Monday 23 June 2014

enovel : Secret That Nobody Knows 21


Nescafe panas disisip perlahan. Airis meliarkan pandangannya ke sekitar restoran. Manalah tahu jika ada orang yang sedang mengintip mereka, tidak ke haru. Arianna yang duduk berhadapan dengan Airis senyum. Dia tahu Airis terlalu risaukan jika mereka diekori.
Don’t worry, Airis. They won’t hurt us in this situation,” kata Arianna, memecah kesunyian di antara mereka.
Pertama kali mereka bersua secara rasmi, agak kekok jugalah. Dulu, Arianna sibuk merajuk dengan Fariq… tidaklah terasa apa-apa.
I can’t let them know about us, Arianna. Awak sendiri tahu, dia orang sedang mencari awak. Sepatutnya, awak minta Fariq hired bodyguard untuk ikut awak ke mana-mana. You’re in dangerous,” balas Airis.
“Airis, you just relax. Daddy saya yang hired bodyguard, tak payah tunggu Fariq. Dia tak tahu apa-apa pun pasal ni. Lagipun, kita sama-sama tahu kan kita kena bertindak sebelum hukuman dijatuhkan pada Shauqi. Tapi, dalam keadaan saya ni… saya tak boleh nak bertindak sendiri,” Mata Arianna ditala ke perutnya.
Airis mengangguk faham.
“Saya faham. Saya berterus terang ajelah ya, tujuan saya mahu bertemu dengan awak. Boleh saya tahu, siapa pembunuh sebenar?” Arianna hela nafas perlahan.
Sekarangkah waktu yang sesuai untuk dia beritahu Airis tentang pembunuh abangnya itu? Terlalu lama dia merahsiakan siapa pembunuh sebenar. Hampir sahaja dia menyebabkan Airis merana dan terbunuh. Namun, Arianna cepat-cepat berfikiran positif. Mungkin Airis adalah orang yang tepat untuk memulakan langkah.
“Awak yakin, awak mampu terima walau siapa pun orangnya?” Airis angguk. “Baiklah, saya percayakan awak. Pada pendapat awaklah, siapa orang yang paling rapat dengan Fariq?” tanya Arianna dalam nada serius.
Airis terdiam sejenak. Mindanya mula bergerak aktif. Sepanjang dia bersama Fariq, hanya seorang sahaja yang rapat dengan bekas tunangnya selain ahli keluarga.
“Khairil?” Lambat-lambat Arianna mengangguk. Wataknya terlalu kecil jika hendak dibandingkan perbuatannya yang besar itu. “Arianna, Khairil tu kawan baik Fariq. Tak mungkin dia yang bunuh abang awak,” Arianna sudah mengagak akan tingkah Airis itu.
Khairil adalah kawan baik Fariq yang juga merupakan jiran suaminya itu. Mustahil Airis tidak mengenali lelaki itu. Rasanya, Khairil kerap juga bertemu Fariq dan sudah tentu Airis lebih mengetahui tentang Khairil. Huh, musuh dalam selimut. Apa yang peliknya, disebabkan duit manusia boleh jadi butalah.
“Tiada benda yang mustahil di dunia ni, Airis. Saya masih selamat ni pun sebab ada Fariq di sisi saya. Tapi, untuk terus berada di samping Fariq agak kejam. Saya takut Khairil boleh lupakan nilai persahabatan demi mendapatkan apa yang dia nak. Untuk itu, Fariq juga dalam bahaya,” Airis mengeluh perlahan.
Tidak dapat tidak, itulah kenyataannya.
“Awak isteri Fariq, Arianna. Tempat isteri adalah di sisi suaminya, so do you. You have stay with him, no matter what. I knew him, he will do anything for his beloved one. Percayakan saya, Fariq akan terima apa pun jua kebenarannya,” Arianna geleng kepala.
“Masalahnya, saya tak mampu nak bagitahu dia apa-apa. Saya takut dia kembali membenci saya, Airis sepertimana dia berdendam dengan saya sebab awak,” Airis terkedu.
“Sebab saya?”
At that time, he love you so much. Dia sanggup nak berkahwin dengan saya demi nak membalas dendam, Airis. Semuanya kerana saya dah sebabkan awak ‘mati’. Awak rasa dia masih boleh terima saya bila dia tahu awak diculik disebabkan saya?”
Sekali lagi, Airis terpaku.
Ya, dia mengaku Fariq memang terlalu sayangkan dia ketika itu. Tetapi, masa telah mengubah segala. Hati Fariq tidak lagi pada dia. Dia juga begitu, hati dia hanya pada Shauqi. Dan, dia akan pastikan hati dia kekal untuk Shauqi sampai bila-bila kerana dia yakin… untuk kembali pada Fariq semula adalah perkara paling mustahil untuk dia lakukan. Tidak demi menjaga hati seorang wanita yang begitu menyayangi Fariq Rayyan iaitu Risya Arianna.
“Arianna, you have to trust Allah. He knew what is the best for us. Setidak-tidaknya, Fariq perlu tahu pasal Khairil. Awak kena jugak pertimbangkan tentang Zarra. She need both of you,” Selembut mungkin Airis cuba memujuk Arianna agar berterus terang kepada Fariq.
“Saya akan beritahu Fariq, tapi bukan sekarang. Saya tak sanggup nak biarkan anak kami lahir tanpa papa dia. Kalau dia sayangkan saya, dia akan lindungi saya walau jahat mana pun saya. Airis,” Arianna capai tangan Airis di atas meja.
“Cakaplah, Arianna…”
“Awak bagitahulah Fariq, awak dah ada orang lain. Dia tersepit di antara awak dan saya. Saya bukan perampas, tapi saya minta awak lepaskan dia. Boleh?” mohon Arianna bersungguh-sungguh.
Tidak sanggup rasanya dia melihat Fariq sering risau Airis mengetahui tentang status mereka sedangkan Airis sememangnya sedia maklum. Dia tidak mahu suaminya terus terseksa hati dan perasaan yang berbelah bagi di antara kepercayaan bekas tunang dan juga sayang kepada isteri.
“Insha Allah, Arianna. Pastikan awak di sisi dia. Biarpun dia kelihatan kuat, sebenarnya tidak. Sometimes, he need someone to share his problem. Untuk pengetahuan awak, Arianna… dia selalu kalah dengan perasaan sendiri,” Arianna angkat kening, tidak faham.
“Apa maksud awak, Airis? Kalah dengan perasaan sendiri?”
“Ya. Awak tanyalah dia tentang kisah lampau dia dulu. If he love you, he will tell you everything about his past life. At that time, you have to be strong. Kisah hidup Fariq di bumi orang tak mudah seperti sangkaan awak, Arianna,” jelas Airis.
Dia mengetahui tentang kesusahan Fariq pun secara tidak sengaja. Fariq terlepas kata, sudahnya lelaki itu bersikap jujur. Diceritakan segala yang berlaku padanya ketika sedang menuntut di negara orang. Keperitan yang dirasai Fariq terlalu payah jika hendak dibandingkan akan kebenaran mengenai Khairil.
“Terima kasih, Airis. I owe you Shauqi’s freedom,” ucap Arianna sambil tersenyum.
So do I. Pengorbanan awak untuk membebaskan Shauqi tak mampu saya balas…”
Mereka bersalaman sebelum berpisah. Arianna memberikan isyarat pada salah seorang bodyguard yang diupah oleh Tan Sri Kasyfi untuk mengikut Airis. Bahaya boleh berada di mana-mana. Mereka hanya wanita biasa yang memerlukan perlindungan dari kaum lelaki yang sudah diketahui kekuatan mereka.

Fariq bersandar di kepala katil. Hampir sahaja dia terlelap ketika menidurkan Zarra tadi. Asyik sangat berzikir, sekali dia yang terbuai. Beberapa hari ini, hatinya sedikit kacau. Memori lamanya kembali menyuntik ke minda. Kisah hitam yang pernah berlaku dalam hidupnya dulu, terlalu kuat kesannya sehingga sekarang.
Selama mana dia mampu berahsia dengan isterinya itu. Dengan Airis juga dia tewas, inikan Arianna. Teman sebilik, sebantal dan juga peneman hatinya. Dia tahu, Arianna berhak mengetahui tentang peristiwa itu. Tetapi, biarlah masa yang membawa mereka ke situ.
“Abang, jauhnya mengelamun,” tegur Arianna. Kusyuk kemain Fariq termenung sehinggakan dia masuk ke dalam bilik pun tidak sedar.
Arianna angkat kening apabila Fariq masih di dalam dunianya. Ish, cari nahas ni.
“Assalamualaikum, abang,” bisik Arianna di telinga Fariq. Bersilat sakan dia dek terkejut. Arianna ketawa.
“Sayang…”
Meleret-leret suara garau Fariq.
“Jawab salam dululah, abang,” Dia duduk di birai katil. Gelas susu masih di dalam pegangannya.
“Waalaikumsalam. Bukan tadi dah minum susu ke?” Pelik. Arianna ni anti-susu. Puas jugalah dia memujuk setiap kali tiba waktu Arianna untuk mengambil susu.
“Ini untuk abang. Mummy kata, suami pun kena ambil jugak susu ni. Rianna pun tak faham sebab yang mengandungnya isteri kan. Abang minumlah. Puan Arianna baik hati nak bancuh sendiri untuk suami tersayang ni, Minum,” Disuakan gelas susu kepada Fariq.
“Haih, balas dendam nampak,” Arianna sengih comel. “Tapi, sebab sayang… abang turutkan. I’m so okay with milk,” Ceh, buat muka bangga minum susu.
Arianna buat muka hendak termuntah. Tetapi, yang peliknya sekarang ini. Dia tatap saja muka encik suami dia ni, terus rasa mual dan loya tu hilang. Hmmm… Baby yang mengada ni. Sengaja nak dia rapat-rapat dengan papa dia ni. Hek, memang setuju saja si Fariq itu.
“Abang, kita pergi bercuti nak tak? Kita tak pernah pergi honeymoon pun kan, semua abang punya pasal…”
“Eh, salah abang pulak. Rianna dok muntah-muntah ni boleh ke travel jauh? Tak pasal aje kita terperap dalam bilik. Hmmm, boleh sangat tu, sayang,” Fariq muka gatal.
Arianna tekap kedua belah telapak tangannya ke pipi Fariq. Sungguh, inilah lelaki yang paling dia sayang. Setiap kali wajah tampan ini dipandangnya, dia terasa melayang. Terbuai dengan senyuman manis Fariq. Walaupun suaminya di hadapan mata, dia tetap rindu. Terlalu rindu.
Grow old with you is the one of my mission, abang. I love you so much,” Fariq tergamam.
Pelik sungguh kerenah Arianna malam ini. Tidak segan silu mahu meluahkan perasaannya.
Me too. I love you more and more, sayang. Kenapa romantik sangat ni? Rianna jangan, awak tu baru lagi pregnant. Abang tak tahan nanti, kesian baby,” Fariq letakkan gelas yang sudah kosong di atas meja sisi. Dia peluk pinggang Arianna di sisinya.
“Apalah abang ni. Gatal. Rianna cuma luahkan apa yang Rianna rasa. Dah itu yang Rianna rasa, itulah yang keluar. Abang janji dengan Rianna. Walau apapun yang jadi, Rianna nak abang tetap sayangkan Rianna. Boleh?”
Fariq gelak kecil.
“Abang sentiasa sayangkan Rianna. Tak payah tunggu sayang pesan, abang memang yakin. Segala yang terjadi tu ada sebabnya. Itu namanya dugaan. Abang cuba terima apa pun dugaan yang datang, asalkan Rianna jugak yakin dengan abang…”
Dah, luahan perasaan pula malam ni.
“Baring sini,” Arianna menurut arahan suaminya itu. Fariq memberikan ruang pada Arianna, selesa sedikit.
Tanpa kata, Arianna meletakkan kepalanya ke dada bidang Fariq.
“Abang, apa perasaan abang masa pertama kali nampak Rianna?” Fariq sengih senget.
Perlukah dia buka hikayat lama? Isteri punya pasal, bolehlah. Sempat lagi tangannya ditekapkan pada perut Arianna. Buncit sedikit dah perut itu.
“Dendam, marah… tapi semua tu tak lama. Abang feel something when I’m look at you. Your snoring so soft, like baby. Pada masa yang sama, abang nampak sayang macam gelisah dalam tidur. You suffered a lot, itulah yang abang fikir…”
Fariq mengeluh kecil. Bukan penat, tetapi kesal akan tindakan melulunya dulu. Marahnya mula mengawal hati dan perasaan yang selama ini tidak pernah sesekali cuba menyakiti hati seorang wanita. Namun, dia bersyukur kerana cepat tersedar. Mujur Arianna bukan seperti yang disangka.
“Oh, abang intip Rianna eh. Pandai berlakon ya. Selepas Rianna sedar, terus kena serang. Bukannya reti bagi salam, terus aje ajak kahwin. Gila Rianna tak terkejut. Jantung Rianna ni bergurindam tahu,” Fariq tergelak. Lucu.
Bergurindam pula.
“Bergurindam lagu apa tu, sayang?”
Arianna mendongak. Jemarinya mencubit dagu Fariq yang sudah dicemari janggut nipis itu. Sejak dia mengandung ni, Fariq jarang nak shave muka dia dah. Kata Fariq, baru ada feel nak sambut baby baru. Tsk.
“Lagu ni, ku sampaikan salam ucapan mesra dan merisik khabar berita,” Merdu suara Arianna menyanyi biarpun hanya serangkap sahaja.
“Nasyid? Not bad,” Fariq kenyit mata. Selamba tangan Arianna tampar dada Fariq, biar sakit.
“Suara sayang bestlah. Abang suka sayang nyanyi lagu yang hari tu. Apa tajuk dia?”
“Oh, itu. Dengan sekali lafaz. Patutnya Rianna nyanyi dengan abang, barulah ada feel sikit. Ini Rianna duet dengan abang Daniel, tak romantik langsung,” cebik Arianna.
Fariq usap perut Arianna lembut. Masa inilah mahu membelai isterinya itu. Waktu siang dia sibuk di pejabat. Balik pun dah nak dekat maghrib.
“Lain kali kita nyanyi sama. Tapi, suara abang taklah sesedap suara abang Daniel sayang tu. Pitching pun selalu lari,” Arianna gelak.
“Asalkan Rianna seorang yang dengar, sudahlah. Janji suara tak sedap abang tu tak berbekas pun di hati Rianna. Tetap sayang,” Ish, ke langit sudah feeling Arianna ni.
“Iya. Pasal honeymoon tu, abang bawa sayang pergi Amsterdam nak?” Terangkat habislah kening Arianna. Dia bingkas duduk, direnung Fariq yang masih bersandar di kepala katil itu.
“Amsterdam? Kenapa jauh sangat, abang? Dalam Malaysia tak boleh ke?” Fariq capai tangan isterinya.
I have to visit someone. Abang nak bawa Rianna jumpa dia. It’s all about my past, Rianna. Abang nak Rianna tahu baik buruk abang. Papa dan mama sekalipun tak pernah tahu pasal ni. Cuma…” Fariq jeda.
“Airis tahu kan, abang?” Digoyangkan tangannya di dalam genggaman erat Fariq. “Abang, if that thing is so hard for you to reveal it… I understand. Kita bukannya kejar masa,” kata Arianna lagi setelah Fariq diam.
“Arianna, hidup abang dulu tak macam yang sayang fikir. Abang takut Rianna lari tinggalkan abang…”
Suara Fariq berubah nada. Sebak.
Syhhh, we both have our own secret. At least, we trust each other, right? Rianna tak kisahlah betapa teruknya abang dulu, asalkan Rianna tahu abang seorang suami yang baik untuk Rianna. Papa yang baik untuk Zarra dan bakal baby ni. Sayang Rianna pada abang bukan setakat kisah hidup abang sekarang tahu,” Arianna cuba meyakinkan Fariq bahawa suaminya boleh berpegang teguh padanya.
Thank you, Risya Arianna. Abang janji, abang takkan tinggalkan Rianna. If I do that, you have to make me stay… no matter what. Okey?”

Arianna mengangguk laju. Pantas dia memeluk Fariq erat dan dihamburkan tangis ke dada Fariq. Dia mahu Fariq pegang akan kata-katanya. Jika Fariq cuba membuangnya, dia akan berusaha sehabis mungkin untuk mengekal hubungan mereka ini. Buat sementara ini, biarlah hal Khairil dirahsiakan terlebih dahulu. Hari itu akan tiba juga.

to be continued...

p/s : ni ja yang mampu CIA siapkan malam ni. sorry sangat-sangat pendek ja. CIA tengah berusaha nak siapkan manuskrip STNK. so, CIA sibuk buat editing untuk bab-bab yang lama. apapun, SELAMAT MEMBACA! :D. (komentau. hihi)

7 comments:

  1. TQ... akhirnya ada jugak wpun pendek...terubat rindu Ariana n farid...suka sgttt...;)

    ReplyDelete
  2. Sukanya...walau pn pendek...best..

    ReplyDelete
  3. Best.. dh lame tunggu... terubat rindu... hehehheeh...thanks kak... love you.. hihihi

    ReplyDelete
  4. terima kasih, semua. sorry tak boleh nak balas satu2, line gila. huhu.

    mona : sama-sama. terima kasih sangat-sangat. Arianna & Fariq pun rindu mona. haha

    leonella : thank you. lama menanti STNK kan. :D

    balqiz : sama-sama, dear.

    edlinna : kan, lama sangat. hihi. most welcome. love you too, dik. :D

    sitirahayu : thank you. nama belakang kita sama. hihi. :D

    ReplyDelete