Sunday 22 September 2013

e-novel : Hello, Mr LA! 3


Trisha merenung langit malam dari jendela hotel. Hampir lima belas minit dia berdiri ti tepi tingkap bilik hotelnya. Mungkin sekarang di Malaysia, sudah pagi. Fikirannya masih memikirkan kunjungannya ke rumah Lewis tadi. Entah apa yang merasuknya untuk ke rumah keluarga jejaka kacukan British dan Chinese itu pun dia sendiri tidak faham.

Dia dapat melihat di setiap sudut rumah itu penuh dengan botol arak dan seangkatan dengannya. Nasib baiklah mereka tidak minum minuman haram itu di hadapannya. Jika tidak, dia tak akan teragak-agak untuk lari terus dari rumah itu. Erk? Macam kau tahu saja jalan balik hotel kan, omel Trisha. Namun, itu juga adalah kenangan manis baginya. Perkara itu menjadi pengalaman terbarunya.

Sebelum ini, Tan Sri Amzan yang selalu membawa orang dari negara lain ke rumah mereka. Kali ini, dia pula bertandang ke rumah orang putih. Sesuatu yang langsung tidak dijangkakan oleh Trisha. Trisha dikira beruntung kerana dapat berkenalan dengan jejaka idaman gadis-gadis di Malaysia itu.

This isn't how I thought it was supposed to be. You were the one who I imagined next to me” Ringtone Iphone 5 Trisha berbunyi. Trisha menghampiri katil dan mengambil telefon bimbitnya. Dia melihat si pemanggil sebelum tersenyum sendiri.

“ Assalamualaikum, my sweetheart. What are you doing?” sapa si pemanggil dahulu.

“ Waalaikumsalam, my baby boo. Duduk tepi tingkap…then pandang langit,” jawab Trisha sambil melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia bermain dengan hujung rambutnya yang panjang.

“ I’m very sure…sekarang you tengah duduk atas katil sambil main rambut you kan?” Trisha tergelak kecil. Macam tahu-tahu saja.

“ Wow! I tak sangka you ni ahli nujum,” gurau Trisha mendapat gelak ketawa si pemanggil.

“ Pandai you kenakan I kan. So…how’s your vacation? Tak nak balik Malaysia dah ke? Tak rindu I?”

“ My vacation? It was just soooo…nice here. But…I tak sempat nak explore lagi apa yang best kat sini. Maybe esok kot. I balik Malaysia…emmm…minggu depan. Dear, of course I miss you,” Trisha bangun dari duduknya dan berdiri di tepi jendela. Dari situ dia dapat melihat Santa Monica Beach.

“ I pun kat sini…dah bosan tahap cipan you tahu tak? I tak ada siapa nak ajak hang out. Kalau you ada…tak adalah bosan sangat hidup I,” Trisha tergelak kecil.

“ Alah, you kan banyak scandal, Azaril sayang. You just…pick one of them. Lagipun kawan-kawan baik you tu kan ada…”

“ You jangan. Kang ada jugak orang di sana yang merana kalau I ajak dia orang. Kawan-kawan I sekarang ni suka lepak dengan wife dia oranglah,” kata Azaril bersahaja.

“ Encik Azaril Raffiqi Wilson, I suruh you pick only one…bukan dia orang, okay. I tak kisah pun. Oh, sekarang baru you tahu kawan-kawan you tu pun ada wife ye,” balas Trisha.

“ Ye ke you tak kisah? Okay, I think…malam ni I nak ajak Fionalah. Tak pun Denna,” Azaril cuba menduga Trisha.

“ Hmmm…Denna is better. If you ajak Fiona…nanti I dapat photo you dengan dia shirtless…siap you,” Azaril ketawa kuat.

“ Tahu pun you cemburu eh? I know…you love me, baby. So…I’ll change my mind. Malam ni I ada gathering with…mama’s familylah. Nak sambut orang baru katanya,” Trisha mengerutkan dahinya.

“ Orang baru? Kak Isha pregnant ke? Or…family mama nak dapat menantu?” teka Trisha.

“ Both of them,” jawab Azaril pantas.

“ Yeay…nanti baby Hezri ada kawan. Siapa yang nak kahwin?”

“ Abang Mizal. Sebut pasal baby Hezri kan…tadi I terjumpa dia kat mall…”

“ Kahwin jugak abang Mizal, kan. Seronoknya. Emmm…dia buat apa kat mall? Dengan along ke?” Trisha terpandang sesuatu yang tiba-tiba menariknya untuk terus melihat.

“ Dengan along and kak Cha. Along nak cari apa entah…I tak ingatlah…”

“ You dah tua kot sebab tu tak ingat. Tak pun…you makan semut banyak,” senda Trisha.

“ Tua tu…slow sikit eh. Umur I tak sampai empat puluh tahun lagi okay,” tukas Azaril. Trisha kembali ke katil dan berbaring di situ.

“ Lagi sepuluh tahun aje. Tak lama dah, pak cik tua,” Azaril mengetap bibirnya kuat sehingga telinga Trisha dapat mendengarnya.

“ Tua…tua I pun, ada orang nak. You…kalau dah tua, siapa aje yang nak,” Azaril cuba menambah garam yang sudah sedia masin. Erk? Ada ke???

“ Eeee…siapalah yang malang tu, kan. Lelaki tua pun dia nak. Alah, kalau I dah tua pun ada orang naklah…kecuali…” Trisha berjeda seketika.

“ Kecuali?”

“ Kecuali orang tu tak nak I lah. Tapi kan…I ada jumpa scandal kat sini. Handsome tau…public figure lagi tu,” Trisha pula yang cuba menjolok sarang tebuan.

“ Trisha Dania! You jangan buat I terbang kat you sekarang…” ugut Azaril dengan nada geram. Tahu pun takut, getus Trisha.

“ Taklah. I nak bagitahu you something ni. Hari ni kan…I masak kat rumah mat saleh kat sini,” Macam takut-takut sahaja Trisha memberitahu Azaril tentang aktivitinya pada hari ini.

“ Rumah mat saleh mana pulak ni, sweetheart?” Hah, sudah. Nak marahlah tu, getus Trisha.

“ The one who always…appears on the TV. The ads model…you know…that guy…emmm…Lewis Lee?”

“ What? Darling, please don’t mess me up,” Dah agak dah cik abang nak marah. Adoi, cerita salah. Tak cerita kang…cakap aku tipu dia pulak, desis Trisha.

“ Then…I letak phone dululah. After you’ve cool down…we chit chat again, okay. Bye,” Trisha terus memutuskan talian.

Trisha mengeluh kecil. Matanya juga tiada tanda-tanda dia ingin tidur lagi. Akhirnya dia membelek gambar-gambar yang diambil ketika di rumah Lewis. Sesekali, Trisha ketawa kecil. Macam-macam kerenah adik-adik Lewis itu menghiburkan hati Trisha hari ini. Masing-masing ada karakter yang berlainan yang mampu membuatnya ceria.

Tanpa sengaja Trisha terbuka folder gambar perkahwinannya. Haaa? Yes, world. Trisha sudah bergelar isteri kepada Azaril Raffiqi sejak tiga bulan yang lepas. Perkahwinan yang diatur oleh keluarga keduanya. Walaupun tanpa cinta…mereka masih boleh hidup bersama sebagai kawan. Mereka cuba menerima kehidupan masing-masing yang sudah semestinya sangat berbeza.

Trisha Dania seorang gadis yang ringkas. Hidupnya selalu ceria dengan gelak ketawa yang sering menemaninya tidak kira suka atau duka. Dia juga boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Tidak kiralah sesama bangsa atau sebaliknya. Baginya…hidup di dunia cuma sekali dan dia harus menghargai dan menikmati kehidupannya.  Trisha adalah seorang photographer bebas di syarikat Tan Sri Amzan. Namun, setiap kerjanya dilakukan dengan penuh komited. Hidupnya juga semakin mencabar sejak berkahwin dengan Azaril.

Azaril Raffiqi Wilson pula seorang jejaka berusia 30 tahun. Dia seorang yang agak serius dalam melakukan kerjanya sebagai doktor bedah. Namun, di luar waktu bekerja, dia seorang yang easy-going. Ramai perempuan yang cuba mendekatinya kerana ketampanan yang dimilikinya. Berdarah campuran Melayu, Cina dan Arab membuatkan dirinya sering di dekati oleh perempuan-perempuan dari negara asing.

Sepanjang tiga bulan Trisha dan Azaril hidup bersama, Trisha jarang mengambil tahu tentang nightlife suaminya. Kerjaya Azaril sebagai doktor di HUKM memang sangat sibuk tetapi Azaril selalu sahaja ada masa untuk menghabiskan masa bersama rakan-rakan sosialnya. Jika waktu kerjanya malam…siang hari dia akan lepak dengan gadget dan keretanya.

Trisha pula sering menghabiskan masa dengan dunia photographynya. Kadangkala dia akan keluar malam untuk melihat gelagat manusia di KLCC atau jika ada masa di I-City. Jika dia lapang, masanya akan dihabiskan untuk mencuba pelbagai jenis masakan baru. Dan…perut Azarillah yang akan menjadi mangsa percubaannya. Sebelum berkahwin dulu…baba dan ibunya yang menjadi mangsa. Yang paling teruk tentulah Danial. Trisha akan memaksa Danial makan masakannya walaupun makanan itu hangus.

Iphone 5 Trisha berdering lagi. Trisha hanya membiarkan sahaja. Apabila tiba deringan untuk kali ketiga, barulah dia menjawab panggilan itu.

“ Sayang, I tak marah, okay,” Azaril terus memujuk Trisha. Dia di hospital tak senang duduk. Sudahlah sejam lagi…dia perlu melakukan pembedahan. Mahu hancur kerjayanya nanti.

“ Okay. You kan busy…call I kenapa?” soal Trisha tanpa nada. Sengaja ingin Azaril terus memujuknya. Bosan pula apabila tidak dapat mencari pasal dengan sang suami yang langsung tidak dicintainya. Emmm, kejamnya!

“ I tak boleh buat kerjalah kalau you merajuk macam ni,” Trisha tersengih kecil. Seronoknya dapat main-mainkan Azaril.

“ I’m okay. Tak merajuklah. I won’t mess you up, okay?”

“ Hmmm…I’ve got to go. Wish me luck for my operation today,” ujar Azaril. Dia mengemaskan fail-fail pesakitnya.

“ Good luck. Berapa jam?”

“ I don’t know. Maybe five or seven hours,” jawab Azaril.

“ Okay. Eat something first. Malulah…doctor pengsan dalam bilik bedah,” gurau Trisha. Azaril tersenyum. Akhirnya Trisha sudah boleh bergurau dengannya.

“ Alright. See you…next week. Bye. Assalamualaikum…”

“ Waalaikumsalam, my baby boo,” jawab Trisha.

Dia meletakkan Iphonenya di atas meja sisi katil. Azaril sering mengingatkan agar tidak meletakkan telefon bimbitnya berdekatan dengan tubuh badan ketika tidur.  Cara itu akan membahayakan tubuh badan manusia. Sejak itu, Trisha akan memastikan telefon bimbitnya akan berada agak  jauh dari tubuhnya apabila tidur.



note : inilah idea yang terpendam telah terburai...time tengah makan nasi goreng...cerpen and novel sebelum ni cheirumunayu buat " two girls with one guy "...so this time " one girl with two guys "..ENJOY!!!

2 comments:

  1. best2... Rasanya suka lgi kat Doktor lah
    hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. eyh??? hihihi...model tu pun ok jugak..:d

      Delete