Friday 12 September 2014

Cerpen : Nadeem Ayuna Siri 4

Assalamualaikum... Hye!

CIA muncul balik dah hah. Hehe. Nadeem Ayuna, macam biasalah. Pendek ja kisahnya. :D. SELAMAT MEMBACA! :D


‘Keluar dan perhatikan alam sekeliling. Perhatikanlah kebun-kebun yang indah dan telitilah makhluk Allah dan keindahan ciptaan Yang Maha Pencipta’ – Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni.
“Seronok kan sesekali berjogging kat sini,” kata Ayuna.
Nadeem senyum.
“Ha’ah…” Perlahan sahaja nada lelaki itu. Matanya ralit merenung ke tasik. Indah, sungguh cantik. Subhanallah.
Matahari yang memerah menandakan malam mahu melabuhkan tirai.
“Kenapa? Awak fikir apa?” tanya Ayuna sambil melabuhkan punggung di batu besar yang terletak di tepi tasik.
Nadeem pula bersandar di batu bersebelahan, memeluk tubuh.
Sekadar melepaskan lelah setelah penat berjogging di sekitar taman. Hari cuti sebeginilah mahu menghabiskan masa bersama Ayuna. Hari lain, kelas dan aktiviti persatuan memenuhi jadual. Sebelah malam sahaja boleh berbual panjang. Itu pun jika masing-masing tidak keletihan.
“Terfikir. Patut ke saya menyewa dekat luar?” Terangkat kening Ayuna.
“Duduk luar? Kenapa?”
“Anony tu tak lama lagi nak datang sini. Kekoklah. Lainlah kalau dia tu lelaki. Hish, tak biasalah,” rungut Nadeem.
Ayuna mengeluh perlahan.
Sebenarnya, dia juga terfikirkan hal yang sama. Risau juga dia mahu meninggalkan Nadeem. Eheh.
“Walid dengan umi benarkan ke awak nak duduk luar?” Nadeem jongket bahu.
“Tak bincang lagi pun. Cuma terfikir aje masa tengah jogging tadi,” Cermin mata yang melurut, ditolak perlahan.
“Atau…” Ayuna pandang Nadeem di sebelah. “… awak nak stay dengan saya aje. Kat rumah abah. Nak?” Kening diangkat berulang kali.
Bernas tak kita punya idea. Heh.
Nadeem membalas pandangan Ayuna, kening berkerut nipis.
“Sounds good…”
Ayuna senyum senget. Nadeem seperti menyokong cadangannya.
Nadeem turunkan telapak tangannya ke kepala Ayuna.
“Tapi, tak bolehlah. Susah nak keluar jumpa kawan-kawan usrah,” Erk. Mati terus senyuman Ayuna.
Ditolak tangan Nadeem dari kepalanya. Dia melangkah meninggalkan Nadeem yang terpinga di belakang.
Nadeem menggaru kepalanya. Dia buat salah apa pula ni? Berlari anak dia mengejar langkah Ayuna yang semakin jauh.


Novel DIA… Cinta Yang Kucari karya Rehan Makhtar yang terletak elok di atas meja belajar dicapai Ayuna. Dia bingkas naik ke katil dan bersandar di kepala katil. Sejak dibeli di pesta buku dua hari lepas, novel itu masih belum terusik. Baru kini dia berpeluang untuk membacanya.
“Merajuk ke?” Ayuna angkat wajah.
Belum sempat membaca sinopsis novel, Nadeem seperti mahu berbual dengannya pula. Ayuna diam.
Nadeem duduk di kerusi meja belajar.
“Perlu ke nak merajuk?” soal Nadeem lagi. Dua kali dia mengulang perkataan ‘merajuk’. Tanda dia memang memerlukan jawapan.
Diam lagi.
“For the third time…”
“Tak merajuk pun. Terkilan aje,” potong Ayuna pantas. Mata dia ditunakkan pada permukaan novel.
Dalam kepala, hanya ada dua perkataan sahaja. Payed. Luth. Terasa hendak ketawa pula mendengar nada serius Nadeem menyoalnya.
“Haaa… boleh cakap pun. Kan dulu ada janji. Tak puas hati sebesar kuman pun, kena cakap. Jangan diam macam ni,” bebel Nadeem.
Ayuna ketawa. Tak tahan lagi dah.
“Iyalah, pak cik. Pasal tadi, suka hati awaklah nak stay mana pun. Asalkan walid dengan umi benarkan, saya okey aje…”
“Betul ni, tak kisah?” Ayuna angguk. Siapalah dia mahu menghalang?
Sudah si suami yang mahukan begitu, dia akur sajalah. Malaslah mahu membantah. Nampak sangat macam dia cuba mengawal hidup Nadeem pula nanti.
“Tak kisah. Sekarang ni, saya nak baca novel. Boleh?” Nadeem hadiahkan senyum nakal.
“Boleh. Tapi…”
Ayuna kecilkan mata. “Tapi?”
Nadeem pantas meloncat ke katil. Dia duduk di sebelah Ayuna, selamba.
“Kena baca sama-sama,” Erk. Ayuna menggeleng. Dijarakkan sedikit jarak mereka.
“Sejak bila awak minta layan novel chenta ni? Buang tabiat ke apa,” Gila dia tak pelik.
Sebelum ini, setiap kali dia melayan novel-novel cinta mesti Nadeem ketawakan. Digelar minah jiwanglah. Meroyan tergilakan si herolah. Alih-alih, lelaki itu mahu membaca novel bersamanya malam ini.
“Ala. Sesekali aje. Lagipun, lepas ni dah tak boleh nak bersweet-sweet dengan awak macam ni lagi dah. Cepatlah,” Novel ditangan Ayuna dirampas Nadeem.
Sengal.
“Oh, kiranya ni kita tengah dok bersweet-sweetlah kononnya ni. Tak sweet langsung,” balas Ayuna, geram. Dia peluk tubuh.
“Macam ni tak sweet lagi? Habis, sweet awak tu macam mana?”
Sudah, gaduh pula.
Ayuna jongket bahunya.
“Hmmm. Kalau macam ni, sweet tak?” Kepala dijatuhkan ke riba Ayuna yang duduk melunjur itu.
Terjegil mata Ayuna. Pertama kali ni, Nadeem approach dia sebegini berani. Serius. Tak tipu.
“Errr…”
Speechless. Clueless. Alahai, Nadeem. Awak dah sengat hati Puan Isterilah. Ayuna berlagak biasa. Padahal, jantung berdegup laju semacam dah ni.
“Jomlah baca. Kisah apa ni? Cuba cerita sikit,” Adoi. Si Nadeem tak perasankah raut Ayuna yang merona sakan tu?
Ayuna usap dahinya kasar. Fuhh, sengaja menduga betul.
“Nak tahu, kena bacalah,” Heh. Nak baca bagaimanalah agaknya jika Nadeem semakin berani bertindak ala-ala suami manis seperti yang berlaku sekarang ini?
“Iyalah. Masalahnya sekarang, awak tak join saya baca pun,” Nadeem pandang Ayuna.
Ayuna sengih.
“Nak baca macam mana, awak duduk macam ni…”
Nadeem serahkan kembali novel hasil perahan idea penulis yang diminati Ayuna kepada tuannya.
“Awak bacalah, saya dengar,” Ayuna kaku.
Haish. Apasal sweet sangat ni, Inche Suami oi? Terlebih telan gula ke tadi?
“Alah, tak feelinglah baca kuat-kuat,” Nadeem mendengus. Ada sahaja alasannya.
“Saya tak suruh awak baca kuat-kuat pun. Perlahan dan saya masih boleh dengar. Kalau saya terlelap, kejutkan,” kata Nadeem, mata menengadah syiling. Suka begitu.
Ayuna tidak tahu, jantung dia juga mengepam laju sebenarnya. Ingat dia tak terkejut dengan tindakan spontan dia ni. Nadeem sendiri pun tidak faham, mengapa dia bertindak sebegini. Sedangkan selama ini, mana pernah nak approach Ayuna seberani sekarang ni.
Mahu tidak mahu, Ayuna turutkan saja. Dia memulakan pembacaan. Perlahan dan penuh intonasi. Terkebil-kebil jugalah mata dia.


Nadeem membantu Ayuna mengangkat beg ke bilik. Abah dan ibu Ayuna tersenyum. Senang hati kerana anak perempuan mereka kembali menetap di sini. Tidaklah sunyi sangat rumah mereka.
“Nana bawak semua barang Nana di sana ke?” soal Puan Hana.
“Taklah, bu. Nana bawak balik baju dengan buku-buku yang nak guna aje. Kan barang Nana kat sini pun banyak. Rumah Nana kan?”
Puan Hana gelak.
“Lupa pulak Nana ni anak ibu,” Ayuna ketap bibir.
Mulalah tu nak buat dia touching. Ibu oh ibu. Anakmu ini masih puteri kesayanganmu.
“Alah, ibu ni. Macamlah kita ni berpisah lama dah. Baru hujung minggu lepas aje Nana balik sini,” Ayuna dakap erat tubuh Puan Hana.
“Iyalah, princess ibu. Nanti dah duduk asing dengan Nadeem, tak rindu ke? Ibu ni… kalau abah pergi outstation, tak senang duduk tau…”
“Masalahnya, ibu memang ikut abah pergi outstation kan?” Puan Hana hanya sengih.
“Amboi, anak beranak ni. Yang nak berpisahnya, Nadeem dengan Nana. Bukannya ibu dengan Nana,” sampuk Encik Razif yang datang entah dari mana.
Nadeem yang baru turun dari bilik Ayuna di tingkat atas, tersenyum.
“Alah. Saya cuma nak comfortkan princess kita ni, abang. Orang nak berpisah dengan suami kan. Malam karang sememeh aje muka, bantal peluk tak ada,” Sempat lagi Puan Hana mengusik.
Pelukan dilepaskan. Ayuna senyum nipis.
Betul cakap ibu. Malam ni, dia bakal tidur sendiri. Tiada Nadeem di sebelah menemaninya. Haiyo, mulalah hati nak gundah gulana.
“Dah, tu Nadeem nak balik dah. Ada urusan lain lagi,” Encik Razif mematikan lamunan Ayuna yang bakal berpisah tempat tinggal dengan si suami.
“Nadeem balik dulu, abah, ibu. Insha Allah, ada aje masa Nadeem singgah,” Nadeem bersalaman dengan Encik Razif dan Puan Hana sebelum melangkah ke kereta.
Ayuna mengikut di belakang.
“Whatsapp ada, do cantact me. Sekerap yang boleh,” pesan Nadeem.
“Uhuh. Kerap? Tak bosan ke?”
“Tak bosan kalau dengan isteri sendiri, Puan Ayuna oi…” Ayuna cebik.
“Insha Allah. Awak pun sama ya, jangan nak harapkan saya aje whatsapp awak. Tahu kan ‘last seen’ tu benda paling pantang?” Nadeem angguk.
“Tahu. ‘Last seen’ awak tu untuk contact saya aje. Faham?”
“Iyalah, Inche Suami. Jumpa lagi kat kelas esok,” Ayuna menghulurkan salam. Sebak pula.
“Fi hifzillah. You have me, I’m yours,” Ditarik Ayuna ke dalam pelukan. Hanya seketika. Nampak dek jiran, hancurlah.
“Same goes to you. I’m yours,” Ayuna ukir senyum.
Tak boleh nak menangis meraung. Esok, lusa, tulat dan seterusnya pun masih akan bertemu lagi biarpun hanya di kelas.
Nadeem menghidupkan enjin keretanya. Sempat dilambaikan tangan sebelum kereta menghilang. Ayuna mengeluh perlahan sebelum melangkah perlahan ke dalam rumah. Dulu boleh sahaja hidup sendiri, tanpa suami. Kini juga, boleh! Semangat Nur Ayuna!


p/s : Tak ada isi pun sebenarnya. Main hentam tulis ja ni. Buah tangan lepas lama tak hapdet blog. Ringkas ja tau. Malam ni, Inshaa Allah… BCP (AmarDini) pulak. Pun kalau boleh nak ringkas ja. Cerpen panjang masih dalam proses. Buat sekerat jalan, lost idea. Benda biasa kalau adanya pengacau. Hehe.