Thursday 30 January 2014

Delay Updating!

Assalamualaikum... Hye!

CIA sorry sangat2...
tak boleh nak hapdet entry baru lagi...
sorry sangat-sangat sebab CIA tak berapa nak sihat...

lagi satu?
tengah berdebar nak tunggu result sambung study...
wish me luck...
takut sangat nak buka laman web dia...:(

okeylah... tak mau cakap banyak-banyak...
hehehe... Insya Allah nanti CIA hapdet eh...
doakan untuk cerpen-cerpen CIA yang selamat didraft untuk contest...
kalau diizinkan CIA akan buat entry untuk that cerpens...

doakan yang terbaik jugak untuk STNK!
okey tak tajuk baru STNK!

RAHSIA ARIANNA - RA

kalau you all perasan dalam setiap entry STNK. ada yang typo. tersilap infolah. macam-macamlah. sorrylah kalau tersilap semua tu. bila diedit baru CIA terperasan.

Thank you jugak to sesapa yang support STNK...
kalau ada rezeki STNK diterbitkan, CIA paling happy.. :)
STNK was the first novel that i wrote... :)

okey, kali ni betul nak out... :)

BYE!

Tuesday 28 January 2014

Cerpen : Dia... Mr All Right! 7

Untuk peminat DMAR! 
Part kedua last... :) keep your eyes on here!
pepagi dah rajin menghapdet... hehehe...
sekadar mencari rezeki di pagi hari...
SELAMAT MEMBACA!




Irine menilik jam tangannya. Hampir dua jam dia tercongok di tempat menunggu di KLIA. Dalam masa dua jam itu, dia dah tawaf semua kedai di situ. Namun, dia hanya mencuci mata sahaja. Tak ada mood nak shopping ketika ini. Orang yang ditunggu tak muncul-muncul lagi.

Beberapa minit kemudian, Samsung Galaxy Note 3 milik Irine berbunyi.

Hello, Assalamualaikum,” Irine menjawab panggilannya.

“ Waalaikumsalam. Dia tak sampai lagi ke?” soal si pemanggil.

“ Belum. Betul ke dia cakap pukul sebelas? Ni dah nak dekat pukul satu lebih dah, tak sampai lagi,” rungut Irine.

“ Kejap lagi sampailah tu. Bukannya Lea tak tahu, lambat sejam dua tu biasalah,” si pemanggil cuba menenangkan Irine.

Tiba-tiba Irine terasa pinggangnya dipeluk. Terus membeku tubuh dia tika ini. Tindakan refleks setiap kali ada yang cuba memeluknya. Siapalah yang suka sangat peluk dia tak minta izin ni?

“ Lea…Lea. Lea kat situ lagi ke?”

“ Ada, ma. Dah jadi patung cendana dah, menantu mama ni,” jawab si pemeluk Irine.

“ Dah lama sampai?”

“ Dah sejam lebih. Saja nak test patung cendana ni. Sanggup ke dia tunggu suami dia,” si pemanggil ketawa kecil.

“ Iyalah. Nanti terus balik sini. Your parent in law pun dah ada kat sini. Jangan melencong tempat lain. Semua orang dah tunggu ni,” pesan si pemanggil.

Okay, ma. See you soon,” Panggilan terus dimatikan.

Izale menyuakan jambangan roses yang disembunyikan di belakangnya kepada Irine. Irine buat muka. Biar encik suami tahu dia tengah merajuk.

“ Sampai bila nak jadi patung cendana ni? Abang lambat sebab nak cari hadiah nilah,” pujuk Izale.

Tanpa mengendahkan pujuk rayu Izale, Irine berlalu meninggalkan suaminya itu yang terpinga-pinga di situ. Namun, hanya beberapa langkah dia melangkah ke depan Irine kemudiannya berpaling ke belakang sambil tersenyum.

Suami dah balik penat-penat kena tunjuk muka manis walaupun hati tengah merajuk. Izale mengeluh lega melihat senyuman manis isterinya.

“ Tak merajuk dah?”

“ Mana ada orang merajuk. Saja aje nak usik abang,” Izale mengenyitkan matanya. Irine mencebik. Malas layan.

“ Iyalah tu. Mana kereta?”

“ Irine datang dengan Pak Mansor tadi. Tu hah. Kesian Pak Mansor kena tunggu lama. Abanglah punya pasal,” Irine menampar perut Izale dengan belakang tapak tangannya. Mereka menghampiri Pak Mansor yang sedang menunggu di tepi Toyota Camry milik Tengku Albar.

“ Pak Mansor, sorry lambat,” mohon Izale.

“ Tak ada apalah, Faris. Bukan lambat sampai sehari,” balas Pak Mansor, pemandu Tengku Albar. Izale memang tidak mengambil pemandu. Dia lebih suka memandu sendiri.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Tengku Albar, pasangan suami isteri yang baru berkahwin tiga bulan lepas itu hanya berdiam diri. Mungkin kerana keletihan, Izale terlena. Sampaikan Irine yang mengacau tidurnya pun ditepis lembut. Tak nak diganggu.



“ Assalamualaikum,” Izale memberi salam kuat. Biar seisi rumah dengar.

“ Waalaikumsalam,” sahut sekumpulan suara di ruang tamu. Bergabung dua keluarga memang riuhlah. Cuba kalau hanya keluarga Izale sahaja. Hampeh! Ada suara umpama macam tiada. Maklumlah, hanya keluarga kecil.

“ Amboi, riuhnya. Sampai ke luar dengar,” Izale bersalaman dengan semua ahli keluarga. Yang muhrim sahaja.

“ Orang yang menjemputnya mana? Takkan tertinggal dekat airport kot…”

“ Ada ni,” Irine berjalan masuk menyertai mereka yang lain.

“ Buat apa kat luar tu, Lea?” tanya Hajah Syakirah.

“ Hah? Tengah cari…ni,” Irine mengangkat sejambak bunga yang dihadiahkan Izale tadi.

“ Patutlah. Untunglah dia…ada orang sayang,” usik Faruqi, abang sulung Irine.

“ Tahu tak apa,” balas Irine dengan senyuman.

“ Kat kita orang tak ada ke, Ris?” soal Nida, kakak kedua Irine sekadar ingin bergurau.

“ Ada. Semua ada. Tapi, kat dalam kereta lagi,” jawab Izale. Dia memangku Danish yang tembam itu. Kini, bayi yang sudah berusia dua tahun itu rapat dengan Izale. Setiap minggu mesti kena bersua muka.

“ Dah makan ke, Ris?” soal Tengku Wahida.

“ Belum…”

“ Lah, kesiannya. Lea, bawa Ris pergi makan. Tak elok biar perut kosong lama-lama. Lepas makan, boleh berehat. Malam ni ada barbeque pula,” ujar Hajah Syakirah.

“ Saja nak manja dengan mama dan ammilah tu. Abang dah makan masa on the way nak sampai rumah tadi,” Irine mengenakan suaminya. Hampir sebulan suaminya itu berada di oversea kerana menguruskan projek di sana, mati kutu dia kerana tidak boleh mencari pasal.

“ Kalau dah makan, pergi naik rehat. Esok-esok pun boleh main lagi dengan Danish, Isya, Bella ni,” ‘halau’ Tengku Wahida.

“ Iyalah. Hot papa naik dululah. Nanti kita main lagi ya, anak-anak,” Hampir terhambur ketawa semuanya. Hot papalah sangat.



Izale menghempaskan badan ke tilam. Lega rasanya dapat berbaring dengan selesa. Kalau kat London, jangankan baring…nak duduk pun susah. Bohong sangat kau, Izale. Maksudnya, sibuk sangatlah tu kat kota London.

“ Abang, dah tidur ke?”

“ Belum…”

“ Buat apa?”

“ Tengok syiling…”

“ Tengok saja ke? Kenapa tak kutip sekali?”

“ Syuhhh…”

Irine mengambil tuala bersih dari almari. Dan dia turut mengambil pakaian bersih untuk Izale. Isteri mithalilah konon.

“ Pergilah mandi dulu sebelum tidur,” Irine duduk di birai katil.

“ Tadi, mama dengan ammi halau abang suruh rehat. Bila dah rehat ni, sayang pulak suruh mandi. Mana satu ni?”

“ Rehat tu termasuk dengan mandilah, abang. Biar segar sikit. Nak tidur pun selesa,” Izale bingkas duduk.

“ Anis macam mana?” Tiba-tiba teringat akan sahabatnya itu.

Okay sikit dari sebulan yang lepas. Cuma suami dia yang tak okay. Kerja tunggang langgang. Balik rumah pun sekejap aje. Lepas tu keluar balik. Dua hari lepas, mak kak Anis ambil bawak balik kampung,” jelas Irine.

“ Farel?”

“ Macam tulah. Biar aje kak Anis balik kampung…”

Izale termenung seketika. Bukan main gembira lagi tiga bulan lepas, ketika majlis perkahwinannya dan Irine berlangsung, Farel dan Anis mengkhabarkan mereka akan menimang cahaya mata. Alih-alih, bulan lepas mereka terlibat dalam kemalangan ketika balik dari kampung. Cahaya mata yang ditunggu hampir tiga tahun, lesap begitu sahaja.

Anis dikhabarkan keguguran. Dan disebabkan hentakan yang kuat, Anis tidak dibenarkan mengandung buat sementara waktu. Sehingga keadaannya betul-betul sembuh. Macam orang gila tatkala berita itu di beritahu kepada Anis.

“ Harap-harap, kita tak jadi macam tu,” kata Izale tiba-tiba.

“ Orang suruh mandikan?”

“ Orang mana?”

“ Orang ni, Irine Azalea. Pergilah mandi,” Irine buat muka comelnya. Kerana terlalu geram, pipi Irine jadi mangsa cubitan Izale.

“ Iya. Abang pergi mandilah ni,” Izale menyambut huluran tuala oleh isteri tersayang lalu terus masuk ke dalam bilik air.

p/s : sekadar coretan menghiaskan blog yang suram. hehehe. last part menceritakan segalanya. alam perkahwinan itu indah. macam malas ja nak hapdet last part. boleh gitu? just morning kidding. peace.

Sunday 26 January 2014

Need Feedback :)

Assalamualaikum... Hye!

actually, CIA ada terbuka satu contest ni. tapi, CIA tak yakin nak masuk atau tak. so, CIA harap you all boleh tolong CIA.

CIA ingat nak masuk contest tu. STNK would be the best choice. sebab, STNK dah hampir ke penghujung. but, i'm still confuselah. ottokeh.

you all okey tak kalau STNK jadi taruhan? hahaha
macam best sangat kan... hehehe...

tapi, teringin.

ni contest tu.

http://www.mphonline.com/offers/top_novelis.aspx

tolong eh semua.... need feedback...

DAH DAHAGA FEEDBACK SANGAT-SANGAT NI!

and, tolong bagitau sat. STNK okey tak masa you all baca?

please, tolong tinggalkan comment eh....

THANK YOU. SAYANG SEMUA. <3

Saturday 25 January 2014

Novel; SP! : Aku Blogger, Dia Reader ! 2

Ding Dong Deng! Ding Dong Deng!

Aduh, siapa pula yang datang pepagi buta ni?  Selalu sangat wrong timing. Sudahlah aku tinggal seorang. Mahunya perogol yang datang, aku nak lari mana? Hergh! Tapi, tak pernah pulalah ada kes macam tu sejak aku pindah rumah yang pernah papa sewakan kat orang ni. Now, the house was mine!

“ Kejap!” Laung aku. Sengal punya tetamu. Tak boleh sabar langsung. Rosaklah loceng rumah aku tu, asyik dok tekan-tekan.

Dengan pantasnya aku capai tudung Syria di penyangkut. Sebelum tu, kena tengok diri dulu. Mana tahu ada yang terdedah. Kalau guest tu perempuan okey lagi. Buatnya lelaki, nak taruk mana muka comel aku ni? Dalam kasut? Okey, semua dah beres. Dengan lafaz basmallah, aku buka pintu.

Ternganga terus mulut cute aku. Jidy? Okey lagi. Kheryll? No respons.

“ Hoi, anak dara apa bangun lambat?” sindir Jidy, sedang bersandar molek kat pagar rumah. Dekat sangat dengan loceng. Dialah tu yang tekan banyak-banyak kali tadi. Kureng punya partner.

“ Korang pulak, buat apa kat rumah anak dara… pepagi buta,” Aku sarung selipar dan melangkah ke pintu pagar kayu.



“ Ni hah. Tak menyempat nak jumpa kau,” Jidy juihkan bibir dia ke Kheryll yang sedang bersandar di tepi kereta.

Aku mampu angkat kening sajalah. Nak cakap lebih-lebih, perasaan malu masih menebal. Buat apa saja dia nak jumpa aku? Kalau nak masuk meminang pun, bukannya mama papa ada kat sini. Jauh pula aku melencong yekkk. Terlepas fikir.

“ Nak jumpa aku?” Jidy angguk. Aku pandang Kheryll pula. Sekadar bertanya melalui pandangan.

“ Maaflah ganggu. Since, saya dah be frank semalam… saya rasa tak sedap hati. Bukan bermaksud saya menyesal, absolutely no. Saya cuma nak jelaskan aje lagi. I do know you, and same goes to you too,” Aku buat muka pelik. Dia boleh senyum kacak pulak. Jidy pula sibuk dengan handphone dia.

Detail, please?”

“ Budak cengeng, your blog?”

Aku rasa paling teruk aku bulatkan mata aku ni. Sebelum ni, tak pernah seteruk ni. He must be the one of my viewers and readers. Ommo! Nak pengsan kat sini boleh tak?

And you? Sorry, saya tak boleh nak ingat sesiapa. Maybe, you can tell me,” Pepagi dah suruh aku speaking bagai. Uit, aku yang speaking tu dah kenapa. Macam nak tampar mulut sendiri.

Are you sure, you can still remember me… among your million blog readers?”

Aku terdiam. Actually, dalam banyak-banyak readers aku… aku paling ingat yang seorang ni. Dia memang pantas dan efficient. Kenapa? Sebab dia yang paling laju tinggalkan comment kat post aku. Aku gelar dia, bullet train. Kadang-kadang, sampai full ruang comment post sebab kami chit chat kat situ.

Lullaby Adya?” Aku cuba teka saja. Manalah tahu betul.

Dengan lajunya, Kheryll angguk. Superb! Dia memang lullaby aku. Thumbs up! Aku memang sangat mengantuk sekarang ni. Jangan tanya kenapa… aku nak pengsan!



@@@@@

“ Adya. Kakad?” Aku rasa macam ada seseorang yang tengah tampar pipi aku. Siapa yang jahat sangat ni?

Aku buka mata perlahan. Orang pertama yang aku nampak, mama!

“ Dah sedar?” Ma, soalan apa tu? Aku menenyeh mata aku kasar. Aku kat mana ni?

“ Ma,” sahut aku, sekadar mahu mama tahu… aku dah sedar.

Hmmm, okey tak ni? Ada sakit kat mana-mana?” Aku geleng perlahan.

“ Kakad kat mana ni, ma?”

Family aku, tak kiralah siapa pun gelar aku Kakad. Semuanya gara-gara si Alya, adik aku yang senget tu. Punyalah senang nak panggil aku Kak Ad, entah gimana… dia tersilap panggil aku Kakad. Teruslah melekat nickname tu kat aku. Sebutannya, Kaked. Tapi, dieja Kakad untuk Kak Ad. Sengal punya adik.

“ Kat bilik Kakadlah. Dah, bangun,” Mama membantu aku untuk bangun. Terasa beratnya kepala aku tika ini.


“ Bila mama sampai?”

“ Masa Kakad pengsan tadi,” Hah! Luas terus mata aku.

Ya, aku pengsan tadi. Macam mana aku ada boleh kat bilik? Jidy? Kheryll?

“ Mama ada nampak Jidy dengan Kherylllah tadi?” Mama angguk. “ Dia orang dah balik, ma?”

“ Belum. Ada kat bawah, tengah sembang dengan papa,” balas mama. Dia mencapai gelas air kosong di meja sisi. Dihulurkan kepadaku. Macam tahu-tahu, aku haus.

“ Laaa, apa lagi dia orang buat kat sini, ma? Rumah anak dara kot,” kata aku. Tapi, expression mama relaks saja.

“ Kan ada mama dengan papa. Bukannya Kakad bertiga aje dengan budak-budak tu. Haish, buat malu mama papa aje. Ada ke patut, pengsan kat tepi pagar,” Mama menggelengkan kepalanya.

Aku hanya mampu tersengih.

“ Kakad terkejutlah, ma. Mama tahu tak, orang yang selalu comment kat blog Kakad tu. Alah, yang Kakad dok cerita kat mama tu,” Mama mengecilkan mata dia. Tengah ingatlah tu.

“ Oh, yang selalu mention nak jadi guardian Kakad tu?” Aku angguk laju. Kalaulah mama tahu siapa orangnya, mesti jatuh katil terus.

“ Orang tu ada kat bawah. Sepupu Jidy, Kheryll,” Mama ternganga. Kan aku dah kata, mama mesti shocked.

“ Subhanallah, Kakad. Tak sangka orang muda yang tegur mama tadi tu, yang mama admirer sangat?” Aku angguk lagi.

Sejak aku selalu dok cerita pasal ‘lullaby Adya’, mama memang dah admirer kat pemilik nickname tu. Mama pernah cakap sekali tu, kalau si ‘lullaby Adya’ tu lelaki… dia nak kenenkan kami. Entah apa-apa je dalam fikiran mama tu. Merepek! Tapi, hampir jadi kenyataan… ‘lullaby Adya’ tu Kheryll kot.

“ Dia orang cakap apa dengan papa?”

“ Kakad tahu apa Kheryll cakap?”

“ Kakad kan pengsan. Manalah tahu, ma,” Aku betulkan balik selimut tebal kat katil aku. Aku kan pantang nampak benda berselerak.

“ Kheryll risik Kakad. Tapi, papa minta Kheryll hantar keluarga dia,” Haaa! Berganda mulut aku ternganga. Selimut yang elok terlipat, terus terburai.


Rasanya, kalau family Kheryll pinang aku masa ni… confirm kena reject dengan dia orang. Buruk sungguh! Memang tak keluar rumahlah aku seminggu. Demam! Kheryll, why’d you do this to me?! Buk! Aku pengsan sekali lagi.


RyllAd bersambung...

Mood Sleepy plus No Idea

 

just ‘name post’…

petang-petang gini meme CIA no idea…

very sleepy but I can’t sleep because the cuaca was so hot… (katrumahCIAlah)

panas dalam kot… tempat writing pulak tepi tingkap… memang tak hot pun kan…

 

then, CIA punya action… grrr

make one big glass of NESLO 3 in 1 ----> milo+nescafe 3 in 1

air

abaikan kotak baby L… nak tinggikan dia punya pasallah tu… hihi

ambik kau… nasib baik belum dapat idea nak create PINES…

boleh tak tidur seminggu gitu….

okeylah…nak sambung writing… kang terjendala pulak idea yang terletus ni…

aaaa

malas nak fikir panjang… just write kat dalam bilik…

menulis kat depan TV kang gatal pulak tangan nak membukanya…

dah tak jadi nak menulis…

Friday 24 January 2014

Novel; SP! : Aku Blogger, Dia Reader! 1


Assalamualaikum, Nur Adya sini. Whaa, semangat ni nak cerita kisah hidup Nur Adya Marzuki. Tapi, bukanlah seluruh kisah hidup aku... dari kecil sampai ke besar. NO! Cuma, cerita sensasi selepas berkahwin saja. Erk! Adya pun nak kongsi kisah kahwin dia juga. Ingat kau orang saja yang boleh kongsi kebahagian kau orang. Nur Adya pun boleh!

Apalah yang aku nak kongsi tu erk? Aku pun tak pasti sebenarnya. Tapi, aku NAK juga kau orang tahu pasal kisah aku. Bahagia ke aku dengan encik suami? Seronok ke hidup berumah tangga ni? Macam mana aku bahagikan antara dunia blogger aku dengan tanggungjawab aku. Haaa, ini yang cheq nak bagitau.



Mencabar juga sebenarnya, terpaksa pisahkan dunia blogger kesayangan dengan encik suami kesayangan. Tapi, Alhamdulillah. Aku masih boleh adil terhadap keduanya. Bersyukur sangat sebab aku dapat hubby yang sangat-sangat memahami. Kadang-kadang, dia yang sibuk tanya; How was your blog? Can’t wait to read it. Dang!



Inilah encik suami yang suka sangat menyibuk kat blog aku. Ada saja yang dia nak comment. Sampaikan lenguh tangan cik isteri ni nak reply. Readers lain tak ada pun macam dia. Ehek! Sengaja nak bikin panaslah tu. Tak pun, saja nak publisiti lebih. Masa aku berblogging kan, aku kurang layan dia. Itulah sebabnya dia nak layan dia kat blog aku tu. Sweet tak mr hubby aku. Saja nak perasan kejap.

First of all, aku nak kongsi macam mana aku kenal dengan encik suami! Hehe… Nampak tak keterujaan aku ni. Kisah kami simple saja. Tak ada penambah rasa kot. Rasanyalah. Sebabnya, encik suami ni jenis yang straight to the point. Dia suka, terus cakap. Sampaikan aku tercengang. Malu kot. Bukannya aku kenal dia sangat sebelum-sebelum ni.

Perkenalan Adya dan Encik Suami…



Aku kenal dengan encik suami melalui photography. We both love camera, a lot. Satu hari yang manis, aku punya Nikon buat hal. Macam nak hempuk saja baby aku ni. Kenapalah mesti buat hal time ni? Aku nak shoot bestfriend aku kahwin okey. Belek punya belek, datang seorang mamat ni.

“ Apa guna pakai camera mahal, tapi tak reti dia punya function,” Erk? Dia cakap dengan aku ke? Punyalah geram dekat baby Nikon, aku langsung tak panggung kepala. Lantaklah siapa pun yang nak tegur.

Hello, miss. I’m speak to you,” Aduh, mamat ni. Bikin gua berbahang pulak.

Ehem, for your information, encik penyibuk… I don’t want any comment from you. Nak tolong, buatlah cara nak tolong,” Kan, dah terkeluar ayat sentap aku. Mata aku masih pada baby Nikon. Dalam kepala, penuh dengan sumpah seranah bagai. Hergh!

Let me help you,” Si dia tarik kerusi sebelah. Dia duduk slumber saja kat situ. Lagi slumber, dia tarik baby Nikon dari tangan aku. Whaaa, first time baby Nikon aku tu dipegang orang lain. Dan, orang itu lelaki!

Entah macam mana, aku terpandang tangan dia yang sibuk dok belek baby Nikon. Zapp! Cantiknya tangan dia. Chop! Tapi, serius aku suka. Even, pada orang lain mungkin biasa saja kot. He make me in love… with his finger. Macam jari orang sasa. Punyalah poyo, aku sanggup tak nak angkat kepala tengok orangnya pula. Malu naaa. Dahlah, aku berkasar dengan dia tadi. Alihnya, dia nak tolong aku betulkan baby Nikon.


What’s the problem?”

Just a simple problem. Kalut jugak awak ni. Nah, your camera. No need to say thank you,” Aku ambil baby Nikon yang si dia hulur. Masa tulah, mata aku terpaku.

Mak ai, abang berkaca mata.  Cutenya! Eh tak, handsomenya! Mana satu ni? Keduanya sekali. Tapi, muka dia macam anak Cina. Is he… Chinese? Tak kot. Dia punya bahasa Melayu, okey saja. Tak ada slang Cina pun. Nak tanya nama dia tak? No, Adya. Tunggu dia yang mula dulu. Kononnya. Buatnya dia buat tak tahu saja. Please, dear… talking to me.


Thank you…”

I just said it, no thank you. But, belanja minum… saya terima,” Aku dah buat muka. Asal nak balas budi saja, belanja minum… makan. Tak ada benda lain ke. Tak boleh ke dia minum sendiri saja.

“ Tapi, saya tak suka belanja orang. Yes, I am,” Yang aku dok belanja mama papa tu apa? Abang Is dengan Dik Ya? Saja nak test si dia bercermin mata.

“ Okey, thenwhat about I yang belanja you?” Terangkat kening aku. Dah kenapa dengan mamat ni? Nak tackle aku ke? Ceh, perasan juga aku ni pun. Tapi, kalau betul… apa salahnya. Eheh.

“ Awak nak belanja saya? Seriously? Saya punya taste… tinggi tau. Tak mainlah dekat kedai mamak ke restoran biasa,” Sekadar nak menguji saja.

“ Tak kisah. You just choose any hotel in KL. I’ll make reservation,” Mak ai, kaya ke mamat ni?

“ Awak jangan main-main. Habis duit awak nanti, jangan salahkan saya pulak,” Dia senyum.

It’s okay. Memang saya kerja sebab nak belanja awak pun,” kata si dia selamba. Dia ni mengundang betul. Sudahlah, dia punya gaya… ala-ala cool gitu. Experession muka dia, tenang gilos. Asyik senyum saja. Macam nak jual ‘minyak’ pun ada.

Just kidding. Belanja saya kat sini sudahlah. Free lagi, hah. Tak payah susahkan awak nak kerja kuat,” Aku pun bolehlah, pulang paku buah keras. Maaflah kalau verb aku salah.

“ Ini bukan belanja. Tapi, makan free,” Dia gelak. Okey, sangat cute di situ. Hampir saja aku melting. Tapi, kenalah cover. Tak pasal saja kena bahan nanti.

“ Sungguh sopan, awak reject saya,” Aku terpempan. Apa maksud dia?

“ Woi, Ryll. Kau buat apa kat sini?” Tak sempat aku nak bersoal, ada boy tegur dia pula.

“ Aku tolong cik ni baiki camera dia,” jawab si dia jujur. Memang betul pun kan.

“ Owh, dah alang-alang ni. Aku sure korang belum kenal lagi kan? Tahu sangat dengan perangai korang ni,” Ceh, aku cepuk juga si sengal Jidy ni. Ya, aku kenal sangat dengan boy yang tegur si dia tadi. Jidy atau Jihad Rosdi. Teman sekapal aku, photographer sambilan.

“ Kau kenal ke dengan…” Aku cuma tunjuk saja mamat kat sebelah aku ni. Jidy angguk.

“ Yupp. Ryll, aku kenalkan rakan kongsi studio aku… Adya. Kau panggil dia, Ad aje. Ad, ni sepupu aku… Kheryll. Ikut suka kaulah nak panggil apa,” Oh, Kheryll namanya. Pada mulanya aku ingat eja nama dia, Kerrel. Tapi, after that… Jidy ejakan nama si Kheryll tu kat phone dia. Kheryll Aizril Marjan.

Oh, I see. Nice to meet you, Mr Kheryll,” Kheryll senyum lagi. Sah! Dia nak jual ‘minyak’.

“ Jidy, I thinkI like Adya,” Bulat terus mata aku. Jidy gelak saja? Kheryll punya muka, macam tengah serius.

“ Cakaplah kat dia. Cakap kat aku buat apa?” Jidy tepuk bahu Kheryll. Jidy terus melangkah pergi, tinggalkan aku berduaan dengan mamat ni. Mulalah aku nak gabra.

I know, you heard me. So, macam mana?”

“ Macam… macam mana apa?” Sekali, aku gagap. Malunya! Nak balik sekarang! Pinat, aku nak balik! Pinat iaitu… pengantin perempuan hari ini.



“ Terima atau tak? Maaflah, saya lebih suka berterus terang. Tak boleh nak pendam lama-lama,” Alahai, jujurnya Kheryll Aizril ni.

Errr, you knowerr. We’re just met. Saya tak kenal awak, dan awak jugak tak kenal saya. Saya tak gila lagi,” Kheryll gelak, dengar jawapan aku.

Sooo funny. But, I like it. Dear, kalau boleh saya nak terus jumpa family awak. Boleh tak?” Selambanya dia. Aku pura-pura belek baby Nikon.

“ Maaf, I need to go to… ladies,” Aku terus bangun. Namun, Kheryll tarik tangan aku. Eh, no. Dia tarik baby Nikon yang aku pegang.

“ Tak perlu rushing. This is my card. Give me a call, anytime,” Kheryll letak kad nama dia kat atas meja. Betul-betul kat depan aku. Then, dia pergi tinggalkan aku sendiri.

Aku tergamam. Terduduk terus. Tak jadi nak pergi loo. Naaa, apa maksud dia sebenarnya? Pertama kali, aku jumpa lelaki yang ‘straight to the point’ macam dia. First time jumpa pula tu. Takkan dah terjatuh hati. Tapi, aku memang dah mula melting dengan dia pun. Nak kata jatuh hati, rasanya belum lagi. Hmmmph! Bolayan…


RyllAd bersambung...