Friday, 27 September 2013

novel : secret that nobody knows 18


Pagi raya itu, semua ahli keluarga Tok Hanafi dan Tok Piah beratur panjang untuk bersalaman dan saling bermaafan. Kemudiannya, mereka berarak beramai-ramai ke masjid untuk solat sunat hari raya aidilfitri.

“ Comel Zarra pakai baju kurung,” puji Natasya. Suaminya mengangguk setuju.

“ Auntie Tasya puji Zarralah. Zarra kena cakap apa? Terima kasih,” Zarra menggawangkan tangannya di ribaan Arianna. Mulutnya penuh dengan kuih bahulu.

“ Bukanlah. Syukran ya, auntie Tasya,” Arianna ketawa kecil. Tak pernah-pernah Fariq mengajar Zarra bahasa Arab. Tiba-tiba hari ni cakap Arab pula.

“ Abang Riq balik KL bila?” soal Hafizi, suami Natasya.

“ Insya Allah, lusa ni. Beraya rumah mertualah pulak,” jawab Fariq sambil menyuapkan kuih bahulu kepada Zarra.

“ Abang dah bagitahu daddy kita nak balik sana lusa?” tanya Arianna.

“ Dah. Abang call daddy semalam. Nasib baik sempat bagitahu semalam…”

“ Kenapa? Daddy ada plan lain ke? Rasanya semalam Rianna ada bagitahu mummy…kita nak balik raya ketiga,” Arianna memberikan Zarra kepada Fariq. Lenguh pula memangku Zarra lama-lama. Mungkin kerana dia mengandung agaknya.

“ Dia orang nak pergi Johor. Rumah apa nama tu…auntie Sahara,” balas Fariq. Zarra meloncat-loncat di ribaan Fariq, meminta ingin diturunkan ke bawah. Fariq meletakkan Zarra ke bawah. Apa lagi, habis ditawafnya ruang tamu. 

“ Aktif sungguh Zarra dua tiga hari ni, abang. Tak larat nak kejar,” rungut Arianna.

“ Alah, takkan kau tak tahu budak kecil tengah membesar. Nanti dia penat, berhentilah tu,” celah Natasya.

“ Wah, kau cakap macam pernah jaga budak kecil aje. Takpa, belajarlah ya. Nanti nak jaga anak kau senang. Tak adalah kau asyik call mak ngah, minta tolong kan,” gurau Arianna. Natasya menampar lengan Arianna lembut.

“ Kurang gula betul. Aku pandai jaga budak-budak apa. Kau lupa ke aku pernah kerja kat tadika dulu,” Arianna menampar dahinya.

“ Ha’ah, kan. Lupa pulak chek. Biasalah umur dah meningkat ni…”

“ Tau pun hang. Weh, lamalah tak cakap Kedah. Dulu masa dekat universiti…ada jugak orang yang dok cakap Kedah dengan kita,” kata Natasya.

“ Tulah, orang yang dok kat Kedah pun…tak cakap Kedah,” Arianna mengerling suaminya dengan senyuman nakal.

“ Eh…eh. Ada orang cari pasal dengan kitalah. Baru aje kejap tadi minta maaf. Sekarang ni dah mengata kita balik,” Arianna menyembunyikan senyumannya. Natasya dan Hafizi hanya mampu tersenyum.

“ Alah, kita mengata pun orang tu tak boleh marah. Nanti kalau dia marah…”

“ Apa?”

“ Rianna tak nak kasi abang pegang anak Rianna,” bisik Arianna perlahan. Takut Natasya dan Hafizi terdengar. Fariq dan Arianna telah bersepakat untuk merahsiakan dahulu kandungan Arianna. Biarlah kandungan itu sudah mencapai dua atau tiga bulan, barulah mereka akan maklumkan.

“ Anak abang jugak, okay,” balas Fariq perlahan. Zarra menangis tiba-tiba.

“ Okay…okay. Your daughter dah nangis tu. Abang tengokkanlah eh,” Fariq bangun dan mengambil Zarra yang sedang menangis itu.

“ Kenapa ni, sayang? Dah rimas ke?”

“ Abang, kita tukar baju Zarralah. Panas kot. Dia tak biasa pakai baju kurung ni,” ujar Arianna. Kasihan pula tengok Zarra menarik baju kurung yang dipakainya. Budak kecil memang tak tahan panas.

“ Hah, jomlah. Nanti lagi kuat suara sumbang dia ni,” Arianna menjegilkan matanya.

“ Abang mengata anak Rianna! Siap abang,” Fariq tersengih.

“ Risya, kau debik aje abang Fariq ni,” seloroh Natasya.

“ Haih, apa ajar bini abang…benda tak baik ni? Dari ajar kawan Tasya ni buat jahat, baik Tasya ajar dia…” Fariq tersenyum nakal.

“ Abang, jangan melampau okay. Jom, naik cepat,” Arianna mencubit perut Fariq. Natasya dan Hafizi ketawa melihat gelagat pasangan suami isteri itu.


Arianna duduk di birai katil. Tiba-tiba sahaja kepalanya terasa pening. Dia berlalu ke rak baju Zarra dan mengambil baju raya yang lain untuk Zarra. Gaun kanak-kanak. Cantik dengan reben besar di belakangnya. Gaun berona biru laut itu diserahkan kepada Fariq. Mereka bergaya dengan warna yang sedondon, biru laut hari ini.

“ Abang tolong pakaikan, eh,” pinta Arianna. Fariq menyambut huluran Arianna. Dia menukarkan baju Zarra sambil bergurau senda dengan anak kecil itu.

“ Sayang okay ke? Abang tengok sayang macam tak okay aje. Kita pergi klinik nak?”

“ Pening sikit aje, abang. Doctor cakap biasalah tu kalau pening-pening masa awal pregnancy ni,” balas Arianna. Dia memicit kepalanya perlahan.

“ Abang panggil mak tok eh? Mana tahu mak tok boleh tolong,” Arianna memandang suaminya seketika.

“ Boleh jugak. Ni nasib baik Rianna tak muntah-muntah,” kata Arianna. Tangan Zarra menampar lembut tangan Arianna.

“ See, baby Zarra pun tahu mama dia tak sihat,” Arianna berbaring di sebelah Zarra.

“ Anak mama, kan. Mestilah tahu mama dia tak sihat,” Fariq bahagia melihat Arianna dan Zarra. Apa lagi yang dia nak? Semuanya sudah tersedia di hadapan mata.

“ Anak papa ni…jangan buli mama sangat tau,” Fariq meletakkan tangannya di perut Arianna.

“ Okay, papa,” jawab Arianna manja. Zarra ketawa kecil. Fariq dan Arianna mengerutkan dahi mereka sebelum ketawa serentak. Macam-macam kerenah Zarra yang berjaya mencuit hati mereka.

“ Arianna, abang rasa kita pergi jumpa doctor dululah esok. Kita tanya pendapat doctor dulu. Manalah tahu sayang tak boleh naik kereta lama-lama. Kan baru lagi,” ujar Fariq kerisauan.

“ Yang abang formal sangat ni kenapa? Peliklah abang panggil Arianna,” balas Arianna sambil ketawa kecil.

“ Iya ke? Then? Abang rasa macam tak biasa pulak nak berawak-awak ni…”

“ Panggil aje la Rianna. Tak pun abang ikut family sana, Ria aje…”

“ Eyh? Abang call Rianna ajelah…since Rianna pun bahasakan diri Rianna macam tu,” Fariq turut berbaring.

“ Abang tak ajak Airis datang beraya kat sini?” Fariq menoleh ke sebelahnya pantas sambil matanya sengaja ditajamkan.

“ Soalan apa tu?”

“ Hishhh! Abang, Risya Arianna tak takut tau abang buat mata macam tu. Rianna suka lagi ada. Orang tanya aje. Peliklah kalau abang tak invite dia beraya kat sini. Lagipun, tak jauh mana pun Yan dengan Kepala Batas,” ujar Arianna. Tangannya bermain dengan rambut Fariq yang lebat itu. Zarra pula sibuk dok berceloteh seorang. Entah apa yang dia cakap pun tak tahu.

“ Sayang okay ke kalau abang ajak dia beraya kat sini?” tanya Fariq.

“ Taklah. I’m okay. Tapi…hati Rianna ni tak adalah baik sangat ye. Pandai-pandailah abang cover depan Rianna eh,” Fariq menarik hidung Arianna lembut.

“ Kejap lagilah abang call dia. But…abang kena sepakat dengan yang lain dulu. Kang tak pasal aje…pecah tempayan,” kata Fariq.

“ Rianna sukalah tengok Airis tu. Muka dia bersih aje. Setiap kali Rianna pandang dia…rasa tenang sangat. Abang tak rasa macam tu ke? Atau memang abang tertarik dengan dia sebab tu,” Arianna memandang Fariq dengan penuh debaran.

Entah kenapa dia berasa tidak cemburu setiap kali isu Airis dibangkitkan. Arianna tahu suaminya masih menympan perasaan terhadap Airis tetapi disebabkan rasa tanggungjawabnya kepada Arianna, Fariq cuba lupakan semua itu. Dia mengaku dia sudah mula sayangkan Fariq namun dia lebih pentingkan perasaan suaminya yang dulu.

“ Hmmm…maybe. First time abang jumpa Airis…kat Amsterdam. Masa tu dia sesat so abanglah yang tolong dia. Lepas tu abang langsung tak jumpa dia dah until…kita orang terjumpa balik kat kampung sana. Sejak tulah kita orang rapat,” jelas Fariq.

“ Abang still sayangkan Airis?” Fariq merenung mata Arianna. Ada sinar di situ. Tetapi dia tidak pasti apakah punca sinar itu.

“ Yes, abang admit that I’m still love her. Abang tak nak tipu Rianna sebab selama ni pun Rianna tak pernah tipu abang. Mungkin bagi sayang…abang kahwin dengan sayang sebab tanggungjawab kan?” Arianna mengangguk.

“ But…please set this on your mind, sayang. Abang memang kahwin dengan Rianna sebab tanggungjawab tapi…abang sayangkan Rianna jugak. Dan yang paling penting…abang nak masa depan Zarra Adya kita ni cerah. Abang nak dia membesar dalam keluarga yang bahagia. Faham maksud abang?”

“ Terima kasih, abang. Insya Allah, Rianna akan ingat semua tu,” Arianna mencium dahi Fariq lama. Dia akan menghargai apa yang telah dikurniakan Allah untuknya. Dia ada keluarga yang senitasa menyokongnya, suami yang menyayangiya dan juga anak yang memberikan keceriaan dalam hidupnya.

“ Jomlah turun. Nanti apa pulak dia orang cakap. Sayang okay ke?”

“ Okay lagi. Alah, kalau Rianna sakit…abangkan ada…”

“ Iyalah, sayangku,” Fariq mendukung Zarra dan mereka bertiga turun ke tingkat bawah.


Airis dan keluarganya datang bertandang ke rumah Tok Hanafi dan Tok Piah pada hari raya ketiga. Nasib baik yang lain sudah bergerak pulang dan ketika itu hanya tinggal keluarga Fariq sahaja. Jadi, tidak perlulah berpakat dengan banyak pihak.

“ Mana yang lain, Rina?” soal Puan Sarimah.

“ Balik dah pagi tadi. Dia orang cuti pun tak lama kan,” jawab Datin Katrina.

“ Sekarang ni memang dah susah nak cuti lama-lama time raya. Kalau dulu, selagi tak habis beraya…selagi tulah tak balik kerja,” ujar Encik Halim.

“ Betul tu. Tambah pula kalau dapat bos dari kaum lain. Hmmm, memang cuti banyaklah,” sokong Datuk Rasyid.

“ Awat tak bawa Tok Majid sekali, Halim?” tanya Tok Hanafi.

“ Ayah tu, pak cik…bukan senang nak tinggal rumah dia tu. Takut orang curi lembu, kambing…ayam dia tu,” jawab Encik Halim dalam nada bergurau.

“ Biasalah tu. Pak cik hang ni pun apa kurangnya. Huiiii, susahlah nak tinggal rumah lama-lama,” sampuk Tok Piah.

Fariq masuk ke dalam rumah bersama Airis dan Zarra. Mereka terus ke ruang tamu.

“ Pi mana, Riq?” soal Tok Piah. Dia kurang senang cucunya itu terlalu rapat dengan Airis.

“ Bawa Airis pergi rumah sebelah, mak tok…”

“ Rumah kawan lama Airis, mak tok,” beritahu Airis. Dia perasan Tok Piah seakan tidak menyukainya sahaja. Atau mungkin hanya perasaanya sahaja.

“ Lah, ada kawan kat sini ka?”

“ Ada, tok wan. Kawan kat luar negara dulu,” jawab Airis. Airis duduk di sebelah Puan Sarimah. Kalau dia tidak terlibat dalam kemalangan dulu, pasti sekarang dia sudah menjadi sebahagian dari keluarga ini.

“ Riq minta diri kejap, eh. Zarra mengantuk dah ni…nak tidurkan dia kejap…”

“ Pandai orang bujang macam Fariq jaga anak ye. Nanti dah ada anak sendiri…senang,” kata Puan Sarimah selamba. Bukannya dia tak tahu Fariq sudah berkahwin. Cuma mereka perlu pandai memainkan peranan untuk sembunyikan hal itu dari Airis.

Fariq naik ke biliknya. Arianna sedang membaca novel English milik Fariq di atas katil. Dia meletakkan novel itu ke tepi sebaik Fariq masuk ke dalam bilik.

“ Dia orang dah balik ke, abang?”

“ Belum. Sayang tidurkan Zarra. Dah berair mata dia,” Fariq meletakkan Zarra di pangkuan Arianna. Kemudian, dia berbaring…melepaskan lelah.

“ Abang okay tak ni? Tak sihat?” Arianna menyentuh dahi Fariq dengan belakang tangannya. Tak panas pun.

“ Abang dah tak sanggup nak tipu Airis lagi, sayang. Even sayang tak kisah…tapi abang tak selesalah. Lebih baik Airis tahu sekarang…dari mulut abang sendiri. Abang tak nak dia tahu dari mulut orang lain…”

“ Abang minta petunjuk dari Allah. Ask Him…what is the best for us. And…you must think carefully about this. Rianna tak nak abang tersilap langkah. Sometimes…every rose has its thorn, abang. Tak semua benda yang baik…selalu akan baik,” Fariq dan Arianna saling berpandangan lama.

“ Thanks, sayang,” ucap Fariq sambil mengucup tangan Arianna. Dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang sentiasa menyokongnya dalam susah dan senang. Walaupun mereka baru sahaja menjalani kehidupan berumah tangga namun mereka saling membantu dalam mencari erti perkahwinan mereka yang sebenar.


“ Pergilah turun. Nanti pelik pula dia orang…abang lama sangat kat atas. Biar Rianna yang jaga Zarra. If…abang still sayangkan Airis, be nice to her. Okay?” Fariq mengangguk. Dia sempat mencium dahi Arianna dan Zarra sebelum berlalu keluar dari bilik.

4 comments: