Friday 20 September 2013

novel : secret that nobody knows 15


“ Hello,” Suara perempuan yang menyambut panggilan Arianna.

“ Airis ke ni?” tanya Arianna lembut.

“ Ya, saya,” jawab Airis.

“ Ni Arianna. Fariq ada kat situ?” tanya Arianna lagi.

“ Dia tak adalah. Dia tengah solat terawih. Dia tertinggal handphone dalam kereta. Kenapa ya, Arianna?” tanya Airis kembali.

“ Oh, cuma nak suruh abang Fariq balik cepat. Zarra asyik menangis aje ni,” beritahu Arianna terus.

“ Hmmm, nanti saya bagitahu dia ya. Dia tak habis solat lagi,” balas Airis.

“ Okey. Terima kasih, ya. Assalamualaikum,” ucap Arianna.

“ Waalaikumsalam,” jawab Airis. Setelah talian dimatikan, Airis meletak kembali telefon bimbit Fariq di dashboard.


Akhirnya Zarra berhenti menangis juga. Letih barangkali. Arianna menilik jam di telefonnya. Sudah jauh malam, tapi bayang suaminya pun tak nampak. Datuk Rasyid dan Datin Katrina turut memujuk Zarra selepas pulang dari solat terawih. Tetapi hampa. Zarra masih juga menangis.

“ Anak mama ni dah pandai bermanja dengan papa ya,” Arianna mengusap lembut kepala Zarra.

“ Nanti kalau papa dah tak ada dengan kita, anak mama ni jangan menangis tau. Mama tak tahulah nak pujuk macam mana. Kesian anak mama ni,” Kali ini pipi Zarra pula menjadi mangsa usapan Arianna.

Pintu terkuak dari luar. Fariq berjalan ke katil perlahan.

“ Dah tidur ke?” tanya Fariq separuh berbisik.

“ Dah. Dia tunggu abanglah…lambat sangat,” jawab Arianna. Dia mengerutkan keningnya. Takkan Fariq tak dapat pesanan yang ditinggalkan kepada Airis?

“ Sorry. Kesian anak papa tunggu papa ya,” Fariq mencium dahi Zarra. Zarra bergerak kecil. Namun, tidurnya tidak terganggu.

“ Dia baru aje tidur ni. Lambat pulak abang balik,” Arianna menongkat kepalanya dengan tangan kanan. Fariq menanggalkan pakaiannya. Dia hanya bertuala dan memakai singlet sahaja.

“ Tadi singgah terawih dekat masjid. On the way nak balik, ada kemalangan. Jalan jammed. Itu yang lambat sampai rumah,” beritahu Fariq.

“ Tadi saya ada call abang,” Arianna mencari wajah suaminya dalam kesamaran.

“ Hah? Bila? Abang tak tahu pun,” Fariq duduk di birai katil. Melepaskan kepenatan dahulu sebelum ke kamar mandi.

“ Pukul sepuluh rasanya saya call. Tapi Airis yang angkat.”

“ Awak call abang kenapa?”

“ Your beloved daughter buat perangai lagi. Lepas maghrib sampai tadi, menangis tak berhenti. Papa and mama berbuka dekat surau. Solat terawih sekali kat situ. Bagi susu, tak nak. Bila check suhu badan dia, okey aje,” adu Arianna.

“ Airis tak cakap apa pun,” Fariq mengusap pipi Zarra. Semakin melimpah ruah kasih sayangnya untuk Zarra.

“ Dia lupa kot,” Arianna menggigit bibir bawahnya. Dia agak terkilan kerana Airis tidak memaklumkan perkara yang sangat penting baginya itu kepada Fariq.

“ Abang,” panggil Arianna lembut.

“ Hmmm.”

“ Abang letak nama saya apa ya dalam contact abang?” soal Arianna. Saja dia ingin tahu.

“ My wife. Kenapa?” Arianna membulatkan matanya. Dia tidak silap dengarkan. Namun, dia cuba tenangkan diri yang sudah menggelabah itu.

“ My wife? Hmmm, agak-agaklah kan masa Airis angkat phone abang tadi, dia tengok tak nama pemanggil?”

“ Entah. Yang tanya soalan pelik-pelik kenapa? Dah buang tabiat ke?”

“ Hish, abang ni. Kalau dah Airis yang angkat phone abang tu, dah tentu-tentulah dia tengok siapa pemanggil tu. Then, I’m no longer your cousin, abang. Arianna ni wife abanglah kan?” Fariq kelihatan dungu. Ya Allah, suami aku ni. Arianna mengetuk kepala Fariq. Agak kuat jugalah.

“ Auch! Sakitlah,” jerit Fariq separuh kuat. Arianna cepat-cepat menekup mulut suaminya sambil matanya melihat Zarra.

“ Airis dah tahulah yang saya ni wife abang. Bukan sepupu abang. Faham tak lagi? Ke still senget lagi?”

“ Hah? Boleh tak jangan berbelit-belit. Terus-terang aje,” Arianna menampar dahinya. Apa ke bangangnya laki aku ni, getus Arianna geram. Dia cakap berbelit-belit tadi? Iyalah kot. Sebab itu suaminya tak faham-faham lagi.

“ Abang, saya nak cakap yang Airis dah tahu kita ni husband and wife…”

“ Kenapa pulak?” Fariq bertanya soalan dengan perasaan yang bingung.

“ Agaknyalah tadi abang yang accident kot. Bukan sebab orang lain yang accident. Saya cakap Airis, kekasih hati abang tu dah tahu yang kita suami isteri sebab…dia yang angkat call saya tadi. Abang kan cakap abang letak number saya as my wife. Orang gila pun mesti faham punyalah,” Fariq menampar dahinya kuat.

Apa ke bengapnya aku malam ni. Aduh. Nak buat apa ni?  Kenapa Airis tak cakap apa-apa pun tadi? Fariq memandang Arianna dan kemudiannya melepaskan keluhan berat.

“ Kita nak buat apa ni? Dia tak cakap apa-apa pun dengan abang tadi. Patutlah dia diam saja masa on the way nak balik tadi,” kata Fariq bingung. Macam mana dia boleh terlupa pula. “ Yang dok tersengih macam kerang busuk tu kenapa? Suka tengok abang macam ni?” Fariq bersuara tinggi sedikit apabila melihat isterinya tersengih sendiri.

“ Abang nak marah-marah ni dah kenapa? Orang sengih aje pun. Bukan kacau abang pun. Saya sengih sebab tak terfikir pulak yang abang akan letakkan ‘my wife’…number phone saya tu,” Arianna ketawa kecil.

“ Bak sini phone awak?” minta Fariq.

“ Nak buat apa?” Arianna menyorokkan telefon bimbitnya.

“ Sinilah,” Fariq sudah merapati Arianna. Dia berjaya juga merampas telefon bimbit milik isterinya itu. Dia membelek seketika gajet berjenama Samsung S4  itu.

“ Dahlah seksi. Lepas tu syok pulak tayang badan dia kat sini,” Arianna menegur Fariq yang hanya mengenakan tuala dan singlet itu.

“ Biarlah. Bukan orang lain yang tengok. Wife abang aje. Dah tergoda ke?” balas Fariq. Matanya masih tertumpu di screen telefon.

“ Abang cari apa tu?” Arianna sudah bangkit mendekati suaminya.

Dia cuba merampas kembali gajetnya. Namun lain yang jadi dek kerana pergelutan kecil itu. Tuala di pinggang Fariq terlondeh. Sepantas yang boleh Arianna berpaling. Fariq galak ketawa. Pipi Arianna sudah memerah.

“ Dah lewat ni. Pergilah mandi. Bak sini phone saya tu,” gumam Arianna. Arianna perasan Fariq selamba saja. Tuala yang melurut jatuh pun tidak diambil. Dia memberanikan diri untuk memandang Fariq. Ceh, patut buat tak tahu. Pakai seluar pendek rupanya.

“ Alright, dah jumpa.”

“ Apa yang dah jumpa?” Arianna menjengket sedikit. Ingin melihat apa yang suaminya jumpa.

“ Kenapa set number abang, Encik Rayyan?” Fariq menarik hidung Arianna. Terkapai-kapai Arianna menggagau tubuh Fariq yang agak berketul itu.

“ Siapa suruh jahat sangat dengan saya. Padan muka,” kata Arianna setelah Fariq melepaskan hidungnya.

“ Abang tak penting ke untuk awak? Sebab tu awak…,” suara Fariq sudah bertukar intonasi. Arianna memakukan pandangannya ke anak mata hazel milik Fariq. Dia merangkul leher Fariq. Dia mengambil kesempatan itu menilik wajah suaminya. Bersih tanpa jerawat. Tidak berminyak. Hidung mancung. Bulu kening tidak tebal sangat dan tidak nipis. Bibir merah. Kumis dan janggut juga sudah mula tumbuh di wajah suaminya.

“ Sebab pentinglah saya setkan, ‘Encik Rayyan’. Orang pertama yang saya jumpa selepas saya bangun dari kemalangan tu, Encik Rayyan. Bukan suami. Bukan Fariq. Tapi hanya seorang lelaki yang datang dengan pelbagai watak dalam masa sehari. Macam yang abang kenalkan diri abang pada abang Daniel. Abang cakap dengan Arianna sahaja abang gunakan nama Rayyan, kan,” Fariq terkaku. Dia melawan pandangan Arianna yang bermata bundar itu.

“ Then, awak gunalah nama Risya dengan abang,” Fariq memberikan cadangan. Arianna tersenyum nipis.

“ Nope. Sila kekalkan Arianna ya…”

“ Kenapa?”

“ Dalam nama Risya ada nama kekasih hati abang. Ris, Airis. Sya, Qalisya. Faham?” Fariq tersenyum sungging.

“ Cemburu?” Arianna menggeleng.

“ Tak ada maknanya.”

“ Habis tu?”

“ Actually ada sebab lain,” Arianna menjongketkan keningnya. Fariq mengambil kesempatan untuk mencium dahi Arianna.

“ Sebab apa, Arianna?”

“ Risya tu untuk kawan-kawan aje. Dan lagi satu, boyfriends saya pun panggil saya, Risya.”

“ Erm… kalau macam tu abang nak Ariannalah.”

“ Haih, saya yang cemburu ke abang sebenarnya ni?”

“ Sayang, abang teringinlah…,” dia berjeda seketika.

“ Teringin? Teringin apa?” Arianna mengecilkan matanya.

“ Teringin nak…,”

Fariq sudah melepaskan bibirnya ke bibir Arianna. Geram pula tengok bibir itu becok berbicara. Arianna terkedu. Namun, dia tidak pula menolak. Jangan suaminya minta yang lebih-lebih sudah. Bulan Ramadhan ni. Tangan Fariq sudah menjalar ke tempat lain. Arianna menolak tubuh Fariq.

“ Sila berpuasa ya,” kata Arianna sambil mengelap bibirnya.

“ Ceit, tak adanya termaktub kat mana-mana bulan puasa tak boleh ehem-ehem,” usik Fariq. Gelora nafsunya naik apabila mencium bibir Arianna tadi.

“ Memang tak ada kat mana-mana. Tapi termaktub dalam diri Arianna,” Arianna melabuhkan punggungnya di birai katil. Ditariknya selimut Zarra yang sudah hilang dari badan tuannya.

“ Alah, tak luak punlah. Kalau macam tu baik abang kahwin ajelah dengan Airis,” Fariq mengambil tuala di lantai. Dia meletakkan telefon bimbit Arianna di atas meja solek.

“ Pergilah. Kalau dia nak kat abang lagi,” tukas Arianna.

“ Eleh. Mesti nak punyalah. Dia kan kekasih hati abang,” Fariq cuba bermain dengan api yang susah panas.

“ Hmmm, abang tu yang nak kahwin dengan dia sebenarnya, kan. Dia kan chenta hati abang. Dari dulu sampai sekarang kukuh lagi nama Airis kat hati abang tu,” Fariq memandang Arianna tajam. Arianna menelan air liurnya perlahan. Takut dengan panahan mata sang suami.

Fuhhh, lega. Arianna menghembuskan nafas lega apabila Fariq keluar dari bilik air. Nak mandi agaknya.


1 comment: