Sunday 29 September 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 6


Trisha menguap kecil sambil membuka matanya perlahan. Dia berasa lega melihat Azaril sedang tidur pulas di sebelahnya. Entah pukul berapa Azaril balik ke bilik pun dia tak sedar. Trisha mengalihkan tangan Azaril yang berada di perutnya perlahan. Takut suaminya terjaga pula. Dia mencapai tuala dan pakaian bersih.

Azaril terjaga apabila terdengar bunyi pancuran air. Dia melihat di sebelahnya kosong, tahulah dia Trisha sedang mandi. Azaril bangun menghampiri jendela. Rasanya seperti baru sahaja dia tidur. Ketika dia balik semalam, Trisha sudah terlena.

“ Dah bangun?” Azaril berpaling ke belakang. Trisha sedang mengelap rambutnya yang basah.

“ Sayang, morning kiss?” Trisha menghampiri suaminya. Dia mengjengket sedikit.

“ You mandi dulu if nak…morning kiss,” bisik Trisha di telinga Azaril.

“ Okay,” Trisha membulatkan matanya saat Azaril mencium pipinya dengan selamba sebelum berlalu ke bilik air. Kurang asam punya laki, getus Trisha.

Trisha duduk di birai katil. Dia termenung seketika. Boleh pula mereka berlakon bagai tiada apa yang berlaku. Lebih baik biarkan sahaja daripada memikirkan perkara yang memeningkan kepala itu. Biarkan masa yang menentukan hala tuju mereka. Mungkin ada sesuatu yang terbaik sedang menanti mereka.

“ Dah sampai mana, Puan Trisha?” Trisha tersentak. Dia menjeling Azaril di sebelahnya. Entah bila lelaki itu di sebelahnya pun dia tak tahu.

“ Malaysia…”

“ Huuu, dah rindu Malaysia ke?” Trisha menyandarkan kepalanya di bahu Azaril.

“ Rindu sangat. Lepas ni tak nak tinggalkan Malaysia lama-lama dahlah,” Azaril ketawa. Trisha menampar lengan suaminya.

“ You patut cakap…takkan tinggalkan husband you yang handsome ni lama-lama lagi dah.” Azaril menarik hidung isterinya.

“ Macam tak biasa I tinggalkan you. You pun selalu tinggalkan I kan,” cebik Trisha. 

“ Okay. Kita…zero-zero,” kata Azaril. Trisha mengangguk laju. Mereka mendiamkan diri. Trisha memeluk lengan Azaril erat. Azaril hanya membiarkan sahaja.

“ Sayang…”

“ Hmmm… kenapa?”

“ I dah fikir masak-masak semalam. I rasa…we need time. We must give ourself time…to understand what we need in our marriage,” ujar Azaril perlahan. Trisha diam seketika. Tangannya sengaja bermain dengan tangan Azaril.

“ I thought that too. Are we must separated? I mean…tinggal asing-asing?” Azaril menggenggam tangan Trisha kuat.

“ Yes. I akan hantar you balik rumah ibu,” Trisha terdiam. Sanggupkah dia hidup tanpa Azaril? Air mata Trisha sudah bergenang. Tunggu masa sahaja untuk menitis.

Azaril bingkas bangun. Dia keluar dari bilik…meninggalkan Trisha. Trisha memandang pintu bilik dengan mata yang berkaca. Azaril pula bersandar di dinding berdekatan dengan bilik mereka. Betapa pedihnya hati dia saat membuat keputusan untuk berpisah buat sementara waktu dengan Trisha. Sepanjang tiga bulan mereka berkahwin, belum pernah mereka berjauhan selain keduanya ke luar negeri.


“ Ini yang terbaik, Trisha Dania!” Trisha memberikan semangat kepada dirinya sendiri.

Trisha bangun dari duduknya. Dia bersiap ala kadar sahaja. Mereka perlu berada di lapangan terbang sejam sebelum kapal terbang berlepas. Azaril masuk ke bilik dengan membawa makanan. Bagaimanapun, mereka masih suami isteri yang sah. Perut juga perlu diisi.

“ Makan dulu,” Trisha menghampiri Azaril di sofa.

“ You punya flight sama dengan I ke?”

“ Hmmm? Ha’ah. I dah check ticket you semalam. Kebetulan…sama,” balas Azaril. Dia menyuap sandwich ke dalam mulut walaupun dia tiada selera. Nanti apa pula kata Trisha jika dia tidak menjamah makanan yang dibelinya.



Akhirnya, tiba juga mereka di Malaysia. Trisha tersenyum puas. Dia berasa lega kerana selamat menjejakkan di negara yang tercinta. Ceh, gaya macam tinggalkan Malaysia bertahun sahaja. Padahal baru seminggu lebih. Propa saja lebih. Trisha tersenyum sumbing. Azaril pula sibuk mengangkat beg-beg mereka dan diletakkan di atas troli.



Sepanjang penerbangan mereka tadi, Azaril banyak mendiamkan diri. Dia sengaja menyibukkan diri dengan bermain game di telefon bimbitnya. Trisha pula sibuk mengambil gambar. Seperti biasalah…Trisha kan hati batu. Tetapi itu hanya tindakannya untuk mengurangkan rasa kekok sahaja. Mana tidaknya, Azaril langsung tak nak melayannya. Geram pula dia.

“ You tunggu kat sini. I ambil kereta kejap,” kata Azaril.Dia kemudiannya berlalu ke tempat parkir kereta yang ditinggalkan di KLIA.

Trisha mengeluarkan Iphonenya dah menghubungi Puan Sri Kamalia. Dia harus memberitahu akan kepulangannya.

“ Assalamualaikum, ibu…”

“ Waalaikumsalam, Trish? Kat mana ni?” soal Puan Sri Kamalia.

“ Cuba…teka!”

“ I know. Trish dah kat Malaysia kan?” Trisha menjuihkan bibirnya sedikit.

“ Yeah, macam mana ibu tahu? Your son in law yang bagitahu ke?” tanya Trisha sambil menjenguk jikalau Azaril sudah tiba.

“ Ha’ah. Dia bagitahu nak tinggalkan Trish kat rumah ibu. Betul ke?”

“ Hmmm. Kita orang dah decide…kita perlukan masa. Then, Trish just follow instruction my beloved hubby…berpisah buat sementara waktu,” jelas Trisha jujur.

“ Ibu okay aje. Maybe ini yang terbaik untuk kamu berdua. Buat masa ni…kamu jangan berjumpa. Tapi…Trish mesti minta izin Aril nak buat apa pun. Since, both of you…still husband and wife. Get it?”

“ Baik, ibu. Ibu, Trish letak dulu eh. Azaril dah sampai ni. Nanti kita borak lagi ye…”


“ Iyalah. See you soon,” Trisha mematikan panggilan. 

note :

the word by ---> Kim Edward, The Memory Keeper's Daughter

" Photography is all about secret. The secrets we all have and will never tell. "

1 comment:

  1. Aww!so happy bila qaseh qieqie letak wawa zainal as the heroin^_^thanksss.dia mmang paling comel :)

    ReplyDelete