Friday 20 September 2013

novel : secret that nobody knows 13


“ Riq!” jerit Puan Sri Katrina kuat. Fariq yang sedang menyediakan susu untuk Zarra terkocoh-kocoh ke ruang tamu dek terdengar suara nyaring mamanya.

“ Ada apa, ma? Sampai hujung kampung boleh dengar suara mama,” kata Fariq sambil melepaskan lelahnya. Dia melabuhkan punggungnya di sofa.

“ Cuba Riq tengok berita kat TV tu. Itu kan Airis?” Mata Fariq terpaku pada kaca televisyen. Dia menenyeh matanya berulang kali.

“ Berita tergempar!!! Kami mendapat maklumat dari wartawan kami bahawa seorang gadis yang disangka telah meninggal dunia sebenarnya masih hidup dan telah disahkan oleh pihak polis. Setelah membuat penyiasatan lanjut terhadap gadis itu, pihak polis akhirnya telah memanggil kedua orang gadis tersebut untuk sesi pengecaman,” Tenang sekali pembaca berita itu menyampaikan berita yang agak mengejutkan itu.

Dan…gadis itu adalah Airis Qalisya yang disangka sudah meninggal dunia akibat kemalangan beberapa bulan yang lepas. Encik Halim dan Puan Sarimah sendiri sudah meredhakan pemergian anak perempuan mereka. Namun, Allah Maha Besar…rupa-rupanya anak mereka masih hidup.

“ Subhanallah,” ucap Tan Sri Rasyid dan Puan Sri Katrina serentak. Fariq terdiam. Dia cuba mencerna berita yang baru diterimanya.

Hari yang ditakuti oleh Arianna muncul juga. Baru dua hari lepas dia bertekak dengan Fariq soal ini. Airis muncul di hari kedua umat Islam berpuasa. Hatinya semakin tidak tenteram. Dia dan Fariq juga masih belum bertegur sapa. Fariq pula semakin menjauhkan Zarra dari Arianna.




“ Bila Airis balik sini, bang?” tanya Datin Katrina. Tan Sri Rasyid baru sahaja dihubungi oleh Encik Halim dan memberitahu akan kepulangan mereka ke kampung.

“ Hari ni jugak. Tadi Halim call abang. Dia cakap Airis nak sangat balik jumpa Tok Majid. Dia pun tak sabar nak jumpa Fariq bila Halim bagitahu kita ada kat kampung,” Fariq tersentak.

“ Apa Riq nak cakap dengan dia, papa, mama?” Fariq menepuk belakang Zarra perlahan.

“ Buat macam biasa aje. Jangan risau. Tapi buat sementara ni Riq jangan bagitahu Airis dulu pasal Arianna,” Datin Katrina tidak mahu masalah timbul apabila Airis mengetahui lelaki kesayangannya telah berkahwin dengan perempuan lain. Arianna yang mendengar perbualan mereka di sebalik pintu bilik tersentak. Jarak bilik dari ruang tamu pula sememangnya tidak jauh.

“ Papa pun rasa macam tu jugak. Nanti Airis marahkan Fariq pula,” setuju Datuk Rasyid.

“ Apa kata malam ni kita berbuka dekat rumah Tok Majid. Tak pun ajak dia orang berbuka dekat sini aje,” cadang Datin Katrina.

“ Mana-mana pun abang tak kisah. Tapi kena maklumkan dekat Tok Majid dululah,” Datin Katrina mengangguk. Fariq pula diam memikirkan sesuatu.

Arianna duduk di atas katil. Dia berteleku di situ. Dia memandang kosong ke arah telefon bimbitnya. Pada siapa dia ingin mengadu nasib. Semua orang seakan memulaukannya. Zarra pula sudah tidak merengek mahukannya. Akhirnya air mata yang menemaninya.

Petang itu, Arianna hanya sendiri di rumah. Yang lain sudah ke rumah Tok Majid. Mereka langsung tidak mengajak Arianna untuk turut serta. Arianna hanya melihat ketibaan keluarga Airis dari jauh. Juadah untuk berbuka juga dia tidak sediakan. Dia hanya berbuka dengan kurma dan air milo panas sahaja. Tidak berselera.

Sudahnya dia menghabiskan masa di tikar sembahyang. Dia hanya mampu mengadu kepada Allah sahaja. Tanpa sedar, Arianna terlena sehingga tidak sedar pagi sudah menjelang. Terpisat-pisat dia bangun. Tidak sahur dia pagi itu. Keluar sahaja dari bilik, dia tersentap. Tiada seorang pun di rumah itu.


“ Hello,” Arianna menjawab lemah.

“ Assalamualaikum,” Puan Sri Harlina memberi salam.

“ Waalaikumsalam,” jawab Arianna lemah. Sesungguhnya dia tidak larat. Tengah hari itu dia merasakan badannya lemah sangat.

“ Ria okey?” tanya Puan Sri Harlina.

“ Okey je,” bohong Arianna.

“ No. Maksud mummy, Airis dah balik, kan. Ria okey ke?” Arianna mengeluh. Fariq dan Arianna sudah menjelaskan hal yang sebenar kepada Tan Sri Kasyfi dan Puan Sri Harlina akan sebab mereka berkahwin. Nasib baik ibu bapa Arianna tidak marah.

“ Okey aje, mummy,” jawab Arianna pendek.

“ Kenapa ni, sayang? Ria tak okey, kan. Jangan tipu mummy. Mummy tahu Ria mesti sedih,” Puan Sri Harlina cuba memberi sokongan kepada anak perempuannya.

“ Buat apa Ria nak sedih? Ria tak diperlukan pun. Apa yang Ria buat, Ria rasa dah tak penting,” tutur Arianna sayu.

“ Apa yang Ria cakap ni? Takkan masih berjauh hati pasal hari tu lagi. Cuba matang sikit Ria. Kalau Ria betul-betul sayangkan suami Ria, cuba rebut hati dia. Bukannya sakitkan lagi hati dia,” marah Puan Sri Harlina.

“ Tak apalah, mummy. Maybe bukan jodoh Ria dengan Fariq. Mummy, Ria nak solat zohor ni. Nanti kita berbual lagi, eh,” balas Arianna. Dia terus matikan talian sebelum sempat Puan Sri Harlina membalas.

Usai solat zohor, Arianna terdengar suara riuh di dapur. Dia juga terdengar suara Zarra ketawa sakan. Dia melipat telekung dan disangkut di kerusi sebelum berbaring di katil. Perutnya memulas. Mungkin gastriknya sudah datang. Kepalanya juga panas.


Arianna membuka matanya perlahan. Dia terasa asing seketika. Di mana ni? Peningnya kepala aku, desis Arianna. Dia cuba untuk bangkit namun perutnya terasa sangat sakit.

“ Dah sedar?” Fariq menghampiri Arianna. Risau juga Fariq apabila terlihat Arianna tak sedarkan diri ketika masuk bilik untuk mengambil pakaiannya. Dia berasa semakin bersalah apabila doctor memberitahu Arianna kekurangan air dalam badan. Dia juga tidak makan dua hari berturut-turut.

“ Kenapa saya kat sini?” soal Arianna lemah.

“ Tanya diri sendiri kenapa ada kat sini,” Fariq bersuara dingin.

“ Dia dah sedar ke?” Arianna memandang wajah perempuan di sebelah Fariq yang sedang mendukung Zarra.

“ Baru sedar,” jawab Fariq pendek.

“ Oh. Hai, saya Airis. Awak ni sepupu Fariq, kan?” Airis menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam. Arianna menyambut salam Airis tanpa senyuman di bibir.

Arianna cuba bangkit sendiri. “ Nak pergi mana?” soal Fariq keras.

“ Abang ni. Tanyalah baik-baik. Terkejut Zarra,” kata Airis. Arianna beristighfar di dalam hati. Dia sedih apabila melihat Zarra di dalam dukungan Airis.

“ Orang macam ni mana boleh cakap elok-elok. Dah elok hidup, nak mati pulak.”

“ Abang!” jerit Airis. Zarra merengek kecil.

“ Meh sini abang dukung,” Fariq cuba mengambil Zarra. Namun Airis menepis.

“ Tak apa, biar Sya dukung,” Fariq menurunkan tangannya kembali.

Arianna menangis di dalam hati. Dia cuba menyabarkan dirinya. Mungkin salahnya juga kerana membiarkan Zarra. Namun, hatinya meronta ingin mengambil Zarra kembali. Kalau boleh dia ingin lari dari mereka semua. Dia tidak mahu lagi mempunyai kaitan dengan keluarga Fariq.

Arianna mencabut wayar di tangan kirinya. “ Hey, awak buat apa ni?” jerkah Fariq. Dia terkejut dengan tindakan Arianna. Tanpa menghiraukan Fariq dan Airis, dia turun dari katil.

“ Awak nak pergi mana ni?” tanya Airis dengan nada kerisauan.

“ No. Need. To. Know,” Arianna bersuara tegas. Tiru ayat dalam cerita Detective Conan kononnya. Dia berjalan keluar dari bilik dengan tenaga yang masih bersisa.

“ Abang, tahan Arianna cepat. Entah dia nak pergi mana tu,” suruh Airis. Fariq berlari mendapatkan Arianna.

“ Awak nak pergi mana? Duduk diam-diam aje kat sini tak boleh ke? Dah kuat sangat nak lari?” herdik Fariq.

“ Tak payah ambil tahu. Saya nak pergi mana pun, ikut suka saya,” balas Arianna perlahan. Dia terus berjalan.

“ Hey, kau tu tanggungjawab aku. Nanti tak pasal-pasal daddy dengan mummy kau marahkan aku. Kau memang sengaja, kan,” Kemarahan Fariq semakin meluap. Dalam tidak sedar, dia sudah bercakap kasar dengan isterinya.

“ Dia orang takkan salahkan awak,” tukas Arianna. Dia berhenti di hadapan pintu masuk hospital.

“ Kau jangan buat hal kat sini. Kalau Airis tahu hubungan kita, hancur semuanya kau tahu tak,” Arianna berpaling memandang Fariq.

“ She’s back. Just like what I said before. Better you…just let me go. Buat apa simpan perempuan yang suka buat hal ni lagi. Dah tak payah nak perah otak macam mana nak kelentong bakal isteri awak tu kalau kita berpisah,” Fariq terkedu. Dia langsung tidak berniat untuk menceraikan Arianna.

“ Semua orang salahkan saya hanya sebab saya merajuk. Disebabkan hal kecil macam tu, saya dipinggirkan. Mummy pun langsung tak bela anak perempuan dia ni. Zarra dah tak mahu pandang wajah saya langsung. Bagi awak, mungkin saya tak patut terasa dengan sikap Zarra. Tapi, saya jaga dia dah setahun lebih. Itu hal yang berat untuk saya terima,” luah Arianna. Teresak dia di situ. Fariq kaget.

“ Saya rasa lebih baik saya balik KL dulu. Nanti awak bawalah Zarra balik,” Arianna berlalu meninggalkan Fariq.

Entah ke mana dia ingin tuju. Duit pun dia tidak ada. Akhirnya dia berjalan tanpa arah tujuan. Dia hanya mengikut ke mana kakinya melangkah.


“ Mana Arianna?” soal Airis sambil mengusap kepala Zarra lembut.

“ Entah,” jawab Fariq sambil lewa.

“ Abang, tak baiklah buat sepupu abang macam tu. Dia keluar pun sehelai sepinggang. Kalau ada orang yang kacau dia macam mana,” Fariq memandang Airis sebelum melepaskan keluhan kecil. Dia bukan sepupu abang, Sya…tapi…isteri abang, desis Fariq.

“ Sya takkan faham,” Airis mengerutkan dahinya. Dia masuk kembali ke dalam hospital itu. Dia harus menjelaskan bil hospital dan mengambil ubat Arianna. Airis mengekori Fariq.

“ Sya rasa macam pernah tengok Arianna sebelum ni. Tapi Sya tak ingat kat mana.”

“ Mungkin terserempak aje kot. Dia baru aje balik Malaysia,” tipu Fariq. Memanglah pernah jumpa. Dah Arianna yang tolong Airis semasa kemalangan itu.

“ Erm, yelah kot. Dah abang tak nak cari Arianna, kita balik ajelah. Kesian Zarra. Mengantuk dah ni”

“ Jomlah.”


Airis menawarkan diri untuk menjaga Zarra buat sementara waktu. Dia sudah mula suka dengan anak kecil itu. Fariq memberitahu Airis bahawa Zarra adalah anak angkatnya. Jadi, Airis dengan senang hati ingin membantu lelaki itu menjaga Zarra. Airis masih lagi merahsiakan kejadian sebenar di mana dia berada sepanjang beberapa bulan ini.

Datuk Rasyid mengarahkan Fariq untuk mencari Arianna. Walaupun Fariq marah dengan sikap Arianna yang dirasakan kebudak-budakkan itu, dia sedar akan tanggungjawabnya terhadap Arianna.

Fariq memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dia ternampak Arianna yang sedang bersendirian di perhentian bas berdekatan dengan hospital. Kemudian dihampirinya Arianna yang sedang menunduk ke bawah.

“ Jom, balik. Papa dengan mama dah risau kat rumah,” Fariq berdiri di hadapan Arianna.

Tanpa segan silu Arianna bangkit dari duduknya dan merangkul tubuh Fariq. Dia berasa sangat takut bersendirian begitu. Teresak dia di dada bidang Fariq. Fariq tersentak dek kerana pelukan selamba isterinya.

“ Sssshhh, dahlah. Kita balik. Awak tu tak sihat lagi,” pujuk Fariq. Dia mengusap kepala Arianna lembut.

“ Awak…Okey, abang minta maaf. Abang janji tak buat lagi. Abang cuma nak awak rasional sikit. Zarra masih perlukan mama dia,” Fariq mengeratkan pelukannya.

“ Tapi…nanti dia akan ada mama baru kan,” rintih Arianna.

“ Hey, siapa cakap? Tak ada siapa yang nak pisahkan Zarra dengan awak,” Arianna melepaskan pautannya di pinggang Fariq. Dia menyapu air mata di pipinya.

“ Airis dah balik,” sendu Arianna. Dia menunduk. Tidak berani memandang Fariq.

“ Zarra tu anak awak. Cuma awak aje yang berhak jaga dia. Abang ada kejutan untuk awak. Jom, balik,” Fariq menarik tangan Arianna lembut. Arianna hanya membontoti suaminya.


Datin Katrina mundar mandir di beranda. Dia risaukan menantunya. Dia rasa sangat bersalah kerana tidak bertegur sapa dengan Arianna. Dia terlalu marahkan Arianna kerana membiarkan Zarra menangis. Tanpa dipujuk anak kecil itu.

“ Yang awak dok ke hulu ke hilir dah kenapa?” Pening kepala Datuk Rasyid dibuantnya.

“ Rina risaulah, bang. Buatnya Riq tak jumpa Arianna macam mana? Apa kita nak jawab pada Lina dan Kasyfi?” Datuk Rasyid menghampiri isterinya.

“ Insya Allah. Fariq mesti jumpa punya. Selalunya instinct seorang suami ni betul. Even, kita tengok dia macam tak endahkan Arianna. Abang tahu dia sayangkan Arianna,” balas Datuk Rasyid.

“ Tapi sekarang ni berbeza, bang. Airis yang kita sangka dah meninggal, dah kembali. Abang tahu, kan? Fariq memang sayang dan cintakan Airis. Hati dia bukan senang nak berubah,” kata Datin Katrina.

“ Abang pun lelaki, Rina. Abang tahu Riq ada simpan perasaan pada Arianna. Siapa yang tak sayangkan isteri. Walau terpaksa macam mana sekalipun perkahwinan tu, suami takkan biarkan isteri dia macam tu saja. Lagipun, anak awak tu yang nak sangat kahwin dengan Arianna dulu,” ujar Datuk Rasyid.

“ Entahlah, abang. Nanti kalau Arianna balik tengok Zarra tak ada kat sini, makin merajuk dia dengan kita. Sepanjang dia jadi menantu kita, ini kali pertama dia merajuk sampai macam ni sekali,” Datin Katrina duduk di kerusi rotan. Penat pula kerana asyik mundar mandir tadi.

“ Tu, hah. Dah balik pun anak awak,” Datuk Rasyid menunjuk ke arah kereta Fariq yang baru memasuki perkarangan rumah.

Fariq membukakan pintu untuk Arianna. Dia memimpin isterinya naik ke rumah. Datin Katrina memeluk Arianna sebaik mereka tiba di beranda. Arianna hanya diam. Kepalanya terasa sangat pening. Perutnya juga sudah minta diisi.

“ Dahlah tu, mamanya. Menantu awak dah balik tu. Riq, bawa Arianna masuk. Mesti dah penat,” Datin Katrina melepaskan pelukannya.

Fariq membaringkan Arianna di atas katil. Bibir Arianna yang kering itu  menimbulkan perasaan bersalahnya terhadap isterinya itu.

“ Awak rehat sekejap. Abang ambilkan bubur,” Fariq berlalu ke dapur. Arianna memandang di sekeliling bilik. Dia mencapai bantal Zarra. Diciumnya bantal kecil itu. Rindunya pada Zarra sudah tak tertahan.

“ Nak pergi mana tu?” tanya Fariq apabila terlihat Arianna cuba turun dari katil.

“ Saya nak Zarra,” jawab Arianna lemah. Fariq meletakkan dulang di atas meja di sisi katil.

“ Awak makan dulu. Nanti abang bawa Zarra masuk bilik ya,” Fariq menyandarkan Arianna di kepala katil. Dia kemudiannya mengambil mangkuk berisi bubur nasi.

“ Makan sikit,” Fariq mendekatkan sudu ke bibir Arianna. Licin bubur dimakan Arianna. Fariq senang kerana Arianna menghabiskan makanannya. Dihulurkan gelas berisi susu kepada Arianna.

“ Saya tak minum susu,” Arianna menolak gelas yang disua Fariq.

“ Mulai sekarang awak kena minum. Badan awak lemah lagi. Cuba minum sikit,” Arianna menggeleng.

“ Please, sikit aje. Sedap tau. Abang sendiri yang buat,” pujuk Fariq tanpa jemu. Akhirnya Arianna minum juga susu itu. Tapi cuma separuh sahaja.

“ Macam tulah isteri abang,” Fariq mengusap kepala Arianna lembut. Baru dia tahu bahawa Arianna seorang yang manja dan sensitif. Tidak boleh marah sikit, keluarlah butiran permata itu.

“ Saya nak jumpa Zarra,” Arianna memegang tangan Fariq yang duduk di birai katil.

“ Awak rehat dulu. Esok awak jumpa dia. Baby Zarra dah tidur kat bilik mama,” tipu Fariq. Arianna mengangguk lemah. Fariq memegang dahi Arianna untuk merasa suhu badan isterinya itu. Sudah tidak panas. Diusapnya ubun-ubun Arianna.

Beberapa minit kemudian, Arianna sudah terlena. Fariq perlu ke rumah Tok Majid untuk mengambil Zarra. Takut Arianna mengamuk kalau tak nampak batang hidung Zarra esok pagi. Semakin bertambah dinginlah hubungan mereka.


No comments:

Post a Comment