Friday 27 September 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 5


Azaril menenyeh matanya sambil menoleh ke sebelahnya. Trisha masih nyenyak tidur. Azaril turun dari katil perlahan dan menuju ke bilik air. Trisha masih tidur lagi apabila dia keluar dari bilik air. Malas hendak kacau isterinya tidur, Azaril membancuh milo panas dan menikmati suasana pagi di Santa Monica Beach dari jendela hotel sambil menghirup milo panasnya.

“ Awalnya you bangun,” Trisha menghampiri Azaril dengan mata yang separuh terbuka. Dia memeluk pinggang Azaril dan menyandarkan kepalanya di bahu suaminya.

“ Terjaga. You janji dengan kawan you tu pukul berapa?”

“ Hmmm? Pagi. I tak tahulah pulak dia nak datang pukul berapa. Kenapa?”

“ Just asking. Go…wash up. Nanti dia tunggu lama pulak. I can’t join you…pergi shopping,” Trisha mendongak sedikit.

“ Kenapa?”

“ Kebetulan…kawan I ada kat sini. So…I keluar dengan dialah,” jelas Azaril. Mata Trisha terus terbuka luas. Hilang sudah rasa mengantuknya.

“ Kawan? Perempuan?” soal Trisha. Dia berlalu ke almari untuk mengambil pakaiannya.

“ Yes. Yasmin…my old friend. Terjumpa dia masa kita pergi makan semalam,” jawab Azaril jujur. Sudah menjadi kebiasaan baginya keluar dengan kenalan perempuannya.

“ Okay,” Trisha menghilangkan dirinya ke dalam bilik air. Yasmin? Hmmm, tak hilang jugak playboy dia tu. Nasib baik dia tak kisah aku keluar dengan Lewis, omel Trisha.


“ Sayang, you stay berapa hari kat sini? Or…you balik dengan I esok?” tanya Trisha sambil melilit selendangnya. Dia hanya bergaya santai hari ini. Kemeja biru kosong jenis kain jeans, seluar jeans biru gelap dan dipadankan bersama tudung half moon bercorak.

“ Balik sekalilah esok. Lusa I dah start kerja balik,” jawab Azaril. Dia sibuk berbalas emel dengan rakan-rakan dan juga pesakitnya.

“ Okay. I tinggalkan room card…atas meja ni tau,” Trisha mencapai beg tangan Iphonenya.

“ Hmmm…”

“ See you soon,” Trisha menghadiahkan ciuman di kepala Azaril sebelum berlalu keluar. Berat hati pula dia ingin meninggalkan Azaril. Tapi dia sudah berjanji dengan Lewis.

Azaril bingkas bangun dari sofa dan dia turut bersiap untuk temu janjinya. Dia ingin menolak apabila Yasmin mengajaknya keluar hari ini, namun mengenangkan mereka sudah lama tidak berjumpa…apa salahnya dia menerima pelawaan gadis itu. Lagipun, dia tahu jika dia keluar bersama Trisha dan Lewis pasti keadaan akan menjadi hambar.


“ Dah lama tunggu?” Azaril menyapa Yasmin di lobi hotel. Yasmin tersenyum kepadanya.

“ Taklah. I pun baru aje turun. You pandai drive kereta kat sini? If not…kita naik teksi ajelah…”

“ I’ve use to drive…before. You ada kereta ke kat sini?”

“ Taklah. I sewa je. Senang sikit nak keluar jalan-jalan. Jom, I sewa kereta yang ada GPS. So…we can go anywhere in LA,” Yasmin menyerahkan kunci kereta sewa kepada Azaril.

“ Let’s go. Kita nak pergi mana ni?” soal Azaril sambil berjalan menuju ke tempat parkir.

“ Emm…Huntington Library? I teringin sangat nak tengok Botanical Garden,” jawab Yasmin sambil membetulkan rambutnya. Azaril menekan sesuatu di GPS.

Yasmin adalah gadis kacukan Cina dan British. Bonus baginya kerana memiliki raut wajah yang rupawan. Azaril juga pernah terpikat saat pertama kali bertemu dengan Yasmin. Azaril sendiri memiliki raut wajah seperti orang Cina. Sesiapa yang tidak tahu pasti akan menganggap Azaril adalah orang Cina.

“ You lama ke kat sini, Wilson?” Yasmin tidak sempat bertanya dengan lebih lanjut semalam.

“ Esok I balik Malaysia sebab lusa I dah start kerja,” jawab Azaril. Mereka sudah meninggalkan kawasan hotel.

“ Cepatnya. I rasa you baru sampai LA…semalam kan?”

“ Yupp. I datang pun sebab nak release stress aje. I just lost…my lovely patient. So…here I am,” bohong Azaril. Dia datang ke Los Angeles hanya dengan satu alasan sahaja. Trisha punya pasal!

“ I’m sorry. Tak sangka…you yang serius dengan kerja you pun boleh stress eh. Time study dulu, jaranglah nak tengok you stress. Even the subject was so…hard, you masih mampu tersenyum. Tak macam I ni. Setiap hari stress,” balas Yasmin panjang.

“ Maybe…sebab I memang sukakan karier I as a doktor kot,” kata Azaril. Tenang sahaja dia memandu di jalan raya yang memang tidak sibuk seperti di Kuala Lumpur.

“ You’ve got the point. I pun stress jugak dengan patients I yang degil…sakit teruk pun tak nak makan ubat. Kalaulah I ada kuasa untuk masuk dalam otak dia orang, kan bagus. I’ll set their mind to take the medicine,” Azaril ketawa mendengar rungutan Yasmin yang merupakan seorang doctor pakar sakit puan.

“ Chilllah. Itu perkara biasa bagi kita sebagai doctor. If they care about their life…they will follow our instruction. Yang degil tu namanya tak sayang nyawa,” balas Azaril.

Yasmin ketawa kecil. Dia sebenarnya seronok dapat berjumpa kembali dengan jejaka yang berjaya membuka pintu hatinya sehingga kini. Kalaulah Yasmin tahu Azaril sudah berkahwin, apakah reaksi dia agaknya? Huh, siapa kisah?



“ Here we are, Olvera Street. You can have the Mexican souvenirs here. They have sale on every items…so you just have to grab it,” Lewis mendepangkan tangannya.


“ Wow! I love it. Why not...you suggest something special to me? I want something that will last longer,” Mata Trisha cuba mencari sesuatu yang nampak istimewa di matanya.

“ Special goods, huh? Who’s the lucky person that will get the special thing from you, beautiful lady?” Trisha tergelak perlahan.

“ Emm…someone special to me. That person promise me…the heaven,” Lewis mengerutkan dahinya.

“ Why?”

“ You also believe…that kind of…you know. The heaven?” Trisha kaku sebentar. Mungkin Lewis tidak mengetahui bahawa orang Islam juga mempunyai kepercayaan tentang syurga dan neraka.

“ How I want to tell you, huh? Emmm…we’re Muslim also have the same thought with the other religion. Who’s doing good thing, heaven is their place while the hell is for the bad one.  But…Muslim only have…one God which is Allah,” terang Trisha. Dia takut untuk menerangkan hal ini berlebihan. Trisha sendiri masih perlu memperbaiki ilmu agamanya memandangkan masih banyak yang dia tidak tahu.

“ Oh, I thought…Muslim have other faith about heaven and hell…”

Memang umat Islam mempercayai syurga dan neraka Allah. Setiap amalan sama ada kecil atau besar akan dibicarakan dengan seadil-adilnya di hadapan Allah S.W.T. Setelah dibicarakan, amalan tersebut ditimbang dengan neraca pengadilan Allah S.W.T. untuk menentukan kedudukan seseorang itu sama ada dimasukkan ke dalam syurga atau neraka.

“ One day…you’ll know it. Alright, now…I want to…shopping!” Trisha perasan Lewis dan ibunya, Jane seperti berminat dengan agama Islam.

Trisha bukanlah seorang yang berhijab sejak dari kecil. Sebulan selepas dia berkahwin, hatinya terbuka untuk bertudung. Alhamdulillah, Trisya berjaya mengekalkan imejnya sebagai seorang Muslim. Azaril turut menyokong tindakan Trisya walaupun dirinya sendiri agak terumbang-ambing apabila tiba soal agama.

Trisha bersolat lima waktu, berpuasa dan setiap tanggungjawab sebagai umat Islam dia lakukan kecuali menutup aurat. Tan Sri Amzan dan Puan Sri Kamalia sendiri tidak bertegas tentang itu. Azaril pula mempunyai darah campuran, jadi keluarganya memang tidak kisah akan hal-hal berkaitan agama. Namun, lelaki itu tahu tentang agama cuma dia jarang mempraktikkan pengetahuannya itu.

Azaril kerap juga menghabiskan masanya bersama rakan-rakan lamanya di kelab malam. Namun, sejak berkahwin dengan Trisha…kehidupan malamnya sudah berkurangan. Kalau keluar pun, dia akan pastikan dia berada di rumah sebelum pukul satu pagi. Mungkin dia semakin sedar akan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Selepas sahaja Trisha selesai membeli belah di Olvera Street, Lewis membawa Trisha ke Rodeo Drive. Rodeo Drive merupakan pusat membeli belah elit yang agak terkenal di Los Angeles. Barang-barangnya memang berjenama seperti Tiffany & Co., Jimmy Choo, Gucci, Harry Winston, Valentino dan sudah semestinya Prada yang juga merupakan salah satu tarikan pengunjung.


Lama juga Trisha dan Lewis di Rodeo Drive. Trisha memilih beberapa jenis barangan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dia juga tidak lupa membelikan hadiah untuk ahli keluarganya dan juga keluarga Azaril. Setelah puas menghabiskan masa di Rodeo Drive, Lewis menghantar Trisha pulang ke hotel memandangkan lelaki itu ada kerja yang perlu dilakukan petang itu.



“ Eh, awalnya you balik,” Trisha terkejut kerana Azaril sudah berada di bilik. Dia meletakkan barang-barang yang dibelinya di dalam almari. Malam nanti baru dia akan mengemaskan barang-barangnya.

“ I tak pergi banyak tempat pun. I ingatkan you nak balik malam,” Trisha melabuhkan punggungnya di sebelah Azaril di sofa. Dia melucutkan selendangnya. Beralun sahaja rambutnya yang perang itu saat bebas dari ‘penutup’nya.

“ Taklah. My friend ada kerja. So, I balik awallah. Lagipun, I dah beli semua barang,” Azaril tenang melayari internet. Trisha memejamkan matanya sebentar. Penat berjalan hampir seharian. Kemudian dia memandang ke luar jendela.

“ You…”

“ Hmmm…”

“ Jom jalan-jalan kat pantai,” ajak Trisha sambil mengangkat keningnya sebelah. Azaril menggaru keningnya sambil memandang ke luar.

“ Okay. Put on your…shawl back,” Azaril bangun ke almari dan mengambil t-shirt berwarna biru dan seluar pendek hitam. Dia menukar pakaiannya. Trisha memakai kembali selendangnya.

Beberapa minit kemudian, pasangan suami isteri itu beriringan ke Santa Monica Beach. Kedengaran deruan ombak di pantai. Seronoknya kalau mempunyai rumah di tepi pantai. Tenang sahaja dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa itu. Kawasan pantai agak lengang. Mungkin para pengunjung sedang menikmati santapan petang di hotel.

“ You’re mad,” kata Trisha. Dia memegang lengan Azaril erat. Azaril memasukkan tangannya ke dalam kocek seluar pendek paras lututnya.

“ Why do you said like that?” soal Azaril tanpa nada. Mereka berjalan di pinggir pantai. Sesekali air pantai yang masin itu menyapa kaki mereka.

“ Hmmm, you just look like that. Your face show me that you’re mad. You tak suka I keluar dengan Lewis, kan?”

“ Taklah. I pun keluar dengan Yasmin kan. Tak adillah kalau I still nak control you sedangkan I sendiri pun keluar dengan perempuan lain,” balas Azaril. Trisha menghentikan langkahnya. Azaril memandang Trisha pelik. Dah kenapa pulak ni, getus Azaril.

Trisha menggenggam tangan Azaril. “ Then, lepas ni pun you akan benarkan I keluar dengan lelaki lain lagi?” soal Trisha. Azaril diam sebentar.

“ How about you? You bagi I keluar dengan perempuan lain kalau you tak boleh temankan I?” tanya Azaril kembali. Trisha memandang laut yang luas di hadapan matanya.

Adakah selama ini mereka terlalu bebas untuk berkawan? Atau hidup mereka yang bebas sebelum berkahwin terbawa-bawa sehingga sekarang? Masing-masing tidak kisah akan kehidupan sesama mereka. Seringkali mereka menuturkan perasaan cemburu, marah, suka, rindu… yang pada hakikatnya perasaan itu kosong. Ia hanya perbualan biasa dalam kehidupan suami isteri.

“ Yes. I langsung tak kisah dengan siapa you nak keluar. Can I you ask you something?” Azaril mengangguk.

“ You serius ke rindukan I bila I jauh dari you?”

“ Yes. I do miss you but…I’m sorry. To love you is hard for me right now,” Trisha tersenyum nipis.

“ Me too. Tapi…I sayangkan you, Azaril. I do care about you. Seriously…I tak faham kenapa our parent nak sangat kita kahwin sedangkan …they know that we’re not love each other,” ujar Trisha.

“ They have their own thought, darling. Dahlah, tak payah nak kusut kepala fikir pasal benda ni. Kita kan dah janji…we’re friend anyway,” balas Azaril. Trisha mengerling Azaril. Yeah, mereka adalah teman tapi mesra. Mereka berpegangan tangan menyelusuri pantai.

Lagak mereka seperti pasangan suami isteri yang bahagia. Sebaliknya, mereka hanyalah kawan. Mereka berkawan tetapi…hubungan suami isteri tetap diutamakan. Tiada cintakah begitu? Jika masing-masing sudah bertindak jauh dalam perhubungan kononnya hanya kawan itu. Trisha tidak pernah menolak kehendak Azaril. Baginya lebih baik Azaril menginginkan dirinya daripada sang suami mencari perempuan di luar sana yang haram didekati.

Setelah penat berjalan di sekitar pantai, Azaril dan Trisha mengisi perut yang kosong di restoran hotel. Gurau senda sentiasa menemani mereka. Namun, tiba-tiba Azaril beriak serius.

“ Trisha Dania,” Trisha mengangkat wajahnya. Dia meletakkan sudu dan garfu dan memberikan perhatian kepada Azaril.

“ Yes?”

“ Can I ask you something?”

“ Sejak bila you minta izin nak tanya I ni?” Trisha ketawa kecil. Tetapi ketawanya mati apabila melihat wajah serius Azaril.

“ Look, you know that…kita tak macam pasangan lain. Kita just kawan even dah kahwin…”

“ What are you trying to say, Azaril Raffiqi Wilson?” Trisha sudah pelik dengan intonasi suaminya. Masih isu di pantai tadikah?

“ You and I…we’re friend. But…you know that…we’re not behave as a friend,” ujar Azaril lambat-lambat. Dia perlu tenang membicarakan masa depan mereka.

“ Maksud you?”

“ Kita…husband and wife, Trisha. We act like that! You layan kehendak I sebagai suami you. And now…I confuse about something,” Trisha menarik nafasnya dan dilepaskan perlahan.

“ I think I know what are you trying to explain. You risau kalau…I pregnant?” Azaril memandang tepat mata Trisha yang turut memandangnya.

“ So…you’ve got it,” Azaril melarikan pandangannya. Trisha menggenggam tangan Azaril di atas meja.

“ Hey, relax okay. Ibu selalu pesan kat I. Kalau nak jadi isteri yang baik…sentiasalah ceriakan hati suami, jangan lawan or bantah cakap suami, jangan pernah menolak kehendak suami and…so on. So, I harap sangat yang I boleh buat semua tu even kita bukanlah pasangan yang loving,” ujar Trisha.

“ I tak kisah pun kalau I pregnant. Sebab I tahu anak tu bukan anak dari hubungan yang tak sah. We’re married couple anyway. You nak dengar apa yang ibu cakap kat I masa private gathering kat rumah ibu dua bulan lepas?”

“ Hmmm? Apa?”

“ Ibu cakap ni bila tengok kita happy as husband and wife. Kita langsung tak menolak bila dia orang nak kahwinkan kita. Tapi, ibu tahu…we’re not love each other. Ibu kata…”


Dua bulan yang lalu…

“ Trish, sini kejap,” panggil Puan Sri Kamalia. Trisha menghampiri ibunya di satu sudut.

“ Ada apa, ibu?”

“ Ibu nak tanya Trish boleh? Tapi, janji dengan ibu…Trish kena jujur,” Trisha mengerutkan dahinya.

“ Tanyalah ibu. Trish janji akan jujur,” balas Trisha. Dia menunggu bicara ibunya.

“ Trish dah bersama dengan Aril?” soal Puan Sri Kamalia tanpa berselindung dan dia berharap Trisha akan memahami maksudnya. Trisha memandang Azaril yang sedang berbual dengan Tan Sri Amzan di ruang makan.

“ Hmmm,” jawab Trisha sambil mengangguk perlahan.

“ Do you guys love each other already?” Trisha menggeleng.

“ Kenapa ibu tanya semua ni?” tanya Trisha ingin tahu. Puan Sri Kamalia mengeluh kecil.

“ Dengar cakap ibu. Tak salah Trish and Aril nak lebih-lebih. Tapi, Trish kena ingat something. If…hubungan kamu berdua ni ditakdirkan oleh Allah…Trish pregnant, Trish terima anak tu?”

“ Maksud ibu?”

“ Ibu bukan nak halang hubungan kamu berdua sebab ibu and baba yang inginkan kamu berdua berkahwin. Tapi…ibu tak nak cucu ibu lahir tanpa kasih sayang. Trish and Aril bukan pasangan yang mencintai satu sama lain. Kamu rapat sebab kamu berdua anggap perkahwinan ni sebagai permulaan persahabatan. Dan…ibu tak nak Trish pregnant sebelum masanya,” Trisha cuba memahami kata-kata ibunya.

“ If…Trish pregnant?”

“ Kalau itu dah ketentuan Allah, siapa kita nak menghalang. Mungkin ada hikmah kenapa Allah takdirkan kamu berdua mempunyai anak walaupun tanpa cinta…”

“ Kalau perkahwinan Trish and Azaril…tak akan ada cinta, ibu and baba still nak kita orang bersama?”

“ Sayang, ingat pesan ibu. Cinta hadir tanpa perlu kita paksa sebab dia akan hadir dalam diri kita secara semula jadi. Ibu percaya Trish and Aril akan nampak perasaan tu bila tiba masanya. Bila dan bagaimana itu…rahsia Allah. Kita hanya perlu berdoa…supaya dalam rumah tangga kita sentiasa dirahmati Allah,” Trisha memeluk ibunya erat. Dia akan sentiasa ingat akan pesanan Puan Sri Kamalia.


Dua bulan kemudian…

Trisha mengemaskan barang-barangnya dan juga Azaril.. Sebaik sahaja selesai mengemas semuanya, dia naik ke katil dan bersandar di kepala katil. Azaril pula hilang entah ke mana selepas membersihkan diri tadi. Trisha membelek Iphonenya sebelum melepaskan keluhan. Sejak berbual tentang perkara yang serius dalam perhubungannya dan Azaril tadi, Trisha jadi tak senang duduk.

Dia mula memikirkan kebenaran kata-kata Puan Sri Kamalia. Dia sendiri keliru sama ada sikap yang ditunjukkan kepada Azaril selama ini hanya sebagai kawan. Di awal perkahwinan, Azaril dan Trisha seringkali dilihat bersama. Jika Azaril tidak sibuk dengan tugasnya, dia akan membawa Trisha ke parti yang dihadiri oleh sahabat-sahabatnya. Begitu juga dengan Trisha.

Dan…sejak Trisha berhijab, mereka sudah jarang keluar bersama. Kalau ada pun, itu adalah majlis jemputan sanak saudara mereka. Trisha menatap gambar di dalam pursenya. Dia tersenyum sendiri melihat keceriaan di wajahnya dan Azaril yang diambil di majlis resepsi mereka. Seperti orang yang sedang di lamun cinta.

“ Azaril Raffiqi Wilson bin Umar, I do love you. Tapi…you tak pernah sedar, kan. Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ini. Kau berilah aku petunjuk agar aku lebih kuat untuk terus mencintai lelaki yang sudah sah menjadi suamiku. Amin,” doa Trisha perlahan. Dia mengusap foto Azaril yang berada dalam simpanannya.

Azaril merenung bulan yang cerah di langit. Dia sengaja ingin bersendirian di kawasan pantai. Sekurang-kurangnya hati dia akan berasa tenang sedikit. Fikirannya melayang memikirkan cerita Trisha tadi. Apa yang dikatakan oleh Puan Sri Kamalia ada benarnya. Azaril mulai sedar akan hubungannya dan Trisha sudah semakin jauh.

Dia sangat takut jika saat mereka saling mencintai, akan ada sesuatu menghalang. Dia tak sanggup kehilangan kawan seperti Trisha yang memahaminya. Selepas sahaja Trisha membuat keputusan untuk berhijab, Azaril berasa sangat tercabar. Oleh itu, dia sering menyibukkan diri dengan tugasnya. Jika tidak bertugas, dia akan pastikan masanya terisi juga.

Walaupun mereka sering berbual mesra tetapi hati masing-masing siapa yang sangka. Azaril sendiri keliru dengan perasaannya. Mustahil dia hanya melayan Trisha sebagai kawan sedangkan hubungan kawan itu sudah menjadi hubungan suami isteri. Azaril menumbuk pasir pantai kuat. 

2 comments:

  1. Knp dia ckp but muslim only hv one God to Lewis.other religions also hv one god cma kita je yg kdg2 slh fhm

    ReplyDelete