Saturday 21 September 2013

cerpen : Baby's Breath with Roses Love 6


Adam berbaring memandang syiling. Kemudian, dia berkalih ke pasu bunga yang mengandungi damask rose yang sudah layu dan kering itu sejenak. Lagi tiga hari…dia akan bertemu Airisy untuk mengetahui keputusan gadis itu. Dia bingung. Bagaimana kalau dia tidak berjaya mencari Airisy? Adam melepaskan keluhan berat. Susah untuk dia bersetuju dengan permainan Airisy pada awalnya. Tetapi, demi menjaga hati Airisy…dia turutkan jua permainan yang sangat merepek ini.


Tok! Tok! Tok!

“ Pintu tak kunci!” laung Adam. Dia bangun ke meja kerjanya. Dia tidak mahu ahli keluarganya tahu akan kekusutan yang melanda dirinya.

“ Walid ingatkan Adam dah tidur,” kata Haji Zainal. Dia duduk di sofa yang berhadapan dengan katil Adam.

“ Belum, walid. Ada something yang walid nak cakap kat Adam ke?” soal Adam. Dia memusingkan kerusi menghadap Haji Zainal.

“ Walid sebenarmya tak nak paksa Adam dalam hal kahwin ni. Tapi…walid dan ummi nak Adam kahwin dulu sebelum Zara. Kami tak kisah pun Zara nak kahwin awal. Itulah yang walid dan ummi fikirkan…biarlah Adam lepas dulu,” ujar Haji Zainal.

“ Adam okay aje, walid. Memang betul pun cara walid dan ummi supaya Adam kahwin dulu. Insya Allah…Adam akan cuba tunaikan. Minggu depan Adam bawa calon isteri Adam berjumpa dengan walid dan ummi ya,” balas Adam separuh yakin. Dia cuba menyedapkan hatinya. Mungkin dia berjaya mencari jejak Airisy nanti. Siapa tahu? Allah lebih mengetahui segala-galanya.

“ Yelah. Adam tahu apa yang terbaik untuk diri Adam. Pilih isteri ni bukan macam kita pilih baju kat kedai. Isteri ni untuk jadi pendamping sepanjang hayat kita. Dialah yang akan menjadi tanggunjawab kita…mewarnai hidup kita…menjaga kita. Jangan terburu-buru. Walid tak nak Adam perjudikan kebahagiaan Adam demi Zara. Itu tak adil untuk Adam. Ingat pesan walid ni,” Panjang Haji Zainal menasihati anak lelakinya.

“ Insya Allah, walid. Adam akan cuba buat yang terbaik. Adam janji takkan kecewakan walid dan ummi,” janji Adam.

“ Dah lewat malam ni, tidurlah. Esok bangun lambat pulak,” kata Haji Zainal sebelum berlalu keluar.
Adam bangun dari kerusinya dan kembali berbaring di katilnya. Dia ingin menghubungi Airisy tetapi dia tidak mempunyai nombor telefon gadis itu. Setelah penat berfikir, Adam tertidur begitu sahaja.



“ Abang buat apa kat sini?” Airisy duduk di sebelah Haris di kerusi batu di halaman rumah.

“ Kenapa tak tidur lagi ni?” soal Haris kembali tanpa menjawab soalan Airisy. Dia sengaja duduk di luar untuk mengambil angin.

“ Sebenarnya…Risy nak tanya pendapat abang pasal…Adam,” Haris menoleh ke kanannya.

“ Adam? Pendapat tentang apa?” Haris sememangnya mengenali Adam kerana mereka merupakan rakan kongsi dalam beberapa buah projek. Jadi, seringkali juga mereka bertemu.

“ He propose me last four days. So…Risy ajak dia main satu game ni. Risy tak pasti sama ada dia betul-betul nak Risy jadi isteri dia atau tak,” Airisy melentokkan kepalanya di bahu Haris.

“ Wah, abang macam dah terbau…nasi minyak dah ni. Pada pandangan abanglah…sepanjang abang kenal Adam ni. Dia seorang serius dalam kerja dia. He’s a caring person. Bertanggungjawab…orangnya baik. Satu lagi yang abang perasan…dia jarang keluar dengan perempuan,” puji Haris.

“ Kenyanglah dia…dapat makan puji abang. First time Risy tengok dia…masa kat dinner tu, I’m fallen in love with him. Hati Risy tertarik nak kenal dengan dia. Abang tahu? Risy tak sangka sangat dia datang kedai…beli bunga hari tu. Seriously, Risy happy sangat…bila dapat keep in touch dengan Adam,” Airisy meluahkan perasaannya kepada Haris.

“ Actually, papa ada ceritakan pasal ni pada abang. Papa and mama okay aje kalau Risy nak terima lamaran Adam. Mungkin dia lelaki terbaik untuk Risy. Risy kena yakin dengan hati Risy. Kalau masih ragu-ragu lagi, minta petunjuk Allah. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk Risy. Sebelum tu, minta restu dari daddy and mummy Risy dulu. Restu dia orang penting tau,” balas Haris panjang.

“ Terima kasih, abang. Risy berserah pada takdir sama ada Adam berjaya cari Risy atau tak…next three days. Abang doakan untuk Risy ya,” Haris memeluk bahu Airisy.

“ Abang selalu doakan untuk satu-satunya adik abang ni. Even Adam tak berjaya jumpa Risy, you have to face him. Tak semestinya permainan ni penentu hidup Risy. Risy kena tamatkan apa yang Risy rasa…cinta Risy pada Adam,” Airisy mengangguk kecil.

Jika Haris tidak berpesan pun, dia masih akan mencari Adam walaupun mereka tidak berjaya bertemu…tiga hari kemudian. Dia sudah nekad untuk membantu Izara.


Adam termangu di dalam keretanya. Dia buntu…dari mana dia ingin mulakan pencariannya. Dia hanya pernah berjumpa dengan Airisy di kedai bunga dan di syarikatnya. Dan, di rumah Airisy sendiri. Rumah? Adam mengetuk kepalanya perlahan. Kenapalah dia tak terfikir akan kediaman Airisy.

Manakala, Airisy pula mundar mandir di dalam biliknya. Sekejap dia baring…sekejap dia duduk. Hatinya tidak keruan menunggu Adam. Mungkinkah Adam dapat menemuinya hari ini. Ah, kau yang cari pasal cadangkan game bodoh ni apasal, marah Airisy sendiri. Airisy terkaku apabila pintu biliknya diketuk dari luar. Jantungnya semakin berdebar-debar.

“ Masuk…”

“ Bakal suami Risy kat bawah. Turunlah,” Terjengul Azie di muka pintu bilik Airisy.

“ Bakal suami?” Azie mengangguk perlahan.

“ Adam ada kat bawah. Tengah berborak dengan papa. Pergilah layan dia kat bawah,” balas Azie. Dia masuk ke dalam bilik Airisy dan duduk di sebelah gadis itu di birai katil.

“ Dia berjaya cari Risy, kak,” Airisy menahan sebak.

“ Sayang…itu bermaksud dia bersungguh nak kahwin dengan Risy. Handsome…suami Airisy. Termakbul dah impian Airisy Danielle nak dapat suami handsome segak bergaya,” Airisy memeluk Azie.

“ Thanks, akak. Tanpa sokongan dari akak, abang, papa and mama…Risy…nothing. Akak nak tahu tak? Ni rahsia tau. Setiap kali Adam datang sini kan…Risy mesti rasa macam tak nak kasi dia balik je. Risy nak selalu ada dengan Adam. Normal tak kak apa yang Risy rasa ni?” Azie mengusap pipi Airisy lembut.

“ Normal, sayang. So…cepat-cepatlah kahwin. Hari-hari boleh jumpa. Jangan nanti Risy bosan sudah,” kata Azie.

“ Insya Allah, Risy tak bosan. Akak, seganlah pulak Risy nak turun. Tak turun tak boleh ke?”

“ Kalau nak Adam…turun sekarang. Tapi, jangan lupa pakai tudung ye. Tak halal lagi,” gurau Azie.

“ Risy tahulah. Akak pergilah rehat. Kesian baby…letih.”

“ Iyalah. Akak keluar dulu…”

Airisy mengambil tudung bawalnya dan dipakai seringkas yang boleh. Sempat dia menilik dirinya di hadapan cermin. Sebelum itu, dia menarik nafas dan menghembuskan sekuat-kuatnya. Barulah dia dapat bertenang.



“ Dah turun pun puteri kita. Papa naik atas…nak solat dulu. Kamu berdua berbuallah,” Tan Sri Khalid sengaja memberikan ruang kepada Adam dan Airisy.

Airisy hanya mendiamkan diri sahaja. Lidahnya kelu ingin berkata-kata. Adam pula menunggu bicara dari Airisy. Aduh… kalau diam macam ni…tahun depan pun belum tentu jadi lagi majlis perkahwinan mereka ni.

“ Errr…so…you did it,” Airisy memulakan bicara apabila dia melihat tiada tanda-tanda…Adam akan memulakan bicara.

“ Hmmm…last minute punya fikir. I thought…awak mesti ada kat rumah hari minggu macam ni,” balas Adam. Dia terasa kekok.

“ Ahah…hari-hari…saya kat rumah sebenarnya. Saya kan…jobless. Remember?” Adam menjegilkan matanya. Buat penat sahaja otaknya memikirkan di mana dia ingin mencari Airisy.

“ So…awak lupa apa yang saya cakap hari tu, eh?”

“ Seriously…tak terlintas pun awak akan ada kat rumah. Lagipun…dah dua kali saya jumpa awak kat kedai bunga,” ujar Adam.

“ Buat penat aje saya mention pasal nak jadi mem…nak goyang kaki…tak suka kerja. Tapi…tak apa. Disebabkan awak dapat cari saya…saya tunaikan janji saya untuk berikan jawapan saya,” Adam sudah tidak senang duduk. Macam-macam kemungkinan yang difikirnya.

“ Jadi…awak terima atau tak?”

“ Saya terima,” jawab Airisy pendek.

“ Terima kasih, Airisy. Then…lusa ni saya boleh bawa awak jumpa walid and ummilah. Awak okay ke?”

“ Lusa? Okay aje,” Airisy malu sebenarnya setelah memberitahu persetujuannya untuk berkahwin dengan Adam.

“ Emmm…I think better…saya balik dululah. Kita jumpa lusa ni.”

“ Kejap. Saya panggil papa and mama,” Airisy berlalu ke tingkat atas untuk maklumkan kepada Tan Sri Khalid dan Puan Sri Nisa bahawa Adam sudah mahu pulang.


Kedua-dua keluarga telah mencapai kata sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan Adam dan Airisy dahulu. Seminggu kemudian barulah majlis pernikahan Izara dan bakal suaminya diadakan. Kedua pasangan sudah bertekad untuk tidak bertunang. Kenduri kahwin akan diadakan serentak dua hari selepas majlis pernikahan Izara.

“ Daddy and mummy awak balik Malaysia bila?” soal Adam. Ketika itu, mereka berada di butik pengantin untuk mengukur baju akad nikah dan majlis perkahwinan nanti.

“ Dua hari sebelum akad nikah,” jawab Airisy sambil tangannya menyelak majalah perkahwinan.

“ Kalau saya tanya ni…awak jangan marah ya. Saya cuma nak tahu aje…”

“ Hmmm? Tanya apa?”

“ Kenapa awak balik sini? Tinggalkan keluarga awak kat sana?” tanya Adam serius. Dia perlu tahu memandangkan mereka akan berkahwin nanti.

“ Macam yang pernah saya cerita kat awak dulu. Saya balik sini sebab abang Ammar. Dia bencikan saya. Lagipun…dah lama saya nak balik sini. Kat sana…setiap saat saya dikawal. Daddy hired bodyguard…untuk ikut ke mana saja saya pergi. Saya tak suka. Disebabkan itu…saya selalu memberontak. Selalu bergaduh dengan daddy and mummy,” jelas Airisy tenang.

“ Habis tu…kat sini daddy awak tak pulak hantar bodyguard?”

“ Papa dah warning daddy. Kalau daddy still kongkong hidup saya kat sini, daddy and mummy takkan dibenarkan jumpa saya sampai bila-bila,” jawab Airisy.

“ Tapi…dia orang kan ibu bapa kandung awak. Dia orang ada hak ke atas awak. Tak baik pisahkan anak dari ibu bapa sendiri,” Adam berasa agak marah. Airisy terkejut dengan teguran Adam.

“ Kalau betul daddy and mummy sayangkan saya dan anggap saya…as their daughter, dia orang takkan tinggalkan saya di kampung dengan atuk and nenek. Tapi…bila saya dah habis sekolah, daddy paksa saya ikut dia orang ke New York. Macam-macam yang saya fikir masa tu. Even…masa kat sana pun…dia orang lebih suka manjakan abang Ammar,” Adam tersentak. Dia tidak menyangka hidup Airisy sebegitu.

“ Tapi…saya beruntung sebab dapat parent macam papa and mama. Ada abang macam abang Haris. Mereka lebih sayangkan saya kalau dibandingkan dengan ibu bapa kandung saya sendiri,” sambung Airisy lagi.

“ Then…nanti parent awak datang sini, awak macam mana?”

“ Maksud awak?”

“ Iyalah. Awakkan dah lama tinggalkan New York. Mestilah rasa janggal…kekok,” balas Adam.

“ Alah… buat tak tahu je. Saya dah biasa macam tu. Dah…drop the subject. Saya nak baju ni,” Airisy menunjukkan baju pengantin muslimah kepada Adam.

“ Okay. Nak? Beli?”

“ Of courselah. Awak kan…banyak duit,” Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“ Hmmm…okay,” Airisy menghempuk majalah pengantin di bahu Adam.

“ Sakitlah. Apa awak ni?” Adam menggosok bahunya.

“ Janganlah main okay aje. Cubalah bagi pendapat sikit. Boringlah awak ni,” Airisy bangun dan mengambil sehelai kertas di atas meja.

“ Ni…baju akad nikah and wedding ceremony kita. Saya nak awak punya…pendapat,” Airisy menyerahkan helaian kertas itu kepada Adam. Adam meneliti lukisan di hadapan matanya.

“ Nice. Awak punya dress…tak sarat sangat. Baju saya pun…hmmm…menarik,” Airisy tersenyum dengan bangganya. Bakal suami puji weh.

“ Suka tak?”

“ Suka. Ingatkan betul-betul nak ambil baju tadi,” jawab Adam.

“ Saja je nak test awak. Sekali…awak terus setuju je,” kata Airisy.

“ Sorrylah. Mana saya nak tahu awak dah ada design sendiri,” balas Adam. Dia jatuh hati dengan rekaan Airisy. Gadis itu mengutamakan keringkasan dalam setiap perkara yang dilakukannya. Dan…sikap itu amat disukai Adam.


Selesai sudah majlis perkahwinan kedua pasangan pengantin. Sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat keempat-empat mempelai. Segala penat lelah yang dicurahkan untuk majlis gilang gemilang itu berbaloi.  

Sehari selepas majlis itu, sanak saudara Hajah Zaharah bersepakat meneruskan tradisi keluarga mereka setiap kali selesai majlis kenduri. Mereka berpakat untuk mengadakan jamuan dalam kalangan ahli keluarga sahaja. Kaum perempuan ditugaskan untuk menganyam ketupat. Dan, kaum lelaki pula memasak rendang.

“ Nak bancuh air apa ni, kak?” tanya Airisy kepada Khirana, kakak sulung Adam.

“ Kak Ana pun tak tahu. Mak long dengan mak lang tak minum air kopi. Mak de and mak su pulak tak minum air teh,” maklum Khirana.

“ Risy bancuh…both of themlah, kak. Senang,” kata Airisy. Tangannya sudah sedia dengan dua bekas air.

“ Emmm…boleh jugak tu. Risy bancuhlah dulu. Kak Ana nak naik solat zohor kejap.”
Airisy menatang dulang yang berisi jug air dan cawan ke tempat kaum perempuan menganyam ketupat. Serentak itu, Adam masuk ke dalam rumah. Mata mereka bertembung seketika. Airisy meletakkan dulang di lantai dan bersimpuh di situ. Dia menuangkan air ke dalam cawan.

“ Dari mana, Adam?” tanya Mak Long Halijah. Adam bersila di sebelah Mak Long Halijah. Dia mengambil daun ketupat. Gaya macam nak menganyam saja.

“ Adam pergi rumah kawan ummi kat hujung tu. Ummi suruh hantar lauk apa entah,” jawab Adam.

“ Rendang kot. Ni…Airisy. Pandai anyam ketupat? Mama kamu kata kamu dulu tinggal kat kampung. Mesti pandai bab-bab buat ketupat ni,” Airisy memandang Mak Long Halijah bersahaja.

“ Anyam ketupat? Airisy tak pandailah, mak long. Selalu Airisy buat…tak jadi,” jawab Airisy jujur. Neneknya sampai jemu mengajarnya anyam ketupat. Sudahnya, Airisy malas nak ambil tahu. Yang dia tahu…makan ketupat.

“ Lepas ni kena belajarlah. Cik abang kamu ni…hantu ketupat. Setiap kali raya…makanan nilah yang dicarinya,” celah Mak Lang Su. Airisy tersenyum nipis. Buat sendirilah cik abang oi, getus Airisy.

Sejak Adam menjadi suami Airisy yang sah, Airisy berubah menjadi pemalu. Ingin bertentang mata dengan Adam pun dia tak sanggup. Dalam bilik tidur mereka pun Adam dan Airisy terasa kekok. Kedua-duanya bagaikan orang asing. Cuma, di hadapan ahli keluarga sahaja mereka berlagak mesra.

“ Kamu cuti lama ke Adam?” soal Mak Su Syirah pula.

“ Hmmm…lama jugak. Walid ambil alih dulu semua tugas Adam,” balas Adam sambil tangannya sibuk menganyam ketupat.

“ Dah tu…tak reti-reti nak bawa Airisy pergi honeymoon? Sementara Adam ada masa ni. Nanti dah start kerja balik…dah tak boleh honeymoon lagi dah,” ibu-ibu saudara Adam lain sudah tersenyum-senyum.

“ Dalam perancanganlah, mak su. Esok..lusa kita orang pergilah. Tak gitu, sayang?” Adam memandang Airisy.

“ Hmmm? Ha’ah,” sokong Airisy dalam keadaan terpinga-pinga.

“ Eloklah tu. Zara dengan laki dia pun dah selamat berhoneymoon haaa,” sampuk Mak De Latifah.

“ Dia orang laju sikit, mak de. Ustaz dengan bakal ustazahlah katakan,” Airisy menjegilkan matanya. Tak senonoh punya suami, getus Airisy.

“ Pandailah kamu, Adam. Kamu berdua nak honeymoon kat mana? Zara dengan Naufal…dah pergi Paris,” Semua mata tertumpu pada Adam. Menanti jawapan dari anak saudara mereka.


3 comments: