Monday 16 September 2013

cerpen : Baby's Breath with Roses Love 5


“ Zara nak kahwin,” Airisy terdiam seketika. Dia pula yang memerlukan bantuan oxygen sekarang. Mengalahkan Izara itu adalah anaknya.

“ Kahwin? Bagus tu. Zara nak buat benda baik kan. Kenapa takut nak cakap kat walid and ummi? Akak yakin dia orang akan sokong Zara,” tutur Airisy tenang. Dia perlu bijak dalam memberikan pendapat.

“ Tak, kak. Zara pernah dengar walid cakap dekat ummi. Kalau boleh biarlah Zara habis belajar and ada kerja tetap dulu if nak kahwinkan Zara. Tapi, Zara dah jumpa someone yang mampu…jaga Zara. Dia cuma tunggu kata putus dari Zara aje,” cerita Izara.

“ Zara dah buat istikharah? Dah minta petunjuk Allah?” Izara mengangguk laju. Airisy membawa Izara ke dalam pelukannya seketika.

“ Dah hampir sebulan Zara buat semua tu, kak. Dan…inilah keputusannya…terima dia,” balas Izara dalam sendu.

“ Boleh akak tahu…siapa yang berjaya curi hati Zara ni?” tanya Airisy sambil tersenyum mengusik. Izara ketawa kecil.  

“ Dia seorang ustaz di universiti Zara. Baru aje sebenarnya dia bertugas kat situ. Nama dia…Ahmad Naufal,” Berseri wajah Izara saat menyebut nama lelaki yang telah berjaya membuka pintu hatinya.

“ Macam nilah. Apa kata kalau akak cuba bincang dengan abang Zara dulu. Akak pun tak berani nak terus bagitahu ummi. Lagipun, akak baru lagi kenal keluarga Zara. Itu saja jalan yang akak nampak sekarang ni. Mungkin Adam boleh tolong Zara,” cadang Airisy. Lebih baik dia beritahu hal Izara kepada Adam dahulu. Dia tidak mahu masuk campur sangat kerana dia bukanlah sesiapa di dalam keluarga Haji Zainal.

“ Terima kasih, kak Airisy. Tak terbalas budi baik akak pada Zara,” ucap Izara sambil menggenggam erat tangan Airisy.

“ Lepas Zara dah selamat jadi isteri Ahmad Naufal, baru ucap terima kasih okay. Sekarang, masih tak ada hasil lagi. Nak jadi isteri orang ni…kena berani. Tak boleh takut-takut macam ni tau,” Izara tertunduk malu.

“ Insya Allah, kak.”

“ Dah…jom masuk. Kita isi perut pulak. Zara jangan risau sangat pasal hal ni. Nanti terabai pulak study Zara,” Lembut sahaja Airisy berpesan kepada Izara.


“ Adam,” tegur Airisy. Adam yang sedang kusyuk membelek telefon bimbitnya berpaling ke belakang berhadapan dengan Airisy.

“ Yupp,” Airisy menghampiri Adam yang sedang bersandar di pokok berdekatan dengan halaman rumah.

“ Lama lagi ke kat sini?” soal Airisy selamba.

“ Hai…macam menghalau aje,” kata Adam tanpa memandang Airisy.

“ Taklah. Just asking. Sebab…kalau lama lagi kat sini, kita bincang kat sini ajelah. Kalau tak, esok pun boleh,” Nah, itu sebenarnya niat Airisy.

“ Huh. Bincang pasal apa pulak ni?” soal Adam ingin tahu. Lama lagilah tu. Baik beritahu sekarang je, fikir Airisy.

“ Tapi awak kena janji dulu. Janji…jangan marah, jangan melenting, jangan mengamuk ke apa ke.”

“ Banyaknya jangan. Okay. Kenapa?” Semakin membuak rasa ingin tahu Adam.

“ Ini penting tau. Tak boleh tangguh-tangguhkan lagi. Hmmm…Zara nak….kahwin,” Airisy menunggu reaksi dari Adam.


“ Kahwin? Awak jangan main-main, Airisy. Ini dah tahap serius,” Adam sudah mula sejuk satu badan. Iyalah! Adik dia nak kahwin. Sebelum dia pula tu.

“ Seriuslah ni. Nampak muka saya main-main ke. Baru sekejap tadi dia beritahu saya. Dia nak terus bagitahu walid and ummi…tapi dia takut. Sebab dia kan still belajar lagi,” balas Airisy.

“ Haru betullah budak ni. Awak kenal ke siapa lelaki yang nak berkahwin dengan Zara tu?”

“ Saya tak kenal. Tapi dia cakap….lelaki tu ustaz dekat universiti dia. Ahmad Naufal katanya,” jawab Airisy jujur.

“ Saya tak faham kenapa dia bagitahu awak dulu. Kenapa tak bagitahu saya terus? Hal nikah kahwin ni bukan boleh main-main. Bukannya untuk sehari dua,” bebel Adam. Airisy rasa kelakar melihat Adam membebel sebegitu.

“ Relax okay. Awak tu lelaki. Mana nak faham kalau dia bagitahu awak. Mestilah dia segan. Lagipun, she’s still young. Sometimes, benda macam ni susah kita nak explain.”

“ So…saya nak buat apa sekarang ni? Nak nasihat lebih-lebih pun tak guna. Saya sendiri pun tak lepas lagi,” Adam sendiri sudah putus idea.

“ Awak cubalah discuss perkara ni dengan walid and ummi dulu. Maybe, dia orang ada cara nak tolong Zara. Marry in haste, repent at leisure…you know. Tak pun awak siasat dulu siapa Ahmad Naufal tu before…bagitahu walid and ummi,” Airisy memberikan cadangan yang dirasakan berguna untuk membantu Izara.

“ I’m trying. Umur baru masuk 20, dah nak kahwin. Haish…budak-budak zaman sekarang,” keluh Adam.

“ Semua perempuan macam tulah. Itu dipanggil…hormone,” tukas Airisy.

“ Awak pun mesti macam tu jugak. Sebab tu awak tahu,” serkap Adam sambil tersenyum nipis.

“ Of courselah. Malaslah cakap dengan awak. Layan Aniq lagi bagus. Jangan lupa bagitahu dekat walid and ummi, eh. Kesian Zara nanti. Tertunggu-tunggu pulak dia.”

“ Eh..eh. Dia yang cari kita tadi,” omel Adam sendiri. Airisy berlalu masuk ke dalam rumah. Lagi lama dia di luar bersama Adam, semakin parah hatinya. Biarlah ahli keluarga Izara sendiri yang menyelesaikan masalah itu. Dia tidak berhak untuk masuk campur lebih jauh lagi.


“ Adam!” panggil Lisa, setiausaha Adam kuat sementelah dia memanggil bosnya itu dari tadi tiada jawapan.

“ Ada apa, Lisa?” tanya Adam senada.

“ Lagi setengah jam you ada meeting dengan pihak yang terlibat dalam projek ‘Jerejak Jaya’. Encik Salleh akan bentangkan usul dan bajet untuk projek tu,” beritahu Lisa.

Adam menyandarkan tubuhnya di kerusi. Terasa penat pula sejak dua tiga hari ini. Banyak projek yang baru masuk. Dan dia yang dipertanggungjawabkan untuk memantau perkembangan projek-projek itu. Mana nak uruskan hal perkahwinan Izara lagi. Runsing apabila memikirkannya. Dan…yang paling merunsingkan…syarat yang diberikan oleh Haji Zainal dan  Hajah Zaharah.

“ I nak Najeeha pun terlibat dalam meeting tu. She have to learn more about everything in our company,” tegas Adam. Najeeha adalah sepupu Adam, anak kepada adik Haji Zainal.

“ Baiklah. I akan maklumkan kepada Najeeha. Anything else?”

“ No. You may go,” Adam mengurut keningnya perlahan. Dia kemudiannya meneliti laporan untuk mesyuarat sebentar lagi.

Setengah jam kemudian, Adam dan Najeeha beriringan masuk ke bilik mesyuarat yang sederhana besar itu. Semua pihak yang terlibat sudah bersiap sedia di meja masing-masing. Mereka perlu serius dalam mesyuarat pada kali ini kerana perjumpaan yang akan datang mungkin lima atau enam bulan kemudian.

“ Memandangkan semua dah sampai, kita mulakan perbincangan kita tentang projek ‘Jerejak Jaya’. Jadi, silakan Salleh. Bentangkan usul dan bajet untuk projek kita kali ini,” Khairil memulakan perbincangan. Salleh bangun dari kerusinya dan bergerak ke hadapan.

Salleh mula menerangkan usul dan kemudiannya bajet untuk projek ‘Jerejak Jaya’. Sempat lagi matanya melihat beberapa orang yang dirasakan tidak serius dalam perbincangan ini. Namun, dia masih meneruskan perbentangannya. Dia turut melakarkan beberapa idea di papan putih supaya ahli-ahli mesyuarat nampak dengan jelas apa yang dibentangnya.

“ Selesai perbentangan saya untuk hari ini. Tapi, maafkan saya. Saya terperasan akan beberapa orang yang macam tidak berminat dengan perbincangan kita pada hari ini. Apa kata kalau saya jemput salah seorang darinya untuk membentangkan kembali usul dan bajet projek ni,” Ahli-ahli mesyuarat memandang sesama sendiri.

“ Take it easy, Salleh,” tegas sekali Adam bersuara.

“ Maafkan saya, Encik Adam. Projek ‘Jerejak Jaya’ amat penting untuk kita. Projek ni bernilai berbillion untuk kita uruskan. Sepatutnya semua harus serius,” bantah Salleh.

“ Ikut suka awaklah. So…siapa mangsa awak?” Salleh tersenyum sinis memandang seorang gadis yang memakai baju kurung moden bercorak berwarna biru laut. Sejak dari awal perbincangan lagi, dia melihat gadis itu hanya menconteng sesuatu di atas kertas. Dia langsung tidak memandang ke hadapan ketika Salleh memberikan penerangan.

Salleh berjalan ke arah gadis itu. Semua mata tertumpu di situ.

“ You…terangkan balik apa yang saya bentangkan tadi,” arah Salleh kepada gadis itu. Gadis itu mengangkat wajahnya dengan muka yang selamba. Adam terkaku. Airisy!

“ Macam budak sekolah aje,” bentak Airisy perlahan. Dia bangun dari kerusi dan menjeling Salleh di sebelahnya.

“ Budak sekolah tak budak sekolah. Pergi,” tengking Salleh. Tapi tidaklah terlalu kuat. Airisy bergerak ke hadapan bilik mesyuarat dengan langkah bersahaja.

Airisy mula memberikan penerangan mengenai projek ‘Jerejak Jaya’. Dia hanya summarykan dari apa dibentangkan oleh Salleh. Walaupun pendek tetapi padat dengan maklumat-maklumat penting.

“ Puas hati, Encik Salleh? Ke nak saya ulang lagi sekali?” perli Airisy selamba. Seisi bilik mesyuarat itu gelak sakan. Adam pula hanya tersenyum nipis.

“ Maafkan saya. Tadi saya tengok awak ralit sangat tunduk and tangan awak sibuk dok melakar sesuatu kat kertas. So, I thought…you doesn’t give full attention to my presentation,” Salleh sedar akan kesilapannya dalam menilai kredibiliti Airisy melaksanakan kerjanya.

“ Encik Salleh ni banyak sangat prasangka buruk pada orang. Sikap macam ni tak elok untuk bidang ni. Encik Salleh perlu ubah kalau nak pergi lebih jauh,” Kan dah kena bebel dengan Airisy Danielle.

“ Sorry again, cik…”

“ Airisy,” beritahu Airisy.

Dia kembali ke tempat duduknya. Fuhh, lega. Tak sia-sia dia membaca butiran di dalam fail yang diberikan. Sememangnya dia kusyuk melukis ketika Salleh membentangkan usul dan bajet tadi. Apabila Salleh mendekatinya tadi, cepat-cepat dia sembunyikan lukisan itu.

“ Rasanya sampai sini sahaja meeting kita. Marilah kita bersama-sama berusaha menjayakan projek kita kali ini,” Bersemangat sekali Khairil berkata. Airisy mengemaskan barang-barangnya. Selesai tugasnya untuk hari ini.

“ Airisy,” panggil Adam. Airisy menghentikan langkahnya.

“ Ada apa, Encik Adam?” tanya Airisy sopan. Dia perlu menghormati Adam kerana lelaki itu adalah pihak atasan dalam syarikat ini.

“ Jom teman saya makan,” Airisy mengerutkan dahinya.

“ Makan? Waktu lunch kan lambat lagi,” balas Airisy sambil menilik jam tangannya. Baru pukul sepuluh setengah pagi.

“ Alah, makan before lunch. Jomlah,” pujuk Adam. Airisy memandang Najeeha di belakang Adam.

“ Ajaklah awek cantik kat belakang awak tu,” Adam berpaling ke belakangnya.

“ Ini sepupu saya, Najeeha. Anak pak usu saya, adik walid,” Najeeha menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Airisy. Airisy menyambutnya dengan senang hati.

“ Jeeha keluar dululah. Awak temanlah abang Adam ni, Airisy. Kang satu hari pulak berangin kat pejabat ni. Haru kami dibuatnya nanti,” kata Najeeha dalam nada bergurau sebelum keluar dari bilik mesyuarat.

“ Selalu ke awak berangin?” Airisy tersenyum mengusik. Matanya memandang Adam sambil membuat muka comel.

“ Taklah. Jomlah kita pergi makan. Dekat aje restoran tu. Jalan kaki pun dah sampai,” Adam membuat muka kesian. Alahai, ini yang buat Airisy lemah segala sendi ni.

“ Aduh…macam budak-budaklah awak ni. Jomlah,” Akhirnya Airisy mengalah dengan ajakan Adam. Adam tersenyum dengan gembiranya kerana berjaya memujuk Airisy untuk menemaninya makan. Disebabkan dia terlewat bangun pagi tadi, dia tidak sempat bersarapan.

Adam dan Airisy berjalan kaki sahaja ke restoran yang dimaksudkan oleh Adam. Mereka mengambil tempat yang paling hujung sekali. Inginkan privasi kata Adam. Airisy hanya mengikut sahaja kerenah Adam.

“ So, kenapa awak ada kat sini?” soal Adam setelah memesan makanan dan minuman.
Airisy membetulkan tudungnya. “ Terpaksa, okay. Abang Haris kena temankan kak Azie. Kalau tak, tak ada maknanya saya nak datang sini. Nak cari gaduh dengan si Salleh tu pulak,” jawab Airisy panjang.

“ Salleh tu memang macam tu. Dia komited dengan kerja yang dia buat,” balas Adam.

“ Komitedlah sangat kan. Komited apanya kalau benda paling penting dalam projek pun dia boleh lupa,” Airisy bermain dengan telefon bimbitnya.

“ Benda penting? Apanya?” tanya Adam ingin tahu. Sudah lama dia berkecimpung dalam dunia korporat, apa lagi hal yang penting dalam menjalankan projek.

“ Jadual projek. Jangka masa projek pun penting selain bajet. Kalau tak, macam mana kita nak tahu tempoh untuk syarikat keluarkan belanja. Nak bayar gaji pekerja semua tu,” ujar Airisy.

“ Betul jugak. Saya pun tak perasan. Kenapa tak cakap tadi?”

“  Tak nak masuk campur. Bukan kerja saya ya, Encik Adam,” Adam mengetuk meja dengan jarinya.

“ Apa kata awak datang kerja dengan saya. Jadi secretary saya,” cadang Adam tanpa berfikir panjang.

“ Secretary? Secretary awak macam mana? Tak payah nak mengada-ngada. Saya tak nak kerja dengan awaklah,” Airisy menolak mentah-mentah cadangan Adam itu. Syarikat milik daddy dan papanya pun dia tak ambil peduli. Inikan nak bekerja dalam syarikat Adam. Tidak sama sekali!

“ Cadangan aje. Lagipun, awak bukannya buat apa pun sekarang ni. Dari awak kebosanan, lebih baik kerja dengan saya,” kata Adam. Airisy merampas Rayban dari tangan Adam.

“ Ish, saya nak jadi mem besar aje. Tak naklah fikir kerja ni semua. Bosan,” Terbeliak mata Adam apabila mendengar perkataan bosan.

“ Duduk goyang kaki…tak buat apa-apa…tak bosan pulak,” tukas Adam tidak berpuas hati.

“ Janji tak kacau orang. Malaslah nak kerja ni. Dengarlah perancangan saya ni, awak,” Airisy mengetuk tangan Adam dengan Rayban milik Adam.

“ Apanya?”

“ Saya nak tunggu orang masuk meminang…kahwin…then…jaga anak. Macam tu baru best. Sesak otaklah fikir pasal kerja. Awal rambut saya beruban nanti,” Adam tergelak besar.

“ Kelakarlah awak ni. Orang lain punyalah berlumba-lumba nak kerja. Tapi, awak…nak jadi mem,” Adam masih dengan gelaknya.

“ So…what? Saya sukakan kebebasan. Tak sukalah terikat dengan something yang boleh buat saya…bosan. Sebab tu saya lebih suka tolong kak Azie kat kedai bunga…tolong abang Haris kat office…”

“ Maksudnya awak tak suka stick pada sesuatu kerjalah ya?”

“ Pandai Encik Adam kita ni. Hmmm…macam mana dengan hal Zara? Walid and ummi bagi tak…Zara kahwin?”

Adam tidak terus jawab soalan Airisy apabila pelayan restoran menghantar pesanan mereka. Adam memesan jus oren dan chicken slice bread with cheese. Manakala, Airisy memesan jus epal dan garlid bread with mushroom soup.

“ Walid and ummi benarkan. Tapi, bersyarat…”

“ Syarat? Zara kena habiskan study dulu ke?” teka Airisy. Dia mengacau minumannya.

“ No.”

“ Then?”

“ Ummi suruh Zara tunggu…saya kahwin dulu,” Airisy melepaskan ketawanya. Adam memandang Airisy tajam. Boleh pula Airisy gelak waktu dia tengah serius ni.

“ Sorry. Kesiannya awak. Dah jumpa calon ke? Nak saya tolong?” Pedih ulu hati Airisy saat menawarkan untuk menolong Adam mencari calon isteri.

“ Awak nak tolong saya? Ini yang best ni. Awak janji eh…tolong saya,” balas Adam sebelum menyuap roti ke mulutnya. Airisy menelan air liur kasar. Makan hati berulam jantung macam ni.

“  Okay,” kata Airisy tanpa nada. Tiba-tiba hilang terus moodnya ingin bersantai di rumah Adam petang itu.

“ Bukan ke petang ni awak kena jumpa ummi?” tanya Adam. Dia teringat akan perbualan Hajah Zaharah semalam yang menjemput Airisy ke rumah mereka.

“ Hmmm,” jawab Airisy malas. Dia hanya menunduk sambil makan makanannya.

“ Kenapa ni? Sakit?” Pelik juga Adam apabila Airisy tiba-tiba diam. Masam saja muka yang comel tu.

“ Taklah. Tengah menghayati rezeki depan mata ni,” bohong Airisy. Adam menegakkan badannya apabila signal otaknya terfikirkan sesuatu di luar jangkaannya.

“ Airisy Danielle binti Tan Sri Haji Qasyaf Malik,” Airisy mengangkat wajahnya memandang Adam dengan seribu persoalan. Dah kenapa mamat ni panggil nama penuh aku? Getus Airisy.

“ Awak ni dah kenapa? Buang tabiat?” Adam berdehem. Cuba mencari nafas yang betul.

“ Kita…kahwin,” Airisy merenung ke dalam mata Adam. Mencari kejujuran dan kesungguhan dalam pancaidera itu.

“ Saya tahu…benda ni mendadak. Saya dah tak boleh nak fikir macam mana lagi…saya nak cari calon yang sesuai. Saya kesiankan Zara yang menunggu jawapan dari saya. Tadi awak cakap…awak akan tolong saya kan. Saya nak…awak kahwin dengan saya,” ujar Adam cuba meyakinkan Airisy.

“ Jangan mengarutlah, Adam. Kita bukannya kenal sangat pun. Awak sendiri yang pernah cakap nikah kahwin ni bukan benda main-main,” Airisy sengaja jual mahal. Padahal dalam hati sudah meloncat sampai ke langit.

“ Ya, saya tahu. Awak kan dah janji…nak tolong saya. So…please. Walid and ummi mesti takkan tolak punyalah. Dah terang-terang dia orang suka awak. Bolehlah,” pujuk Adam.

Walaupun dia tahu masih ramai lagi perempuan yang boleh dijadikan isteri. Tapi…dia takut Haji Zainal dan Hajah Zaharah pula tidak menyukai perempuan itu. Lebih baik dia ambil jalan selamat dengan melamar Airisy sahaja berkahwin dengannya.

“ Macam nilah, Encik Adam Arsyil bin Haji Zainal. Give me…a week. Then, I’ll tell you my decision. Call?”

“ Okay, call,” setuju Adam tanpa berfikir panjang. Airisy menyedut minumannya dengan satu nafas.

“ Why not…kita main satu game?” Airisy terfikir akan permainan yang pernah dia lakukan bersama Ammar dulu.

“ Game? What?”

“ After a week…awak cari saya. Tapi…cari sendiri tau. Saya takkan bagitahu kat mana saya berada. Awak kena teka. Kalau awak jumpa saya hari tu, awak akan tahu jawapan saya…”

“ Kalau saya tak berjaya jumpa awak?” tanya Adam.

“ Maksudnya…jodoh kita tak adalah tu. Okay?”

“ Okay…setuju. Saya balik office dulu. Kita jumpa seminggu kemudian,” Adam berlalu ke kaunter bayaran dan terus meninggalkan restoran itu. Airisy hanya menghantar pemergian Adam dengan pandangan. Dia tahu Adam tidak suka akan permainannya.


“ Maafkan saya, Adam. Jika ada jodoh kita…awak akan berjaya jumpa saya,” Airisy bermonolog sendiri. Dia sebenarnya tidak yakin untuk menerima lamaran Adam yang agak drastik itu.

1 comment: