Wednesday 18 September 2013

novel : secret that nobody knows 10


Sepanjang perjalanan ke Kedah, hanya suara Zarra yang kedengaran. Sesekali Datuk Rasyid berbual dengan isterinya. Dua jam kemudian masing-masing sudah hanyut dibuai mimpi. Zarra dibaringkan antara Datuk Rasyid dan Datin Katrina di tempat duduk belakang.

Arianna pula hanya mendiamkan diri. Dia takut untuk memejamkan mata. Risau kalau meninggalkan Fariq seorang sahaja yang berjaga. Lebih baik dia menemani suaminya walaupun mereka tidak berbual. Arianna membuang pandang ke luar tingkap. Menghayati kehijauan hutan-hutan sepanjang perjalanan.

“ Apa yang awak bisikkan dekat daddy tadi?” soal Fariq memecah kesunyian. Arianna menoleh memandang Fariq seketika.

“ Awak perasan ke? Saya cuma…bagitahu yang daddy…ada cucu seorang lagi,” jawab Arianna jujur. Kalau dengan Fariq, mulutnya akan bercakap jujur sahaja. Tidak boleh nak menipu langsung.

“ Cucu seorang lagi?” Arianna mengangguk.

“ Abang kembar Zarra, Nabil. Kak Aisyah bawa Nabil dengan dia. Zarra pulak sengaja dia tinggalkan. Sebab…muka Nabil agak mirip dengan arwah abang Eiki,” jelas Arianna.

“ Habis tu selama ni family awak tak pernah jumpa Nabil ke?” Arianna menggeleng.

“ Tak pernah tahu pun yang Nabil tu wujud. Kak Aisyah rahsiakan. Dia takut kalau daddy tuntut Nabil,” Arianna menoleh ke belakang. Sayu hatinya melihat Zarra.

“ Macam mana kalau satu hari nanti kak Aisyah nak ambil Zarra pulak,” Fariq turut menoleh ke belakang sekilas.

“ Tak mustahil kalau dia nak ambil Zarra. Tapi tuntutan mahkamah tak akan berpihak pada kak Aisyah…”

“ Kenapa pulak?” tanya Fariq. Pandangannya ditumpukan pada jalan raya. Agak banyak kenderaan di lebuhraya ini.

“ Even dia ibu kandung Zarra tapi dia tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Saya yakin mahkamah takkan benarkan Zarra jatuh ke tangan kak Aisyah,” jawab Arianna keras.

“ Bukan senang nak pertahankan Zarra kalau kak Aisyah berkeras nak ambil hak dia sebagai ibu kandung Zarra,” tukas Fariq. Arianna tersenyum sinis.

“ Oh ya. Then, dia kenalah menghadap ibu susuan Zarra, Risya Arianna,” Arianna meletakkan tangan kanannya di dada.

“ Arianna ibu susuan Zarra?” soal Datin Katrina tiba-tiba.

“ Ya Allah. Mama ni. Cuba bagi salam dulu. Terkejut kita orang,” Fariq memandang mamanya melalui cermin belakang. Datin Katrina tersengih lebar.

“ Sorrylah. Betul ke Arianna ibu susuan Zarra?” sekali lagi Datin Katrina menyoal Arianna.

“ Ha’ah, mama,” jawab Arianna.

“ Alhamdulillah. Mama dah ada cucu akhirnya,” Arianna tergelak kecil.

“ Kelakarlah mama ni,” Fariq turut tergelak.

Arianna berfikir sebentar. Boleh pula suaminya itu berbaik dengannya apabila mereka bersemuka. Tapi lain jadinya kalau mereka berhubung menggunakan telefon. Pelik…pelik.


“ Lama jugak ya, bang…kita tak balik sini,” Datin Katrina memandang rumah yang sudah lama tidak dijenguk.

“ Itulah. Malam ni kita solat berjemaah. Dah alang-alang malam khamis ni, kita baca surah Yassin terus. Lama jugak tak ada orang tinggal kat rumah ni,” putus Datuk Rasyid.

Fariq dan Arianna sibuk mengeluarkan beg-beg pakaian dari booth kereta. Sementara Datuk Rasyid dan Datin Katrina meninjau kawasan rumah kampung itu. Walaupun rumah kampung, rekaannya agak moden. Bahagian rumah yang berkayu dikekalkan. Cuma rumah kayu itu disambung dengan rumah batu.

“ Itu lembu-lembu dekat bendang tu siapa punya?” terlintas soalan itu apabila terlihat lembu-lembu yang sedang makan rumput di kawasan bendang.

“ Lembu arwah atuk. Papa ada upah orang jagakan lembu-lembu tu,” jawab Fariq. Arianna mengambil Zarra di tempat duduk belakang. Sakan dia ketawa apabila ternampak lembu-lembu arwah atuk Fariq.

“ Kesian. Anak mama tak pernah tengok lembu ye,” Zarra menayangkan giginya yang masih belum cukup itu.

“ Pergilah dekat sikit. Biar dia usap kepala lembu tu,” arah Fariq.

“ Hah? Pergi dekat? Tak naklah. Awak ajelah yang bawa dia,” tolak Arianna. Gila nak pergi dekat dengan lembu. Arianna gagal kalau bab lembu-lembu ni.

“ Haih, takkan dengan lembu pun takut. Buat apa datang kampung kalau tak…,”

“ Saya pun ada kampunglah. I just don’t like bau lembu tu,” potong Arianna. Sebenarnya dia takut jika berada dekat dengan lembu.

“ Ada kampung rupanya. Ingat budak bandar. Tapi budak kampung apa kalau dengan pun lembu tak suka,” sindir Fariq. Arianna mengetap bibirnya. Zarra pula menggamitkan tangannya. Tanda ingin mendekati lembu-lembu di bendang itu.

“ Biar saya angkat beg-beg tu. Awak bawa Zarra pergi main lembu ye. Awak kan anak jati kampung. Silakan, budak kampung,” Fariq menyambut Zarra ke dalam dukungannya.


“ Hah, buat apa?” sergah Fariq. Seorang lelaki tua mengangkat kepalanya.

“ Lah, Fariq. Dah lama sampai?” soal Tok Majid.

“ Baru je. Makin gemuk lembu arwah atuk ni,” Fariq mengusap kepala lembu di sebelahnya. Jinak juga lembu itu. Tangan kecil Zarra juga turut mengikut rentak Fariq.

“ Apa tak gemuknya. Habis lalang kat bendang ni depa bedal,” Tok Majid menambat seekor lembu di sebatang pokok besar.

 “ Patutlah Riq tengok makin lapang je bendang ni,” balas Fariq.

“ Itulah. Anak kamu ke ni? Rasanya tak sampai setahun lagi kamu kahwin, Fariq,” pelik juga Tok Majid melihat Zarra. Selalunya susah anak orang bandar nak main dengan benda-benda kotor ni.

“ Boleh dikatakan anak jugaklah. Ni anak saudara isteri Riq. Ayah dia dah setahun meninggal. Ibu pulak entah ke mana,” jelas Fariq menghilangkan kepelikkan Tok Majid.

“ Baguslah kalau kamu dengan isteri kamu tu nak jaga. Kesian. Comel sangat budak ni. Suka sangat dapat main lembu,” Tok Majid mencubit pipi Zarra lembut.

“ Keluar kereta tadi terus dia nampak lembu kat sini. Tangan pun dok gatal nak pegang. Mama dia takut dengan lembu. Itu yang Riq bawa datang sini,” cerita Fariq.

“ Elok sangat tu. Tak adalah nanti sampai tak kenal binatang bernama lembu. Boleh haru jadinya,” gurau Tok Majid. Terkekek Zarra gelak. Entah apa yang kelakar pun tak tahu.

“ Lama sangat dah atuk tak dengar suara budak-budak. Rasa seronok pulak. Nama apa ni?”

“ Zarra, atuk,” beritahu Fariq bagi pihak Zarra.

“ Sedapnya nama dia. Cicitlah ya,” Zarra memegang wajah Tok Majid.

“ Sayang suka atuk ye. Nanti suruh atuk datang rumah…”

“ Aaaaaa,” Zarra seperti mengiakan kata-kata Fariq.

“ Awak,” panggil Arianna. Fariq berpaling ke belakang.

“ Kenapa?”

“ Mama panggil masuk. Dah nak maghrib,” Arianna melihat dahulu jika lembu ada berdekatan dengan Fariq.

“ Isteri saya, atuk,” Tok Majid mengangguk. Arianna menghampiri suaminya setelah memastikan lembu-lembu itu berada jauh sedikit dari mereka. Itu pun macam takut-takut saja.

“ Apa khabar, atuk?” Lembut suara Arianna bertanya khabar.

“ Alhamdulillah. Kuat lagi ni hah. Kamu macam takut saja. Awat? Tak biasa ka?” Tok Majid cuba beramah mesra. Arianna memegang lengan Fariq. Takut terjatuh kerana keadaan tanahnya yang tidak rata.

“ Dak aih. Dulu pernah kena ligan dengan lembu. Sebab tu takut sikit,” jelas Arianna dalam loghat Kedah.

“ Lah, orang Kedah ka hang ni,” Perbualan mereka semakin rancak. Lupa akan waktu maghrib semakin hampir.

“ Kat Baling ja,” beritahu Arianna.

“ Tak jauh manalah dengan sini,” balas Tok Majid. Sememangnya Yan ke Baling tidak jauh mana pun. Fariq pula terkejut. Selama ini dia tidak pernah tahu Arianna benar-benar mempunyai kampung. Ingatkan isterinya main-main tadi.

“ Hmmm, tak jauh pun,” Arianna mengiakan.

“ Dah nak masuk waktu maghrib ni. Tak elok Zarra kat luar ni. Esok-esok kita sembang lagi,” Tok Majid sudah mengemaskan parangnya yang digunakan untuk menebas lalang.

“ Balik dulu, atuk,” Fariq meminta diri. Tok Majid menganggukkan kepalanya.

“ Siapa atuk tu?” soal Arianna. Ketika itu mereka sudah meninggalkan kawasan bendang.

“ Tok Majid. Atuk arwah Airis,” jawab Fariq.

“ Eh, rumah bersebelahan aje. Mesti awak dengan arwah kenal kat sini, kan,” teka Arianna. Tiada langsung riak cemburu.

“ Hmmm, tapi dah jadi sejarah pun,” balas Fariq. Nadanya seperti orang sedang bersedih.

“ Past is better than present,” Arianna membasuh kakinya sebelum masuk ke dalam rumah. Dia turut berbuat demikian kepada Fariq. Zarra sudah menyandar kepalanya di bahu Fariq. Penat agaknya.

“ Means?”

“ Kita tak tahu apa yang jadi ke depan. Benda yang dah jadi kita boleh juga kenang-kenangkan,” jelas Arianna. Fariq hanya mengiakan sahaja.

“ Lamanya Rianna panggil Fariq,” tegur Datin Katrina. Dia sedang membersihkan habuk-habuk di dapur.

“ Sembang dengan Tok Majid tadi, ma,” Fariq duduk di kerusi meja makan. Dia meletakkan Zarra di atas meja. Arianna pula naik ke atas. Dapur dan bilik air rumah itu dibina menggunakan bata dan simen. Bilik-bilik dan ruang tamu pula di bahagian rumah kayu.

“ Patutlah. Dia dok tebas lalang ke?” tanya Datin Katrina.

“ Ha’ah. Ni Zarra nak sangat pegang lembu kat bendang tu. Sakan dia gelak bila dapat pegang lembu tadi, ma,” Fariq mengacah Zarra.

“ Itulah tadi Rianna ada bagitahu mama, ayah dia dulu memang suka main dengan lembu. Macam Riq jugak,” Datin Katrina mencuit hidung Zarra.

“ Patutlah. Papa mana, ma?” mata Fariq melilau mencari papanya.

“ Tengah mandi. Belengas katanya,” jawab Datin Katrina.

“ Awak, tolong bukakan baju Zarra,” suruh Arianna yang sedang menuruni anak tangga batu yang menghubungkan bahagian atas rumah dan dapur. Dia meletakkan tuala di kepala kerusi. Kemudian dia menghampiri raga berisi barang makanan Zarra. Tangannya rancak membancuh susu untuk Zarra. Memang menjadi rutin Zarra minum susu dahulu sebelum mandi.

“ Zarra dah boleh berjalan, Rianna?” soal Datin Katrina. Selalunya bila dah masuk umur setahun…seorang bayi itu sudah boleh berjalan.

“ Dah, ma. Tapi malas sikit. Berat punggung. Berjalan sikit terus duduk,” jawab Arianna sambil menyerahkan botol susu kepada Fariq. Fariq memangku Zarra yang hanya memakai pampers itu dan menyuakan botol susu ke mulut Zarra. Rakus sekali dia minum susu formula itu.

“ Budak tembam macam ni memang malas pun. Tapi kalau dah cekap berjalan. Mahunya satu rumah ni dia merantau,” ujar Datin Katrina. Arianna hanya mengangguk. Setuju dengan pendapat mertuanya.

 “ Biar saya pakaikan baju Zarra,” Fariq menawarkan diri. Arianna menyerahkan minyak Yuyee kepada Fariq. Fariq membaringkan Zarra yang baru selesai mandi itu di atas katil.

“ Awak sapu minyak tu dekat perut and tapak kaki dia dulu,” arah Arianna. Dia mengeluarkan pampers dan baju tidur Zarra. Zarra ketawa kegelian apabila Fariq menyapu minyak di kakinya.

“ Pampers,” Arianna menghulurkan pampers dan baju tidur Zarra yang dikeluarkan tadi.

“ Nanti sebelum awak pakaikan baju, sapu bedak dekat badan dia dulu ya. Saya nak mandi dulu,” Arianna meletakkan bedak di hujung kepala Zarra sebelum berlalu ke bilik air. Zarra mencapai botol bedak itu. Dia membelek-belek botol bedak itu.

“ Kita pakai baju pulak ya, sayang,” Fariq mencium dahi si kecil yang comel itu. Perasaan menjadi seorang ayah seronok sekali. Kasihnya pada Zarra kuat sejak pertama kali mereka bersua di hospital lapan bulan lepas.

“ Riq tak mandi lagi? Cepat mandi. Maghrib dah masuk tu. Kita nak berjemaah kejap lagi,” Datin Katrina muncul di muka pintu bilik.

“ Arianna tengah mandi. Kejap lagi Riq mandi,” balas Fariq. Dia mengangkat Zarra. Dibelai bayi itu.

“ Yelah. Zarra dah mengantuk tu. Kamu dodoikan dia, tidurlah tu nanti,” kata Datin Katrina.

“ Okey, ma,” Fariq menepuk perlahan belakang badan Zarra yang sedang bersandar di badannya.

“ Mama dengan papa tunggu kat ruang tamu,” kata Datin Katrina sebelum berlalu.

Beberapa minit kemudian, Arianna selesai mandi. Dia ke almari mengambil tuala bersih untuk Fariq.

“ Awak letak aje Zarra atas katil,” Fariq berpaling.

“ Tak jatuh ke nanti?” soal Fariq. Risau kalau Zarra jatuh katil yang agak tinggi itu. Namun dibaringkan juga Zarra di atas katil.

“ Tak. Kejap aje. Nanti saya hampar toto dekat bawah. Awak pergi mandi dulu. Mama dengan papa dah tunggu tu,” Fariq mengambil tuala yang disua oleh isterinya.  

“ Tolong keluarkan baju melayu dengan kain pelikat saya,” suruh Fariq sebelum ke bilik air.

Arianna mengeluarkan dahulu baju melayu dan kain pelikat dari beg dan diletakkan di birai katil. Kemudian dia mengambil toto yang agak tebal dan dihamparkan di lantai. Diambilnya bantal kecil Zarra. Dia membaringkan Zarra di bawah. Sempat dia meletakkan dua biji bantal besar di kanan dan kiri Zarra. Tak pasal bergolek pula bayi tembam itu.


Selesai sahaja mandi dan berpakaian, Fariq menyertai papa, mama dan isterinya di ruang tamu. Datuk Rasyid meminta Fariq mengimamkan solat maghrib mereka. Bacaan surah Yassin juga diketuai Fariq. Lembut sahaja dia mengalunkan ayat-ayat Yassin.

2 comments: