Saturday 21 September 2013

novel : secret that nobody knows 16


Sehari suntuk Fariq tidak bercakap dengan Arianna. Dia lebih senang melayan lembu-lembunya di bendang. Semakin rancaklah apabila ditemani oleh Airis. Arianna hanya mencebik sahaja dari pintu dapur.

“ Kenapa dengan Fariq tu, Rianna? Mama tengok macam angin satu badan aje,” Datin Katrina juga pelik dengan sikap Fariq yang berubah moody secara tiba-tiba itu.

“ Entahlah, ma. Merajuk kot,” balas Arianna sambil memotong sayur.

“ Merajuk? Kenapa pulak dah?”

“ Rianna usik dia semalam pasal dia dengan Airis. Terus dia tarik muka dengan Rianna,” jelas Arianna.

“ Rianna usik apa?”

“ Rianna cuma cakap mesti dia nak kahwin dengan Airis. Sebab Airis kan cinta hati dia dulu,” terang Arianna jujur. Tiada apa yang ingin dirahsiakan. Takkan merajuk sebab Arianna tolak keinginan Fariq untuk bersama kot. Mustahil.

“ Patutlah cemberut aje muka tu. Rianna jangan risaulah. Rajuk dia tu tak lama punyalah. Lagipun mama rasa dia dah lama redhakan hubungan dia dengan Airis,” Datin Katrina menenangkan hati Arianna yang serba salah itu.

“ Mama,” panggil Fariq.

“ Ya,”

“ Ni, ibu bagi tadi,” Datin Katrina mengambil bekas yang dihulurkan Fariq. Fariq mencuci kaki dan tangannya dulu sebelum masuk ke dalam rumah.

“ Buat susah aje bagi. Cepat betul dia orang masak,” Datin Katrina membelek bekas itu.

“ Ma!” jerit Arianna tiba-tiba. Kalut Datin Katrina menghampiri menantunya itu. Fariq hanya buat tidak tahu.

“ Ya Allah. Tahulah lapar pun. Tapi jangan sampai terpotong jari ni, hah,” bebel Datin Katrina. Dia membawa Arianna ke sinki. Dia membasuh darah di jari Arianna. Arianna hanya menahan pedih. Sesungguhnya dia takut dengan darah.

“ Riq, tolong ambil plaster kat atas cabinet tu,” arah Datin Katrina. Fariq hanya menurut. Arianna kegelian apabila ibu mertuanya meniup lembut jarinya yang terluka. Takut-takut saja dia memandang jarinya itu. Dan terus dipejamkan matanya sebaik ternampak darah lagi.

“ Nah,” Fariq memberikan plaster kepada mamanya.

“ Sikit aje ni. Nanti baiklah tu,” Datin Katrina menunjukkan isyarat agar Fariq yang menampalkan plaster di jari telunjuk Arianna.

Arianna membuka matanya. Dia menjeling orang yang berada di hadapannya itu. Tadi bukan main merajuk. Sekarang ni selamba saja pegang tangan anak dara orang. Erk? Arianna menarik tangannya dari pegangan Fariq. Kali ni dia pula yang nak merajuk.

“ Baru mama perasan. Rianna takut darah ya,” teka Datin Katrina sambil tersenyum. Arianna hanya mengangguk.

“ Dulu Rianna pernah teman kawan Rianna bersalin. Ngeri,” Arianna melarikan tubuhnya dari Fariq.

“ Ma, kejap lagi Arianna tolong mama. Riq nak pinjam menantu mama sekejap,” Fariq menarik Arianna naik ke bilik mereka. Datin Katrina terpinga-pinga dengan tindakan pantas anak lelakinya itu.


“ Yang abang tarik saya masuk bilik ni kenapa?” Arianna menghempaskan punggungnya di birai katil. Dia membelek jarinya yang ditampal plaster oleh Fariq tadi.

“ Airis tak tahu pasal kita,” maklum Fariq tanpa berselindung.

“ Tak tahu?” Fariq mengangguk laju.

“ Abang! Patutlah dia tak tahu. Saya tak guna number yang abang ambil hari tu,” Arianna tersenyum ceria. Macam mana dia boleh lupa. Mungkin terlalu menggelabah agaknya.

“ Habis awak guna number mana? Berapa banyak handphone yang awak ada, sayang?”

“ Number lama sayalah, abang. Semalam number yang saya selalu guna tu tengah charge,” jelas Arianna.

“ Yelah. Tapi abang penatlah nak berlakon…macam kita tak ada apa-apa di depan Airis,” adu Fariq. Sengaja suaranya dimanjakan sedikit. Arianna bangun dan bergerak merapati Fariq di kerusi meja solek. Arianna menunduk sedikit.

“ Abang sanggup ke nak bagitahu Airis pasal kita? Jangan buat pasal ya,” Fariq mengerutkan hidungnya sambil menggeleng.

“ Dahlah. Nak tolong mama dekat dapur. Tadi sahur pun saya tak tolong,” kata Arianna. Sempat dia menghadiahkan ciuman di pipi Fariq.


Sekelip mata sahaja masa berlalu. Hampir sebulan umat Islam di seluruh dunia berpuasa. Tinggal tiga hari sahaja lagi untuk berhari raya. Hari yang paling ditunggu-tunggukan. Mana nak buat kuih. Nak bakar lemang. Ketupat lagi. Saban tahun pasti sambutan hari raya di Malaysia sangat meriah.

“ Mak tok dengan tok wan abang okay tak?” soal Arianna kepada Fariq yang sedang berbaring itu. Zarra sudah terlena di dalam baby cot.

“ Okay aje. Tak pernah lagi abang dapat berita dia orang makan orang,” gurau Fariq. Arianna menampar dada Fariq yang berbalut baju T itu.

“ Orang serius, dia main-main pulak. Yelah, saya kan tak pernah jumpa dia orang. Saya pun tak tahu dia orang suka saya ke tak,” Arianna memusingkan badannya menghadap Fariq. Kerisauan jelas di wajah Arianna. Esok pagi mereka akan bertolak ke Pulau Pinang.

“ Jangan risaulah. Insya Allah dia orang okay,” Fariq ketawa kecil. Takut sangat.

“ Erm, yelah,” Arianna merapatkan dirinya dengan Fariq. Dia selesa tidur sambil memeluk Fariq. Sejak mereka pulang dari kampung, hubungan mereka juga semakin mesra.

Tahun ini Arianna akan menyambut hari raya di rumah keluarga Fariq. Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina yang menyarankan anak perempuan mereka agar berhari raya dengan keluarga suami dulu. Mereka pula akan pulang ke kampung Tan Sri Kasyfi di Melaka.


“ Mak!” jerit Datin Katrina. Matanya melilau mencari kelibat emaknya.

“ Mak kat belakang ni. Masuklah. Pintu depan tak kunci tu,” kuat juga suara Tok Piah.

“ Jom masuk, Rianna. Beg-beg tu biar papa dengan Riq yang angkat,” Arianna mengekori ibu mertuanya.

Zarra sudah terkulai dibahunya. Mengantuk sangat. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung ini tadi, becok mulut mencicit. Entah apa yang diceritakan pun tak tahu. Nak dekat sampai rumah baru anak kecil itu terlena.


Mereka sampai di rumah Tok Hanafi pada jam lima petang. Jalan sesak menghalang mereka untuk tiba lebih awal. Namun, itu langsung tidak melemahkan semangat mereka untuk menyambut hari raya di rumah Tok Hanafi dan Tok Piah yang berhadapan dengan sawah padi yang menghijau.

“ Abang, tolong pasangkan buaian Zarra. Tak larat nak dukung dah ni,” suruh Arianna lembut. Lenguh badan dia menampung badan tembam Zarra. Dalam masa lima minit, Fariq dah siap memasangkan buaian elektrik yang dibelinya untuk Zarra.

“ Mama mana?” soal Fariq.

“ Kat belakang kot.” Arianna meletakkan Zarra di dalam buaian.

“ Tok wan tak ada kat rumah. Pergi bazaar,” beritahu Fariq. Dia menghempaskan punggungnya di sofa. Sakit pinggang kerana memandu terlalu lama.

“ Jauh ke bazaar tu?” tanya Arianna sambil menangguk buaian Zarra.

“ Tak jauh sangat pun. Tadi kita lalu kat area bazaar tu. Awak tak perasan kot,” Fariq meregangkan sedikit ototnya.

“ Abang tengokkan Zarra, eh. Saya nak pergi dekat mama.”

“ Hmmm.”


“ Mana menantu kamu, Rina? Tak nampak batang hidung pun.”

“ Kat sini,” Arianna menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Tok Piah. Dia menghadiahkan senyuman manis.

“ Cantik lagi Airis. Betul tak, Rina?” Datin Katrina sudah menarik muka. Arianna hanya tersenyum. Alamak. Janganlah mak tok ni jadi macam Elly Suriati dalam drama slot akasia kat tv3 tu. Doa Arianna di dalam hati.

“ Ish, mak ni. Yang jadi menantu saya ni, Arianna. Cucu kesayangan mak tu yang nak sangat kahwin dengan Rianna ni. Tak menyempat nak kahwin pun,” Datin Katrina cuba membela menantunya.

“ Itulah. Sekarang ni Airis yang kita ingat dah meninggal tu rupanya hidup lagi. Menyesal pun dah tak guna. Suruh saja si Fariq tu kahwin dengan Airis. Lelaki kan boleh kahwin empat.” Arianna terkaku di situ. Dia dah dapat agak yang Tok Piah tidak menyukainya sebagai isteri cucunya.

“  Dah jodoh Fariq dengan Arianna, mak. Kita buat apa pun, kalau dah jodoh nak ke mana,” Tok Piah menjeling Arianna.

“ Kamu makan tak ulam-ulam ni, Arianna?” Soalan yang sama pernah diutarakan kepada Airis dulu.

“ Rianna tak makan, mak tok,” jawab Arianna jujur.

“ Itulah beza kamu dengan si Airis tu. Kamu tu budak bandar, mana nak makan pucuk-pucuk kampung ni,” bebel Tok Piah.

“ Rianna pun orang kampunglah, mak tok. Daddy asal orang Penang jugak, Sungai Bakap. Tapi sekarang ni keluarga daddy dah pindah Melaka. Mummy Rianna pulak orang Kedah. Dekat saja dari sini,” balas Arianna. Biar Tok Piah tahu cucu menantu dia ni bukan seperti yang dimaksudkannya.

“ Orang kampung apa kalau tak makan ulam-ulam ni,” Tok Piah masih mahu bertekak dengan Arianna.

“ Kadang-kadang makan juga tapi selalunya Rianna makan pucuk ubi dengan ulam raja aje. Yang lain Rianna tak berapa suka,” Arianna membalas lembut. Datin Katrina tersenyum bangga kerana menantunya itu pandai melawan emaknya secara halus. Bukan tak tahu Tok Piah terkenal dengan perangainya yang agak keras kepala.

“ Aku cakap sikit, kamu melawan. Agaknya cucu aku tu kamu yang dok control dia,” tuduh Tok Piah. Arianna menyabarkan hatinya. Dia bukanlah seorang yang cepat melenting tak tentu pasal.

“ Eh, tak adalah, mak tok. Tak cium bau syurga…Rianna nanti. Cucu mak tok tu takkan biarkan diri dia kena control,” sangkal Arianna.

“ Mak, Rina masuk dululah. Nak mandi,” Datin Katrina cuba mengelat. Malas sebenarnya dia melayan kerenah emaknya yang suka sangat cuba menegakkan benang yang basah. Datin Katrina menghilang ke dalam rumah. Arianna duduk di pangkin. Tok Piah mengoyak kulit buah kelapa yang keras itu sekuatnya.

“ Nak Risya tolong tak?” tanya Arianna.

“ Tak payah. Nanti tak pasal-pasal terpecah buah kelapa mak tok ni.”

“ Alah. Macam tak biasa.”

“ Amacam lakonan mak tok. Okay tak?” Arianna tersengih.

“ Okay sangat, mak tok. Kalah pelakon tv,” seloroh Arianna.

“ Pandailah hang. Senyap-senyap hang kahwin dengan cucu mak tok noh. Nasib baik tak sakit jantung mak tok tengok Risya kat pintu tadi,” ujar Tok Piah.

“ Risya pun tak tahu yang abang Fariq tu cucu mak tok. Risya perasan pun masa kereta dah masuk halaman rumah ni. Kalau Risya tahu yang abang Fariq tu cucu mak tok, dah lama Risya ajak dia datang sini tau,” Tok Piah tersenyum.

Dia seronok sangat dapat berjumpa dengan Arianna. Maklumlah hampir tiga tahun mereka tak berjumpa. Arianna mengenali Tok Piah ketika menyertai program anak angkat di universitinya. Dia memang rapat dengan Tok Piah dan Tok Hanafi.

“ Yelah tu. Mesti mama kamu mengadu dekat Fariq yang mak tok tak suka dekat Risya.”

“ Alah. Hal kecik aje tu mak tok.”

“ Risya tak ada isi lagi ke?”

“ Isi? Isi apa mak tok?” Arianna menggaru keningnya.

“ Mengandunglah.”

“ Oh, belum lagi mak tok. Amboi, mak tok ni. Ingat senang ke nak mengandung ni,” Tok Piah meletakkan buah kelapa yang sudah siap dikoyak kulitnya di pangkin. Dia kemudiannya mencapai makanan ikan dan diberikan kepada ikan-ikan di kolam mini berdekatan.

“ Ilmu mana hang belajaq ni. Mak tok ni cepat aje. Baru sebulan kahwin, dah mengandung. Anak dah empat pun,” Arianna tersengih. Menampakkan sebaris giginya putih itu.

“ Mak tok,” panggil Fariq di pintu. Dia memandang Arianna sekilas.

“ Hah, ada apa? Mak tok tak culik bini hang aih,” gurau Tok Piah.

“ Mana nak tau kot-kot mak tok tolak masuk bendang tu ka,” Fariq duduk di sebelah Arianna.

“ Yang abang datang sini kenapa?” bisik Arianna. Fariq hanya menjuihkan bibirnya.

“ Badan bini hang tu kering ja kalau mak tok nak tolak.”

“ Risya tolak mak tok dululah,” Tok Piah mencekakkan pinggangnya.

“ Berani ka? Tu minyak gamat banyak kat dalam rumah. Mak tok buka penutup sikit ja, hang sendiri yang terjun bendang tu,” Arianna membulatkan matanya.

“ Itu dah jadi kes berat.”

“ Tau pun hang. Mama hang mana, Riq?”

“ Ada kat depan. Jaga cucu,” beritahu Fariq. Dia sebenarnya pelik dengan mak tok dan isterinya. Kalau ikut kata mamanya, Tok Piah dengan Arianna dok perang mulut.

“ Cucu? Risya kata tadi tak mengandung lagi. Mai mana ada cucu pulak dah?”  

“ Anak segera, mak tok,” balas Fariq.

“ Anak arwah abang Risyalah, mak tok,” sambung Arianna.

“ Oh, anak sedara Risyalah ni. Mesti muka macam hang Risya oi,” Tok Piah menghampiri pasangan suami isteri itu.

“ Semua kata macam tu, mak tok,” balas Arianna.

“ Eloklah tu. Jaga anak orang. Lepas tu anak sendirilah pulak. Mak tok tau hampa dua dok merancang, siap. Mak tok robek jantung hampa dengan parang ni,” Tok Piah mengangkat parang yang digunak untuk mengoyak buah kelapa tadi.

“ Kejamnya. Lepas raya confirm mak tok dapat cicit lagi punyalah.”

“ Apa, bang?” Arianna sudah menunjukkan tangan ketamnya.

“ Betullah.  Tasya kan dah nak dekat bersalin,” Arianna menurunkan kembali tangannya.

“ Risya tak mau mengandung ka? Jaga badan?”

“ Eh, tak adalah, mak tok. Er…,” Arianna menunjukkan muka simpati. Fariq buat muka.


“ Insya Allah. Kalau ada rezeki kami nak dapat anak, Riq bagitahu mak tok, ya,” Fariq bangun dan memeluk bahu Tok Piah.

1 comment: