Monday 23 September 2013

novel : secret that nobody knows 17


“ Kenapa mama cakap awak gaduh dengan mak tok tadi? Abang tengok elok aje,” Fariq membuka t-shirtnya. Selepas berbuka tadi, Fariq terus mengajak isterinya naik ke bilik untuk berjemaah maghrib. Sebelum itu, Arianna membantu Puan Sri Katrina mengemaskan meja makan dahulu.

“ Dulu saya dah pernah datang sini seminggu. Program anak angkat. Saya terpilih jadi cucu angkat mak tok dengan tok wan. Terkejut jugak tadi masa abang belok masuk sini,” terang Arianna. Fariq mengangguk-anggukkan kepalanya.

“ Oh, habis yang dok buat sesi perang mulut depan mama tu kenapa?”

“ Mak tok yang mulakan dulu. Saya ikut je.” Fariq membiarkan dirinya tidak berbaju. Dia duduk bersila membelakangi isterinya di atas karpet tebal di dalam bilik itu. Zarra dibiarkan dengan Datuk Rasyid dan Datin Katrina.

“ Kesian mama. Mengadu dekat abang tadi sampai nak nangis sebab ingat mak tok tak suka menantu kesayangan dia. Siap puji Airis lagi,” cerita Fariq.

“ Lah, ye ke? Mak tok nak test power aje tu. Abang duduk depan saya dengan tak pakai baju ni kenapa?” Fariq mengangkat keningnya. Dia meniarap di hadapan isterinya.

“ Tolong urutkan badan abang. Lenguhlah.”

Arianna mengurut badan Fariq yang terdedah itu perlahan. Tiba-tiba kepalanya terasa pening. Namun, di diamkan sahaja. Mungkin sebab perubahan tempat.

“ Abang pernah datang dengan Airis ke?” tanya Arianna.

“ Ha’ah. Sebelum accident tulah. Sayang, tak sangkakan kita selama ni dekat aje. Awak cucu angkat mak tok dengan tok wan. Kampung kita negeri yang sama. Masa kita terpisah dulu pun, awak tak jauh mana pun dari abang,” Fariq tersenyum mengingatkan beberapa kebetulan di antara mereka.

“ Agak-agak abang, kita ni memang berjodoh ke?”

“ Wallahualam. Abang pun tak tahu. Kita tengoklah tahun-tahun ke depan. Kalau kita kekal sampai tua tu, memang jodoh kitalah,” Arianna menampar belakang suaminya.

“ Nak juga abang hidup dengan saya sampai tua, eh.”

“ Yelah. Dah awak tu isteri abang. Mestilah kena hidup dengan abang. Abang tanya something boleh?”

“ Tanya ajelah, abang oi. Tak kena bayar pun.”

“ Awak memang tak suka ke ada anak dengan abang? Yelah, setiap kali cakap pasal anak mesti awak kaku.”

“ Hmmm, taklah. Saya tak pernah pun nak tolak kalau satu hari nanti saya ditakdirkan melahirkan anak abang. Tapi, saya tak nak nanti kita terabaikan Zarra. Bagi saya, Zarra anugerah terindah. Waktu saya hampir gila, tangisan dia yang sedarkan saya,” luah Arianna. Fariq bingkas duduk.

“ Kenapa cakap macam tu? Zarra tu anugerah yang Allah hantar untuk melatih kita. Insya Allah kalau Dia yakin kita layak untuk mempunyai anak, pasti kita akan dikurniakan anak. Kita yang kena berusaha jadikan diri kita sebagai ibu bapa yang sempurna,” hujah Fariq. Arianna mengangkat wajahnya. Dia memandang anak mata Fariq. Cuba mencari sinar di situ.

“ Zarra jadi pelita saat saya dalam kegelapan, abang. Saya tak dapat terima arwah abang Eiki tinggalkan saya. Saya menyalahkan takdir. Tapi, alhamdulillah. Saya tersedar sebelum diri saya terus hanyut jauh,” Fariq memeluk Arianna. Cuba menenangkan isterinya.

“ Insya Allah. Kita sama-sama jaga Zarra. Tak ada siapa yang boleh ambil Zarra daripada kita ya.”

“ Terima kasih, abang,” ucap Arianna. Fariq mengusap belakang isterinya.


Sehari sahaja lagi umat Islam akan meraikan sebulan mereka berpuasa. Riuh rendah rumah Tok Hanafi dan Tok Piah. Semua anak-anaknya balik menyambut hari raya di kampung tahun ini. Semakin meriah dengan kehadiran beberapa orang baru dalam keluarga mereka.

Kaum lelaki sibuk menghidupkan api untuk membakar lemang. Ada yang menyiapkan buluh. Kaum hawa pula sedang membuat ketupat. Ketupat ya…bukan mengumpat. Kanak-kanak kecil seronok berlari ke hulu ke hilir. Di marahi sekali, diam sekejap. Selepas itu, riuh balik.

Datin Katrina merupakan anak sulung dalam keluarga itu. Diikuti dengan Auntie Fazlina, ibu kepada Natasya. Seterusnya, Uncle Khalil dan akhir sekali Ucu Johan. Semuanya telah berkahwin. Datin Katrina dan Puan Fazlina hanya mempunyai seorang anak sahaja.

Uncle Khalil pula mempunyai tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki. Dua anaknya sudah berkahwin. Uncle Khalil dah ada lima orang cucu pun. Ucu Johan pula dikurniakan dua orang anak, sepasang lelaki dan perempuan. Kedua-duanya masih bersekolah.

“ Tasya, elok-elok jalan tu. Tak pasal terberanak kamu kat sini nanti,” pesan Tok Piah.

“ Holah, mak tok ni macam abang G ajelah. Ini tak boleh, itu tak boleh,” Natasya melabuhkan punggungnya di pangkin yang sengaja diletakkan di halaman rumah.

“ Kena pesanlah. Kamu tu dah sarat. Tak bolehlah buat suka hati,” kata Auntie Fazlina pula. Natasya mencebik.

Arianna mendukung Zarra yang baru bangun tidur itu. Dia duduk di sebelah Natasya.

“ Eee, Zarra tak puasalah,” usik Natasya. Dia mencuit pipi tembam Zarra yang sedang minum susu itu.

“ Zarra tak boleh puasalah, auntie Tasya,” Arianna membalas bagi pihak Zarra.

“ Bila nak bagi Zarra adik, Risya?” tanya Natasya sambil tersenyum.

“ Minta-mintalah kau orang yang terakhir tanya soalan tu. Tak larat aku nak menjawab tahu tak. Macam kau tak tahu kita orang kahwin macam mana. Kenalah serasi dulu. Nanti orang cakap, ‘ eh, dalam tak suka, boleh pula mengandung si Arianna tu ya’,” Natasya menahan ketawa. Lucu.

“ Alah, entah-entah dah ada isi. Aku tengok kau tembam semacam aje ni.”

“ Ni tembam sebab abang sepupu kau tu asyik paksa aku makan. Beli makanan nak berbuka gaya macam sepuluh orang nak makan,” balas Arianna menutup kegugupannya.

“ Awat yang mata anak hang sembap tu, Arianna?” tanya Auntie Fazlina tiba-tiba.

“ Baru lepas nangis, mak ngah. Bangun-bangun tidur tadi, tak ada orang dekat buaian dia. Selalunya papa dia tunggu. Hari ni tak jumpa papa dia lagi. Itu yang buat perangai sikit.”

“ Lah, papa dia pi mana?” Arianna mendudukkan Zarra.

“ Keluar. Lepas subuh tadi pergi cari buluh dengan tok wan. Balik saja, terus keluar pergi beli barang-barang nak buat lemang, ketupat dengan rendang tu,” jelas Arianna.

“ Patutlah. Habis tu kalau Fariq pi kerja macam mana?”

“ Awal pagi lagi dia bangun, mak ngah. Lepas abang Fariq pergi kerja, dia tidur balik. Janji jumpa sekejap pun jadilah.”

“ Rapat jugak Zarra ni dengan Fariq,”Auntie Fazlina mengusik Zarra. Mengekek dia ketawa.

“ Mula rapat masa awal puasa hari tulah. Tak berenggang langsung. Nasib baik bila dah balik KL, kami duduk sekali. Kalau tak, haru jugaklah, mak ngah,” balas Arianna sambil mengelap susu yang mengalir di bibir Zarra.

“ Kau dengan abang Fariq dah pindah rumah sendiri ke?” soal Natasya.

“ Taklah. Sekejap dekat rumah parent aku. Sekejap dekat rumah parent dia. Bergilir-gilir,” jawab Arianna.

“ Lepas raya ni ajaklah abang Fariq duduk rumah sendiri. Baru best. Boleh bermanja lebih-lebih.”

“ Banyaklah bermanja kau. Nak ke dia berpisah dengan mama and papa?” Arianna dan Natasya ketawa serentak. Auntie Fazlina menggelengkan kepalanya.

Huwaaa! Zarra menangis kembali. Arianna mendukung Zarra melihat ayam dan itik Tok Hanafi. Tersedu sedan Zarra.

“ Itu apa, sayang. A….yam,” Arianna memetik jarinya. Zarra tersedu. Menangis banyak sangat, macam itulah jadinya. Fariq pula entah ke mana. Kereta pun hilang dengan tuannya sekali.

“ Awat ni, Risya?” tanya Tok Piah yang kebetulan lalu di hadapan Arianna.

“ Rindu papa dialah, mak tok. Abang pun tak reti-reti nak balik lagi. Pergi mana tak tahu,” Zarra menggamit tangannya. Matanya melihat anak-anak ayam.

“ Sat lagi baliklah tu. Hah, tu. Panjang umur papa Zarra ya. Ni…Risya jangan dukung Zarra lama-lama sangat,” Tok Piah mencuit hidung Zarra sebelum berlalu ke tempat bakar lemang. Arianna tersenyum nipis mendengar pesanan Tok Piah itu.

Arianna memandang Fariq yang baru keluar dari kereta BMWnya. Suaminya itu mengeluarkan beg-beg plastic dan diletakkan di atas pangkin. Anak sulung Uncle Khalil dan anak bongsu Ucu Johan turut membantu mengeluarkan barang-barang di bonet kereta.

Tangan Zarra dibuka tutup. Mata anak kecil itu sudah dapat menangkap kelibat papanya. Arianna masih berdiri di situ. Dia ingin menduga Fariq sama ada suaminya itu  masih ingat pada mereka atau tidak. Pagi tadi pun Fariq hanya memberitahu dia hendak keluar sahaja. Arianna berpaling dari memandang Fariq.

“ Hai, anak papa. Rindunya,” Arianna tersentak. Entah bila Fariq berada di belakangnya.

“ Aaaaaa,” Zarra meminta untuk didukung Fariq. Fariq mengambil Zarra dari dukungan isterinya.

“ Kenapa dengan mama, sayang?” Arianna masih membatu. Dia lebih senang meilhat anak-anak ayam makan di tanah.

“ Sayang, are you okay?”

“ Okay,” jawab Arianna sepatah.

“ Macam tak okay aje. Tak sihat ke?” Fariq meletakkan tangannya di dahi Arianna.

“ Saya okaylah. Abang, saya tak tahulah nak jawab apa lagi,” Arianna berpusing mengadap suaminya.

“ Jawab apa?”

“ Semua orang tanya pasal anak. I feel…a bit uncomfortablelah,” adu Arianna.

“ Pasal itu ke? Alah, coollah,” balas Fariq dengan nada seperti sedang berlagak tenang. Dia pula agak berjauh hati dengan Arianna. Dia dapat rasakan Arianna tidak sudi mempunyai anak dengannya. Mereka kahwin pun bukan atas dasar sama-sama sayang.

“ Tapi, kan abang…,”

“ Apa lagi yang tak puas hati ni?” marah Fariq perlahan. Arianna terdiam.

“ Nothing. Come, sayang. Kita pergi mandi. Dah lambat ni,” Arianna membuka tangannya untuk mengambil Zarra.

“ Eh, abang baru jumpa Zarra. Kejap lagi abang bagi mandilah,” Fariq melarikan Zarra.

“ Hmmm,” Arianna berlalu meninggalkan Fariq dan Zarra. Ini yang nak merajuk ni. Orang tak habis cakap lagi, dah marah-marah. Arianna naik ke bilik. Namun, mukanya diceriakan. Takut ada yang perasan dia sedang bergaduh dengan Fariq.



“ Hello, mummy,” Arianna menjawab panggilan mummynya ceria.

“ Sayang buat apa? Macam riuh aje mummy dengar.”

“ Tak buat apa pun. Memang riuh pun, mummy. Tahun ni semua ada kat rumah mak tok dengan tok wan. Jarang dapat berkumpul macam ni. Itu yang meriah sangat.”

“ Bestnya. Kat sini biasa-biasa aje. Tapi meriah jugak. Anak-anak pak wa semua balik. Tengok cucu-cucu dia, rindu pulak mummy dengan Zarra.”

“ Alolo. Mummy ni janganlah touching. Nanti Ria pun tertouching jugak. First time tak beraya dengan mummy and daddy,” Arianna merasa sebak pula. Sudahlah Fariq tak memujuknya pun.

“ Cucu mummy mana?” tanya Puan Sri Harlina. Air mata sudah bertakung di tubir matanya.

“ Ada dengan papa dia. Mummy, Ria rindu mummylah. Ria rindu nak makan serunding ayam kampung mummy,” Arianna sudah teresak kecil. Dia menyapu air mata yang sudah mengalir di pipi.

“ Mummy pun rindu Ria. Ria balik sini bila?”

“ Raya ketiga kot,” jawab Arianna. Pintu bilik dibuka dari luar. Fariq masuk ke bilik sambil mendukung Zarra. Dia meletakkan Zarra di atas katil.

“ Yelah.”

“ Mummy, Zarra ada ni,” beritahu Arianna.

“ Kejap, mummy buat video call,” Puan Sri Harlina memutuskan talian. Beberapa saat kemudian, Arianna menerima video call dari mummynya.

“ Sayang, tok mummy panggil tu,” Zarra menggawangkan tangannya. Dia mengekek. Gembira Puan Sri Harlina dapat bersua muka dengan cucu kesayangannya. Tan Sri Kasyfi turut mengambil kesempatan itu bersembang dengan Zarra.

Fariq yang berasakan dirinya tidak diperlukan di situ, berlalu keluar. Arianna memandang pintu yang tertutup itu. Perasaan bersalah mula menular kerana tidak menghiraukan kehadiran suaminya.


Malam itu, Fariq masuk agak lambat ke dalam bilik. Dia sengaja menyibukkan dirinya bersembang dengan sepupu-sepupunya.

“ Abang,” panggil Arianna lembut.

“ Hmmm.”

“ Abang marahkan Rianna ke?” Arianna sudah nekad untuk membahasakan namanya dengan Fariq. Fariq menggeleng. Dia berbaring dengan meletakkan tangan di bawah kepalanya.

“ Rianna minta maaf tau kalau abang terasa hati dengan sikap Rianna,” Arianna memeluk Fariq erat.

“ Hmmm.”

“ Abang ni tak romanticlah. Orang minta maaf bukannya nak cakap, ‘ abang maafkan’,” Arianna bingkas duduk. Fariq memusingkan badannya membelakangkan Arianna. Arianna menggigit bibirnya.

“ Rianna ada good news untuk abang. Nak dengar tak ni?” Arianna meletakkan dagunya di lengan Fariq yang berbaring mengiring itu.

“ Abang,”

“ Cakap ajelah apa dia?” marah Fariq. Arianna buat muka tak puas hati. Tapi sekejap sahaja.

Arianna mendekatkan bibirnya dengan telinga Fariq. “ I’m pregnant,” bisik Arianna.

“ Hmmm,” Arianna menjatuhkan kepalanya di kepala Fariq. Nasib baiklah Zarra tidur dalam buaian malam itu. Kalau tak mahunya dia marah apabila papa dan mamanya bergaduh. Kacau saja Zarra nak tidur.

“ Abang tak suka ke Rianna mengandung? Orang dah mengandungkan anak dia, tak suka pulak,” Arianna melepaskan keluhan berat. Boleh meroyan dia dapat suami yang tak ada perasaan macam Fariq ni.

“ Abang!” Terperanjat Fariq dengan jeritan Arianna. Terkocoh-kocoh dia bangun.

“ Apa? Kenapa?” Arianna menjeling suaminya. Tidur rupanya. Buat penat saja dia bercakap dengan patung hidup ni.

“ Tak ada apalah,” Arianna pula yang merajuk.

“ Sayang,” panggil Fariq. Arianna hanya menghadiahkan jelingan sahaja.

“ Okay, abang maafkan. Dahlah, jangan merajuk. Abang tertidur tadi. Penat sangat hari ni. Esok kena bangun awal pulak,” pujuk Fariq. Kali ini dia pula yang membawa Arianna ke dalam pelukannya.

“ Malas cakap dengan abang. Tak ada mood dah,” Arianna cuba merungkaikan pelukan Fariq. Tapi buang tenaga dia sahaja. Arianna mengalihkan tangan Fariq yang kejap memeluk perutnya.

“ Kenapa ni, sayang? Selalunya kalau abang tak peluk, awak merajuk. Sekarang, tak nak pula,” Fariq mencium ubun-ubun isterinya.

“ Abang peluk kuat sangat. Kesian anak Rianna nanti,” balas Arianna bersahaja. Fariq membulatkan matanya. Dia tak salah dengar, kan?

“ Sayang…”

“ I’m pregnant. About three week,” beritahu Arianna tanpa perasaan. Tadi elok-elok dia bersemangat untuk memberitahu tentang kehamilannya, suaminya itu pula tertidur.

“ Seriously? Cepatnya sayang…”

“ Awal puasa hari tu, Rianna baru habis period,” jelas Arianna. Fariq terangguk-angguk faham.
“ Rezeki kita, kan sayang. Tak sangka kita beraya dengan orang baru,” Tangan Fariq mengusap perut Arianna lembut.

“ Hmmm,”

“ Macam mana sayang tahu? I means, about your pregnancy?”

“ Malam yang Rianna urut abang tu, Rianna rasa pening sangat. Macam nak pitam. Masa kita pergi pekan esok tu, Rianna pergi klinik. Time tu abang tengah busy beli kuih raya. Sampai tak sedar wife abang ni hilang sekejap,” jelas Arianna.

“ Lah, kenapa tak bagitahu awal-awal. Tak adalah sayang kena marah petang tadi,” Arianna mencebik.

“ Orang baru nak kasi tahu, abang dah marah. Kalau ikutkan hati Rianna ni, Rianna tak nak bagitahu abang sampai dua bulan lagi ke,” Fariq mengeratkan lagi pelukannya.

“ Thanks, sayang. Orang lain dah tahu?”

“ Tak. Abang orang first yang tahu. Tapi Rianna perasan mak tok asyik tengok Rianna semacam aje. Lepas tu bila Rianna dukung Zarra lama-lama, mak tok suruh mama ambil,” Arianna menjongketkan bahunya. Tangan Arianna bermain dengan rambut Fariq.

“ Mak tok dah tahulah tu. Mak tok tu bekas bidan tau. Kalau bab-bab mengandung ni memang mak tok expertlah,” kata Fariq.

“ Eyh? Patutlah. Abang,”

“ Hmmm…”

“ Abang sayang Rianna?” Arianna memeluk tangan Fariq yang memeluknya itu.

“ Tipulah kalau abang cakap tak sayang. Abang tak pernah terfikir…hubungan kita akan sejauh ni. Cuma…abang nak awak tahu. Walaupun abang selalu keluar dengan Airis…tapi abang masih tahu adab-adab sebagai seorang suami,” Arianna mengalihkan badannya menghadap Fariq.

“ Abang tak payah risaulah. Kita yang buat keputusan tak nak Airis tahu hubungan kita. So…kenalah berkorban sikit,” Arianna bermain-main dengan mata suaminya. Dia paling suka…apabila suaminya itu serius. Terserlah mata Fariq yang tajam itu.

“ Sayang tak cemburu ke? Selalunya orang kata…kalau tak cemburu tu tandanya tak sayang,” Arianna mengenyitkan mata kirinya.

“ Cemburu? Hmmm…sikitlah. Abang janji jangan lebih-lebih eh. Even kita kahwin…without love, Rianna sayang abang tau,” Fariq mencium pipi Arianna.

“ Abang tahu…Risya Arianna memang sayangkan abang. Kalau tak…takkanlah junior kita ni muncul, kan,” Fariq meletakkan telapak tangannya di perut Arianna. Arianna mengembungkan pipinya.

Punyalah dia menolak apabila Fariq ingin bersamanya. Akhirnya dia melayan juga kehendak suaminya setelah berfikir panjang. Memang sudah rezeki mereka kerana Arianna disahkan mengandung.

“ Iya…iya. Jomlah tidur. Rianna dah mengantuklah…”

“ Okay…okay,” Arianna tidur berbantalkan dada suaminya malam itu. Entah bila mereka menjadi begitu rapat. Bagi mereka, Allah sudah memberikan mereka peluang untuk bersama dan peluang itu perlu dihargai. Sejak itu, Fariq yakin ada hikmah mengapa Allah mempertemukan dia dengan Arianna. Dan Arianna pasti Fariq adalah lelaki yang layak berada di hatinya.

note : here goes...your STNK, dear. omy nak siapkan utk raya punya pulak...hehehe..with love from STNK to...STNK lovers!!! :D


4 comments:

  1. bestnyaaaa... nak lagiiiiiiiiii
    yeye ada baby... hahahaha, suka pulak

    ReplyDelete
  2. Haha..best jugak citer niey..tapi I tak puas hati betul asal I jadi mak Tok dlm citer niey..Nama I Sofea ok..and orang selalu panggil I piah..Rasa funny pulak jadi nenek dlm citer niey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. terima kasih. :D. okeylah tu. nanti nak jadi nenek jugak kan. boleh bayangkan dah nanti jadi macam mana. haha. *lawaklah

      Delete