Wednesday 11 September 2013

cerpen : Baby's Breath with Roses Love 2


Gugup juga Airisy untuk memasuki ball room yang dihias indah itu. Pandai pihak penganjur memilih pereka yang teliti dalam menghias indah ball room yang tip top itu. Sejuk tangan Airisy mengalahkan ketul ais yang membeku di dalam peti ais. Gadis tinggi lampai yang diupah pada malam itu menunjukkan tempat duduk mereka bertiga.

Mereka dibawa ke meja VVIP yang terletak berdekatan dengan pentas utama yang sederhana besar. Pentas mini di bawah pentas utama menarik minat Airisy untuk melihat. Dia meneliti setiap gubahan dan sentuhan pada pentas utama dan pentas-pentas mini di bawah pentas utama.

“ Grand jugak dinner malam ni. Rasanya ni first time Risy datang dinner yang grand tahap pergunungan Alps tu,” bisik Airisy di telinga Azie. Azie tersenyum kecil.

“ Jangan buat raja lawak pulak kat sini ye, Cik Airisy,” balas Azie perlahan. Airisy mencebik.

Disebabkan bosan kerana menunggu majlis yang masih belum bermula, matanya meliar di sekitarnya. Manalah tahu, ada juga hamba Allah yang dikenalinya. Malangnya, dia langsung tidak kenal semua orang yang berada di dalam dewan ini. Semua orang sibuk dengan cerita masing-masing.

Sempat juga dia melihat cara para jemputan malam itu berpakaian. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk melaram habis. Sakit mata pula dia melihat. Haris sibuk berbual dengan rakan perniagaannya. Azie turut menyertai suaminya berbual. Bertambah bosanlah Airisy.

Saat itu matanya terpandang seorang lelaki yang segak bergaya yang sedang kusyuk membelek telefeon bimbitnya. Lelaki itu turut berada satu meja dengannya. Kenapalah dia tidak perasan akan kewujudan lelaki itu dari tadi? Boleh juga dia cuci mata. Mengarutlah, getus Airisy.

“ Hoi, dah lapar sangat ke? Tengok anak teruna orang macam nak telan aje,” tegur Azie di sebelah Airisy. Airisy mengalihkan pandangannya.

“ Aduh, kak Azie ni. potong betul. Baru nak feeling ada husband yang handsome macam tu. Kot-kotlah dia sweet macam Karan Risy tu,” Azie menampar paha Airisy perlahan.

“ Jangan nak berangan lebih okay. Tak nampak ke perempuan sebelah dia tu. Entah-entah wife dia ke,” kata Azie. Airisy menghadiahkan senyuman kepada perempuan di sebelah lelaki yang diushanya tadi apabila mata mereka bertembung. Nasib baik perempuan itu membalas senyumannya.

“ Macam manalah Risy boleh tak perasan perempuan tu, kak. Aduh, malunya. Mesti dia perasan Risy dok usha lelaki handsome tu,” Airisy meneguk air kosong di dalam gelasnya perlahan. Dia perlu menjaga imejnya.

“ Dah…duduk diam-diam. Nanti tak pasal-pasal lelaki tu perasan Risy dok usha dia,” pesan Azie.

“ Huh. Tak nak. Malu…malu. Tengok stage yang cantik tu lagi best,” Azie menggelengkan kepalanya. Lucu pula tingkah serba tak kena Airisy malam ini. Selalunya main redah saja anak dara ni bercakap itu ini.

Beberapa minit kemudian, majlis dimulakan dengan bacaan doa agar majlis makan malam ini lebih diberkati. Setelah itu pengacara majlis memberi beberapa patah kata sebelum menjemput seorang penyanyi yang dijemput khas untuk memeriahkan majlis.

“ Disebabkan malam ini merupakan malam perasmian Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel, kita akan menjemput seorang penyanyi yang akan menghiburkan kita dengan lagu-lagu ketuhanan. Tanpa lengahkan masa saya mempersilakan Kher ke pentas.” Semua hadirin menepuk tangan. Kher memulakan nyanyiannya. Tiada duka yang abadi menjadi pilihannya.

“ Akak, Risy takutlah,” Airisy memegang tangan Azie di bawah meja.

“ Takut apanya?” soal Azie pelik. Airisy mengeluh kecil.

“ Tak ada apalah. Just a little lux,” Azie menampar paha Airisy. Main-main pulak budak ni, omel Azie. Haris masih berbual rancak dengan rakan perniagaannya.

“ Saja nak gempak akak. I can’t put off my eye from that guylah, akak. I don’t why. A stranger so familiar,” ujar Airisy.

“ Maybe your heart dah feel…dup dap dup dap tu. It’s call…love,” bisik Azie di telinga Airisy.

“ Nonsense. But, he just…handsome whenever I look him. Cair gitu,” Mata Airisy sudah bersinar. Jantungnya juga sudah memainkan irama. Hah, sudah.

“ Dah…dah. Stop it. Cuba tengok anak-anak yatim dekat meja depan tu. Innocent sangat. Comel-comel aje akak tengok,” Airisy mengangguk menyetujui pendapat Azie.

“ Ha’ah. Sparkling goes around them. Risy boleh nampak betapa sucinya dia orang, kak,” kata Airisy. Namun, mata nakal Airisy masih belum puas menatap jejaka di hadapannya. Entah apa yang tertarik pun dia sendiri tidak pasti.

“ Terima kasih. Untuk lagu seterusnya, saya ingin menjemput seseorang yang saya rasa orang penting dalam majlis kita pada malam ini,” ucap Kher setelah menghabiskan mendendangkan sebuah lagu. “ Dan orang itu adalah…Cik Airisy Danielle,” sambung Kher.

“ Hah??? It’s me?” Airisy tercengang di tempat duduknya. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja namanya diumumkan.

“ Cik Airiys…silakan,” Seorang gadis tinggi lampai yang mengiringinya tadi berdiri di belakang Airisy. Airisy berpaling ke belakang. Haris dan Azie saling berpandangan. Mereka sudah tahu akan kejutan itu.

“ Saya?” Perempuan itu mengangguk. Semua mata sudah tertumpu ke arah Airisy. Airisy cuba tersenyum namun senyumannya tersangatlah plastik ketika itu. Akhirnya dia bangun dan mengikut perempuan itu ke pentas mini. Kher turut turun ke pentas mini.

“ Sebenarnya…saya ingin meminta jasa baik Cik Airisy untuk berduet dengan saya untuk lagu seterusnya. Cik cuma nyanyi untuk beberapa baris sahaja. Jangan risau,” Bagaikan tahu akan kegugupan Airisy ketika itu, Kher cuba menenangkan Airisy.

“ Sing? Kenapa saya ya?” tanya Airisy selamba. Kher tergelak. Dia memberikan mikrofon kepada Airisy dan Airisy mengambilnya. Dia menarik nafasnya dan dilepaskan perlahan. Entah lagu apalah mamat ni nak aku nyanyi. Suara aku bukannya sedap pun, getus Airisy. Terketar-ketar tangannya memegang mikrofon itu.

Muzik mula dimainkan. Airisy tersentak. Matanya memandang Haris dan Azie yang turut memandangnya. Mereka memberikan semangat kepada adik kesayangan mereka itu. Kher mendekati meja anak-anak yatim dengan senyuman yang ikhlas.

Sejauh jauh mata memandang
Sedalam dalam hati merasakan
Hanya setitik debu yang tertuang
Dalam syair pujian

Bagaikan dirasuk, Airisy memulakan nyanyiannya bersama Kher. Tanpa lirik dihadapannya. Seperti dia pernah menyanyikan lagu itu sebelum ini.

Lepas hati memandang lautmu
Terheran diri pada langitmu
Berjuta kata tak cukup untuk…melukis indahmu

Airisy memandang ke hadapan setelah selesai menyanyikan tiga baris duet bersama Kher. Matanya bertembung dengan jejaka yang diushanya dalam diam. Mungkin lelaki itu terkejut dengan kemerduan suara Airisy walaupun hanya tiga baris sahaja bahagian Airisy. Kher masih meneruskan nyanyiannya.

Melihat bintang alangkah jauhmu
Melihat biru alangkah dekatmu
Melihat hutan…melihat gunung siapa menjagamu (Allah)
Mendengar tangis dalam deritamu (Allah)
Rasakan luka dihari-harimu
Pada siapa air mata ini…kan mengadu?
Bumi…akan sepi
Bangga…sementara
Adakah…tempat kembali?
Adakah…selain Allah?

Airisy berdiri kaku di tempatnya. Menunggu Kher menghabiskan nyanyiannya.  Insaf dia mendengar setiap bait yang membawa maksud yang sangat mendalam.

“ Alhamdulillah. Sedap suara Cik Airisy kita. Masih ada satu lagu yang Cik Airisy kita akan nyanyikan,” Airisy tersentak. Dia mengerutkan dahinya memandang Kher.

“ Sorry?”

“ Actually…ada seorang kanak-kanak dari kalangan anak-anak yatim yang hadir pada malam ini ingin berduet dengan Cik Airisy. Dia tahu hanya Cik Airisy sahaja yang mampu nyanyikan lagu ni bersama,” jelas Kher.

Hadirin yang hadir sudah becok bergosip. Mereka langsung tidak mengenali Airisy. Tetapi gadis itu amat ‘panas’ pada majlis makan malam ini. Tuan punya badan sendiri juga sudah sesak nafas dengan kejutan ini. Inikan pula para jemputan. Hingar bingar ball room itu.

Airisy menjeling Haris dan Azie. Masing-masing hanya menjongketkan bahu sahaja. Pasti balik rumah nanti habis dibelasahnya Airisy akan kedua manusia kesayangannya itu. Patutlah beria sangat nak dia berdandan malam ini.

Go…go…chaiyokk, Airisy!!! You can do it! Bismillah…. Sempat lagi Airisy menenangkan dirinya.

Here you go.

Airisy :
Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu kenyataan menyakitkan

Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun keluar dari sebalik tirai. Comel dengan tuxedo dan tongkat. Airisy hanya mengikut rentak. Dia sering juga karaoke lagu ini. Dia hanya memandang kanak-kanak itu sepi. Tetapi bagai ada daya yang menariknya untuk terus menatap wajah kanak-kanak itu.

Aniq :
Mengapa semua menangis?
Padahal aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Airisy :
Burung…sampaikan nada pilu
Angin…terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia di harinya
Berikan dia hidup

Aniq :
Tuhan…terserah pada-Mu
Aku ikut mahu-mu, Tuhan
Ku catat semua…ceritaku dalam harianku

Airisy berpaling ke pentas. Saat itu matanya terpandang skrin LCD yang sedang menayangkan sebuah keluarga yang sedang bahagia menyambut kelahiran seorang bayi kecil. Dia menajamkan matanya memandang wajah-wajah dalam klip video yang disediakan khas untuk lagu ini.

Ammar? Aniq? Terus Airisy melarikan pandangan ke wajah kanak-kanak comel bertuxedo hitam itu.

Aniq :
Mengapa semua menangis?
Padahal aku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Airisy :
Burung…sampaikan nada pilu
Angin…terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia di harinya
Berikan dia hidup

Aniq :
Tuhan…terserah pada-Mu
Aku ikut mahu-mu, Tuhan
Ku catat semua…ceritaku dalam harianku

Airisy :
Tuhan…terserah pada-Mu
Aku ikut mahu-mu, Tuhan
Ku catat semua…ceritaku dalam harianku

Airisy menyapu air mata di pipinya. Dia memberikan mikrofon kepada Kher. Macam drama pula apa yang berlaku pada malam ini. Airisy tahu kanak-kanak itu adalah Aniq Kheryll. Anak saudaranya! Masakan dia lupa akan tuxedo yang pernah abangnya, Ammar Daniel pakai ketika mengadakan persembahan pada beberapa belas tahun lepas. Baru kali ini dia dapat bersua muka dengan satu-satunya anak saudaranya itu sejak dia meninggalkan bumi New York hampir tiga tahun lepas. Ketika itu Aniq baru berusia 7 tahun.

“ Ucu Ayisy,” panggil Aniq. Airisy memeluk Aniq erat. Rindunya dia pada Aniq.

“ Baiklah, hadirin sekalian. Tanpa membuang masa, saya ingin menjemput wakil Tan Sri Haji Qasyaf Malik iaitu penaraju utama Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel. Beliau juga merupakan pembekal utama barangan ganti kereta import yang selama ini berdiri gah di Malaysia, El-Danielle Holdings. Dengan hormatnya, saya mempersilakan anak perempuan Tan Sri Haji Qasyaf Malik, Cik Airisy Danielle untuk merasmikan Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel,” umum pengacara majlis.

Semakin hingar ball room apabila mengetahui status sebenar penghibur mereka pada majlis makan malam yang glamor ini. Airisy menekan punat merah dan meletuplah belon besar yang digantung di syiling. Banner Rumah Anak-anak Yatim Al-Daniel jatuh dari belon besar itu. 

Para hadirin bangun berdiri sambil menepuk tangan. Akhirnya terbela juga nasib anak-anak yatim yang dibawa pada malam ini. Haris dan Azie menyertai Airisy di sisi pentas. Aniq turut gembira kerana dapat bersama ibu saudaranya untuk merasmikan rumah anak-anak itu.



Dua bulan kemudian

“ Hai, selamat datang. Ada apa yang boleh saya bantu?” sapa pekerja di kedai bunga Azie, Lily. Lily tersenyum-senyum macam kerang busuk. Iyalah. Dah yang datang jejaka hot. Handsome lagi. Siapa yang nak lepaskan peluang emas macam ni? Kalau tak dapat jadi awek pun, setakat melayan pun okay.

“ Hai. Saya nak cari damask rose. Ada?”

“ Oh…Encik tunggu sekejap ye,” kata Lily. Dia ke belakang untuk mencari sesiapa yang boleh membantunya. Pelanggan itu melihat-lihat di sekitar kedai bunga. Mungkin ingin mencari bunga lain yang mampu menarik hatinya.

“ Kak Risy, tolong Lily. Customer kat depan tu tanya apa nama bunga tu…aduh. Lily lupalah, kak. Cuba akak pergi layan customer tu,” Airisy menggelengkan kepalanya. Memandangkan Azie ada hal penting hari ini, dia diminta untuk menjaga kedai bunga itu. kalau tak, jangan harap dia nak datang sini time hujan-hujan macam ni.

Airisy ke hadapan kedai. Dia mencari kelibat pelanggan yang dimaksudkan oleh Lily sebentar tadi.

“ Maaf, encik. Boleh saya tahu bunga apa yang encik cari?” soal Airisy kepada lelaki yang membelakanginya itu.

“ Damask rose,” jawab lelaki itu pendek. Eee, sombong, getus Airisy.

“ Encik nak berapa kuntum? Nak campur dengan bunga lain? Baby’s Breath mungkin?” Airisy cuba menawarkan bunga lain. Lelaki itu berpaling menghadap Airisy. Airisy terkagum seketika dengan ciptaan Allah dihadapannya. Kacak!

“ Please give me about…ten. Baby’s Breath? Hmmm…I prefer rose bud,” balas lelaki itu. Airisy mengangguk faham.

“ Encik tunggu sekejap. I make it…faster,” kata Airisy sambil tersenyum. Padahal nak tutup keterujaannya itu. Gila tak teruja. Jejaka pujaannya bertandang ke kedai bunga. Boleh cuci mata lagi. Mahu tiap-tiap hari dia datang menyemak di kedai bunga kepunyaan Azie ini.

Airisy mendapatkan damask rose dan rose bud. Kemudian dibawa ke kaunter untuk dibalut. Lelaki itu berdiri di hadapan Airisy. Rayban di batang hidungnya tidak dibuka. Dia memerhatikan cara Airisy membalut bunganya. Agak kreatif.

“ So…your mum must love this flowers,” Airisy cuba berlagak ramah.

“ How’d you know this…for my mum?” soal lelaki itu pelik. Setahunya, dia tidak memberitahu pada siapa dia ingin memberikan bunga itu.

“ Jarang orang lelaki kasi damask rose and rose bud pada special girlfriend dia orang. I guess.”

“ Sebab?”

“ Damask rose means freshness. Maksudnya you nak orang yang terima bunga ni sentiasa sihat dan ceria. Rose bud pulak…beauty or youth. Sesuai untuk wanita dalam 50-an. Am I right, Encik Customer?” Airisy selesai membalut bunga-bunga itu.

“ You knows a lot about…flowers, miss. Or…Cik Airisy,” Lelaki itu menarik kaca mata hitam yang menyembunyikan mata hazelnya.

“ Oh…you. Kita duduk semeja kan? Tak perasan pulak,” Airisy pura-pura tidak perasan akan lelaki itu.

“ Saya yang terkejut sebab…menjadi customer anak pemilik El-Danielle Holdings,” balas lelaki itu.

“ That’s not my…hmmm. You know…hmmm. My…”

“ Your proudness,” potong lelaki kacak yang menjadi pujaan hati Airisy itu.

“ Lebih kuranglah. I am…who I am. Just a simple girl,” kata Airisy. Lelaki itu mengukirkan senyuman. Mendidih hati Airisy melihat lelaki itu senyum. Cover…cover.

“ Oh…that’s good. Sometimes, it’s needless to say. Just take it easy,” ujar lelaki itu.

“ Betul tu. But, a heavy purse makes a light heart and…a good name is better than riches,” Airisy tersenyum sehingga menampakkan lesung pipit di pipi kanannya.

“ Hmmm, a good thought then. A bird in the hand is worth two in the bush was the best one…I thought,” balas lelaki itu kembali.

“ You’re right. Bersyukur. This…your happiness today. Never put off till tomorrow what you can do today. Your mum must be waiting for you,” tutur Airisy lembut.

“ Lembutnya cara awak menghalau. Rome wasn’t built in a day then,” Airisy kepelikan dengan bicara lelaki itu.

“ Rome wasn’t built in a day? Maksud encik?” Lelaki itu mengeluarkan dompetnya dari poket. Dua not lima puluh ringgit diletakkan di atas kaunter. Airisy hanya memandang sepi not-not itu.

“ Nothing. Thank for…chew the fat. Jangan malu nak tegur…kalau terjumpa lagi. Thanks again,” kata lelaki itu sambil memakai kembali Raybannya.

“ Encik,” panggil Airisy sebelum sempat lelaki itu melangkah keluar dari kedai itu.

“ Yes.”

“ Early to bed and early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise. Get the red rose…sometimes,” ujar Airisy. Lelaki itu tersenyum dan mengangkat tangan kanannya.

“ Point noted,” Airisy pula yang berbunga. Dia menghantar jejaka pujaannya meninggalkan kedai bunga.

‘How I wish to see you again…mr. whatever.’

Airisy menutup kedai bunga setelah jam menunjukkan tepat pukul enam petang. Lily juga sudah pulang sebentar tadi. Sempat dia membungkus prim rose untuknya. Dia berjalan perlahan sambil memegang payung meredah hujan gerimis di pinggir ibu kota. Sesiapa yang dikenalinya habis ditegur.

Dia lebih senang berjalan kaki sahaja jika ingin ke kedai bunga Azie. Hanya dua kilometer sahaja kedai bunga dari rumah Tan Sri Khalid. Tambahan pula, Airisy sangat suka dengan fresh nature seperti udara segar selepas hujan. Untung-untung boleh melihat pelangi.

Lagipun di kawasan perumahan elit milik Tan Sri Khalid jauh dari hiruk pikuk bandar. Pokok-pokok hijau masih lagi wujud di kawasan itu.

“ Hai, uncle, auntie. Hujan-hujan pun berjogging?” tegur Airisy kepada pasangan tua berbangsa Cina itu.

“ Aiya, hujan tak lebat loh. Waktu ni ah kalau jogging…uncle banyak suka owww,” balas Uncle Lee.

“ Auntie pun suka. Lebih segar udaranya. Sejuk sahaja,” tambah Auntie Chye.

“ Stay healthy, okay. Love both you,” Uncle Lee dan Auntie Chye tersenyum manis. Senang dengan sikap ramah Airisy.

“ Elok Airisy balik. Nanti gelap…bahaya pulak,” pesan Uncle Lee.

“ Iyalah. Risy balik dulu ye,” Airisy melambai pasangan tua itu. Alangkah seronoknya kalau dia ada suami yang selalu temannya berjogging seperti itu. Airisy menggeleng. Dia meneruskan perjalanannya.




Haji Zainal merenung langit terbentang. Dia memang suka bersantai di gazebo yang sengaja di bina untuk beristirehat. Hajah Zaharah menatang dulang berisi minuman dan sepinggan kuih muih. Memang menjadi kebiasaan pasangan suami isteri itu berbual sambil bersantap di gazebo itu.

Waktu beginilah mereka meluangkan masa bersama. Jikalau anak-anak pulang, ada yang menyertai ibu bapa mereka. Haji Zainal dan Hajah Zaharah dikurniakan tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki. Seorang anak perempuan mereka sudah mendirikan rumah tangga. Kini tinggal anak teruna dan anak perempuan bongsu mereka sahaja di rumah serba mewah itu.

Kedua suami isteri itu merupakan pakar motivasi di salah sebuah universiti di Malaysia. Kadang-kadang, mereka dipanggil untuk memberikan ceramah di kaca televisyen. Namun begitu, tiada seorang pun anak-anak mereka yang mewarisi kerjaya Haji Zainal dan Hajah Zaharah.

Yang sulung, Khirana Aisyah sudah berkahwin dan merupakan seorang guru di Perak. Satu-satunya anak teruna mereka, Adam Arsyil adalah seorang CEO di syarikat milik ayah kepada Haji Zainal. Dan anak perempuan bongsu mereka, Kasih Izara masih seorang pelajar tahun pertama di UIA.

“ Assalamualaikum,” Adam memberi salam kepada ibu bapanya.

“ Waalaikumsalam,” jawab Haji Zainal dan Hajah Zaharah serentak.

“ This is for you, ummi,” Hajah Zaharah menyambut huluran anak terunanya.

“ Thank you. So sweet,” ucap Hajah Zaharah. Adam tersenyum. Dia duduk bersila di sebelah Haji Zainal.

“ Untuk walid, tak ada?” soal Haji Zainal.

“ Alamak! Adam lupalah, walid. Tapi…Adam bagi ni,” Chupp!! Sebuah ciuman singgah di pipi Haji Zainal. Hubungan mereka sekeluarga sangat rapat. Itulah yang menjadi kebanggaan keluarga itu kerana memiliki ikatan kekeluargaan yang sangat kuat.

“ Terima kasih. Ciuman anda sangat berharga, Tuan Adam Arsyil,” seloroh Haji Zainal. Hajah Zaharah membelek jambangan bunga yang dihadiahkan Adam.

“ Harum bau ni, Adam. Tapi, ummi sangat pasti…ia bukan dari bunga ni ya,” Adam mengerutkan dahinya.

“ Habis tu bau apa pulak, ummi?” soal Adam.

“ Ha’ah, awak ni. Bau apa pulak?” Haji Zainal juga pening dengan deria bau isterinya itu.

“ Bau ni macam…something yang pure. Ummi dapat rasakan keikhlasan pada rose ni,” jawab Hajah Zaharah.

“ I don’t get it,” kata Adam. Dia masih tak faham.

“ Ummi boleh rasakan aura bila bau this roses. Macam ada something yang buat ummi tertarik. Perasaan yang suci. It full of love,” terang Hajah Zaharah.

“ Maksud ummi, bunga-bunga ni ada sesuatu yang buat dia lebih shine. Tapi, bukan dari roses fragrance tu sendiri. Is that what are you trying to say, ummi?”

“ Faham pun. Itulah yang ummi nak cakap,” balas Hajah Zaharah.

“ Mungkin si pembalut bunga tu cantik kot,” telah Haji Zainal. Adam terpempan. Si pembalut bunga?

“ Adam. Kenapa ni?” Haji Zainal menampar bahu anaknya. Tiba-tiba sahaja terdiam.

“ Adam okay. Cuma Adam terfikirkan si pembalut bunga ni,” Hajah Zaharah memandang anak lelakinya dengan mata yang bersinar.

“ Cantik tak? Bolehlah kot bawa dia jumpa walid dengan ummi,” usik Hajah Zaharah.

“ Apalah ummi ni. Ke situ pulak perginya. Walid dengan ummi pun dah pernah jumpa perempuan ni,” kata Adam.

“ Huh. Bilanya yang Adam bawa dia jumpa kami?” tanya Haji Zainal selamba.

“ Aduh…dia anak perempuan Tan Sri Haji Qasyaf Malik. Yang rasmikan rumah anak-anak yatim dua bulan lepas dekat hotel tu. Ingat?”

“ Maksud Adam, orang yang bungkuskan jambangan bunga kat tangan ummi ni…Airisy Danielle yang buat?” Adam hanya mengangguk.

“ Subhanallah. Kecilnya dunia. Ummi tengok cantik orangnya. Suara pun sedap aje ummi dengar. Mesti mengaji pun lunak suara dia,” Sudah melangit pujian Hajah Zaharah kepada Airisy.

“ Walid pun suka tengok Airisy tu. Lembut aje. Kalau Adam dah jatuh hati kat dia, jangan lepaskan peluang ni. Mana tahu dia dah ada yang punya. Adam cuba risik dulu,” Adam menggaru keningnya yang tidak gatal.

“ Advance betul walid dengan ummi ni. Adam terjumpa dia pun secara kebetulan. Lagipun, mulut dia berbisa tau walid, ummi. Ada ke patut dia halau anak walid dengan ummi yang handsome ni keluar dari kedai dia.”

“ Halau? Betul ke ni? Entah-entah Adam yang fikir bukan-bukan,” kata Hajah Zaharah.

“ Tak adalah. Adam gurau aje. We just tukar-tukar proverbs. Dia suruh Adam cepat-cepat balik bagi bunga ni dekat ummi. Itu aje. Benda yang patut dibuat hari ini tak perlulah tunggu sampai esok,” jelas Adam.

“ Ummi sukalah Airisy ni. Dia macam pandai berkata-kata. Memang sesuailah orang bisnes macam dia,” kata Hajah Zaharah. Haji Zainal menghirup minumannya.

“ Tapi dia tak suka corporate life, ummi, walid. Dia ada cakap yang dia lebih senang jadi apa yang dia ada. Just a simple person,” balas Adam.

“ Alhamdulillah. Macam itulah calon isteri yang sesuai untuk Adam. Ummi suggestkan…Adam cuba kenal-kenal dengan Airisy dulu. Mana tahu nanti boleh jatuh hati ke,” saran Hajah Zaharah.

“ Masuk meminang teruslah, Zah. Umur Adam ni pun dah masuk 28 tahun. Dah sesuai sangat dah untuk kahwin,” sampuk Haji Zainal. Terbuntang mata Adam. Haji Zainal dan Hajah Zaharah tersenyum bahagia.


3 comments: