih-buih sabun.

“ Nak lari buat apa? Saya tak biasa duduk rumah orang. Lagipun sekarang ni saya tengah mengurut dengan seorang mak cik ni. Tak eloklah kalau dia datang rumah saya tak ada,” jelas Arianna.

“ Mengurut?” Fariq memandang Arianna sekilas.

“ Awak dah lupa ke? Kaki saya kan cedera teruk dulu. So, kenalah urut. Kalau tak, sekarang pun tak boleh berjalan lagi,” terang Arianna. Dia mula tak senang dengan sikap Fariq yang tiba-tiba dingin itu.

“ Balik esok ajelah. Tak larat nak hantar hari ni,” balas Fariq senada.

“ Awak masih fikir saya lari lepas kita kahwin?” soal Arianna. Sebenarnya dia terdengar perbualan di meja makan pagi tadi ketika dia berlalu menjawab panggilan.

“ If you don’t mind, you can tell me. Kenapa lari?” Fariq duduk di kerusi batu di halaman rumah banglo milik Datuk Rasyid itu. Berhadapan dengan Arianna.

“ Ingat saya jahat macam awak ke nak lari bagai. Tak terlintas pun nak lari. Kalau saya nak lari baik saya lari sebelum kita kahwin lagi. Tak adalah nanti jadi janda berhias,” tukas Arianna.

“ Kalau bukan lari kenapa tukar hospital lain?” soal Fariq. Matanya memandang si isteri dengan pandangan yang tajam. Arianna tersenyum sedikit.

“ Entah. Bila saya sedar dah ada kat hospital lain. Mana nak tahu,” jawab Arianna jujur.

“ Mama risau sangat bila tiba-tiba awak hilang. Macam-macam dia fikir. Mama and papa salahkan diri mereka sebab tak minta number phone and alamat family awak. Kalau tak mesti kita dah jumpa awal lagi,” ujar Fariq.

“ Ye ke? Hmmm, sorry. Saya pun tak tahu macam mana nak cari awak,” Arianna mengeluh perlahan.

“ Apa-apalah. Tapi jangan harap sekarang awak nak lari lagi,” Fariq merampas telefon bimbit Arianna dan mendail nombor telefonnya. Arianna memandang Fariq geram. Suka hati saja ambil telefon orang, getus Arianna.

“ And one more thing. Ada something ke yang awak nak bagitahu saya. Manalah tahu ada buat salah ke,” Arianna merenung Fariq.

“ Bagitahu apa pulak ni? Terus terang ajelah. Mana ada benda saya nak bagitahu awak,” balas Fariq selamba. Bagai tiada benda yang dirahsiakan dari Arianna.

“ Are you sure, encik suami?” Arianna merampas kembali telefon bimbitnya dari tangan Fariq.

“ What?” Fariq berdiri. Dia ingin melangkah dari situ. Takut Arianna sedar akan pembohongannya.

“ Ish, nak pergi mana. Duduklah sini,” Arianna menarik lengan Fariq.

“ Panas. Nak naik mandi,” balas Fariq dengan muka tak bersalah.

“ Tak kira. Duduk sini jugak. Atau saya lari betul-betul. Dan saya, Nur Risya Arianna berjanji akan lari jauh-jauh. Padan muka awak,” kata Arianna tegas. Fariq mengalah. Dia duduk kembali di kerusi batu itu.

“ Hmmm, cakap cepat. Saya bagi awak lima minit,” Fariq menyandarkan tubuhnya di dinding kerusi batu itu.

“ Tiga minit pun cukup. Eh, tak. Lima saat,” balas Arianna. Fariq mengerutkan dahinya.

“ Cakap ajelah,” tegas Fariq.

“ Tak baik menipu. Pandai-pandai je cakap Tasya tu wife awak kan? Macamlah saya tak tahu awak sengaja nak kenakan saya. Eee, awak ni jahat sangat,” Arianna mendekati Fariq. Dia mengepit kepala Fariq dengan tangan kanannya.

“ Ya Allah. Mama, tolong Riq,” jerit Fariq.

“ Manjalah awak ni. Geram tau saya dengan awak ni. Kalau boleh makan, dah lama saya kunyah-kunyah,” Arianna melepaskan geramnya terhadap Fariq. Semakin ketat dia mengepit kepala Fariq.

“ Saya tak buat apa punlah. Lepaslah. Lemas tahu tak,” marah Fariq. Namun, Arianna hanya memekakkan telinganya. Nanti dia minta ampunlah.

“ Tak buat apa awak cakap? Yang awak menipu saya tu apa. Ada hati nak kenakan orang. Eee, kecik besar kecik besar je saya tengok awak ni tau. Nasib baik awak tu husband saya. Kalau tak dah lama saya debik-debik,” bebel Arianna. Dia melepaskan kepala Fariq. Fariq menarik nafasnya dan dihembus kuat.

“ Tipu apa pulak ni?” Fariq masih tak mahu mengaku.

Arianna menampar kuat bahu Fariq. “ Fikir sendiri. And, sayang juga ya awak dekat saya? Terima kasihlah sebab tak madukan saya,” bisik Arianna perlahan. Dia berjalan selamba naik ke bilik. Fariq terkedu. Dia tahu?


Sejak hari itu, sudah seminggu Fariq dan Arianna tidak berjumpa. Sengaja Arianna melarikan dirinya dari berjumpa dengan Fariq. Ingin mengajar suaminya itu. Siapa suruh menipu Arianna.

Sememangnya Arianna pelik. Kalau Fariq sudah berkahwin dengan Natasya, pasti staf-stafnya juga tahu. Tapi ketika di majlis makan malam itu, mereka langsung tidak menyebut tentang Natasya. Menambahkan lagi telahan Arianna apabila terdengar perbualan Fariq, Natasya, Datuk Rasyid dan juga Datin Katrina ketika mereka bersarapan hari pertama dia berada di rumah keluarga Fariq.


“ Mummy, Ria nak keluar sekejap,” kata Arianna. Dia sudah siap mengenakan baby T pink dengan cardigan hitam dan seluar jeans berwarna krim. Dia turut melilit selindang bercorak abstrak. Simple sahaja. Tergantung kamera dslr di lehernya dan juga beg sandang.

“ Ria nak pergi mana ni?” soal Puan Sri Harlina.

“ Nak pergi ambil angin. Dah lama tak guna my baby nilah,” Arianna mengangkat sedikit kameranya di leher.

“ Yelah. Tapi, jangan balik lambat sangat,” pesan Puan Sri Harlina.

“ Baik, mem,” balas Arianna. Dia menyalami Puan Sri Harlina. Dia mencapai kunci Myvi putihnya.
‘ Kereta siapa ni?’ desis Arianna. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan berhadapan dengan BMW 7 series berwarna putih.

‘ Fariq?’ Arianna terkejut dengan kehadiran Fariq di sisi kereta mewah itu. Lambat-lambat dia keluar dari perut keretanya.

“ Buat apa kat sini?” tanya Fariq tegas apabila ternampak Arianna mendekatinya. Fariq masih dibaluti pakaian pejabatnya. Baju kemeja berwarna biru tua disinting hingga ke lengan dan slack hitam. Tali leher sudah di buka.

“ Saja datang sini. Nak cari something,” jawab Arianna. Tangannya memetik dslrnya. Beberapa keping gambar diambil.

“ Cari apa?” soal Fariq lagi. Dia bersandar di sisi BMWnya.

“ Kenangan. Awak pulak buat apa kat sini?” soal Arianna pula. Fariq berdehem.

“ Cari kenangan,” Arianna mengerutkan dahinya.

“ Ehem, kenangan dengan arwah bakal isteri awak ke?” Fariq mendengus.

“ Ikut suka sayalah,” Arianna mengangkat bahunya. Mereka diam seketika. Arianna berdiri kaku. Ada air mata ditubir matanya.

Kawasan itu memberikan impak kepada Fariq dan juga Arianna kerana disitulah Arianna dan arwah Airis kemalangan. Arianna menyapu sedikit matanya. Masih terbayang di layar matanya malam tragedi itu. Betapa cemasnya dia apabila terhidu petrol di atas jalan.

Apa yang Arianna tahu, dia harus cepat keluar dari keretanya. Ketika itulah dia ternampak seorang gadis yang sedang mengerang kesakitan. Tanpa menghiraukan kesakitannya ketika itu, dia cuba mendekati gadis itu. Nasib baik Murad turut membantunya menarik gadis itu jauh dari keretanya.

Fariq pula cuba membayangkan keadaan ketika kemalangan itu berlaku. Tak tercapai dek akalnya apabila memikirkan kemalangan itu meragut nyawa insan yang sangat disayanginya.

Sedang ralit melayan perasaan masing-masing, telefon bimbit Arianna berbunyi. “ Hello,” sapa Arianna.

“ Waalaikumsalam,” mungkin pemanggil memberi salam.

“ Kejap lagi Ria balik. Ria ada kat taman,” bohong Arianna.

“ Okay. Daddy jangan risaulah. Ria kan dah janji tak pergi tempat tu...”

“ Yelah. Bye,” Arianna mengakhiri perbualannya dengan Tan Sri Kasyfi.

Arianna melepaskan keluhan. Sesaat kemudian Fariq pula yang mengeluh.

“ Kenapa tipu daddy?” soal Fariq.

“ Tipu untuk kebaikkan. Kalau daddy tahu saya datang sini, dia tak bagi saya keluar rumah dah. Tahu tak,” jawab Arianna.

“ Dahlah keluar tak minta izin saya,” Fariq menjeling isterinya. Arianna menjongketkan bahunya.

“ Awak tahu tak? Kat sinilah. Kat tempat yang sama. Abang Eiki tinggalkan saya. Tinggalkan kak Aisyah. Tinggalkan mummy and daddy. Dan  tinggalkan Zarra juga,” beritahu Arianna sayu. Fariq tersentak.

“ Kereta dia terbakar. Mayat arwah abang Eiki hampir rentung. Hanya sebab tamakkan kuasa, kawan baik sendiri sanggup membunuh,” luah Arianna lagi.

“ Kuasa? Kawan baik?” Fariq keliru seketika.

“ A’ah. Kawan baik arwah sendiri dengki sebab arwah dinaikkan pangkat. Entah kenapa dia nekad nak bunuh arwah. Dan awak tahu? Dia juga sanggup fitnah saya. Dia tipu semua orang yang saya cuba goda dia. Ada ke patut dia ajak saya kahwin dengan dia. Ish, tak naklah,” jelas Arianna geram. Sempat lagi dia mengadu domba kepada suaminya.

“ Kenapa tak kahwin aje. Tak adalah awak kena kahwin dengan saya, kan,” balas Fariq dengan reaksi bersahaja.

“ Aaaa… Tak rela saya nak kahwin dengan penjahat tu. Kesian Zarra tau sebab dia lahir tanpa ayah. Hanya menumpang kasih abang Daniel. Ibu dia pulak langsung tak jenguk anak sendiri sebab terlalu percayakan lelaki tak guna tu,” Arianna melempiaskan amarahnya.

“ Takkan langsung tak jenguk?” soal Fariq.

Arianna menggeleng. “ Tak pernah. Setitis susu ibu pun Zarra tak pernah rasa. Saya pun tak faham kenapa seorang ibu sanggup tinggalkan anak sendiri. Kenapa dia lahirkan Zarra kalau dia sendiri tak nak jaga,” balas Arianna.

“ Mungkin dia ada sebab tertentu. Mustahil seorang ibu tak sayangkan anak dia. Awak tak tanya kakak ipar awak?” Arianna mengangguk.

“ Kak Aisyah cakap dia tak mahu zuriat dengan arwah abang Eiki. Dia lebih rela tak ada anak,” jelas Arianna sayu.

“  Siapa lelaki tak guna tu?” soal Fariq ingin tahu.

Arianna tersenyum sinis. “ Lelaki yang sama yang hantar saya ke hospital lain. Dia nak jauhkan saya dari awak. Shauqi Khalil,” beritahu Arianna.

“ Shauqi Khalil? Anak Tan Sri Ahmad? Mega Holding?” Arianna mengangguk laju.

“ Dia tak suka sebab saya berkahwin dengan awak,” kata Arianna.

“ Sebab?” tanya Fariq.

“ Dia ingat saya nak kikis harta awak. Memang dasar lelaki buta,” jawab Arianna dengan perasaan marah.

“ Dia tak tahu awak anak Tan Sri Kasyfi? Usahawan yang ketiga terkaya kat Malaysia ni. Lebih kaya dari Tan Sri Ahmad,” Fariq memandang Arianna yang sedang menunduk itu.

“ Entahlah. Tan Sri Kasyfi kaya ke?” Arianna membalas pandangan Fariq. Dia tersenyum sedikit.

“ Gila tak kaya lagi. Boleh dikatakan seluruh negara tahu kewujudan Areiki Holdings. Company yang selalu dapat projek besar dari oversea,” ujar Fariq.

“ Disebabkan Areiki Holdingslah, saya berdiri kat sini. Tak sempurna Areiki Holdings tanpa insan bernama Zecky Asyraf,” kata Arianna.

“ Kenapa?” tanya Fariq.

“ Areiki. Stand for Arianna and Zecky. Ar dari nama saya dan Eiki dari nama Zecky. Pewaris Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina. Dan sekarang saya pewaris tunggal Areiki Holdings,” jawab Arianna perlahan.

“ Sepatutnya awak suka sebab awak mewarisi harta kekayaan Tan Sri Kasyfi,” kata Fariq senada.

Arianna menampar bahu Fariq kuat. “ Auch. Apesal yang ganas sangat ni? Kesian suami awak yang handsome ni,” Arianna mencebik.

“ Penat aje saya bercerita kat awak tahu tak. Dahlah, saya nak balik,” marah Arianna.

“ Lah, marahlah pulak. Betul apa yang saya cakap,” balas Fariq.

Belum sempat Arianna ingin membalas, sebuah motorsikal menghampiri mereka. Automatic tangan Arianna memaut lengan Fariq. Takut juga kalau-kalau orang jahat. Pembonceng motorsikal itu berhentikan motornya di sebelah BMW Fariq.

No comments:

Post a Comment