Sunday 29 June 2014

enovel : Bukan Cinta Palsu aka AmarDini 12


Assalamualaikum... Hye!

Salam Ramadhan, semua. hihi. AmarDini for the first of Ramadhan. Sorry sebab lama tak hapdet. huhu. Otak tingtong dua tiga hari ni. Idea menghilang begitu saja. haha. SELAMAT MEMBACA! :D. pendek ja nah.


Nur Dini menghulurkan segelas air kosong kepada Puan Sri Syifa. Dilabuhkan punggung di sebelah ibu mertuanya itu. Wanita itu kelihatan sugul.
Mummy, ceritalah dengan Dini. Apa yang berlaku?”
Puan Sri Syifa meneguk air perlahan.
“Entahlah. Daddy dah tak macam dulu. Mummy tahu mummy bukan isteri yang baik, tapi mummy sayangkan daddy. Tak pernah terniat pun di hati mummy ni nak menduakan daddy. Tapi, kenapa daddy sanggup curang dengan mummy?” rintih Puan Sri Syifa.
“Oh, jadi sebab tulah mummy menangis?” Puan Sri Syifa angguk. “Mummy, janganlah menuduh dulu. Entah-entah mummy salah faham ke? Mummy tanyalah daddy dulu pasal tu,” Belakang Puan Sri Syifa diusap lembut.
“Terima kasih, Dini. Mummy bukanlah seorang mummy yang baik. Betul cakap opah, mummy lebih pentingkan orang luar berbanding keluarga sendiri. Mummy terlalu sibuk dengan persatuan sana sini. Kayla dan Amar pun dah jarang-jarang tegur mummy…”
“Dini tak buat apa pun, mummy. Kadang-kadang, kesilapan tu yang mengajar kita. Cuba bayangkan kalau hidup kita terlalu sempurna, kita takkan tahu apa salah kita. Jadi, macam mana kita nak betulkan dan berubah ke arah lebih baik? Mummy beruntung sebab mummy masih diberi peluang untuk sedar kesilapan mummy sebelum terlambat,” hujah Nur Dini, sekadar mahu menyedapkan hati Puan Sri Syifa.
“Dini tahu tak, kenapa mummy tak setuju Amar berkahwin?” Nur Dini menggeleng laju. “Sebab mummy takut. Mummy takut anak-anak mummy tinggalkan mummy seorang diri. Daddy dah tak sayangkan mummy macam dulu, mummy tak nak anak-anak mummy pun tak sayangkan mummy,” jelas Puan Sri Syifa.
Nur Dini senyum.
“Amar berkahwin dengan Dini bukan sebab sayang, mummy. Kami berkahwin atas rasa tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menutup aib masing-masing. Mummy patut berbangga sebab mummy dah lahirkan seorang anak lelaki yang bertanggungjawab. Dia berani berjumpa dengan keluarga Dini sendiri…”
“Kenapa Dini sanggup terima Amar sedangkan Dini tahu keluarga Amar tak setuju?”
“Hati manusia lembut, mummy. Setiap manusia ada kelemahannya. Janji kita tekad, kita akan dapat apa yang kita nak. Dini cuma harapkan restu mummy dan daddy. Restu orang tua itu penting, mummy. Kami masih muda, perlukan tunjuk ajar. Lambat laun mesti mummy dan daddy boleh terima Dini jugak, kan?”
Nur Dini tergamam tatkala Puan Sri Syifa tiba-tiba memeluk tubuhnya. Teresak-esak dia menangis di bahu menantunya itu. Entah mengapa, hatinya terasa lapang. Setiap ujaran Nur Dini matang. Gadis itu pandai bermain dengan kata-kata. Dia sendiri lebur mendengar setiap kata-kata itu. Mungkin inilah yang dikatakan sebagai hidayah Allah. Subhanallah.
*****
Pintu bilik ditutup perlahan. Mug berisi milo panas diletakkan di atas meja belajar. Amar memandang Nur Dini sejenak. Dia kembali menatap iPadnya. Bukan main lama lagi Nur Dini turun ke bawah. Takkanlah berborak dengan jembalang kot. Ish, nak tanya ke tak nak? Tak tanya, fikir bukan-bukan pula nanti.
“Ehem… apasal lama sangat dekat bawah? Susah sangat ke nak buat air tu?”
Nur Dini tergelak kecil.
“Memang susah pun, Encik Amar oi…”
Sengaja Nur Dini mahu berloyar buruk. Amar buat muka. Debik juga budak ni karang, omel Amar.
“Sejak bila kau pandai loyar buruk ni? Takkan baru berkawan dengan Pija si mulut lancang tu, kau dah terikut?”
“Ish, ada pulak salahkan Pija. Dah memang saya begini pun. Awak aje yang tak tahu. Lain kali, pastikan ya… selidik sikit perangai-perangai isteri awak ni dekat adik-adik ipar awak tu. You’ll know, who am I?” Giat Nur Dini mengenakan Amar.
Namun, dia sememangnya begitu. Cuma orang luar sahaja tidak mengetahui sifat degil dan main-main dia itu. Di rumah keluarganya, bolehlah dia main sakat-sakat dengan Mikael dan Anabella. Dia tahu adik-adiknya itu tidak akan mampu membalas selagi tidak mencapai usia yang sepatutnya. Dewasalah. Elok hendak membalas, Nur Dini pasti akan menghalang dengan kata-katanya.
Budak kecil tidak boleh melawan orang dewasa. Berdosa.
Itu sahajalah modalnya untuk mengelak daripada dikenakan kembali. Sabrina dan Ikhwan tidak pula mempunyai sifat itu melainkan Nur Dini yang pandai membawa mereka berdua untuk sama-sama meloyar buruk dan mengusik. Sabrina, kakak yang baik dan penyayang. Ikhwan pula, abang yang tegas dan jarang bersosial selain menghabiskan masa dengan kerja-kerjanya. Selagi otak dia masih berguna, selagi itulah soal kerja yang menjadi kepentingan kecuali masa bersama keluarga.
“Eleh, hebat sangatlah tu sampai aku kena korek pe’el kau dengan dia orang. Ceh,” Nur Dini mencebik.
At least, awak boleh kenal saya. Sikit pun jadilah. Tak adalah nanti awak jadi jakun bila segala kerenah saya yang luar alam tu awak nampak dengan mata awak sendiri. Masa tu, awak jangan banyak soal pulak ya,” Amar membuat gerakan mulut, meniru Nur Dini membebel.
“Patut ke aku tahu?”
“Ya, wajib. Untuk pengetahuan awak ya, Encik Amar… eh… tak masuk pulak nak berencik-encik. Muhammad Amar, isteri awak ni kuat cemburu tahu. Saya tahu saya nampak aje baik tapi tidak. Jahat jugaklah. Gitar awak saya dah humban masuk stor,” Membulat mata Amar mendengarnya.
Amar bingkas berdiri. Dihampiri Nur Dini yang sedang berdiri di sisi meja belajar.
What did you said just now, Nur Dini Datuk Mubin?” Kening Amar sudah terangkat. Menahan marah di dada.
Your guitar. Disebabkan awak asyik sangat dengan gitar awak tu, saya dah masukkan dalam stor. Kenapa?”
Berani pula Nur Dini menentang Amar yang dua kali ganda besar darinya itu.
“Nur Dini, kau tahu tak apa valuenya gitar tu pada aku? Kalau kau tahu value gitar tu, kau takkan senang-senang… apa? Humban dalam stor? Kau takkan pernah nak sentuh pun benda tu tahu…” Suara Amar sudah naik seoktaf.
Dadanya berombak dek terlalu marah.
As I said, I’m quite jealousy girl. Ya, gitar tu ada value bagi awak sebab bekas kakak angkat awak yang kasi kan? Betul tak?”
Amar melepaskan nafas kasar. Sungguh, dia cuba menahan dirinya agar tidak memukul Nur Dini. Itu dayus namanya.
Jealous? Who are you to put my beloved guitar in that store? Even my family also… tak pernah tahu tak, nak ambil tahu pasal dunia aku. Tapi, kau? Sesedap sup bunjut aje letakkan gitar aku dalam stor tu,” Nur Dini menahan tawa.
Sesedap sup bunjut?
That’s your family. But, I’m your wife… again… your wife. Patut ke awak simpan dan biar saya nampak hadiah dari bekas kakak angkat awak tu… which is your ex-girlfriend?”
Kedua belah tangan Amar yang agak kekar itu mengepung tubuh kecil molek Nur Dini. Gabra juga Nur Dini dibuatnya. Tadi bukan main dia cuba mencari pasal, kini takut pula dengan tindakan luar alam si Amar itu. Isk.
“Kau suka sangat kan korek cerita pasal aku? Patutlah kau asyik berkepit aje dengan Pija. Rupanya kau sengaja nak korek rahsia aku sebelum kau datang sini. Hebat, Nur Dini. Such a brave girl, huh. Tadi apa? Kau mengaku yang aku ni suami kau kan? Kononnya nak jadi isterilah, cemburu bagai ni. So, where is your respect towards your husband, Nur Dini? Mana? You have nothing. Tak guna bertudung labuh, baju longgar kalau perangai kau macam ni,” Terkedu Nur Dini dibuatnya.
Birai matanya mula basah. Pertama kali dia diasak sebegini. Salahkah untuk dia cemburu? Terang-terang Amar masih punya perasaan pada perempuan lain. Patutkah dia hanya mendiamkan diri sedangkan dia nampak sendiri Amar bersama dengan perempuan itu? Memanglah dia masih tidak punya apa-apa perasaan pada Amar, tetapi naluri seorang isteri yang membuatkan dia berasa cemburu apabila Amar tiba-tiba rapat dengan perempuan lain.
I saw you and your ex-girlfriend, Amar. Saya cuma nakkan kepastian. Pijalah satu-satunya harapan saya. If yes, my eyes saw the right thing… I need your explanation. If not, you don’t have to worry. Buat apa kita teruskan semua ni sedangkan awak bukannya serius dengan saya. Tak guna, kan…” Tebak Nur Dini.
Amar meraup rambutnya.
So, you saw it? Yes, I’m still berhubung dengan dia. Puas?”
“Siapa kata aku tak serius? Jangan pernah nilai aku sebelum kau kenal aku sedalamnya. Don’t make any judgement, Nur Dini. You’ll get hurt. Kau lupa? Kita kahwin sebab aku dah cium kau tanpa hubungan yang sah walaupun sekadar pertolongan. Aku boleh ingatkan kau selalu, honey. Setiap kali aku pandang kau, aku terbayang yang bukan-bukan tentang kau…”
Jari telunjuk dilarikan pada wajah putih berseri Nur Dini.
“Kau nak ke kalau satu hari nanti, aku tarik kau masuk mana-mana bilik kuliah sebab aku teringinkan kau?” Nur Dini menggeleng laju.
Sungguh, dia terlalu takut ketika ini. Entah mengapa butiran permata yang mampu melemahkan kaum lelaki itu tidak mahu menitis.
“Tahu pun kau. Now, go! Pilihlah mana-mana bilik pun, aku nak kau keluar dari bilik ni. I don’t want to see this innocent face anymore. Go!” Terhenjut bahu Nur Dini dek jerkahan Amar.
Sepantas yang boleh Nur Dini meninggalkan kamar Amar.
Sebaik sahaja pintu bilik tertutup, Amar melepaskan keluhan berat. Langsung tiada rasa bersalah kepada Nur Dini ketika ini. Hatinya bagai tersiat saat Nur Dini mengungkit tentang Aleeya, bekas kakak angkat dan juga bekas kekasihnya. Aleeya yang mahu mereka berpisah apabila tersedar mereka tidak sesuai bersama. Gadis itu lebih tua empat tahun daripada Amar dan merasakan itu adalah penghalangnya. Tan Sri Riduan dan Puan Sri Syifa sendiri tidak mahu hubungan itu berkekalan.
*****
Pintu bilik tetamu dibuka perlahan. Nur Dini menghempaskan tubuh ke tilam sebaik sahaja kakinya tiba di kati bersaiz Queen itu. Pertama kali dia melihat Amar naik angin sebegitu rupa sehingga menghalaunya. Keluhan terbit. Salah dia juga kerana mengungkit soal itu.
I’m sorry, Amar. I didn’t mean to hurt you. Tapi, awak yang buat saya rasa macam ni. Kenapa awak lamar saya sedangkan hati awak pada orang lain. Tak adil,” Tumbukan dilepaskan ke tilam empuk itu.

Dalam sibuk memikirkan tentang kejadian tadi, terlena pula Nur Dini di situ. Harapnya esok kemarahan Amar sudah berkurangan. Mahunya dia mati kutu. Selalunya lelaki itu yang melayannya di banglo yang besar ini, tidaklah sukar dia mahu membiasakan dirinya.

to be continued...

p/s : kesian dini kena marah dengan amar. huhu. dia jugak cari penyakit. tiba-tiba gi ungkit pasal Aleeya. haha. new character coming soon. :)

Wednesday 25 June 2014

enovel : Secret That Nobody Knows 22


Arianna membetulkan dress longgar ditubuhnya. Dikenakan tudung segera cotton. Hati resah tika ini, sangat resah. Khairil sudah berani bertandang ke rumah keluarga Fariq. Mujur sahaja kesabaran Arianna masih menebal dan masih menghormati lelaki itu adalah sahabat baik suaminya. Jika mindanya mula mengsetkan bahawa Khairil itu adalah pembunuh abangnya, tidak mahu dia menatap wajah tenang penuh muslihat itu.
Kaki melangkah ke tingkat bawah setelah pasti dia menutup auratnya dengan rapi. Awal-awal lagi Zarra sudah ditidurkan di bilik bawah di mana Puan Sri Katrina berada, sedang membaca buku. Tidak akan sesekali dia membenarkan Khairil bertemu dengan Zarra. Tidak.
“Abang,” Dilebarkan senyum dan duduk di sisi Fariq di kerusi batu halaman rumah.
“Wah, ni first time kita bersua kan, Arianna? How are you?” Plastik sungguh senyuman itu di pandangan Arianna. Sungguh jelik.
Arianna senyum lagi.
I’m fine. Suami saya ada untuk jaga saya. Tak silap saya, awak satu kampung dengan Fariq, kan?” Wah, sudah tahu, ditanya lagi. Fariq sedang mendengar, lakonan kenalah mantap.
“Yupp. We are very close. Sejak kecil kita main sama,” jawab Khairil penuh selamba.
“Amboi, sayang. Nak korek rahsia abang ke ni?” Arianna jongket bahu. Terasa seperti mereka sedang membuat pengambaran filem pula.
Fariq, hero. Arianna, heroin di mana dia adalah seorang spy girl. Khairil, antagonis punya watak. Jahat! Sesuai. Drama di dunia realiti.
“Mana ada. Pertama kali jumpa, kawan abang ni dah kenal Rianna. Tapi, apa adahal. Mesti abang selalu story pasal Rianna kat dia, kan,” Khairil tarik senyuman kelat.
“Ha’ah. Abang selalu cerita kat Ril pasal Rianna. Alah, men’s talk…”
“Biasalah, Arianna. Suami awak ni dah masuk kategori jejaka hot plus kaya. Ramai perempuan nak dekat, tapi awak yang dia pilih. Itupun, tiba-tiba. Majlis sanding apa pun tak ada. I thought, he love you so much,” Fariq tampar lengan Khairil di atas meja.
Khairil ketawa.
It’s okay. I trust him more than myself. Jodoh kan ditangan Allah. Ajal jugak, bukan ditangan manusia. Abang, bukan sepatutnya abang ada janji dengan Airis ke?” Fariq tepuk dahi. Terlupalah tu.
“Aduh. Hmmm, sayang sembang kejap dengan Khairil. Abang nak naik tukar baju. Ril, kita gerak samalah eh,” Khairil mengangguk laju.
Inilah masa dia untuk mengenakan Arianna yang kononnya bijak pandai itu.
Fariq bergerak masuk ke dalam rumah. Arianna berpura-pura senyum. Tetapi, bukanlah senyum manis atau nipis. Senyum sinis. Penuh dengan rasa meluat, benci… jijik menjadi satu.
How’s life? Fariq told me that you both gonna have baby. Pasti ke you all sempat nak timang anak pertama korang,” Sinis sekali nada Khairil.
Jika Khairil sinis, Arianna apa kurangnya. Dia bukan jenis mudah mengalah.
Very good. Takdir kami bukan ditangan kau. Allah yang berhak menentukan arah hidup kami. Sepertimana kau bunuh abang aku dulu, seperti tu jugak kau akan terima balasannya. Kau rasa apa Fariq akan buat kalau dia tahu yang sahabat baik dia ni yang kononnya baik sangat dah culik bakal isteri dia dan menyebabkan Airis disahkan meninggal dunia sedangkan dia masih hidup. Mungkin Shauqi salah sebab ikut telunjuk kau, tapi people change. What goes around comes around. I won’t let you hurt him. Never,” ujar Arianna panjang.
Lantaklah Khairil hendak mendengar atau tidak. Janji dia puas. Puas kerana dia mampu bersemuka dengan pembunuh Zecky Ashraf. Itu sudah cukup berbanding dia membalas dendam. Dia tidak mahu menjadi seperti Khairil. Biarlah Allah sahaja yang membalas segala perbuatan jahat Khairil. Dia langsung tiada hak untuk itu.
“Aku pun takkan sakitkan dia. Tapi, kau yang akan sakitkan hati dia dengan rahsia kau, Arianna. Sampai bila kau nak sembunyikan hal sebenar ni? Such a loser. Aku culik Airis sebab kau, bukan sebab Fariq. Dan, Fariq takkan senang-senang maafkan kau kalau dia tahu kaulah penyebab utama dia hilang kawan baik dia dunia akhirat,” Arianna tergamam.
Dadanya berombak laju. Ya, hakikat. Hakikat itu yang harus dia terima. Bukan setakat kes Airis sahaja, sebaliknya kisah silam yang dirahsiakan Fariq. Ugh!
Small matter. I’ll let him hold his own baby before I’m leaving. Tapi, selagi aku berada dengan Fariq… kau takkan boleh apa-apakan aku. So, know where are you standing, Khairil,” Amaran keras Arianna keluarkan.
Takdir yang membawa ke dalam hidup Fariq. Dan… takdir jugalah yang akan menentukan hidup mereka seandainya rahsia terbesar itu terbongkar. Bagaimana dan siapa? Kisah itu bakal diungkit, Arianna sudah sedia maklum. Paling tidak, Khairil tidak akan menyakiti Fariq. Dia sudah cukup bersyukur tentang itu.
“Jom, Ril. Sayang, jaga diri. Abang tak pasti nak balik pukul berapa, jangan tunggu tahu. Love you,” Dahi Arianna dicium Fariq lembut.
Tangannya juga sempat singgah di perut Arianna sebelum bergerak ke kereta. Khairil pandang Arianna, penuh sindiran.
Hilang sahaja kereta mewah Fariq dari pandangan mata, Arianna melepaskan keluhan. Ah, dia kalah lagi dengan perasaannya itu. Mudah sangat mengeluh. Hanya itu yang menjadi kelemahan manusia yang kalah. Ya, dia sudah kalah tanpa bertanding.
*****
Renungan Airis kelihatan pelik di mata Fariq. Entah kenapa, tiada lagi sinaran cinta yang pernah hadir di mata itu seperti satu masa dulu. Adakah benar Airis sudah tidak menyayangi dirinya? Patutkah dia gembira atau sedih? Patutkah dia memberitahu kepada Airis tentang Arianna? Persoalan-persoalan itu membingungkan Fariq.
“Abang, boleh Sya tanya abang sesuatu?”
“Ya…”
“Abang masih sayangkan Sya macam dulu? Lama Sya tinggalkan abang. Mustahil abang langsung tak jumpa sesiapa, kan. Jujur aje, Sya tak kisah,” Lembut sekali bicara Airis.
Dia nekad untuk memberitahu Fariq tentang Shauqi. Dan dia yakin Fariq juga akan berterus terang dengannya mengenai Arianna.
“Hmmm…” Fariq hela nafas perlahan. “… Bohonglah kalau abang kata tak sayang. Tapi, maafkan abang, Sya. Abang sayang Sya sepertimana seorang abang sayangkan adik dia. That’s all. Puas dah abang jaga hati abang, tapi abang tetap tak boleh nak tipu,” Airis diam.
Memang sakit hatinya jika dia juga menyayangi Fariq seperti dulu. Entah mengapa, hatinya lega. Lega sangat.
“Sya faham. Sebab tulah Sya ajak abang jumpa. Sya… emmm… Sya dah jumpa orang lain. Dia yang selamatkan Sya dulu masa Sya kena culik. Dia yang jaga Sya, rawat Sya. Sya faham kalau abang nak marahkan Sya. Sya dah tak sanggup nak tipu abang lagi. Baik Sya jujur,” luah Airis.
Fariq pandang wajah lesu milik Airis.
“Kita seri. Abang pun menipu Sya jugak. Actually, Arianna is my wife. Not my cousin. Abang terpaksa tipu Sya sebab abang takut Sya tak boleh terima,” Akhirnya, lancar juga penjelasannya itu. Tidak gagap langsung.
“Sya dah agak pun. Kalau Arianna hanya sepupu abang, abang takkan risaukan Arianna masa dia admit hospital puasa hari tu, kan? You care about her very much. Cara Arianna merajuk pun, bukan seperti seorang sepupu. Itu merajuk seorang isteri. Kan?” Fariq angguk. Mengaku akan kebenaran itu.
“Terima kasih, Sya. Lega hati abang sekarang ni. Jadi, siapa yang berjaya rampas Sya dari abang tu?” Airis tergelak.
Haih, adik abang punya perbualan dah ni. Layankan sahajalah.
“Buat masa ni dia tak ada. Insha Allah, nanti dia dah balik… Sya kenalkan,” balas Airis. Selesa sedikit hubungan mereka kini. Tidak lagi kekok.
“Oh, okey. Asalkan dia jaga Sya baik-baik, abang bersyukur. Abang doakan Sya bahagia... dunia dan akhirat,” kata Fariq sambil senyum. Airis membalas senyuman.
Wajah itu masih kacak seperti dulu. Raut tampan itulah yang mendebarkan hatinya suatu masa dulu. Kini, hanya Shauqi yang berjaya membuatkan jantungnya berdegup penuh irama. Dia lebih selesa bersama Shauqi berbanding lelaki sebaik Fariq.
“Sya pun nak berterima kasih pada abang. Jadi, macam mana dengan kisah Amsterdam abang. Dah cerita dekat Arianna?” Fariq menggeleng.
Tangannya mengacau air asam boi yang sudah tinggal separuh.
“Entahlah, Sya. Abang tak tahu macam mana nak mula. Abang takut abang akan sakitkan hati dia. She’s pregnant and her emotion must be very sensitive. Abang tak nak dia lari tinggalkan abang,” Airis senyum nipis.
Kalaulah Fariq tahu kebenarannya, sudah pasti sebaliknya yang berlaku. Fariq yang akan pergi meninggalkan Arianna. Rahsia Arianna terlalu besar kesannya pada Fariq. Tidak sanggup pula Airis melihat Fariq kecundang buat kali ketiga. Cukuplah kisahnya dulu dan juga kisah silam Fariq itu meranapkan hati Fariq.
Sekarang ini, Arianna adalah penyembuh. Tetapi, Arianna juga bakal menjadi pisau yang menoreh hati Fariq sepertimana yang ditempuhi lelaki itu dahulu. Di bumi Amsterdam. Berat untuk dia akui Fariq akan butakan mata dan hatinya jika perkara itu terbongkar. Ariannalah yang bakal menderita.
Airis lelah sendiri.
“Yang penting abang jujur. Abang, Sya nak abang percayakan Arianna walauapapun yang jadi. She’s your wife. Atas keizinan Allah, mungkin hingga ke Jannah. She’s meant to you. Promise me,” Biarlah dia yang tanam sifat percaya itu dalam diri Fariq.
Dia tidak sanggup melihat Arianna menderita sedangkan wanita itu berusaha sehabis mungkin untuk berjuang demi rumah tangganya. Arianna bukan wanita biasa tetapi luar biasa. Kasih dan sayangnya pada Fariq melebihi segalanya. Semoaga Fariq nampak ketulusan hati Arianna biarpun wanita itu jugalah penyebab kemusnahan Fariq dulu.
Manusia boleh berubah jika diberi peluang. Dan, Arianna sudah pun menggapai peluang itu.
“Insha Allah,” jawab Fariq dengan senyuman nipis.
Sepatutnya Arianna yang harus percayakan dia andai satu hari nanti kisah silamnya di Amsterdam terbongkar. Waktu itu dia hanya mahukan kepercayaan Arianna sahaja untuk memimpinnya berdiri semula seandai dirinya rebah dan sudah tidak mampu berdiri lagi.
*****
Tergeleng kepala Fariq dan Arianna serentak. Zarra bukan main seronok lagi berlari di sekeliling bilik Fariq yang besar dan luas itu. Tidak reti duduk diam-diam. Jika anak kecil itu tidur, tiada masalah. Namun, sebaik sahaja bangun dan mata comel dia itu sudah membulat… harulah papa dan mama dia hendak melayan.
Memang tidak akan terlayan.
“Abang dah bagitahu Airis pasal kita,” Arianna kalih ke sebelahnya.
Mereka bersandar di hujung katil atas permaidani tebal sambil memasang mata pada Zarra.
Then? Kenapa muka suami Rianna masam mencuka ni?”
She have another guy. Abang happy sebab dia pun happy jugak. Cumanya, abang terfikir sesuatu,” balas Fariq. Matanya tidak lepas mengawasi Zarra.
“Apa itu?” soal Arianna sambil mendekatkan bibirnya ke pipi Fariq. Chup! Fariq tidak jadi serius. Dia ketawa lepas.
Seronoklah tu Arianna tersayang dia tu cium pipi dia.
“Nakal eh, sayang abang ni,” Dicuit hidung isterinya lembut. Arianna sengih. “Abang terfikirlah. Sempat pulak Airis fall in love dengan penyelamat dia. Tidak ke pelik?” Giliran Arianna pula ketawa.
“Tak adanya peliklah, abang. Possibility untuk Airis jatuh cinta dengan penyelamat dia tinggi. Sudah namanya penyelamat, hati perempuan mana tak tersangkut. Sedangkan belum kenal pun boleh ajak nikah. Inikan dia orang dah kenal…”
Belum sempat Arianna menghabiskan kata-katanya, Fariq sudah mencubit pipi Arianna yang sedikit tembam itu.
“Amboi, mulut dia. Abang kiss depan Zarra baru dia tahu. Sempat lagi perli abang eh,” Arianna menghamburkan tawa.
“Terasa ke? Alolo, Rianna bagi contoh aje. Tapi, benda betul apa. Memang abang ajak Rianna nikah kan?”
Fariq peluk bahu Arianna. Geram pula dia melihat isteri dia yang semakin menawan ini. Kalau malam, habis Arianna dikerjakannya. Eheh.
“Pa… papa…”
Serentak Fariq dan Arianna memandang Zarra yang sudah berdiri di hadapan mereka dengan muka sememeh. Tidak lama lagi, bisinglah bilik peraduan mereka ini.
Huwaaa!
“Alolo, sayang papa ni. Meh sini,” Pantas Fariq menarik tubuh kecil comel Zarra dan dipeluknya. “Sayang panggil apa tadi?” tanya Fariq kepada Zarra. Mahu mendengar dengan lebih jelas.
Arianna usap kepala Zarra yang sedang lentok di bahu Fariq perlahan. Bibirnya mengulas senyum paling manis.
“Papa…”
Semakin eratlah Fariq memeluk Zarra. Terharu, weh!
“Ni yang nak menangis ni,” Arianna ketawa. Kelakar.
Sudah keluar pun air mata jantan Fariq itu. Adoi, Zarra berjaya buat papa dia menangislah. Arianna kesat air mata di pipi suaminya itu.
“Abang ni touching pulak. Macamlah Zarra tak pernah panggil papa…” Fariq geleng kepala.
“Tak pernah. Dia panggil Rianna aje. Betul harakat dan barisnya. Baru sekarang ni cukup untuk abang. Terharu,” Haish, cengeng.
Arianna depangkan tangannya dan memeluk kedua-duanya. Dia bahagia kini. Biarlah masa ini dia bersuka ria. Mengalirkan air mata gembira. Sedikit masa lagi, keadaan akan berubah. Tangisan dia bukan lagi kerana bahagia tetapi derita. Derita dek kisah lampu yang masih belum selesai. Tiba masanya, dia hanya mampu mengharapkan kekuatan dari Allah untuk dia meneruskan hidup.

Dulu, dia pernah khilaf. Sekarang, dia mahu membetulkan khilaf itu. What goes around comes around. Sepertimana kata-kata itu ditujukan pada Khairil, iya kembali semula padanya. Kejam jika dia masih membina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain. Terlalu kejam.

to be continued...

p/s : terrajin pulak nak post malam ni. hihi. termenaip pulak STNK. SELAMAT MEMBACA! :D.

Tuesday 24 June 2014

enovel : Hello, Mr LA! 14


Fuhh, penat. Sebaik sahaja penerbangan dari Los Angeles ke Malaysia selamat tiba, dia terus ke hotel yang sudah ditempah awal-awal sebelum berangkat. Pandangan dililaukan, cantik juga hotel di tengah-tengah kota ini. Langsir yang tertutup diselak luas. Terpampang kebanggaan Malaysia, KLCC di hadapan mata. Akhirnya, tiba juga dia di bumi Malaysia.
Sir, this is your bag. If you need anything, just call us,” Mata dihala ke arah pintu. Dua buah begnya terletak di sisi katil. Dikeluarkan beberapa not sepuluh ringgit Malaysia dan disuakan pada penyambut tetamu lelaki itu.
Thank you, sir,” ucap penyambut tetamu lelaki itu dan terus berlalu meninggalkan room suite itu.
Tubuh sasanya yang penat dihempaskan ke tilam empuk. Segaris senyuman ditarik. Seorang diri di bumi asing, apakah yang bakal berlaku? Tiada pengarah yang mahu mengarah ceritanya, tiada jurumekap yang akan touch up wajahnya, tiada teman yang boleh berbual dengannya. Huh, semuanya kerana seorang wanita. Trisha Dania. Sebaris nama itu sentiasa mengganggu jaga dan lenanya. Tekad di hati membawa ke sini, Malaysia.
Semoga percutian rahsianya membawa tuah.
*****
Skrin Asus ditatap. Keluhan terbit… namun cepat-cepat di beristighfar. Entahkan sudah tiba atau belum encik suami di sana? Big question mark di dahi Trisha. Mata menengadah ke syiling putih berseri tanpa secalit noda melainkan butiran bintang-bintang plastik yang ditampalnya ketika masih di bangku sekolah. Masih kekal bersinar kala gelap.
Ketukan di pintu membawa bebola matanya memandang ke situ.
“Masuklah,” laung Trisha agak kuat.
Terjengul wajah Puan Sri Kamalia bersama segelas susu dan piring yang terisi beberapa biji buah kurma.
“Haih, apa yang dok mengelamun tu. Dah solat isya’ ke belum ni?” soal Puan Sri Kamalia sambil meletakkan makanan diet Trisha di atas meja sisi.
Trisha bingkas duduk dan bersila.
“Sudah, ibu. Kenapa ibu susah-susah bawa naik ni? Nanti Trish boleh ambil sendiri. Kesian ibu kena layan Trish,” Puan Sri Kamalia duduk di birai katil. Ditekap telapak tangan kanan ke pipi Trisha.
“Ibu kan dah janji dengan Aril, nak jaga Trish. Ibu kenalah kotakan janji. Minum susu ni. Aril pesan jangan campurkan kurma dalam susu, Trish tak suka. Sejak bila pula demand ni?” Trisha sengih comel.
Demand dengan cik abang aje, bu. Tak adalah. Nak termuntah kalau kacau kurma sekali dengan susu. Baba mana, tidur dah?”
“Belum. Tadi tengah baca buku apa entah. Baba ada suruh ibu tanya, Trish nak masuk kerja bila? Dah lama sangat cuti ni,” balas Puan Sri Kamalia.
“Esoklah Trish masuk kerja. Tapi, sebelum tu Trish kena pergi KLCC kejap. Esok pagilah, nak shoot morning environment untuk next project…”
“Iyalah. Ibu keluar dulu, jangan lupa minum susu,” Dikucup dahi Trisha sebelum keluar.
Trisha senyum nipis melihat pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu. Dia mencapai Wlibear yang elok terbaring di sisi di mana Azaril sering berehat. Didudukkan Wilbear agar menghadapnya.
My love Wilbear, I’m gonna drink my milk…” Segelas susu habis diteguk sehingga ke titisan terakhir. “Now, my kurma,” Kurma yang sudah dibuang bijinya dimakan Trisha perlahan, penuh nikmat. Hek.
Trisha mendekatkan mukanya ke mata Wilbear dan dikucup mata bulat dan hitam itu. Kredit kepada My Love From The Star sebab beri peluang pada Azaril untuk mengintip Trisha dengan cara begini. Sehari sebelum bertolak, Azaril telah memasang CCTV atau kamera intip pada mata Wilbear. Kiranya sebagai rakaman harian untuk Trisha.
I love you more, more and more, sayang. I miss you so much. Cium sikit,” Pipi Wilbear menjadi sasaran bibir Trisha. Gila dah mek ni.
Senyuman lebar ditarik. Terasa seperti Azaril yang memeluknya ketika dia mendakap Wilbear yang besar itu. Dipeluk Wilbear sehingga dia terlena di sisi klon Azaril itu. Tetap lena walaupun bukan Azaril yang menemani. Mungkin haruman Azaril terlekat pada Wilbear membuatkan Trisha angau. Eheh.
*****
Kamera DSLR ditangan ditelek sebelum memulakan photoshootnya. Cekap Trisha mengambil beberapa keping gambar untuk dimuatkan dalam majalah syarikat sebagai tatapan dan rujukan. Mujur sahaja morning sickness sudah beralih ke malam, tidaklah terganggu kerja-kerjanya di siang hari. Banyak juga kerjanya yang terbengkalai dek bercuti lama.
Jika dia bekerja makan gaji di syarikat, sah kena pecat dah. Ini nasib baik Tan Sri Amzan bagi kelonggaran. Bukan disebabkan dia anak tetapi lebih kepada cuti tanpa gaji. Adillah tu, kan. Tan Sri Amzan agak tegas jika berkaitan dengan kerja, komited dia tinggi. Di rumah penyayang gila, di pejabat? Kena tengking tu biasa tapi jaranglah iya berlaku tanpa sebab.
“Cik Dania, your face looks shine bright. Tak silap saya Doktor Raffiqi fly ke Syria kan?” tanya Lilian, setiausaha Trisha.
“Ha’ah. Misi kemanusiaan, Lili. Lima bulan aje, sabar ajelah,” jawab Trisha sambil senyum.
Di sebalik senyuman itu punya satu kisah sebenarnya. Pepagi lagi mood dia ceria dek terima panggilan daripada Azaril. Siapa tak gembira?
“Abang okey kat sini. Miss you so much, darling. Just landed. Usha instag abang, you will get the info about me. Kirim salam sayang abang dekat baby. Wait for me,” Walau sekejap sahaja perbualan mereka, namun mampu hadirkan taman bunga di dalam hatinya.
Kamera kembali mengetip suasana pagi di sekitar KLCC.
“Lewis?” Pandangannya terhenti pada susuk tubuh sasa yang sedang menikmati minuman panas di atas tangga sambil memandang air pancuran.
Dia kenal lelaki berbaju T lengan pendek serta jeans hitam itu.
“Apa, cik?”
“I nampak kawan I, you tolong sambung kerja I. Kejap lagi I datang balik,” Kamera itu diserahkan pada Lilian yang terkebil-kebil itu.
Sudahnya, dia mengikutkan sahaja arahan bosnya itu.
Trisha menapak ke anak tangga yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri tadi. Teruja pula dia melihat Lewis di Malaysia, di hadapan mata dia sendiri. Sungguh, dia terkejut. Penuh selambanya dilabuhkan punggung di sebelah Lewis. Berjarak jugalah.
Hye,” sapa Trisha dengan senyuman.
Terbuntang mata Lewis. What the… coincidentally? Trisha Dania betul-betul di depannya kini. Ditenyeh mata kasar, kot-kot bayangannya sahaja.
Is it you, Trisha?” Trisha mengangguk laju. Wah, excited ni. “I’m really really shocked. What ara you doing here?” Lewis masih tidak percaya.
I have photoshoot for my company. And, you. What are you doing here… in Malaysia? Supposedly, I’m the one who is in the state of shock, Lewis,” Lewis gelak.
Okey, dia terasa hendak menampar dirinya sendiri. Tiada angin, tiada ribut… tiba-tiba sahaja dia terjumpa dengan Trisha. Tidak sangka senang sungguh untuk dia bertemu dengan wanita itu.
I… I just take a leave. Wanna have short vacation in Malaysia… maybe,” Hek, termenipu pula. Maaf, Trisha.
Oh, yeah? Hmmm, so… are you alone?” Lewis angguk. “Where do you stayed?” Lewis menggeleng. Tidak mahu Trisha tahu di mana hotel dia menginap.
Many hotels in this town, I just need to choose the one of it, right? Tak apakah awak berbual dengan saya, awak sedang bekerja, kan?” Ternganga Trisha dibuatnya.
Ommo, Lewis sudah menggunakan bahasa kebangsaan. Neng. Betul-betul terkedu ni.
“Skemanya. Awak belajar bahasa Melayu?” Sempat lagi Trisha mengkritik. Tapi, memang kedengaran skema sungguh ayat itu.
“Sikit-sikit. Tapi, dah mula cekap. I have my own interpreter. Saya berusaha gigih nak belajar bahasa Melayu. Satu hari, seribu lebih perkataan,” Lambat-lambat Lewis menerangkan pada Trisha.
Trisha terangguk-angguk.
“Wah, I’m proud of you. So that, boleh kita bercakap dalam bahasa Melayu? Atau, campur-campur?” Lewis kerut dahi.
“Cam… campur?” Trisha gelak. Lucu.
I mean, we mixed our language. Malay… English. Senang sikit. Awak boleh belajar lebih mendalam lagi,” Trisha sembunyikan senyum.
Hatinya sudah tergolek terguling dek terasa kelakar di situ. Penat jugalah menunggu Lewis menghabiskan ayat dia. Tetapi, mahu buat apa. Lelaki itu baru belajar. Entah apalah yang membuatkan lelaki kacukan itu mahu mempelajari bahasa Melayu. Tersangkut dengan perempuan Melayukah?
Oh, sure. We mixed it, so that… I can learn very fast,” Lesung pipit Lewis terserlah. Waaa, kacak.
That’s right. Emmm, but now… I have to go back to my work. Awak free hari ni? Atau, mungkin esok? Hah, berapa lama awak di sini?” Lewis menggaru kepalanya. Tersekat mindanya mahu menangkap pertanyaan Trisha.
“Boleh ulang?” Soalan yang sama kerap kali dia tujukan pada jurubahasanya jika tidak memahaminya.
“Oh, awak stay kat Malaysia… berapa lama?”
“Emmm… about that. One month?” Lamanya. Trisha sudah mengira menggunakan jemarinya. Sebulan tu bukan satu tempoh yang sekejap.
“Okey. Let me take you to visit my country. Bukan semua tempatlah, certainly. Awak tunggu di sini, nanti saya datang. Okay?”
My pleasure. I’m happy with that, Trisha. Thank you,” Trisha senyum lebar.
Dia berlalu meninggalkan Lewis. Sempat dia menampar pipinya, manalah tahu jika itu adalah mimpi. Namun, semuanya realiti. Balik nanti dia perlu meminta izin Azarillah, mahu membawa Lewis jalan-jalan. Cukuplah emel sahaja menjadi perantaraan. Dia pasti Azaril membenarkan, sekadar mahu membalas jasa Lewis yang sanggup membawanya berjalan-jalan di LA dua minggu lepas.
Dua minggu? Cepat juga Lewis belajar bahasa Melayu. Bravo.
*****
Usai solat isya’, Trisha capai iPad di atas meja kerjanya. Semoga Azaril sedang online ataupun aktif di instagramnya. Hal ini terlalu penting untuk dia maklumkan pada suaminya itu. Tidak mahu menimbulkan fitnah di kemudian hari. Lebih mudah jika dia bersikap jujur. Azaril bukanlah seorang yang cepat melatah jika hal itu dianggapnya tidak penting.
Senyuman manis terukir di bibir Trisha tatkala matanya menangkap Azaril sedang membalas komen daripada seorang doktor yang merupakan rakan setugasnya. Lega rasanya hati.
Assalamualaikum, abang,
I just saw your comment on your instag photo. Apa khabar? Macam mana keadaan di sana? Trish harap semuanya okey. Abang, Trish nak minta maaf tau. Hari ni Trish terserempak dengan Lewis. Terlanjur dia di sini Trish nak bawa dia jalan-jalan pusing KL. Trish bawa Lili sekali. Promise. Boleh tak?
Miss you a lot. Baby miss her abi too. Muah.
Send. Trisha senyum sendiri. Harapnya selamatlah emelnya tiba di sana. Tergolek terguling ke kanan ke kiri, Trisha menunggu balasan dari Azaril. Janganlah encik suami terchenta dia ni sedang bad mood. Mampus dia kena marah nanti. Gerun juga jika Doktor Raffiqi sudah naik angin, mahu dia berselubung dalam selimut. Takut.
Beberapa minit menunggu, barulah muncul emel baru di notification iPad Trisha.
Waalaikumsalam, sayang abang,
Miss me a lot eh. Miss both of you too. So, he’s here. It’s okay if Lili with you all. At least, she would be my mata-mata. Take care of yourself as my wife. Jangan macam-macam tahu, I trust you. Better you reveal your status before he’s in love with you, sayang. Okeylah. Need to go. I’m very busy these day, couldn’t make a call after this. Take care of yourself and our baby too.
Love you more and more, sweetheart. Assalamualaikum.
Air mata di yang mahu mengalir di seka. Haish, terharu pula umi ni. Azaril pun satu, dia punya ayat membuatkan Trisha terasa mahu mendakap suaminya itu sekarang. Salam Azaril dijawab di dalam hati. Ah, rindunya dia. Pantas ditarik Wilbear dan dihamburkan tangis dalam pelukan beruang yang tidak bernyawa itu. Selepas puas menangis, boleh pula dia menayangkan mukanya yang merah ke mata Wilbear. Sengaja.

Belum sempat dia mengadu, tekaknya mula terasa mual dan loya. Apa lagi, kelam kabut Trisha berlari ke bilik air. Aduh, peritnya tekak dia ketika. Tiada lagi yang mahu mengurut belakangnya untuk menghilangkan rasa loya. Parah sudah penyakit rindu dia ni. Tahap kritikal.

to be continued...

p/s : yuhuuu, mr LA datang dah. hihi. happylah sikit. :D. CIA punya broadband dah nak sampai dateline, dua hari lagi. tak sure bila pulak boleh update. inshaAllah kalau dah bayar CIA update laju-laju. panjang-panjang (kalaurajin). kenyit sikit. wink wink. tapi, jangan risau. MLS Ramadhan Special tetap akan muncul. bila tu CIA tak sure. hihi. SELAMAT MEMBACA! :D.

enovel : Hello, Mr LA! 13


Nyamannya udara. Erk? Padahal memang begini pun cuaca di banglo dua tingkat milik Azaril ini. Udara pagi di beranda tingkat bawah disedut perlahan. Perumahan ini memang mengikut citarasa Trisha di mana ia terletak jauh dari bandar dan berdekatan dengan kawasan pergunungan. Sengaja Azaril membawa Trisha ke banglonya yang baru sahaja dia beli setahun yang lepas, tetapi baru sekarang dirasmikan mereka.
“Macam mana, okey?” Azaril peluk pinggang Trisha dari belakang.
Nice. Trish suka view kat sini. Udara pun nyaman aje, sejuk mata memandang. Kenapa beli rumah ni? Abang memang tak nak stay kat rumah sana ke?”
“Taklah. Abang beli rumah kat sini sebab abang nak hadiahkan pada wife abang. Dan, sayang bertuah sebab sayanglah pemilik rumah ni… sampai bila-bila. Abang dah siap tukar nama dah. Jadi, ikut suka sayanglah bila nak pindah sini…”
Azaril meletakkan dagu di atas kepala Trisha.
“Hmmm, tapi Trish nak pindah sini dengan abang. Apa kata, kita pindah bila abang dah balik sini. Masa tu bolehlah buat housewarming. Jiran-jiran pun dah ramai,” Azaril menganggukkan sahaja, mengiyakan sahaja buat masa ini.
“Kalau Trish nak pindah sendiri pun boleh. Tapi, Trish kena pastikan Trish tak pindah sorang-sorang. Mungkin ibu ke mama boleh temankan. Abang pesan siap-siap eh, abang tak ada nanti… Trish jangan duduk rumah kita sorang. Ikut suka Trishlah nak stay rumah ibu ke mama ke, yang pentingnya bukan seorang diri. Faham?”
Okey, Doktor Raffiqi sudah tegas.
“Okey. Abang ni tak sejuk ke pakai singlet aje. Cuaca tengah sejuk ni, demam nanti…” Trisha bergerak masuk ke dalam dengan Azaril masih memeluknya.
Sudah macam robot dia berjalan ke ruang tamu.
“Dah biasa, sayang. Hmmm, kita nak buat apa ni? Breakfast sudah, mandi pun sudah… makan sayang pun sudah. Hmmm,” Erk?
Trisha menampar lengan Azaril di pinggangnya. Mereka duduk dia sofa. Sekarang ini, Azaril asyik hendak berkepit sahaja dengan Trisha. Tangan dia sentiasa hendak memeluk isterinya itu, tak nak lepas. Dia senang begitu. Payah pula jika dia rindu Trisha nanti. Haru pula hendak terbang balik ke Malaysia.
“Abang, kita tengok cerita UP nak? Cerita pasal suami ni sayang isteri dia gila-gila. Hidup berdua aje sampai ke tua sebab isteri dia tak boleh mengandung. Bila usia lanjut, isteri dia pergi dulu tinggalkan suami dia seorang diri. Seronok,” Azaril kerling Trisha di sebelahnya.
“Masalahnya ada ke cerita tu dalam rumah kita ni, sayang? Kalau rumah sana, memanglah ada. Koleksi cerita-cerita you berlambak. Kat sini, abang mana sempat beli apa-apa selain perabot. Nasib baik abang hired designer nak hias rumah ni, kalau tak, kosong ajelah,” Panjang pula doktor kita mengomel. Trisha senyum nipis.
“Sebab adalah Trish offer…” Trisha capai beg laptop di tepi meja kopi. Semalam terus masuk bilik dek penat berjalan-jalan pusing KL, dia main letak saja beg-beg kerjanya itu.
“Wah, great…”
Trisha cucuk USB ke TV LCD. Azaril pula mencapai remote control, ditekan punat ‘ON’ dan mencari cerita yang dimaksudkan oleh Trisha tadi.
“Jumpa tak?” tanya Trisha sambil cekak pinggang di sisi TV. Azaril pandang Trisha dengan senyuman. Hek.
“Sayang, abang jumpa sayang aje,” Trisha buat muka, bagi penumbuk juga suami ni. Loyar buruk pula.
“Oh, so sweet. Carilah cepat, Trish nak pergi buat air…”
“Sayang, buat satu mug aje… kita kongsi. Lagi sweet,” laung Azaril ketika Trisha sudah pun ke dapur.
Seteleh menjumpai cerita UP, dia mengeluh kecil. Dia juga mahukan seperti itu. Tua bersama. Ya Allah, kuatkan hati hamba-Mu yang kian lemah ini. Trisha pula mengelamun di dapur sambil membancuh milo susu. Dia mencuri pandang Azaril di ruang tamu. Rindu mula menggamit biarpun baru sekejap tidak menatap wajah Azaril.
*****
“Sayang, banyak dah ni. Cukuplah. Beli banyak-banyak, baby bukannya sempat pakai. Elok sebulan, dah besar badan dia,” rungut Azaril yang sudah penat menemani Trisha membeli belah barangan bayi mereka.
Padahal kandungan Trisha itu masih baru lagi. Cumanya, Trisha mahu merasai perasaan membeli belah barangan bayi bersama Azaril, suaminya. Masa hadapan, bukannya kita tahu. Sekurang-kurangnya tidak dia kempunan mahu seorang suami menemaninya membeli barang-barang keperluan bayi mereka.
“Alah, Trish beli ikut umurlah, abang. Pakaian baby dah selesai, kelengkapan mandi pun dah… hah, abang. Jom kita pergi bahagian makanan pulak,” Jatuh rahang Azaril. Aduh, ini dah masuk troli kedua.
Makanan lagi?
“Trisha sayang, you lambat lagilah nak bersalin. Beli awal-awal ni untuk barang-barang kelengkapan dahlah. Makanan tu nanti you beli dua bulan ke sebulan sebelum bersalin,” Trisha senyum nipis.
Kerisauannya melebihi segala. Buatnya Azaril pulang selepas dia bersalin macam mana? Atau, tidak pulang langsung? Ish. Trisha mengusap dadanya, cuba berfikiran positif. Takdir penentu segalanya. Sebagai umat-Nya, kita perlu berdoa dan bertawakal pada-Nya.
“Iyalah. Jom bayar. Selepas ni, pergi beli baju untuk Trish pulak,” Azaril mengangguk.
Dia faham perasaan Trisha, tetapi dia tidak mahu isterinya itu terlalu mengikut perasaan. Azaril juga risau jika dia tidak akan kembali. Namun, dia berdoa agar Allah masih memberi dia peluang untuk bersama Trisha dan anak mereka. Lagipun, program kemanusiaan itu hanya untuk lima bulan sahaja. Bergilir-gilir tugasan sementara housemanship mahu matang.
Setelah selesai membeli apa yang patut untuk umi-to-be tu, Azaril membawa Trisha ke sebuah restoran yang belum pernah dia pergi dengan mana-mana perempuan selain mamanya. Semalam lagi Trisha teringin makan udang galah bakar. Di restoran inilah terbaik udangnya. Tidaklah semewah yang Trisha selalu pergi tetapi mampu membuatkan orang mahu bertandang lagi ke restoran itu.
“Abang, selalu ke lepak sini? Tak pernah bawa Trish pun,” Trisha melilaukan pandangan ke sekeliling.
Pelanggan yang datang memang ramai. Bising kemain, sibuk bercerita itu ini. Trisha mengulas senyum.
“Abang selalu datang dengan mama, ayah dan abang Mizal aje. Tak pernah lagilah abang datang dengan kawan-kawan atau mana-mana girlfriend,” Ditekankan perkataan girlfriend itu.
“Okey. Apa yang best kat sini?”
“Semalam kemain lagi pujuk abang kan. Malam ni kita pekena udang galah bakar spesial untuk Trish. Sedap,” Terus bersinar mata Trisha.
Digenggam lengan Azaril erat. Suka benarlah tu.
“Wah, baby makan besar malam ni. Terima kasih, abang…”
“Sama-sama kasih. Tapi, kat sini bukan tempat private tahu. Tak boleh mesra-mesra, orang geli tengok,” Trisha mencebik.
Macamlah dia tidak tahu suami dia tu. Mana suka mesra-mesra di hadapan umum. Tetapi, di awal perkahwinan dulu kemain dia kelek Trisha ke hulu ke hilir. Sakan. Semua itu dulu sebelum adanya kesedaran.
“Nak udang galah aje, benda lain?”
“Emmm, Trish nak ikan siakap bakarlah. Dah cukup,” Tertelan air liur sendiri dek terbayang keenakan makanan-makanan itu. Nyum nyum.
Setelah memesan makanan, Azaril merenung Trisha lama. Trisha yang perasan, membulatkan mata sambil mengerutkan dahi.
“Abang, kenapa ni? Nak tenung lama-lama pun, balik rumah nantilah. Malulah orang pandang,” Azaril gelak.
“Dapat pahala apa tenung isteri sendiri. Trish cantik sangat malam ni, abang tak boleh nak elak pandangan abang ni. Asyik nak pandang sayang aje,” ujar Azaril lembut.
Sungguh, itulah yang dia rasa.
“Abang, lagi dua hari aje lagi. Dah balik nanti, Trish nak dakap abang puas-puas. Nanti dah rindu, tak boleh nak peluk abang lagi dah. Wilbear ajelah peneman setia Trish,” Azaril cuit pipi Trisha, geram.
“Nasib baik Wilbear ada. Walaupun hodoh, sayang tetap jugak kelek dia malam-malam. Mujur sayang masih peluk abang…”
“Haish, mana boleh tak peluk abang. Dan, Wilbear tu handsome, okey. Wilbear tu klon abang tahu. Puas Trish fikir nak bagi nama apa kat dia. Dengan nama Azaril, tak masuk pulak nak panggil dia Rilbear ke Zarilbear ke. Raffiqi lagilah, tak ngam langsung. Nasib ada Wilson di belakang, jadilah Wilbear. Wilbear tercinta, peneman setia Trisha Dania iatu isteri Azaril Raffiqi Wilson,” Hah, sekali Trisha berceloteh.
Ternganga Azaril dibuatnya. Dalam dok nganga tu, sempat jugalah dia merakam kata-kata Trisha itu. Pengubat rindu.
“Ni… bibir ni. Pastikan lepas ni bibir merah ni, kalau nak merepek ke apa, Trish tolong rakam tahu. Balik nanti, abang nak dengar celoteh Trish ni. Tak kiralah baik ke buruk, janji abang boleh tahu apa Trish buat sepanjang abang tak ada,” Trisha senyum.
“Janji…”
Mahu memeluk, di hadapan umum pula. Sudahnya, bersabar sehingga pulang ke rumahlah. Lebih dari tu pun boleh, tiada yang mengganggu. Di sebalik keceriaan wajah keduanya, terselit seribu satu perasaan. Masih di hadapan mata, sudah pandai menanam rindu. Jika berjauhan nanti, mahu melepaskan rindu… hmmm. Dugaan hidup. Langit tidak selalunya cerah, tidak pula selalu mendung. Semuanya berbalik pada takdir ilahi.
*****
Puan Sri Kamalia dan Datin Seri Laila saling berpandangan. Tan Sri Amzan dan Datuk Seri Johan pula tidak terkata apa. Pasangan suami isteri yang berdiri tidak jauh dari mereka itu menggamit pilu. Sehinggakan ahli keluarga yang turut hadir ke KLIA untuk menghantar Azaril tidak mampu menahan dan turut sebak.
“Doakan abang. Insha Allah, abang akan balik. Don’t be sad, He always with us. Jangan lupa amalkan baca surah-surah untuk baby. Jadual diet yang abang tulis tu, ikut. Kalau ada masa atau kesempatan, abang call sayang. Sayang jangan fikir bukan-bukan pula kalau abang tak call eh. Think positively. Abang akan balik,” bisik Azaril di telinga Trisha.
“Trish janji, Trish akan tunggu abang balik. Abang jaga diri. Abang ke sana untuk membantu saudara kita, jangan leka. Doa Trish sentiasa iringi abang. Abang bawa hati Trish ke sana dan Trish nak, abang bawa juga hati tu balik. Tak kiralah retak sekalipun, asalkan Trish tahu hati Trish masih berbekas,” balas Trisha.
Dia sudah berjanji tidak akan menangis ketika menghantar Azaril. Matanya dapat menangkap rakan-rakan setugas Azaril yang turut dihantar ahli keluarga mereka. Suasana di situ juga hening dan pilu seperti keadaan dirinya dan ahli keluarga yang lain. Demi saudara seagama, dia rela melepaskan Azaril pergi. Tidak kiralah untuk sebentar cuma atau selamanya. Janji Allah pasti.
Selagi kita berpegang pada perintah-Nya, hati kita akan tenang. Cinta manusia hanya seketika, tetapi cinta Allah bersifat abadi.
“Fiqqi, masa dah tiba,” Datuk Seri Johan memegang bahu anak lelakinya. Azaril melepaskan pelukannya pada Trisha.
Kini, ayahnya pula yang mengambil alih. Trisha mendapatkan Puan Sri Kamalia. Entah bila mereka mendekat pun, dia tidak perasan.
“Fiqqi akan balik, ayah, mama, baba, ibu,” Datin Seri Laila mengangguk sambil tersenyum. Dia tidak rela tetapi cuba merelakan Azaril pergi.
“Insha Allah. Kami di sini akan tunggu Aril,” sampuk Tan Sri Amzan. Tubuh tua itu pula menjadi sasaran Azaril.
Usai giliran bapa-bapa, ibu-ibu pula mahu mengucapkan selamat tinggal. Sudah namanya kaum wanita, tidak sahlah jika air mata tidak terbit. Cuma, Trisha sahaja kelihatan tenang biarpun hati sudah menggelegak. Jika dia lemah, bayinya turut lemah. Jadi, dia harus kuat dan berfikiran positif. Selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah cintanya pada Azaril akan bertapak di hatinya.
“Aril jangan risaukan Trish. Kami semua ada untuk jaga dia. Kembali dengan bermaruah. Sepertimana ibu percaya Aril mampu menjaga Trish, seperti itu juga ibu percaya… Aril mampu lakukan yang terbaik. Jadi bapa yang boleh anak jadikan idola. Ibu bangga ada Aril sebagai menantu,” Azaril angguk.
Kata-kata semangat akan tersemat dihatinya.
“Mama tak ada apa nak cakap dah. Fiqqi dah besar panjang, boleh fikir sendiri kan. Cuma, mama doakan Fiqqi kuat. Mama jugak bangga punya Fiqqi sebagai anak mama. Walaupun pernah tersasar, Fiqqi masih mampu didik seorang isteri dengan baik. I love you, sayang,” Azaril dakap tubuh mamanya erat. Inilah idolanya, seorang wanita cekal yang telah membesarkannya.
Tubuh Datin Seri Laila dilepaskan. Azaril pandang orang-orang kesayangannya sebelum berangkat. Semuanya menghadiahkan senyuman padanya. Alhamdulillah. Mereka seperti mengerti perasaannya ketika ini yang mahukan perpisahan aman. Trishalah paling tenang.
“Trish tunggu abang,” kata Trisha dengan senyuman manis. Dia bergerak merapati tubuh sasa Azaril. Dipeluk seketika tubuh itu.
“Abang sayangkan Trish. Sampaikan salam rindu abi pada baby, hari-hari. Titipkan doa pada abang kalau rindu. Tatap wajah abang senyum kalau sayang sedih. I love you, sayang,” Dikucup dahi Trisha lama.
Hanya senyuman yang menghantar pemergian Azaril. Entahkan dia pulang atau tidak. Trisha memeluk erat Puan Sri Kamalia tatkala lututnya sudah tidak mampu berdiri ketika Azaril sudahpun masuk ke balai berlepas. Allahuakbar. Sebaik sahaja Azaril hilang dari pandangan, terus dihambur tangis di bahu ibunya. Sungguh, dia lemah.

Selamat kembali, Azaril Raffiqi Wilson.

to be continued...

p/s : Azaril terbang dah. huhu. next chapter kembalinya watak Lewis Lee. yeah. our hero from LA. goose bump tetiba nak bangkitkan balik watak Lewis Lee. super kacak tapi takleh Doktor Raffiqi CIA. hihi. SELAMAT MEMBACA! :D.