Friday 20 September 2013

novel : secret that nobody knows 14


Arianna gembira apabila ternampak Zarra berbaring disebelahnya ketika hendak bangun bersahur.

“ Senyum juga akhirnya,” kata Fariq yang ketika itu baru masuk ke dalam bilik.

“ Hmmm, abang kata ada kejutan. Apanya?” tanya Arianna apabila teringatkan kata-kata Fariq di stesyen bas semalam.

“ Nantilah. Jom, turun sahur. Mama dengan papa dah makan tu,” Arianna membetulkan rambutnya. Diikat kemas rambut panjangnya.

Sebelum ke meja makan, Arianna ke bilik air dulu untuk membasuh muka. Tak elok makan tanpa basuh muka. Entah ada air liur basi ke. Tahi mata ke. Boleh dapat malu nanti.

“ Duduk, Arianna,” suruh Datin Katrina.

“ Sorry, ma. Tak tolong masak. Rianna tak sedar.”

“ Ish, tak apalah. Riq tolong mama masak tadi. Tak ada hallah,” balas Datin Katrina.

“ Minum susu ni,” Fariq meletakkan segelas susu di hadapan Arianna sebelum melabuhkan punggungnya di sebelah Arianna.

Arianna mengeluh kecil. “ Susu lagi. Kalau tak minum, tak boleh ke?” Arianna menolak sedikit gelas itu.

Datuk Rasyid dan Datin Katrina hanya memandang. Bagi mereka, terserlah sifat manja Arianna. Nampak comel sahaja Arianna menolak gelas itu. Tersenyum mereka berdua.

“ Eh, budak ni. Abang ada tambah horlicks. Bukan susu aje,” balas Fariq. Geram pula dengan kedegilan isterinya itu.

“ Hmmm,” Arianna mengalah. Dia minum sedikit air itu sebelum menyuap nasi ke mulutnya. Namun, dia hanya makan sedikit sahaja. Puas Fariq memujuknya untuk menambah nasi. Tapi, Arianna menolak keras.


Datuk Rasyid dan Datin Katrina menemani Zarra bermain di beranda. Mereka sengaja ingin membiarkan anak menantu mereka berdua di dalam bilik. Asyik bergaduh saja. Entah bila nak berbaik pun tak tahu. Masing-masing pula suka sangat mencari pasal. Kalau bukan Fariq yang mulakan, Arianna yang mulakan dahulu pergaduhan.

“ Abang berbuka kat luar,” beritahu Fariq. Arianna menjeling suaminya yang hanya bertuala itu.

“ Dengan Airislah tu,” teka Arianna bersahaja. Dia melipat baju-baju yang sudah dibasuh.

“ Hmmm,” balas Fariq takut-takut. Arianna menghampiri Fariq yang sedang berdiri di meja solek.

“ Sini. Saya tolong,” Arianna mengambil sikat dari tangan Fariq. Dia mendudukkan Fariq di birai katil. Ingin berdiri, suaminya itu agak tinggi darinya. Kena berjengket barulah sampai untuk capai rambut suaminya itu.

“ Tak marah ke?” soal Fariq cuba menutup getaran hatinya. Nasib baik ini bulan puasa. Kalau tidak, diterkamnya Arianna. Haruman Arianna yang wangi itu menusuk hidungnya.

“ Tak boleh nak marahlah. Abang tak minta izin pun nak berbuka dengan Airis. Tapi abang maklumkan. So, saya marah macam mana sekalipun, abang tetap jumpa  dengan Airis jugak, kan. Lagipun, saya ni just sepupu abang je,” jawab Arianna panjang. Sempat lagi dia menyindir gelaran sepupu yang diberitahu Fariq kepada Airis.

“ Betul jugak,” Arianna buat muka. Kita isteri dialah. Bukan sepupu ke, mak tiri ke, getus Arianna.

“ Hrgghhh. Abang nak pakai baju mana ni?” tanya Arianna dengan nada geram. Fariq bangkit dari duduknya. Dia menilik rambutnya di cermin meja solek. Kemas juga hasil tangan isterinya itu.

“ Kemeja kosong warna peach. Tapi…tak iron lagi,” Arianna membuka pintu almari dan dia keluarkan baju kemeja berwarna peach yang dimaksudkan Fariq.

Kemudian dia menggosok baju itu. Fariq pula menyarungkan seluar slack kelabu dan turut memakai singlet putih. Takut berpeluh pula kalau pakai kemeja terus. Selepas siap menggosok, Arianna sendiri yang memakaikan kemeja itu di badan tegap suaminya.

“ Berbuka dekat hotel ke, bang?” tanya Arianna sambil membutangkan baju Fariq. Fariq hanya membiarkan sahaja. Terasa diri dimanjakan pula.

“ Hmmm,” jawab Fariq serba salah.

“ Siap. Lepas berbuka jangan tak balik sini terus pulak ya,” pesan Arianna.

“ Merepek.”

“ Manalah tahu tersilap masuk rumah sebelah ke,” Arianna tersenyum sedikit. Fariq mencubit pipi gebu Arianna lembut.

“ Nak sangat ke macam tu, Puan Arianna? Abang boleh aje buat. Kalau abang lambat balik tu, abang pergi terawih terus,” Fariq menyarungkan stoking dikakinya.

“ Yelah. Tapi jangan balik lambat sangat. Bukannya abang tak tahu Zarra tu. Nak abang aje yang tidurkan dia,” pesan Arianna sekali lagi.

“ Pesanan diterima,” balas Fariq. Mereka beriringan keluar dari bilik.


“ Haih, anak mama smart semacam aje ni nak pergi mana?” tegur Datin Katrina. Fariq menyarung kasut kulit Crocodilenya.

“ Dating, ma,” Datin Katrina memandang Arianna dari atas ke bawah.

“ Yang mama tengok Rianna ni kenapa? Dia nak dating dengan kekasih hati dialah,” Arianna memimpin Zarra mendekati Fariq di tangga batu itu.

“ Dengan Airis ke, Riq?” soal Datuk Rasyid pula. Sebut sahaja kekasih hati, semua dah tahu itu adalah Airis. Tak adanya orang nak sebut nama Arianna. Arianna termangu sendiri. Nasib badan.

“ Ha’ah. Hari ni Riq berbuka dekat Cinta Sayang,” beritahu Fariq. Dia ingin mendukung Zarra. Tapi Arianna pantas menghalang.

“ Lah, ingatkan dating dengan Arianna,” Fariq tersengih. Zarra menggamit Fariq untuk didukung.

“ Aaaa… yayaa,” Arianna mendukung Zarra yang sibuk memanggil papanya itu. Itulah kejutan yang dikatakan oleh Fariq. Zarra juga sudah pandai memanggilnya. Tapi agak pelat sedikit. Dengar pun sipi-sipi sahaja.

“ Tak bolehlah, sayang. Papa nak keluar,” pujuk Arianna. Fariq mencium dahi Zarra. Arianna menjeling juga ke rumah Tok Majid. Takut kalau-kalau Airis ternampak.

“ Papa pergi dulu ya, sayang,” Fariq mencium pula pipi tembam Zarra.

“ Abang ni. Pergi cepat. Kang tak pasal-pasal Zarra nak ikut,” Fariq mengangguk. Dia menekan alarm kereta. Dia menghidupkan enjin keretanya dan berlalu keluar dari perkarangan rumah. Dia singgah di rumah Tok Majid untuk mengambil Airis.

Datuk Rasyid dan Datin Katrina saling berpandangan. Arianna duduk bersila menyertai papa dan mama mertuanya.

“ Rianna okey ke?” soal Datin Katrina risau.

“ Hah? Okey aje, ma. Kenapa?” Zarra meloncat-loncat di riba Arianna.

“ Tak kisah ke Fariq keluar dengan Airis?” soal Datuk Rasyid pula. Kebimbangan jelas di wajah lelaki tua itu.

“ Tak kisah pun, papa. Asalkan dia ingat nak balik rumah sendiri. Kalau tiba-tiba tak balik tu yang Rianna kisah,” kata Arianna dalam intonasi bergurau. Datuk Rasyid ketawa. Begitu juga Datin Katrina.

“ Kami minta maaf sebab terpaksa rahsiakan hubungan Fariq dan Rianna. Ibu bapa Airis yang minta begitu. Mereka takut Airis tak dapat terima yang Fariq dah berkahwin,” ujar Datuk Rasyid.

“ Rianna okey aje, papa, mama. Jangan risau, eh. Lagipun, Airis dah tak ingat Arianna. Dia cuma tahu yang Rianna ni sepupu abang Fariq aje,” balas Arianna.

Sebenarnya dia risau juga. Buatnya Airis nak ambil Fariq kembali. Memang haru jadinya. Isteri mana yang suka kalau suami sendiri keluar dengan perempuan lain. Tapi Arianna tahu, Airis lebih berhak memiliki Fariq. Dia sedar hubungannya dengan Fariq bukan atas dasar cinta.


Malam itu Zarra menangis tak berhenti-henti. Kali ini Arianna pula yang memujuk. Papa dan mama mertuanya pula ke surau. Berbuka puasa dan solat terawih sekali. Arianna mendukung Zarra di beranda. Ditepuk-tepuk belakang Zarra agar berhenti menangis. Tapi hanya sekejap sahaja Zarra diam.

Arianna menepuk lembut perut Zarra. Mana tahu anak kecil itu kembung perut. Perut Zarra tak pula masuk angin. Arianna masuk ke dalam. Dia ingin menghubungi Puan Sri Harlina.

“ Assalamualaikum, mummy.”

“ Waalaikumsalam. Kenapa Zarra menangis tu?”

“ Entahlah, mummy. Dari tadi lagi…”

“ Perut masuk angin tak? Cuba urut kaki dia dengan minyak Yuyee.”

“ Dah. Tapi dok nangis jugak,” balas Arianna perlahan. Kerisauannya semakin bertambah.

“ Mana papa dia?” soal Puan Sri Harlina.

“ Fariq keluar. Tak balik lagi. Mama dengan papa pergi terawih,”  jawab Arianna.

“ Mummy rasa Ria kena call Rayyan. Maybe dia nangis sebab rindukan papa dia,” teka Puan Sri Harlina.

“ Ria takut nak call. Nanti tak sabar-sabar pulak nak balik,” Arianna menggoncangkan sedikit badannya. Biar Zarra terasa mengantuk.

“ Call aje. Nanti makin melarat Zarra menangis.”

“ Yelah. Ria letak dulu ya, mummy?”

“ Hmmm. Kalau tak berhenti nangis jugak, Ria call mummy,” pesan Puan Sri Harlina.

“ Okey. Bye, mummy. Kirim salam dekat daddy,” pesan Arianna sebelum memutuskan talian. Kemudian dia mendail pula nombor telefon Fariq.


2 comments:

  1. smbng lagiii... harap x ada konflik yg berat

    ReplyDelete
    Replies
    1. konflik eh??just wait and see...tapi sya pun xsuka konflik..:)

      Delete