Sunday 16 February 2014

Lambat Posting!

Assalamualaikum... Hye!

The date is come! What date?

:)

CIA punya broadband dah nak tamat tempoh. kena tunggu abah CIA topupkan. hehe. until then, no posting or entry for a while. CIA pun tak taulah sampai bila. hehe. ikut kerajinan abah kesayangan nak topupkan. harap bersabar ya. InshaaAllah. nanti dah ada line internet. CIA akan update terus. berdesup banyak banyak entry masuk. hahaha.

SORRY!

nak post malam ni. CIA tak habiskan lagi last part Isteri Segera. ada sikit lagi. tapi, malam ni tertarik pula dengan cerita MADU kat TV3. hehe. so sorry. :D

Friday 14 February 2014

Cerpen : Isteri Segera 4


Riuh rendah di dapur rumah Haji Nasir dan Hajah Farida. Inilah jadinya jika dapat berkumpul ramai-ramai. Bukan main sakan lagi bercerita. Selalunya waktu raya sahaja mereka berkumpul. Itu pun bukan semuanya ada.

“ Irham ni bila pulak?”

“ Uish, sabar mak chaq. Lain tahun kita pulak. Satu-satu,” jawab Irham yang sedang sibuk memasukkan gulai di ke dalam bekas.

“ Tunang bukan main awal. Semangat kemain. Ingatkan dia dululah yang naik pelamin. Rupanya si abang yang diam-diam berisi dulu,” sampuk mak ngah pula.

“ Orang sekarang ni kena ikat dulu, ngah oi. Takut orang lain ambil,” kata mak ndak yang sedang menghayun buaian cucunya.

“ Syamil mana, Aisya?” tanya mak uda kepada Ilmina yang baru keluar dari bilik mandi. Tersarung jubah cotton berona fushia pink di badannya yang ramping dan berketinggian 162cm itu. Dia turut mengenakan tudung Syria berwarna dusty pink.

“ Kat atas kot, mak uda. Kenapa?”

“ Syazwan, kawan sekerja Syamil datang dengan isteri dia. Ada kat depan,” beritahu mak uda. Talam besar ditangan diletakkan di atas lantai.

“ Tak apalah. Biar Aisya panggil,” Ilmina memanjat anak tangga kayu satu persatu. Naik laju-laju kang jatuh pula. Ilmina menghalakan langkah ke bilik.

Syamil masih di birai katil. Dibacanya pesanan mesej dari Najiha berulang kali. Sampaikan Ilmina menapak masuk ke dalam bilik pun dia tak perasan. Ilmina mencapai tuala yang digunakan Syamil di atas katil dan digantung pada hanger.

“ Abang,” panggil Ilmina. Tudung Syria ditanggalkan. Dia duduk di meja solek. Toner muka dititik di atas tangan dan di sapu ke muka.

Ilmina memandang suaminya di cermin. Tak terkutik langsung menghadap handphone. Dia bangun dan menghampiri Syamil di katil.

Hello, assalamualaikum…Encik Syamil Aliff,” Dilayangkan tangan di hadapan muka Syamil.

Tak sedar juga!

“ Encik Syamil Aliff, are you hear me?” Ilmina menggoncangkan pula bahu Syamil.

“ Hah?” Syamil bangkit terkejut. Ilmina di hadapan terus terundur ke belakang. Macam nak smackdown aje mamat ni. Hesy, getus Ilmina.

“ Mengelamun apa? Aisya panggil banyak kali tak dengar,” Syamil memandang isterinya kosong.

“ Tak ada apa. Panggil kenapa?”

Your friend, Syazwan ada kat depan,” maklum Ilmina. Dia kembali menyarung tudung Syria. Niat hati ingin menolong di dapur.

“ Syazwan? Hah, iyalah,” Syamil terus berlalu meninggalkan Ilmina yang terpinga-pinga. Dah kenapa suami aku ni? Gabra semacam aje, desis Ilmina sendiri.

“ Aisya, jom keluar sekali,” terjengul kepala Syamil di balik pintu. Terkejut Ilmina. Ingatkan dah ke depan.

Ilmina mengekori langkah suaminya ke beranda depan.

“ Hoi, ingat tak datang dah,” Sapa macam tu aje? Ish…ish. Sudahlah Syazwan tu tua dua tahun dari dia. Dah biasa begitu. Main terjah saja.

“ Eh, mana boleh tak datang. Dah kenyang pun aku makan,” Syamil bersalaman dengan Syazwan. Teman sekerjanya. Ilmina turut bersalam dengan isteri Syazwan, Dahlia dan duduk bersimpuh di sebelah Syamil.

“ Bila lagi kau sampai, Wan?” Syamil bersila di sebelah Syazwan.

“ Tadi lagi. Mak kau kata kau mandi. Itu yang ayah kau suruh kami makan dulu,” jelas Syazwan.

“ Iya ke. Datang berdua aje ke? Tak bawak Danish sekali?”

“ Memang taklah abang Wan ni nak bawa anak dia keluar malam-malam, Aliff,” celah Dahlia.

“ Iyalah. Mama kan pesan, tak elok bawa budak-budak kecil keluar malam,” balas Syazwan.

“ Alah, orang sayang anak, kak Lia. Nak buat macam mana. Dia sorang aje ada anak,” Syazwan tergelak besar.

“ Sembang tu sembang jugak, Aliff. Isteri kat sebelah tu tak nak kenalkan ke?” Dahlia menyimpul senyuman kepada Ilmina. Untung Syamil dapat isteri cantik macam ni.

“ Eheh, lupa. Aisya Ilmina. Kat rumah ni kami panggil Aisya. Aisya, ni kawan sekerja abang, Syazwan dengan wife dia, Dahlia,” Ilmina melontarkan senyuman manis.

“ Aisya dah kerja ke belajar lagi?” tanya Dahlia ramah.

“ Nampak macam student lagi ke? Aisya kerja dah. Dah dua tahun pun,” Dahlia mengangguk. Ramah rupanya isteri Syamil ni. Bolehlah tu jadi kawan.

“ Oh, kerja apa? Kat mana?” Seperti wartawan Dahlia bersoal. Syazwan dan Syamil hanya diam. Memberi ruang kepada Dahlia bersoal jawab. Bukan tak tahu, Dahlia ni kalau boleh semua isteri rakan sekerjanya ingin dibuat kawan.

“ Aisya buka butik sendiri. Kat area Shah Alam,” balas Ilmina jujur. Dah memang itu kerjanya.

“ Wah, ada butik sendiri. Habis tu, dah kahwin dengan orang Melaka ni. Kerja Aisya macam mana?”

“ PJJlah kejap, kak Lia. Macam kak Lia dengan abang Wan dululah,” sampuk Syamil.

“ Ish…ish. Kesian kat adik aku sorang ni. Kena berpisah pulak dengan wife dia. Tapi, tak macam kita oranglah. Melaka dengan Kedah. Jauh tu…”

“ Lepas ni selalu hilanglah auditor kita ni,” seloroh Dahlia.

Ilmina tergelak kecil. Dia langsung tak dapat bayangkan keadaan itu. Mereka kahwin pun bukan suka sama suka. Tapi, sebab nak tutup maruah keluarga masing-masing.

“ Adik-adik accountant kan ada,” Syamil menjawab selamba.

Syazwan dan Syamil bergabung ketawa. Isteri-isteri kat sebelah mampu senyum sajalah. Lama juga mereka berbual sebelum Syazwan dan Dahlia meminta diri untuk pulang.

*****

“ Mak nak masak apa? Biar Aisya tolong,” Aisya menghampiri ibu mertuanya di sinki.
Sanak saudara yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing semalam. Kini tinggallah ahli keluarga Haji Nasir sahaja. Kaum lelaki di rumah itu sudah ke surau untuk solat berjemaah. Si kembar, Hanna dan Hanni pula dah dihantar balik ke asrama petang semalam. Mereka bukan cuti panjang. Liyana pula masih di bilik.

“ Nak goreng bihun aje, Aisya. Boleh tolong mak potong sayur?”

“ Boleh,” Ilmina berlalu ke meja. Sayur sayuran di dalam bakul diambil dan dibasuh terlebih dahulu sebelum dipotong. Angin pagi menyapa dari pintu dapur menyapa wajah Ilmina. Suasana di luar masih lagi gelap.

“ Aisya selesa kat sini? Rumah kami tak adalah semewah rumah Aisya,” kata Hajah Farida, merendah diri.

“ Janganlah cakap macam tu, mak. Kat mana pun sama aje. Aisya tak kisah,” balas Ilmina sambil mengulas senyuman.

“ Eloklah kalau Aisya selesa. Syamil ni memang dok berkepit dengan ayah dan mak. Ikram dengan Irham kerja kat KL. Hujung minggu aje dia orang balik,” Hajah Farida membasuh bihun yang sudah direndam semalaman. Biar lembut apabila hendak digoreng.

“ Mesti abang Syamil anak manja kan?” teka Ilmina. Hajah Farida ketawa kecil.

“ Memang manja pun, Aisya,” Muncul Liyana sambil mendukung Aina, anak keduanya.

“ Anak kedua memanglah manja,” Ilmina turut bersetuju. Dia pernah membaca di majalah yang mengatakan anak kedua selalunya manja.

“ Aisya balik Shah Alam bila ni?” tanya Liyana. Dia meletakkan Aina di dalam buaian elektrik.

“ Lusa kot,” Ilmina memberikan sayur yang sudah siap dipotong kepada ibu mertuanya.

“ Cepatnya. Tak nak pergi honeymoon? Rugi tau kalau pengantin baru tak berhoneymoon…”

Honeymoon kat rumah pun boleh. Aisya cuba ajak Syamil jalan-jalan Melaka. Tak pun pergi aje Singapore. Dah dekat pun,” cadang Hajah Farida selamba. Ilmina hanya tersenyum.

Kalau Syamil ajak dia pergi honeymoon, dia ikut saja. Tapi, tak pergi pun tak apa. Dia tak kisah. Hatinya masih ralat dengan perbuatan Khalil yang telah memutuskan pertunangan mereka di saat akhir. Dia pasti suaminya itu turut berasakan hal yang sama. Dan, Ilmina sendiri masih teringatkan bekas tunangnya itu.

*****

Syamil melipat kaki seluar jeans hingga paras betis. Periuk belanga masih elok bertenggek di pokok pinang berdekatan dengan kolam ikan. Dia sudah biasa melakukan kerja-kerja itu. Selalunya dia yang akan membantu jika ada rumah jiran-jiran di kampung itu mengadakan kenduri kendara.

“ Nak tolong, boleh?” Ilmina tersenyum memandang suaminya yang sudah terbongkok-bongkok menggosok belakang kuali besar.

“ Tak apalah. Duduk aje kat dalam. Sini, lecah. Nanti kotor kaki…”

“ Bosanlah. Duduk kat dalam, kena halau suruh cari abang. Dekat luar ni pun kena halau jugak. Dah tu, nak pergi mana?” Syamil tergelak kecil. Tangannya sibuk menggosok kuali.

“ Tak payah pergi mana. Duduk aje situ,” Ilmina mengerutkan hidungnya. Dia ternampak kolam ikan. Wah, nak tengok ikan.

Ilmina berjalan perlahan ke kolam ikan. Takut jatuh pula. Tanah di situ becak kerana mentara membasuh pinggan mangkuk di situ semalam. Syamil mengangkat mukanya. Tercuit hatinya melihat Ilmina terkial-kial begitu. Seboleh mungkin isterinya itu mengelak becak.

“ Meh sini. Abang tolong,” Syamil menghulurkan tangannya. Ilmina tersengih. Dia memegang lengan sasa Syamil.

“ Terima kasih,” ucap Ilmina ceria. Dia melabuhkan punggung di pinggir kolam.

“ Sama-sama kasih,” balas Syamil. Dia kembali mencuci kuali. Ilmina memandang suaminya. Ada banyak persoalan yang berlegar di kepalanya ketika ini.

Semalam dia langsung tidak berkesempatan berbual panjang dengan suaminya. Elok saja nak buka mulut, si suami dah berdengkur halus. Terpaksalah dia menangguh apa yang sedang bermain di kepalanya.

“ Kenapa tunang abang tinggalkan abang?” Syamil tersentak. Kenapa mesti soalan itu yang keluar dari mulut isterinya?

“ Kenapa tanya? Dan dia dah jadi bekas tunang abang…”

“ Saja nak tahu. Setiap benda yang berlaku kan ada alasannya. Jadi, Aisya naklah tahu,” Ilmina menarik senyuman sambil mengangkat sebelah keningnya.

“ Mungkin tak ada jodoh. Dia hilangkan diri cuma penyebabnya saja,” kata Syamil tenang.

“ Alasan diterima. Abang dengan kak Jiha dah lama couple kan? Abang tak rasa apa-apa ke?”

Berani gila si Ilmina mengungkit cerita lama Syamil. Untuk masa depan fikirnya. Pada mulanya dia langsung tiada niat pun nak tahu, tapi apabila memikirkan mereka sudah berkahwin dan dia berhak untuk tahu. Manalah tahu suatu hari nanti, Najiha nak kembali pada Syamil.

“ Mana tahu?”

“ Hah? Oh, lupa. Kina tak ada bagitahu abang ke?” Syamil menggeleng.

“ Dua tahun setengah, Aisya menuntut kat Uitm dan selama itulah, mulut semua pensyarah fakulti perakaunan asyik puji aje best student dia orang ni,” Terjatuh rahang Syamil. Macam nak suruh saja Ilmina ulang kembali.

“ Kenal abang ke sebelum ni?” Syamil benar-benar terkejut. Periuk yang dipegangnya juga hampir terlepas.

“ Malam kenduri tu baru Aisya tahu yang abang ni, Alip. Itupun Kina yang bagitahu. Kalau tak, memang Aisya tak perasan pun,” Syamil terangguk-angguk. Aisya Ilmina rupanya junior dia ketika menuntut di Uitm Shah Alam.

So, tahulah semua pasal abang?”

“ Tak tahu sangatlah. Just sikit-sikit aje. Aisya kenal kak Jiha pun sebab ada kawan Aisya pinjam nota-nota dia…”

“ Nasib baik…”

“ Ada apa-apa yang Aisya patut tahu ke?” Syamil menggeleng laju. Ilmina mengecilkan matanya.

“ Betul. Tak ada apa-apa,” Ilmina tersenyum sungging.

“ Aisya tak kisahlah. That was your old story. Your history. Aisya pun ada kisah yang hampir sama dengan abang jugak. Tipu kalau tak sedih,” Syamil meninggalkan segala periuk belanga. Dia menghampiri Ilmina di kolam ikan.

Can I ask you something?” Ilmina hanya mengangguk. “ Nak bercinta dengan abang tak?”


Membulat mata Ilmina. Dia mimpi ke apa ni? Tapi itulah hakikatnya kisah Syamil dan Ilmina. Baru sahaja ingin belajar bercinta dan sesungguhnya bercinta selepas kahwin lebih indah.


bersambung...

p/s : part kedua last. Insha Allah. next entry last part isteri segera.

Thursday 13 February 2014

The Qoute of the Day 1

Assalamualaikum... Hye!

Harapan yang terlalu tinggi selalunya akan menyebabkan kamu hampa.

Ya! Lebih baik jatuh ketika masih di lapangan terbang, bukannya terjatuh dari kapal terbang. Ketika itu, semuanya tidak lagi dapat diundur. Sakitnya, wallahualam.

Belajar untuk menggapai dan bukan mencapai. Erk! CIA pun tak faham. :D

Elakkan terlalu banyak berangan. Lebihkan berusaha untuk gapai angan-angan.

Qoute got from Pro Sir, Forensic Heroes 3. :)





p/s : note to myself too. Tarik nafas dan lepas, pandang ke depan... mulakan melangkah.

Wednesday 12 February 2014

Cerpen : Isteri Segera 3


“ Assalamualaikum,” Suara seorang gadis memberi salam. Semua menoleh ke arah suara itu.

“ Waalaikumsalam, Kina. Meh naik,” Sakina menapak naik tangga batu di hujung beranda. Rahang Ilmina jatuh. Ada tangga batu rupanya. Buat penat saja dia panjat tangga kayu tu tadi.

“ Mana yang lain?” soal Sakina. Dia duduk bersimpuh di sebelah Irham. Liyana sudah berlalu masuk apabila terdengar suara anak-anaknya menangis.

“ Ada kat dapur. Bila sampai?” soal Hajah Farida.

“ Baru aje sampai. Lepas solat tadi, ibu suruh datang sini terus,” jawab Sakina sopan.

“ Ni anak saudara kami, Sakina. Anak adik hajah. Rumah dia sebelah tu saja. Kina, ni…”

Ilmina menggaru dahinya. Dalam hati dia mengira detik…

“ Aisya Ilmina!” Kan, dah terjawab. Ilmina mengukirkan sengihan.

“ Kami kenal dengan Sakina ni, haji, hajah. Dulu satu universiti dengan Mina ni. Selalu juga singgah rumah kami sebelum balik Melaka,” jelas Encik Hairi. Patutlah.

“ Jangan cakap minah ni ganti kak Jiha, mak lang, pak lang?” Haji Nasir hanya mengangguk.

“ Kau ni kecohlah, Kina. Kau sampai aje terus bising,” bidas Irham. Mana taknya, si Sakina tu boleh jerit kat telinga dia ni.

Sorrylah. Excited tahu tak, dapat jumpa kawan lama. Dahlah tiga tahun tak jumpa. Dah terjumpa kat sini, maunya tak excited…”

“ Panjang lagi masa kau nak beramah mesra. Nanti jadi sepupu kau jugak,” tukas Irham.

Sakina menghadiahkan jelingan maut kepada Irham. Irham pula menjelirkan lidahnya kepada Sakina dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Pantang jumpa dua orang ni, pasti bergaduh. Nasib baik si Irham tu dah bertunang. Kalau tak, Haji Nasir dah suruh kahwin agaknya budak berdua tu.

“ Kina kerja kat mana sekarang?” tanya Puan Tia, ingin tahu. Ilmina berbual perlahan dengan Hajah Farida. Entah apa yang dibualkan pun tak tahu.

“ Kat Muar, auntie. Dekat aje. Tapi, Kina dok rumah sewa,” beritahu Sakina ramah.  Puan Tia terangguk-angguk. Dia lihat Sakina semakin manis sekarang ni. Sikap peramah dia pun masih ada.

“ Syamil oh Syamil,” Syamil menjenguk sedikit di sebalik beranda. Siapa pula yang memanggilnya itu. Dia bangkit berdiri.

“ Erul, kenapa?”

“ Ni hah. Lampu kat bawah ni tak cukup terang. Ada lampu spare tak?”

“ Lampu spare? Abang Ik, lampu semalam tu letak kat mana?”

“ Nak pasang sekarang ke, Rul?” tanya Ikram kuat.

“ Ha’ah, bang Ik. Orang surau nak datang dah. Boleh siap-siaplah kot,” Erul bersuara dari bawah. Ikram berlalu ke dalam rumah untuk mengambil lampu spare yang diletakkan di dapur.

“ Lah, dah habis solat isya’ ke? Cepat pulak masa berlalu…”

“ Buat kat khemah tu ke, haji?” tanya Encik Hairi.

“ Ha’ah. Orang lelaki makan kat bawah,” Haji Nasir bangkit dari duduknya. Encik Hairi turut berbuat demikian. Segan pula jika duduk sahaja tanpa membantu apa yang patut.

“ Abah, nak kunci kereta,” Ilmina melangut memandang abahnya yang sudah berdiri itu.

Encik Hairi mengeluarkan kunci Totoya Harrier dan diberikan kepada Ilmina. Dia kemudiannya mengikut langkah Haji Nasir ke bawah khemah.

“ Nak pergi mana ni?”

“ Nak ambil handphone kejap, ummi. Nak ambil nombor telefon mak,” balas Ilmina perlahan. Hajah Farida tersenyum mendengar suara lembut itu memanggilnya mak.

“ Iyalah. Hati-hati. Gelap tu,” pesan Puan Tia. Ketika Ilmina bangun berdiri, matanya tanpa sengaja bertaut dengan mata Syamil yang sedang menghulurkan wayar lampu kepada Ikram di bawah.

Ilmina mengukir senyum nipis. Syamil turut membalasnya. Kemudian, meneruskan kembali kerjanya. Puan Tia mengikut Hajah Farida ke dapur. Bakal besannya itu ingin mengenalkannya dengan saudara yang lain.

“ Oi, mek,” panggil Sakina.

“ Iya. Cheq kat sini. Awatnya?”

“ Nak pergi mana?” tanya Sakina.

“ Nak ambil handphone aku kejap kat dalam kereta. Eh, jomlah teman aku,” Sakina menggeleng. Dia menjuihkan bibirnya ke arah Syamil. Ilmina mengerutkan hidungnya. Kemudian, menggeleng kepala.

“ Kau nak turun ikut tangga maut ni ke?”

“ Kasut aku ada kat situlah mek,” Ilmina juga teragak-agak nak turun ikut tangga kayu itu.

“ Dah, tak payah. Banyak kasut kat tangga sana tu. Turun aje ikut situ,” Sakina menarik tangan Ilmina.

Syamil melihat telatah dua sahabat itu dengan hujung mata. Dia terkejut sebenarnya melihat mata Ilmina yang dah bengkak sedikit itu. Walaupun mata itu terlindung sedikit dengan kaca mata yang dipakai gadis itu, itu tidak mampu menutup kesedihan Ilmina. Pasti teruk juga gadis itu menangis.

Nasib mereka berdua serupa kini. Keduanya ditinggalkan di saat majlis penyatuan masing-masing akan berlangsung. Mungkin ini dah takdir mereka.

*****

Sebelum Ilmina ke kereta, Sakina menarik Ilmina ke bawah rumah. Pelik juga dengan Sakina yang nampak gabra itu. Setelah pasti tiada sesiapa yang akan terdengar perbualan mereka, Sakina memulakan bicara.

“ Kau kenal tak siapa bakal laki kau tu?” Ilmina menggeleng. Manalah dia kenal. Hari ni baru kali pertama mereka bertemu kan.

“ Kenapa dengan kau ni? Gelabah semacam…”

“ Takkan kau tak kenal langsung?”

“ Tak. T.A.K,” balas Ilmina keras.

“ Bakal laki kau tu senior kita dulu. Ingat tak abang Alip? Alah, yang famous sebab dia best student degree in accountancy batch 2009 tu. Ingat?”

Alamak! Gila tak ingat abang Alip. Dia pernah kot minat dengan si Alip tu. Handsome. Dah tu pulak, ketua pasukan bola keranjang universiti. Tapi masa tu Alip dah last semester. Ilmina pula baru terkedek-kedek nak belajar mengira balik. Tambahan pula, Alip dah ada teman wanita waktu tu.

“ Mangkuk betullah. Alip tu abang sepupu kau ke?”

Yes. Aku saja tak nak bagitahu dulu,” Sakina tersengih. Ilmina tak terkata apa. Nak kata apa lagi dah.

“ Min, kau pergi soranglah. Aku seganlah nak lalu depan si Erul tu,” Ilmina mengangkat keningnya.

“ Eleh, sejak bila kau jadi pemalu ni. Selalu main terjah aje,” tembak Ilmina.

“ Itu dulu. Sekarang ni aku dah reti segan kot,” kata Sakina.

“ Iyalah. Aku pergi kejap aje,” Ilmina terus membuka langkah meninggalkan Sakina yang dok terhendap-hendap itu. Mahu tapi malu.

Syamil sempat mencuri pandang susuk tubuh Ilmina yang lalu di bawah khemah untuk ke kereta. Sopan sahaja Ilmina melangkah. Namun, dia perasan gadis itu agak kekok. Mungkin sebab dia berada di rumah bakal mertua kot. Bibir Syamil mengukir senyuman melihat telatah Ilmina yang sempat mengusik abahnya itu.

*****

Diam tak diam. Sedar tak sedar. Selesai sudah majlis kenduri di rumah kedua-dua mempelai. Kini, Ilmina ditinggalkan keluarganya di rumah Haji Nasir. Mahu tak kekok si Ilmina tu. Dia belum pernah hidup di kampung memandangkan kedua belah atuk dan neneknya tinggal di kawasan taman perumahan. Seperti rumahnya juga.

Ilmina duduk di birai katil. Samsung Galaxy Note 3 dibeleknya. Kebanyakan mesej yang masuk sejak pagi adalah daripada rakan-rakan yang tak henti-henti mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya. Ada juga yang pelik kerana kad perkahwinan yang dipost melalui Instagram menunjukkan nama pengantin yang berbeza dengan kad yang dikirim melalui pos laju.

“ Aisya, pergilah mandi. Dah tak ada orang kat bilik air,” Ilmina berpaling ke pintu bilik. Syamil yang sudah lengkap berpakaian berdiri di muka pintu. Tuala biru tua tersangkut di bahunya.

“ Iyalah…”

Diletakkan handphone di atas katil. Dia membuka veil dikepala. Segala barang kemas di badan dibuka dan diletakkan di atas meja solek.

“ Nah, tuala,” Syamil memberikan tuala bersih kepada isterinya. Sikat di atas meja solek dicapai.

“ Terima kasih,” ucap Ilmina perlahan. Tanpa berlengah, jubah cotton dikeluarkan dari almari baju. Dia terus melangkah keluar dari bilik dan ke bilik air yang berdekatan dengan dapur.

Kini, Syamil pula yang duduk di birai katil. Dia mengambil Iphone 5 di atas meja sisi. 10 missed call. 3 message. Terjongket kening Syamil. Siapa pula yang menelefonnya?

‘Nur Najiha’! Berlapis dahi Syamil melihat nama yang tertera di dada telefon bimbitnya. Semua missed call adalah dari bekas tunangnya itu. Peti mesej dibuka.

‘Aliff, tolonglah angkat call Jiha. Penting sangat!’

‘Sayang, please. I really really need you. Tunggu Jiha.’

‘Sampai hati Aliff buat Jiha macam ni. tak boleh ke tunggu Jiha? Jiha cuma perlukan masa. Aliff dah buktikan pada Jiha…cinta kita selama 7 tahun ni, nothing. Terima kasih sebab buat Jiha macam ni.’


Syamil tersentap membaca mesej terakhir. Apakah Najiha masih sayangkan dia? Tapi, kenapa Najiha hilangkan diri dan hari ni baru gadis itu muncul? Kenapa? 

bersambung...