Thursday 19 September 2013

novel : secret that nobody knows 12



“ Zarra Adya. Meh sini mama suap nasi. Sedap ni,” Arianna memanggil Zarra yang sedang sibuk bermain dengan mainannya itu. Namun, panggilannya hanya dibiarkan oleh anak kecil itu.

“ Sayang, tak nak makan ke? Dah lewat ni. Meh sini dekat mama,” panggilnya lagi. Zarra masih mengeras di situ.

“ Kenapa ni?” Fariq bersila di sebelah isterinya di beranda.

“ Zarralah. Saya panggil makan tak nak. Elok saya pergi dekat, dia lari pulak,” jelas Arianna. Jarang Zarra buat perangai sebegini.

“ Sini. Abang suapkan,” Fariq mengambil bekas yang berisi nasi lenyek. Memang sesuai untuk kanak-kanak berusia setahun lebih yang baru nak tumbuh gigi.

“ Zarra, sini. Papa suap nasi ye,” Zarra mengangkat wajahnya. Dia tersengih dan merangkak menghampiri Fariq. Tersentap Arianna dibuatnya. Dia bingkas bangun meninggalkan Fariq dan Zarra.

“ Sayang, makan banyak-banyak tau. Biar cepat besar,” Zarra membuka mulutnya. Seronok dia disuap Fariq.


“ Merajuk lagi ke?” Fariq mendekati Arianna di jendela bilik. Dia tahu Arianna terasa hati dengan perangai Zarra.

“ Siapa yang merajuk?” Arianna mengeluh kecil.

“ Biasalah tu. Budak-budak memang macam tu. Maybe masa awak panggil, dia tak dengar kot,” pujuk Fariq. Arianna menyapu air mata ditubir matanya kasar.

“ Alah, chilllah. Cengenglah awak ni,” Fariq memeluk bahu Arianna selamba.

“ Sebelum ni saya suap dia, okey aje. Kenapa hari ni tak nak pulak?” Sesungguhnya hati Arianna tersentuh.

“ Dia cuma nak bermanja dengan abang aje. Entah-entah dia nak awak rehat. Dia faham awak letih jaga dia siang malam,” Arianna menggeleng.

“ Tak apalah. Abang ajelah yang jaga dia. Saya malas nak ambil tahu,” Arianna mengalihkan tangan Fariq yang memeluk bahunya dan berlalu keluar. Fariq hanya memandang susuk tubuh isterinya itu melangkah keluar dari bilik.


Malam itu Zarra asyik menangis sahaja. Pening kepala Fariq ingin memujuk anak kecil itu. Diberi mainan, Zarra menolak. Diberi susu, Zarra juga tak mahu. Datuk Rasyid dan Datin Katrina yang ingin memujuk, bertambah kuat dia menangis. Sudahnya Fariq membawa Zarra kepada Arianna.

“ Kenapa bawa datang sini? Abang pujuklah sendiri,” Arianna mengeraskan hatinya.

“ Kesian Zarra ni. Dari tadi lagi asyik menangis. Awak ni dah macam budak-budak. Merajuk tak kena tempat. Zarra ni budak lagi. Manalah dia tahu dia dah buat awak terasa hati,” marah Fariq.

Arianna tersenyum sinis. “ As her mom, tak salah saya nak terasa hati. Penat tahu tak, saya ajak dia makan. Sudahnya, sia-sia. Abang ajelah yang pujuk dia sendiri. Saya penat,” Arianna menarik selimut sehingga menutupi kepala.

“ Okey. Jangan harap nanti abang nak bagi awak sentuh Zarra. Biar abang seorang saja yang jaga. Awak tak payah ambil tahu kalau dia sakit. Faham!” tengking Fariq. Dia berlalu keluar dari bilik.

Arianna menangis kecil. Sememangnya hati Arianna agak sensitif. Dia sebenarnya kusut memikirkan arwah Airis. Dia takut kalau Airis masih lagi hidup. Arianna pasti akan kehilangan Fariq. Dia tak sanggup berjauhan dengan Fariq. Dan dia  tahu hanya Zarra yang akan menghubungkan mereka.

Dia juga takut kalau Zarra terlalu rapat dengan Fariq. Macam mana kalau Zarra tak dapat lepaskan Fariq. Dia bingung. Walaupun perkara yang dia bingungkan adalah mustahil. Namun kemungkinan Airis masih hidup agak tinggi.


Hari ini merupakan hari pertama umat Islam berpuasa. Pertama kali berpuasa sebagai isteri membuatkan Arianna sebak. Dia tahu Fariq benar-benar marahkannya kerana tidak mengendahkan Zarra. Itu kerana setelah Arianna selesai bersahur, baru Fariq menunjukkan mukanya di dapur.

Semalam Fariq dan Zarra tidur di bilik tetamu. Sepanjang hari itu, Fariq langsung tidak bercakap dengan Arianna. Arianna ada juga menyiapkan makan minum untuk Zarra, namun dibiarkan. Fariq yang menyediakan sendiri susu dan nasi untuk Zarra dengan bantuan Datin Katrina.

Hari pertama berpuasa, Arianna sudah mencalitkan satu dosa. Dia sudah membuatkan Fariq terasa hati dengan sikapya semalam. Arianna duduk di pondok. Dia membuang pandang ke bendang yang gelap itu. Selepas berbuka tadi, Fariq terus melarikan Zarra daripada Arianna. Sebelum ke surau untuk solat terawaih, Fariq sempat menitipkan pesan kepada mamanya agar Arianna jauh dari Zarra.

“ Hello. Assalamualaikum, mummy,” sapa Arianna.

“ Waalaikumsalam. Rindunya mummy dengan Ria. Dengan Zarra. Semua sihat?” Arianna menahan sebak.

“ Ria pun rindukan mummy jugak. Kami kat sini sihat aje. Mummy dengan daddy sihat?” Arianna pula bertanya khabar.

“ Sihat. Mummy rasa macam ada yang tak kena aje ni. Cuba cerita dekat mummy,” Terlepas juga tangisan Arianna. Dia menceritakan dari A sampai Z.

“ Ria tak tahu nak buat macam mana, mummy,” kata Arianna setelah menceritakan semuanya kepada Puan Sri Harlina.

“ Padanlah muka Ria. Siapa suruh merajuk macam tu sekali. Mummy pun tak tahu nak cakap apa. Dah elok-elok berbaik, Ria yang cari pasal. Kesian cucu mummy,” Arianna semakin sebak. Ingatkan Puan Sri Harlina akan menenangkannya. Rupanya sama sahaja. Menambahkan lagi kepiluannya.

“ Ria minta maaf aje dengan Fariq. Tak elok buat Fariq macam tu. Zarra tu tanggungjawab Ria. Tak baik buat anak yatim macam tu. Ria tahukan, Zarra tu budak-budak lagi. Ria tu yang tak matang,” bebel Puan Sri Harlina. Arianna mengetap bibirnya. Dia memutuskan talian.


Puan Sri Harlina menghubungi Arianna kembali. Arianna membiarkan. Dikuatkan hatinya. Dia masuk ke dalam rumah. Emak mertuanya juga tidak menegurnya apabila berselisih di dapur. Kaki Arianna laju naik ke bilik. Dihumban tubuhnya ke tilam. Beberapa kali juga Puan Sri Harlina menelefon namun Arianna hanya membiarkan sahaja tidak dijawab.

p/s : bab 12 agak pendek sedikit...enjoy bab ni dulu ya..nantikan surprise utk bab seterusnya....:P

No comments:

Post a Comment